ANALISIS NOVEL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
OLEH
INTAN SUHAILI BINTI RUSLI
PELAJAR TINGKATAN 4
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU
1
ABSTRAK
E-mini tesis ini bertujuan untuk mengkaji keunikan dan keterbezaan kesemua novel yang
diperlajari oleh pelajar tingkatan empat dan lima dari semua
zon(utara,tengah,timur,selatan).Kaedah ini digunakan bagi memudahkan pelajar
mengulangkaji semua novel yang berkemungkinan masuk dalam pepeiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) .E-mini tesis ini juga memudahkan pelajar hafal dan memahamkan jalan
cerita setiap novel dengan pantas diseabbkan isi-isi penting bagi setiap novel telah digabung
dalam satu e-tesis.
PENGHARGAAN
Bismillahhirahmanirrohim
Alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat Dan izin-Nya saya mampu
menyiapkan tugasan ‘E-mini tesis ' ini dengan sempurnanya walaupun mempunyai beberapa
kekangan.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan yang tidak terkira kepada guru penyelaras Bahasa
Melayu Tingkatan empat iaitu Puan Rosliza Binti Jaafar Dan Encik Mohamad Sofi bin Ismail
atas dorongan dan tunjuk ajar yang mereka berikan kepada saya selama ini.
Di samping itu ,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sebaya yang telah banyak membantu dalam mencari maklumat berkaitan dengan tugasan ini
dam tidak jemu melayan saya apabila ada Soalan yang ingin ditanyakan.Segala tunjuk ajar
akan saya hargai dan semua kelemahan yang terdapat dalam tugasan ini akan cuba saya
perbaiki dari semasa ke semasa.
2
ISI KANDUNGAN
Abstrak
Penghargaan
Bab 1 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2Apa itu novel fiksyen dan bukan fiksyen
1.3 Penyataan masalah
1.4 Objektif
1.5 Skop penyelidikan
1.6 Hipotesis awal
1.7 Kepentingan
Bab 2 : Tinjauan bacaan
2.1 Biografi setiap penulis
2.2 Sinopsis & Novel
2.3 Tarikan setiap novel
Bab 3 : Metodlogi kajian & novel
3.1 Jenis novel
3.2 Proses pengumpulan data
3.3 Tema setiap novel
3.4 Keunikan dalam novel
3.5 Persamaan secara umum
3.6 Keterbezaan
3.7 Banding beza novel Malaysia & luar negara
3.8 Novel & kehidupan
3.9 Kedudukan novel
3.10 Kesimpulan
3
Bab 4 : Penutup
4.1 Rumusan kajian
4.2 Implikasi dan cadangan
4.3 Hipotesis akhir
4.4 Penutup
.
4
Bab 1 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Novel merupakan cerita dalam bentuk prosa yang biasanya panjang Dan kompleks
.Kebiasaannya , novel berkaitan dengan pengalaman manusia Dan kelakuan sosial
1.2Apa itu novel fiksyen dan bukan fiksyen
Fiksyen adalah penciptaan imaginasi tulen . Ini bermakna apabila seorang penulis
menggunakan imaginasi suburnya untuk mengarang beberapa jenis cerita maka itu jatuh di
bawah fiksyen. Kebanyakan drama, novel, dan cerita pendek berada di bawah kategori fiksyen.
Bukan fiksyen adalah orang-orang yang bercakap tentang peristiwa benar dan orang benar .
Umumnya, jurnal, surat khabar, penyelidikan, biografi, pelbagai jenis esei yang ditulis di
bawah pelbagai topik termasuk di bawah kategori bukan fiksyen. Seperti yang anda lihat, jenis
penulisan ini berkaitan dengan fakta, nombor, dan apa yang sebenarnya dapat kita lihat dan
dibuktikan.
1.3Penyataan masalah
Remaja pada zaman ini kurang mempunyai tarikan untuk membaca novel disebabkan
kemudahan teknologi yang canggih ini.Jadi ibu bapa berperanan penting bagi memupuk
minat membaca dalam diri mereka.Antara langkah yang boleh dilakukan ialah membawa
mereka ke pesta buku pada setiap tahun .Di Malaysia terdapat pesta buku seperti “Big Bad
Wolf” yang selalu menjadi tarikan ramai bagi mencuba setiap jenis buku yang ada . Daripada
sini , pelajar akan dapat mengetahui jenis buku yang bersesuaian dan akan membelinya .
