DOKUMENTASI
PENGENALAN Dalam usaha menjana kecemerlangan berterusan pelajarpelajar SK MUTIARA PERDANA, sokongan padu dan pemahaman jitu ibubapa dan waris tentang perkembangan pendidikan anak-anak mereka amatlah penting. Perbincangan dari hati ke hati antara pihak sekolah dengan pihak ibubapa perlu bagi merapatkan hubungan disamping mencapai kata sepakat demi kemajuan akademik serta meningkatkan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga akan mendapat input serta gambaran yang jelas tentang program-program yang dirancang oleh pihak sekolah demi memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. Majlis Anugerah Cemerlang SKMP menjadi wahana penting untuk menjayakan misi, disamping melengkapkan pakej akademik yang dihadapi oleh setiap pelajar setiap tahun.
MATLAMAT Memberi penghargaan dan menyuntik semangat murid-murid SK. Mutiara Perdana agar terus cemerlang dalam semua bidang. OBJEKTIF ▪ Memberi penghargaan kepada pelajar di atas usaha yang telah mereka lakukan disepanjang tahun 2023/2024 di dalam bidang akademik. ▪ Memberi peluang kepada pelajar untuk menampilkan bakat masing-masing. ▪ Memupuk sikap positif dan berdaya saing di kalangan pelajar di dalam mencapai kejayaan di dalam pelajaran masing-masing. ▪ Memberi gambaran kepada ibubapa hasil yang diperolehi oleh anak mereka di dalam bidang pelajaran sekiranya mereka mempunyai usaha untuk meningkatkan diri.
PENGANJUR & PELAKSANAAN Penganjur : Unit Kurikulum SK. Mutiara Perdana Pelaksanaan : TARIKH : 10 November 2023 MASA : 0830 PAGI – 1130 TENGAH HARI LOKASI : DEWAN SK. MUTIARA PERDANA SASARAN Semua murid cemerlang akademik Pra Sekolah dan Tahun 1 hingga Tahun 6 SK. Mutiara Perdana
KESIMPULAN Alhamdulillah, sebagai kesimpulannya majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semua persembahan yang disajikan semasa majlis tersebut amat menarik hati. Semoga majlis ini dapat memupuk kerjasama daripada semua pihak. Adalah diharapkan di sepanjang majlis ini diadakan, ia dapat memberi dorongan kepada pelajar untuk memajukan diri masingmasing untuk berjaya pada masa depan. Semoga memori indah menerima penghargaan dari pihak sekolah dan ibubapa atas usaha mereka dapat memberi motivasi kepada pelajar lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih, sekalung budi.
Pengerusi : Dalia binti Johari (Guru Besar) Naib Pengerusi : Mohd Fadzli Hanis bin Mohd Pauzi (PK Pentadbiran) Asrul Niza bin Mohd Sarayany (PK Hal Ehwal Murid) Rohani binti Mohd Hanifah (PK Kokurikulum) Norzipah bt Karim (PK Petang) Pengarah Program Koordinator Program : : Azawati binti Mansor Mohd Hanif bin Rusli
Jawatankuasa Nama Jawatankuasa Bidang Tugas Pengacara Majlis Hanif bin Ab Rahman (K) Zaihasra binti Zainul Rashid ✓ Mendapatkan buku program dari JK Buku Program ✓ Mendapatkan maklumat tentang tokoh murid, tokoh kerohanian dan tokoh kokurikulum daripada JK Tokoh Murid ✓ Menyediakan teks ucapan untuk kelancaran majlis ✓ Menyediakan dan menghias meja pengacara ✓ Mendapatkan senarai nama penerima hadiah dan sijil yang hadir daripada JK Pegurus Penerima Hadiah dan Sijil pada hari kejadian. ✓ Mengacarakan majlis Bacaan Doa Abdul Aziz bin Zuber ✓ Membaca doa di awal majlis. Penyelaras Protokol/Acara Mohd Hanif bin Rusli ✓ Memastikan perjalanan dan pengurusan protokol majlis berada dalam keadaan yang sepatutnya. ✓ Memastikan perjalanan acara majlis berjalan seperti yang dirancang. ✓ Memaklumkan kepada pengacara tentang VVIP dan VIP yang hadir pada hari tersebut ✓ Sentiasa berurusan dengan pengacara untuk maklumat terkini.
