MEN’S JANUARY 2023 NADHIR N A S A R PERKEMBANGAN TERKINI NADHIR NASAR ? THE NEW AGE HERO HOBI TERBARU KALA INI?
Nadhir Nasar Kosmo Digital ARTIS BARU MELETOP Nadhir Nasar S ebelum menyertai Hero Remaja pada tahun 2020, beliau berpengalaman terlebih dahulu sebagai model. Pada tahun 2019, beliau juga sempat membuat penampilan sebagai cameo dalam drama Cerita Hantu Asrama. Sejak dinobatkan sebagai juara Hero Remaja pada tahun tersebut, peluang lakonan datang mencurah-curah kepada jejaka yang berasal daripada Petaling Jaya ini. Antara pelakon lain yang juga merupakan lepasan Hero Remaja 2020 seperti Nadhir adalah Aniq Suhair, Merqeen, Imran Aqil, Hariz Hamdan, Haziq Nazimuddin, Jabir Meftah dan Azim Yusof. NOW MAGAZINE | 1
Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (lahir 17 Disember 1996) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara. Nadhir juga mesra dengan panggil Luckyboy. Nadhir Nasar dilahirkan di Lansing, Michigan, Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 4 tahun. Nadhir kemudiannya kembali ke Malaysia dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan graduan bidang Komunikasi Massa (Penyiaran) di Universiti Teknologi MARA (UITM) Nadhir merupakan seoarang model sebelum menyertai Hero Remaja 2020 dan pernah menjadi model peragaan untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selama tiga tahun, Dari 2016 sehingga 2019. Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang pelakon. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama, seterusnya membintangi drama tercipta Satu Ikatan dan Projek Anchor SPM, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang Mother of All Lies Projek High Council. Nadhir Nasar yang terkenal sebagai watak Naim dalam drama Projek High Council semakin popular dan menjadi topik perbualan warganet saban hari. Meskipun masih baru dalam industri, namun ramai yang memuji bakat serta karisma pemuda ini dalam drama bersiri Astro Originals itu.Disebabkan penangan drama itu jugalah jumlah pengikut beliau di laman Instagram mencecah lebih daripada 400,000 berbanding hanya lebih kurang 5,000 pengikut sebelum ini! BIODATA ''INI FILEM PERTAMA SAYA...,'' PROJEK HIGH COUNCIL NOW MAGAZINE | 1
Nadhir Nasar Dinobatkan Sebagai Juara Hero Remaja Nadhir , 24 , atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar dinobatkan sebagai juara ''Hero Remaja' 2020'' mengenepikan saingan sengit empat finalis akhir lain, sekaligus membawa pulan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi dan selempang. Manakala untuk pusingan finale di episod kelapan yang disiarkan malam tadi, keputusan akhir adalah bergantung kepada persembahan individu yang dinilai menerusi segmen tugasan video khas pesenan khidmat masyarakat berdasarkan topik semasa serta ketangkasan cara menjawab keastas ketentuan tuhan , dan ini juga Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ''Pencarian Hero Remaja 2020'', Emarina Mohd Kamal selaku pengurus saluran Astro Ria HD amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. menerusi pelbagai kerjasama strategik yang telah lama terjalin sebelum ini. “Sebagai penganjur bersama, kami gembira dan lega kerana akhirnya edisi itu dianjurkan ini dapat disiapkan dengan cukup baik walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran akibat situasi 'unik' yang tidak pernah berlaku sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19. Kekangan yang dihadapi tidak mematahkan semangat kami untuk berfikir di luar kotak untuk memastikan kualiti kandungan yang diterbitkan tidak terjejas. Episod pentas penghujung malam tadi sungguh meriah walaupun terikat dengan syarat SOP ketat Syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara musim ini. Tahniah juga kepada Nadhir sebagai 'Hero Remaja 2020' dan semua finalis kerana berjaya mara ke pusingan akhir. Selamat datang ke dunia hiburan!” Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Pengarang Penguke pusingan akhir. Selamat datang ke dunia hiburan!” Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Pengarang Pengurusan Belia turut berpendapat, “Sudah 30 tahun jenama Hero . ''Rezeki tak pernah salah alamat'' NOW MAGAZINE | 3 2020
