The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssrimatang, 2021-11-15 11:03:35

GAWAI

GAWAI

PAMERAN BERTEMA
SECARA MAYA

TEMA:

PERAYAAN GAWAI DAYAK

PERAYAAN GAWAI DAYAK

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak
oleh kaum peribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan
Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak
di Kalimantan Barat.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta
Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru
yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan
bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan
musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

❖ Perayaan Gawai Dayak disambut pada setiap 1 Jun saban tahun
merupakan salah satu daripada perayaan yang terbesar di
Sarawak selain daripada perayaan-perayaan yang lain.

❖ Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran sejak 25
September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari
perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada
peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum
itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan
Rajah Brooke.

❖ Perayaan Gawai Dayak mempunyai beberapa ritual yang harus
diikuti dan jika ianya tidak diikuti maka tidak lengkaplah perayaan
tersebut

01

PERSEDIAAN
AWAL

1. Persediaan menyambut Gawai Dayak bermula
apabila tibanya bulan Mei dengan proses
penapaian “tuak” iaitu sejenis minuman tradisi
komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa
kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan daripada
penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan
dicampur ragi sebelum disimpan dalam
tempayan.

2. Apabila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi
pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan
dicampur gula akan ditambahkan secukupnya
mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada
akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan
diminum. Meminum tuak melambangkan
kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa
berbelah-bahagi.

3. Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan
bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih
tradisi orang Dayak yang dipanggil “sarang semut”,
“acuan” dan “kuih sepit”. Kuih-muih ini diperbuat
daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula
lalu digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak
masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam
tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa
minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari
gawai.

4. Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-royong untuk
pembersihan dan perhiasan rumah panjang atau
kampung boleh diadakan seperti mengecat atau
membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Rumah
panjang dibina mengikuti peraturan-peraturan tertentu
supaya ia digunakan sebagai tempat kediaman dan juga
tempat beribadat.

5. Selepas itu, acara pembersihan kubur selalunya
diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan
bagi orang yang telah meninggal seperti nenak-
moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and
masyarakat setempat.

6. Rumah panjang atau kampung seterusnya akan
bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah
jawatankuasa bagi mengatur acara sambutan gawai
pada 31 Mei dan 1 Jun. Acara-acara tradisi
termasuklah meminum air panjang umur, perarakan,
pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan
Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok “ranyai”,
bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti
ngajat dan datun jalut, persembahan seni
mempertahankan diri dan nyanyian puisi rakyat.

02

SAMBUTAN
SECARA RITUAL

1. Bermula pada 31hb Mei lagi iaitu satu upacara ritual
yang dipanggil Muai Antu Rua akan dijalankan. Muai
Antu Rua bermaksud satu upacara untuk membuang
semangat yang jahat agar tidak mencampuri perayaan
yang akan dilangsungkan kelak.

2. Di dalam ritual ini 2 kanak-kanak akan membawa
chapan (bakul) ke setiap bilik penghuni di rumah
panjang dan pada ketika ini setiap penghuni bilik itu
akan membuang barang yang yang diingini atau tidak
digunakan lagi ke dalam chapan itu nanti.

3. Setelah selesai setiap bilik di rumah panjang itu dilewati
maka chapan ini kemudian akan dibuang oleh orang-
orang tua di rumah panjang tersebut ke tanah. Di dalam
ertikata lain, upacara ini adalah bagi menandakan
bahawa segala nasib malang sudahpun dilempar keluar
jauh-jauh daripada penghidupan penghuni di rumah
panjang tersebut pada tahun tersebut.

4. Sekitar 6 petang, satu lagi upacara ritual akan
diadakan yang dikenali sebagai Upacara Miring. Di

dalam upacara miring ini, alat muzik tradisional akan
dimainkan dengan dimulakan iringannya oleh
gendang rayah.
5. Ketua perayaan di dalam rumah panjang yang
dilantik akan mengadakan satu ritual bagi

memberikan ucapan terima kasih kepada tuhan-
tuhan atas pemberian hasil tuaian yang baik,
meminta petunjuk rahmat dan kehidupan yang lebih
baik untuk tahun-tahun yang mendatangkan.
6. Bagi Upacara Miring, ini seekor ayam jantan akan

dikorbankan. Selepas upacara Miring inilah baru
bermulanya satu majlis makan malam akan
diadakan untuk seluruh penghuni rumah panjang
tersebut.

03

SAMBUTAN
GAWAI

1. Apabila tepat tengah malam 1 Jun itu,
gong akan dibunyikan bagi menandakan
bahawa Perayaan Gawai Dayak sudah
bermula.

2. Pada waktu ini Tuai Rumah iaitu Ketua
Rumah Panjang akan memberikan
kesemua penghuni Pengayu Ai iaitu
simbolik untuk tuak bagi kehidupan yang
sejahtera,

3. Pengayu Ai ini diminum bagi satu
simbolik untuk kesejahteraan di dalam
kesihatan, kemakmuran dan keamanan
di dalam penghidupan.

4. Dari sinilah bermulanya kata-kata yang
sering kita dengar iaitu Gayu Guru, Gerai
Nyamai. Setelah selesai upacara simbolik
ini maka satu perarakan akan diadakan di
dalam rumah panjang tersebut.

5. Perarakan ini adalah dengan berjalan dari
hujung ke hujung rumah panjang tersebut
secara beriringan. Perarakan ini dinamakan
Ngalu Petara iaitu perarakan untuk
menyambut roh-roh yang baik yang akan
bersama-sama meraikan Perayaan Gawai
Dayak ini.

6. Sambutan perayaan Gawai Dayak ini akan diteruskan sehingga ke awal
pagi dengan seluruh penghuni rumah panjang akan bersukaria dengan
tarian dan muzik tradisional yang dimainkan.

7. Tarian Ngajat salah satu tarian tradisional akan dipersembahkan dan turut
disertai oleh penghuni rumah panjang baik lelaki dan wanita malah
kanak-kanak.

8. Ada sesetengah rumah panjang akan mengadakan pelbagai acara pada
hari Gawai Dayak seperti pertandingan ratu cantik Keling dan Kumang
serta pelbagai acara kebudayaan yang lain.

9. Semasa perayaan Gawai Dayak ini juga budaya kunjung-mengunjung
atau ngabang sentiasa dialu-alukan. Pada masa ini salah satu amalan
Masu Pengabang akan berlaku kepada para tetamu dengan para tetamu
akan dihidangkan dengan tuak oleh Tuan Rumah sebelum mereka
memasuki rumah panjang tersebut.



JUADAH
ISTIMEWA



04
MAJLIS
PENUTUPAN
SAMBUTAN

GAWAI

1. Satu upacara simbolik yang
dikenali sebagai “Ngiling Tikar”,
Upacara simbolik ini akan
dilakukan oleh tuai rumah iaitu
dengan menggulung tikar rotan
yang dibentang di tengah-tengah
ruai rumah panjang.

2. Apabila upacara simbolik ini
selesai maka tamatlah sudah
sambutan perayaan Gawai Dayak
pada tahun tersebut.



TERIMA KASIH...

TARA TARA TARA
UUUU... OOOOOHAAA...

DISEDIAKAN OLEH:
JK PSS SMK SRI MATANG,
UNIT PAMERAN BERTEMA


Click to View FlipBook Version