LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
52 Saya akan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.
A Segala masalah kewangan syarikat ini akan saya selesaikan.
B Segala masalah kewangan yang dihadapi diselesaikan oleh syarikat saya.
C Selesaikan segala masalah kewangan syarikat saya ini.
D Masalah kewangan syarikat ini sudah saya selesaikan.
53 Pemain-pemain itu giat menjalani latihan untuk membina kecergasan.
A Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat.
B Latihan yang giat dapat menjamin pemain-pemain membina kecergasan.
C Pemain-pemain perlu giat membina kecergasan melalui latihan.
D Untuk membina kecergasan, pemain-pemain itu giat melakukan latihan.
54 Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak
berkuasa.
A Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi peraturan.
B Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak
mematuhi peraturan.
C Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi peraturan.
D Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa akan
disaman.
55 Pesawat itu akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja menerima arahan
daripada pengawal trafik udara.
A Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum
berlepas ke Australia.
B Pengawal trafik udara akan memberikan arahan kepada pesawat yang
akan bertolak ke Australia.
C Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat
itu akan berlepas ke Australia.
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
15
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
D Pengawal trafik udara akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja
mendapat arahan daripada pesawat itu.
56 Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui
dan dihayati oleh kanak-kanak.
A Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan
dihayati oleh kanak-kanak.
B Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional
sebagai satu cabang cerita rakyat.
C Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh
kanak-kanak daripada satu cabang.
D Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu
daripada cabang sastera tradisional.
57 “Saya berharap agar murid-murid sentiasa menjaga nama baik sekolah ini dan
belajar bersungguh-sungguh,” kata Encik Sulaiman dalam ucapannya.
A Encik Sulaiman yang menyampaikan ucapan berharap agar murid-murid
dapat mengharumkan nama sekolah melalui kesungguhan belajar.
B Semasa berucap, Encik Sulaiman mendesak murid-murid supaya dapat
memelihara nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh.
C Dalam ucapannya, Encik Sulaiman mengharapkan murid-murid agar
sentiasa menjaga nama baik sekolah itu dan belajar bersungguh-sungguh.
D Encik Sulaiman berharap agar murid-murid yang menjaga nama baik
sekolah itu dapat belajar bersungguh-sungguh.
58 Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan pulang dari
sekolah nanti.
A “Saya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah
nanti,” kata Danial kepada Luqman dan Ikram.
B “Dalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di rumah
kamu, Luqman,” kata Danial.
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
C “Singgahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti,” kata
Ikram kepada Danial dan Luqman.
D “Kami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti,”
kata Danial dan Luqman.
59 Oleh sebab cuaca panas, mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan
itu.
A Mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan tersebut jikalau cuaca
panas.
B Kerja menyiapkan jambatan itu ditangguhkan berikutan cuaca panas.
C Dalam keadaan yang panas itu, mereka memberhentikan kerja
menyiapkan jambatan.
D Kerja menyiapkan jambatan itu ditunda dalam keadaan cuaca panas.
60 Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang
berilmu.
A Perpustakaan awam tidak perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi
yang berilmu.
B Perpustakaan awam ialah gedung ilmu terkini.
C Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan.
D Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu
dimanfaatkan.
JAWAPAN AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
17
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
1 C 31 D
2 D 32 B
3 B 33 D
4 A 34 C
5 B 35 C
6 C 36 C
7 C 37 B
8 D 38 D
9 C 39 A
10 A 40 C
11 C 41 B
12 D 42 A
13 B 43 B
14 A 44 A
15 B 45 D
16 D 46 B
17 D 47 C
18 B 48 C
19 C 49 B
20 D 50 D
21 B 51 B
22 B 52 A
23 A 53 D
24 C 54 C
25 B 55 C
26 D 56 D
27 B 57 C
28 D 58 D
29 C 59 B
30 A 60 D
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
18
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
Soalan 3 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam
4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Soalan 5 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup
10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru
mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh
11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira
12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang
________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang
13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan
air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
4
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi
tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan
17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk
18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari
Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram
19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas
20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk
Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
5
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya
petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melecet
22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A geli
B haru
C kelam
D gundah
23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat
B telap
C telus
D kalis
24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
A terkilan
B runsing
C murung
D sengsara
25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu
mengalah .