Buku Program Norhaida binti Ahmed (K) Jeganeswary a/p Ramayah Nor Afifah binti Yahya ✓ Mendapatkan semua senarai nama penerima sijil dan hadiah daripada JK Senarai Penerima Hadiah dan Sijil ✓ Mendapatkan aturcara majlis yang akan dimasukkan ke dalam buku program daripada pengarah program ✓ Menyediakan buku program, mencetak dan membukukannya selepas disemak oleh PK Pentadbiran dan Guru Besar ✓ Menyerahkan buku program kepada JK Penyambut Tetamu ✓ Menyediakan dan menyerahkan buku program digital kepada JK Pendaftaran Penyambut Tetamu (VVIP dan VIP) Zuzalee bin Ariffin @Abu Bakar (K) Mohamad Ridzuan bin AbidinMohd Janet Pramela a/p Balakrishnan ✓ Membuat persiapan untuk menyambut tetamu dengan paluan kompang, karpet merah, bunga manggar dan sebagainya. ✓ Menguruskan acara menyambut VVIP dan VIP (persembahan silat) ✓ Melatih murid kompang untuk acara sambutan ✓ Menyerahkan buku program kepada VVIP pada acara sambutan. ✓ Menyerahkan buku program kepada VIP semasa di dewan ✓ Menyerahkan JK Jamuan senarai murid terlibat untuk acara sambutan bagi edaran makanan dan minuman.
Senarai Penerima Hadiah dan Sijil Afzan binti Hamdan (K) Balachandran a/l Vellasamy Abdul Aziz bin Zuber Siti Aishah binti Isa ✓ Menyediakan senarai penerima hadiah dan sijil ✓ Menaip dan menyerahkan dalam bentuk softcopy dan hardcopy senarai nama penerima hadiah dan sijil kepada JK Hadiah Dan Sijil JK Pengurus Penerima Hadiah dan Sijil JK Buku Program JK Pendaftaran Penerima Hadiah dan Sijil JK Jemputan Hadiah dan Sijil Nurul Anisah binti Jaapar (K) (Mata Pelajaran Terbaik) Siti Khadijah binti Mat Junos (Tahun 6) Rafidah binti Redzuan (Tahun 5) Umi Natrah binti Abdul Wahab (Tahun 4) Nurul Fitrah binti Ahmad (Tahun 3) Nor Haniza binti Mohamad (Tahun 2) Nurul Nabila binti Shari (Tahun 1) Kamalia binti. Mat Shamsudin (Pra Sekolah) Nur Nabila binti Ahmad Fadzli (Tokoh Murid) ✓ Mendapatkan senarai nama penerima hadiah dan sijil daripad JK Senarai Penerima Hadiah dan Sijil ✓ Menyediakan sijil dan menentukan bilangan hadiah/sijil yang diperlukan mencukupi. ✓ Berbincang dengan JK Pengurus Penerima Hadiah dan JK Pengacara Majlis tentang susun atur penerima hadiah dan sijil ✓ Menguruskan hadiah (buku) yang terdapat di bilik Guru Besar untuk diberikan bersama plak dan sijil kepada penerima hadiah. ✓ Menyenarai dan menyusun hadiah mengikut kategori. ✓ Menyediakan dulang dan alas dulang ✓ Menyedia dan menghias meja hadiah. ✓ Mengiringi penyampai hadiah/sijil di pentas.
