The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Anda akan mendapat maklumat tentang
kaedah membuat pelaburan emas fizikal yang betul, tepat dan selamat.Baik, mari kita mulakan. Mula-mula sekali, anda mesti nak tahu...

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by publicgoldasia, 2022-03-23 08:41:19

Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Anda akan mendapat maklumat tentang
kaedah membuat pelaburan emas fizikal yang betul, tepat dan selamat.Baik, mari kita mulakan. Mula-mula sekali, anda mesti nak tahu...

Keywords: gold inverstment,simpanan emas,dinar emas,emas mampu milik,public gold

EDISI 2022

KENAPA PERLU

MENYIMPAN

EMAS?

Oleh : SYUKOR HASHIM
Jutawanemas.com

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

PENGENALAN KEPADA

PELABURAN EMAS
OLEH SYUKOR HASHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dapati amat penting untuk anda

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di
mempelajari ilmu dari orang yang pakar di
atas minat anda untuk mendalami ilmu
dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika

emas. tersalah langkah, anda mungkin
mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen

Saya menulis laporan ini dengan satu niat
skim cepat kaya yang bertopengkan
iaitu membantu anda memahami cara-cara
emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas

membuat pelaburan emas dengan betul,
yang jauh terpesong.
tepat dan selamat. Apatah lagi jika keuntungan segera,

sentimen keagamaan dan bangsa

Saya aktif di dalam pelaburan emas sejak dijadikan
tahun 2008 sehingga hari ini. Pada waktu itu
daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi

pelaburan emas masih terlalu baru di
besar kerana menjadi mangsa penipuan.
Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap
Saya doakan anda mendapat manfaat

pelaburan emas masih di tahap rendah. daripada laporan ini.
Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu
Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan

saya membaca buku-buku rujukan yang sebenar.
dibeli dari luar negara. Ini kerana buku-buku

tempatan tentang emas @ pelaburan
logam berharga adalah sangat terhad.

Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas
Syukor Hashim
dengan saya terdiri daripada pensyarah-
Admin www.jutawanemas.com
pensyarah dan professor universiti. Dengan
Whatsapp/SMS/tel: 013-2126999
tunjuk ajar mereka, saya rasa amat
bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas

yang betul dengan orang yang betulbetul
pakar.

02

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

SELAMAT DATANG KE

DUNIA PELABURAN EMAS!

Laporan ini ditulis untuk menerangkan kepada anda cara-cara

membuat pelaburan emas fizikal dengan betul, tepat dan selamat.
Jika anda masih baru di dalam dunia pelaburan emas, laporan ini

dijamin 100% akan membantu anda menguasai ilmu pelaburan emas

fizikal.

Anda akan mendapat maklumat tentang
kaedah membuat pelaburan emas fizikal
yang betul, tepat dan selamat.Baik, mari
kita mulakan. Mula-mula sekali, anda
mesti nak tahu:

Apa maksud Pelaburan Emas?

Definisi pelaburan emas adalah:
1.Anda membeli emas fizikal atau
2.Sebarang produk-produk kewangan

berasaskan emas
3.bagi tujuan mendapatkan

keuntungan.

Terdapat banyak kaedah pelaburan

emas di Malaysia, namun pelaburan

emas secara fizikal adalah kaedah

pelaburan yang paling mudah, selamat

dan patuh syariah.

03

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kenapa anda perlu menyimpan emas?
Kenapa anda perlu menyimpan emas? Di manakah keuntungan

menyimpan emas? Ada 2 sebab yang paling asas kenapa anda perlu

menyimpan emas iaitu:

1.Duit senang habis
2.Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa


panjang
# 1 Duit senang habis.
Tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang sangat baik. Ini

kerana duit yang anda simpan boleh digunakan bagi tujuan

kecemasan, menunaikan umrah @ haji atau pun bagi tujuan

pelaburan seperti membeli hartanah atau modal perniagaan.
Walaupun anda tahu menyimpan duit itu bagus, namun tahukah

anda, tabiat menyimpan duit sukar untuk dipraktikkan?
Buktinya, anda boleh melihat petikan daripada Laporan

Pembangunan Manusia Malaysia 2013.

04

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Laporan ini mendedahkan kepada kita 2 maklumat yang merunsingkan.
Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia

tidak mempunyai aset kewangan (muka surat 49).
Memetik angka Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS), laporan itu juga

menyatakan hampir 90% isi rumah luar bandar dan 86% isi rumah

dalam bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan

(mukasurat 49)

Anda boleh membaca laporan mengenainya disini:
http://hdr.undp.org/en/content/malaysia-human-development-report-2013
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tanpa-simpanan-majoriti-

rakyat-malaysia-bakalhadapi-kesulitan-ketika-kecem

Baik, sekarang saya nak tanya anda satu soalan. Sila jawab dengan

ikhlas

Soalan: “Duit senang nak simpan atau senang nak dihabiskan?”