A pelik
B gawat
C runsing
D rencam
26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
A busuk …tengik
B hanyir… wangi
C hapak … harum
D hancing …mersik
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .
A ghairah
B asyik
C tekun
D leka
28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .
A becak
B lembik
C lembap
D bengkok
29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
A serong
B bengkok
C bongkok
D condong
30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
A jauh
B cepat
C dekat
D nyaris
31 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang
kemalangan itu.
A sedih
B hairan
C terkejut
D gembira
32 “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani.
A lazat
B busuk
C kelat
D harum
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Soalan 33 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas
B cepat
C deras
D kencang
34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A teliti
B lemah
C sopan
D lembut
35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam
kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
A baru
B antik
C retak
D runtuh
36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A sibuk
B damai
C serabut
D gembira
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
8
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring
38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
A tertib
B gopoh
C pantas
D cermat
39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A pilu
B gusar
C geram
D marah
Soalan 40 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
A kelajuan
B kelalaian
C keberanian
D kesibukan
41 Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A masuk
B muat
C muak
D mual
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
9
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
42 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.
A menjadikan
B mengecilkan
C mengecutkan
D menguruskan
43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
A baru
B lama
C segar
D layu
44 Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu
A tumpul
B tajam
C tebal
D nipis
45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.
A laju
B petah
C bising
D pandai
46 Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.
A masam
B masin
C manis
D manja
47 Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
A kuat
B lebat
C hebat
D renyai
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
10
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.
A laju
B tajam
C cepat
D lambat
49 Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.
A baik
B keras
C kejam
D waras
50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.
A kecil
B baharu
C usang
D elok
51 Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
A pahit
B masin
C manis
D masam
52 Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam
kemalangan itu dialih ke tepi.
A tegang
B gelap
C pulih
D pilu
53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan
komputer.
A geliga
B cekap
C petah
D fasih
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.
A kelat
B pahit
C manis
D masam
55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.
A senyap
B sunyi
C diam
D riuh
56 Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .
A lebar
B buncit
C sendat
D runcing
57 Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
A luas
B tinggi
C rimbun
D panjang
Soalan 58 berdasarkan Gambar 5
Gamabar 5
58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.
A hari
B larut
C gelap
D nampak
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
12
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
59 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
A laju
B rata
C licin
D lekuk
60 Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.
A nipis
B tebal
C berkilat
D berwarna
61 Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.
A jauh
B cetek
C dalam
D dangkal
62 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
A kaya
B papa
C cerdik
D peramah
63 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas
kedap udara.
A kuat
B tajam
C lemau
D garing
64 Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang
diimport.
A nipis
B tebal
C kesat
D keras
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
13
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
65 “Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti
Noridah.
A bijak
B malas
C cerdik
D pandai
66 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu
selesaikan.
A asyik
B tekun
C sering
D kurang
67 Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak
sedap untuk dimakan.
A hangit
B tengik
C busuk
D basi
68 Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya
mengalami masalah pendengaran.
A kuat
B kasar
C tinggi
D kesat
69 Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.
A pahit
B masin
C masam
D manis
70 Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A tebal
B nipis
C berkilat
D berwarna
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
14
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
71 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-
anak yang bermain di situ.
A pantai
B curam
C dalam
D rendah
72 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.
A mentah
B lembik
C hangit
D tengik
73 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi
membeli-belah.
A aneh
B boros
C buruk
D bosan
74 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.
A elok
B lazat
C hebat
D basi
75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya
tetap ramai.
