The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aty_adam, 2021-04-19 10:46:13

E-MAJALAH-converted

E-MAJALAH-converted

QR CODE

TAJUK: PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA
EDISI 1, APRIL 2021

1

AHLI KUMPULAN ..

MUGKHILARASI RAVINTHERAN
KETUA EDITOR
“Waktumu terbatas, jadi jangan sia-
siakan. Temukan orang yang dapat
membuat cayahamu bersinar lebih
terang.”

NUR IZZATI BINTI KAMARUL ZAMAN
PENOLONG EDITOR
“Mengeluh membuat hidup kita
tertekan sedangkan bersyukur
membawa kita pada jalan
kemudahan.”

SITI SARAH BINTI NARSHAM
PENULIS
“Hari ini mungkin susah, tetapi jangan
berhenti. Esok akan menjadi lebih susah,
tetapi suatu hari nanti pasti akan ada
sinarnya.”

2

EDISI 1, APRIL 2021

KANDUNGAN

04 | PENGHARGAAN
05 | PENDAHULUAN
06 | SEJARAH DI ALAM MELAYU
12 | PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
14 | PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU
21 | PERADABAN GLOBALISASI
22 | PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK
24 | KONSEP NEGARA
28 | KONSEP KERAJAAN
30 | BENTUK KERAJAAN
32 | NEGARA DEMOKRASI
36 | NEGARA BANGSA
37 | ETOS BANGSA: ETNIK, NASIONALISME DAN BANGSA
40 | KESIMPULAN
41 | PENUTUP
41 | RUJUKAN
43 | DISEDIAKAN OLEH

3

PENGHARGAAN

Pertama kali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Sepanjang proses penyiapan e-majalah ini, kami telah
memperoleh informasi baharu tentang pembinaan peradaban
majmuk di negara kita ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Pisol Bin Nasir,
pensyarah subjek Etika dan Peradaban ini atas bimbingan dan
tunjuk ajar beliau. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan
sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami
ini. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk
itu datang dari kelemahan kami sendiri.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli kumpulan yang
telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Semoga e-majalah ini dapat memberikan manfaat dan
panduan kepada orang ramai.
Sekian, terima kasih.
Mugkhilarasi Ravintheran
Ketua Editor

4

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi kini, negara Malaysia telah didiami oleh
pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah dan
Sarawak. Kepelbagaian kaum dan etnik ini telah menyebabkan
kewujudan kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat
resam.Masyarakat hidup bersama dan bergaul antara satu sama
lain
Kepelbagaian ini telah menyebabkan Tanah Melayu berjaya
dimerdekakan dan pembetukan Malaysia merupakan hasil
perjuangan semua kaum yang berpegang pada prinsi perpaduan,
permuafakatan dan persefahaman antara satu sama lain.
Hal ini telah menjadi satu persoalan adakah kepelbagaian ini
dilihat sama ada sebagai satu kelebihan dan keunikan Malaysia
atau merupakan kelemahan terhadap pembentukan perpaduan
nasion Malaysia. Banyak pandangan dan pengertian yang
diberikan oleh golongan akademik dan sarjana dalam
memperjelaskan nasion Malaysia atau bangsa Malaysia.
Oleh itu, walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih lagi mencari identiti bangsa Malaysia yang
sebenar dan timbul persoalan jika kepelbagaian kaum di Malaysia
ini adalah penghalang terhadap pembentukan nasion Malaysia.

5

SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM
PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Sejarah di Alam Melayu

⚫ Peradaban Pribumi Alam Melayu
Secara zahir, Alam Melayu adalah gugusan pulau-pulau serta
Semenanjung Tanah Melayu yang didiami oleh Rumpun Bangsa
Melayu semenjak zaman berzaman. Kepulauan serta lautan dan
selat ini antaranya dikenali sebagai NUSANTARA (Nusan-antara-
lautan). Inilah juga tanah air bagi Rumpun Bangsa Melayu yang
berkongsi satu baka keturunan (DNA), persamaan adat resam,
satu bahasa dan budaya yang dipegang bersama. Peradaban
yang tua inilah yang menjadi teras dan tunggak kepada negara-
negara moden di Alam Melayu yang ada sekarang.