Sebagai seorang pendidik mengenai pelaburan emas, bertahun-tahun

saya tanya soalan di atas kepada orang yang hadir ke seminar saya.
Saya akan buka beg duit, tarik keluar beberapa keping duit RM50 atau

RM100, tunjukkan kepada hadirin dan tanya mereka soalan “tuan puan

sekalian, duit kertas ini senang tak kalau nak dihabiskan?”

Jawapan yang diterima daripada semua orang hampir sama.
Jawapan mereka “Duit senang habis. Cepat pulak tu”

04

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi anda untuk

membina kekayaan dengan simpanan duit.
Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada 2 sahaja.
Pertama bayar hutang dan kedua belanja

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah

ini?
Jika anda hendak membina simpanan

yang banyak, cuba gunakan teknik tukar

duit simpanan menjadi emas.
Saya ada simpan 1 gram emas di dalam

beg duit. Kemudian saya cabut keluar
emas 1 gram tu dan tanya orang yang

hadir ke seminar saya.

Soalan saya: “Macam mana nak belanja 1

gram emas?”
Orang susah nak jawab soalan ini. Sebab orang tak ada pengalaman

belanja emas.
Dalam otak kebanyakan orang, emas kena simpan.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Saya pernah berjumpa seorang hamba Allah yang hobinya ialah
mengumpul syiling 1 dinar emas.

Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan menukarkannya kepada
syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1 dinar emas sedikit demi sedikit
sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping.

Fuh! Banyak tu…
Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut
pada harga RM585 sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.
Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500

Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau
hanya fokus kepada emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang”
katanya.

Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.
Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti
emas anda akan semakin banyak. It keep growing and growing…

Terdapat 2 pengajaran di dalam cerita ini:
1.Simpanan emas melibatkan simpanan jangka masa panjang. Baru
anda boleh lihat hasilnya. Seeloknya anda simpan emas untuk 5
tahun ke atas.
2.Anda perlu konsisten menyimpan emas. Tabiat membeli emas
secara konsisten amatlah baik.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

TIPS!

Mengikut pengalaman saya, duit memang susah

nak simpan, terutamanya jika simpanan itu

memerlukan komitmen untuk satu jangkamasa

yang sangat panjang.

Anda memerlukan disiplin yang tinggi serta hati

yang cekal.
Biasanya hati manusia ini, suka kepada

keseronokan yang
cepat dan segera.

Sebab itu kita mempunyai keinginan yang spontan membelanjakan

duit sebaik sahaja menerimanya. Psssttt… tengok ajer duit bonus anda.

Bagi kita, itu adalah normal. Sebenarnya sikap seronok belanja itu

sangat tidak bagus dan merugikan kita dalam jangka masa panjang.

Sebab itulah, saya cadangkan anda untuk cepat-cepat “membekukan

duit” ke dalam bentuk emas.

Ia adalah salah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari

terguna, terpakai, terbelanja, terbeli, termelabur dalam benda-benda

mengarut dan macam-macam ter… lagi….

Kesemua ter.. diatas boleh menyebabkan duit anda hangus.
Betul tak?

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

EMAS PENYIMPAN NILAI YANG

SANGAT BAIK DI DALAM JANGKA
MASA PANJANG.

Satu fakta menarik tentang emas ialah
keupayannya mengekalkan kuasa belinya
di dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan
tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu
tetap boleh dibeli dengan berat emas yang
sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The
Golden Constant – The English and
American Experience 1560-2007” oleh
Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah
Pengurusan Perniagaan University of
California.

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:
“Adakah nilai duit pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding
sekarang?”
Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini
adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram
telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan
Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi,
Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20
adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad
ke 17″ Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda
sekiranya anda menyimpan emas. Kuasa membeli emas adalah sangat
stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh
dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

KUASA BELI 1 DINAR 1400 TAHUN

YANG LALU DAN SEKARANG

Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400
tahun yang lalu berbanding hari ini. Ketika zaman Rasulullah SAW 1400
tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas (dinar merujuk
kepada syiling emas seberat 4.25gram)

Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang
bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang
ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku
satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut
dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki
tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli
dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di
perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor
kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor
kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar
dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah
kamu melakukannya? Aku pun
menceritakan kepada Baginda apa
yang telah aku lakukan lalu Baginda
berkata: “Ya Allah, berkatilah
perniagaannya.”

Sekarang ini, tahun 2016. Satu dinar
masih boleh membeli seekor
kambing! Inflasi untuk emas adalah
0%

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

PRESTASI KENAIKAN HARGA EMAS

TAHUN 2001 – 2016

Jadual di bawah menunjukkan purata kenaikan harga emas untuk
jangkamasa 16 tahun di dalam 9 matawang utama dunia.

