The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga Politeknik Malaysia
serta semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek pelajar (Program Pengajian
Sarjana Muda) bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik
Malaysia kekal relevan dan berkesan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bipd.jppkk, 2020-01-20 23:34:08

Buku Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Pengajian Sarjana Muda)

Buku panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga Politeknik Malaysia
serta semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek pelajar (Program Pengajian
Sarjana Muda) bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik
Malaysia kekal relevan dan berkesan.

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BUKU PANDUAN
PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR
(PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA)
POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
EDISI 2020

Mukasurat |1

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Terbitan Edisi 2020

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh:
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan dalam-Penerbitan
ISBN 978-967-2243-43-4

Buku Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Pengajian Sarjana Muda)
Politeknik Malaysia KPM Edisi 2020

Mukasurat |2

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

PRAKATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya, Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK) berjaya menyempurnakan Buku Panduan Pelaksanaan
Projek Pelajar (Program Pengajian Sarjana Muda) Edisi 2020.

Buku Panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga Politeknik Malaysia
serta semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek pelajar (Program Pengajian
Sarjana Muda) bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik
Malaysia kekal relevan dan berkesan.

Buku ini mengandungi dua (2) bahagian merangkumi keseluruhan aspek pelaksanaan
projek pelajar iaitu pengenalan, peranan dan tanggungjawab, perancangan projek,
pelaksanaan projek, harta intelek projek, buku log, penulisan laporan dan format
penulisan laporan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa serta
semua pihak yang sama-sama terlibat dalam pembangunan dan penerbitan buku ini.
Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan pelaksanaan
projek pelajar di Politeknik Malaysia sehubungan itu, diharap buku panduan ini menjadi
pendorong untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan holistik, selaras dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan
mesra industri.

Mukasurat |3

ISI KANDUNGAN PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)
Perkara
Muka Surat
Tujuan
BAHAGIAN I: PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR 5

BAB 1: PENGENALAN 7
BAB 2: PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB 13
BAB 3: PERANCANGAN PROJEK 24
BAB 4: PELAKSANAAN PROJEK 26
BAB 5: HARTA INTELEK PROJEK 36
BAB 6: BUKU LOG PROJEK 39
BAB 7: PENULISAN LAPORAN 40

BAHAGIAN II: FORMAT PENULISAN LAPORAN 60
Penutup 70
Penyataan Kuatkuasa 70
Rujukan 71
Lampiran 74
Penghargaan 121

Mukasurat |4

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

TUJUAN

Buku Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Pengajian Sarjana Muda)
Politeknik Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2020 ini merupakan
panduan kepada pelaksana program pengajian di Politeknik Malaysia, pihak industri dan
mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek pelajar. Buku
panduan ini dibahagikan kepada DUA (2) Bahagian:

Bahagian I: Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar yang mengandungi TUJUH (7)
Bab iaitu:

Bab 1: Pengenalan

Bab ini menerangkan Kursus Projek yang dilaksanakan di Politeknik Malaysia
berdasarkan kurikulum program pengajian masing-masing. Matlamat dan objektif
pelaksanaan projek juga bergantung kepada jenis projek yang dibangunkan.
Pelaksanaan yang digariskan ini tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian
bagi kursus, program pengajian dan politeknik.

Bab 2: Peranan Dan Tanggungjawab

Pelaksanaan projek memerlukan proses pengurusan dan penyelarasan yang
berkesan daripada semua pihak dalam memastikan projek yang dihasilkan
memenuhi keperluan program pengajian, berinovasi dan mempunyai nilai
komersial. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam proses pelaksanaan
projek, antaranya penyelaras projek yang mewakili jabatan dan dibantu oleh
pensyarah selaku penyelia serta panel penilai projek. Bab ini menjelaskan peranan
dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan
projek dijalankan dengan baik dan berkesan. Pelaksanaan yang digariskan ini
tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian bagi kursus, program pengajian dan
politeknik.

Bab 3: Perancangan Projek

Bab ini menyenaraikan peraturan pelaksanaan projek yang perlu diikuti serta
keperluan sepanjang pelaksanaan projek seperti penggunaan buku log, carta
Gantt projek dan pembiayaan. Pelaksanaan yang digariskan ini tertakluk kepada
keperluan serta kesesuaian bagi kursus, program dan politeknik.

Mukasurat |5

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Bab 4: Pelaksanaan Projek

Bab ini menerangkan secara keseluruhan aktiviti pelaksanaan projek yang
dijalankan bedasarkan perancangan yang telah dibuat. Ianya juga dilengkapi
dengan contoh/panduan penulisan rubrik yang dapat membantu dalam proses
membangunkan skema pemarkahan projek pelajar. Pelaksanaan yang digariskan
ini tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian bagi kursus, program pengajian
dan politeknik.

Bab 5: Harta Intelek Projek

Bab ini menerangkan berkenaan keperluan hak cipta terhadap sesuatu projek
yang dihasilkan sama ada berbentuk produk atau penulisan. Bab ini turut
menyentuh berkenaan penyediaan inventori projek pelajar peringkat program/
jabatan/ politeknik, penglibatan projek di pertandingan dalam/luar dan
pengkomersialan projek yang dihasilkan. Pelaksanaan yang digariskan ini
tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian bagi kursus, program dan politeknik.

Bab 6: Buku Log Projek

Bab ini menerangkan keperluan penyediaan buku log aktiviti sepanjang
pelaksanaan projek melalui buku log serta dokumen-dokumen yang berkaitan
yang boleh dirujuk oleh pelajar, penyelia dan penyelaras projek. Pelaksanaan
yang digariskan ini tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian bagi kursus,
program pengajian dan politeknik.

Bab 7: Penulisan Laporan

Pelaksanaan projek melibatkan penulisan kertas cadangan sebelum projek
dilaksanakan dan penulisan laporan akhir selepas projek dilaksanakan berserta
analisis data. Bab ini memberi panduan mengenai bentuk penulisan dalam
penyediaan kertas cadangan dan laporan akhir projek. Pelaksanaan yang
digariskan ini tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian bagi kursus, program
pengajian dan politeknik.

Bahagian II: Format Penulisan Laporan

Format penulisan adalah format untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan projek.
Kesesuaian penulisan projek perlu dirujuk kepada penyelia projek yang berkenaan.

Mukasurat |6

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAHAGIAN I
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Definisi Projek
Projek merupakan satu kajian ilmiah yang memerlukan pelajar melaksanakan
penyelidikan bagi memenuhi keperluan program pengajian.

1.2 Matlamat
Matlamat projek ini ialah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran praktikal dan afektif
yang diperolehi sepanjang mengikuti program pengajian dalam proses penggunaan
sesuatu ilmu melalui percambahan fikiran dan penyelesaian masalah secara ilmiah dan
saintifik ke arah melahirkan graduan yang kompeten, kreatif dan berwibawa.

1.3 Objektif
Tujuan pelaksanaan projek ini adalah:

(a) Memperkenalkan pelajar dengan kaedah penyelidikan.
(b) Melatih pelajar melaksanakan projek dalam jangka masa yang ditetapkan.
(c) Mengenal pasti penyataan masalah, sorotan literatur, pengumpulan data,

analisis data dan penulisan laporan.
(d) Membuat penstrukturan dan pengubahsuaian terhadap kajian yang

dijalankan dengan menggunakan kaedah atau model yang bersesuaian.
(e) Membentang dan mempertahankan hasil projek secara bertulis dan lisan

serta beretika.
(f) Memenuhi keperluan kurikulum progam pengajian.

Mukasurat |7

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

1.4 Ciri-Ciri Projek

Ciri-ciri projek antaranya adalah:
(a) Mempunyai tempoh pelaksanaan yang jelas.
(b) Mempunyai objektif yang jelas.
(c) Melaksanakan projek/menyelesaikan masalah yang ditakrif secara
meluas (broadly defined) secara ilmiah dan sistematik menggunakan
instrumen serta teknik/prosedur/metodologi yang sesuai dengan bidang
pengajian.
(d) Berasaskan kehendak industri (industry-driven)/komuniti (community-
driven)
(e) Menggabungjalinkan dua atau lebih disiplin/bidang (multidiscipline).
(f) Mempunyai ruang nilai penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti
projek sedia ada (future upgrade).
(g) Mengambil kira elemen teknologi hijau/kehendak teknologi terkini.
(h) Digalakkan mempunyai nilai-nilai komersial.

Nota: Ciri-ciri projek boleh ditambah atau diubah mengikut keperluan program pengajian
masing-masing.

1.5 Jenis Projek

Terdapat DUA (2) jenis projek yang boleh dibangunkan.
1.5.1 Projek jenis nyata

Projek yang menghasilkan produk berupa barangan, proses atau sistem
menggunakan teknologi yang bersesuaian. Pembangunan projek ini sama ada
menggunakan kaedah baharu atau kaedah sedia ada serta boleh merujuk kepada
penyelesaian masalah di institusi, industri atau komuniti. Kaedah pembangunan
dan pengujian ke atas projek perlu dinyatakan dengan jelas dan terperinci berserta
sokongan data, analisa dan bukti-bukti berkenaan dengan projek.

