VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
“SKBL Menjana Insan Terbilang”
TEL : 06-2681939
EMAIL : [email protected]
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
Bidang pendidikan negara pada masa kini sedang
bergerak untuk melahirkan para pelajar yang
kreatif, inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan
berfikir secara kritikal. Ia adalah langkah penting ke
arah penghasilan generasi masa depan yang berilmu
pengetahuan serta mempunyai pelbagai kemahiran
yang menepati ciri-ciri terkini keperluan sumber
manusia mengikut piawaian antarabangsa. Justeru,
komitmen kita adalah untuk merealisasikan semua
agenda pendidikan terkini termasuk menyediakan
murid-murid dengan kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), kemahiran bidang Sains, Teknologi,
Enginering dan Matematik (STEM) serta
memperkasakan konsep Pembelajaran Abad Ke-21
(PA 21) seperti yang disasarkan.
Kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan telahpun mengambil
tindakan memansuhkan peperiksaan untuk murid-murid Tahap Satu
bermula sesi persekolahan 2019. Pemansuhan ini merupakan pendekatan
untuk mengubah sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan
peperiksaan sambil mengatasi persepsi sekolah sebagai tempat untuk
persaingan semata-mata. Saya percaya, tindakan pemansuhan ini
merupakan tindakan tepat ke arah memperkasakan aspek kemenjadian
murid menerusi pembentukan sahsiah terpuji, mengembangkan potensi
diri, pembinaan kemahiran insaniah (soft skills), melahirkan pelajar yang
seimbang serta merealisasikan sekolah sebagai tempat pembelajaran nilai-
nilai kemanusiaan (manusiawi).
Saya juga yakin, perubahan ini bukanlah suatu masalah kerana
usaha-usaha kita membangunkan kemahiran insaniah serta aspek
kemenjadian murid sememangnya menjadi agenda penting sekolah kita
sejak sekian lama. Kecemerlangan memenangi anugerah antarabangsa
‘Green Flag’ menerusi program Eco-Schools serta kejayaan kita dalam
‘Highly Immersive Programme’ (HIP) di peringkat kebangsaan adalah bukti
kepada komitmen tersebut selaras dengan moto ‘SKBL Menjana Insan
Terbilang’. Semoga apa yang kita lakukan akan menjadi amal ibadat yang
bakal mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T. Insya Allah.
ROHAYATI BT BAHAROM
Guru Besar SK Bukit Lintang
Secara tidak rasmi sekolah ini mula didirikan pada tahun 1916,
menumpang di atas sebidang tanah kepunyaan Datuk Pengulu Long bin
Rahmat dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bukit Lintang. Sepuluh
tahun kemudian, iaitu pada 7 Julai 1926, nama sekolah ini telah bertukar
kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang (SKBL) dan mula beroperasi
secara rasmi menerusi sebuah bangunan kayu dua tingkat di atas
sebidang tanah di Lot No 748 Mukim Bukit Lintang. Pada 21 Ogos 1960,
sebuah bangunan tambahan mengandungi 4 buah bilik darjah telah
didirikan. Pembukaan perasmiannya telah disempurnakan pada 20
November 1960 oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu, iaitu YAB Encik
Abdul Ghafar bin Baba.
Pada 1976, SK Bukit Lintang mendapat blok bangunan baru 2 tingkat
dengan reka bentuk moden mengandungi 4 buah bilik darjah di tingkat atas
dan 2 buah bilik darjah di aras bawah serta kemudahan tandas. Bangunan
blok berkenaan kekal hingga kini dan dikenali sebagai Blok A. Pada awal
tahun 1999 pula, sekolah ini telah memperolehi sebuah lagi blok bangunan
tambahan empat tingkat, yang telah dapat disiapkan dengan kelengkapan
termasuk 12 buah bilik darjah, pejabat, makmal sains, makmal kemahiran
hidup, pusat sumber, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik muzik, mosalla serta
tandas. Bangunan tersebut kini dikenali sebagai Blok B.
Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Alamat Km.11, Jalan B.Lintang, 75460 Melaka
Kod Sekolah MBA2006
Gred / Kategori Gred A / Luar Bandar
Telefon / Faks 06-2681939 / 06-2681939
Email [email protected]
Guru 40 orang (termasuk pentadbir)
Staf Sokongan 06 orang
Staf Swasta 08 orang
Mula operasi 7 Julai 1926
Usia Sekolah 92 tahun 8 bulan
Guru Besar Puan Rohayati bt Baharom
GPK 1 Tuan Hj. Abdul Razak b. Hj. Bokhari
GPK Hem Encik Mohd Nasir b. Salim
GPK Koku Puan Zainah bt Hashim
YDP PIBG Encik Ahmad Suhaizan b. Pandak
Kelas Perdana 13 kelas Murid Perdana 363 orang
Kelas Pra 2 kelas Murid PPKI 13 orang
Kelas PPKI 3 kelas Murid Pra 50 orang
TAHUN NAMA KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH JUMLAH
PRA IKUT TAHUN
CETUS
BESTARI 25
25
HARMONI
50
TAHUN 1 1 ALAMANDA
1 AKASIA
TAHUN 2 2 ALAMANDA
2 AKASIA
TAHUN 3 3 ALAMANDA
3 AKASIA
TAHUN 4 4 ALAMANDA
4 AKASIA
TAHUN 5 5 ALAMANDA
5 AKASIA
6 AZALEA
TAHUN 6 6 ALAMANDA
6 AKASIA
PPKI PPKI
JUMLAH
BIL NAMA PERTANDINGAN TAHUN PENCAPAIAN PERINGKAT
1. PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (L) 2018 KE-4 NEGERI
MSS MELAKA NEGERI
KE-3 NEGERI
2. KEJOHANAN BOLA BALING (P) MSS 2018 NEGERI
MELAKA NAIB JOHAN NEGERI
ANUUGERAH NEGERI
3. PERTANDINGAN SYARAHAN ECO- 2018
SCHOOLS SUMMIT 2019 EMAS NEGERI
JOHAN KEBANGSAAN
4. PERTANDINGAN KOMPANG 2018 KEBANGSAAN
FORMASI JOHAN KEBANGSAAN
5. KUIZ PENGETAHUAN AM 2018 GREEN FLAG KEBANGSAAN
PEMBENTANGAN POSTER KE-3 KEBANGSAAN
6. TERBAIK ECO-SCHOOLS SUMMIT 2018 AMALAN
TERBAIK KEBANGSAAN
2019
KEBANGSAAN
ANUGERAH GREEN FLAG ECO-
7. SCHOOLS OLEH KERAJAAN 2018
NEGERI MELAKA
8. PERTANDINGAN POSTER HIP 2018
KEBANGSAAN
9. AMALAN HIP TERBAIK 2018
10. PENGLIBATAN KUMPULAN TEATER 2018 PENGLIBATAN
SEKOLAH (TUNAS BUDAYA)
11. PESERTA TEATER TERBAIK 2018 PESERTA
(TUNAS BUDAYA) 2018 TEATER
2018 TERBAIK
MEWAKILI MELAKA DALAM
12. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM PENGLIBATAN
KEBANGSAAN 2018 PENGLIBATAN
MEWAKILI MELAKA DALAM
13. KEJOHANAN BOLA BALING MSSM
KEBANGSAAN 2018
MEWAKILI MELAKA KE
14. KEJOHANAN MERENTAS DESA 2019 PENGLIBATAN
MSSM KEBANGSAAN 2019
MEWAKILI MELAKA KE 2019 PENGLIBATAN KEBANGSAAN
15. KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2018
GREEN FLAG ANTARABANGSAN
KEBANGSAAN 2019
ANUGERAH GREEN FLAG ECO-
16. SCHOOLS OLEH WWF MALAYSIA
2018