The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 8 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Air

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliaziras, 2022-01-11 11:09:28

MODUL 8

MODUL 8 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Air

HGF3023- KAJIAN SUMBER ALAM DAN ALAM SEKITAR
TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER AIR

PENSYARAH

DR. MOHMADISA BIN HASHIM

BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIKS
D20211100066
1. ANWAR IBRAHIM BIN KHALIDAYUBI D20211100052
D20211100058
2. NUR AISYAH IZZATI BINTI NOOR MUHAMAD D20211100061
@ AKMALUDIN D20211100072

3. NURUL ATIKAH BINTI RAMLEE

4. NURFATIN NAZIRAH BINTI SAHRUL SIM
5. JULIA AZIRA BINTI SAMAT



MODUL 8 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER AIR

8.1 PENGENALAN
¾ daripada permukaan bumi ini dilitupi air. Sebahagian besar permukaan bumi
yang dilitupi air ini sebenarnya adalah air masin iaitu sebanyak 97% dan air tawar
hanya 3% sahaja. Daripada jumlah keseluruhan itu, air tawar yang terdapat di
permukaan bumi yang lebih banyak berbentuk pepejal iaitu litupan ais dan glasier
sebanyak 68.7% manakala yang berbentuk cecair pula adalah air bawah tanah
sebanyak 30.1% dan air di permukaan sebanyak 0.9%. Air tawar di permukaan
yang paling banyak adalah air tasik iaitu 87% diikuti dengan paya sebanyak 11%
dan sungai 2% sahaja daripada keseluruhan jumlah. Negara Malaysia
sememangnya bertuah kerana memiliki banyak sumber air di negara ini iaitu
sungai dan sungai yang terpanjang di Malaysia, Sungai Rajang (350 batu) yang
terletak di Sarawak. Sumber-sumber air yang terdapat di bumi ini sememangnya
amat penting kepada semua hidupan bumi sama ada manusia, haiwan dan
tumbuhan-tumbuhan. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia banyak
menggunakan sumber air terutamanya masa kini untuk kegunaan harian seperti
minum, mandi dan mencuci. Namun, kita sedia maklum bahawa punca kepada
krisis air ini adalah masalah pencemaran air dan kekurangan sumber air yang
bersih. Krisis air yang berlaku semestinya akan memberi pelbagai kesan bukan
sahaja kepada persekitaran manusia malahan terhadap persekitaran fizikal juga.
Maka, Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan ianya dilancarkan
semasa Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1993 untuk
menyedarkan kita tentang kepentingan sumber air. Di Malaysia, krisis air sering
berlaku terutamanya di Selangor di mana mereka selalu kekurangan air akibat

1

daripada pencemaran air yang berlaku disebabkan sikap segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab.

Pemeliharaan sumber air merupakan usaha untuk menjaga, memelihara dan
melindungi sumber air yang sedia ada agar kewujudannya berterusan. Contohnya,
melaksanakan undang undang, pendidikan secara formal atau tidak formal dan
mewartakan sungai atau laut sebagai taman laut. Pemuliharaan sumber air pula
merupakan usaha untuk melestarikan bekalan sumber air dengan membaikpulih
sumber-sumber air yang telah diterokai setelah digunakan oleh manusia.
Contohnya, pemulihan sungai yang tercemar dan rawatan air kumbahan. Seorang
penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Prof. Dr. Azni Idris berjaya
menghasilkan sistem rawatan air dan sungai yang menggunakan sistem BioFil
iaitu proses rawatan air semula jadi yang menggunakan cosmoball tanpa
penggunaan bahan kimia. Inovasi beliau telah berjaya dikomersialkan kepada
Pakar Management Technology (M) Sdn. Bhd. pada 2012. Jabatan Alam Sekitar
(JAS) juga telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air Sungai sejak
tahun 1978 dan program ini dilaksanakan dengan lebih komprehensif pada tahun
1995 bagi merangkumi sebahagian sungai utama di negara ini (Utusan Malaysia,
2020). Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air ini sangat penting untuk
mengembalikan air yang bersih, jernih dan selamat untuk digunakan.