Peta Alam (Habitat) Melayu
- Sempadan Alam Melayu kini -

Alam Melayu adalah tanah ibunda bangsa Melayu, di mana
peradaban serta tamadun Melayu berasal dan menghuni
pelbagai pribumi. Asalnya, Alam Melayu meliputi pulau-pulau
Taiwan dan Hainan, dan wilayah-wilayah di tengah dan
selatan Vietnam sekarang ini dan juga Kemboja.

6

⚫ Peradaban Asia Tembok Besar China
Pusat Peradaban India
Sejarah Asia boleh dilihat sebagai
perkumpulan sejarah beberapa kawasan Peta Asia
pinggiran pantai berbeza seperti, Asia
Timur (China), Asia Selatan (India), dan
Timur Tengah yang dihubungkan dengan
rantau pedalaman padang steppe Eurasia.
Kawansan-kawasan pesisiran adalah
tempat lahirnya peradaban-peradaban
terawal di dunia.

Pinggir pantai dijadikan sebagai tempat
pembangunan peradaban paling awal di
dunia, dengan tiga buah rantau membangun
peradaban awal di sekitar lembah sungai
yang subur. Lembah-lembah ini subur
kerana tanahnya yang kaya dan dapat
menampung banyak tanaman akar.
Tamadun di Mesopotamia, India dan China
berkongsi banyak persamaan dan mungkin
bertukar teknologi dan idea seperti
matematik dan roda.

Sejarah Asia ini akan terus memaparkan
perkembangan utama yang boleh dilihat di
bahagian lain dunia, serta peristiwa yang
akan mempengaruhi kawasan-kawasan
lain.

7

⚫ Peradaban Barat

Kebudayaan Barat, kadang-kadang
disamakan dengan tamadun
Barat atau tamadun Eropah,
memaksudkan kebudayaan yang
berasal dari Eropah. Istilah "budaya
barat" juga berkenaan dengan
negara-negara yang kuat
dipengaruhi oleh penghijarahan
dan pendudukan kaum-kaum
Eropah dalam sejarah, iaitu benua
Amerika, dan Australasia, maka
tidak terhad lagi kepada Eropah
Barat.

Catatan bersejarah
akan kebudayaan barat
dalam julat geografi
Eropahnya bermula
dengan Yunani Kuno,
diikuti Rom Kuno,
pengkristianan
sewaktu Zaman
Pertengahan Eropah,
dan pembaharuan dan
pemodenan yang
bermula
dengan Zaman
Pembaharuan, selepas
itu tersebar ke seluruh
dunia oleh empayar-empayar Eropah yang menyebarkan cara
hidup dan pendidikan Eropah pada abad-abad ke-16 hingga ke-20.

8

Konsep Tamadun (Peradaban) Barat
Kebudayaan Eropah berkembang dengan beraneka ragam
falsafah, skolastisime dan kebatinan zaman pertengahan, dan
humanisme Kristian mahupun sekular. Pemikiran rasional
berkembang sepanjang satu zaman perubahan dan pembentukan
yang lama dengan eksperimen-eksperimen kesedaran,
naturalisme, romantisisme, sains, demokrasi, dan sosialisme.
Dengan perhubungan globalnya, kebudayaan Eropah berkembang
maju dengan dorongan yang menyeluruh untuk menerima,
menyesuaikan, dan penting sekali, mempengaruhi arah aliran
budaya lain.

9

⚫ Peradaban Globalisasi

Globalisasi (secara
khusus perubahan
yang kita lihat dalam
kilang, kedai, dan
seluruh spektra
ekonomi dan cara
kehidupan kita) adalah
disebabkan pergerakan
empat
bentuk modal dalam
ekonomi global.