Pengurus Penerima Hadiah dan Sijil Nooraidah binti Saratin (K) Nur Zatil Ismah binti Saribudin Ahmad Haaziq bin Ahmad Zahiri Nor Amalina binti Shafie Krishnavalli a/p Krishna ✓ Mendapatkan senarai nama penerima hadiah daripada JK Senarai Penerima Hadiah dan Sijil ✓ Mempamerkan senarai nama murid yang akan menerima sijil dan hadiah (kecuali tokoh murid) di papan kenyataan Kurikulum ✓ Membuat pengumuman, memanggil, mengumpul dan memberi taklimat kepada semua penerima berhubung tarikh, masa, tempat majlis dan raptai yang akan diadakan. ✓ Memaklumkan kepada penerima hadiah tentang pendaftaran kehadiran dan pengambilan makanan. ✓ Memaklumkan penerima hadiah tentang perjalanan majlis, pakaian, kesopanan tingkah laku, tatacara dan pergerakan mereka semasa menerima hadiah dan sijil di pentas. ✓ Menentukan tempat menunggu penerima hadiah mengikut kategori (kelas-kelas tahun 1) ✓ Berbincang dengan JK Hadiah/Sijil dan JK Pengacara Majlis tentang susun atur penerima hadiah dan sijil ✓ Memaklumkan tentang kehadiran terkini penerima hadiah kepada JK Hadiah/Sijil dan JK Pengacara Majlis. ✓ Menyerahkan JK Jamuan senarai penerima hadiah untuk edaran makanan dan minuman (seorang murid satu bungkus makanan)
Jemputan Nursyahira binti Zulkarnain (K) Noorzamimy binti Nordin Nur Marni Binti Che Saad ✓ Mendapatkan senarai penerima hadiah dan sijil daripada JK Senarai Penerima Hadiah dan Sijil ✓ Membuat dan mengedarkan surat jemputan kepada AJK PIBG dan ibu bapa (penerima anugerah) ✓ Mendapatkan maklum balas kehadiran tetamu ✓ Menyediakan poster digital pemberitahuan tentang Majlis Anugerah Cemerlang ✓ Membuat surat makluman tentang raptai penuh pada 8 November 2023 (Rabu) kepada penerima hadiah dan sijil Tahap 1 Persiapan Pentas dan Backdrop Nurul Izzati binti Noor Azlan (K) Asmat Syafiqah binti Faudzi Zarina binti Abdul Aziz Mohd Norhaizan bin Abd Rahim Badiuzzaman bin Abdul Halim Wan Nasri bin Wan Zainuddin ✓ Berbincang dengan PK Pentadbiran tentang layout bersesuaian untuk hiasan pentas dan backdrop (banner). ✓ Menyediakan pentas dengan hiasan, dekorasi, banner serta tema yang bersesuaian dan menarik. ✓ Memastikan pentas berada dalam keadaan bersih dan teratur. ✓ Mengemas pentas selepas majlis berlangsung.
Persiapan Tempat (Dewan) Mahmad Khudri bin Saedun (K) Noorfaiza binti Saleh Noor Zuraidah Binti Muhammad Izani Mahayudin bin Abd Aziz Murid ✓ Berbincang dengan PK Pentadbiran tentang pelan kedudukan dewan. ✓ Menyedia dan menyusun kerusi/sofa VVIP, VIP, tetamu dan ibubapa. ✓ Menyediakan keperluan mengikut permintaan JK Hadiah, JK Pengacara Majlis, JK Siaraya dan dll. ✓ Menghias meja tetamu terhormat dengan air mineral, gelas, alas meja, bunga meja dan lain-lain mengikut kesesuaian. ✓ Meletakkan karpet merah di laluan VVIP dan VIP. ✓ Meletakkan pintu gerbang di laluan masuk dewan ✓ Memastikan kebersihan dewan terjaga. ✓ Mengemas kembali dewan selepas majlis. Siaraya Ahmad Nadzri bin Musa (K) Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid ✓ Memastikan alatan siaraya dipasang, mencukupi, berfungsi dan berjalan lancar sebelum dan semasa majlis berlangsung dan juga semasa raptai. ✓ Mengawal sistem siaraya sepanjang majlis. ✓ Bekerjasama dengan JK Persembahan dan JK Pengacara Majlis ✓ Memasang muzik yang bersesuaian dengan majlis dan semasa penyampaian anugerah. ✓ Menyediakan dan memasang LCD untuk tayangan montaj (gimik perasmian) dan tokoh murid. ✓ Memastikan penayangan LCD berjalan dengan lancar ✓ Mengemas semula alatan siaraya yang telah digunakan selepas majlis.
