The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Erna Natasha, 2023-04-05 06:06:20

Green Good Morning Poster

Green Good Morning Poster

ERNA NATASHA BT AHMAD FAIZUL (15DPR22F1040) NOR AKMA HUSNA BT ROSLI (15DPR22F1004) PUTERI NURJANNAH BT AMIRUDIN (15DAT22F2050) MUHAMMAD NAZMI HAZIQ BIN KHAIRIL ANWAR (15DAD22F1037) MUHAMMAD ADAM DANIEL BIN MUHAMMAD SUFAID (15DTK22F1043) 1. 2. 3. 4. 5. NAME & MATRIC NUMBER : MPU24021 : KOKURIKULUM KELAB MESRA ALAM SESI 2 2022/2023 LECTURER NAME : PN NUR AMALINA BT SHAHARUDIN


ALAM SEKITAR MERUPAKAN ANUGERAH TUHAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA. KEHIDUPAN MANUSIA BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA SUMBER ALAM YANG LUAS INI SEBAGAI TEMPAT TINGGAL DAN PUNCA REZEKI UNTUK KEHIDUPAN YANG HARMONI DAN SEJAHTERA. WALAUBAGAIMANAPUN, PENGGUNAAN SUMBER SECARA SEMBARANGAN, BERLELUASA DAN TIDAK TERATUR AKAN MENYEBABKAN PENCEMARAN DAN KEROSAKAN ALAM SEKITAR. PENGENALAN 1


PENGENALAN 1 1. PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM 2 2. ISU PENCEMARAN BAU. 5 3. ISU PENCEMARAN PLASTIK 8 4. ISU PENCEMARAN UDARA 11 5. ISU PENCEMARAN BUNYI 15 PUNCA PENCEMARAN LANGKAH-LANGKAHMENGATASI PENUTUP 18 . ISI KANDUNGAN


PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM PENCEMARAN YANG MENYEBABKAN PEMBUANGAN SISA KIMIA Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 ialah kejadian pencemaran air yang berlaku pada 7 Mac 2019, berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas, sehingga mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail. Gelombang keracunan air kedua berlaku pada 11 Mac dengan 106–207 lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital sebelum meningkat kepada lebih daripada 1,000 mangsa. Pembuangan secara haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 menerima rawatan. Kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah—110 sekolah kemudian ditutup di sepanjang sungai. 2


PUNCA PENCEMARAN Sebuah lori tangki dipercayai telah membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim pada awal pagi sebelum mangsa jatuh sakit. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menangkap seorang pemilik kilang kimia di Kulai pada 10 Mac diikuti dengan penangkapan lain yang melibatkan pemilik kilang sisa dan salah seorang pekerja di Taman Pasir Puteh pada hari berikutnya selepas beberapa siri penyiasatan. Pasukan penyiasat juga telah mengenal pasti bahan kimia yang dilupus secara haram sebagai minyak marin yang mengeluarkan gas metana yang mudah terbakar dan asap benzena. Beberapa gas toksik lain dikenal pasti terbebas berikutan interaksi bahan kimia yang bertindak balas dengan air dan udara termasuk akrolein, akrilonitril, etilbenzena, hidrogen klorida, D-limonena, toluena dan xilena yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas jika disedut.


LANGKAH LANGKAH MENGATASI MELALUI PENDIDIKAN MELALUI MATA PELAJARAN SIVIK, MORAL, PENDIDIKAN ISLAM DAN GEOGRAFI, PELAJAR DAPAT MENANAM RASA CINTA KEPADA SUNGAI KITA. SELAIN ITU, PIHAK SEKOLAH JUGA PERLU MENGADAKAN PROGRAM ATAU KELAB ALAM SEKITAR SERTA MENGADAKAN USAHA AMAL MEMBERSIHKAN SUNGAI BERHAMPIRAN SEKOLAH ATAU INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. PIHAK KERAJAAN IA BOLEH DIJALANKAN DI MEDIA MASSA SEPERTI TV, AKHBAR ATAU MAJALAH. SELAIN ITU, PIHAK KERAJAAN JUGA BOLEH MEMBUAT KEMPEN SEPERTI MENGHIJAUKAN KAWASAN BERHAMPIRAN SUNGAI SUPAYA DAPAT MENGELAKKAN HAKISAN TANAH DI BAWA KE SUNGAI. HUTAN-HUTAN YANG DITEBANG PERLU DITANAM SEMULA SUPAYA BEKALAN AIR TIDAK TERJEJAS. MENGUATKUASAKAN UNDANGUNDANG KERAJAAN PERLU MENGUBAL AKTA ALAM SEKITAR UNTUK MENCEGAH KEMUSNAHAN SUNGAI. AKTA BERTUJUAN MENCEGAH PENCEMARAN DAPAT MENCEGAH ORANG RAMAI MEMBUANG SAMPAH DI SUNGAI. SELAIN ITU, DENDA PERLU DITINGKATKAN SERTA MENGENAKAN HUKUMAN PENJARA KEPADA PESALAH. PEMILIK KILANG JUGA PERLU DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAU MENYENARAIHITAMKAN KILANG YANG MENCEMARKAN SUNGAI