2

8.2 KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

SUMBER AIR

8.2.1 Mengelakkan Kepupusan Flora Dan Fauna
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air adalah penting demi mengelakkan
kepupusan flora dan fauna. Sumber air yang tercemar disebabkan oleh tangan
manusia sendiri mampu mengancam kepupusan flora dan fauna. Kedua-dua flora
dan fauna ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan alam semulajadi
dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain.
Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak dapat dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau
sesama haiwan sendiri. Menurut Haliza Rahman (2021), komponen sungai sering
dicemari secara berterusan hasil daripada aktiviti manusia yang melampaui batas
kelestarian, antaranya akibat pelepasan sisa industri secara tidak terkawal. Jika
berlaku kegagalan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air ini,
kepupusan flora dan fauna akan berlaku dan ini akan menyebabkan gangguan
dalam kitaran makanan.

Rajah 1: Pencemaran sungai akibat aktiviti perindustrian

3

8.2.2 Sumber Air Yang Bersih
Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan
sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber
air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak
langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat
penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan
akan menakung air hujan secara semulajadi dalam kuantiti yang besar. Hutan
yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat
disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat
malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita
perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk
digunakan dalam aktiviti harian.

Rajah 2 : Sumber air bersih untuk minuman

4

8.2.3 Mengelakkan Gangguan Kitaran Hidrologi
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air adalah penting demi mengawal
kitaran hidrologi. Jika sumber air tercemar, ini akan menyukarkan kita untuk
mendapatkan bekalan air sama ada bekalan air dari sungai, air bawah tanah atau
sebagainya. Perkara ini boleh dikaitkan dengan kemerosotan sumber air.
Kemerosotan sumber air bermaksud pencemaran terhadapa sumber-sumber air
yang menyebabkan kualiti air menjadi rendah. Antara faktor yang menyebabkan
perkara ini berlaku adalah akibat dari aktiviti pembangunan, aktiviti pertanian,
aktiviti perindustrian dan sebagainya. Menurut Hairy Ibrahim (2020), dahulunya
pencemaran air membawa kepada punca pencemaran udara, kali ini pembuangan
sisa industri menjadi punca pencemaran sumber air di sungai-sungai Malaysia.
Menurutnya lagi, bagi memantapkan keselamatan air, sumber air harus ada
undang-undang yang lebih ketat, bukan setakat peringkat negeri, malah ada
peringkat Persekutuan bagi menjana kelestarian sumber air yang amat penting
kepada manusia dan ekonomi negara.

Rajah 3 : Pencemaran sungai di Malaysia

5

8.2.4 Menjana Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air juga penting dalam menjana
pertumbuhan ekonomi yang pesat. Hal ini demikian kerana kualiti air yang bersih
sangat penting dalam melonjakkan ekonomi negara dari sudut aktiviti
pelancongan. Kualiti air yang bersih mampu menarik kedatangan pelancong untuk
datang melancong ke negara ini dan menikmati kualiti sumber air yang bersih. Jika
aspek pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air di pandang enteng, ekonomi
negara akan sedikit merundum. Menurut Muhyidin Yasin dalam Utusan Malaysia,
sektor air negara adalah sektor yang berdaya maju standing dengan sektor tenaga
sekali gus menjadi satu sektor yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara merangkumi pertumbuhan sosial dan alam sekitar.

Rajah 4 : Sungai sebagai pusat pelancongan

6

8.2.5 Mengelakkan Penyakit
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air sangat penting dalam menjaga
kesihatan manusia. Hal ini demikian kerana sumber air adalah sumber yang
sangat penting dalam kehidupan manusia. Manusia menggunakan sumber air
untuk melakukan aktiviti harian seperti minum, mencuci pakaian, mandi dan
sebagainya. Jika sumber air tercemar, perkara ini boleh mendatangkan penyakit
kepada manusia iaitu penyakit bawaan air. Menurut Nadirah Hafidzin (2017), air
yang bercampur dengan sampah sarap dan najis menyebabkan ia tercemar
dengan pelbagai bakteria berbahaya. Jadi, jika sumber air ini tidak dirawat,
perkara ini boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada manusia.