Keempat-empat modal ini adalah:

⚫ Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran
pulang, dll.)

⚫ Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman,
dll.)

⚫ Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)
⚫ Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah
dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara
mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini.
Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan
perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan
manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan
situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan
budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh
diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih
pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau
lebih pergerakan modal.

10

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN
Menurut Chandra Muzaffar, kesan positif globalisasi ialah:
1. Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan

mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
2. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.
3. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan

menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologu baru
komunikasi dan maklumat.
4. Komunikasi menjadi lebih mudah.
5. Peluang yang lebih luas untuk manusia lebih mengenali dunia
berinteraksi dari pelbagai kumpulan etnik, budaya dan agama.
Menurut Chandra Muzaffar, kesan negatif globalisasi ialah:
1. Kualiti alam sekitar semakin merosot.
2. Pembangunan tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi
semakin melebar.
3. Penyebaran budaya pop Amerika.
4. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
5. Penyebaran budaya yang bertentangan dengan tuntutan nilai-
nilai kerohanian dan moral.

11

Peradaban Beridentitikan Malaysia

⚫ Kemerdekaan 1957 - Negara-Bangsa

KEMERDEKAAN Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan
secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara
Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka
dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-Raja
Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota
kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.
Pada upacara bersejarah ini, wakil Queen Elizabeth II, Duke of
Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada
Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke
atas Tanah Melayu, Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Selesai Pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra
melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh
ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.
Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang
melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru
merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan
Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan,
‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam
dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah
menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

12

⚫ Pembinaan Negara

Pembinaan negara merujuk kepada institusi ppemerintahan
tersusun dan bertanggungjawab membuat dan melaksanakan
politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
kerajaan.
⚫ Pembinaan Bangsa

Pembinaan negara merupakan sebuah wilayah yang mempunyai
penduduk, sempadan kawasan yang jelas, dan pemerintah yang
berwibawa. Negara terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.

13

Perkembangan Sejarah Alam Melayu

1. Zaman Prasejarah
Zaman prasejarah secara harfiah bermaksud "sebelum sejarah",
daripada perkataan Latin untuk "sebelum" præ, dan Yunani ιστορία.
Prasejarah manusia adalah tempoh dari masa tingkah laku dan
anatomi manusia moden pertama kali muncul sehingga
kemunculan sejarah bertulis berikutan ciptaan sistem tulisan.
Memandangkan kedua-dua masa penempatan manusia moden
dan evolusi tamadun manusia, berbeza dari kawasan ke kawasan,
bermula dan berakhir prasejarah pada detik-detik yang berbeza
dalam alur masa, bergantung kepada kawasan berkenaan.
4 Zaman Prasejarah:
⚫ Zaman Paleolitik

"Paleolitik" ertinya "Zaman Batu Lama," dan bermula dengan
penggunaan pertama alat batu. Paleolitik adalah tempoh yang
paling awal bagi Zaman Batu.

⚫ Zaman Mesolitik
“Mesolitik” adalah “ZAman Batu Pertengahan” yang merupakan
zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara Paleolitik
dan Neolitik bagi tempoh Zaman Batu.

14

⚫ Zaman Neolitik

"Neolitik" bermaksud "Zaman Batu Baru."
⚫ Zaman Logam

Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 3000 tahun dahulu.
Pada zaman ini manusia telah mencipta alat
daripada gangsa dan besi.

