PEMBAZIRAN SISA MAKANAN Baja Organik Bagi Mengatasi Isu Pembaziran Makanan Asas Kelestarian Teknologi Hijau (PALS1012) Nama : Rabiatul Syahindah Batrisyia Binti Mohd Hasruzi Angka Giliran : 20221ý23100ÿþ Kumpulan : RBT 2 Pensyarah : Dr Hairiah Binti Munip
1.0 Konsep 3.1 Jenis sisa makanan 3.2 Punca sisa makanan 3.0 4.0 Isu 4.1 Statistik pembaziran sisa makanan 5.0 2.0 Pengenalan 5.0 Punca Pembaziran Makanan 5.1 Impak pembuangan sisa makanan kepada alam sekitar 5.2 Langkah pihak berkuasa 5.3 Langkah masyarakat 4.0 6.0 Isi Kandungan 6.0 Perhubungan antara sisa makanan dan baja organik 6.1 Apa itu Baja Organik? 6.2 Bahan utama 6.3 Kelebihan baja organik 6.4 Kebaikan Baja Organik terhadap alam sekitar 6.5 Proses pembuatan baja organik 7.0 Alternatif lain 8.0 Kesimpulan 9.0 Rujukan
1.0 Konsep Pembaziran Menggunakan sesuatu secara berlebihan sehingga berbaki dan dibuang Sisa Lebihan/bahan buangan yang terhasil selepas penggunaannya. Makanan Bahan yang boleh dimakan dan dicerna sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair
Pembaziran makanan merupakan isu moral yang bukan sahaja dihadapi oleh negara kita Malaysia, malah melibatkan banyak negara lain termasuk Hongkong, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan lain-lain. Secara umum nya, pembaziran sisa makanan adalah lebihan makanan yang tidak dimakan dan digunakan. Menurut Charon Mokhzani (201þ), pembaziran makanan boleh berlaku di setiap peringkat penggunaan. Menurut beliau juga, pembaziran makanan juga berlaku kerana kurangnya kecekapan dalam proses pengendalian makanan. Dalam pemprosesan makanan, terdapat sebahagian daripada bahan tersebut tidak akan digunakan. Sebagai contoh bagi sebuah pisang, kulit pisang merupakan bahagian daripada pisang tersebut yang tidak digunakan dan dibuang. Hal ini menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan peratusan jumlah sisa makanan di negara. Pembaziran sisa makanan juga berpunca daripada aktiviti pembuangan yang berlaku sepanjang proses persiapan, pengeluaran, pemprosesan makanan serta semasa makan. 2.0 Pengenalan
Sisa yang terhasil semasa proses penyediaan makanan atau proses pengeluaran Sisa dapur 3.0 Jenis Sisa Makanan Sisa baki Makanan terbazir Makanan tamat tempoh Sisa makanan yang kebiasaannya sudah dimasak dan dihidangkan namun tidak boleh dimakan Sisa makanan yang masih boleh dimakan tetapi tidak dimakan dan menjadi lebihan Sisa makanan yang telah tamat tempoh dan tidak selamat dimakan serta terpaksa dibuang
3.1 Punca Sisa Makanan Industri makanan dan minuman, dapur berpusat Pejabat, sekolah dan institusi Restoran, medan selera, kafeteria, kedai kopi, kantin dan “foodcourt” 01 03 02 Pusat membeli belah, gedung pasaraya, pasar borong 04
Pembaziran makanan secara langsung meninggalkan impak kepada masyarakat serta ekonomi negara. Menurut Mohideen Abdul Kader (2022), pembaziran makanan memberikan kesan secara langsung bukan sahaja kepada orang tempatan, tetapi juga secara global di mana ratusan juta orang kini tidak mempunyai makanan untuk dimakan setiap hari. Menurut beliau juga, adalah tidak wajar untuk begitu banyak makanan dibuang ketika kebuluran meluas dan bekalan makanan yang tidak terjamin semakin meningkat. Bekalan makanan yang tidak terjamin tersebut merujuk kepada peratusan lebihan sisa makanan di Malaysia yang semakin meningkat saban hari. 4.0 Isu