Jurugambar/ Video Mohd Azizi bin Mat Arshad @ Hashim (K) Mohd Ihsan bin Faharol Razi Vishveni a/p Elagamuram Nurul Huda binti Mohd Faudzi ✓ Menyediakan montaj berkaitan kejayaan sekolah untuk tayangan para tetamu (gimik perasmian) ✓ Mengambil video dan gambar menarik sepanjang program. ✓ Menyerahkan gambar dan video yang telah disunting kepada PK Pentadbiran Jamuan Salmah binti Abd Manap (K) Zurina binti Ahmad Zabidi Sailah binti Mohd Shariff Kaithirie a/p Pandirsilvom ✓ Menyediakan jamuan untuk tetamu jemputan VVIP dan VIP, ibubapa, guru dan murid. ✓ Menyediakan meja makan untuk tetamu jemputan VVIP dan VIP ✓ Mengedarkan makanan kepada ibu bapa, guru dan murid ✓ Murid terdiri daripada -Penerima hadiah dan sijil -Murid yang terlibat dengan persembahan -Murid yang terlibat dengan acara sambutan tetamu jemputan VVIP dan VIP ✓ Mengemas meja jamuan tetamu jemputan VVIP dan VIP
Tokoh Murid Tokoh Murid (L) dan (P) Nur Masyitah binti Mohd Zukhe Renuga a /p Shanmugam Tokoh Kerohanian Aida Shazeela binti Samsuddin Shalani a/p Rasa Singam Tokoh Kokurikulum Mohamad Rezza bin Md Akhir Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid ✓ Mengenalpasti tokoh-tokoh murid bagi unit masing-masing melalui pencapaian yang dicapai dan undian daripada guru-guru. ✓ Membuat perbincangan kecil untuk penyeragaman slaid pembentangan ✓ Menyediakan slaid powerpoint berkenaan tokoh tersebut untuk ditayangkan pada Majlis Anugerah Cemerlang. ✓ Menyediakan hadiah buku, selepang dan bouquet kepada tokoh ✓ Pendaftaran Tetamu Siti Jamilah binti Mat Isa (K) Azlita binti Mohd Abu Samah Nur Syuhadah binti Rashid ✓ Menyediakan meja pendaftaran yang mencukupi ✓ Menyediakan alas dan menghias meja pendaftaran (berada dalam kedaaan kemas) ✓ Menyediakan dan mengedarkan QR Code (kehadiran dan buku program) kepada hadirin. ✓ Memastikan VIP dan YDP menandatangani buku pelawat ✓ Menyerahkan senarai kehadiran kepada kepada JK Dokumentasi untuk pelaporan
Pendaftaran Penerima Hadiah dan Sijil Siti Fatimah Binti Ab Rahim (K) Siti Nor Hanim binti Rasulin ✓ Menyediakan borang kehadiran penerima hadiah dan sijil dan mengambil kehadiran mereka ✓ Memotong nama murid yang tidak hadir ✓ Memaklumkan kehadiran terkini kepada JK Pengurus Penerima Hadiah dan Sijil, Persembahan dan kompang Haryany binti Hamda (K) Solihah binti Mohd Saad Rumaizah binti Ali Shazzana Afiqah binti Shamsul Muhammad Marwan bin Mahadzir Siti Nor Hanim binti Rasulin ✓ Melatih koir sekolah untuk nyanyian Lagu Negaraku, Pulau Pinang, Lagu Sekolah ✓ Menyediakan empat persembahan untuk dipersembahkan pada majlis nanti -Tarian -Persembahan Prasekolah -Bicara Berirama -Story Telling ✓ Menguruskan pemakaian murid untuk persembahan ✓ Menyerahkan JK Jamuan senarai murid untuk persembahan bagi edaran makanan dan minuman
Dokumentasi Asimatul Hasanah binti Mohd. Salleh(K) Nik Nur Raihan binti Nik Hassan ✓ Membuat dan mengedarkan borang post mortem kepada ketua JK yang terlibat ✓ Mengumpul semua maklumat dan mendapatkan gambar-gambar yang menarik dan bersesuaian dengan majlis ✓ Membuat laporan bertulis berdasarkan maklumat dan fotografi yang dikumpul ✓ Membukukan laporan untuk diserahkan kepada Guru Besar dan PK Pentadbiran (tempoh 2 minggu selepas majlis berlangsung) Kebersihan Rathika a/p Arumugam Pekerja Kebersihan ✓ Memastikan keadaan dewan dan persekitaran sentiasa bersih sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung
BIL JAWATANKUASA LAPORAN KETUA JK(Kekuatan dan Kelemahan) TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN 1. - PENGACARA MAJLIS Hanif bin Ab Rahman (K) Zaihasra binti Zainul Rashid KEKUATAN Kerjasama daripada semua pihak KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Teruskan usaha 2. - BACAAN DOA Abdul Aziz bin Zuber KEKUATAN Bacaan doa dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut tentatif program. KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada 3. - PENYELARAS PROTOKOL/ACARA Mohd Hanif bin Rusli KEKUATAN Protokol diikuti dengan baik dan acara berjalan dengan lancar. KELEMAHAN Teks ucapan perasmi disediakan tanpa memasukkan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Salutasi perlu disediakan semasa menyediakan teks ucapan POST MORTEM JAWATANKUASA
POST MORTEM JAWATANKUASA 4. - BUKU PROGRAM Norhaida binti Ahmed (K) Jeganeswary a/p Ramayah Nor Afifah binti Yahya KEKUATAN - Semua AJK memberikan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan tugasan. KELEMAHAN - Kekangan masa dan beberapa perubahan di saat akhir memberikan tekanan kepada AJK buku program. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN - Perlu memastikan semua maklumat yang diperlukan diperolehi awal dan disemak oleh setiap ketua namanama penerima hadiah, penyelaras dan ketua buku program sebelum dicetak supaya tiada perubahan disaat akhir. - Perlu memastikan tema atau konsep yang diingini ditentukan dengan jelas dan dipersetujui oleh semua AJK sebelum membuat buku program. 5. - PENYAMBUT TETAMU (VVIP dan VIP) Zuzalee bin Ariffin @Abu Bakar (K) Mohamad Ridzuan bin AbidinMohd Janet Pramela a/p Balakrishnan KEKUATAN Tiads KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada 6. - SENARAI PENERIMA HADIAH DAN SIJIL Afzan binti Hamdan (K) Balachandran a/l Vellasamy Abdul Aziz bin Zuber Siti Aishah binti Isa KEKUATAN Kerjasama semua guru terlibat. KELEMAHAN Kekangan masa dan masalah mendapat markah yang tepat kerana ada ramai murid yang menerima markah yang sama. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Elok sekiranya digunakan markah ujian terakhir kerana ujian pertama senang untuk murid tahap 1 khususnya.
POST MORTEM JAWATANKUASA 7. - HADIAH DAN SIJIL Nurul Anisah binti Jaapar (K) (Mata Pelajaran Terbaik) Siti Khadijah binti Mat Junos (Tahun 6) Rafidah binti Redzuan (Tahun 5) Umi Natrah binti Abdul Wahab (Tahun 4) Nurul Fitrah binti Ahmad (Tahun 3) Nor Haniza binti Mohamad (Tahun 2) Nurul Nabila binti Shari (Tahun 1) Kamalia binti. Mat Shamsudin (Pra Sekolah) Nur Nabila binti Ahmad Fadzli (Tokoh Murid) KEKUATAN Semua AJK memberikan kerjasama yang baik dalam menjalankan tugas dan majlis penyampaian hadiah / sijil telah berjalan dengan baik dan lancar. KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada 8. - JEMPUTAN Nursyahira binti Zulkarnain (K) Noorzamimy binti Nordin Nur Marni Binti Che Saad KEKUATAN Pembahagian tugas kepada semua AJK secara adil dan semua AJK menjalankan tugas dengan baik. KELEMAHAN Berlaku perubahan pada kandungan surat ketika surat jemputan sudah siap dicetak. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Perlu tetapkan dahulu kandungan dan maklumat yang hendak dinyatakan dalam surat jemputan supaya tidak berlaku perubahan atau penambahan di saat akhir.
