The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by along, 2023-09-18 22:01:58

NOTA MINI SAINS TINGKATAN 4 KSSM

NOTA MINI SAINS TINGKATAN 4 KSSM

Keywords: SAINS TINGKATAN 4

PEMBENTUKAN ION POSITIF DAN ION NEGATIF Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluar kepada atom lain atau menerima elektron pada petala terluar daripada atom lain Bagi mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil Susunan elektron yang stabil yang mempunyai 2 elektron pada petala pertama Susunan elektron yang stabil yang mempunyai 8 elektron pada petala terluar PEMBENTUKAN ION POSITIF DAN ION NEGATIF Ion positif Terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron Ion negatif Terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron


PEMBENTUKAN ION POSITIF MAGNESIUM Atom magnesium mempunyai 12 elektron. Susunan elektron 2.8.2 Atom magnesium akan menderma 2 elektron pada petala terluar untuk mencapai susunan elektron oktet derma dua elektron PEMBENTUKAN ION NEGATIF KLORIN Atom kliron mempunyai 17 elektron. Atom klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7 Atom ini menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil terima satu elektron ISOTOP Unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan Isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja Nombor nukleon Jumlah bil proton dan neutron di dalam nukleus atom


KEGUNAAAN ISOTOP DALAM PELBAGAI BIDANG RADIOISOTOP Isotop yang tidak stabil yang memancarkan sinar radioaktif PERUBATAN Sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser TEKNOLOGI MAKANAN Sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membasmi mikroorganisma PERTANIAN Fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja ARKEOLOGI Karbon-14 digunakan untuk mengkaji usia artifak (pentarikhan karbon) PERUBATAN Iodin-131 digunakan untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid PERINDUSTRIAN Uranium-235 digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam reaktor nuklear


BAB 9 : KIMIA INDUSTRI ALOI Campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan yang tertentu Aloi Komposisi Sifat Kegunaan Keluli Besi 99% Karbon 1 % Keras dan kuat Membina bangunan dan jambatan Piuter Timah 96% Kuprum 3% Antimoni 1% Permukaan berkilau Tahan kakisan Membuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar Gangsa Kuprum 88% Timah 12% Keras dan tahan kakisan Warna yang menarik Membuat duit syiling dan pingat Loyang Kuprum 75% Zink 25% Kuat Permukaan berkilat Mudah ditempa Membuat alatan muzik seperti trompet SIFAT LOGAM TULEN Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan daya SIFAT ALOI Satu atau lebih unsur logam atau bukan logam dicampurkan ke dalam logam tulen Atom ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan logam tulen Aloi adalah lebih kuat dan keras berbanding logam tulen


KEGUNAAN ALOI DALAM KEHIDUPAN HARIAN Jenis paku Kehadiran lapisan perang pada paku Paku besi Ada Paku keluli Tiada Bongkah Diameter (cm) Kuprum 8 Gangsa 3 KETAHANAN ALOI TERHADAP KAKISAN KEKERASAN ALOI DAN LOGAM TULEN Keluli digunakan dalam pembinaan pencakar langit kerana sifatnya yang keras dan tahan kakisan Badan kapal terbang diperbuat daripada duralumin kerana ringan dan kuat ALOI SUPERKONDUKTOR Aloi yang boleh mengalirkan arus elektrik pada kecekapan yang tinggi tanpa rintangan Berupaya untuk menolak medan magnet dan menyebabkan bahan superkonduktor terapung di atas magnet Kereta api laju bergerak dengan bantuan aloi superkonduktor


Kaca Komposisi Ciri-ciri Kaca silica terlakur Silika Tahan terhadap haba Lengai terhadap bahan kimia Kaca soda kapur Silika Kalsium karbonat Natrium karbonat Takat lebur yang rendah Mudah dibentuk Kaca plumbum Silika Plumbum (II) oksida Natrium oksida Takat lebur yang rendah Mempunyai indeks biasan yang tinggi KEGUNAAN KACA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KACA Sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semulajadi di dalam pasir Dileburkan dalam suhu yang tinggi menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca Radas makmal diperbuat daripada kaca borosilikat kerana tahan haba dan lengai terhadap bahan kimia Penutup kaca mentol diperbuat daripada kaca soda kapur kerana tahan haba dan mudah dibentuk Prisma kaca diperbuat daripada kaca plumbum kerana mempunyai indeks biasan yang tinggi Tingkap kaca lut sinar membenarkan cahaya masuk ke dalam rumah