Menurut sumber daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa pepejal di negeri bawah seliaan sudah mencecah RM1.ý billion pada 2013. Kos ini dijangka akan meningkat jika berlakunya penambahan sisa makanan pada masa akan datang. Isu ini wajar menjadi kebimbangan bukan sahaja bagi pihak berkuasa namun turut mendatangkan kesan kepada masyarakat. Namun, terdapat juga segelintir individu yang tidak cakna malah memburukkan lagi keadaan. Menurut Mohideen Abdul Kader (2022), Di Malaysia, dilaporkan bahawa kira-kira 10% daripada sampah yang kita buang setiap hari adalah makanan yang masih boleh dimakan. Isu seperti ini dapat dikategorikan sebagai isu yang serius dan perlu dibendung, Jika diberi perhatian yang lebih, jumlah makanan yang dibazirkan boleh menampung keperluan makan kepada sejumlah individu yang terpaksa melalui fasa krisis makanan di negara-negara lain. Menurut beliau juga, ia adalah amalan yang amat memalukan pada masa di mana negara dibelengu oleh kos sara hidup yang tinggi, dengan kenaikkan harga makanan yang memaksa sesetengah pelajar universiti untuk makan hanya sekali sehari, berpuasa dengan kerap dan bertahan dengan sebuku roti selama dua hari. Oleh itu, dapat kita simpulkan disisni negara kita juga merupakan negara yang tergolong dalam kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya namun masih merekodkan jumlah peratusan pembaziran makanan yang tinggi.
4.1 Statistik Pembaziran Sisa Makanan 0.54 Malaysia 0.50 Hongkong 0.36 Singapura Menurut laman web rasmi majlis keselamatan negara (2022), dalam sebuah kajian yang dikeluarkan pada tahun 201ÿ, jumlah pembaziran makanan yang dibuat oleh rakyat Malaysia jauh melebihi jumlah buangan sisa makanan oleh negara-negara maju lain.
RM 7.50 Purata makanan yang dibuang setiap hari RM 225 Purata makanan yang dibuang setiap bulan RM 2700 Purata makanan yang dibuang setahun
Menjana Sejumlah 76% Makanan yang tidak boleh dimakan 24% Makanan yang masih boleh dimakan 17007 tan Sisa makanan sehari Sisa daging dan sayuran Tulang dan kulit buah Spesifikasi Menurut pengendali tapak pelupusan sampah SWCorp Malaysia, "Rakyat di Malaysia menjana 1þ,00þ tan sisa makanan sehari pada 2021. Kebanyakannya (þý%) tidak boleh dimakan seperti tulang dan kulit buah, manakala baki 24% lagi masih boleh dimakan seperti sisa daging dan sayur-sayuran.”
Isu pembaziran makanan ini turut menyebabkan pihak-pihak yang berkuasa seperti kerajaan, persatuan, agensi dan kelab mengeluarkan arahan bagi mengekang isu ini terus terjadi. Perkara ini telah mendapat perhatian salah satu persatuan di negara kita iaitu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Menurut Mohideen Abdul Kader (2022), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah pembaziran makanan yang semakin meningkat yang telah melanda negara selama bertahun-tahun. Ini demikian kerana peningkatan yang direkodkan tidak wajar berlaku dan perlu ditangani dengan usaha dan kerjasama pelbagai pihak. Tambahan, trend peningkatan sisa makanan meningkat pada musim perayaan contohnya Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Ini berikutan kerana setiap perayaan dapat diraikan dengan hidangan-hidangan makanan tanpa anggaran jumlah yang tepat dan sebagainya. Ini juga menyumbang kepada peningkatan pembaziran sisa makanan.
