The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASSESSMENT SASTERA-INTAN SUHAILI BINTI RUSLI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intxn0505, 2021-08-21 02:16:11

ASSESSMENT SASTERA-INTAN SUHAILI222

ASSESSMENT SASTERA-INTAN SUHAILI BINTI RUSLI

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
OLEH

INTAN SUHAILI BINTI RUSLI
PB180003
4 FARABI

MRSM BALIK PULAU

1

ABSTRAK

E-mini tesis ini bertujuan untuk mengkaji keunikan dan keterbezaan kesemua novel yang
diperlajari oleh pelajar tingkatan empat dan lima dari semua
zon(utara,tengah,timur,selatan).Kaedah ini digunakan bagi memudahkan pelajar
mengulangkaji semua novel yang berkemungkinan masuk dalam pepeiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) .E-mini tesis ini juga memudahkan pelajar hafal dan memahamkan jalan
cerita setiap novel dengan pantas diseabbkan isi-isi penting bagi setiap novel telah digabung
dalam satu e-tesis.

PENGHARGAAN

Bismillahhirahmanirrohim

Alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat Dan izin-Nya saya mampu
menyiapkan tugasan ‘E-mini tesis ' ini dengan sempurnanya walaupun mempunyai beberapa
kekangan.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan yang tidak terkira kepada guru penyelaras
Bahasa Melayu Tingkatan empat iaitu Puan Rosliza Binti Jaafar Dan Encik Mohamad Sofi
bin Ismail atas dorongan dan tunjuk ajar yang mereka berikan kepada saya selama ini.

Di samping itu ,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sebaya yang telah banyak membantu dalam mencari maklumat berkaitan dengan tugasan ini
dam tidak jemu melayan saya apabila ada Soalan yang ingin ditanyakan.Segala tunjuk ajar
akan saya hargai dan semua kelemahan yang terdapat dalam tugasan ini akan cuba saya
perbaiki dari semasa ke semasa.

2

ISI KANDUNGAN

 Abstrak
 Penghargaan

Bab 1 : Pengenalan

1.1 Pendahuluan

1.2Apa itu novel fiksyen dan bukan fiksyen

1.3 Penyataan masalah

1.4 Objektif

1.5 Skop penyelidikan

1.6 Hipotesis awal

1.7 Kepentingan

Bab 2 : Tinjauan bacaan

2.1 Biografi setiap penulis

2.2 Sinopsis & Novel

2.3 Tarikan setiap novel

Bab 3 : Metodlogi kajian & novel

3.1 Jenis novel

3.2 Proses pengumpulan data

3.3 Tema setiap novel

3.4 Keunikan dalam novel

3.5 Persamaan secara umum

3.6 Keterbezaan

3.7 Banding beza novel Malaysia & luar negara

3.8 Novel & kehidupan

3.9 Kedudukan novel

3

3.10 Kesimpulan
Bab 4 : Penutup
4.1 Rumusan kajian
4.2 Implikasi dan cadangan
4.3 Hipotesis akhir
4.4 Penutup

.

4

Bab 1 : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Novel merupakan cerita dalam bentuk prosa yang biasanya panjang dan
kompleks.Kebiasaannya , novel berkaitan dengan pengalaman manusia Dan kelakuan
sosial

1.2APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN

Fiksyen adalah penciptaan imaginasi tulen . Ini bermakna apabila seorang penulis
menggunakan imaginasi suburnya untuk mengarang beberapa jenis cerita maka itu jatuh di
bawah fiksyen. Kebanyakan drama, novel, dan cerita pendek berada di bawah kategori
fiksyen.

Bukan fiksyen adalah orang-orang yang bercakap tentang peristiwa benar dan orang benar
. Umumnya, jurnal, surat khabar, penyelidikan, biografi, pelbagai jenis esei yang ditulis di
bawah pelbagai topik termasuk di bawah kategori bukan fiksyen. Seperti yang anda lihat,
jenis penulisan ini berkaitan dengan fakta, nombor, dan apa yang sebenarnya dapat kita lihat
dan dibuktikan.