POST MORTEM JAWATANKUASA 9. - PENGURUS PENERIMA HADIAH DAN SIJIL Nooraidah binti Saratin (K) Nur Zatil Ismah binti Saribudin Ahmad Haaziq bin Ahmad Zahiri Nor Amalina binti Shafie Krishnavalli a/p Krishna KEKUATAN - Kerjasama yang baik oleh semua rakan dalam ajk. - Penerima anugerah dan sijil memberikan maklum balas dan kerjasama yang baik sepanjang program. - Kelas kuarantin dapat dibersihkan sepenuhnya dengan kerjasama ajk serta penerima anugerah dan sijil pada hari program. KELEMAHAN - Pergerakan keluar penerima anugerah dan sijil tidak dapat disekat kerana para waris ingin mengambil gambar kenangan di photo booth bersama anak-anak dan perlu berbaris panjang untuk giliran bergambar. (pihak kami tidak dapat menghalang kerana kekangan terhadap waris yang perlu berbaris panjang) - Terdapat waris yang balik dan meminta anak balik sendiri selepas anak-anak mereka menerima anugerah dan sijil disebabkan rumah berhampiran sekolah. - Pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat mengambil gambar bukti penerima anugerah dan sijil berada di bilik kuarantin atas sebab tidak sempat ambil telefon kerana berkejar dengan murid yang lambat sampai dan yang ikut persembahan. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN - Sepanjang program ajk penerima anugerah dan sijil tidak mengalami masalah atas kerjasama semua pihak. - Mohon sekiranya dapat dipertimbangkan agar penerima anugerah dan sijil dengan murid persembahan adalah orang berbeza. - Penambahan ajk penerima anugerah dan sijil diperlukan daripada 5 orang sedia ada kepada 6 atau 7 orang.
POST MORTEM JAWATANKUASA 10. - PERSIAPAN PENTAS DAN BACKDROP Nurul Izzati binti Noor Azlan (K) Asmat Syafiqah binti Faudzi Zarina binti Abdul Aziz Mohd Norhaizan bin Abd Rahim Badiuzzaman bin Abdul Halim Wan Nasri bin Wan Zainuddin KEKUATAN Hiasan pentas dan latar pentas menarik kerana dapat disewa KELEMAHAN - Kekurangan AJK pentas menyebabkan tiada agihan tugas kerana guru yang sama perlu melakukan semua tugas sebelum dan selepas majlis. - Pertindihan tugas dengan JK lain: JK Pentas perlu menyediakan bunga manggar yang sepatutnya di bawah tugas JK Sambutan - AJK tiada kepakaran dalam membuat design banner sehingga banner perlu design dan printing sebanyak dua kali (pembaziran wang). TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN - Perlu lebih ramai AJK yang mahir dalam bahagian hiasan dan rekaan. - Penyelaras perlu memaklumkan skop tugas dengan lebih jelas dan tidak menambah tugas pada saat akhir yang melibatkan JK lain.
POST MORTEM JAWATANKUASA 11. - PERSIAPAN TEMPAT (DEWAN) Mahmad Khudri bin Saedun (K) Noorfaiza binti Saleh Noor Zuraidah Binti Muhammad Izani Mahayudin bin Abd Aziz Murid KEKUATAN Peralatan lengkap dan mencukupi. KELEMAHAN Kerusi ada yang sudah rosak. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada. 12. - SIARAYA Ahmad Nadzri bin Musa (K) Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid KEKUATAN Mempunyai peralatan yang baik. KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada 13. - JURUGAMBAR/VIDEO Mohd Azizi bin Mat Arshad @ Hashim (K) Mohd Ihsan bin Faharol Razi Vishveni a/p Elagamuram Nurul Huda binti Mohd Faudzi KEKUATAN Penggunaan 3 buah TV untuk live feed ke seluruh dewan. KELEMAHAN - Tiada kamera diperuntukan. Hanya kamera pinjaman. - AJK tidak mencukupi. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN - Pembeli kamera/telefon yang boleh ambil gambar dan video menggunakan duit sumbangan TKM1 berjumlah RM1000.00 . - Penambahan ajk siaraya dan ajk fotografi dengan lebih ramai untuk majlis sebegini atau gabungkan dua ajk ini dalam satu Jawatankuasa.