5.0 Punca Pembaziran Makanan 38.7% 31.3% 21.1% 8.3% o.8% Tiada keinginan makan makanan disediakan Makanan rosak Kuantiti makanan terlalu banyak Melebihi tarikh luput Tidak memenuhi selera
Punca pembaziran dapat dipecahkan kepada banyak segi dan aspek tertentu berikutan dengan keadaan, situasi dan kegunaan bahan itu sendiri. Pembaziran juga boleh berlaku pada situasi dimana makanan yang dihidangkan bukan keinginan individu tersebut. Contoh seperti makanan yang telah tersedia di acara dan majlis tertentu tanpa mengikut keinginan individu yang berbeza-beza. Oleh itu, sebenarnya situasi seperti ini bakal menyumbang ke arah pembaziran makanan. Seterusnya, makanan yang rosak dan melebihi tarikh luput juga menjadi faktor makanan terpaksa dibazirkan tanpa cara lain. Namun perkara ini sebenarnya dapat dielakkan dengan mengurangkan pembelian dan memanfaatkan sepenuhnya bahan makanan yang ada. Disamping itu, kuantiti makanan yang banyak dan tidak memenuhi selera juga merupakan punca masalah ini. Ini kerana terdapat premis makanan yang tidak cekap dalam menetapkan kuantiti yang sesuai bagi setiap jenis makanan. Disamping itu, penyediaan makanan yang kurang dari segi rasa, rupa dan tekstur menyebabkan makanan tersebut dibazirkan menjadi sisa. Sebagai contoh premis yang menyediakan makanan yang tidak dimasak dengan kaedah betul dan rasa yang sedap menyebabkan makanan tersebut dibazirkan oleh pelanggan.
Menurut Azrina Sobian (201Ā), antara sikap dan tingkah-laku pengguna yang telah menggalakkan pembuangan makanan ialah kecuaian dalam menguruskan makanan misalnya terlupa menutup makanan atau menyimpan makanan sehingga menyebabkan makanan itu basi dan tidak boleh dimakan. Perhatian yang tidak diberikan menyumbang ke arah pembaziran makanan. Menurut beliau juga, wujud juga masalah persepsi dalam kalangan pengguna di mana mereka tidak tahu atau sedar kesukaran menghasilkan makanan. Ini berpunca dari kurangnya kesedaran dalam diri individu tersebut.
● Menyebabkan bau busuk dari proses sisa makanan yang mengganggu kehidupan seharian majoriti masyarakat sekeliling ● Menarik pembiakan serangga perosak, ulat dan tikus di tapak pelupusan yang boleh mengakibatkan ancaman kesihatan kepada masyarakat sekitar ● Melepaskan gas karbon dioksida ke dalam atmosphera serta menyebabkan lapisan ozon, peningkatan suhu dan perubahan iklim. ● Mencemarkan sumber air permukaan & air bawah tanah serta mencemarkan tanah 5.1 Impak Pembuangan Sisa Makanan Kepada Alam Sekitar
5.2 Langkah Pihak Berkuasa Kempen Menjalankan kempen pendidikan secara berterusan bagi mendidik masyarakat mengenai isu dan implikasi pembaziran makanan Peraturan dan hukuman memperkenalkan peraturan untuk menghukum atau mengambil tindakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan Garis Panduan Memujudkan garis panduan kawalan penyediaan makanan bagi acara-acara rasmi mahupun majlis persendirian
5.3 Langkah Masyarakat Bekukan lebihan makanan yang masih belum digunakan bagi mengekalkan ketahanan bahan tersebut Menderma atau berkongsi makanan yang berlebihan kepada mereka yang memerlukan Membeli mengikut keperluan dan mengawal penggunaan bahan Membuat perancangan Kebajikan Kaedah penyimpanan Menggunakan baki sisa makanan yang masih boleh dimakan contohnya seperti kulit buah oren yang boleh dimakan setelah dikeringkan Guna semula
Walaupun langkah-langkah sudah diperkenalkan dan diambil namun tidak semua langkah dapat memberi kesan sekaligus serta memerlukan tempoh berbeza-beza. Oleh itu, usaha dalam mendidik dan menyedarkan masyarakat melalui pelbagai cara termasuk pendidikan dan sebagainya harus dilakukan dengan segera secara konsisten dan berterusan. Melalui pendidikan pula, kandungannya perlu merangkumi aspek memberi pengetahuan, kesedaran serta kemahiran yang perlu ada dalam usaha menguruskan makanan pada masa kini dan akan datang. Menurut Azrina Sobian (201Ā), mereka juga perlu diberikan kesedaran tentang akibat perbuatan membuang makanan kepada persekitaran, ekonomi dan sosial termasuk diri mereka sendiri.