Selain itu , ibu bapa boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah .Cara ini dapat
membantu pelajar selesa untuk membaca disebabkan mempunyai tempat yang dikhaskan
untuk membaca dan pada masa yang sama ,pelajar dapat meluangkan masa terluang dengan
perkara yang berfaedah.Di samping itu juga , ibu bapa boleh menghantar pelajar ke
perpustakaan yang sedia ada seperti perpustakaan negara .Ibu bapa boleh memberitahu anak
untuk mengajak rakannya bersama supaya mereka boleh berkongsi bahan bacaan yang
terdapat di sana dan pada yang sama mereka dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.Bagi
saya , membaca merupakan satu amalan yang patut diterapkan dari kecik lagi supaya ilmu
yang ada sebelum ini dapat digunakan di kelak hari .
5
1.4 Objektif
Objektif kajian adalah untuk membezakan kelapan-lapan novel di tingkatan empat
dan lima
Memudahkan pelajar yang bakal menganbil SPM mengulangkaji kesemua novel di
setiap zon dalam satu platform yang sama .
1.5 Skop penyelidikan
Terdapat lapan buah novel iaitu empat daripada Tingkatan empat dan empat lagi daripada
Tingkatan lima
Tingkatan Empat
1. Di Sebalik Dinara , karya Dayang Noor
2. Leftanan Adnan , karya Abdul Latip bin Talib
3. Jendela Mengahadap Jalan , karya Ruhaini Matdarin
4. Pantai Kasih , karya Azmah Nordin
2 Tingkatan Lima ,
1.Novel Bima Sakti Menari , karya Sri Rahayu Mohss Yusop
2.Novel Songket Berbenang Emas , karya Khairuddin Ayip
3.Novel Silir Diksina , karya Nizar Pazman
4. Novel Tirani karya Beb Sabariah
6
1.6 Hipotesis awal
Bagi pandangan saya , pelajar akan membaca kelapan-lapan novel ini kerana ingin
menambah ilmu dengan cerita yang dihasilkan dan pada masa yang sama mereka akan
membacanya disebabkan keperluan peperiksaan yang akan datang.Saya juga tidak
merasakan yang mereka akan membaca kelapan-lapan novel ini jika tiada niat yang
sepatutnya malahan mereka akan membaca novel ataupun hasil cetakan buku yang
bersesuaian dengan minat mereka.
1.7 Kepentingan
Menarik minat para pelajar untuk membaca kelapan-lapan novel dengan pantas disebabkan
banyak isi penting dalam setiap novel dikumpulkan dalam satu buku digital.
7
Bab 2 : Tinjauan Bacaan
2.1 Biografi setiap penulis
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Ruhaini Matdarin
Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga
peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat
dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca.
Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun.
Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam
pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau telah
diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.
Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen
peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah
Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun
2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.
8
NOVEL DI SEBALIK DINARA
DAYANG NOOR
Nama sebenarnya Noor Aziza binti Sulaiman . Beliau menamatkan Ijazah
Kejuruteraan dalam bidang ‘Elektronik dan Komputer di Universiti Putra
Malaysia . Beliau juga mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja ddalam bidang
IT . Sekolah Kebangsaan Kerayong ,Triang ,Pahang merupakan sekolah rendah
Dayang Noor manakala Sekolah Menengah Tun Fatimah ,Johor Bahru
merupakan sekolah menengah beliau dan pada tingkatan empat dan lima
Dayang Noor mengambil aliran sains
9
NOVEL LEFTANAN ADNAN
ABDUL LATIP TALIB
Abdul Latip bin Talib, Dilahirkan pada 2 Jun 1954 , dan kini berusia 67 tahun .Anak Rembau
tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan penulis residen PTS
Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, milik Ainon Mohamad. Abdul Latip
dikenali lewat novel-novel sejarah beliau . Novel sejarah Islam beliau berjaya menembusi
pasaran negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak sunyi daripada
kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau. Sejak berkecimpung
dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50 buah novel,
termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS berjumlah 30 naskhah semuanya. Novel
'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika
Cemerlang Sdn. Bhd. selaku penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat wilayah
selatan Semenanjung.