5

1.2 PENYATAN MASALAH

Remaja pada zaman ini kurang mempunyai tarikan untuk membaca novel disebabkan
kemudahan teknologi yang canggih ini.Jadi ibu bapa berperanan penting bagi memupuk
minat membaca dalam diri mereka.Antara langkah yang boleh dilakukan ialah membawa
mereka ke pesta buku pada setiap tahun .Di Malaysia terdapat pesta buku seperti “Big Bad
Wolf” yang selalu menjadi tarikan ramai bagi mencuba setiap jenis buku yang ada .

Daripada sini , pelajar akan dapat mengetahui jenis buku yang bersesuaian dan akan
membelinya . Selain itu , ibu bapa boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah .Cara ini
dapat membantu pelajar selesa untuk membaca disebabkan mempunyai tempat yang
dikhaskan untuk membaca dan pada masa yang sama ,pelajar dapat meluangkan masa
terluang dengan perkara yang berfaedah.Di samping itu juga , ibu bapa boleh menghantar
pelajar ke perpustakaan yang sedia ada seperti perpustakaan negara .Ibu bapa boleh
memberitahu anak untuk mengajak rakannya bersama supaya mereka boleh berkongsi bahan
bacaan yang terdapat di sana dan pada yang sama mereka dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim.Bagi saya , membaca merupakan satu amalan yang patut diterapkan dari kecik
lagi supaya ilmu yang ada sebelum ini dapat digunakan di kelak hari .

1.3OBJEKTIF KAJIAN

 Objektif kajian adalah untuk membezakan kelapan-lapan novel di tingkatan empat
dan lima

 Memudahkan pelajar yang bakal menganbil SPM mengulangkaji kesemua novel di
setiap zon dalam satu platform yang sama .

6

SKOP PENYELIDIKAN

Terdapat lapan buah novel iaitu empat daripada Tingkatan empat dan empat lagi daripada
Tingkatan lima

Tingkatan Empat

1. Di Sebalik Dinara , karya Dayang Noor

2. Leftanan Adnan , karya Abdul Latip bin Talib

3. Jendela Mengahadap Jalan , karya Ruhaini Matdarin

4. Pantai Kasih , karya Azmah Nordin

Tingkatan Lima ,

1.Novel Bima Sakti Menari , karya Sri Rahayu Mohss Yusop

2.Novel Songket Berbenang Emas , karya Khairuddin Ayip

3.Novel Silir Diksina , karya Nizar Pazman

4. Novel Tirani karya Beb Sabariah

1.6 HIPOTESIS AWAL
Bagi pandangan saya , pelajar akan membaca kelapan-lapan novel ini kerana ingin
menambah ilmu dengan cerita yang dihasilkan dan pada masa yang sama mereka akan
membacanya disebabkan keperluan peperiksaan yang akan datang.Saya juga tidak
merasakan yang mereka akan membaca kelapan-lapan novel ini jika tiada niat yang
sepatutnya malahan mereka akan membaca novel ataupun hasil cetakan buku yang
bersesuaian dengan minat mereka.

1.7 KEPENTINGAN
Menarik minat para pelajar untuk membaca kelapan-lapan novel dengan pantas disebabkan
banyak isi penting dalam setiap novel dikumpulkan dalam satu buku digital.

7

BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1 BIGRAFI SETIAP PENULIS

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Ruhaini Matdarin

Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga
peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat
dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca.
Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17
tahun. Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif
dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau
telah diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.
Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen
peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah
Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun
2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.