A murah
B tinggi
C mahal
D rendah
76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan
barang dapur.
A sarat
B sendat
C sumbat
D sendal
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
15
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .
A rangup
B lemau
C rapuh
D hangit
78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
A kesat
B basah
C comot
D compang
79 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .
A kuat
B patuh
C cekal
D berani
80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara ditolak .
A kesian
B hampa
C hancur
D resah
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif 31 A 61 C
32 A 62 A
1D 33 C 63 C
2A 34 A 64 D
3B 35 C 65 B
4D 36 B 66 A
5C 37 C 67 B
6A 38 C 68 C
7A 39 A 69 A
8C 40 B 70 A
9A 41 B 71 B
10 D 42 D 72 B
11 D 43 A 73 D
12 D 44 A 74 B
13 B 45 B 75 C
14 C 46 A 76 A
15 C 47 B 77 A
16 B 48 A 78 C
17 B 49 C 79 C
18 A 50 B 80 B
19 C 51 A
20 B 52 C
21 D 53 B
22 A 54 A
23 D 55 B
24 B 56 B
25 B 57 B
26 C 58 B
27 B 59 C
28 A 60 B
29 D
30 D
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
17
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Info Kata banyak makna
Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu
maksud.
Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang
berlainan.
Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk:
1. kata dasar
Contoh: makan
a. Shaari makan nasi lemak.
(menunjukkan perbuatan makan)
b. Abu ialah seorang yang suka makan kawan.
(mengambil kesempatan terhadap seseorang kawan)
c. Rudi bekerja makan gaji.
(bekerja dengan seseorang)
2. kata berimbuhan
Contoh; menjelaskan
a. Kami terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya.
(menerangkan / menghuraikan dengan lebih lanjut)
b. Pak Sudin telah menjelaskan hutangnya.
(membayar / menyelesaikan sesuatu)
3. kata ganda
Contoh;diam-diam
a. Dalam diam-diam, dia keluar dari rumah sewanya.
(secara senyap-senyap)
b. Murid diminta duduk diam-diam ketika ketiadaan guru.
(tidak berbuat apa-apa / tidak berbuat bising)
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1 I Cahaya hari ini hangat sekali.
II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
2 I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.
II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran
Sains.
A II dan III
B III dan IV
C I,II dan III
D I,III dan IV
3 I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
4 I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.
II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.
IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.
A I dan III
B III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
5 I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
6 I Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.
III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.
IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II,III dan IV
7 I Liong baru sahaja baik daripada selesema.
II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.
IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.
A I dan IV
B II dan III
C I, II dan IV
D II,III dan IV
8 I Bunga tayar kereta itu melintang.
II Ailin suka memakai baju yang bunga.
III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.
IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.
A I dan IV
B III dan IV
C I,II, dan III
D I, III dan IV
9 I Jambatan itu sudah siap bina.
II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
10 I Usianya baru lima tahun..
II Adik masuk ke bilik baru tidur.
III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.
IV Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
11 I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.
II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.
III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.
IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D II, III dan IV
12 I kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai.
II Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu
III Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.
IV Lembu Pak Samad di tambat di kaki hutan.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
13 I Tingginya sama paras dengan saya.
II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.
III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.
IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
14 I Dia laku dirinya seperti orang kaya.
II Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.
III Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.
IV Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.
A I dan II
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
15 I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.
II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.
III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.
IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
16 I Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.
II Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan
III Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.
IV Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang
dapat dilakukan orang-orang yang celik.
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
17 I Malek Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.
II Walaupun Johari cacat, dia berjaya merebut hati gadis cantik itu.
III Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan itu merebut bunga telur.
IV Dengan cepat dia merebut senjata itu daripada penjahat.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV
18 I Pekerja itu asli dari Bangladesh.
II Gas asli dilombong di pesisir pantai Terengganu.
III Penyanyi itu sedang menyanyikan sebuah lagu asli.
