The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEONNA DAIL, 2023-09-08 01:45:19

BUKU PROGRAM MAC SEMEKAR 2023

MAC Ke-23

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t Yang Berusaha Pn. Nuridah binti Amit, Pengetua SMKA Mohamad Ali, Yang berusaha En. Zulkiflee bin Gakau, Penolong Kanan 1, Yang Berusaha Pn. Norhayati binti Ibrahim, Penolong Kanan HEM, Yang Berusaha Pn. Windralela Wainin, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Berusaha Pn. Asiah binti Ahamd, Penolong Kanan Tingkatan 6, Yang dihormati YDP PIBG dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG, para guru, ibu bapa serta muridmurid SMKA Mohamad Ali yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali kerana sudi mengundang saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengelola yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para pelajar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan. Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 1


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah. Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu meningkatkan pencapaian murid bukan sahaja dalam pencapaian kurikulum malah seimbang dengan pencapaian dalam kokurikulum juga. Mudah-mudahan dengan gabungan kerjasama mantap yang terjalin satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon penerima Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Teruslah berusaha dan berjuang untuk melakar kejayaan supaya menjadi generasi yang dapat berbakti kepada negara kita. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat melaksanakan majlis yang sangat bermakna ini dengan jayanya. Dengan lafaz bismillahirahmannirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMKA Mohamad Ali untuk tahun 2023. ROSLAN BIN DIMING Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 2


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t Selamat pagi dan dalam sejahtera. Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis, yang berbahagia Ustaz Roslan Bin Diming Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Yang Dihormati YPD PIBG serta ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan guru-guru Penolong Kanan, guruguru, seterusnya ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Izinkan saya untuk melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan kasihNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan majlis anugerah cemerlang bagi sesi 2022. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa pelaksana majlis kita pada hari ini yang diketuai oleh Ketua Bidang Kemanusiaan sehinggakan majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur. Para hadirin yang dihormati sekalian, Pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Jika pada kesempatan ini, saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada pelajar-pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang telah menjadi tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka. Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan, tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama adalah kejayaan terletak pada diri para pelajar itu sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 3


Hadirin sekalian, Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar kecemerlangan yang telah dicapai oleh para penerima akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar untuk mempertingkatkan lebih lagi mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM tahun 2022 dan murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik pada tahun 2023. Calon-calon STPM dan SPM tahun 2022 jadikan hari yang bermakna ini sebagai titik permulaan pembakar semangat untuk terus berjuang mencapai kejayaan pada masa hadapan. . Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang. Saya juga yakin dan percaya bahawa pelajar-pelajar yang ada dalam dewan pada hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan negara. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga kepada semua warga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang SMKA Mohamad Ali pada hari ini. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun: Anak semilang di tapak tangan, Tertusuk duri bisanya terasa, Jika kejayaan menjadi harapan, Jangan sekali berputus asa Sekian dan terima kasih. NURIDAH BINTI AMIT Pengetua SMK Agama Mohamad Ali, Ranau. Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 4


07:30AM : Pendaftaran Ibu bapa dan pelajar 08:30AM : Ketibaan Perasmi 09:00AM : Asmaul Husna : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku 09:10AM : Bacaan Doa : Persembahan (Bacaan Al-Quran) 09:20AM : Ucapan Pengetua (Hjh. Nuridah binti Amit) 09:30AM 09:40AM 09:45AM 11:35AM 11.40AM 11:50AM : Ucapan Perasmian (Ustaz Roslan bin Diming) Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam : Gimik : Penyampaian Anugerah : Penyampaian Cenderamata kepada pihak perasmi : Persembahan (Bicara Berirama) : Sesi Bergambar 12:00PM : Majlis dijangka selesai 12:30PM : Jamuan dan Bersurai Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 5