Mukasurat |8

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

1.5.2 Projek jenis kajian
Projek jenis ini merujuk kepada kemahiran dalam membuat kajian tentang
permasalahan, pengurusan teknikal, teknologi-teknologi baru dan sebagainya
yang berkaitan. Hasil kajian perlulah disertakan dengan dokumen seperti
dokumen yang dibangunkan, borang soal selidik, senarai semak dan lain-lain
sebagai bukti kajian.

Jadual 1.1 menunjukkan contoh projek jenis nyata dan projek jenis kajian. Walau
bagaimanapun jenis projek yang ingin dibangunkan adalah mengikut kesesuaian
program pengajian masing-masing.

Jadual 1.1: Contoh Jenis-jenis Projek

Contoh Contoh

Projek Jenis Nyata Projek Jenis Kajian

Jig and fixture Kajian kes

Rekabentuk Eksperimen

Portfolio Analisis

Perisian Kaji selidik

Sistem aplikasi Ujian makmal

Perkakasan Kajian perancangan

Proses Kajian perniagaan

Perkhidmatan Kajian pemasaran

Pengurusan acara Pelan perniagaan

Landskap Model

Teknologi Pelan pemasaran

Nota: Jenis-jenis projek boleh ditambah atau diubah mengikut keperluan program
masing-masing

Mukasurat |9

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

1.6 Kluster Penyelidikan

Bagi memastikan penyelidikan dan pelaksanaan projek di Politeknik Malaysia berjalan
dengan sempurna dan berfokus kepada kekuatan yang sedia ada, kluster penyelidikan
projek meliputi bidang-bidang asas (merujuk kepada Kluster Penyelidikan yang telah
digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah seperti berikut:

SAINS TULEN SAINS GUNAAN

a) Biokimia a) Kimia
b) Biologi b) Fizik
c) Kimia c) Biologi
d) Sains bahan d) Matematik dan statistik
e) Matematik dan statistik e) Bioteknologi
f) Fizik f) Sains bahan
g) Geologi g) Geologi

TEKNOLOGI SAINS KESIHATAN
DAN KEJURUTERAAN DAN KLINIKAL

Kejuruteraan (a) Sains perubatan asas
(a) Mekanikal dan pembuatan (b) Kajian klinikal
(b) Elektrikal dan elektronik (c) Perubatan
(c) Awam dan struktur (d) Pembedahan
(d) Bahan dan polimer (e) Onkologi
(e) Kejuruteraan kimia dan proses (f) Perubatan komuniti
(f) Aeroangkasa (g) Perubatan pencegahan
(h) Sains kesihatan
Teknologi (i) Pergigian
(a) Infrastruktur dan pengangkutan (j) Mikrobiologi perubatan
(b) Pembinaan dan bahan binaan (k) Kejururawatan
(c) Tenaga (l) Parasitologi
(d) Teknologi hijau (m) Patologi
(n) Farmasi
(o) Farmakologi

Mukasurat |10

SAINS SOSIAL PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

a) Antropologi SASTERA
b) Psikologi DAN SASTERA IKHTISAS
c) Sosiologi
d) Sains politik a) Bahasa dan linguistik
e) Perniagaan b) Kesusasteraan
f) Geografi c) Agama
g) Ekonomi d) Falsafah
h) Kajian etnik e) Tamadun
i) Komunikasi f) Sejarah
j) Pengurusan g) Seni
h) Budaya
WARISAN ALAM i) Pendidikan
DAN BUDAYA j) Dasar dan undang-undang
k) Alam bina – aspek kemanusiaan
a) Pelancongan l) Alam sekitar – aspek kemanusiaan
b) Alam sekitar
c) Perhutanan TEKNOLOGI MAKLUMAT
d) Pertanian DAN KOMUNIKASI
e) Marin
f) Arkeologi a) Perisian
g) Geosains b) Kecerdasan buatan
h) Kajian etnik c) Rangkaian komputer
i) Alam bina d) Sistem maklumat
j) Budaya e) Teori pengkomputeran
k) Kepelbagaian biologi f) Reka bentuk perkasasan
l) Kulinari
m) Perubatan alternatif

Mukasurat |11

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

1.7 Struktur Projek
Projek dilaksanakan dalam tempoh masa DUA (2) semester (Kursus Projek 1 diikuti
dengan Kursus Projek 2 secara berturutan jika berkaitan kecuali dengan kelulusan
jabatan). Jumlah kredit bergantung kepada struktur kurikulum program pengajian yang
sedang berkuatkuasa. Projek 1 merangkumi aktiviti berkaitan dengan mengenal pasti
masalah, menentukan objektif, membahas kajian literatur, dan menetapkan metodologi
kajian. Manakala, Projek 2 pula merangkumi aktiviti pengumpulan data, reka bentuk dan
penghasilan produk atau pembangunan kajian, analisis dan kesahan hasil, perbahasan
keputusan, membuat kesimpulan serta cadangan.

Mukasurat |12

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAB 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pelaksanaan projek memerlukan proses pengurusan, penyelarasan dan pemantauan
yang berkesan daripada semua pihak dalam memastikan projek yang dihasilkan oleh
pelajar memenuhi keperluan program pengajian. Struktur gerak kerja yang dicadangkan
di peringkat politeknik adalah seperti di bawah.

2.1 Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar Peringkat Politeknik
Jawatankuasa ini terdiri daripada:

(a) Timbalan Pengarah (Akademik)
(b) Ketua Jabatan
(c) Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK)
(d) Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
(e) Penyelaras Work Based Learning (WBL) Politeknik
(f) Penyelaras Projek Politeknik

Carta Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar Peringkat Politeknik yang dicadangkan
seperti di Rajah 2.1 dibawah.

Timbalan Pengarah
(Akademik)

Penyelaras WBL Ketua Jabatan Penyelaras Projek
Politeknik Politeknik

Unit Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal
Inovasi dan Pelajar (HEP)

Pengkomersialan (UPIK)

Rajah 2.1 : Carta Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar Peringkat Politeknik

Mukasurat |13

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Terma Rujukan (Terms of Reference):
(a) Merancang dan menyelaras pelaksanaan Kursus Projek termasuk
penggunaan fasiliti dan peruntukan kewangan (jika ada);
(b) Memantau pelaksanaan dan penilaian Kursus Projek agar berjalan lancar dan
efektif berdasarkan dokumen kurikulum yang sedang berkuatkuasa;
(c) Mengenal pasti langkah penyelesaian ke atas isu/masalah merentas
program/jabatan; dan
(d) Mengadakan mesyuarat mengikut keperluan.
Nota: Pembentukan dan terma rujukan Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar
peringkat politeknik ini boleh disesuaikan dengan keperluan politeknik masing-masing.

2.2 Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar Peringkat Jabatan
Jawatankuasa ini terdiri daripada:

(a) Ketua Jabatan
(b) Ketua Program
(c) Penyelaras WBL Jabatan
(d) Penyelaras UPIK Jabatan
(e) Penyelaras Projek Jabatan
(f) Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Jabatan
(g) Penyelaras Kursus Projek
(h) Penyelia Projek

Mukasurat |14

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Carta Jawatankuasa Projek Pelajar Peringkat Jabatan yang dicadangkan seperti di Rajah
2.2 dibawah.

Ketua Jabatan
(Akademik)

Penyelaras WBL Ketua Program Penyelaras Projek
Jabatan Jabatan

Penyelaras Hal Ehwal Penyelaras Kursus Penyelaras UPIK
Pelajar (HEP) Jabatan Projek Jabatan

Penyelia Projek

Rajah 2.2 : Carta Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar Peringkat Jabatan
Terma Rujukan (Terms of Reference):

(a) Merancang pelaksanaan Kursus Projek di peringkat jabatan termasuk
penggunaan fasiliti dan peruntukan kewangan (sekiranya ada);

(a) Menyelaras dan memantau pelaksanaan dan penilaian Kursus Projek di
peringkat jabatan berjalan lancar dan efektif berdasarkan dokumen kurikulum
yang sedang berkuatkuasa;

(b) Mengenal pasti langkah penyelesaian ke atas isu/masalah merentas program
pengajian di jabatan;

(c) Melaporkan pelaksanaan Kursus Projek kepada Jawatankuasa Pelaksanaan
Projek Pelajar di peringkat politeknik dan pihak pengurusan politeknik; dan

(d) Mengadakan mesyuarat mengikut keperluan.

Nota: Pembentukan dan terma rujukan Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar peringkat
jabatan ini boleh disesuaikan dengan keperluan jabatan dan program pengajian.

Mukasurat |15

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

2.3 Peranan dan Tanggungjawab

Bagi memastikan pelaksanaan Kursus Projek pelajar berjalan dengan baik dan berkesan,
pegawai-pegawai tersebut adalah terlibat:

2.3.1 Timbalan Pengarah (Akademik) / Timbalan Pengarah

Berikut merupakan tugas sebagai Timbalan Pengarah (Akademik)/Timbalan Pengarah:

(a) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan

Akademik/Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar peringkat politeknik

bagi membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan Kursus Projek;

(b) Melantik pegawai untuk menganggotai Jawatankuasa Pelaksanaan Projek

Pelajar peringkat politeknik;

(c) Mengenal pasti langkah penyelesaian ke atas isu merentas

jabatan/program;

(d) Mengesahkan takwim/jadual pelaksanaan aktiviti pelaksanaan Kursus

Projek; dan

(e) Mengesahkan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) sekiranya perlu bagi

pelaksanaan projek pelajar.