IV Masyarakat orang Asli kini semakin maju dalam kehidupan.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV
19 I Wang simpanannya sesak di bank.
II LRT itu sesak dengan penumpang.
III Jalan raya sesak ketika musim perayaan.
IV Datuk diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
20 I Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.
II Beberapa pintu rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.
III Zunika sedang duduk termenung di tepi pintu.
IV Pintu komputer tidak dapat dibuka kerana tiada kata laluan.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
21 I Kaki adik sakit kerana terpijak duri.
II Arnab yang sombong itu tertidur di kaki pokok.
III Penjual kacang putih itu berjaja di kaki lima kedai.
IV Emak membeli sekaki serai daripada penjual ikan itu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
22 I Jalan menuju ke kampung Ali berlopak-lopak.
II Mereka mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu.
III Dia sering memberi jalan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
IV Mesyuarat itu jalan walaupun ramai ahli tidak hadir.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III
23 I Pokok rambutan itu berbuah lebat.
II Rambutnya ikal, lebat dan kelihatan bersinar.
III Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.
IV Dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang lebat corak emasnya dalam
masa dua hari.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
24 I Dia bekerja dengan kuat tenaganya.
II Jahitlah dengan benang yang kuat sedikit.
III Peristiwa hitam itu kuat mengganggu fikirannya.
IV Orang itu menjerit dengan kuat sehingga mengganggu jiran sebelah.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
25 I Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang yang licin.
II Rambutnya disisir licin supaya tampak segak.
III Majlis persaraannya berjalan dengan licin.
IV Kulit peragawati itu sungguh licin.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
26 I Majlis penyampaian hadiah itu berjalan dengan lancar.
II Kebanyakan murid dari kampung itu berjalan ke sekolah.
III Seekor ular berjalan di dahan pokok itu.
IV Bas itu berjalan dengan lajunya.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
27 I Pak Abu berjaya menangkap ular yang bisa itu.
II Saya masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata orang tua itu.
III Dia kelihatan bermenung setelah menangkap surat daripada bapanya.
IV Kanak-kanak menangkap kemahiran sedikit demi sedikit.
A I dan II
B II dan III
C I,II dan III
D II,III dan IV
28 I Puan Alice membalas sebungkus nasi lemak kepada jirannya.
II Tiap-tiap pagi, dia membalas adiknya ke sekolah.
III Nina belum membalas surat kawannya.
IV Kita harus membalas budi ibu bapa.
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
29 I Pemandangan di tengah sawah itu sangat buruk.
II Ayah mengesat peluh dengan sehelai kain buruk.
III Abang Jas sedang berehat di pondok buruk di tepi sawah.
IV Orang-orangan di tengah sawah itu diperbuat daripada kain buruk.
A I dan II
B II dan IV
C I,II dan III
D II,III dan IV
30 I Farah tidak lalu hendak makan di gerai yang kotor itu.
II Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran untuk menghadapi hari muka.
III Emak mengangkat kain di ampaian lalu melipatnya.
IV Datuk Majid mengisi masa lalu dengan bermain golf.
A I dan III
B II dan III
C I,II dan III
D II,III dan IV
31 I Air sungai di belakang rumah datuk sangat dalam.
II Keluarga Encik Tang bercakap dalam bahasa Inggeris.
III Jangan suka membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
IV Kami tidak faham perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu kerana
suaranya sangat dalam.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
32 I Kee Heng menonton filem itu sehingga tamat.
II Lai Ming tamat mendaki gunung yang tinggi itu.
III Perkhidmatannya akan tamat pada bulan depan.
IV Lesen memandu Fadli tamat pada pertengahan bulan ini.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
33 I Ali membeli tiket kereta api kelas ekonomi.
II Kelas itu pecah kerana terhempas ke batu.
III Sharil dan Mutu belajar di dalam kelas pemulihan.