Pengerusi : Hjh Nuridah bte Amit N. Pengerusi 1 : En. Zulkiflee Gakau N. Pengerusi 2 : Ustazah Norhayati Ibrahim N. Pengerusi 3 : Pn. Windralela Wainin N. Pengerusi 4 : Pn. Asiah Ahmad Pengarah / Floor Manager Timb. Pengarah : En. Masilin Medusin Pn. Floridah Dirin Setiausaha : Pn. Nurul Emmie binti Ramli N. Setiausaha : Pn. Nurizan binti Rosli Bendahari : Pn. Maya Natasha binti Md. Nasir Sambutan VIP/Protokol : Semua Pentadbir Kompang : Ustaz Mohd Zaid Ali (K) Ustaz Ahadin bin Zainal Jemputan & Permohonan Sumbangan : Pn. Nurul Emmie binti Ramli (K) Pn. Nurizan Rosli Tajaan : En. Zaaba Bin Md Som (K) Cik Nur Hemizah bt IKI @ Sahidin Pn. Marziah binti Hamid Pengacara Majlis : Pn. Noraimeh Karim (K) Ustazah Nooraisah binti Samadi En. Dhaifullah bin Nasir Bacaan Doa : Ustaz Mohd Azihan bin Mat Lazit Gimik Pelancaran : En. Muhammad Sam Aswad bin Basri Persiapan Tempat (Sebelum Majlis) : Ustaz Abdul Basit Rustamin (K) En. Raymond G.@ Azhar Abdullah Murid pembantu Pelajar 3AD Mengemas Dewan (Selepas Majlis) : En. Muhammad Shafiq bin Md Asri (K) En. Ismail Jusoh Murid pembantu Pelajar 3TZ Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 6


Hiasan Pentas/ Dewan : Pn. Nurul Fadilah Ihsan (K) Cik Halimah Tulhana binti Jahumin Pn. Rosyati Atikah Murid pembantu Pelajar 3MU & PRS Backdrop dan Banner : En. Samsul Juwait (K) En. Mohd Dienor bin Moktar Murid pembantu Pelajar 2TZ PA Sistem : Ustaz Nawawi Tajuddin (K) Ustaz Azidi Bakar Powerpoint Penerima Anugerah : En. Fairuz Ghazali (K) En. Zulisyraf Zulkiflee Fotografi : Pn. Floridah Dirin (K) Ustaz Md Haziq bin Md Hasbi Teks Ucapan Tetamu VIP/Pengetua : En. Samsol Dusif Cenderamata dan Hadiah : Ustazah Nurul Safwanah binti Samoen (K) Cik Raja Nor Farahana binti Raja Salleh Pn. Fidtri Lahasing Murid pembantu Sijil : Cik Susyeltah Osman (K) Pn. Nurazzriena binti Rosli Pn. Syaheedah Jusili Murid pembantu Pendaftaran Ibu Bapa/guru/penerima anugerah : Ustazah Suziah Paumat (K) Pn. Haryani Jamli Murid pembantu Pelajar Tingkatan 6 rendah Buku Program (digital) : Cik Nur Athirah Fatin Jaudin (K) Pn. Leonna Dail Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 7


Persembahan Murid : Ustazah Sabariah Rasiman (K) Jamuan : Pn. Roheyah Nesiri (K) Pn. Sakinah Abdullah Pn. Suryantih Ramlee Pn. Aridah Riman Murid pembantu Pengurus Penerima Anugerah : Pn. Suzanna Magalai (K) En. Suhairul Hablee Panel Pemilihan Penerima Anugerah 1. Pemilihan Anugerah Kurikulum STPM 2022 2. Pemilihan Anugerah Kurikulum SPM 2022 3. Pemilihan Anugerah Kurikulum PSAP 2022 : En. Husin Sani En. Mohd Hisam Yong Cik Nurul Asmah binti Mahmud (MA) Cik Ima Idayu binti Mat Harun (MR) Photobooth : Pn. Hafsah Francis (K) Cik Nurul Asmah binti Mahmud Pelajar Tingkatan 6 Rendah Peminjaman & Pemulangan Jubah : Cik Syazwani Mat Ripin (K) Cik Ima Idayu binti Mat Harun Pn. Juhara Jahumin Kawalan Disiplin : En. Muham Abd Wahid (K) En. Mohd Hisam Yong Murid pembantu Parking : En. Faizwan Salleh (K) En. Husin Sani Staf Kawalan Keselamatan Kecemasan : En. Sapran Osman (K) En. Awang Raphael Pn. Amalinah Samidin Kebersihan : Pn. Nurul Ain binti Mustadim (K) Pn. Noorshila Buyin Dokumentasi : Pn. Nurul Emmie Ramli (K) Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 8


BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. FATHIAH ZAYANI BINTI FAIRUZI 1 1NS 2. NURKASIH ERIEZHA BINTI ROSLAN 2 1MU 3. ADRIANA FARIESYAH BINTI HEREWAN SHAH 3 1MU BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. IZZWANIE IRNADHIRAH BINTI JUMADI 1 2MU 2. NUR AWADAH BINTI JAUDI 2 2MU 3. SITI NOR FATEHAH BINTI USMAN 3 2MU BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. ISMA NUR AISYAH BINTI JOHN @ ALHAFIEZ 1 3MU 2. IDHNA BINTI RABLY 2 3MU 3. ERYNA SYAFRINA BINTI HAMADIN 3 3MU TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 9


BIL NAMA MATAPELAJARAN KELAS 1. FATHIAH ZAYANI BINTI FAIRUZI BAHASA MELAYU BAHASA ARAB SAINS PENDIDIKAN SENI VISUAL SEJARAH REKABENTUK TEKNOLOGI 1NS 2. EISYATUL HANAN BINTI AFZAL MATEMATIK PENDIDIKAN ISLAM GEOGRAFI 1MU 3. MOHAMMAD ZAWAWIE BIN MOHD ZAILIE BAHASA INGGERIS 1TZ 4. NUR KASIH ERIEZHA BINTI ROSLAN SAINS KOMPUTER 1MU 5. AIRIS YASMEEN BINTI PAJIRI @ MD FAZIRY PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1NS TINGKATAN 1 Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 10


BIL NAMA MATAPELAJARAN KELAS 1. IZZWANIE IRNADHIRA BINTI JUMADI MATEMATIK SAINS 2MU 2. NUR AWADAH BINTI JAUDI BAHASA MELAYU SEJARAH ASAS SAINS KOMPUTER 2MU 3. ADRISYA KHAIRANI BINTI ABD JAKILIN BAHASA ARAB PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2NS 4. JESRAH NURAZDRIANA BINTI JULAIMAN BAHASA INGGERIS 2MU 5. NUR QISTINA BINTI GINUS GEOGRAFI 2NS 6. ALISHA AZZAHRA BINTI SHAMSUL @ SHAMSON PENDIDIKAN ISLAM 2MU 7. SOFIYAH UMAYRA BINTI JOSEPH REKABENTUK TEKNOLOGI 2NS 8. NASYWAH HANA BINTI HASIN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2MU TINGKATAN 2 Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 11


BIL NAMA MATAPELAJARAN KELAS 1. ISMA NUR AISYAH BINTI JOHN @ AL-HAFIEZ PENDIDIKAN ISLAM 3MU 2. IDHNA BINTI RABLY BAHASA INGGERIS BAHASA ARAB 3MU 3. ERYNA SYAFRINA BINTI HAMADIN GEOGRAFI 3MU 4. IZYAN IZZATI BINTI ZAMRI BAHASA MELAYU 3MU 5. IRIESYA FARHANA BINTI FAUZI SAINS 3MU 6. MOHAMMAD NABIL QIWAMUDDIN BIN HAMDY MATEMATIK 3TZ 7. MUHAMMAD HAZMI BIN HANAFIAH SEJARAH 3AD 8. NAJIHAH BINTI SUHAIPIN REKABENTUK TEKNOLOGI 3MU 9. NUR AMNI NABIHAH BINTI ZAINI PENDIDIKAN SENI VISUAL 3MU 10. NUR IZZATUZ ZAFRYNA BINTI JAIDIN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 3MU 11. NUR QISTINA AFIYAH BINTI MOHD RAZI ASAS SAINS KOMPUTER 3MU TINGKATAN 3 Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 12


BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. NUR ANNISA BINTI SUHIM @ SUHILI 1 4A 2A- 2B+ 2B 1C 4MU 2. WARDATI NAJIHAH BINTI RAYMOND 2 2A 4A- 2B 1C+ 1C 4MU 3. ZAWANAH KAMILA 3 5A- 3B+ 2C+ 4MU TINGKATAN 4 (ALIRAN KEMANUSIAAN) BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. AUNI ATHIRAH 1 2A 4A- 1B+ 2B 4TZ 2. NUR ASMA ULHUSNA BINTI ABD RAHMAN 2 2A 4A- 3B 1C 4TZ 3. NUR FAZIRAH ROZIQIN 3 3A 1A- 1B+ 1B 3C+ 4NS TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS TULEN) Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 13


BIL NAMA MATAPELAJARAN KELAS 1. NUR ANNISA BINTI SUHIM @ SUHILI BAHASA MELAYU PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH KIMIA FIZIK MATEMATIK TAMBAHAN 4MU 2. WARDATI NAJIHAH BINTI RAYMOND BIOLOGI 4MU 3. NUR ASMA ULHUSNA BINTI ABD RAHMAN EKONOMI 4TZ 4. NURFAZIRAH ROZIQIN PERNIAGAAN 4NS 5. ADAM DANISH BIN KADIR BAHASA INGGERIS MATEMATIK 4MU 6. NUR SYAZATUL NABILA BINTI SAHRUL BAHASA ARAB 4NS 7. ADRIANA FARISHA BINTI ABDUL FATAH SEJARAH 4MU 8. NICO NIOREAY BIN HAININ SAINS 4TZ 9. NUR NAJLATUL SOLEHAH BINTI SAHIRUN PENDIDIKAN AL-QURAN SUNNAH 4MU 11. NUR NISRINA ANEZSA GEOGRAFI 4AD 12. NUR SHAIRA BINTI SHAIRI SAINS KOMPUTER 4NS TINGKATAN 4 Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 14


BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. AFRINA BINTI SAIFUDDIN 1 1A+ 7A 1A- 1B 5MU 2. KHAIDATUL NISA BINTI MOHD HAIRI 2 1A+ 5A 2A- 2B+ 1B 5MU 3. IZZUREEN IRNAZURA BINTI JUMADI 3 3A 4A- 1B+ 1B 1C 5MU TINGKATAN 5 (ALIRAN KEMANUSIAAN) BIL NAMA KEDUDUKAN KELAS 1. SITI FATIMAH BINTI USMAN 1 3A+ 4A 1A- 1B+ 5TZ 2. NUR ALIYAH BINTI OSMAN 2 4A 5A5TZ 3. SITI NORHARNYANIE BINTI SYALIN 3 1A+ 1A 5A- 2B+ 5AD TINGKATAN 5 (ALIRAN SAINS TULEN) Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 15


BIL NAMA MATAPELAJARAN KELAS 1. AFRINA BINTI SAIFUDDIN BAHASA MELAYU SEJARAH BIOLOGI KIMIA 5MU 2. KHAIDATUL NISA BINTI MOHD HAIRI BAHASA INGGERIS MATEMATIK FIZIK MATEMATIK TAMBAHAN 5MU 3. SITI FATIMAH BINTI USMAN BAHASA ARAB PENDIDIKAN AL-QURAN ASSUNNAH EKONOMI 5TZ 4. SITI NORHARNYANIE BINTI SYALIN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH GEOGRAFI 5AD 5. AHMAD FAYYADH BIN JAMAL SAINS KOMPUTER 5NS 6. HAZIQAH NURSYAADAH BINTI ZAKIRI SAINS 5TZ 7. NURUL SHARMILA AMNI BINTI AL-AZIZIAN PERNIAGAAN 5NS TINGKATAN 5 Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 16