10
NOVEL PANTAI KASIH
AZMAH NORDIN
Azmah binti Nordin , lahir pada 10 Januari 1958,kini usianya 63 tahun, berasal dari Kedah,
tetapi menetap di Sabah sejak berusia 15 tahun. Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27
tahun. Novel pertama beliau 'Si Bidul' diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis
50 buah novel. Azmah menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel
berunsur Islam dan SEA Write Award. Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988
pernah terpilih sebagai teks komsas menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun
1994.
11
NOVEL BIMA SAKTI MENARI
SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana dalam
tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua novel
tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua
daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.
Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin
College of Education, New Zealand.
Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat kesusasteraan
Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang suka bercerita.
Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand, beliau menemukan keistimewaan negara
sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya ketika berusia 24 tahun, barulah beliau menemui
jati diri sebagai penulis. Setelah berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang
memberikan bantuan dari segala segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak
putus-putus mendoakan kejayaannya.
Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana tidak banyak saingan di peringkat
kebangsaan. Di samping itu, katanya, genre fiksyen sains sentiasa memerlukan penulisnya
mengikuti perkembangan terkini tentang teknologi.
12
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
KHAIRUDDIN bin AYIP
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
13
NOVEL SILIR DIKSINA
NIZAR PARMAN
Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan seorang
guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti
Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.
Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang
tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.
Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia
memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang
unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia.
Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin
dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat
Melayu dan Cina.
14
NOVEL TIRANI
BEB SABARIAH
atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera
Sarawak).
Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU,
KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori
Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya
2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-
Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.
Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia,
Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta
Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.
15
2.2 SINOPSIS DAN NOVEL
Tingkatan 4 :
1) Novel Jendela Menghadap Jalan
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada
cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang
masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung
menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan
pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan
mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
16
2) Novel Di Sebalik Dinara
Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam
penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila
oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl.
Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
3) Novel Leftanan Adnan
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk
7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan
Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah
yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
4) Novel Pantai Kasih
Novel 'Pantai Kasih' ini berkisar kepada konflik dalaman tiga orang watak utama yang
bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) di Inanam, Sabah. Dr. Raiha, pakar bedah
teruji dengan peristiwa tragis kematian misteri Rohayu, anak tunggalnya yang mengalami
sindrom down, diikuti oleh suaminya Dr. Sadiz, pakar otak yang terperosok di bawah lori.
Dr. Uwang, pemilik PRPK pula bersikap haloba (mementingkan keuntungan) serta tidak
mewarisi sikap ayahnya yang berpegang kepada etika perubatan. Sister Felicia Landosi
pula mengalami ketagihan ubat batuk kerana tertekan dengan peristiwa silam dan latar
belakang dirinya sebagai anak tidak sah taraf.Bayangan peristiwa hitam Rohayu yang
disambar api daripada kereta Porsche yang terbakar sentiasa muncul walaupun ketika Dr.
Raiha sedang bertugas, sehinggalah pada penghujung novel Dr. Raiha berasa lega apabila
kebenaran terbongkar jua. Dr. Uwang juga terbawa-bawa dengan rasa bersalah sehingga
17
akhirnya dia melanggar tembok di PRPK sendiri sehingga hampir meragut nyawanya.
Felicia Landosi yang menerima komisen sebanyak lima peratus jika berjaya memujuk
pesakit mendapatkan rawatan di PRPK mengalami tekanan yang hebat, tetapi akhirnya
berani berterus terang dengan Dr. Raiha.
Tingkatan 5 :
1. NOVEL BIMASAKTI MENARI
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM
yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa
hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh
jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
2. SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM
yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa
hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
18
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh
jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
3. NOVEL SILIR DIKSINA
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pegi ke kampong halaman ayahnya,
Abdullah Kayan berbekalkan sebuah masuskrip lama yang diterima daripada
seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut
merupakan kampong kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di Kuala
Terengganu.Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik perhatian Haiqal
untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiiran Haiqal dengan baik
.Dia kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebenar ayahnya melalui
orang-orang yang rapat dengan ayahnya.Haiqaal mendappati watak-watak
yang dilukis oleh ayahnya dalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan
watak-watak sebenar yang muncul di kampong itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampong
tersebut.Beliau juga merupakan guru yang aktif menulis sehingga
mewujudkan aksara di kampungnya .Disebabkan keccintaannya terhadap
bidang tersebut,beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan
berpisah dengan Haiqal.Kini,Perjuangan diwariskanm kepada Hiqal.Adakah
Haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu
menyimpan banyak rahsia yang dihuraikan ?
4. NOVEL TIRANI
Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak.
Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia
kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan menjalani
pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre, Singapura. Waheeda
19
menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya,
Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra
dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi
perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan berjaya.
Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Flamingo
Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda
disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu
pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak
serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda berkenalan
dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang bekerjasama
dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik
Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya,
pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda
menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta melayan
pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu sehinggalah dia melafazkan
talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak
seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-
bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati,
tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda
tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia
bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik
Aziz mengalami strok setelah dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan
pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih
Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula
sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang,
serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang
berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun
nyata gembira.
20
Bab 3 :Metadlogi kajian dan novel
3.1 Jenis Novel
Tingkatan 4
· Novel Di Sebalik Dinara : Fiksyen
· Novel Leftanan Adnan : Fiksyen
· Novel Jendela Menghadap Jalan : Fiksyen
· Novel Pantai Kasih : Fiksyen
Tingkatan 5
- Novel Bima Sakti Menari : fiksyen
-Novel Songket Berbenang Emas : Fiksyen
-Novel Tirani : Fiksyen
Novel Silir Diksina : Fiksyen
3.2 Proses pengumpulan data
· Semasa proses mecari maklumat yang diperlukan ,saya menggunakan novel komsas dalam
talian bagi kedua-dua tingkatan kecuali bagi novel Jendela Mengahadap Jalan.Saya juga
merujuk beberapa laman web seperti https://www.ipendidikan.my/novel-komsas-bahasa-
melayu-tingkatan-1-5.html#Novel_Bahasa_Melayu_Tingkatan_4 bagi mencari tema novel
dan beberapa maklumat dengan mudah ,
https://anyflip.com/center/flips/book.php?cid=1493855 bagi memuat naik buku digital .
Inisiatif yang saya lakukakan ini membantu diri saya mengetahui lebih banyak keterbezaan
dan Keunikan dalam setiap novel dengan lebih jelas.
21
3.3 Tema setiap novel
Tingkatan 5
Songket Berbenang Emas
Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.Sebagai contoh , Dahlia seorang remaja
berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha
menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari
asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga
adik-adiknya di samping pelajarannya.
Silir Daksina
Novel Silir Daksina membawa tema kekeluargaan. Sebagai contoh , keluarga yang dialami
oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh
ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.
Tirani
Tema dalam novel Tirani ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Bukti pertama Waheeda sering melayari laman
sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya
yang terlalu obses dengan kecantikan. Bukti kedua ialah bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
Bima Sakti Menari
Tingkatan 4
Novel Jendela Mengahadap Jalan
Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan
dengan cara bermuafakat.
22
Sebagai contoh ,masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga Che Jah
akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela
membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan
anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.
Novel Di Sebalik Dinara : Persaingan dalam dunia sains
Novel Pantai Kasih : Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi pelbagai rintangan
Novel Leftanan Adnan : Keberanian dan semangat cinta akan tanah air bagi sesesorang askar
untuk mempertahankan negara.
3.4 Keunikan dalam novel
Setiap novel mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri ,plot cerita
ialah perkara paling penting dalam penghasilan novel .Bagi contoh novel Leftanan
Adnan,banyak perkara atau peristiwa yang disampaikkannya membantu pembaca
untuk lebih bersemangat untuk mempertahankan negara .
3.5 Persamaan secara umum
Kebanyakan persamaan dalam kelapan-lapan buah novel yang dikaji ini ialah cara
penceritaannya yang mengikut bab secara tersusun.Kelapan-lapan buah novel ini
mempunyai plot cerita yang amat mudah difahami bagis eorang pelajar seperti saya.