Sebagai contoh, kenaikan harga emas di dalam USD daripada tahun
2001 sehingga 2016 adalah 421%

Saya harap anda dapat melihat potensi pelaburan emas di dalam
jangka masa panjang. Ia menguntungkan anda.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Baiklah, sekarang anda telah mengetahui:
1. Definisi pelaburan emas dan
2. Sebab kenapa anda ingin menyimpan emas.

Seterusnya, mari kita lihat cara termudah membuat pelaburan emas
iaitu membeli emas fizikal.

PELABURAN EMAS FIZIKAL.
Pelaburan emas fizikal bermaksud anda membeli emas di dalam
bentuk fizikal. Anda boleh pegang emas tersebut dan simpan sendiri.

Emas fizikal terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1.Jongkong emas,
2.syiling emas dan
3.barang kemas

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

MEMILIH EMAS FIZIKAL TERBAIK

Untuk pelaburan emas fizikal, pilih jongkong emas, syiling emas atau
dinar emas. Ini kerana jongkong emas, syiling emas dan dinar emas
dibuat khas untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Ia mempunyai ciri-
ciri khas seperti berikut:

Mempunyai bentuk dan berat yang standard.
Mempunyai kualiti emas yang tinggi (995.0 - 999.9)
Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.
Mempunyai premium yang rendah
Mempunyai susutnilai rendah
Saya akan huraikan ciri-ciri ini satu-persatu.

Bentuk dan berat yang standard.

Jongkong emas mempunyai bentuk segi empat manakala syiling dan
dinar emas berbentuk bulat. Dari segi pembungkusan, terdapat 2
bentuk pembungkusan yang biasa digunakan iaitu plastik laminate
atau loose packaging (plastik laminate bermaksud emas tersebut
dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka) manakala loose
bermaksud plastik emas boleh dibuka)

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

DINAR EMAS

Di Malaysia, salah satu bentuk pelaburan emas fizikal yang terkenal
ialah Dinar Emas. Dinar emas adalah syiling emas yang digunakan oleh
tamadun Islam. Beratnya ialah 4.25 gram. Dari segi ketulenan, terdapat
2 versi dinar yang boleh dibeli iaitu 24k (999.9) dan 22karat (916).
2 jenis dinar emas yang popular di Malaysia adalah Dinar Emas
Kelantan dan Public Gold LBMA Dinar. Dinar Emas Kelantan boleh di
dapati di dalam bentuk ½ Dinar, 1Dinar, 2Dinar, 5Dinar dan 8Dinar.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan harga semasa, sila
kunjungi laman web http://kgt.com.my/

Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.

Public Gold ada menjual dinar emas LBMA di dalam bentuk ½ Dinar,
1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar (lihat gambar)
Untuk maklumat mengenai produk dan harga semasa, sila kunjungi
laman web
https://publicgold.com.my/index.php?route=product/category&path=1

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Sistem berat emas di Malaysia (Gram dan Troy Ounce).
Di malaysia, sistem berat emas yang digunakan adalah gram dan Troy
Ounce (Oz). Di dalam sistem gram, biasanya jongkong emas yang
dijual adalah 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100
gram, 250 gram, 500 gram dan 1kg. Di dalam sistem Troy Oz (1 Troy
Ounce @ Oz = 31.10 gram), biasanya jongkong emas @ syiling emas
yang dijual dengan berat ¼ Oz, ½ Oz, 1 Oz, 5 Oz dan 10 Oz.
Lihat contoh dibawah:

Gambar: Syiling Canadian Gold Maple 1 Oz

Gambar: Syiling Canadian Gold Maple ¼ Oz dan 1 gram.

Gambar: Contoh jongkong emas di dalam 1 Troy Oz.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kualiti emas yang tinggi.

Emas pelaburan mempunyai kualiti 24k (995.0 – 999.9). Maklumat
ketulenan emas ini akan diletakkan di dalam sijil ketulenan emas
(Gold certificate). Kalau jongkong emas itu adalah berbentuk
laminated. Maka sijil ketulenan emas akan dicetak di belakang emas
tersebut. maklumat asas yang perlu ada di dalam sijil ketulenan
adalah:

Berat emas
Ketulenan emas
Nombor siri jongkong emas
Tandatangan Certified Assayer (orang yang menguji ketulenan
emas)

Gambar: Contoh gold certificate yang mengandungi butiran-butiran emas.