BIL NAMA KEPUTUSAN 1. MUHAMAMD DANIAL BIN SANOMAN 3A+ 2A 5A- 1B 2. IQKAH SYAFIRAH BINTI SABRY 5A+ 4A 1A- 1C 3. NUR IMAN SOFEA BINTI MAHASALMASRI 6A+ 3A 4. NOR SYIERA 1A+ 3A 5A- 1B+ 1C+ 5. SYAH AMIRAH BINTI SAHILIN 1A+ 3A 5A- 1B+ 1C+ 6. DWI SHAZLINA BINTI ARMON 2A+ 7A 7. NUR FAZILAH BINTI SHARUDDIN 2A+ 5A 2A8. SARAH ZALINA BINTI TEDDY 5A 3A- 1B+ 9. NINA NATASHYA BINTI HAININ 2A+ 3A 2A- 1B+ 1C Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 17


BIL NAMA MATAPELAJARAN 1. MUHAMAMD DANIAL BIN SANOMAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 2. IQKAH SYAFIRAH BINTI SABRY BAHASA INGGERIS FIZIK BIOLOGI PENDIDIKAN AL-QURAN AS-SUNNAH 3. NUR IMAN SOFEA BINTI MAHASALMASRI BAHASA MELAYU SEJARAH EKONOMI 4. NOR SYIERA MATEMATIK MATEMATIK TAMBAHAN 5. SYAH AMIRAH BINTI SAHILIN KIMIA 6. DWI SHAZLINA BINTI ARMON BAHASA ARAB GEOGRAFI 7. NUR FAZILAH BINTI SHARUDDIN PERNIAGAAN 8. NUR FARIZA BINTI KASININ SAINS Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 18


BIL NAMA KEPUTUSAN KELAS 1. AFZA BINTI SAIFUDDIN 3.83 6 AM 2. INSYIRAH ATMA BINTI JAIMIS 3.83 6 AM BIL NAMA MATAPELAJARAN KELAS 1. AFZA BINTI SAIFUDDIN USULUDDIN BAHASA ARAB 6 AM 2. INSYIRAH ATMA BINTI JAIMIS SYARIAH 6 AM 3. EMMYSHA AZZARINAH PENGAJIAN AM 6 AM 4. SAIF ADAM HAIKAL BAHASA MELAYU 6 AM 5. HAIQAL ALIEF BIN OSMAN SEJARAH 6 AH Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 19


BIL NAMA KEPUTUSAN 1. SAHIRA BINTI RABLY 3.84 2. NUR IZZATI BINTI JUNAIDI 3.75 3. AFZA MUNYATI BINTI JAHIDI @ JUMAIDI 3.67 4. NURUL SHAFIQAH BINTI SYAHAR 3.67 5. NUR AFIQAH BINTI JASUMIN @ JASMIN 3.59 6. NUR SYAFIQAH BINTI KARIM 3.59 BIL NAMA KEPUTUSAN 1. SAHIRA BINTI RABLY BAHASA ARAB 2. NUR IZZATI BINTI JUNAIDI PENGAJIAN AM 3. AFZA MUNYATI BINTI JAHIDI @ JUMAIDI BAHASA MELAYU 4. NURUL SHAFIQAH BINTI SYAHAR USULUDDIN 5. SYAHNIZAH BINTI TEDDY SYARIAH 6. NURUL JAMIAH HAMI BINTI RAIDI @ MUSLAN SEJARAH Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 20


BIL NAMA PENINGKATAN 1. WINDRALELA BINTI WAININ BIOLOGI (0.26) BIL NAMA PENINGKATAN 1. RAYMOND GOBONGOH BAHASA MELAYU (0.69) 2. NOORAISAH BINTI SAMADI SYARIAH (0.27) 3. MOHD ZAID BIN ALI @ ZAKARIA BAHASA ARAB (0.27) 4. STELLAH @ HAFSAH BINTI FRANCIS PENGAJIAN AM (0.15) Majlis Anugerah Cemerlang Ke-33 21


Click to View FlipBook Version