2.3.2 Penyelaras WBL Politeknik

Berikut merupakan tugas sebagai Penyelaras WBL Politeknik:
(a) Menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Politeknik bagi tujuan
pelaksanaan Kursus Projek antara politeknik dengan industri;
(b) Menyelaras takwim pelaksanaan dan pemantauan Kursus Projek yang
disahkan oleh TP(A) memenuhi kehendak industri dan berpandukan
kurikulum;
(c) Menyelaras taklimat pelaksanaan WBL yang berpandukan dokumen
kurikulum kepada pelajar, Pensyarah Pemantau, Pengurusan Industri,
Penyelaras WBL Industri dan Mentor Industri;
(d) Membawa dan membincangkan perkara berkaitan Kursus Projek dalam

Mukasurat |16

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(e) Jawatankuasa Pengurusan Akademik/Jawatankuasa Pelaksanaan Projek
Pelajar atau mana mana mesyuarat berkaitan di peringkat politeknik; dan

(f) Menyelaras ABM bagi pelaksanaan projek pelajar program pengajian
Sarjana Muda.

2.3.3 Penyelaras Projek Politeknik

Berikut merupakan tugas sebagai Penyelaras Projek Politeknik:
(a) Menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Politeknik bagi tujuan
penyelarasan pelaksanaan Kursus Projek antara politeknik dengan JPPKK;
(b) Menyelaras takwim/jadual perancangan aktiviti pelaksanaan Kursus Projek
yang disahkan oleh TP(A) berpandukan kurikulum yang sedang
berkuatkuasa dan Kalendar Akademik JPPKK;
(c) Menyelaras taklimat pelaksanaan Kursus Projek yang berpandukan
dokumen kurikulum kepada pelajar dan pihak-pihak yang terlibat;
(d) Membawa dan membincangkan perkara berkaitan Kursus Projek dalam
Jawatankuasa Pengurusan Akademik / Jawatankuasa Pelaksanaan Projek
Pelajar atau mana mana mesyuarat berkaitan di peringkat politeknik;
(e) Menyelaras ABM bagi pelaksanaan projek pelajar (sekiranya ada); dan
(f) Memastikan rekod inventori projek pelajar di peringkat jabatan dan
politeknik dikemaskini secara berterusan.

2.3.4 Ketua Jabatan

Berikut merupakan tugas sebagai Ketua Jabatan:
(a) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pelajar
peringkat jabatan bagi membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan
Kursus Projek;
(b) Membawa dan membincangkan perkara berkaitan Kursus Projek dalam
Jawatankuasa Pengurusan Akademik / Jawatankuasa Pelaksanaan Projek
Pelajar di peringkat politeknik;

Mukasurat |17

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(c) Memastikan pelaksanaan dan penilaian Kursus Projek berdasarkan
dokumen kurikulum yang sedang berkuatkuasa;

(d) Memilih dan melantik pegawai yang terlibat dengan Kursus Projek di
peringkat jabatan; dan

(e) Mendapatkan peruntukan pelaksanaan Kursus Projek pelajar (sekiranya
ada).

2.3.5 Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Pengkomersialan (UPIK)

Berikut merupakan tanggungjawab UPIK:
(a) Merancang aktiviti berkaitan pembangunan produk inovasi, pertandingan
hasil projek serta hasil penyelidikan dan inovasi;
(b) Memudahcara aktiviti inovasi dan penyelidikan bersama pihak
bertanggungjawab jika berkaitan;
(c) Menyelaras pertandingan untuk memilih projek terbaik di peringkat jabatan;
(d) Menyimpan rekod inventori projek di peringkat politeknik;
(e) Mengenal pasti produk yang mempunyai nilai komersial dengan kerjasama
penyelaras projek jabatan;
(f) Menyelaras permohonan geran penyelidikan mengikut keperluan;
(g) Menyelaras proses permohonan Intellectual Property (IP) bagi projek
pelajar yang layak;
(h) Memaklum dan menyelaras penyertaan pertandingan inovasi di luar
politeknik;
(i) Menyelaras proses pengkomersialan projek / produk tertakluk kepada
dasar yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK); dan
(j) Memaklumkan kepada pelajar secara bertulis sekiranya projek mereka
berjaya dikomersialkan untuk urusan pembahagian hasil pengkomersialan
dalam kalangan pencipta.

Mukasurat |18

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

2.3.6 Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Menguruskan peruntukan aktiviti projek pelajar di peringkat jabatan/ politeknik/ luar
politeknik.
Nota: Rujuk Garis Panduan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Malaysia yang sedang berkuatkuasa

(berkaitan aktiviti pelajar).

2.3.7 Penyelaras WBL Jabatan

Memastikan kelancaran pelaksanaan Kursus Projek pelajar semasa WBL.
Nota: Rujuk Buku Garis Panduan Work Based Learning (WBL) Program masing-masing dan

Buku Panduan Work Based Learning (WBL) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti yang sedang berkuatkuasa.

2.3.8 Ketua Program

Berikut merupakan tugas sebagai Ketua Program:
(a) Memantau pelaksanaan dan penilaian Kursus Projek berdasarkan
dokumen kurikulum yang sedang berkuatkuasa;
(b) Menganalisis pencapaian hasil pembelajaran; dan
(c) Mengawalselia penambahbaikan program pengajian secara berterusan
(CQI).

2.3.9 Penyelaras Projek Jabatan

Berikut merupakan tugas sebagai Penyelaras Projek Jabatan:
(a) Menjadi perantara antara UPIK dan jabatan akademik;
(b) Menyediakan maklumat berkaitan projek pelajar;
(c) Menyediakan takwim/jadual perancangan aktiviti pelaksanaan Kursus
Projek sepanjang semester;
(d) Menyediakan senarai penyelia projek dan disahkan oleh Ketua Jabatan;
(e) Memberi taklimat kepada penyelia projek dan pelajar;

Mukasurat |19

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(f) Mengenal pasti dan melantik panel penilai projek dengan pengesahan;
(g) Menyimpan satu salinan Borang Pendaftaran Projek Pelajar yang telah

disahkan;
(h) Mewujudkan pangkalan data inventori projek yang diselenggara di jabatan;
(i) Menyediakan surat kebenaran kepada pelajar untuk menjalankan kajian

atau projek;
(j) Menyelaras pertandingan / simposium / kolokium / seminar projek pelajar

jabatan;
(k) Menyimpan satu salinan Laporan Akhir Projek; dan
(l) Menyimpan hasil projek jika berkeperluan.

2.3.9 Penyelaras Kursus Projek

Berikut merupakan tugas sebagai Penyelaras Kursus Projek Jabatan:
(a) Menjadi pegawai perantara antara pelajar dan penyelia projek;
(b) Memberi taklimat projek pelajar mengikut takwim/jadual perancangan
aktiviti pelaksanaan Kursus Projek, Kalendar Akademik dan Buku Panduan
Pelaksanaan Projek Pelajar yang sedang berkuatkuasa;
(c) Mengedarkan jadual perancangan aktiviti projek sepanjang semester;
(d) Mengedarkan senarai penyelia projek yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
(e) Menyediakan senarai pelajar berserta penyelia projek;
(f) Mengesahkan cadangan projek pelajar;
(g) Menyerahkan satu salinan Borang Pendaftaran Projek pelajar yang telah
diluluskan kepada Penyelaras Projek Jabatan;
(h) Menyimpan satu salinan Borang Pendaftaran Projek pelajar yang telah
disahkan;
(i) Mengedarkan senarai Panel Penilai projek yang dilantik;
(j) Mengedarkan jadual pembentangan projek;
(k) Memastikan kursus dilaksanakan mengikut kurikulum;
(l) Menyediakan prosedur dan panduan penilaian Kursus Projek;
(m) Menganalisis pencapaian hasil pembelajaran Kursus Projek; dan

Mukasurat |20

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(n) Membuat cadangan penambahbaikan Kursus Projek secara berterusan
(CQI).

2.3.11 Penyelia Projek

Berikut merupakan tugas sebagai Penyelia Projek;
(a) Membincang dan mengesahkan tajuk serta skop projek;
(b) Meluluskan dan menyerahkan Borang Pendaftaran Projek pelajar
kepada Penyelaras Projek Jabatan dan / atau Penyelaras Kursus Projek
pada awal semester untuk pengesahan (Lampiran A: Borang
Pendaftaran Projek);
(c) Menyerahkan salinan asal Borang Pendaftaran Projek pelajar yang
telah disahkan kepada pelajar;
(d) Menyemak dan mengesahkan Buku Log Projek pelajar (jika berkaitan);
(e) Mengadakan pertemuan / perbincangan secara bersemuka atau dalam
talian (online) serta menyemak kemajuan projek sekurang-kurangnya enam
(6) kali setiap semester (Lampiran G-2: Laporan Kemajuan Projek Pelajar)
dengan pelajar yang menjalankan projek akhir semasa latihan WBL di
industri;
(f) Membimbing, memudahcara dan menyelia pelajar supaya proses
pembelajaran, pengisian pengetahuan dan perjalanan projek dapat
dilaksanakan ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan;
(g) Memastikan penulisan adalah berdasarkan format dan panduan penulisan
yang telah di tetapkan;
(h) Membimbing dan menasihati pelajar cara-cara penulisan kertas
cadangan/laporan bersesuaian dengan jenis projek yang dilaksanakan oleh
pelajar;
(i) Menilai projek pelajar di bawah seliaan;
(j) Merekod dan menyerah markah kepada Penyelaras Kursus Projek;
(k) Memastikan pelajar menghantar satu salinan Laporan Akhir Projek dan /
atau produk kepada Penyelaras Projek Jabatan mengikut tarikh yang
ditetapkan; dan

Mukasurat |21

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(l) Bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar ketika di makmal/bengkel
di politeknik (jika berkaitan).