8

NOVEL DI SEBALIK DINARA

DAYANG NOOR
Nama sebenarnya Noor Aziza binti Sulaiman . Beliau menamatkan Ijazah
Kejuruteraan dalam bidang ‘Elektronik dan Komputer di Universiti Putra
Malaysia . Beliau juga mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja ddalam bidang
IT . Sekolah Kebangsaan Kerayong ,Triang ,Pahang merupakan sekolah rendah
Dayang Noor manakala Sekolah Menengah Tun Fatimah ,Johor Bahru
merupakan sekolah menengah beliau dan pada tingkatan empat dan lima
Dayang Noor mengambil aliran sains

9

NOVEL LEFTANAN ADNAN

ABDUL LATIP TALIB

Abdul Latip bin Talib, Dilahirkan pada 2 Jun 1954 , dan kini berusia 67 tahun .Anak Rembau
tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan penulis residen PTS
Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, milik Ainon Mohamad. Abdul Latip
dikenali lewat novel-novel sejarah beliau . Novel sejarah Islam beliau berjaya menembusi
pasaran negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak sunyi daripada
kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau. Sejak berkecimpung
dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50 buah novel,
termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS berjumlah 30 naskhah semuanya. Novel
'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika
Cemerlang Sdn. Bhd. selaku penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat wilayah
selatan Semenanjung.

10

NOVEL PANTAI KASIH

AZMAH NORDIN

Azmah binti Nordin , lahir pada 10 Januari 1958,kini usianya 63 tahun, berasal dari Kedah,
tetapi menetap di Sabah sejak berusia 15 tahun. Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27
tahun. Novel pertama beliau 'Si Bidul' diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis
50 buah novel. Azmah menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel
berunsur Islam dan SEA Write Award. Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988
pernah terpilih sebagai teks komsas menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun
1994.

11

NOVEL BIMA SAKTI MENARI

SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana dalam
tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua
novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua
daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.
Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin
College of Education, New Zealand.
Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat
kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang suka
bercerita.
Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand, beliau menemukan keistimewaan negara
sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya ketika berusia 24 tahun, barulah beliau menemui
jati diri sebagai penulis. Setelah berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang
memberikan bantuan dari segala segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak
putus-putus mendoakan kejayaannya.
Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana tidak banyak saingan di peringkat
kebangsaan. Di samping itu, katanya, genre fiksyen sains sentiasa memerlukan penulisnya
mengikuti perkembangan terkini tentang teknologi.

12

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

KHAIRUDDIN bin AYIP

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

13

NOVEL SILIR DIKSINA

NIZAR PARMAN

Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan seorang
guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti
Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.
Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang
tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.
Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia
memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang
unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia.
Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin
dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat
Melayu dan Cina.

14

NOVEL TIRANI

BEB SABARIAH

atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera
Sarawak).
Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU,
KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori
Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya
2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-
Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.
Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia,
Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta
Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

15

2.2 SINOPSIS DAN NOVEL
Tingkatan 4 :

1) NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya
di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak
mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che
Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari
bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak
diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai
pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah
dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah
yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk
berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu
sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

16

2) NOVEL DI SEBALIK DINARA

Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam
penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila
oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl.
Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

3) NOVEL LEFTANAN ADNAN

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk
7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan
Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah
yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

4) NOVEL PANTAI KASIH

Novel 'Pantai Kasih' ini berkisar kepada konflik dalaman tiga orang watak utama yang
bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) di Inanam, Sabah. Dr. Raiha, pakar
bedah teruji dengan peristiwa tragis kematian misteri Rohayu, anak tunggalnya yang
mengalami sindrom down, diikuti oleh suaminya Dr. Sadiz, pakar otak yang terperosok di
bawah lori. Dr. Uwang, pemilik PRPK pula bersikap haloba (mementingkan keuntungan)
serta tidak mewarisi sikap ayahnya yang berpegang kepada etika perubatan. Sister Felicia
Landosi pula mengalami ketagihan ubat batuk kerana tertekan dengan peristiwa silam dan
latar belakang dirinya sebagai anak tidak sah taraf.Bayangan peristiwa hitam Rohayu
yang disambar api daripada kereta Porsche yang terbakar sentiasa muncul walaupun
ketika Dr. Raiha sedang bertugas, sehinggalah pada penghujung novel Dr. Raiha berasa
lega apabila kebenaran terbongkar jua.