Nota penulis: Ada pengeluar jongkong emas, biasanya keluaran tempatan yang tidak meletakkan
kesemua 4 maklumat ini pada jongkong emas mereka. Kadang-kadang sekadar meletakkan berat
dan ketulenan emas sahaja.
Apa sebabnya? Biasanya sebab utama adalah untuk mengurangkan kos. Contohnya, certified
assayer adalah pihak ketiga yang dibayar bagi menguji ketulenan emas. Begitu juga dengan
cetakan nombor sijil pada jongkong emas. Ia akan melibatkan penambahan kos pengeluaran.
Jadi pengeluar tempatan tidak mahu meletakkan maklumat ini.Namun, sebagai pelabur bijak,
anda perlu pastikan emas yang anda beli mempunyai sijil ketulenan dengan maklumat yang
lengkap.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Dijual mengikut harga pasaran
emas semasa.

Untuk pengetahuan anda, jongkong emas dan syiling emas biasanya
dijual mengikut pergerakan harga emas semasa dunia. Harga emas
semasa dunia juga dipanggil harga spot gold. Harga spot gold akan
menjadi harga rujukan bagi kebanyakan penjual emas.

Namun hampir semua penjual emas menjual emas mereka pada
harga yang lebih tinggi dari harga spot gold. Ini kerana mereka akan
menambah kos-kos yang mereka tanggung seperti percetakan,
penghantaran, insuran, simpanan dan lain-lain kos ke atas emas fizikal
yang mereka jual.

Perbezaan diantara harga penjual dan harga spot gold dipanggil
premium over spot price. Untuk memaksimakan keuntungan, anda
perlu memilih emas yang dijual pada harga yang hampir dengan
harga spot gold.

Bagaimana melihat harga spot gold?

1. Anda pergi ke www.goldprice.org
2. Tengok jadual harga di penjuru paling kiri.
3. Ubah maklumat di dalam jadual harga tersebut kepada RM/gram

(sila lihat gambar dibawah)

Dalam kes ini, anda dapati

harga spot gold adalah

RM152.15 /gram
Daripada harga ini,

anda boleh

membandingkannya

dengan harga jualan emas

oleh semua penjual emas.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Contoh pengiraan 1:
(untuk jongkong emas Public Gold 10 g

Lihat jadual harga di atas. Ketika harga spot gold = RM152.15 /g, harga
jualan jongkong emas 10 gram Public Gold adalah RM167.20 /g)
Harga ini adalah RM15.05 / g lebih tinggi dari harga spot gold (167.20 –
RM152.15)

Perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas
pengeluar dipanggil premium over spot price . Kita juga boleh
mengira premium over spot di dalam bentuk %.

Formula premium over spot price dalam % adalah seperti berikut:



(Harga jualan RM/g) – (harga spot gold RM /g)
----------------------------------------------------------------- x 100

Harga spot gold RM /g

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Contoh pengiraan 1: (untuk jongkong emas Public Gold 10 g
Panduan umum.
Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beli
Jika premium over spot < 10% = berbaloi
Jika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli

Pengiraan 1: (Premium over spot untuk jongkong emas Public Gold
10 gram)
> Harga 10 gram jongkong emas Public Gold = RM1672.00
> harga segram = RM167.20
> Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g

( (RM167.20 – RM152.15) / RM152.15 ) x 100

= 9.89% above spot <= berbaloi

Pengiraan 2: ( premium over spot untuk jongkong emas Public Gold
100 gram)
> Harga 100 gram jongkong emas Public Gold = RM16,525.00
> Harga segram = RM165.25
> Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g

( (RM165.25 – RM152.15) / RM152.15) x 100

= 8.61% above spot <= berbaloi

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kalkulator premium over spot price.

Anda nak tahu cara mudah mengira premium over spot price?
Anda boleh muat turun kalkulator gold premium over spot price dan
gold spread melalui link ini (klik => http://bit.ly/gold_calculator .
Ianya PERCUMA Kemudian anda hanya perlu memasukkan informasi
yang diperlukan.)

Pesanan:
Anda perlu mempunyai perisian Microsoft excel untuk
menjalankan program ini.
Gold calculator ini juga mempunyai fungsi mengira susutnilai @
spread.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Spread @ susutnilai emas.

Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan
jualan emas. Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu:

1.Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia.
2.Susutnilai di dalam bentuk % (peratus)

Formula pengiraan susutnilai.

Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.

Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian
______________________ x 100
Harga jualan

Contoh pengiraan.

Lihat jadual harga jualan dan harga belian semula emas Public Gold
dibawah:

Berat PG Sell PG Buy Spread / Susut

nilai %

Anda dapati, semakin berat
10gm 1.679 1,544 8.0 %
emas tersebut maka semakin
20gm 3,350 3,115 7.0 %
50gm 8,336 7,794 6,5 %
kecil susutnilainya. 100gm 16,594 15,559 6.0 %
Jadi, jika anda membeli
38,916 5.0 %
emas yang lebih besar, ia
250gm 40,964
lebih menguntungkan.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

SFaktor-faktor lain yang perlu diambil
kira sebelum membeli emas.