Rajah 5 : Air yang telah bercampur dengan bakteria

7

8.3 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN SUMBER AIR

8.3.1 Meningkatkan Perwartaan Taman Laut
Pihak kerajaan hendaklah meningkatkan pewartaan taman laut bagi mengelakkan
berlakunya kerosakan terhadap alam sekitar terutamanya kepada hidupan
akuatik. Apabila kawasan dilaut diwarta, bot-bot dan kapal-kapal dari pelancong
tidak dapat merentasi kawasan taman laut. Kesannya, tumpahan minyak bot tidak
akan berlaku dan kualiti air terjaga.

Rajah 6 :Taman laut
8.3.2 Memperbanyakkan Pemasangan Perangkap Sampah

Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai seperti plastik, polisterin makanan,
lampin pakai buang dan sisa makanan menyebabkan aliran air sungai tidak
berlaku. Oleh itu, sistem perangkap sampah perlu dipasang dengan banyak dan
ditambah baik bagi mengurangkan bilangan sampah sarap yang menghalang
aliran air sungai dan meningkatkan kualiti sumber air.

8

Rajah 7 : Sistem pemasangan perangkap sampah

8.3.3 Melaksanakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar
Pihak badan-badan bukan kerajaan hendaklah melaksanakan kempen kesedaran
alam sekitar seperti kempen gotong-royong membersihkan kawasan sungai,
kempen cintai sungai kita dan kempen Zero Straw. Kempen yang dijalankan ini
boleh dihebahkan melalui pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, dan
Twitter. Melalui hebahan ini, kempen-kempen yang dijalankan akan tersebar
kepada masyarakat dengan cepat. Hal ini menyebabkan masyarakat akan turut
menyertai dalam membantu membersihkan kawasan sungai sekaligus dapat
mengetahui kepentingan sungai kepada kehidupan. Kesannya, kualiti air sungai
dapat dijaga.

Rajah 8 : Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai

9

8.3.4 Memperkasakan Penguatkuasaan Undang-Undang
Pihak kerajaan hendaklah memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti secara haram
dengan menaikkan lagi kadar bayaran denda kepada RM 500,000 atau penjara
selama 10 tahun bagi memelihara sumber air. Contohnya, akta yang dikuatkuasa
ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Dengan adanya undang-undang dan akta
yang dikuatkuasakan, kualiti air dapat dikekalkan, dipelihara dan dilindungi
daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar.

8.3.5 Pendidikan formal
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kualiti
sumber air melalui pendidikan formal. Guru-guru boleh menyelitkan kepentingan
memelihara kebersihan sungai melalui mata pelajaran yang sesuai seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains. Realitinya, mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai perasaan cinta
akan sungai dalam diri murid-murid. Jika murid-murid dapat dipupuk dengan rasa
tersebut, maka masalah kemerosotan kualiti sumber air tentu dapat dibendung
pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi yang akan meneruskan
legasi kehidupan dan menggunakan nikmat tersebut.

10

Rajah 9 : Pendidikan formal

8.3.6 Memperbanyakkan Penanaman Semula Pokok
Pokok-pokok bakau seperti bakau minyak, bakau api-api dan bakau kurap
hendaklah ditanam semula dengan lebih banyak di pinggir sungai. Ini kerana
pokok bakau mempunyai akar tunjang yang berfungsi untuk memerangkap
sampah sarap yang terdapat di dalam sungai. Pokok bakau juga boleh
mengurangkan kelajuan ombak di pinggir pantai. Keadaan ini kerana kekuatan
ombak yang tinggi akan menghempap pinggir pantai yang akan mnyebabkan air
di muara sungai menjadi keruh. Oleh itu, dengan adanya akar tunjang pokok
bakau, kelajuan ombak dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan
pencemaran air.