IV Puan Lee ditempatkan di wad kelas pertama di hospital itu.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II,III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
34 I Dia memerah kakinya supaya berjalan dengan pantas.
II Petani-petani itu memerah keringat bekerja di tengah sawah.
III Guru Besar memerah tukang kebun supaya memotong rumput.
IV Kami memerah otak untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D III dan IV
35 I Gigi budak itu tanggal semalam.
II Samad meninggal dunia pada tanggal 30 Oktober yang lalu.
III Cuaca yang panas menyebabkan Ali dan Sazali tanggal bajunya.
IV Kerana marahkan ibunya, dia menendang pintu itu hingga tanggal engselnya.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
36 I Pendapatan bulanan Encik Mutalib sangat kencang.
II Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang.
III Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
IV Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
37 I Kakak Zamil ingin lanjut pelajarannya ke luar negeri.
II Sejak lanjut usia, datuk hanya berehat sahaja di rumah.
III Cikgu menyuruh murid-murid lanjut kerja walaupun loceng rehat telah berbunyi.
IV Aziz M.Osman enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang filem yang akan
diarahkannya.
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
38 I Rumah lama itu telah dirobohkan.
II Dia gemar menyimpan barang-barang lama.
III Sudah lama dia menunggu kedatangan awak.
IV Azmi berjalan dengan lama menuju ke pusara ibunya..
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
39 I Penyelam itu menyelam hingga ke dasar laut.
II Rumah itu atapnya zink, dindingnya papan dan dasarnya simen.
III Dasar undang-undang negara diambil daripada undang-undang lama.
IV Pelajar itu mempunyai dasar keluarga yang miskin.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
40 I Muka budak yang sakit jantung itu pucat.
II Bayaran muka motosikal itu sebanyak RM400.00 sahaja.
III Setelah kilat sabung-menyabung, muka hujan pun turun.
IV Azlan tidak berani angkat muka semasa dimarahi gurunya.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II dan IV
41 I Zana melukis gambar bulan sabit.
II Sabit digunakan untuk memotong rumput.
III Sekiranya sabit kesalahan, penculik itu akan dipenjarakan.
IV Mahkamah akan menjatuhkan hukuman sabit kepada pesalah.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II dan IV
42 I Halaman rumah Neena sangat bersih.
II Piring putih kelihatan terbang di halaman angkasa.
III Buku cerita itu mengandungi seratus dua puluh halaman.
IV Surat khabar menyediakan satu halaman khas untuk para pelajar.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
43 I Beberapa orang kanak-kanak berkejar-kejaran di padang.
II Beberapa ekor ayam berkejar-kejaran apabila Abu menaburkan padi.
III Pemandu kereta lumba itu berkejar-kejaran untuk ke garisan penamat.
IV Polis sedang berkejar-kejaran dengan penyamun yang melarikan diri itu.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
D I dan III
44 I Warga emas patut disayangi.
II Ikan emas itu dipeliharanya di dalam sebuah akuarium.
III Jangan lepaskan peluang emas untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
IV Kedua-dua mempelai duduk di atas peterana yang emas sambil diarak ke
istana.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
45 I Sekuat-kuat Lim Sin, kuat lagi abangnya.
II Badri menolak batu itu dengan sekuat-kuat.
III Perempuan itu berteriak sekuat-kuat hatinya.
IV Jalak tidak dapat menandingi sekuat-kuat Badang.
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan IV
46 I Anak lelakinya pulang keputusan memilih jodoh kepada ibu bapanya.
II Kepulangannya ke kampung bagaikan “Sirih pulang ke gagang.”
III Bapanya telah pulang ke rahmatullah pada tahun lepas.
IV Syarikatnya mendapat pulang yang berlipat ganda.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
47 I Dia keluar baik sahaja saya sampai.
II Janganlah risau, kami sekeluarga baik belaka.
III Buku itu masih baik walaupun telah lama digunakan.
