The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by magdelinnathomas, 2024-05-14 22:15:22

Pandemik Covid-19 (kumpulan 3)

Pandemik Covid-19
(kumpulan 3)

PANDEMIK COVID-19 MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA PENSYARAH : CIK RACHAEL ANAK RAZAK HASIL KARYA : DPM2A (KUMPULAN 3)


MAGDELINNA EVA ANAK THOMAS KANA (20DPM23F1032) ANGELIANA CHENDU ANAK ANTHONY (20DPM23F1014) BEATRICE AJIK ANAK GARAI (20DPM23F1044) FABIAN FERNANDEZ ANAK AWAT (20DPM23F1050) FELICIETY GRACIE MANJAN ANAK LAWRANCE (20DPM23F1040) KOD KURSUS: MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA PENULIS :


OBJEKTIF PENGHARGAAN PENGENALAN FAKTOR KESAN LANGKAH-LANGKAH CONTOH ISU KESIMPULAN AKTIVITI PENGUKUHAN RUJUKAN LAMPIRAN KANDUNGAN


Mengenal pasti faktor yang membawa kepada masalah pelaksanaan pendidikan semasa pandemik Covid-19. Menerangkan kesan pandemik Covid-19 terhadap pelaksanaan pendidikan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Mencari alternatif yang sesuai bagi meningkatkan kualiti pendidikan semasa pandemik Covid-19 OBJEKTIF:


Kami bersyukur keada Tuhan , atas limpah dan kurnianya kami dapat menyiapkan penulisan e-book ini.E-book ini telahpun dihasilkan oleh kami seramai 5 orang ahli kumpulan.Ribuan terima kasih kami ucapakan kepada pensyarah kami iaitu Cik Rachael Anak Razak atas tunjuk ajar yang telah beliau sampaikan serta bimbingan sepanjang menghasilkan E-book ini.Bukan itu sahaja,kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini, budi serta jasa mereka amatlah dihargai. E-book ini mengandungi fakta-fakta yang menarik serta mengambarkan situasi pada era pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia pada tahun 2019.Dengan adanya E-book ini, kita dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan beserta dengan manfaat-manfaat kepada semua orang. PENGHARGAAN


Seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 bermula pada akhir tahun 2019 yang bermula di Wuhan, China. Penularan wabak ini telah melanda di kebanyakan negara-negara di seluruh dunia sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan langsung terhadap ekonomi dan social akibat penularan wabak Covid-19 ini Pandemik Covid-19 telah mendidik seluruh rakyat termasuklah rakyat di Malaysia untuk hidup di dalam norma baharu. Kehidupan dan aktiviti harian masyarakat kini telah banyak berubah. Salah satu bidang yang terkesan akibat pandemik ini adalah dalam sektor pendidikan sama ada di peringkat rendah atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Barubaru ini satu kajian ringkas telah dijalankan oleh para pelajar UHE3182 (Malaysian Studies) semester 2 2019/2020 bagi mengenal pasti apakah penerimaan dan permasalahan yang dihadapi oleh sebahagian pelajar UMP terhadap pandemik Covid-19. Pengenalan


Antara faktor berlakunya Covid-19 adalah ciri-ciri yang ada dalam diri seseorang individu.Faktor ini mempengaruhi liputan genetik seseorang.Faktor ini dipengaruhi oleh bagaimana respon imunisasi tubuh individu serta faktor umur dan penyakit yang dimiliki oleh setiap individu yang menyebabkan virus ini mudah masuk ke dalam tubuh badan seseorang individu. Selain itu, disebabkan oleh kawasan yang ditempatkan. Faktor ini menjadi penentu dimana seseorang akan mudah tertular dengan virus apabila berada ditempat tersebut. Melalui udara tempat seseorang itu tinggal, aktiviti yang dilakukan, sanitasi dan suhu serta kelembapan ruang yang boleh memicu virus ini ada didalam kawasan tersebut. Disamping itu, faktor patogen. Faktor ini membawa mikroorganisma, mutasi, jumlah virus dan ventalasi. Hal ini kerana, Covid-19 merupakan penyakit yang mendatangkan virus sehingga kekebalan atau imun tubuh badan individu. Kita hendaklah sentiasa mengingatkan bahawa antivirus tidak lah banyak dan sukar untuk mencari antivirus yang teredia untuk merawat penyakit yang tertular seperti Covid-19. FAKTOR Apakah faktor berlakunya virus Covid-19?


Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan terhadap pelbagai sektor.Antaranya, terhadap kesihatan masyarakat. Covid-19 ini telah menyebabkan orang ramai yang tertular terutamanya golongan warga emas yang berpenyakit meninggal dunia dangan cepat. Manakala yang lainnya mengalami masalah kesihatan jangka panjang yang sukar untuk sembuh akibat jangkitan virus ini. Selain itu, pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia yang menyebabkan setiap negara mengalami krisis ekonomi. Pandemik ini telah menyebabkan penurunan kadar peratusan ekonomi setiap negara termasuklah negara Malaysia. Ramai rakyat telah kehilangan pekerjaan mereka. Begitu juga dengan syarikatsyarikat, kedai, warung makan dan mana-mana sumber pendapatan rakyat terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19 ini. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan untuk menyara keluarga mahupun keperluan seharian mereka. Disamping itu sektor pendidikan amatlah terkesan akibat penularan covid-19 ini. Para pelajar tidak dapat hadir untuk belajar secara bersemuka ke sekolah dan menjalankan aktiviti di sekolah seperti biasanya . SEkolah rendah dan pengajian tinggi di seluru dunia terpaksa beralih ke pembelajaran jarak jauh. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya apabila mengikuti kelas secara dalam talian. Ianya juga menyebabkan pendidikan mereka terganggu. Akhir sekali, kesihatan mental rakyat terganggu. Perintah berkurung yang menyebabkan mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan serta makanan.Hal ini dapat meningkatkan kadar stres dalam diri seseorang dan akan mengundang masalah kesihatan mental dalam diri mereka. KESAN