2.3.12 Mentor Industri

Berikut merupakan tugas Mentor Industri semasa pelajar berada di dalam semester WBL:
(a) Memberi cadangan tajuk projek pelajar;
(b) Meluluskan cadangan projek pelajar (jika berkaitan);
(c) Membimbing, memudahcara dan menyelia pelajar supaya proses
pembelajaran, pengisian pengetahuan dan perjalanan projek dapat
dilaksanakan ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan;
(d) Menyemak dan mengesahkan Buku Log Projek pelajar secara berkala (jika
berkaitan); dan
(e) Menilai projek pelajar mengikut keperluan kursus.

2.3.13 Pelajar

Berikut merupakan tugas sebagai pelajar:
(a) Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut kriteria
penilaian yang ditetapkan;
(b) Mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan, kesihatan dan etika di
tempat kerja (jika berkaitan);
(c) Membuat kajian awal keperluan industri atau komuniti dalam menentukan
pemilihan tajuk, keaslian idea dan hala tuju projek serta mempunyai nilai
komersial;
(d) Memilih projek yang menyumbang kepada keperluan industri atau komuniti
dan digalak mengadakan kolaborasi dengan pihak berkenaan;
(e) Melengkapkan dan mengemukakan Borang Pendaftaran Projek kepada
Mentor Industri dan / atau Penyelia Projek dalam tempoh yang ditetapkan
untuk kelulusan (Lampiran A: Borang Pendaftaran Projek);
(f) Melaksanakan projek mengikut takwim/jadual perancangan aktiviti
pelaksanaan Kursus Projek dan carta gantt pelaksanaan projek;

Mukasurat |22

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(g) Merekod kemajuan projek dalam Buku Log Projek dan mendapatkan
pengesahan Penyelia Projek / Mentor Industri;

(h) Mengadakan pertemuan / perbincangan secara bersemuka atau dalam talian
(online) dengan Penyelia Projek (politeknik) sekurang-kurangnya enam (6)
kali setiap semester (Lampiran G-2: Laporan Kemajuan Projek Pelajar) bagi
pelajar yang menjalankan projek akhir semasa latihan WBL di industri;

(i) Mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian atau projek
daripada Ketua Jabatan (jika perlu);

(j) Mendapatkan kebenaran keluar untuk menjalankan kajian atau projek
daripada tempat latihan semasa menjalani latihan WBL di industri;

(k) Menyedia dan menyerahkan Laporan Akhir Projek kepada Penyelia Projek
untuk pembentangan dan penilaian projek;

(l) Membentangkan hasil projek di symposium / kolokium / seminar / sesi
pembentangan;

(m) Memohon kebenaran secara bertulis kepada jabatan sekiranya terdapat
tawaran pembelian daripada mana-mana syarikat atau organisasi semasa
tempoh pengajian mahupun selepas bergraduat; dan

(n) Mengikuti arahan pihak politeknik dari semasa ke semasa.

Mukasurat |23

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAB 3: PERANCANGAN PROJEK

3.1 Peraturan Projek

Berikut merupakan peraturan dalam pelaksanaan projek yang perlu dipatuhi berdasarkan
keperluan program pengajian:

(a) Pelajar dibenarkan mengambil Kursus Projek mengikut syarat kurikulum
program pengajian.

(b) Pelajar yang mendaftar Kursus Projek sahaja yang dibenarkan untuk
melaksanakan projek.

(c) Pelajar hendaklah mendapatkan bimbingan/khidmat nasihat daripada
Penyelia Projek / Mentor Industri dalam pemilihan tajuk projek.

(d) Pemilihan tajuk adalah berdasarkan bidang program pengajian masing-
masing dan pelajar amat digalakkan melaksanakan projek merentasi
bidang yang dipelajari seiring dengan perkembangan teknologi Revolusi
Industri 4.

(e) Pelajar perlu mendaftar tajuk projek (Lampiran A: Borang Pendaftaran
Projek).

(f) Pertukaran tajuk projek dan Penyelia Projek / Mentor Industri dibenarkan
dengan kebenaran Penyelaras Kursus Projek (Lampiran C: Borang
Permohonan Pertukaran Tajuk Projek).

(g) Pelajar perlu menyediakan carta gantt pelaksanaan projek (Lampiran B:
Carta Gantt Projek Pelajar).

(h) Pelajar perlu merekodkan aktiviti pelaksanaan projek dalam Buku Log
(Lampiran G-1: Buku Log Projek).

(i) Penggunaan fasiliti politeknik perlu mendapat kelulusan daripada pegawai
yang bertanggungjawab (Lampiran D: Borang Permohonan Penggunaan
Kemudahan Makmal / Bengkel).

Mukasurat |24

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(j) Pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran daripada politeknik sekiranya
projek tersebut melibatkan agensi luar/industri (Lampiran E: Surat Mohon
Khidmat Kepakaran). Namun, ianya tidak terpakai bagi projek pelajar yang
dilaksanakan semasa menjalani latihan WBL di industri.

(k) Pelajar wajib memenuhi semua komponen penilaian Kursus Projek dalam
program pengajian yang diikuti. Pelajar yang gagal berbuat demikian boleh
diberikan status GAGAL Kursus Projek.

(l) Projek pelajar akan disimpan di politeknik selama setahun sebagai bahan
rujukan (jika berkaitan).

(m) Pelajar perlu memastikan hasil penulisan projek adalah bebas dari unsur
plagiat.

3.2 Agihan Pelajar Dan Penyelia Projek
Agihan pelajar dan Penyelia Projek dilaksanakan oleh Penyelaras Projek Jabatan/
Penyelaras Kursus Projek.

3.3 Pemilihan Projek
Pemilihan projek dilaksanakan selepas perbincangan di antara Penyelia Projek, Mentor
Industri, dan pelajar berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di Bab 1, perkara 1.4.

3.4 Pembiayaan
Kos keseluruhan projek pelajar ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. Walau
bagaimanapun, politeknik tiada halangan sekiranya pelajar mendapatkan mana-mana
penajaan untuk melaksanakan projek tersebut dan perlu memaklumkannya kepada
Penyelia Projek.

Mukasurat |25

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAB 4: PELAKSANAAN PROJEK

4.1 Carta Alir Pelaksanaan Projek 1

Pelaksanaan projek dari awal hingga ke akhir perlu melalui proses dan prosedur yang
telah ditetapkan dalam kurikulum program pengajian masing-masing. Rujuk Carta Alir
Pelaksanaan Projek 1 (Rajah 4.1) dan penerangannya bagi pelaksanaan projek pelajar.

Carta Alir Pelaksanaan Projek 1 Pelaksana Rujukan

Mula Pelajar Kalendar Akademik /
Pendaftaran Kursus Projek 1 takwim/jadual
Penyelaras Projek
Taklimat Projek Jabatan perancangan aktiviti
Penyerahan Kertas Cadangan Awal pelaksanaan Kursus
Pelajar
Projek

Buku Panduan
Pelaksanaan Projek

Pelajar (Program
Pengajian Sarjana Muda)

- B4P(SM)

Tolak Penilaian Kertas Cadangan Awal Penyelia B4P(SM)
Tolak Projek/penyelaras Kursus
Terima Projek/penyelaras Projek Lampiran A
Penyerahan Borang Pendaftaran Projek Borang Pendaftaran
Jabatan
Penyediaan Kertas Cadangan Projek
Pelajar
Pembentangan Kertas Cadangan
Pelajar
Terima
Pembetulan Kertas Cadangan Pelajar dan Panel Lampiran F
Penilai Contoh Rubrik

Pelajar

Penyerahan Kertas Cadangan Akhir Pelajar dan Penyelia Rubrik Penilaian
Projek Kertas Cadangan
Penilaian Kertas Cadangan Akhir Projek mengikut
Pelajar Penyelia Projek dan program pengajian
Panel Penilai
Perekodan Markah
Penyelia
Projek/penyelaras Kursus

Tamat
y/

Rajah 4.1: Carta Alir Pelaksanaan Projek 1

Mukasurat |26

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

4.1.1 Pendaftaran Kursus Projek 1

Pelajar mendaftar Kursus Projek 1 secara dalam talian (online).