IV Kesihatannya beransur baik setelah menerima rawatan di hospital.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
48 I Barang kata anaknya terpaksa diturut saja.
II Ibu ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian.
III Barang keputusan yang dibuat mendapat persetujuan ketuanya.
IV Jangan menyimpan barang kata yang menyinggung perasaan dalam hati.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
49 I Pencuri itu telah kena bekas oleh pihak polis.
II Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya.
III Haji Tamrin ialah bekas ketua kampung yang amat disayangi.
IV Anggota PERHILITAN dapat mengesan harimau itu melalui bekas tapak
kakinya.
A I dan IV
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
50 I Ahmad telah menerima bahagian pusakanya.
II Saya hanya dapat bahagian kek itu.
III Nenek Zaiton sering sakit pada bahagian kakinya.
IV Kereta yang mengalami kemalangan itu rosak pada beberapa bahagian.
A I dan II
B II dan IV
C I,II dan III
D I,III dan IV
51 I Anjing itu menggondol seketul tulang sambil berlari.
II Pekebun itu menggondol pokok rambutan di kebunnya.
III Abang menggondol hadiah pertama dalam pertandingan cerita.
IV Pak Kasim menggondol rambut Azlin kerana kulit kepala anaknya itu
berkudis.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
52 I Berita itu telah menghancurkan hatinya.
II Masalah itu sentiasa menghancurkan fikirannya.
III Letupan bom itu telah menghancurkan beberapa buah bangunan.
IV Perbuatan Rama telah menghancurkan kepercayaan saya kepadanya.
A I dan III
B I ,II dan III
C I, II dan IV
D II,III dan IV
53 I Sawah padi itu menjadi huru-hara akibat kemarau.
II Negara itu masih berada dalam keadaan huru-hara.
III Budak itu menangis huru-hara kerana dimarahi oleh ibunya..
IV Remaja dinasihati agar jangan huru-hara ke sana ke mari pada larut malam.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
54 I Kita arus menghormati ibu bapa kita.
II Suri berasa arus pada waktu tengah hari itu.
III Arus elektrik yang terdapat pada wayar boleh membahayakan kanak-kanak.
IV Kita mesti mengikut arus pemodenan pada masa ini supaya kita tidak
ketinggalan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
55 I Hidangan pada waktu tengah hari tadi membuka selera kami.
II Linda membuka telinga untuk mendengar perbualan kakaknya.
III Adibah membuka tingkap biliknya supaya cahaya matahari dapat masuk.
IV Ayah dan kawan-kawannya telah membuka tanah baharu untuk projek
penanaman kelapa sawit.
A I dan III
B I ,II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
56 I Kasut ini perlu kita tawar harganya.
II Ikan air tawar sedap dibuat gulai asam pedas.
III Mi goreng yang dimakannya itu tawar rasanya.
IV Dia berasa tawar hati hendak menyertai rombongan ke Melaka.
A II dan III
B III dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
57 I Barang-barang buatan negara kita bermutu tinggi.
II Dia berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi.
III Jangan tinggi diri apabila berhadapan dengan orang-orang tua.
IV Buluh yang yang digunakan untuk mengait buah itu tidak cukup tinggi.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
58 I Ikatan yang teguh akan menjamin keselamatan bungkusan.
II Tidak banyak barang dapat disimpan di dalam almari itu walaupun teguh.
III Rina dan Rini menjalin tali persahabatan yang teguh sejak di bangku
sekolah.
IV Mat Kilau seorang yang dihormati kerana dia berpegang teguh pada
janji-janjinya.
A I dan III
B III dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
59 I Dia memilki pandangan yang dalam tentang perkara itu.
II Ibu mengeluarkan rantai emas dari dalam almari pakaian.
III Kapal terbang itu akan berlepas dalam masa sepuluh minit lagi.
IV Wanita itu dalam keadaan sedih sejak anaknya meninggal dunia.