Sisa-sisa makanan yang dibazirkan sebenarnya penjadi tunjang utama penghasilan baja enzim di dunia. Oleh kerana terdapat masalah dalam pengurusan sisa-sisa makanan dengan baik ia sekaligus dapat memberi kesan kepada alam sekitar. Masalah yang semakin berlarutan ini kemudian dijadikan satu inisiatif baru dalam memelihara alam sekitar. Menurut Farid Ahmad Tarmiji (2022), dalam usaha membendung masalah itu dari berlarutan, Swidweb Solutions yang merupakan syarikat terbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor mengolah sisa makanan terbuang untuk dijadikan baja organik. 6.0 Perhubungan Antara Sisa Makanan dan Baja Organik
6.1 Apa Itu Baja Organik? Baja enzim atau turut dikenali sebagai eco enzim adalah sejenis bahan yang sangat berguna dalam bidang pertanian. Ia sangat berguna untuk bidang pertanian dengan menolong perkembangan dan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tanpa menggunakan bahan-bahan yang dapat mencemarkan tanah seperti kimia dan sebagainya. Baja enzim bukan sahaja bersifat berguna, malah ia turut melindungi alam sekitar dan memelihara kesihatan manusia. Disamping itu, baja enzim juga merupakan baja semulajadi yang sekaligus dapat mengekalkan dan meningkatkan kesuburan tanah. Menurut Hailmi (2020), kegunaan enzim sisa buangan organik adalah sangat pelbagai.
6.2 Bahan Utama Menurut Farid Ahmad Tarmiji (2022), daripada jumlah 100kg sisa makanan diproses, hanya 10kg baja organik terhasil. ● Lebihan sisa-sisa makanan ○ Contohnya cebisan sayur-sayuran, kulit buah, nasi dann lain lain ● Air Bersih ● Garam ● Mikroorganisma ○ Contohnya tauhu dan tempe ● Oksigen ( proses penguraian )
6.3 Kelebihan Baja Organik Penjimatan kos pembajaan Membekalkan nutrien yang berterusan Memperbaiki struktur tanah Mengurangkan jumlah sisa makanan Memperbaiki sifat tanah
Penghasilan baja organik yang turut melibatkan penggunaan sisa-sisa makanan ini sekaligus dapat mengurangkan beban terhadap alam sekitar. Ia juga membantu mengembalikan kelestarian alam sekitar dan boleh mengurangkan pencemaran dari sisa buangan makanan. 6.4 Kebaikan Baja Organik terhadap alam sekitar
Melibatkan 2 larutan berbeza :- ● Larutan 1 ○ Cebisan-cebisan sayur atau buahan yang ingin digunakannya serta segenggam garam ● Larutan 2 ○ Letakkan tempe yang berfungsi kerana mengandungi mikroorganisma yang bertindak sebagai agen pengomposan serta segenggam gula ● Larutan dibiarkan melarut 2-3 hari ● Campurkan kedua-dua larutan selepas dibiarkan ke dalam sebuah bekas tertutup ● Campuran larutan tersebut kemudian dibiarkan 1-2 hari agar peningkatan suhu dapat terjadi ● Kemudian, sisa-sisa makanan lain boleh dicampurkan dan dibiarkan lagi ● Gaul larutan dan sisa tersebut hari demi hari bagi membolehkan udara masuk untuk mempercepatkan proses penguraian 6.5 Proses Pembuatan Baja Organik
Menurut Haidatina Aznam (2022), selama proses penguraian, bekas mesti ditutup. Menurut beliau juga, proses penguraian ini akan memakan masa 2-3 bulan mengikut bahan-bahan yang anda campurkan. Oleh itu, dapat disimpulkan disini proses penguraian tidak akan terjadi tanpa kehadiran oksigen. Disamping itu, baja organik akan terhasil setelah selesai melalui proses penguraian.