4.1.2 Taklimat Projek

Penyelaras Projek Jabatan/Penyelaras Kursus Projek memberi taklimat kepada Penyelia
Projek dan pelajar berkaitan pelaksanaan projek pelajar pada setiap awal semester.
Penerangan ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat mendapat maklumat yang
jelas dan seragam terhadap tugas serta tanggungjawab masing-masing ke arah
penghasilan projek pelajar yang berkualiti dan berinovasi serta memenuhi keperluan
program pengajian. Isi kandungan taklimat yang dicadangkan adalah seperti berikut:

(a) Course Outline (CLO, PLO, AST) berdasarkan dokumen kurikulum;
(b) Aktiviti pelaksanaan projek mengikut Kalendar Akademik dan takwim/ jadual

perancangan aktiviti pelaksanaan Kursus Projek;
(c) Jenis-jenis projek berdasarkan keperluan program pengajian masing-

masing;
(d) Tema, tajuk dan idea projek dalam bidang;
(e) Pengagihan pelajar mengikut Penyelia Projek;
(f) Pendaftaran tajuk projek yang dipersetujui oleh Penyelia Projek dan atau

Mentor Industri kepada Penyelaras Projek Jabatan;
(g) Penulisan kertas cadangan dan carta Gantt;
(h) Penilaian pembentangan dan kertas cadangan;
(i) Buku Log pelajar (jika berkaitan);
(j) Pelaksanaan projek pelajar;
(k) Pembahagian markah berdasarkan dokumen kurikulum program pengajian;
(l) Pelaporan, pembentangan dan Laporan Akhir Projek;
(m) Pembiayaan projek;
(n) Hak milik projek; dan
(o) Buku Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Pengajian Sarjana

Muda) yang sedang berkuatkuasa yang perlu dipatuhi.

Mukasurat |27

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

4.1.3 Penyerahan Kertas Cadangan Awal
Pelajar perlu menyediakan dan menghantar Kertas Cadangan Awal (rujuk Bab 7:
Penulisan Laporan [para 7.1]) kepada Penyelia Projek masing-masing.

4.1.4 Kelulusan Kertas Cadangan Awal
Penyelia Projek harus menyelia dan menyemak Kertas Cadangan Awal pelajar untuk
menentukan kesesuaian projek mengikut program. Sekiranya Kertas Cadangan Awal
gagal menepati kriteria yang ditetapkan, pelajar perlu membuat pembetulan ke atas
Kertas Cadangan Awal tersebut.

4.1.5 Penyerahan Borang Pendaftaran Projek
Pelajar haruslah mengemukakan Borang Pendaftaran Projek (Lampiran A: Borang
Pendaftaran Projek) untuk memilih tajuk projek mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tajuk projek yang dipilih hendaklah memenuhi keperluan program pengajian. Cetusan
idea projek adalah daripada hasil perbincangan pelajar bersama Penyelia Projek dan
atau Mentor Industri. Pelajar mestilah merujuk kepada pangkalan data inventori projek di
jabatan sebelum memberi cadangan tajuk kepada Penyelia Projek. Penyelia Projek dan
atau Mentor Industri perlu mengesahkan tajuk projek yang telah dipilih oleh pelajar.
Pelajar perlu menyerahkan Kertas Cadangan Awal kepada Penyelia Projek dan
Penyelaras Kursus Projek.

4.1.6 Penyediaan Kertas Cadangan
Penyediaan Kertas Cadangan mestilah mengikut Buku Panduan Pelaksanaan Projek
Pelajar (Program Pengajian Sarjana Muda) dalam Bab 7: Penulisan Laporan (perkara
7.2).

Mukasurat |28

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

4.1.7 Pembentangan Kertas Cadangan Awal
Pelajar harus membentang Kertas Cadangan dan panel penilai akan menilai Kertas
Cadangan pelajar. Sekiranya pembentangan Kertas Cadangan gagal memenuhi kriteria
yang ditetapkan maka pelajar perlu membuat pembetulan dan membentangkan semula
Kertas Cadangan tersebut.

4.1.8 Pembetulan Kertas Cadangan
Bagi Kertas Cadangan yang memenuhi kriteria tetapi terdapat komen dari panel penilai,
pelajar tersebut dikehendaki melakukan pembetulan yang sewajarnya dengan bimbingan
Penyelia Projek/Mentor serta menghantar semula Kertas Cadangan yang telah
diperbetulkan.

4.1.9 Penyerahan Kertas Cadangan Akhir
Pelajar perlu menyerahkan Kertas Cadangan Akhir kepada Penyelia Projek merujuk pada
takwim/ jadual perancangan aktiviti pelaksanaan Kursus Projek.

4.1.10 Penilaian Kertas Cadangan Akhir
Penyelia Projek menilai Kertas Cadangan Akhir mengikut rubrik projek program
pengajian berkenaan.

4.1.11 Perekodan Markah
Penyelia Projek/Penyelaras Kursus Projek merekodkan markah ke dalam Sistem
Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) atau mana-mana sistem pengurusan yang
digunapakai di politeknik.

Mukasurat |29

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

4.2 Carta Alir Pelaksanaan Projek 2

Pelaksanaan projek dari awal hingga ke akhir perlu melalui proses dan prosedur yang
telah ditetapkan dalam kurikulum program pengajian masing-masing. Rujuk Carta Alir
Pelaksanaan Projek 2 (Rajah 4.2) dan penerangannya bagi pelaksanaan projek pelajar.

Carta Alir Pelaksanaan Projek 2 Pelaksana Rujukan

Mula Pelajar Kalendar Akademik /
Pendaftaran Kursus Projek 2 Takwim/jadual
Penyelia projek
Pelaksanaan Projek Pelajar dan Mentor Perancangan Aktiviti
Pelaksanaan Kursus
Perbincangan Kemajuan Projek Industri
Projek
Penghantaran Draf Laporan Akhir PePlaejalar,japre/nPyeenliayepliraojek
Projek dan / aptraoujemk entor Kertas Cadangan
industri Projek

Pelajar

Pembentangan Pelajar dan Panel Penilai Lampiran F
Projek Contoh Rubrik
Lulus
Gagal
Pembetulan Laporan Akhir Projek
Pelajar
Penyerahan Laporan Akhir Projek
Pelajar Lampiran I
Penilaian Laporan Akhir Projek Penyelia Projek Akuan Keaslian dan

Perekodan Markah Hak Milik

Penyelia Borang Penilaian
Projek/penyelaras Kursus Penyelia

Tamat

Rajah 4.2: Carta Alir Pelaksanaan Projek 2

Mukasurat |30

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

4.2.1 Pendaftaran Kursus Projek 2

Pelajar mendaftar Kursus Projek 2 secara dalam talian (online).

4.2.2 Pelaksanaan Projek

Pelajar perlu melaksanakan projek selari dengan kertas cadangan projek yang telah
diluluskan mengikut takwim/jadual perancangan aktiviti pelaksanaan Kursus Projek dan
carta Gantt pelaksanaan projek.

4.2.3 Perbincangan Kemajuan Projek

Buku Log Projek perlu dilengkapkan dan dikemaskini secara berkala oleh pelajar untuk
dikemukakan kepada Penyelia Projek / Mentor Industri bagi tujuan pemeriksaan dan
pengesahan setiap kali pertemuan (Lampiran G-1: Buku Log Projek). Bagi pelajar yang
menjalankan projek akhir semasa latihan WBL di industri, pertemuan/perbincangan
secara bersemuka atau dalam talian (online) dengan Penyelia Projek (politeknik) harus
dilakukan sekurang-kurangnya enam (6) kali setiap semester (Lampiran G-2: Laporan
Kemajuan Projek Pelajar).

4.2.4 Penghantaran Draf Laporan Akhir Projek

Laporan Akhir Projek yang telah dihasilkan oleh pelajar haruslah merujuk kepada Bab 7:
Penulisan Laporan dan disemak oleh Penyelia Projek.

4.2.5 Pembentangan Projek

Pelajar perlu membentangkan projek dan panel penilai akan membuat penilaian mengikut
rubrik projek program pengajian yang telah ditetapkan. Sekiranya projek gagal memenuhi
kriteria yang ditetapkan maka pelajar perlu membuat perbincangan dengan Penyelia
Projek dan seterusnya membuat pembetulan, menghantar draf Laporan Akhir Projek dan
membuat pembentangan semula.

Mukasurat |31

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

4.2.6 Pembetulan Laporan Akhir Projek

Berdasarkan cadangan panel penilai, pelajar dikehendaki melakukan pembetulan yang
sewajarnya dengan bimbingan Penyelia Projek dan / atau Mentor Industri serta
menghantar semula Laporan Akhir Projek yang telah dimurnikan.

4.2.7 Penyerahan Laporan Akhir Projek

Pelajar dikehendaki menyerahkan:
 DUA (2) naskah Laporan Akhir Projek berjilid yang telah disahkan oleh Penyelia
Projek dan Penyelaras Kursus Projek serta DUA (2) cakera padat (CD)/softcopy
kepada Penyelia Projek dan Penyelaras Projek Jabatan/Penyelaras Kursus
Projek.
 Borang Akuan Keaslian Dan Hak Milik (Lampiran I) kepada Penyelaras Projek
Jabatan/Penyelaras Kursus Projek untuk rekod simpanan.