A I dan II
B III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
60 I Pasir di tepi pantai itu sangat halus.
II Orang tua itu mempunyai pendengaran yang halus.
III Gadis itu tidak sahaja cantik malah halus budi bahasanya.
IV Dia tahu apa-apa yang perlu dilakukanya secara halus tanpa
menyinggung sapa
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II , III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
61 I Pihak polis telah menahan kedua-dua perompak bank itu.
II Walaupun bilangan mereka sedikit, anggota tentera itu tetap menahan
di kubu tersebut.
III Pemandu itu menahan oleh polis kerana melanggar kesalahan jalan
raya.
IV Aminah mengerang kerana tidak dapat menahan kesakitan.
A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV
62 I Kuih itu dipanggil cakar ayam.
II Bangunan itu tinggi cakar langit.
III Pipi saya berdarah cakar oleh Ali.
IV Anjing mempunyai cakar sedangkan kerbau pula tidak.
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan IV
63 I Harga kereta semakin susut sejak akhir-akhir ini.
II Kain itu akan susut apabila dibasuh.
III Badan anak saya susut selepas demam.
IV Kasutnya susut sebab dia semakin membesar.
A I dan III
B I, II dan III
C I, II dan IV
D II , III dan IV
64 I Dasar rumah itu berlubang-lubang.
II Galian itu telah ditemukan di dasar laut.
III Dia menyimpan perasaan sayang di dasar hatinya.
IV Pihak polis tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk mensabitkannya
dengan kesalahan itu.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
65 I Dia bertaubat demi kelakuan buruknya.
II Demi Tuhan, sesungguhnya saya tidak berbohong.
III Dia meneruskan perjalanannya demi ribut melanda.
IV Rokiah serta-merta menangis demi mendengar berita sedih itu.
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
66 I Dia ganjil memikirkan masalah hidupnya.
II Binatang yang ganjil itu ditemukan oleh sekumpulan saintis.
III Nombor bulat yang bukan nombor genap disebut nombor ganjil.
IV Kerosakan ganjil akan menyebabkan seseorang diserang penyakit buah
pinggang.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
67 I Mereka yang memiliki gigi yang jarang dikatakan amat cemburu orangnya.
II Rambut yang jarang mudah untuk diurus.
III Bomoh itu membacakan jarang bagi menghalau kuasa jahat.
IV Pemain itu diketepikan kerana dia jarang hadir untuk menjalani latihan.
A II, III dan IV
B I, II dan IV
C III dan IV
D II dan IV
68 I Adunan capati ini perlu kamu kacau supaya menjadi lembut.
II Along selalu kacau kehidupan pemiutangnya.
III Bilik itu kacau sekali setelah kemasukan pencuri.
IV Fikiran Pak Jamil kacau apabila memikirkan masalahnya.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
69 I Lapan puluh peratus ekonomi negara bergantung pada eksport bahan mentah.
II Berkerut-kerut keningnya apabila memikirkan nasibnya yang mentah.
III Buah mangga yang masih mentah digemari oleh sesetengah orang.
IV Pak Halim belum dapat melupakan peristiwa yang masih mentah.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
70 I Pemandangan di sini amat selesa.
II Saya rasa amat selesa tinggal di sini.
III Keputusan itu dibuatnya semasa selesa.
IV Saya berasa tidak selesa apabila berada di sisinya.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, III dan IV
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Kata banyak makna
No. Jawapan No. Jawapan No. Jawapan
1B 31 A 61 B
2C 32 D 62 C
3C 33 C 63 A
4D 34 B 64 A
5B 35 C 65 C
6A 36 C 66 C
7C 37 C 67 B
8A 38 C 68 D
9D 39 C 69 B
10 D 40 D 70 C
11 C 41 C 71
12 B 42 D 72
13 D 43 D 73
14 B 44 A 74
15 D 45 A 75
16 B 46 B 76
17 C 47 D 77
18 D 48 A 78
19 D 49 D 79
20 C 50 D 80
21 B 51 B 81
22 D 52 A 82
23 C 53 C 83
24 C 54 D 84
25 D 55 D 85
26 B 56 D 86
27 A 57 A 87
28 D 58 C 88
29 D 59 C 89
30 C 60 C 90
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BILANGAN
KATA BILANGAN
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
1 Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
A semua
B seluruh
C separuh
D sesetengah
2 ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam
dengan sayur-sayuran.