POST MORTEM JAWATANKUASA 14. - JAMUAN Salmah binti Abd Manap (K) Zurina binti Ahmad Zabidi Sailah binti Mohd Shariff Kaithirie a/p Pandirsilvom KEKUATAN Pengagihan makanan guru dan murid berjalan lancar.Persediaan tempat dan peralatan hidangan vvip juga sangat baik dan kemas. KELEMAHAN Sebahagian dari guru mohon menu bihun goreng diganti dengan menu nasi lemak sama seperti menu murid dan waris. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Pada program akan datang diharap dapat selaraskan ajk jamuan ada dari guru sesi pagi dan petang. 15. - TOKOH MURID Tokoh Murid (L) dan (P) Nur Masyitah binti Mohd Zukhe Renuga a /p Shanmugam Tokoh Kerohanian Aida Shazeela binti Samsuddin Shalani a/p Rasa Singam Tokoh Kokurikulum Mohamad Rezza bin Md Akhir Wan Muhamad Firdaus bin Wan Abdul Hamid KEKUATAN Semua AJK memberikan kerjasama yang baik semasa mencari maklumat dan menyiapkan slaid. KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada
POST MORTEM JAWATANKUASA 17. - PENDAFTARAN PENERIMA HADIAH DAN SIJIL Siti Fatimah Binti Ab Rahim (K) Siti Nor Hanim binti Rasulin KEKUATAN Tiada KELEMAHAN Tiada TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tiada 18. - PERSEMBAHAN DAN KOMPANG Haryany binti Hamda (K) Solihah binti Mohd Saad Rumaizah binti Ali Shazzana Afiqah binti Shamsul Muhammad Marwan bin Mahadzir Siti Nor Hanim binti Rasulin KEKUATAN - Persembahan berjalan dengan lancar. - Tiada isu dan menepati masa. KELEMAHAN Prop agak membatasi pergerakan persembahan (tarian terinai). TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Diharapkan prop di atas pentas boleh mudah alih pada masa akan datang. 19. - KEBERSIHAN Rathika a/p Arumugam Pekerja Kebersihan KEKUATAN Pekerja kebersihan banyak membantu. KELEMAHAN Ada seorang ajk sahaja untuk penyeliaan bahagian kebersihan. TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Tambahan ajk untuk memudahkan penyeliaan tugasan kebersihan.
LAPORAN PERBELANJAAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SK MUTIARA PERDANA 2023 B IL PER K A R A R M R M PEN D APATAN 1 Sumbangan PIBG 5,000.00 2 Sumbangan Luar 1,254.00 3 SUWA 3,690.00 9,944.00 PER B ELAN JAAN 1 Plak Kedudukan Terbaik 1,080.00 2 Plak Terbaik Mata Pelajaran 480.00 3 Plak Tokoh Murid 30.00 4 Selempang 150.00 5 Bouquet 60.00 6 Hadiah Prasekolah 90.00 7 Kertas Sijil 100.00 8 Certificate Holder 800.00 9 Rencam 3,023.60 10 Jamuan Murid 2,400.00 11 Jamuan Ibu Bapa 1,200.00 12 Jamuan VIP 150.00 13 Cenderahati 100.00 9,663.60 Baki di tangan 280.40 Disediakan oleh, Disemak oleh, ........................................ ............................................................ (AZAWATI BINTI MANSOR) (MOHD FADZLI HANIS BIN MOHD PAUZI) Setiausaha Kurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran SK Mutira Perdana SK Mutiara Perdana Disahkan oleh, ................................ (DALIA BINTI JOHARI) Guru Besar, SK Mutiara Perdana
LAMPIRAN
PENTAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
LAPORAN BERGAMBAR
SIJIL PENGHARGAAN
KANDUNGAN BUKU PROGRAM