17

Tingkatan 5 :
1. NOVEL BIMASAKTI MENARI

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM
yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa
hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh
jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

2. SONGKET BERBENANG EMAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM
yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa
hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh
jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said

18

tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

3. NOVEL SILIR DIKSINA

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pegi ke kampong halaman ayahnya,
Abdullah Kayan berbekalkan sebuah masuskrip lama yang diterima daripada
seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut
merupakan kampong kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di Kuala
Terengganu.Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik perhatian Haiqal
untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiiran Haiqal dengan baik
.Dia kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebenar ayahnya melalui
orang-orang yang rapat dengan ayahnya.Haiqaal mendappati watak-watak
yang dilukis oleh ayahnya dalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan
watak-watak sebenar yang muncul di kampong itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampong
tersebut.Beliau juga merupakan guru yang aktif menulis sehingga
mewujudkan aksara di kampungnya .Disebabkan keccintaannya terhadap
bidang tersebut,beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan
berpisah dengan Haiqal.Kini,Perjuangan diwariskanm kepada Hiqal.Adakah
Haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu
menyimpan banyak rahsia yang dihuraikan ?

19

4. NOVEL TIRANI

Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di
Sarawak. Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan
dia kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan
menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre, Singapura.
Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah.
Ibunya, Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan
mesra dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari
memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan
berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di
Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan.
Waheeda disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan
ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi
Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda
berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang
bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika
acara merisik Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula.
Pada mulanya, pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan
kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan
mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu
sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan
Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid
menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian
DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap Waheeda
berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani
rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja
di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia
hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron
Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani yang
memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah.
Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya
menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda
masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.

20

1.4TARIKAN SETIAP NOVEL

Terdapat beberapa tarikan yang ada pada kelapan-lapan novel yang
dikaji.Tarikan yang ada pada novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan
seorang anak muda,Dahlia mengharungi cabaran yang dihadapi dengan keadaan
emaknya yang tidak sihat.Novel ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan
ketabahan dengan dugaan yang diberikan Tuhan.

Selain itu,tarikan dalam novel Tirani pula ialah pesanan yang boleh
dibagi pada diri sendiri bahawa kecantikan yang dimiliki di dunia bukanlah
milik kita selamanya.Novel ini mengingatkan saya untuk bersyukur dengan
segala nikmat dan anugerah yang diberikan mahupun yang telah
diciptakan.Pada masa yang sama,mesej dalam novel ini mengingatkan bahawa
pembedahan plastik tidak sepatutnya berlaku jika ingin menutup malu.

Seterusnya , bagi novel Leftanan Adnan pula,nilai cinta akan tanah air
dapat dirasai dalam diri kerana semangat perjuangannya yang tinggi untuk
memerdekakan tanah air.Leftanan Adnan bin Saidi patut dijadikan contoh oleh
anak muda zaman sekarang supaya sifat cinta untuk mempertahankan tanah air
dapat dipupuk sejak muda .

Akhirnya ,bagi setiap novel yang dikaji ini mempunyai nilai
tersendiri.Kita sebagai pembaca perlulah merasai dan menghargai karya cetakan
ini dan pada masa yang sama ,mengambil pengajaran atau nilai murni yang
diperoleh dalam novel.Bagi saya,nilai yang baik akan diambil dan digunakan
dalam kehidupan seharian manakala apa yang dari aspek negative akan
dibiarkan dan tidak akan diulang.

21

Bab 3 :METADLOGI KAJIAN DALAM NOVEL

3.1 JENIS NOVEL

Novel Jennis Novel
Jendela Meghadap Jalan Fiksyen
Fiksyen
Pantai Kasih Fiksyen
Tirani Fiksyen
Fiksyen
Songket Berbenang Emas
Silir Diksina Bukan Fiksyen
Bukan Fiksyen
Leftanan Adnan Bukan Fiksyen
Bimasakti Menari
Di Sebalik Dinara

22

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA

Tarikh Catatan
30 Julai 2021 -Mencari maksud novel dan keterbezaan antara novel
fiksyen dan bukan fiksyen
31 Ogos 2021 -Mencari biografi setiap penulis bagi setiap novel