15

2. Zaman Proto Sejarah
Zaman Protosejarah adalah zaman dimana masyarakat di
Nusantara amnya telah mengenali sistem tulisan yang tulisan
tersebut dalam bentuk aksara kuno seperti aksara dari India
Selatan, Pali, Pallava, Cam dan Kawi. Pada zaman ini juga aktiviti
perdagangan terutamanya perdagangan antarabangsa menjadi
sangat aktif. Hubungan awal antara pedagang Melayu dengan
pedagang India sebelum abad Masihi lagi membolehkan kawasan
di Nusantara ini terkenal dengan nama Suvarnabhumi
(Semenanjung Tanah Melayu), Suvarnadhipa, Malayadvipa
(Sumatera), Yavadvipa Gawa) dan Karpuradvipa (Borneo).
⚫ Langkasuka

Peta Kerajaan Langkasuka

16

⚫ Kedah Tua

Tapak Kerajaan Kedah Tua
⚫ Gangga Negara

Penemuan Patung sebagai bukti kewujudan kerajaan ini

17

⚫ Chih-Tu

Peta Kerajaan Chih-Tu
⚫ Kerajaan Loh-Yueh
⚫ Kerajaan Tan-Tan

18

3. Zaman Pensejarahan
Zaman Pensejarahan ialan zaman di mana masyarakat telah
mengenali tulisan. Zaman Pensejarahan bermula dengan
pembentukan Kesultanan Melayu Melaka dan negeri-negeri lain.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi terawal di Tanah
Melayu. Institusi ini bermula setelah berakhirnya empayat
Majapahit dan dibuka oleh Parameswara.
Kedatangan kuasa penjajah semasa Zaman Pensejarahan:
⚫ Portugis
⚫ Belanda
⚫ British

19

4. Zaman Sejarah Moden
Pada Zaman Sejarah Moden, Malaysia mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957. Pernyatuan antara kaum diwujudkan melalui
penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. Pada zaman ini, kerajaan
dan masyarakat sedang menuju ke arah pembinaan negara-
bangsa Malaysia.

20

Peradaban Globalisasi

“Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku
interaksi dan jaringan
peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi;
Pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan
Perkembangan teknologi maklumat dan informasi – Internet,
Komputer, SmartPhone
Penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook,
WhatsApp, Instagram, Twitter, Telegram dan lain-lain lagi.
Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam
pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi,
sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan
pemikiran
Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang
kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

21

Pembentukan Peradaban Majmuk
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK
Pembentukan Peradaban majmuk Malaysia merupakan sebuah
negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identity.
Di era globalisasi hari ini, telah membawa berlakunya kacukan
pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks. Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah
membentuk peradaban majmuk di Malaysia hari ini.
TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH PERADABAN ACUAN
MALAYSIA
⚫ 1970-an kemiskinan & ketidaksamarataaan
⚫ 1980-90-an Pembangunan, Industri & Penghijrahan
⚫ 2000s perbandaran & kelas menengah
⚫ 2010-an Ke Arah Negara Maju

22

PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI
⚫ Pembangunan
- Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan
mundur kepada maju.
- Kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk
memastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas.

⚫ Migrasi
-Penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain
dengan tujuan menetap secara sementara atau kekal.

⚫ Teknologi
-Berasal dari perkataan Perancis "La Teknique" yang boleh
ditafsirkan sebagai "Semua proses yang dijalankan dalam usaha
untuk merealisasikan sesuatu secara rasional".

23

Konsep Negara

NEGARA
Negara ialah satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di Kawasan
atau wilayah dengan memiliki sempadan yang ditandai dengan jelas.
Penduduk diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan diakui
sah pemerintahannya serta berkuasa untuk mengubal dan melaksanakan undang-
undang serta peraturan (Perlembagaan) supaya dipatuhi oleh rakyatnya.
⚫ Wilayah atau Kawasan (sempadan)
Sempadan dikenali juga sebagai wilayah. Sempadan dalam konteks ini merangkumi
sempadan tanah daratan, air dan udara. Setiap negara mempunyai sempadan/
kawasan/ wilayah yang tersendiri yang dihuni oleh penduduk atau rakyat negara itu.
Dalam hal ini, keluasan sesebuah negara atau jumlah penduduknya tidaklah menjadi
persoalan penting dalam mewujudkan sebuah identiti politik yang dinamakan negara
itu. Contohnya, Singapura dan Brunei Darussalam tetap dianggap sebagai negara
walaupun kedua-dua negara tersebut memiliki keluasan wilayah dan jumlah
penduduk yang kecil.