4.2.8 Penilaian Laporan Akhir Projek

Penilaian Laporan Akhir Projek akan dinilai oleh Penyelia Projek setelah laporan berjilid
diserahkan kepada Penyelaras Projek Jabatan/Penyelaras Kursus Projek.

4.2.9 Perekodan Markah

Penyelia Projek/penyelaras Kursus Projek merekodkan markah ke dalam sistem
penilaian politeknik

4.3 Penilaian

Penilaian pelaksanaan projek dilakukan sepanjang semester. Pencapaian pelajar diukur
berdasarkan Assessment Specification Table (AST) dan penilaian sumatif berdasarkan
hasil pembelajaran yang ditetapkan di dalam dokumen kurikulum program pengajian.
Setiap komponen penilaian (merujuk kepada komponen penilaian Kursus Projek dalam

Mukasurat |32

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

program pengajian masing-masing) perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar dan
dinilai secara individu. Penilaian dilaksanakan oleh penyelia dan panel penilai yang
dilantik. Panel penilai dari setiap jabatan atau institusi dan industri luar akan dilantik untuk
menilai pembentangan projek pelajar. Pemilihan tempat dan masa yang sesuai akan
ditentukan oleh Penyelaras Projek Jabatan. Penilaian adalah menggunakan Borang
Pemarkahan Projek berserta rubrik (Lampiran F) yang berkaitan mengikut program
pengajian. Perkara yang dinilai mengikut kesesuaian program pengajian adalah seperti
berikut:

(a) Kertas Cadangan
(b) Hasil Projek
(c) Laporan Projek Akhir
(d) Pembentangan
(e) Buku Log Projek
(f) Kehadiran
(g) Penglibatan

Semua bentuk penilaian adalah tertakluk kepada Arahan-Arahan Peperiksaan dan
Kaedah Penilaian (Sarjana Muda) Politeknik Malaysia (dikeluarkan oleh BPN, JPPKK)
yang sedang berkuatkuasa. Contoh rubrik di Lampiran F adalah:

(a) Rubric for involvement evaluation
(b) Rubric for logbook format evaluation
(c) Rubric for presentation evaluation
(d) Rubric for final report evaluation
(e) Rubric for model evaluation
(f) Rubric for innovation and creativity evaluation

Nota: Rubrik boleh diubahsuai mengikut kesesuaian program pengajian/kursus.

Panel penilai boleh terdiri daripada pensyarah politeknik dan panel luar daripada
industri/institusi pengajian yang dilantik oleh politeknik. Antara tugas panel penilai projek
adalah:

Mukasurat |33

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(a) Menilai pembentangan projek menggunakan borang pemarkahan atau
rubrik mengikut program pengajian; dan

(b) Memberi maklum balas untuk penambahbaikan projek pelajar.

4.3.1 Pelajar boleh DIGAGALKAN Kursus Projek sekiranya:
(i). Tidak mendaftar Kursus Projek.
(ii). Tidak memenuhi sepenuhnya komponen penilaian Kursus Projek merujuk
kepada kurikulum program pengajian yang sedang berkuatkuasa.
(iii). Tidak memenuhi Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian
(Sarjana Muda) Politeknik Malaysia (dikeluarkan oleh BPN, JPPKK) dan
Buku Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Pendekatan WBL
(sekiranya berkaitan) yang sedang berkuatkuasa serta arahan yang
dikeluarkan oleh politeknik dari semasa ke semasa.

4.3.2 Namun, dalam keadaan tertentu, pihak pengurusan boleh menggunakan budi
bicara dalam melaksanakan arahan dalam perkara 4.3.1 di atas.

4.4 Inventori Projek

Penyelaras Projek Jabatan hendaklah sentiasa mengemaskini inventori Projek Pelajar
supaya tiada projek yang berulang atau bertindih dengan projek-projek yang
dibangunkan sebelum ini. Pelajar perlu merujuk kepada inventori projek sebelum
memberi cadangan tajuk kepada Penyelia Projek. Walau bagaimanapun, pelajar boleh
merujuk kepada projek-projek terdahulu bagi tujuan penambahbaikan produk sedia ada.

Pelajar juga perlu menyerahkan Borang Inventori Projek dalam bentuk hardcopy dan
softcopy kepada Penyelia Projek disertakan sekali dengan laporan dan hasil projek
(Lampiran J). Inventori ini perlu disimpan di peringkat program pengajian, jabatan dan
politeknik. Antara maklumat yang diperlukan dalam inventori projek ialah:

(a) Tajuk projek
(b) Ahli kumpulan

Mukasurat |34

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(c) Kategori kluster penyelidikan (rujuk Bab 1: PENGENALAN)*
(d) Penyelia Projek
(e) Abstrak projek
4.5 Penyertaan Dalam Pertandingan/ Simposium/ Kolokium/ Seminar
Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan atau pembentangan hasil/inovasi
projek di seminar/kolokium di mana-mana peringkat. Penglibatan pelajar dalam
pertandingan inovasi dan kemahiran seperti International Invention & Innovation
Exhibition (ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE), Innovation and Invention
Competition through Exhibition (iCompEx), International Engineering Invention &
Innovation Exhibition (i-Envex) dan lain-lain pertandingan berprestij dapat meningkatkan
kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.
Sebarang penyertaan projek dalam mana-mana pertandingan disarankan agar merujuk
kepada Ketua UPIK politeknik masing-masing bagi tujuan penyelarasan dan semakan
bahan pertandingan seperti poster dan sebagainya (Lampiran K: Template Poster
Pertandingan Inovasi Projek Pelajar) supaya menepati standard yang ditetapkan.

Selain itu, pertandingan sebegini dapat menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam
bidang penyelidikan dan seterusnya mewujudkan kolaborasi antara politeknik dengan
agensi luar seperti badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan
usahawan dan orang persendirian di dalam dan di luar negara. Justeru, usaha sebegini
diharap dapat melahirkan kumpulan tenaga kerja mahir ke arah memacu industri negara
setanding dan setaraf dengan pencapaian di negara-negara maju.

Mukasurat |35

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAB 5: HARTA INTELEK PROJEK

Harta intelek terdiri daripada hakcipta dan harta industri (termasuk paten, cap dagangan,
rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan rekabentuk susunatur litar bersepadu)
yang setiap satunya mempunyai hak eksklusif tertentu yang sah dari segi undang-
undang.

5.1 Keaslian Projek

Sesebuah projek dikategorikan sebagai asli apabila projek tersebut dihasilkan atau
dibangunkan sendiri oleh pelajar secara individu atau berkumpulan tanpa unsur plagiat.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua), plagiat adalah hasil
mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri
(biasanya dalam hal karang-mengarang). Dalam konteks ini, plagiat merujuk kepada
perbuatan mengguna atau meniru hasil kerja/karya orang lain tanpa kebenaran dan
secara sedar mengakui hasil kerja/karya tersebut sebagai hasil kerja / karya sendiri tanpa
memberikan kredit/pengiktirafan kepada pengkarya asal. Tindakan memberi kredit atau
mengiktiraf pengkarya asal boleh dizahirkan dengan memetik (quote) atau menyatakan
(cite) sumber yang dirujuk. Berdasarkan Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah
Penilaian (Sarjana Muda) Politeknik Malaysia (dikeluarkan oleh BPN, JPPKK) yang
sedang berkuatkuasa, plagiat merupakan bentuk penyelewengan akademik dan sabit
kesalahan, boleh dikenakan tindakan. Justeru, penilaian keaslian projek pelajar perlu
melibatkan proses penapisan bagi memastikan ianya bebas daripada unsur plagiat

5.2 Carian Paten

Carian paten (prior art search) adalah bentuk semakan yang dilakukan terhadap
rekacipta terdahulu bagi memastikan elemen terbaru (novelty) sesuatu rekacipta di
samping mengelakkan perlanggaran hak harta intelek (infringement) atau peniruan
rekacipta.

Mukasurat |36

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Bagi melakukan proses carian paten, Cara mudah adalah dengan menggunakan kata
kunci (keywords) menerusi dua sumber seperti berikut:

(i). Google Patent menerusi pautan https://patents.google.com
(ii). Laman sesawang rasmi Jabatan Cap Dagang dan Paten Amerika Syarikat

(US Patent and Trademark Office) http://www.uspto.gov/patent.

Maklumat yang lebih terperinci mengenai harta intelek termasuk paten boleh dilayari
laman sesawang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), menerusi pautan
http://www.myipo.gov.my. MyIPO merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh
kerajaan bagi menguruskan perkara berkaitan harta intelek.

5.3 Hak Milik Projek

Hak milik projek boleh dibahagikan kepada TIGA (3) kategori:
(a) Semua hasil projek pelajar adalah hak milik politeknik sekiranya:
 Projek itu dibangun atau direka cipta atas keperluan program
pengajian politeknik; dan
 Projek dijanakan, direka cipta, dibangunkan atau dihasilkan dengan
menggunakan kemudahan, bahan, dana atau sumber lain milik
politeknik; atau
 Projek tersebut direka cipta dengan sokongan dan di bawah seliaan
Penyelia Projek politeknik.
(b) Semua hasil projek pelajar menerusi kolaborasi dengan pihak industri akan
menjadi hak milik bersama politeknik dan industri mengikut terma
kolaborasi yang telah dipersetujui di antara politeknik dan industri.
(c) Semua hasil projek pelajar juga akan menjadi hak milik industri mengikut
terma kolaborasi yang telah dipersetujui di antara politeknik dan industri.