PENCEMARAN BAU Sampah sarap yang dibuang dengan cara yang tidak teratur dan tidak bersistematik boleh memberikan kesan yang merbahaya terhadap alam sekitar dan kesihatan awam jika tidak ditangani dengan sempurna. Antara impak-impak alam sekitar termasuklah pencemaran udara, air ,tanah dan bau. Daripada impak-impak tersebut, ia boleh mendatangkan penyakit berjangkit kepada kesihatan awam seperti pembiakan jentik-jentik (nyamuk) di tempat air takungan bekas-bekas sampah sarap yang menyebarkan penyakit bawaan vektor seperti malaria, denggi dan sebaginya. Selain itu, ia boleh menjadi tempat bagi pembiakan tikus yang boleh menyebarkan penyakit leptospirosis serta pembiakan lalat yang boleh menyebarkan penyakit sepertitipoid, kolera, disenteri (cirit birit) dan sebagainya. 5


PUNCA PENCEMARAN Pembuangan sampah secara sesuka hati dan tidak memenuhi syarat, (illegal dumping) merupakan antara punca yang mengakibatkan masalah pencemaran bau. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma yang terdiri daripada bakteria dan virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Kualiti air tanah pula akan berkurang disebabkan bahan cemar dari sampah. Penurunan kualiti air tanah dapat diperhati melalui perubahan fizikal seperti bau, warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) yang lebih dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Tambahan pula plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak melalui proses biodegradasi. la tidak akan terurai secara semulajadi walaupun selepas berjuta-juta tahun.


TINDAKAN UNDANG-UNDANG GOTONG-ROYONG PERANAN MEDIA MASSA Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah membuat pencemaran alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihakpihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong- royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah. Media massa memainkan peranan penting dalam menangani isu pencemaran bau. Umum mengetahui bahawa pada era serba moden ini, media masa mudah untuk mempengaruhi dan membentuk cara pemikiran pengguna. Dengan itu, pendedahan dan penyebaran tentang isu pencemaran alam oleh media massa kepada masyarakat umum akan menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI


Pencemaran plastik ialah sejenis pencemaran yang melibatkan pengumpulan objek-objek serta partikel plastik (seperti botol plastik dan beg plastik) di persekitaran Bumi yang membawa kepada ancaman terhadap kesihatan manusia, hidupan liar dan habitatnya. PPEENNCCEEMMAARRAANN PPLLAASSTTIIKK 8


PERBANDARAN DAN PERTUMBUHAN PENDUDUK ADALAH SALAH SATU PUNCA PENCEMARAN PLASTIK DI DUNIA KITA HARI INI. PENCEMARAN PLASTIK SEBAHAGIAN BESARNYA DISEBABKAN OLEH PENINGKATAN URBANISASI DAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK. APABI LA PENDUDUK DAN BANDAR DUNIA MENINGKAT, BEGITU JUGA KEINGINAN UNTUK BAHAN YANG LEBIH MURAH DAN LEBIH MUDAH DIDAPATI. PERBANDARAN DAN PERTUMBUHAN PENDUDUK SEBAGAI CONTOH, DISEBABKAN PENINGKATAN URBANISASI DAN PERMINTAAN PENGGUNA YANG SEMAKIN MENINGKAT, LEBIH BANYAK PLASTIK DIHASI LKAN DALAM DEKAD PERTAMA ABAD INI BERBANDING MANA-MANA MASA SEBELUMNYA DALAM SEJARAH. PLASTIK MEMBENTUK SEBAHAGIAN BESAR TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI KEBANYAKAN KAWASAN BANDAR, MENYUMBANG KIRA-KIRA 80% DARIPADA SEMUA SAMPAH PERBANDARAN. PUNCA PENCEMARAN PLASTIK


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN PLASTIK PALING PENTING BAGI PENGGUNA IALAH UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN MAKANAN DAN BARANGAN YANG TIDAK PENTING. INI AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGURANGAN PENGGUNAAN PLASTIK BAGI PEMBUNGKUSAN. JANGAN GUNAKAN BEG PLASTIK APABILA MEMBELI-BELAH, GUNAKAN ALTERNATIF MESRA ALAM SEKITAR LAIN, CONTOHNYA BEG KAIN, JUT ATAU RAMI.


I S U PPEENNCCEEMMAARRNN U D A R A Isu pencemaran udara semakin berleluasa pada zaman kini. Hal ini sering dihadapi terutamanya pada negara-negara yang sedang membangun. Pencemaran udara juga merupakan risiko Isu pencemaran udara semakin berleluasa pada zaman kini. Hal ini sering dihadapi terutamanya pada negaranegara yang sedang membangun. Pencemaran udara juga merupakan risiko terbesar jangka hayat global. Hal ini terjadi kerana pencemaran udara bole mengakibatkan penipisan lapisan ozon, pemanasan global, jerebu dan banyak lagi. jangka hayat global. Hal ini terjadi kerana pencemaran udara bole mengakibatkan penipisan lapisan ozon, pemanasan global, jerebu dan banyak lagi. 11


PPUUNNCCAA--PPUUNNCCAA PPEENNCCEEMMAARRAANN UUDDAARRAA Terdapat dua faktor yang mengakibatkan pencemaran udara iaitu faktor internal dan faktor eksternal faktor internalFaktor internal juga dikenali sebagai faktor alam yang bersumber dari aktivitas alam, contohnya: abu yang dikeluarkan akibat letusan gunung berapi, gas gas vulkanik dan debu yang bertebangan di udara akibat tiupan angin


FAKTOR EKSTERNAL Faktor eksternal atau dikenali sebagai faktor manusia yang bersumber daripada akvititas manusia. Contohnya:pembakaran hutan, pembalakan haram, hasil pembakaran fosil dari asap kenderaan dan banyak lagi. Hal ini terjadi kerana sifat manusia yang tamak dan tidak menghargai keindahan alam yang dicipta oleh Tuhan. Jika isu ini semakin berlanjut, kita bakal menghadapi masalah pencemaran udara yang teruk. Kemungkinan cucu cicit kita tidak dapat menikmati keindahan alam sekitar


Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara wajar mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajibkan menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengar menyembur air dan kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%! Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungaisungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. Diberikan contoh langkah mengatasi pencemaran udara: Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan oxon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalar ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja MEMPERKENALKAN UNDANG-UNDANG


Pencemaran bunyi boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga individu yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanya berlaku apabila bunyi melebihi 80 desibel (dB). Kategori pencemaran boleh berpunca daripada manusia seperti jeritan dan bunyi kenderaan atau pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh. Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan PENCEMARAN BUNYI 15


i. Perindustrian Kebanyakan bunyi yang dikeluarkan daripada kerja kilang seperti jentera, mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu ketenteraman masyarakat setempat yang tinggal berhampiran dengan kilang tersebut. ii. Kenderaan Bunyi deruman enjin kenderaan di jalan raya serta bunyi hon yang tiada henti boleh memekakkan pendengaran dan mengakibatkan stres terutamanya di jalanraya yang sesak. Hal ini bertambah teruk dengan kewujudan kereta dan motosikal yang enjinnya telah diubahsuai supaya menjadi lebih bising dan mengganggu ketenteraman. Selain kenderaan di jalan raya, kenderaan seperti jet juga dapat menyebabkan pencemaran bunyi. Jet memerlukan enjin yang berkuasa tinggi untuk terbang di udara yang secara tidak langsung menghasilkan bunyi yang kuat. iii. Kawasan binaan dan Kuari Kerja-kerja pembangunan yang melibatkan kren, gerudi, cerucuk besi dan lain-lain dapat merosakkan suasana aman di sesuatu kawasan. Tambahan lagi jika ia merupakan kawasan kuari, bunyi kuat akan terhasil daripada bahan letupan yang digunakan untuk memecahkan bongkahbongkah batu yang besar iv. Aktiviti/Tabiat manusia Antara punca utama masalah pencemaran bunyi adalah sikap masyarakat. Sesetengah orang suka memasang radio, televisyen dan alat hiburan seperti karaoke dengan sangat kuat sehingga mengganggu ketenangan kawasan persekitaran. Ada juga segelintir masyarakat yang bercakap atau berbual dengan nada yang agak tinggi di khalayak ramai tanpa segan silu dan prihatin terhadap orang sekeliling.


i. Kawalan oleh manusia Pengurangan pencemaran bunyi dapat diusahakan oleh setiap individu kerana lapan puluh peratus daripada punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada manusia sendiri. Sebagai contoh, pengeluar kenderaan perlulah mengambil inisiatif untuk menghasilkan kenderaan yang mempunyai enjin yang lebih senyap dan mesra alam. Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cara mengawal bunyi atau suara terutama jika berada di kawasan yang dihuni oleh ramai orang supaya tidak mengganggu orang . ii. Penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Kerajaan terhadap sesiapa sahaja yang menyumbang ke arah pencemaran bunyi dapat membantu membendung fenomena ini daripada terus berleluasa. Sebagai contoh, kontraktor binaan dilarang untuk melakukan aktiviti binaan pada waktu-watu tertentu terutamanya waktu malam. Hal ini kerana waktu malam adalah waktu untuk berehat bagi masyarakat untuk menempuhi hari esok. Sekiranya terganggu, ia akan mempengaruhi produktiviti dan kesihatan tubuh badan. Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Bunyi


P ENU T U P Semua masyarakat perlu ambil berat berkenaan isu ini di mana ramai dari kalangan muda zaman sekarang memandang rendah tentang perkara ini sehinggakan ekosistem dan kehidupan sehari-harian menjadi terganggu akibat daripada isu ini.perkara ini perlu dibendung lebih awal lagi supaya pada zaman akan datang isu ini beransur pulih. 18


THANK YOU


Click to View FlipBook Version