KEGUNAAN SERAMIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Mangkuk diperbuat daripada seramik kerana tahan haba dan tahan kakisan Gigi palsu diperbuat daripada seramik kerana keras dan lengai bahan kimia Jubin seramik digunakan sebagai lantai kerana berkilau Pasu bunga seramik adalah keras dan kuat POLIMER Molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil Unit molekul kecil yang membentuk polimer dikenali sebagai monomer Dapat dikelaskan kepada polimer semulajadi dan polimer sintetik SERAMIK Diperbuat daripada tanah liat Terdiri daripada bahan bukan logam yang terhasil daripada tindakan haba pada suhu tinggi Keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia dan tidak berkarat Penebat haba dan elektrik yang baik Pempolimeran Proses pencantuman monomer menghasilkan polimer bermolekul besar dan membentuk rantai Penyahpolimeran Molekul polimer dipisahkan kepada monomer melalui tindak balas kimia


PEMPOLIMERAN PENAMBAHAN Pempolimeran yang melibatkan monomer yang jenis sama dengan pemecahan ikatan ganda dua menjadi ikatan tunggal GETAH ASLI Lateks didapati apabila batang pokok getah ditoreh dan diproses menjadi getah asli Kenyal, lembut, tidak tahan haba, penebat elektrik yang baik serta tidak telap udara TINDAKAN ASID TERHADAP LATEKS Ion hidrogen bercas positif daripada asid meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein Molekul getah berlanggar satu sama lain menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah keluar dan berbelit Gumpalan pepejal getah akan terbentuk


TINDAKAN ALKALI TERHADAP LATEKS Ion hidroksida meneutralkan ion hidrogen daripada asid Cas-cas negatif kekal pada membrane protein dan molekul getah tetap menolak satu sama lain dan tidak berlanggar Molekul getah akan kekal dalam keadaan cecair MENGKAJI KEKENYALAN GETAH ASLI Soalan : Adakah kepingan getah itu berupaya kembali kepada bentuk asal? Prosedur : 1. Uji sifat kekenyalan getah asli dengan meregang dan memulas sekeping getah asli 2. Perhati dan catatkan pemerhatian anda PEMVULKANAN GETAH Proses di mana atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai Menghasilkan rangkai silang antara polimer getah Tahan haba dan lebih keras serta sukar menggelongsor


PROSES PEMVULKANAN GETAH Ciri-ciri getah tervulkan Tahan terhadap haba Keras dan lebih kenyal Penebat elektrik yang baik Tidak mudah teroksida di udara Tidak bertindak balas dengan asid dan alkali Tidak telap terhadap cecair dan udara Teknologi terkini berasaskan getah Konkrit asphalt digunakan untuk menurap jalan raya supaya tahan lebih lama, tahan haba dan mengurangkan keretakan jalan Pad landasan diperbuat daripada getah untuk mengurangkan getaran bunyi


BAB 10 : KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN \ PERUBATAN TRADISIONAL Kaedah perubatan yang menggunakan tumbuhan, haiwan dan bahan semulajadi Diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi diagnosis dan merawat penyakit Ciri-ciri perubatan tradisional Menggunakan bahan semulajadi daripada tumbuhan dan haiwan Keberkesanan rawatan lebih perlahan dan memakan masa Diwarisi dan diamalkan secara turun temurun Kos rawatan yang rendah Pembuktian keberkesanan secara pengalaman Ubat tradisional Ubat yang diperoleh daripada sumber semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara kimia Diamalkan sejak dahulu kala Daunnya melegakan sakit kepala dan merawat keguguran rambut Melegakan bengkak dan sengal badan serta menghilangkan angin Herba yang popular dalam perubatan tradisional kaum Cina bertujuan untuk memelihara kesihatan badan Kulit pokok Cinchona sp. Digunakan untuk mengubati penyakit malaria