-Menggunakan sinopsis bagi setiap novel daripada

tugasan yang lama

1 Ogos 2021 -Menyiapkan draf Bab 1 & Bab 2 sebelum
10 Ogos 2021
menghantar “ ”

-Mencari keterbezaan dan persamaan antara lapan
buah novel

12 Ogos 2021 -Tema dan huraian cerita dimasukkan dalam draf
14 Ogos 2021 Bab 3
-Menyiapkan keseluruhan draf Bab 3 & Bab 4
15 Ogos 2021 sebelum dihantar kepada guru
-Menyemak keseluruhan draf dan manambah
beberapa isi dalam draf

-Memuat naik draf darippada word ke “
” untuk disemak

-Menghantar kesemua draf dalam bentuk “
” dan link “Online Flipbook” di tappak yang

telah disediakan di

23

3.3 TEMA SETIAP NOVEL

Tingkatan 4 :

 Novel Jendela Mengahadap Jalan

Tema novel ini ialah kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan
dengan cara bermuafakat.Sebagai contoh ,masalah keganasan rumah tanggayang berlaku
kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri
dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan
kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.

 Novel Di Sebalik Dinara :

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dihadapi oleh Haiqal
berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya.Sebagai contoh , penceraian
tersebut menyebabkan Haiqal hidup terpisah daripada ayah kandungnya iaitu
Abdullah Bin Kayan. Haiqal dipelihara oleh uminya bersama-sama Walid. Haiqal
tidak dapat bertemu atau mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya
meninggal dunia. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Haiqal tetap
pergi ke Batu Pahat untuk lebih mengenali arwah ayahnya.

 Novel Pantai Kasih :

Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi pelbagai rintanganSebagai contoh , Raiha
tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah
seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sindrom’. Sejak mengetahui keadaan
anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha
tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya.
Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti
Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan
masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah
dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.

24

 Novel Leftanan Adnan :

Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan
tanah air. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak
kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan
beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk
7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan
Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah
yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

25

Tingkatan 5 :

 Songket Berbenang Emas :

Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.Sebagai contoh, Dahlia seorang
remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya,
Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital,
Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah.
Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.

 Novel Silir Diksina

Daksina membawa tema kekeluargaan. Sebagai contoh , keluarga yang dialami oleh Haiqal b
erpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada a
yah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

 Tirani

Tema dalam novel Tirani ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri.Bukti pertama Waheeda sering melayari laman
sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya
yang terlalu obses dengan kecantikan. Bukti kedua ialah bagi menjadi cantik Waheeda
yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

 Bima Sakti Menari

Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik,Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka
cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala
Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan
pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia
Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad
Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah
mesra alam.

26

3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL

 Setiap novel mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri ,plot cerita
ialah perkara paling penting dalam penghasilan novel .Bagi contoh novel Leftanan
Adnan,banyak perkara atau peristiwa yang disampaikkannya membantu pembaca
untuk lebih bersemangat untuk mempertahankan negara .

3.5 PERSAMAAN SECARA UMUM

 Kebanyakan persamaan dalam kelapan-lapan buah novel yang dikaji ini ialah cara
penceritaannya yang mengikut bab secara tersusun.Kelapan-lapan buah novel ini
mempunyai plot cerita yang amat mudah difahami bagi seorang pelajar seperti saya.

3.6 KETERBEZAAN

 Keterbezaan yang dapat saya jumpa ialah tentang cerita atau pengalaman seseorang
pelajar yang ingin Berjaya seperti Novel Silir Diksina , manakala ada cerita tentang
seorang askar seperti Leftanan Adnan banyak memberikan inspirasi kepada saya dan
daripada sini saya dapat membezakan bahawa setiap jenis novel ada kelainannya
tersendiri.

3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA

 Berdasarkan pengalaman saya membaca buku ataupun novel yang diterbitkan di
Malaysia , kebanyakan daripadanya adalah novel bukan fiksyen .Di mana , saya
banyak membaca tentang pengalaman seseorang menjalani kehidupannya untuk
menjadi seorang yang Berjaya.Salah satunya ialah karya Teme Abdullah iaitu Penulis
Arkitek Jalanan..