Sebelum anda membeli emas fizikal, anda perlu
mempertimbangkan 7 faktor di bawah:

1.Spread @ susutnilai emas
2.Harga premium over spot price
3.Kesediaan stok
4.Beli emas bebas GST
5.Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?
6.Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik

atau berlaku kecacatan padanya?
7.Reputasi penjual emas.

Maklumat tentang spread @ susutnilai dan harga premium over spot
price telah saya huraikan.

Sekarang saya akan huraikan 5 faktor yang berikutnya:

i. Kesediaan stok.
Maksud kesediaan stok adalah:
Anda boleh membeli emas yang anda inginkan mengikut harga
semasa dan penjual mempunyai stok.

Masalah kesediaan stok seringkali berlaku apabila anda ingin
membeli emas fizikal di bank. Contohnya Syiling Kijang Emas dan
UOB bank. Saya pernah beberapa kali kecewa kerana tidak dapat
membeli emas fizikal di bank kerana ketiadaan stok. Harga emas yang
mereka paparkan sekadar menjadi perhiasan sahaja kerana emas
tidak ada. Bila saya nak booking emas, penjual cakap tak boleh
booking, kena tunggu ada stok baru boleh beli. Aduh!

Kalau tak dapat emas serta merta, sekurang-kurangnya biarlah
penjual emas membenarkan anda booking emas tersebut dahulu ikut
harga semasa. Bila stok emas dah sampai maka anda boleh pergi
ambil.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

ii. Beli emas bebas GST
Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST
mulai April 2015. GST telah memberi impak yang besar terhadap
industri emas.

Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%. Namun begitu, kita
bernasib baik kerana kerajaan telah mewartakan beberapa jenis emas
sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam Berharga Pelaburan.
Emas yang tertakluk di dalam kategori investment precious metals ini
dikecualikan daripada bayaran GST.

Untuk memahami jenis-jenis emas yang termasuk di dalam kategori
investment precious metals, anda perlu download (klik sini) dan baca
Warta Kerajaan Persekutuan – Perintah Cukai Barang Dan
Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan 2014) .

Namun, saya akan ringkaskan maklumat ini kepada anda. berharga
Saya ambil isi-isi penting ajer…
Jongkong emas yang di kategorikan sebagai logam
pelaburan adalah mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Jongkong emas berketulenan sekurang-kurangnya 99.5% dan
dikeluarkan oleh penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good
Delivery” bagi London Bullion Market Association (LBMA) dalam hal
emas atau perak;

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

2. Senarai penapis yang berada di dalam senarai “Good Delivery” bagi
LBMA boleh dilihat di sini
http://www.lbma.org.uk/the-good-delivery-list
3. mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah
diperlakukan di negara asalnya, dan mempunyai ketulenan sekurang-
kurangnya 99.5%:
(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;21
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
(viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

Antara jenama emas berstatus LBMA yang boleh dijumpai di Malaysia
adalah Public Gold LBMA bar dan Public Gold LBMA Dinar, PAMP
Suisse, Argor Heraeus, Perth Mint dan Valcambi.

Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu membayar
GST. Contoh, gambar di bawah menunjukkan jongkong emas Public
Gold yang mempunyai logo LBMA.

Gambar: Jongkong emas

Public Gold mempunyai


logo LBMA. Ia bebas

GST.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

2. Senarai penapis yang berada di dalam senarai “Good Delivery” bagi
LBMA boleh dilihat di sini http://www.lbma.org.uk/the-good-delivery-
list
3. mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah
diperlakukan di negara asalnya, dan mempunyai ketulenan sekurang-
kurangnya 99.5%:
(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;21
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
(viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

Antara jenama emas berstatus LBMA yang boleh dijumpai di Malaysia
adalah Public Gold LBMA bar dan Public Gold LBMA Dinar, PAMP
Suisse, Argor Heraeus, Perth Mint dan Valcambi.

Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu membayar
GST. Contoh, gambar di bawah menunjukkan jongkong emas Public
Gold yang mempunyai logo LBMA.

Gambar: Jongkong emas

Public Gold mempunyai


logo LBMA. Ia bebas

GST.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kajian kes: Jongkong emas yang dikenakan GST.
Di sini saya akan berikan contoh bagaimana GST boleh meningkatkan
harga jongkong emas.

Gambar: Public Gold BungaMas (kiri) dan Taifook (kanan)

Untuk pengetahuan anda, Public Gold ada menjual jongkong emas
keluaran tempatan yang dinamakan BungaMas dan Taifook (gambar
atas).
Kedua-dua jongkong emas ini dikeluarkan di kilang emas Public Gold
di Pulau Pinang. Design ini lebih kepada koleksi. Memandangkan kilang
Public Gold tidak berstatus LBMA Good Delivery, maka kedua-dua jenis
jongkong emas ini tidak dikategorikan sebagai investment precious
metals.
Jadi, apabila anda membeli jongkong emas ini, maka anda kena bayar
GST.