NOW MAGAZINE | 4
Siapa Nadhir nasar tiba tiba jadi kegilaan wanita? Kehebatan lakonannya berjaya mengumpul lebih ramai peminat dalam kalangan wanita sehingga ada yang mahu menjadi ‘dewi’ dalam hidupnya!Semuanya gara-gara video TikTok Nadhir menyanyikan lagu Dewi sehingga mencairkan hati ramai pengikut wanita. Lebih membuatkan video tersebut dramatik ialah rambut panjang Nadhir yang beralun-alun kerana tiupan angin. “Rasa nak tukar nama jadi Dewi selepas ini, cair. “Sebab watak Erfhan, terminat pula dengan Nadhir. Kejam tapi suka,” komen netizen.Kesimpulannya, tidak kiralah watak jahat atau baik, jika hebat berlakon pasti akan diminati ramai. NOW MAGAZINE | 5
NOW MAGAZINE | 6
Nadhir Nasar Sampai saya dapat apa yang saya nak NOW MAGAZINE | 7
''Saya bermain dengan jiwa dan minat.'' Nadhir Nasar bukan pesaing Meerqeen, ada cara tersendiri bina nama sebagai pelakon S ebagai bekas juara Hero Remaja 2020, pelakon Nadhir Nasar tidak pernah melihat sahabatnya iaitu Merqeen sebagai saingan untuk membina nama dalam industri seni tempatan. Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26 , sebaliknya berakata, mereka berdua adalah dua individu berbeza yang mempunyai perancangan berlainan dalam mencapai minat dan misi masing - masing sebagai pelapis dalam industri seni tempatan. ''Saya tak nampak dia sebagai pesaing saya. Kami berdua buat bende yang berlainan. tak rasa dia anggap saya sebagai pesaing. ''Malah sebelum ni kamu juga pernah menjalani penggambaran di Korea sama -sama,''katanya mstar. Mengulas lanjut mengenai perkara itu. Nadhir memberitahu dia lebih gemar menumpukan kepada sesuatu yang kene dengan minatnya berbanding perkara lain yang tidak ada kaitan dengan dirinya. Dia juga gembira melihat rezeki Merqeen yang cukup murah dalam bidang dalam lakonan sehingga berjaya meloloskan diri ke negara jiran, Indonesia. ''Agak susah nak cakap pasal ini untuk kami, kerana masing - masing ada perbezaan. Ke mana kami nak pergi pun dah berlainan. ''Bagi saya itu adalah rezeki masing - masing. Saya ada bende yang saya nak buat dan dia pulak ada bende yang dia nak dibuat. Itu bahagian dia, saya bukan kearah situ, saya lain saya bermian dengan jiwa dan minat.''katanya lagi. Dalam pada itu, Nadhir juga memberitahu bahawa dia kini sedang mencuba meneroka aktiviti di sebalik tabir selepas percubaan pertamanya sebagai pengarah filem pendek bertajuk Villa Rosli. Nadhir berkata filem pendek tersebut berjaya tercalon sebagai 10 karya terbaik di acara BMW shorties 2022. ''Nadhir tak anggap Meerqeen sebagai saingan'' NOW MAGAZINE | 8
Meerqeen Meerqeen Rasa Hun Haqeem & Nadhir Nasar Kacak Tidak dapat dinafikan, skala seni pelakon Meerqeen kian bersinar sekaligus disebut sebagai antara pelapis generasi baharu yang dilihat bakal memahat nama besar dalam industri lakonan selepas ini.Menutup hujung tahun lalu dengan satu momen yang manis apabila tersenarai di tangga ke-55 Lelaki Paling Kacak Dunia 2022, Meerqeen atau nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata segala usahanya terbalas apabila orang luar sudah mula menyedari kehadirannya. NOW MAGAZINE | 9 diutuskan dari mstar
"Mereka Fashionable, Ada Stail Tersendiri." S aya rasa dihargai sekarang sebab orang luar dah nampak usaha saya, dah tahu siapa Meerqeen, benda itu buat saya senang untuk bekerja. “Bagi saya definisi kacak bagi setiap orang berbeza-beza. Sebab pada saya kacak itu apabila seorang lelaki tampil ‘proper’ dalam menjaga imej dan ketrampilan. Jaga penampilan, that’s all,” katanya kepada MH. Berkongsikan tipsnya dalam menjaga penampilan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata kunci kepada semua perkara itu adalah dengan mengelakkan diri daripada berhadapan dengan situasi tekanan. NOW MAGAZINE |10