24

⚫ Penduduk (menetap)
Penduduk tetap juga dikenali sebagai warganegara. Penduduk
yang dimaksudkan ialah orang yang tinggal di sesebuah negara
yang biasanya disatukan oleh suatu kesamaan dan bersama-
sama mendiami suatu wilayah. Masyarakat ataupun penduduk
yang mendiami wilayah kenegaraan tersebut akan berkongsi
beberapa persamaan samada dari sudut nilai, sosial, ekonomi dan
juga politik.

Seseorang rakyat yang menjadi penduduk sesebuah negara
mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu. Untuk layak menjadi
rakyat sesebuah negara, seseorang itu harus mempunyai atau
memenuhi syarat-syarat atau kewajipan-kewajipan seperti tinggal
tetap di wilayah tertentu (bermastautin), cukup umur (bergantung
kepada sesebuah negara), jantina, bangsa, dan agama. Misalnya
di negara Arab, hanya penduduk yang beragama Islam sahaja
mempunyai hak untuk mengundi.

Negara dalam ilmu sains politik pula berbeza dengan pertubuhan
kerana keahlian dalam negara tidak secara sukarela dan
seseorang tidak boleh berpaling tadah walaupun telah berhijrah
dan menetap di negara lain.

25

⚫ Kerajaan ( sah dan berkuasa )

Sesebuah negara mestilah mempunyai kerajaan atau pemerintah.
Hal ini kerana, penduduk tetap yang menghuni sesuatu kawasan
tadi memerlukan unit yang dinamakan kerajaan untuk mengurus
dan mentadbir segala hal yang berkaitan dengan masyarakat
berkenaan. Pemerintah atau kerajaan ialah organisasi yang
mengatur dan memimpin negara. Tanpa kerajaan, tidak akan
wujud sesebuah negara yang dikatakan baik dan sempurna.

Dalam pada itu, untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang
baik dan berkesan, sesebuah kerajaan itu perlu mempunyai
kewibawaan dan mempunyai kuasa membuat peraturan dan
melaksanakannya dalam masyarakat. Konsep kerajaan dalam erti
kata yang sebenar merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat
dalam pengurusan dan perjalanan hal ehwal sesebuah negara.
Dalam konteks negara Malaysia, terdapat tiga komponen utama
kerajaan iaitu:

1. Badan Perundangan (Legislatif)
Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang dan
tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak
boleh mempunyai kuasa lain.

2. Badan Pemerintah (Eksekutif)
Menjalankan kuasa eksekutif dan tidak bolah membuat undang-
undang.

3. Badan Kehakiman (Judisiari)
Mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang
diberikan dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa eksekutif.

26

⚫ Kedaulatan (gubal dan laksana undang-undang)
Kedaulatan, iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-
ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk
mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.
Ciri-ciri sesebuah negara juga dipengaruhi oleh faktor kedaulatan.
“Kedaulatan” menurut K. Ramanathan (2002) berasal daripada
perkataan Latin iaitu superanus yang membawa maksud
keunggulan atau keagungan. Dengan kata lain, kedaulatan ialah
kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan
menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala
kuasa yang ada padanya lantaran sifatnya yang mutlak.
Kedaulatan dikatakan wujud kerana adanya wilayah. Kedaulatan
dibahagikan kepada dua, iaitu kedaulatan politik dan kedaulatan
yang sah. Kedaulatan politik ialah kekuasaan rakyat yang
berfungsi apabila pilihan raya diadakan untuk memilih kerajaan
sementara kedaulatan yang sah ialah kekuasaan tertinggi dalam
undang-undang negara dan dimiliki oleh pemerintah. Menurut
John Austin, undang-undang ialah kedaulatan yang
memperlihatkan kepada kita bahawa aspek undang-undang
dengan kedaulatan tidak boleh dipisahkan sama sekali.