Mukasurat |37

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

5.3 Pendaftaran Harta Intelek
Pendaftaran harta intelek (paten, reka bentuk perindustrian, cap dagangan, reka bentuk
susunatur litar bersepadu, hakcipta atau pembaharuan utiliti) adalah amat digalakkan
sebelum menyertai sebarang bentuk pertandingan atau pameran terutamanya bagi
projek pelajar yang mempunyai nilai pembaharuan (novelty) dan nilai komersial. Pemilik
berdaftar bagi perlindungan harta intelek projek pelajar adalah politeknik (rujuk Dasar dan
Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum Program Pengajian yang sedang
berkuatkuasa). Bagi tujuan yang sama, perekacipta adalah terdiri daripada Penyelia
Projek serta pelajar yang terlibat dalam menghasilkan projek/rekacipta berkenaan
5.4 Pengkomersialan
Projek pelajar yang diiktiraf atau disenaraikan berpotensi untuk dikomersialkan menerusi
pelbagai platform pertandingan atau pameran boleh dipertimbangkan bagi tujuan
pengkomersialan mengikut pekeliling yang berkuatkuasa. Penyelia Projek boleh merujuk
kepada Ketua Unit Penyelidikan dan Komersialan (UPIK) di politeknik masing-masing.

Mukasurat |38

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAB 6: BUKU LOG PROJEK

6.1 Pengenalan

Buku Log Projek disediakan khas untuk pelajar mencatat setiap aktiviti kerja/penemuan
baru dan tugasan yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Buku ini juga
merupakan salah satu kaedah untuk Penyelia Projek/Mentor Industri mengenal pasti dan
menilai sikap, inisiatif dan kemajuan projek pelajar. Setiap pelajar perlu melengkapkan
Buku Log Projek yang ditulis dengan jelas dan terperinci bagi tujuan penilaian oleh
Penyelia Projek/Mentor Industri mengikut program pengajian.

6.2 Panduan Dokumentasi Projek

Berikut disenaraikan keperluan dokumentasi pelaksanaan projek:
(a) Pelajar perlu mencatat semua aktiviti berkaitan projek yang dijalankan
mengikut keperluan program. (Lampiran G-1: Buku Log Projek).
(b) Penyelia Projek perlu memberi maklum balas terhadap Buku Log Projek
pelajar setiap minggu (bagi projek pelajar yang dilaksanakan dalam kampus
politeknik) (Lampiran G-1: Buku Log Projek)
(c) Pelajar perlu mengemukakan Laporan Kemajuan Projek setiap dua minggu
kepada Penyelia Projek mengikut keperluan program pengajian (bagi projek
pelajar yang dilaksanakan semasa latihan WBL di industri). (Lampiran G-2:
Laporan Kemajuan Projek Pelajar).
(d) Penyelia Projek memberi maklum balas terhadap Laporan Kemajuan Projek
Pelajar (bagi projek pelajar yang dilaksanakan semasa latihan WBL di
industri) (Lampiran G-2: Laporan Kemajuan Projek Pelajar)
(e) Buku Log Projek perlu dibawa bersama setiap kali mengadakan perjumpaan
dan perbincangan bersama Penyelia Projek/Mentor Industri atau sesiapa
yang berkaitan dengan bidang kajian untuk pengesahan.
(f) Buku Log Projek perlu diserahkan kepada Penyelia Projek/Mentor Industri
untuk disahkan dan/atau dinilai mengikut keperluan program pengajian.

Mukasurat |39

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

BAB 7: PENULISAN LAPORAN

Pelaksanaan projek melibatkan penulisan Kertas Cadangan Awal, Kertas Cadangan dan
Laporan Akhir Projek. Pelaksanaan yang digariskan ini tertakluk kepada keperluan serta
kesesuaian program pengajian di politeknik.

7.1 Kertas Cadangan Awal (Initial Proposal)
Kertas Cadangan Awal perlu mengandungi secara ringkas perkara berikut:

(a) Pengenalan
(i). Tajuk
(ii). Latar Belakang Kajian
(iii). Penyataan Masalah
(iv). Objektif Kajian
(v). Persoalan Kajian (jika perlu)
(vi). Skop Kajian (jika perlu)

(vii). Hasil Kajian (jika perlu)
(b) Kajian Literatur
(c) Metodologi
(d) Rujukan
(e) Anggaran Kos

Nota: Kertas Cadangan Awal tidak melebihi LIMA (5) muka surat

Mukasurat |40

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

7.2 Kertas Cadangan

Kertas Cadangan adalah dokumen yang memperincikan kajian yang hendak
dilaksanakan. Ia merupakan pelan keseluruhan yang menerangkan latar belakang kajian
dan strategi yang digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan kajian,
persoalan kajian dan kepentingan kajian. Senarai Kandungan adalah seperti berikut:

BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Takrifan Istilah / Definisi Operasi
1.9 Rumusan

BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
2.2 Konsep / Teori
2.3 Kajian Terdahulu
2.4 Rumusan

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kaedah Analisis Data
3.6 Rumusan

Rujukan
Lampiran

i. Carta Gantt
ii. Anggaran Kos Perbelanjaan

Nota: Kertas Cadangan tidak melebihi TIGA PULUH (30) muka surat

Mukasurat |41

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

7.3 Laporan Akhir Projek
Laporan Akhir Projek merupakan nukilan asli yang perlu dihasilkan oleh pelajar. Ia
merupakan penulisan yang perlu disediakan dengan terperinci melibatkan keseluruhan
pembangunan/penghasilan projek. Berikut adalah kandungan laporan yang dicadangkan
dalam menghasilkan Laporan Akhir Projek tersebut:
7.3.1 Kandungan Laporan
Kandungan laporan merangkumi DUA (2) bahagian iaitu:

(a) Bahagian Awal (Sila Rujuk Lampiran A – I)
(i). Halaman Tajuk
(ii). Perakuan Keaslian dan Hak Milik
(iii). Penghargaan
(iv). Abstrak
(v). Senarai Kandungan
(vi). Senarai Jadual

(vii). Senarai Rajah
(viii). Senarai Simbol
(ix). Senarai Singkatan

Mukasurat |42

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

(b) Bahagian Utama
Bab 1-3 perlu merujuk kepada huraian dalam Kertas Cadangan. Walau
bagaimanapun, huraian tersebut perlu ditulis dalam bentuk ayat yang telah
dilaksanakan.

BAB 1: PENGENALAN BAB 4: DAPATAN KAJIAN
1.1 Pendahuluan 4.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian 4.2 Kadar Maklum Balas
1.3 Penyataan Masalah 4.3 Dapatan Kajian
1.4 Objektif Kajian 4.4 Rumusan
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Skop Kajian BAB 5: RUMUSAN,
1.7 Kepentingan Kajian PERBINCANGAN DAN
1.8 Takrifan Istilah /Operasi CADANGAN
1.9 Rumusan 5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan
BAB 2: KAJIAN LITERATUR 5.3 Kesimpulan
2.1 Pendahuluan 5.4 Cadangan
2.2 Konsep / Teori 5.5 Rumusan
2.3 Kajian Terdahulu
2.3 Rumusan Rujukan

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN Lampiran
3.1 Pendahuluan i. Carta Gantt
3.2 Reka Bentuk Kajian ii Kos Perbelanjaan
3.3 Kaedah Pengumpulan Data iii Lukisan / Lukisan
3.4 Instrumen Kajian Kejuruteraan dan lain-lain
3.5 Kaedah Analisis Data
3.7 Rumusan

Nota: Laporan Akhir Projek tidak kurang daripada LIMA PULUH (50) muka surat

Mukasurat |43

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

7.3.2 Keterangan Kandungan Laporan

BAB 1: PENGENALAN

Pengenalan merujuk kepada satu rumusan cadangan kajian yang akan dijalankan. Bab
ini merangkumi pendahuluan, latar belakang kajian, penyataan masalah, tujuan dan
objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan definisi terminologi
kajian.

1.1 Pendahuluan

Tujuan pendahuluan adalah untuk memberikan satu gambaran menyeluruh tentang
kajian yang akan dijalankan. Pendahuluan mengetengahkan isu-isu utama yang
berkaitan dengan fokus kajian. Isu-isu ini lazimnya dihuraikan secara ringkas dalam
beberapa perenggan dan disokong dengan dapatan kajian terdahulu.