NOW MAGAZINE |11 Angelina Chai Ka Ying
NADHIR NASAR DATING DENGAN ANGEL DOLLA? "Kami hanya kawan, berbalas komen di media sosial tidak bermakna apaapa. Ia hanyalah tindakan antara kawan. Jujurnya, kami hanya berkawan di sosial media."Apatah lagi, kami juga tidak pernah lepak bersama. Kami kenal sejak berjumpa dalam program hiburan Meletop, di mana kami menjayakan 'dance challenge'. Bermula dari situlah, mula mengenali antara satu sama lain."Kalau berjumpa di majlis, kami akan tegur antara sama lain. Dan saya tidak menafikan, kami berdua harap kami akan ada projek bersama. Jadi, kami dapat menimba pengalaman bekerjasama," katanya. NOW MAGAZINE |12
Daiyan Trisha terasa hati dituduh jadi wanita simpanan Nadhir Perkongsian kediaman mewah yang baru dibeli di media sosial Julai tahun lalu diakui pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengakibatkan timbul cakap-cakap belakang mengenai dirinya.Katanya, segelintir pihak dengan sewenang-wenang menuduh dia dibela sugar daddy untuk mendapatkan kemewahan yang dimiliki sedangkan penat lelahnya tidak ‘diukur.’ NOW MAGAZINE |13
Pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu turut mempersoalkan mengapa kebolehan wanita sering diperkecilkan apabila mereka mengecapi sesuatu kejayaan. Pun begitu, katanya, pendapat sedemikian berbeza pula untuk golongan lelaki. “Setiap kali wanita berjaya, pasti ada mulut-mulut yang berkata bahawa ia bukan disebabkan usaha mereka sendiri. “Saya bukan baru bekerja dengan jenama mewah, sudah tentu, banyak kriteria yang mereka perlu pertimbangkan sebelum ambil seseorang bekerja.“Apabila bekerja dengan jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton dan Gucci misalnya, ia sekali gus memudahkan nama saya untuk dikenali di luar, jadi itu adalah sasaran saya,” katanya. NOW MAGAZINE |14
“SAYA SANGAT SEDIH” – NADHIR NASAR ZAHIRKAN RASA KECEWA GARA-GARA… NOW MAGAZINE |15
Pelakon, Nadhir Nasar, 26, mengakui terlalu kecewa apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan episod-episod drama lakonannya yang belum ditayangkan di kaca televisyen di platform yang haram. Menurut Nadhir, tindakan tersebut seolah-olah tidak menghargai penat lelah tenaga produksi yang bertungkus lumus menghasilkan karya yang berkualiti kepada penonton. “Sebenarnya saya sangat sedih, ada episod tertentu yang kami tunggu untuk persembahkan apa yang dihasilkan. Kami mula penggambaran dari pagi hingga ke pagi, bukan benda yang tak elok sebab kami nak lakukan dengan terbaik. “Kami para pelakon sendiri yang mahu lakukan sebab babak-babak tertentu yang pengarah mahukan kami tahu ia boleh ‘dijual’ kepada penonton. “Apa yang saya boleh cakap adalah rakaman yang tersebar tu kita tak boleh hentikan di Internet, jadi dia akan terus tersebar ke mana sahaja. “Saya rasa apa yang kita perlu buat sekarang ini ialah semuanya atas diri sendiri sebab semua tenaga produksi bekerja keras untuk buat satu naskhah yang berkualiti tinggi. “Kita menuju ke industri yang berkualiti tinggi, tapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan itu, sudah tentu kami rasa kecewa. “Kepada semua yang dapat pautan link tersebut, tolong jangan tengok. Tontonlah di platform yang halal dan bukan yang haram. Kita doakan benda ini tidak terjadi lagi selepas ini, apa yang terjadi kami ‘let go’,” tutupnya. Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa episod drama Projek: High Council ‘bocor’ di pelbagai platform internet dan aplikasi media sosial. NOW MAGAZINE |16
NOW MAGAZINE |17
NOW MAGAZINE |18
NOW MAGAZINE |20