A Setiap
B Segelintir
C Sebilangan
D Sebahagian
3 Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
A berbagai
B pelbagai
C seluruh
D segala
4 ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga
B Tiap-tiap
C Sesetengah
D Kedua-dua
5 Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?
A beberapa
B keempat
C separuh
D berapa
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BILANGAN
6 _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke
atas mejanya.
A Seluruh
B Ribuan
C Setengah
D Beberapa
7 Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita
penyakit angin ahmar.
A berhari-hari
B berabad-abad
C bertahun-tahun
D berkurun-kurun
8 ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
A Pelbagai… setiap
B Berbagai…semua
C Beberapa…segala
D Pelbagai…segala
9 _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam
panas.
A Tiga suku… sekalian
B Setengah…beberapa
C Seluruh…sekalian
D Seluruh…setiap
10 Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak
yatim.
A sebahagian
B sesetengah
C beberapa
D ribuan
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BILANGAN
11 ______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para
B Setiap
C Ribuan
D Setengah
12 Majikan itu melayani ________________pekerjanya dengan adil tanpa pilih
kasih.
A separuh
B beberapa
C sebahagian
D semua
13 Pihak imigresen memeriksa _______________badan penumpang kapal terbang
sebagai langkah keselamatan.
A seluruh
B setengah
C segelintir
D beberapa
14 Aiman sedah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan
itu.
A beberapa
B beribu-ribu
C berkali-kali
D beratus-ratus
15 ______________hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
A Para-para
B Setengah
C Segala
D Para
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BILANGAN
16 _________________hujung bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli belah.
A Semua
B Setiap
C Setengah
D Beberapa
17 Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau
Kuning.
A puluhan
B ribuan
C setiap
D separa
18 _____________buah tong hilang dipercayai mengandungi sisa toksik ditemukan
di tepi belukar itu.
A Beberapa
B Setengah
C Separuh
D Sebahagian
19 _______________kali selepas bersolat , dia mengangkat __________belah
tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
A Beberapa… kedua-dua
B Pertama …semua
C Setiap…kedua-dua
D Setengah-setengah…dua
20 _____________pandangannya menjadi gelap apabila ___________belah
matanya terkena semburan cecair itu.
A Seluruh…kedua-dua
B Kedua-dua…seluruh
C Setiap…kedua-dua
D Sesetengah…semua
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BILANGAN
JAWAPAN KATA BILANGAN
Nombor Abjad Jawapan
soalan
C separuh
1 A setiap
2 B pelbagai
3 D kedua-dua
4 D berapa
5 B ribuan
6 B bertahun-tahun
7 A pelbagai…setiap
8 D seluruh…setiap
9 A sebahagian
10 B setiap
11 D semua
12 A seluruh
13 C berkali-kali
14 D para
15 B setiap
16 B ribuan
17 A beberapa
18 C setiap… kedua-dua
19 A seluruh…kedua-dua
20
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
KATA NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan
2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi
3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam
4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang
5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda
7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu
8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air
9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api
10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda
11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan
13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas
14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang
15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang
16 Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,
Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa
17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar
19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura
20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China
21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat
di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat
22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah
keibubapaan yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
23 Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah sewaktu
berbelanja.
A gadis
B isteri
C betina
D wanita
24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil
tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani
25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid
26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang
cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca
27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas
sebagai pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak