KESIHATAN DAN PERPADUAN
NAMA KUMPULAN : SHOBAN A/L GANESAN 19DPM21F2069
JUVINDIRAN A/L VIJAYAN 19DPM21F2027
AMIR RUSYAIDI BIN MOHD JOHARI 19DPM21F2036
PERKARA YANG DIBINCANGANKAN
ISI KANDUNGAN MUKA
PENDAHULUAN SURAT
KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
PIRAMID MAKANAN
PERPADUAN PADA HARI INI
CABARAN MASYARAKAT
MENGEKALKAN PERPADUAN
KEPENTINGAN PERPADUAN
KESIHATAN & PERPADUAN
KESIMPULAN
PENDAHULUAN
Pada Era Globalisasi ini, kita sama sama dapat melihat apa itu kebesihatan
dan perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakay Malaysia kita pada Hari ini.
Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, hal ini dikatakan demikian kerana
permodenan di negara Malaysia sangat lah membangun dengan pesat.
Semua ini di sebabkan boleh rakyat Malaysia yang berfikiran terbukan dan
berlapang dada dalam penerimaan teknologi pada masa kini. Oleh itu kita
dapat lihat bahawasanya negara dan rakyat Malaysia sedang membangun
dan mengikut sejajar dengan arus Permodenan masa kini.
Walau bagaimanapun, kesannya sudah pastinya mendalam kepada
kesihatan dan perpaduan kepada seseorang itu. Hal ini dikatakan demikian
kerana sekirannya teknologi membangun kesan kepada kesihatan dan
perpaduan mempunyai dua perkara iaitu baik dan buruk. Contoh keburukan
kepada kesihatan ialah seseorang itu malas untuk bersenam dan melakukan
aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. Contoh kesan buruk dari segi
perpaduan sekiranya teknologi menguasai seseorang itu ialah hubungan
sesama mereka tidak dapat terjalin dengan mesra akibat teknologi.
Oleh itu, perkara ini telah dibincangkan dan di atur strategi bagi mengelakkan
perkaraa ini tidak terus berleluasa. Mari lah bersama sama cuba untuk
memahami apa yang cuba disampaikan dalam majalah ini.
KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga
supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan
setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan
sebaik mungkin. Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat
melakukan berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat
bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan
lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin
orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
Selain itu, apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar
dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang
mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan
kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita
seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.
Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta
benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan
aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat
kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit
kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat
kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat
melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.
Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga.
Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi
dengan baik dan berkualiti. Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan
yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional
apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang
kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang
sains dan teknologi.
PIRAMID MAKANAN
Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang
ramai. la menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara
harian. Idea piramid makanan ini telah bermula sejak lewat tahun 70-an dan
mula popular pada awal tahun 90-an. Ia dikeluarkan oleh US Department of
Agriculture (USDA). Dari semasa ke semasa, ia mengalami beberapa
perubahan tetapi secara umumnya, tiada perubahan besar yang berlaku pada
piramid makanan ini.
Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan.
Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang
yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis. makanan untuk memberikan zat
serta nutrisi yang cukup kepada badan. Disebabkan tiada satu pun jenis
makanan yang membekalkan semua jenis zat, gabungan makanan yang betul
diperlukan.
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan
dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
PERPADUAN PADA HARI INI
Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia pada mass kini tanpa mengira
perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan
keharmonian kaum dan agama kekal utuh. Pemegang Amanah Yayasan
Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perkara itu hanya boleh
dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh
.menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama
Berikutan itu, katanya, penting bagi semua rakyat yang sederhana dan
patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk Bangsa Malaysia
yang bersatu padu. "Kita mampu menggapai impian jika kita bersatu padu
selain mempunyai pelan jangka panjang yang baik serta berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Saya berharap kita dapat mempunyai lebih banyak
detik detik perpaduan seperti ini dan dapat mengekalkan semangat
patriotisme dan perpaduan yang sama dalam apa juga jenis sukan dan aktiviti
riadah yang lain. Kita perlu mengekalkan semangat perpaduan dan muhibah
dan patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31
Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini," katanya dalam satu
kenyataan di sini, hari ini
Lam Thye berkata, perkara itu perlu kerana perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya adalah cabaran terbesar
negara pada tahun mendatang. "Cabaran ini kunci utama kelangsungan hidup
kita sebagai sebuah negara. Amat dikesalkan jika ada sesiapa yang membuat
kenyataan panas dan provokatif yang boleh membawa kepada konflik dan
ketegangan serius yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian dan
perpaduan negara.
Sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi
kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan
menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang
akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. Apa yang Malaysia perlukan hari
ini bukan wira etnik tetapi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang
dapat membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati,
kedamaian dan keharmonian." katanya.
CABARAN DALAM PERPADUAN
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita
seyogiannya memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia
bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah
bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke
wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang kelapan iaitu YAB Tan
Sri Muhyiddin Yassin, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang
paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah'
bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat'. Persoalan yang
timbul, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan
perpaduan kaum di Negara Malaysia.
Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan
sistem pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan
menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya sekolah
tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina.
Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan
menyukarkan perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman
parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan
kaum dinegara ini. Contohnya Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa
Melayu/ Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh
bangsa India.
Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan kaum.
Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa
dilaman sosial. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.
Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum.
Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar
penjajahan British di Tanah Melayu. Contohnya, masyarakat Melayu bekerja
sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi
perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat
India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet.
KEPENTINGAN PERPADUAN
Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia kerana
kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan kaum yang berbilang-
bilang bangsa. Namun kini, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya
mengasimilasikan budaya masing-masing untuk membentuk masyarakat
Malaysia yang bersatu teguh dan bersatu hati persis peribahasa bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Namun persoalannya,
apakah kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat?
Salah satu kepentingan perpaduan kaum adalah bagi menjamin keamanan
negara. Jika kaum-kaum tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara
satu sama lain, persengketaan akan dapat dicetuskan dengan mudahnya.
Keadaan ini akan menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat
yang berpecah belah dan akan tercetuslah pertengkaran-pertengkaran yang
menggugat keamanan negara. Tegasnya,, perpaduan kaum adalah penting
untuk mengekalkan keamanan negara agar kemerdekaan negara kita dapat
dikekalkan.
Akhir sekali, imej negara akan dapat ditingkatkan melalui perpaduan kaum.
Kita boleh lihat sendiri sikap toleransi dan hormati-menghormati yang
dicerminkan oleh masyarakat kita apabila menyambut perayaan kaum
masing-masing. Contohnya, kaum Melayu menghormati perayaan Tahun
Baru Cina yang diadakan, malahan turut ikut serta memeriahkan perayaan
tersebut dan berkongsi euforia momen-momen terindah bersama.
KESIHATAN DAN PERPADUAN
Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus
memperkukuh perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh
kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan
Sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama lain. Hal ini dapat memupuk
kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun berlainan agama
budaya dan asal usul. Sebagai contoh perkara yang boleh menyebabkan
kesihatan dan perpaduan. itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong.
Ketika aktiviti gotong royong dilaksanakan sudah semestinya badan. kita akan
mengeluarkan peluh yang membolehkan tubuh badan kita terus kekal cergas.
Sudah semestinya sikap tolong menolong akan hadir sewaktu aktiviti gotong
royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dalam sesebuah masyarakat
maka perpaduan akan terjalin.
Seterusnya, sudah semestinya kita dapat meningkatkan kesihatan dan
perpadauan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
kepada masyarakat Malaysia. Sebagai contoh aktiviti yang boleh dianjurkan
oleh kerajaan kepada masyarakat adalah aktiviti sukan negara. Hari Sukan
Negara merupakan hari yang paling di tunggu tunggu oleh masyarakat
Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang diajurkan oleh
kerajaan sangat lah menyeronokkan dan bermanfaat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita haruslah menyemaikan semangat cinta akan negara dan
bangsa terlebih dahulu. Hal ini kerana sesungguhnya kesihatan dan
perpaduan datangnya dari masyarakat yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi kepada negara dan diri meraka sendiri.
Seterusnya kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri.
Kita seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita sendiri supaya
matlamat hidup tidak terpesong.
Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling kita
supaya masalah yang timbun mampu diselesaikan dengan selamat dan
berjaya. Disamping itu, kita sewajarnya menanam perasaan yang amat
mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk mencintai ilmu yang ingin dimiliki di
dunia mahu pun di akhirat. Akhir sekali, kita mesti lah perpegang tegus
kepada ajaran agama masing masing. Hal ini dikatakan demikian kerana kita
cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali lagi.
SUMBER RUJUKAN
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
• http://tipsbijakkesihatan.blogspot.com/2011/07/definisi-kesihatan.html?m=1
• https://haziqahhannis17.blogspot.com/?m=
• https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html
• https://pepdmh1ak8.blogspot.com/2020/09/efolio-etika-dan-peradaban-
kesihatan.html?m=1
• http://online.anyflip.com/iifxg/cbkj/mobile/index.html