Rajah 10 : Pokok bakau

11

8.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, terdapat banyak kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber air yang sebenarnya kita tahu tetapi kita tetap merosakkan
kualiti sumber air tersebut untuk kepentingan diri. Oleh itu, semua pihak kerajaan
atau swasta perlu memainkan peranan masing-masing dalam memelihara dan
memulihara semua sumber air yang terdapat di negara kita. Setiap lapisan
masyarakat pula perlu membantu pihak kerajaan atau swasta dengan menyokong
segala aktiviti yang mereka laksanakan. Hal ini demikian kerana ianya merupakan
tanggungjawab bersama dan sesungguhnya air ini harta paling berharga dalam
kehidupan kita. Jika kita tidak menjaga sumber air dengan sebaiknya maka
pelbagai kesan yang akan kita hadapi bukan sahaja dari aspek sosial malah politik
dan ekonomi negara boleh terjejas serta pembangunan negara boleh terbantut.
Generasi pada masa akan datang juga tidak dapat menikmati dan merasai sumber
air yang bersih jika kita mengabaikan tanggungjawab dalam memelihara dan
memulihara sumber tersebut. Kita seharusnya berusaha sepenuh hati dan
percaya bahawa boleh memelihara dan memulihara sumber ini agar
kelestariannya terjaga.

12

AKTIVITI MODUL 8

AKTIVITI 1 : AGENSI UNTUK AIR
1. Guru menerangkan tentang sumber air secara umum.
2. Berdasarkan penerangan yang telah diberikan, sesi soal jawab antara guru dan
murid telah dijalankan untuk mengenalpasti agensi yang terlibat dalam
menguruskan sumber air di Malaysia.
3. Murid dikehendaki untuk menyediakan satu peta bulatan di dalam buku latihan
mereka dan senaraikan agensi yang terlibat berdasarkan jawapan yang telah
dibincangkan.

AKTIVITI 2 : PERANAN AGENSI
1. Guru menyediakan dua bulatan besar menggunakan tali di sebuah padang. Dua
bulatan tersebut adalah untuk mewakili agensi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Murid dikehendaki untuk berada di tengah-
tengah antara dua bulatan tersebut.
2. Seterusnya, guru menyebutkan peranan bagi kedua-dua agensi
tersebut.Berdasarkan peranan yang dinyatakan oleh guru, murid dikehendaki
untuk memilih bulatan yang mewakili JAS atau JPS.
3. Bagi murid yang memasuki bulatan yang salah, mereka akan disingkirkan dan
dikehendaki untuk berada di luar padang.
4. Murid yang berjaya menjawab soalan yang betul sehingga soalan terakhir dikira
sebagai pemenang.

13

AKTIVITI 3 : AKTIVITI DAN LANGKAH
1. Guru meminta setiap kumpulan untuk menyediakan punca pencemaran sungai
berlaku dan langkah-langkah yang boleh diambil sama ada langkah
pemuliharaan atau pemeliharaan.
2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada 4 orang ahli.
3. Dalam kumpulan tersebut, murid dikehendaki untuk berbincang dan
menyenaraikan jawapan sebanyak yang boleh bagi kedua kedua soalan.
4. Selepas menyenaraikan jawapan,setiap kumpulan perlu menyatakan jawapan
mereka dengan menulis di papan putih. Pemilihan giliran untuk menulis jawapan
adalah berdasarkan daripada kepantasan mereka untuk menyenaraikan
jawapan.
5. Bagi soalan langkah, wakil bagi setiap kumpulan dikehendaki untuk menjelaskan
jawapan yang dipilih. Jawapan yang telah ditampal adalah TIDAK BOLEH
SAMA dengan jawapan kumpulan yang lain. Ini bermakna, setiap satu kumpulan
haruslah memikirkan dan menjelaskan jawapan yang berbeza. Dengan itu,
murid akan menjadi lebih aktif dan semangat.

14

JAWAPAN AKTIVITI 1: AGENSI UNTUK AIR  MAJLIS
DAERAH
 JABATAN
SALIRAN
PENGALIRAN

Agensi Yang
Terlibat Dalam
Menguruskan
Sumber Air Di

Malaysia.

 JABATAN
ALAM
SEKITAR

15

JAWAPAN AKTIVITI 2 : PERANAN AGENSI
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

JABATAN ALAM JABATAN PENGAIRAN
SEKITAR DAN SALIRAN

JAS adalah untuk -JPS menguruskan
mencegah, semua permukaan
menghapus, mengawal berair.
pencemaran dan -Masalah yang
memperbaiki alam berkaitan dengan air
sekeliling, selaras juga berkait dengan
dengan maksud Akta JPS.
Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan peraturan-
peraturan di bawahnya.