Apabila hendak keluar dari rumah, kita perlulah memakai pelitup mulut agar kita tidak tertular dengan virus-virus yang tidak terlihat.Tidak itu saja, pemakaian pelitupmulut juga penting apabila berada dekat di kawasan orang yang sedang sakit. Justeru itu, pemakaian pelitup mulut juga hendak dilakukan pada orang sakit dan tenaga kesihatan yang sering berhubung dengan pesakit yang tertular. LANGKAH-LANGKAH Mencucitangan dengan betul Mencuci tangan merupakan pekara biasa yang selalu kita lakukan. Tetapi ianya dapat mengurangkan risiko penularan infeksi virus Covid-19. Hal ini demikian kerana Covid-19 adalah virus yang mempunyai lapisan pelindung yang tersusun dari lemak. Molekul dari sabun dapat menghancurkan lapisan tersebut sehingga mati. Menggunakan pelitup mulut apabila berada diluar Menjaga daya tahan tubuh Menjaga daya tahan tubuh perlulah diperhatikan.Menjaga daya tahan tubuhcukup sederhana dan mudah seperti melakukan aktiviti berolahraga, makan makanan yang bergizi dan sihat serta membekalkan vitamin dan mineral. Menerapkan penjarakan jarak jauh virus ini menular hanya dengan berada dekat di tengah orang ramai.Pentingnya menjaga jarak dengan individu lain kerana kita tidak dapat melihat virus ini dengan mata kasar.Penjarakan jarak jauh dari orang dapat menghindari kita daripada terkena virus.


Ketidakadilan dalam penghukuman pandemik: Masalah ketidakadilan serta dua darjat menjadi isu utama pengurusan Covid-19 yang merujuk kepada layanan tidak adil apabila ahli-ahli ternama, termasuk ahli politik dan artis secara jelas menerima hukuman atau peringatan yang lebih ringan berbanding dengan golongan rakyat lazim yang menerima hukuman secara sert-merta tanpa tindakan lanjut. CONTOH ISU Isu berkaitan Kerajaan dan ahli politik Pada 12 Januari 2021, sebuah proklamasi darurat telah disytihar sebagai langkah dalam membendung penularan virus covid-19 di dalam negara, dan dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong.Darurat ini dikuatkuasakan hingga 1 Ogos (jangkaan) menyebabkan perundangan digantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri ( Dewan Undangan Negeri). Darurat Malaysia 2021: Masalah pengusulan SOP tidak cekap: Satu isu utama dalam pengurusan pandemik Covid-19 di Malaysia ialah masalah penetapan SOP pengekanan pandemik yang dilihat tidak cukup berkesan dan selari dengan perkembangan pandemik semasa Perkembangan pandemik semasa .Penetapan SOP yang tidak cekap menyebabkan masyarakat Malaysia untuk menganggap perkara tersebut sebagai kelonggaran kepada mereka yang selalu keluar rumah dan juga merentas daerah/negeri.


Pandemik Covid-19 sememangnya memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh dunia termasuklah rakyat di Malaysia.Mereka terpaksa membiasakan diri mereka dengan melakukan aktiviti yang di luar norma kebiasaan mereka. Kita semua tidak tahu bilakah Covid-19 ini akan hilang.Justeru itu, kita perlulah bertanggungjawab untuk bersama-sama memastikan kita mengikuti segala procedurprocedur yang telah ditetapkan agar kita dapat memastikan virus ini berhenti tersebar.Sebagai pelajar juga hendaklah memastikan masa pembelajaran mereka tidak terganggu akibat pandemik ini dan perlu berfikiran bijak untuk mengatur strategi bagaimana untuk menguruskan segala kegunaan kehidupan seharian sebagai seorang yang berpendidikan yang tersekat hidup di pandemik Covid-19. KESIMPULAN


AKTIVITI


https://covid-19.moh.gov.my/semasakkm/2021/05/situasi-covid-19-di-malaysiadan-dunia-yg-membimbangkan https://www.bing.com/ck/a?!&&p=1c39b20e9e3e33dfJmltdHM 9MTcxNTY0NDgwMCZpZ3VpZD0wMGFmOWI4MC1iMWMxLTY1 ODMtMDQyZi05NTcyYjAzYzY0MjQmaW5zaWQ9NTI3OA&ptn=3 &ver=2&hsh=3&fclid=00af9b80-b1c1-6583-042f9572b03c6424&psq=PANDEMIK+COVID19&u=a1aHR0cHM6Ly9tcy53aWtpcGVkaWEub3JnL3dpa2kvUG FuZGVtaWtfQ09WSUQtMTlfZGlfTWFsYXlzaWE&ntb=1 RUJUKAN GOOGLE: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus DEwan Edisi Keempat


LAMPIRAN P A N D E M I COVID-19 K


Click to View FlipBook Version