Berat Harga Jualan GST 6% Jumlah

10gm 1,692 101.58 Bersih

1794.58

20gm 3,382 202.92 3584.92

50gm 8,455 507.30 8962.30

100gm 16,909 1014.54 17923.54

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Daripada jadual di atas, anda boleh lihat bagaimana GST 6% boleh
meningkatkan kos pembelian emas anda. Lihat sahaja GST untuk emas
100 gram. Kosnya GST sahaja mencecah RM1000++

Sungguh tak berbaloi! Sebagai pembeli yang bijak, anda mesti
membeli jongkong emas LBMA yang tiada GST.

iii. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?

Salah satu kelebihan emas fizikal adalah anda boleh menggadaikannya
di institusi Ar-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera.
Ar-Rahnu menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang
diberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank
seperti Bank Rakyat, Bank Muamalat, Agrobank dan Bank Islam.

Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan perkhidmatan
Ar-Rahnu seperti Pos Malaysia, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad
dan koperasi-koperasi tertentu. Sebelum membeli emas, cuba selidik
samada emas tersebut boleh digadaikan di Arrahnu.

Ini membolehkan anda menggadaikan emas fizikal anda jika terdesak.
Ini kerana, ada sesetengah jenama tidak diterima oleh Ar-rahnu. Ada
sesetengah design tidak diterima oleh Ar-rahnu (jika ada gambar
binatang atau orang) dan ada sesetengah packaging yang tidak boleh
dibuka dan tidak diterima oleh Ar-Rahnu.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kajian kes.
Baik, di sini saya akan tunjukkan satu contoh. Jongkong emas Public
Gold LBMA atau PAMP suisse adalah di dalam bentuk plastic
laminated. Ia tidak boleh dibuka.

Jika anda membawa jongkong emas ini ke Ar-rahnu Bank Rakyat, Ar-
rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Agrobank dan Ar-rahnu Affin Bank.
Mereka tidak akan menerimanya untuk tujuan gadaian. Ini kerana
mengikut prosedur, mereka perlu membuka seal tersebut untuk
menguji emas.
Namun begitu, Ar-rahnu POS menerima gadaian emas Public Gold dan
PAMP Suisse TANPA PERLU MEMBUKA SARUNG.
Jadi, jika anda membeli jongkong emas Public Gold atau PAMP Suisse
maka tempat terbaik untuk menggadaikannya adalah di Ar-rahnu POS.
Jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai Ar-rahnu pos, sila ke
sini
http://www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/pos-arrahnu/

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

iv. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik
atau berlaku kecacatan padanya?

Sebelum membeli emas, tanya syarikat yang menjual emas tersebut
samada mereka memberi jaminan akan membeli balik emas tersebut
jika:
1. Plastiknya dibuka
2. Terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut.

Terdapat 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi:
Jawapan 1: Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun
sarungnya dibuka, ada kesan calar, goris dan bengkok. tapi ada
penambahan susutnilai.

Jawapan 2: Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada
kesan calar, goris atau bengkok.

Kajian kes 1: Plastik dibuka dan emas berlekuk.
Seorang pelabur emas membeli jongkong emas
jenama Emirates Gold. Atas sebab terdesak
memerlukan wang, beliau terpaksa menggadaikan
jongkong emas ini di Arrahnu sebuah bank.

Ar-rahnu ini membuka sarung plastik tersebut untuk
tujuan menguji ketulenan emas (tengok gambar). Lepas
tu tiba-tiba jongkong emas ini terjatuh dan ada sedikit
kesan lekuk. Pergh..!!! ini memang malang tidak berbau.
Apabila hendak menjual kembali emas ini, syarikat
penjual sanggup menerima kembali emas ini, tapi
dengan tambahan susutnilai.

Jadi beliau bernasib baik. Namun kajian kes ke 2
dibawah, agak naya sedikit
www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/pos-arrahnu/

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kajian kes 2: Kijang Emas yang calar.
Seorang rakan saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz. Semasa menggadaikan
syiling emas ini, telah berlaku sedikit kesan calar pada syiling tersebut (tengok
gambar) Apabila beliau mahu menjual kembali syiling emas ini di Maybank, beliau
terkejut kerana pegawai Maybank tidak mahu menerima kembali syiling Kijang Emas
ini dengan alasan “ada kesan calar di permukaan syiling ini”.
Pegawai Maybank beritahu beliau “kalau saya terima syiling emas ini, nanti saya tak
boleh nak jual balik kepada pembeli baru sebab dah bercalar” Jadi, beliau terpaksa
menjual emas ini kepada pembeli emas terpakai pada susutnilai yang lebih tinggi.
Jadi anda perlu berhati-hati. Biasanya bank yang menjual emas mempunyai syarat
yang ketat bila anda hendak menjual semula emas tersebut. Emas tidak boleh dibuka
sarungnya, tidak boleh calar, goris, bengkok atau terkopek. Ia mesti sempurna. Baru
pihak bank akan menerima kembali.