27

Konsep Kerajaan

KERAJAAN
Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan
pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan merangkumi semua
badan yang membuat, mentafsir dan melaksana dasar negara
tersebut. Terdapat dua sistem kerajaan iaitu kesatuan dan
persekutuan.

3 komponen utama dalam kerajaan:
⚫ Kerajaan Kesatuan

- Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa
oleh Kerajaan Pusat.
- Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan
undang-undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan
daripada Kerajaan Pusat. Maka, Kerajaan Pusat lebih
berkuasa berbanding dengan kerajaan negeri dan tempatan.
- Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali,
Denmark, Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea
Selatan, Jepun, dan Kesatuan Soviet yang telah runtuh.

⚫ Kerajaan Konfederasi
- Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan
negeri.
- Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk
mengawal pentadbiran
- Kerajaan Konfederasi tidak kuasa yang mencukupi untuk

28

dianggap sebagai kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini
diwujudkan melalui perjanjian yang longgar
- Kerajaan Konfederasi tikdak lagi wujud pada hari ini.
- Contoh-contoh kerajaan Konfederasi ialah Konfederasi
Jerman Utara 1867-1871 dan Perlembagaan Empayar Jerman
1871-1918.Kini Krjn Konfederasi tidak lagi wujud.
⚫ Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri atauKerajaan Tempatan:
- Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi
perundangannya sendiri dalam perkara-perkara tertentu.
- Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan
dan perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman
- Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat,
Brazil, Australia, India, Malaysia dan Kanada.

29

Bentuk Kerajaan

BENTUK KERAJAAN
⚫ Kerajaan monarki

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos
archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis
kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem
pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal
kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia,
tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala
pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang
masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara
mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad
kepada sistem perlembagaan.

1. Raja/Sultan atau Ratu menjadi pemerintah dan berkuasa
sepenuhnya.
2. Jawatan ini dipegang seumur hidup dan warisan takhta
berdasarkan keturunan
3. Pentadbiran dijalankan oleh Raja atau Ratu dan lazimnya ahli
keluarga atau kaum kerabat memonopoli kuasa eksekutif.
4. Contoh-contoh Kerajaan Monarki ialah Arab Saudi, Kuwait,
Qatar dan Brunei Darussalam.

⚫ 2. Kerajaan republik

Republik merujuk kepada sejenis kerajaan atau negara yang
diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat
seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini

30

berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam",
dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat.
Namun demikian, republik tidak boleh disama ertikan dengan
konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik
diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika
Selatan telah menjadi negara republik sejak tahun 1961 tetapi
disebabkan oleh dasar apartheid yang diperkenalkan, lebih kurang
80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk mengundi. Namun
demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan
perwakilan secara demokrasi.

31

Negara Demokrasi

Negara demokrasi
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal
undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh
rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada
oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara
atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah
dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan
rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat ".

2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialah
- Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan

kebebasan.
- Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.
- Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak

mengundi serta berhak bertanding dalam pilihan raya.
- Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan

majoriti sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik
tersebut memerintah

- rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan

3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan
kuasa.
4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen
dan Demokrasi Berpresident.

32

5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden
sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa simbolik.
6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia,
Thailand, Singapura, Jepun, dan India
7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden
yang merupakan ketuaeksekutif negara.
8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat
dan Filipina.