PERUBATAN MODEN Campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan Melibatkan bidang perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan dalam mengubati penyakit Ciri-ciri perubatan moden Kos rawatan yang mahal Rawatan menggunakan ubat-ubatan sintetik Menggunakan kaedah moden seperti pembedahan, rawatan laser dan radioterapi Rawatan lebih cepat dan berkesan Pembuktian keberkesanan secara klinikal Ubatan moden Ubat yang dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran secara meluas Disediakan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, ampaian dan larutan Analgesik Melegakan kesakitan Cth : aspirin, parasetamol Antibiotik Membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit Dihasilkan daripada fungus atau bakteria Dihasilkan melalui sintesis bahan kimia Perlu dihabiskan mengikut dos yang diberikan Cth : penisilin Psikoterapeutik Digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik Stimulan Merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak dan badan (cth : amfetamina) Antipsikotik Ubat penenang (cth : trankuilizer)


PERUBATAN KOMPLEMENTARI Memastikan pesakit sihat secara holistik merangkumi fizikal, mental dan emosi Rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan moden dalam merawat penyakit AKUPUNTUR Jarum steril dimasukkan ke dalam titik akupuntur dan dimasukkan dengan perlahan dna lembut. Merangsang sistem saraf untuk melegakan kesakitan KIROPRAKTIK Menggunakan kemahiran ahli kiropraktor untuk membentukkan semula kedudukan tulang menggunakan tangan. Merawat sakit belakang dan leher, sendi dan sakit kepala URUTAN TRADISIONAL Memanipulasi tisu lembut badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk. Melegakan keresahan, kesakitan, keletihan, ketegangan otot dan masalah urat saraf HOMEOPATI Ubat diberikan membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukan membunuh kuman penyakit tersebut TERAPI HERBA Menggunakan tumbuhan yang memiliki khasiat untuk mengubati penyakit. Tidak mengandungi dadah dan kesan sampingan


UBATAN MANUSIA DAN UBATAN SUMBER SEMULA JADI Ubat buatan manusia Ubat sumber semula jadi Dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara besar-besaran Diperolehi daripada tumbuhan dan haiwan Diambil secara berterusan atau berhenti apabila sembuh Diamalkan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang Bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal Bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan pengalaman orang terdahulu Mendapat kesan sampingan jika tidak mendapat nasihat doktor dan tidak mengikut dos yang betul Mendapat kesan sampingan jika tidak mendapat nasihat doktor dan tidak mengikut dos yang betul Kesan penyalahgunaan ubatan Menyebabkan alahan, muntah, sakit kepala, demam dan pengsan Menyebabkan kematian Menyebabkan ketagihan ubat jika diambil secara berlebihan Kurang berkesan melawan penyakit RADIKAL BEBAS Atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau molekul lain Proses pengoksidaan menghasilkan radikal bebas


FAKTOR LUARAN RADIKAL BEBAS CONTOH BAHAN ANTIOKSIDAN KESAN RADIKAL BEBAS KEPADA MANUSIA Merosakkan struktur DNA Menyebabkan mutasi dan kanser Menyebabkan penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan Merosakkan buah pinggang, hati dan peparu Penuaan awal seperti wajah berkedut dan penuaan BAHAN ANTIOKSIDAN Sebatian kimia diperlukan badan untuk melambatkan proses pengoksidaan Melindungi sel badan daripada kerosakan Badan mampu menghasilkan antioksida tetapi keupayaannya kurang apabila usia meningkat Menghentikan proses pengoksidaan apabila bertindak balas dengan radikal bebas Beta karotena Ditemui dalam makanan berwarna merah, kuning atau jingga Lutein Terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayuran berdaun hijau Vitamin C Terdapat dalam buahan sitrus, brokoli dan bijirin


PRODUK KESIHATAN BAB 11 : DAYA DAN GERAKAN Gerakan linear Gerakan suatu objek dalam lintasan yang lurus JARAK DAN SESARAN Bahan aktif Komponen yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan sesuatu penyakit Memberikan kesan yang sama walaupun jenama produk berbeza Mengapa ambil produk kesihatan? Untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan Meningkatkan daya pencegahan penyakit Menjamin tumbesaran normal Pelengkap kepada amalan pemakanan tidak seimbang Jarak Jumlah panjang lintasan gerakan sesuatu objek Unit SI : meter (m) Sesaran Jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu Unit SI : meter (m)