3.6 Keterbezaan
Keterbezaan yang dapat saya jumpa ialah tentang cerita atau pengalaman seseorang
pelajar yang ingin Berjaya seperti Novel Silir Diksina , manakala ada cerita tentang
seorang askar seperti Leftanan Adnan banyak memberikan inspirasi kepada saya dan
daripada sini saya dapat membezakan bahawa setiap jenis novel ada kelainannya
tersendiri.
3.7 Banding beza novel Malaysia dan luar negara
Berdasarkan pengalaman saya membaca buku ataupun novel yang diterbitkan di
Malaysia , kebanyakan daripadanya adalah novel bukan fiksyen .Di mana , saya
23
banyak membaca tentang pengalaman seseorang menjalani kehidupannya untuk
menjadi seorang yang Berjaya.Salah satunya ialah karya Teme Abdullah iaitu Penulis
Arkitek Jalanan..
Bagi buku atau novel luar negara pula ,saya banyak membaca novel yang
memberikan motivasi dan puisi kehidupan.Contoh yang paling dekat ialah novel puisi
daripada negara jiran kita ,Indonesia.Banyak buku puisi yang dihasilkan di sana
mudah untuk di fahami bagi seorang pelajar seperti saya.
3.8 Novel Dan Kehidupan
Bagi saya masyarakat di Malaysia terutamanya perlulah memupuk diri untuk
membaca novel atau karya yang diterbitkan bagi menambah ilmu daripada cerita
tentang pengalaman seseorang dalam karya yang diterbitkan.Banyak nilai murni yang
dapat diambil daripada novel tingkatan 4 dan 5 ini. Kelapan-lapan novel ini dapat di
fahami dalam diri sebagai seorang pelajar kerana banyak jalan cerita yang boleh di
samakan dengan kehiddupan seharian kita.
3.9 Kedudukan Novel
1.Silir Diksina
2.Jendela Menghadap Jalan
3. Leftanan Adnan
4. Di Sebalik Dinara
5.Tirani
6. Pantai Kasih
7. Songket Berbenang Emas
8. Bimasakti Menari
3.10 Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh saya berikan ialah setiap novel yang berada di tingkatan 4 dan 5 ini
mempunyai plot twist yang menarik dan pada masa yang sama ia mempunyai hubungan yang
dekat dengan pelajar disebabkan plot cerita yang dapat difahami
24
Bab 4 : Penutup
4.1Rumusan kajian
Cara yang sesuai untuk menarik minat pelajar ialah dengan cara isi yang terdapat di
dalam setiap novel sama ada ia dekat dengan hati mereka ataupun tidak.Ibu bapa
memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan pelajar minat untuk membaca.
E-mini tesis ini serba sedikit memudahkan pelajar membuat ulangkaji sebelum
pepriksaan kerana banyak isi penting yang boleh didapatinya.
4.2 Implikasi dan cadangan
Cadangan yang dapat saya berikan ialah saya akan menambahkan jadual dalam E-
mini tesis ini dana pada masa yang sama menyatakan beberapa latar seperti latar
tempat,latar masa dan watak perwatakan.
4.3 Hipotesis akhir
Berdasarkan kelapan-lapan novel yang telah di kaji , terdapat beberapa novel yang dekat
dengan jiwa saya dan ada beberapa tidak .Novel yang dekat dengan hidup saya ialah Novel
Silir Diksina kerana apa yang diceritakan lebih kurang sama dengan apa yang saya sedang
alami .
4.4 Penutup
· Kesimpulan yang dapat saya peroleh daripada kajian yang telah dilakukan ialah ramai
penulis di luar sana berkarya dengan cara imaginasi yang berbeza dan amat unik . Setiap
novel yang diterbitkan mempunyai peminat tersediri berdasarkan genre yang diminati. Bagi
saya ,penulis novel mempunyai idea imaginasi yang tinggi dan agak susah bagi menghasilkan
sebuah karya.Ini kerana mereka dan pengguna mahu hasil yang berkualiti dan dapat
memberikan suri teladan dalam kehidupan supaya apa yang dibaca ada manfaatnya yang
boleh digunakan kelak.
-Terima Kasih-
25
26