Gambar: Syiling Kijang Emas yang tercalar

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

iv. Reputasi penjual emas.

Semakin lama sesebuah syarikat terlibat dengan aktiviti membeli dan
menjual emas, maka semakin tinggi reputasi dan kredibiliti syarikat
berkenaan. Jadi, semakin kurang risiko terhadap anda.
Kemudian, lihat jenama emas yang mereka jual. Jika emas yang dijual
adalah berstatus LBMA, anda tidak perlu risau pasal GST atau risiko
penjual tersebut tutup kedai. Ini kerana emas berstatus LBMA mempunyai
kecairan yang tinggi. Ia boleh dijual beli dengan mudah kepada penjual
lain.
Kemudian anda lihat harga dan susutnilai produk mereka. Lihat juga 3
perkara di bawah:

1.Jaminan mempunyai stok dan dijual pada harga semasa. Jika stok
tidak ada, adakah pembeli boleh booking emas tersebut pada harga
semasa dan boleh mengambilnya apabila stok ada?

2.Adakah penjual memaparkan harga belian dan jualan yang telus?
Harga ini perlu dipaparkan dengan jelas dan boleh dilihat oleh
pembeli. Paling bagus sekiranya penjual emas tersebut mempunyai
sistem belian dan jualan balik secara online.

3.Adakah penjual memberi jaminan belian balik emas mereka mengikut
harga semasa. Jika berlaku sebarang kecacatan pada emas (sarung
dibuka, calar, goris atau bengkok)

Sebagai contoh, jika anda membeli emas dari bank seperti Maybank
Kijang Emas, UOB Bank, Kuwait Finance House dan Al-Rajhi Bank, anda
tidak perlu risau tentang reputasi mereka. Namun bank ada kelemahan
tersendiri. Contohnya bukan semua cawangan bank ada menjual emas
fizikal. Cawangan tertentu sahaja yang menjual emas fizikal. Kemudian
waktu transaksi pembelian emas terhad kepada waktu perbankan bank.
Selain itu bank tidak akan membeli balik emas yang dijual jika ada
kecacatan pada emas tersebut atau pada packaging nya.

Nota penulis:
Setiap syarikat @ institusi yang menjual emas mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Tidak ada satu syarikat yang paling bagus dalam serba serbi. Jadi, anda perlu mencari produk dan
syarikat yang sesuai dengan matlamat anda.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Bagaimana saya nak bermula?

Sebelum memulakan, kenal pasti budget anda. Kedua, kenal pasti berapa
lama anda nak simpan emas ini ( psstt... makin lama anda simpan.. makin
bagus) Beli item yang kecil dahulu.
Contohnya jongkong emas 1 gram dan 1 dinar. Terdapat banyak penjual
emas di luar sana. Namun saya cadangkan anda membeli jongkong emas
jenama Public Gold (www.publicgold.com.my) .

Ini kerana Public Gold adalah salah sebuah syarikat penjual emas dan
perak terbesar di Malaysia. Harga yang dijual adalah murah dan susutnilai
pula adalah 10% dan ke bawah. Mereka menjual emas berstatus LBMA.

Emas Public Gold juga boleh digadaikan di Ar-rahnu POS di seluruh
Malaysia. Selain itu Public Gold mempunyai 19 buah cawangan di Seluruh
Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Singapura dan Indonesia). Syarikat ini
mempunyai reputasi yang sangat baik.

Pengalaman peribadi saya dengan Public Gold.

Saya sendiri telah membeli emas Public Gold sejak tahun 2008. Ini adalah
gambar resit pembelian emas Public Gold pertama saya yang bertarikh
18/12/2008 dengan nilai pembelian sebanyak RM30,507.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Mari kita lihat berapa harga jongkong
emas dan dinar emas

1 gram jongkong emas.
1 gram emas sekarang berharga RM200. Namun anda boleh membelinya
dengan harga yang lebih murah. Untuk mengetahui rahsia membeli
jongkong emas 1 gram pada harga terendah, Anda boleh menonton video
panduan Gold Accumulation Program (GAP) di sini
Klik => https://youtu.be/R5AszCmxHg4

1 Dinar Emas
1 dinar emas (4.25 gram emas 999.9) sekarang berharga kurang daripada
RM750 sekeping.

Sebelum membeli emas, clearkan dulu apa sahaja keraguan anda tentang
pelaburan emas. Cara mudah, contact saya di 013-6611825
(telefon/whatsapp/sms) Saya akan bantu anda, InsyaAllah.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

3 Cara Mudah membeli
Emas Public Gold.

Saya akan tunjukkan 3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.