16

JAWAPAN AKTIVITI 3 : AKTIVITI DAN LANGKAH

PUNCA PENCEMARAN LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
SUNGAI

AKTIVITI DOMESTIK  MEMBUAT KEMPEN PENYEDARAN

 MEMASTIKAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI
PENAPIS SISA MAKANAN.

AKTIVITI  MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
PERINDUSTRIAN
 MEMASTIKAN BAHAN BUANGAN DARI KILANG
DI TAPIS SEBELUM DI BUANG

AKTIVITI  MEMASANG BANNER UNTUK MENGINGATKAN
PELANCONGAN JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA.

 MENAMBAH LEBIH BANYAK TONG SAMPAH DI
KAWASAN PELANCONGAN

AKTIVITI PERTANIAN  KERAJAAN MENGHALANG PENGELUARAN
BAJA KIMIA YANG MEMPUNYAI TAHAP ASID
YANG TINGGI

 ELAK DARI MENEBANG POKOK AGAR TIDAK
BERLAKU TANAH RUNTUH

17

RUJUKAN

Bernama.com. (2020). Usaha tanam pokok bakau perlu dilakukan secara berkala.
Diperoleh daripada https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1864385, 6
Januari 2022

Haliza Rahman. (2021). Hentikan Pencemaran Sungai. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/128622/KHAS/Pendapat/Hentikan-
pencemaran-sungai, 6 Januari 2022.

Hairy Ibrahim. (2020). Masyarakat Mangsa Industri. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/100303/KHAS/Pendapat/Masyarakat-
mangsa-industri, 6 Januari 2022.

Jabatan Perikanan Malaysia. (2021). Pengurusan Taman Laut, Pusat Penyu dan
Santuari. Diperoleh daripada https://www.dof.gov.my/perkhidmatan/taman-laut-
pengurusansumber/pengurusan-taman-laut/, 5 Januari 2022

Kementerian Alam Sekitar Dan Air. (2021). Aktiviti Gotong-Royong Di Sungai Air Hitam
Dan Majlis Penyerahan Kertas Cadangan Pelan Induk. Diperoleh daripada
https://www.kasa.gov.my/ms/aktiviti-terkini/item/38-aktiviti-gotong-royong-di-
sungai-air-hitam-dan-majlis-penyerahan-kertas-cadangan-pelan-induk, 5 Januari
2022

Mr.A-G. (2008). Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Diperoleh daripada
http://rakangeografi.blogspot.com/2008/12/nota-40-langkah-langkah-
pemeliharaan.html, 5 Januari 2022

Nadirah Hafidzin. (2017). Penyakit Bawaan Air Boleh Bawa Maut. Diperoleh daripada
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/11/282048/penyakit-bawaan-air-boleh-
bawa-maut, 7 Januari 2022.

Nur Hayati Binti Jamaludin. (2014). Rencana: Pemuliharaan Air. Diperoleh daripada
http://masyarakatsains.blogspot.com/2014/10/rencana-pemuliharaan-air.html, 5
Januari 2022

Nur Syahirah Ariffin. (2013). Prof. Azni temui cara rawat air tercemar guna proses semula
jadi. Universiti Putra Malaysia. Diperoleh daripada
https://www.upm.edu.my/berita/prof_azni_temui
cara_rawat_air_tercemar_guna_proses semula_jadi-25025, 6 Januari 2022

Soon Li Wei. (2020). Tempatkan Perkhidmatan Air Di Bawah MKN, Kata Pencinta Alam

Sekitar. Bernama. Diperoleh daripada

https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1880464, 5 Januari 2022

Zanariah Abd Mutalib. (2020). COVID-19: Maksimum 17 pelajar dalam satu kelas. Berita

Harian Online. Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687797/covid-19-

maksimum-17-pelajar-dalam-satu-kelas, 5 Januari 2022

18

19


Click to View FlipBook Version