33

⚫ Kapitalisme
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi berdasarkan pasaran
bebas, persaingan bebas, berangsangkan keuntungan dan milikan
persendirian kaedah-kaedah pengeluaran. Kapitalisme
menggalakan pelaburan persendirian dan perniagaan, berbanding
ekonomi kawalan kerajaan. Pelabur dalam syarikat persendirian
(pemegang saham) juga memiliki firma tersebut dan dikenali
sebagai kapitalis.
Dalam sistem ini, individu dan firma-firma mempunyai hak untuk
memiliki dan menggunakan kekayaan untuk menjana pendapatan
dan untuk menjual beli buruh dengan gaji tanpa kawalan kerajaan
atau dengan kawalan yang minima. Keperluan meregulasi
ekonomi dicapai melalui pengoperasian kuasa-kuasa pasaran
dimana harga dan keuntungan menentukan dimana dan
bagaimana sumber diagih dan digunakan.

⚫ Sosialisme
Sosialisme adalah sistem di mana setiap orang dalam masyarakat
mempunyai bahagian yang sama dari pelbagai elemen
pengeluaran. Bentuk pemilikan seperti itu diberikan melalui sistem
pemerintahan demokratik. Sosialisme juga ditunjukkan melalui
sistem koperasi di mana setiap anggota masyarakat memiliki
bahagian sumber komunal.

⚫ Kommunisme
Komunisme adalah ideologi politik yang didirikan atas dasar
keyakinan bahwa masyarakat dapat mencapai kesetaraan dengan
menghilangkan kepemilikan pribadi atas alat-alat produksi (sumber
daya yang dibutuhkan untuk menghasilkan barang). Mereka

34

sebaliknya dikendalikan oleh negara, dan setiap individu
menerima bagian dari manfaat yang diperoleh dari kerja bersama,
berdasarkan kebutuhan mereka. Gagasan ini pertama kali
diungkapkan oleh filosofi Jerman Karl Marx dan Friedrich Engels
dalam Manifesto Partai Komunis pada tahun 1848.
Mereka berpendapat bahwa konflik kelas melekat dalam
kapitalisme dan mendorong kelas pekerja untuk bangkit melawan
kaum borjuis, yang memiliki alat-alat produksi dan mengambil
semua keuntungan. Tujuannya adalah untuk menciptakan
masyarakat tanpa kelas di mana setiap orang akan berkontribusi
berdasarkan kemampuan mereka dan menerima sesuai dengan
kebutuhan mereka.

35

Negara Bangsa
NEGARA BANGSA
Konsep negara bangsa merupakan keadaan tertinggi yang boleh
dijelmakan oleh sesebuah negara. Konsep ini memperlihatkan
kewujudan bangsa idaman sebagaimana bangsa Malaysia. Selain
itu, konsep negara bangsa juga secara ilmiah bolehlah menjurus
kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup
Bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentiment perkauman,
keturunan, agama, Bahasa,budaya , daerah dan sebagainya.
Kebudayaan ini melibatkan perkara-perkara yang diperuntukan
dari satu generasi kepada satu generasi yang lain melalui
pembelajaran.

36

Etos Bangsa: Etnik, Nasionalisme dan
Bangsa

ETOS
Ethos adalah perkataan Yunani yang bermaksud watak yang
digunakan untuk menggambarkan kepercayaan atau cita-cita yang
membimbing masyarakat, bangsa atau ideologi. Orang Yunani
juga menggunakan perkataan ini untuk merujuk kepada kekuatan
muzik untuk mempengaruhi emosi, tingkah laku dan juga moral.

Etos Nasional
⚫ Dalam konteks Malaysia, tun Dr.Mahathir Mohamad (1992)

telah mengemukakan etos bangsa seperti berikut:

⚫ Membangunkan negara daripada pelbagai bangsa dengan
sejarah, etnik, latar belakang bahasa, agama, budaya dan
geografi adalah sesuatu yang lebih daripada sekadar
memupuk kata sepakat mengenai watak dasar sebuah negara
atau bangsa.

Ini melibatkan pemupukan, pengalaman sejarah bersama, nilai
bersama, perasaan identiti bersama, berkongsi nasib bahawa
melampaui batas etnik tanpa menjejaskan identiti etnik, kesetiaan,
komitmen dan keterikataan emosional terhadap bangsa, dan
berbunga etos kebangsaan yang jelas.