 Bagi buku atau novel luar negara pula ,saya banyak membaca novel yang
memberikan motivasi dan puisi kehidupan.Contoh yang paling dekat ialah novel puisi
daripada negara jiran kita ,Indonesia.Banyak buku puisi yang dihasilkan di sana
mudah untuk di fahami bagi seorang pelajar seperti saya.

27

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN

 Bagi saya masyarakat di Malaysia terutamanya perlulah memupuk diri untuk

membaca novel atau karya yang diterbitkan bagi menambah ilmu daripada cerita
tentang pengalaman seseorang dalam karya yang diterbitkan.Banyak nilai murni yang
dapat diambil daripada novel tingkatan 4 dan 5 ini. Kelapan-lapan novel ini dapat di
fahami dalam diri sebagai seorang pelajar kerana banyak jalan cerita yang boleh di

samakan dengan kehiddupan seharian kita.

3.9 KEDUDUKAN NOVEL

Bil. Novel Skor Penilaian

1. Leftanan Adnan 10/10

2. Di Sebalik Dinara 9/10
3. Jendela Menghadap Jalan 9/10
4. Silir Diksina 8/10
5. Bimasakti Menari 8/10
6. Songket Berbenang Emas 7/10
7. Tirani 7/10
8. Pantai Kasih 7/10

3.10 KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh saya berikan ialah setiap novel yang berada di tingkatan 4 dan 5 ini

mempunyai yang menarik dan pada masa yang sama ia mempunyai hubungan yang

dekat dengan pelajar disebabkan plot cerita yang dapat difahami.

28

Bab 4 : PENUTUP

4.1 RUMUSAN KAJIAN

Cara yang sesuai untuk menarik minat pelajar ialah dengan cara isi yang terdapat di dalam
setiap novel sama ada ia dekat dengan hati mereka ataupun tidak.Ibu bapa memainkan
peranan yang penting bagi menggalakkan pelajar minat untuk membaca.

E-mini tesis ini serba sedikit memudahkan pelajar membuat ulangkaji sebelum
pepriksaan kerana banyak isi penting yang boleh didapatinya.

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN

Cadangan yang dapat saya berikan ialah saya akan menambahkan jadual dalam E-mini tesis
ini dana pada masa yang sama menyatakan beberapa latar seperti latar tempat,latar masa dan
watak perwatakan.

4.3 HIPOTESIS AKHIR

Berdasarkan kelapan-lapan novel yang telah dikaji , terdapat beberapa novel yang dekat
dengan jiwa saya dan ada beberapa tidak .Novel yang dekat dengan hidup saya ialah Novel
Leftanan Adnan kerana saya teringat dan dapat merasai semangat yang diperjuangkan oleh
askar terdahulu daripada membaca novel dan pengalaman menonton filem “Bukit
Kepong”.Idea daripada setiap penulis memberikan banyak nilai dan pengajaran yang boleh
dicontohi.Penulisan yang kreatif ini membantu saya dan rakan-rakan yang lain mereka cerita
sendiri dengan penekankan aspek yang dekat atau yang boleh dihubung kait dengan pembaca.

4.4 PENUTUP

Kesimpulan yang dapat saya peroleh daripada kajian yang telah dilakukan ialah ramai
penulis di luar sana berkarya dengan cara imaginasi yang berbeza dan amat unik . Setiap
novel yang diterbitkan mempunyai peminat tersediri berdasarkan genre yang diminati. Bagi
saya ,penulis novel mempunyai idea imaginasi yang tinggi dan agak susah bagi menghasilkan
sebuah karya.Ini kerana mereka dan pengguna mahu hasil yang berkualiti dan dapat
memberikan suri teladan dalam kehidupan supaya apa yang dibaca ada manfaatnya yang
boleh digunakan kelak.

29

-Terima Kasih-

30


Click to View FlipBook Version