Contoh 1:

The depletion of world petroleum reserves and the increased environmental
concerns have stimulated the search for alternative sources for petroleum-based
fuel, including diesel fuels. Because of the closer properties, biodiesel fuel (fatty
acid methyl ester) from vegetable oil is considered as the best candidate for diesel
fuel substitute in diesel engines…

Adaptasi petikan dari Kusdiana & Saka (2001)

Contoh 2:

Selepas pertengahan tahun 1990-an, pelancongan penyelaman skuba adalah
antara pelancongan alternatif yang semakin pesat membangun dan popular di
peringkat antarabangsa. Setiap tahun, sejumlah besar pertukaran mata wang
asing berlaku terutamanya di negara-negara pesisir pantai yang mempunyai
potensi persekitaran yang kaya dengan sumber marin terutamanya landskap
semula jadi, pelbagai spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan akuatik, gua atau
gunung berapi di bawah air, dan lain-lain (Hall, 2005; Alban et al., 2008; Peters
dan Hawkins, 2009). Pendapatan sesetengah negara (contohnya, Greece) amat
bergantung kepada industri penyelaman skuba. Kepentingan aktiviti penyelaman
skuba dalam industri pelancongan dapat dilihat dalam Jadual 1…

Adaptasi petikan dari Mapjabil, Yusoh & Zainol (2012)

Mukasurat |44

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Contoh 3:

Generally at frequencies below 7 GHz, excess attenuation or fading due to rainfall
and atmospheric gaseous, frozen particles such as snow, ice crystals is very small
and can be neglected in radio system design. However at frequencies above 7
GHz liquid rain drops in the form of absorption and scattering do become serious
contributes to transmission losses [1, 3]. The attenuation on any given path
depends on the value of specific attenuation, frequency, polarization, temperature,
path length and latitude [4]. The rainfall causes absorption and scattering of radio
waves which result in the reduction of the receive signal level…

Adaptasi petikan dari Ulaganathen, Tharek & Islam (2013)

Contoh 4:

Dalam pasaran hari ini, banyak perniagaan berusaha untuk mencari strategi yang
dapat memberikan kelebihan berbanding pesaing-pesaing lain. Banyak syarikat
masih belum mempunyai kesedaran tentang peluang serta manfaat yang boleh
diperolehi daripada pengurusan rantaian bekalan yang berkesan. Matlamat utama
pengurusan rantaian bekalan adalah untuk mengintegrasikan dengan lancar,
rantaian bekalan daripada pembekal bahan mentah sehingga ke pelanggan, bagi
mendapatkan kelebihan daya saing dalam mencapai kepuasan pelanggan yang
tinggi…

Terjemahan dan adaptasi petikan dari Nik Mohd Masdek & Othman (2014)

1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian merujuk kepada maklumat terkini yang berkaitan isu-isu semasa
yang menjadi fokus kajian. Tujuannya adalah untuk memberitahu pembaca tentang
status semasa dalam industri berhubung isu-isu semasa tersebut. Lazimnya latar
belakang akan disokong dengan rujukan (misalnya buku, artikel jurnal, laporan, surat
khabar atau dasar kerajaan).

Antara perkara yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:
 Apakah situasi semasa dalam industri?
 Kenapa kajian ini perlu dijalankan? (Rasional kajian)

Mukasurat |45

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Contoh 1:
Alkaline catalyzed method is the most developed among biodiesel production
processes. This method has, however, some drawbacks such as difficulties in the
recovery of glycerin, a need for removal of the catalyst, and the energy intensive
nature of the process. Furthermore, oil containing free fatty acids and/or water are
incompletely transesterified and those free fatty acids react with alkaline catalyst
to form saponified products which have to be removed after the reaction. Studies
to reduce these drawbacks will be very useful to improve biodiesel production …

Adaptasi petikan dari Kusdiana & Saka (2001)

Contoh 2:
That network protocols can be vulnerable to attacks is well-known. By sending
unexpected or malformed messages that exploit bugs or inadequate defenses
(e.g., buffer overflows) in protocol implementations, adversaries can crash or
hijack victims. Examples include automatically generating vulnerability signatures
to filter malicious inputs and tracking the influence of tainted inputs on critical
segments of the code [4, 16, 20, 22].
A different and a more subtle class of attacks called manipulation attacks is now
prevalent. In these attacks, the goal of the adversaries is not to crash or hijack
the honest participants but to induce other behaviors that benefit the adversaries
or harm the honest participants. Such attacks have been identified in several
common protocols. For instance, an adversarial TCP receiver can manipulate the

sender into send-Permission to make digital or hard copies of all or part of
their work for personal or classroom use… without paying any fee …[24].

Adaptasi petikan dari Kothari et. al (2011)

Mukasurat |46

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

1.3 Penyataan Masalah

Penyataan masalah merujuk kepada sesuatu isu/masalah yang memerlukan kajian
dijalankan. Ia menghuraikan masalah yang ingin diatasi serta sumbangan dapatan kajian
ke arah menyelesaikan masalah tersebut sama ada secara menyeluruh atau
sebahagiannya. Penyataan masalah mesti mempunyai hubung kait yang jelas dengan
latar belakang kajian.

Contoh 1:
Most of the research and studies related to rain fade or rain attenuation are based
on data obtained from the temperate region. These models do not give an
accurate prediction of rain fade in tropical and equatorial regions. Little is known
about the effects of persistent heavy rainfall in tropical regions, particularly on the
26-GHz frequency band, which offers advantages such as higher bandwidth to
broadband wireless access (BWA) and higher bit rates to individual users than
the more typically used 10 GHz. Therefore, studies are needed to obtain a better
rain attenuation prediction model that suits the tropical and equatorial climates in
order to establish a reliable prediction method for rain attenuation.

Adaptasi petikan dari Ulaganathen, Tharek & Islam (2013)

Contoh 2:
Kejadian keracunan makanan akibat bakteria Campylobacter sp.yang terdapat
pada ayam semakin meningkat. Bakteria ini boleh menyebabkan cirit birit,
kerosakan sistem saraf dan kelumpuhan serta kerugian ekonomi. Setakat ini,
pengawalan Campylobacter sp. hanya tertumpu pada kawalan di ladang ayam
daging. Akan tetapi adalah mustahil untuk mencapai kawalan sempurna
sepanjang masa. Justeru itu, inisiatif untuk pengawalan yang berfokuskan
kepada persekitaran penyediaan makanan dan teknologi kawalan yang mudah
dikendalikan oleh pengguna serta murah amat diperlukan.

Terjemahan dan adaptasi dari Bolton, Meredith, Walsh & McDowell (2014)

Mukasurat |47

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Contoh 3:

Malaysia menghadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan rumah
kediaman oleh rakyat kerana kaedah pembinaan tradisional melibatkan kos
yang tinggi serta kadar produktiviti yang rendah. Secara purata, hanya sebuah
rumah dapat dibina oleh seorang pekerja dalam setahun. Bagi menangani isu
ini, Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) menggalakkan satu
anjakan paradigm dalam proses pembinaan iaitu dari pendekatan tradisional
ke pendekatan perindustrian yang menggunakan Industrialized Building
System (IBS).

Akan tetapi, kajian-kajian yang dijalankan mengenai IBS dalam sektor
pembinaan di Malaysia mendapati terdapat halangan-halangan yang
membantutkan penggunaan kaedah pembinaan baru ini. Setakat ini, satu
gambaran menyeluruh serta pemahaman yang lebih mendalam mengenai
halangan terhadap penggunaan IBS di kalangan pembina-pembina di Malaysia
masih kurang. Tanpa maklumat ini, kajian serta langkah bagi mengatasi
halangan-halangan ini sukar dilaksanakan. Justeru itu, kajian ini …

Terjemahan dan adaptasi dari Nawi, Lee & Nor (2011)

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian perlu dikaitkan dengan penyataan masalah dan dinyatakan dengan jelas
bagaimana masalah tersebut dapat diatasi. Bilangan objektif kajian yang dicadangkan
adalah antara 2 – 4 objektif. Kriteria SMART (spesifik, boleh diukur, boleh dicapai,
realistik dan mengambil kira kekangan masa) adalah disarankan sebagai panduan bagi
penulisan objektif kajian.

Contoh 1:

In this paper, we focus on developing a method to help developers (an
researchers) to:

a. identify whether a protocol implementation is susceptible to manipulation
attacks;

b. compute the sequence of messages that can be used to mount the attack.

Adaptasi petikan dari Kothari et. al (2011)

Mukasurat |48

PROJEK PELAJAR (Sarjana Muda)

Contoh 2:
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji:

1.1 Pencemaran silang Campylobacter sp. Yang berlaku di persekitaran dapur
semasa penyediaan ayam daging

1.2 Membandingkan keberkesanan penggunaan teknologi cook in the bag
dan keberkesanan kaedah sejuk beku sebagai teknologi kawalan
Campylobacter sp.

Terjemahan dan adaptasi dari Bolton, Meredith, Walsh & McDowell (2014)

1.5 Persoalan Kajian
Soalan kajian pada asasnya merupakan soalan khusus yang ingin dijawab oleh
penyelidik berpandukan objektif kajian. Ia hendaklah ditulis dalam bentuk soalan.
Sekiranya soalan kajian melibatkan pengujian hipotesis (misalnya membuat
perbandingan, menentu kewujudan perhubungan, membuat ramalan dan sebagainya),
hipotesis tersebut hendaklah dinyatakan.

Contoh 1:
This study will answer the following research questions:

a. Which protocol implementation is susceptible to manipulation attacks?
b. What sequence of messages computed can be used to mount the attack?

Berdasarkan petikan dari Kothari et. al (2011)

Mukasurat |49


Click to View FlipBook Version