JENIS GERAKAN LINEAR LAJU Kadar perubahan jarak LAJU PURATA Kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui HALAJU Kadar perubahan sesaran PECUTAN Kadar perubahan halaju Unit SI : meter per saat


GRAF GERAKAN LINEAR PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS PECUTAN GRAVITI Kelajuan sesuatu objek yang jatuh akibat daya graviti Bumi JATUH BEBAS Keadaan di mana objek jatuh di bawah tindakan daya graviti sahaja


GRAF JATUH BEBAS DAN ANTIGRAVITI Sebelum dilepaskan halaju objek adalah sifar Objek berada dalam keadaaan pegun Apabila objek dilepaskan, halaju objek bertambah dengan seragam Kecerunan graf halaju-masa = pecutan graviti GRAF HALAJU-MASA GRAF SESARAN-MASA Ketika jatuh bebas, objek bergerak dengan halaju yang lebih besar daripada halaju awal Kecerunan graf lebih besar Sebaik sahaja objek dilepaskan, objek bergerak dengan halaju yang kecil Kecerunan graf adalah kecil Sesaran objek adalah sifar sebelum dilepaskan Objek berada dalam keadaan pegun GRAF HALAJU-MASA GRAF SESARAN-MASA Apabila objek dilontar ke atas, objek mula bergerak dengan halaju tertentu Halaju objek semakin berkurang apabila objek bergerak ke atas Kecerunan graf adalah negatif Pada ketinggian maksimum, halaju objek adalah sifar Objek bergerak ke atas dengan halaju semakin berkurang Objek bergerak dengan halaju tertentu sebaik dilontarkan ke atas. Sesaran objek berubah dengan cepat Sesaran maksimum, halaju sifar Objek berhenti seketika sebelum jatuh ke bawah


JISIM DAN INERSIA JISIM Kuantiti jirim yang terkandung dalam sesuatu objek Unit SI : kilogram (kg) INERSIA Sifat semula jadi objek yang menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau bergerak HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju jika tiada daya luar bertindak terhadapnya


BAB 12 : TENAGA NUKLEAR PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR Kelebihan penggunaan tenaga nuklear Tenaga alternatif yang boleh menggantikan sumber tenaga tidak boleh baharu Sinaran mengion yang dihasilkan dapat meningkatkan taraf hidup manusia Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit Kesan buruk sumber tenaga nuklear Menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa semua hidupan Tenaga yang dihasilkan sangat besar dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada manusia MENGAPA GUNA TENAGA NUKLEAR? Kurang sumber tenaga lain Kos tinggi diperlukan untuk import sumber tenaga dari negara lain Keluasan negara dan kepadatan penduduk tinggi Kuasa dan tenaga dihasilkan oleh tenaga nuklear sangat besar Sumber pendapatan negara Membekalkan tenaga elektrik kepada negara jiran dan mendapat keuntungan lumayan PEMBELAHAN NUKLEUS Proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil Membebaskan tenaga yang tinggi Berlaku secara berterusan dan dikenali sebagai tindak balas berantai


PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DARIPADA TENAGA NUKLE PEMBELAHAN NUKLEUS PELAKURAN NUKLEUS Proses pencantuman dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat Berlaku pada suhu yang sangat tinggi Membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding pembelahan nukleus


Impak penggunaan senjata nuklear di Hiroshima dan Nagasaki Mengorbankan nyawa orang awam Bandar raya menjadi amat panas sehingga mencairkan besi Seluruh sistem perhubungan di bandar raya terputus Tujuan ujian nuklear dibuat : Memastikan senjata itu berfungsi atau tidak Dilakukan di atmosfera terbuka, darat atau laut Impak ujian nuklear Kesan radiasi terhadap tanah dan sumber air Berlaku kemusnahan hidupan air Keletihan, loya, leukemia dan keguguran rambut Kecacatan bayi, mutasi sel, kanser Kewajaran pembinaan stesen janakuasa di Malaysia Bahan api fosil akan habis dan kos semakin meningkat Kesan pencemaran tenaga nuklear lebih rendah Kawasan pembinaan stesen jana kuasa nuklear mestilah sangat strategik Tenaga yang dihasilkan oleh tenaga nuklear adalah lebih besar


Click to View FlipBook Version