37

Etos nasional adalah ‘ciri-ciri unik masyarakat setemat yang
mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang
mengikat rakyat dengan negara’ melalui perkongsian nilai,
perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti bersama.

Etos Simbolisme Bangsa Malaysia
⚫ Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos

bangsa dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya adalah sulit
dan hanya dapat dipantau bentuk dan intensitinya di negara itu.

⚫ Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam jangka
pensejarahan panjang seperti bendahara, bahasa, pakaian,
makanan, muzik, tarian, arkitek bangunan, batu nisa, kerabat
diraja, pahlawan, buku sekolah dan keselamatan negara dan
sebagainya sebagai asas bangsanya.

Geopolitik Negara dan Perubahan Politik
⚫ Pelbagai perspektif tentang negara bangsa.
⚫ i. Sebelum merdeka kita bicara tentang negara bangsa
⚫ Etnik Melayu: Ketuanan Melayu (UMNO), Daulah Islamiah

(PAS), Malaya Raya (PSM); etnik Cina kerakyatan British dan
juga Malaya; India balik India dan juga Malaya.
⚫ ii. Lepas merdeka, kita banyak bicara isu-isu tentang
pembangunan negara, Rtnik Cina pendidikan Cina, kerakyatan,
ekonomi.
⚫ iii. Pasca DEB
⚫ Perbahasan dari PAP, DAP, dan MCA kesamarataan dan
pasaran

38

⚫ DEB terjemahan AKTA 153 dalam dasar awam, BN dan UMNO
Pertumbuhan ekonomi diagihkan.

⚫ iv. 1990 - TunDr. Mahathir dan Gerakan Bangsa Malaysia,
Datuk Seri Najib 1Malaysia, DAP Middle Malaysia, PAS Daulah
Malaysia

⚫ v. PH 2018 Malaysian Malaysia, Kesamarataan, kebebasan,
hak asasi, multikultarialisme.

39

Kesimpulan

Peradaban majmuk adalah gabungan atau campuran pelbagai
bentukperadaban yang menyerap masuk ke dalam peradaban
Melayu. Negara pula terdiri daripada penduduk, wilayah, lerajaan
dan kedaulatan. Bangsa merupakan satu kelompok manusia, satu
ikatan ketatanegaraan dan komuniti politik. Negara-bangsa
merupakan majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti
nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang
sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya.
Etos nasional merupakan siri-siri unik masyarakat setempat yang
mengikat individu.

40

Penutup
Segala puji ke hadrat Ilahi, kami dpat menyelesaikan tugasan ini
dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan. Semoga dengan
tugasan ini dapat memberikan nilai dan sudut positif kepada orang
ramai.
Dalam penyusunan laporan ini, kami menyedari bahawa betapa
pentingnya kita mengetahui tentang Pembinaan Peradaban
Majmuk Di Malaysia. Kami juga menyedari masih banyak
kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki dari semasa ke
semasa. Maka dari itu, saranan dan kritikan akan kami ambil
sebagai penguat semangat untuk kami terus berjaya di masa akan
datang.
Akhir kata, tiada kata yang paling indah kecuali puji syukur pada
Tuhan atas berjuta nikmat yang dicurahkan pada kami.

41

Rujukan
i. https://drive.google.com/file/d/1WFgZVoafoYjXJpNtuU_Udv7F

F9ZOBY6n/view
ii. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
iii. https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Moden
iv. https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Logam_di_Malaysia
v. https://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa

42

Disediakan Oleh
1. SITI SARAH BINTI NARSHAM (18DDT19F2001) - DDT3B
2. MUKHILARASI A/P RAVINTHERAN (18DDT19F2028) -

DDT3B
3. NUR IZZATI BINTI KAMARUL ZAMAN (18DDT19F1039) -

DDT4C

43


Click to View FlipBook Version