Kaedah 1: Outright Purchase, pembelian secara tunai melalui website
publicgold, setelah anda mendaftar akaun PERCUMA. Selepas pembelian
dan bayaran, hanya perlu mohon Gold In Transit service (GIT), Syarikat
akan menghantar pesanan anda menggunakan Pos Berinsuran.
(Pembleian emas di Bawah 10 dinar @ 21.5g kebawah perlu menggunakan
kaedah ini. Pembelian melebihi 10 Dinar boleh membuat appointment
untuk collection di cawangan berhampiran anda) Tonton video tu,torial
disini: https://youtu.be/pqhGw2E2300

Kaedah 2: Pembelian melalui akaun simpanan emas (GAP). Pembelian
minima ialah RM100. Kaedah ni tiada komitmen bulanan, anda bebas
membeli emas bila-bila masa bila anda mempunyai wang. Kaedah ini
juga sesuai bagi pelajar Universiti, Pekerja yang baru bekerja, suri rumah
dan semua golongan masyarakat. Berkonsepkan "simpan sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit," Anda juga boleh membuat pengeluaran emas
fizikal dengan amount minima 1gm dari akaun GAP. Tonton video tutorial
disini: https://youtu.be/R5AszCmxHg4

Kaedah 3 : Pembelian Bayaran ansuran melalui Easy Payment Purchase
(EPP) yang patuh syariah. Pembelian ni membuatkan anda komited
menyimpan sejumlah amount RM setiap bulan. Tempoh ansuran bermula
dari 4 atau 6 Bulan. Selepas tamat tempoh pembayaran, anda boleh
menuntut emas yang anda beli dari syarikat Public Gold. Tonton video
tutorial disini: https://youtu.be/Ww2IgGLG7Rw

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Anda berminat belajar ilmu pelaburan emas
dengan lebih mendalam?



Dapatkan tips, rahsia dan kaedahnya dengan membaca

buku ini:



Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
Teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas


dibongkarkan































Download preview percuma buku ini di sini:
http://bit.ly/previewbuku2014

Anda boleh order buku versi penuh di
www.pelaburanemas.com atau whatsapp terus kepada

saya di talian 013-2126999

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Ingin hadir seminar ilmu emas?



Jika anda ingin mendalami ilmu pelaburan emas, anda boleh
mempelajarinya dengan bersemuka terus dengan saya secara online!
Saya ada menganjurkan 2 jenis seminar iaitu:
1. Gold Investment 101
2. Analisis Teknikal Harga Emas.

Isi kandungan seminar Gold Investment 101

1. Pengenalan kepada emas – ciri-ciri dan spesifikasi 16. Di mana membeli jongkong emas, syiling emas dan


2. Sistem berat emas yang digunakan di dalam dunia dinar emas?

3. Siapa pembeli emas? 17. 4 faktor penting yang perlu dilihat sebelum


4. Definisi pelaburan emas membeli emas.

5. Posisi di dalam pelaburan emas – Penyimpan, pelabur
18. Emas sebagai simpanan/pelaburan – Objektif,


dan pedagang strategi dan produk

6. Soalan-soalan yang perlu ditanya sebelum membuat
19. Emas sebagai pelaburan – Objektif, strategi dan


pelaburan emas. produk

7. Penyimpan emas – Definisi, objektif dan strategi 20. Emas sebagai spekulasi – Objektif, strategi dan


8. Pelabur emas – definisi, objektif, dan strategi produk

9. Pedagang Emas – definisi, objektif dan strategi 21. Bagaimana membuat keuntungan dengan emas.

10. The Gold Investment Pyramid 22. Ar-rahnu Pajak Gadai Islam

11. Mengenali produk-produk pelaburan emas 23. Pengiraan zakat emas

12. Emas fizikal untuk pelaburan – ciri-ciri dan spesifikasi 24. Menyimpan emas anda dengan selamat

13. Ketulenan emas dan kaedah mengujinya 25. Awas dengan skim cepat kaya bertopengkan emas


14. LBMA (London Bullion Market Association) – ciri-ciri dan modus operasi

15. Harga Emas Dunia – spot gold 26. Strategi memaksimakan keuntungan – Kemahiran


analisis teknikal

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Sebagai pakar dalam bidang Pelaburan Emas,

saya seringkali ditemuramah oleh TV dan juga Suratkhabar.
Jom tonton temubual saya di TV1 dan TV9

1. Temubual TV1 Bisnes Malaysia bersama Syukor Hashim
Tajuk: Potensi Pelaburan Emas

http://www.youtube.com/watch?v=nIqJ-38be5o

2. Temubual TV9 – Rancangan Khas Pelaburan Emas
Klik  http://www.youtube.com/watch?v=BuOCDvZea1Q

For inquiries,
contact us.

https://emasmampumilik.grweb.site/
[email protected]
+6013-6611825


Click to View FlipBook Version