7.0 Alternatif Lain Majoriti pembaziran makanan berpunca dari kedai-kedai makan serta pasar dan bazar. Hal ini kerana, makanan tersebut kebiasaannya tidak dapat dimakan semula berbanding dengan makanan yang tersedia di rumah. Hal ini kerana makanan di kedai akan terus dibuang setelah pelanggan pulang berbeza dengan keadaan makanan dirumah yang kemudiannya masih boleh dimakan dan disimpan terlebih dahulu 1. Masak dirumah 2. Kawalan plastik Kawalan penggunaan plastik terutamanya di pasaraya-pasaraya besar sangat membantu dalam mengurangkan impak negatif berikutan dengan isu pembaziran makanan ini. Hal ini kerana apabila penggunaan plastik dihadkan bagi setiap pembayaran, pengguna lebih teliti dan merancang terlebih dahulu barang yang berkepentingan sahaja. Usaha ini tidak dapat memulihkan keadaan secara menyeluruh namun jika dilaksanakan secara konsisten maka ia akan memberi kesan positif kepada alam sekitar
8.0 Kesimpulan Pembaziran makanan bukan sahaja akan mengakibatkan isu pencemaran alam sekitar sahaja, namun ia turut melibatkan isu pembaziran perbelanjaan individu dan isi rumah dan melibatkan kos yang besar kepada negara. Oleh itu, isu sebergini wajar dipandang tinggi dan inisiatif-inisiatif baru perlu terus diambil dari semasa ke samasa. Baja organik telah terbukti menjadi baja yang yang sangat efektik dalam usaha memelihara dan mengekalkan kelestarian dan kesemulajadian alam sekitar. Baja ini juga menjimatkan kos dan penggunaan nya yang tidak sebanyak baja biasa. Oleh itu, sebagai penduduk bumi kita perlu menjaga planet ini dengan sebaiknya agar selamat dan selesa didiami dalam jangka masa yang sangat panjang dan selama yang mungkin.
9.0 Rujukan Mohideen Abdul Kader. (2022). Pihak Berkuasa perlu Tegas Tangani ISU pembaziran makanan. MalaysiaNow.https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/08/29/pihak-berkuasa-perlu-tegas-tangani-isu-pe mbaziran-makanan Noor Atiqah Sulaiman. (2022). 17,000 Tan Sisa Makanan Setiap Hari | berita harian. bharian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/949530/17000-tan-sisa-makanan-setiap-hari Naqiah Abdul Malik. (2022). Statistik Pembaziran Sisa Makanan Mengikut Negara. Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/21/statistik-pembaziran-sisa-makanan-mengikut-negara/ Muhammad Yusri Muzamir. (2022). Rakyat malaysia hasilkan 17,100 Tan Sisa Makanan Sehari. bharian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/983761/rakyat-malaysia-hasilkan-17100-tan-sisa-makanan -sehari Mohd Azmi Abdul Hamid. (2019). Jangan Jadi Saudara syaitan. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/5450/jangan-jadi-saudara-syaitan Charon Mokhzani. (2017). Pembaziran Makanan Dan Kesan kepada Negara. Khazanah Research Institute. https://www.krinstitute.org/Views-@-Pembaziran_Makanan_dan_Kesan_Kepada_Negara.aspx
9.0 Rujukan Hanis Izzatul. (2023). 5 Negara paling banyak pembaziran makanan. Jobstore Careers Blog - Malaysia’s best career blog. https://www.jobstore.com/careers-blog/2023/06/15/5-negara-banyak-jumlah-pembaziran-makanan Azrina Sobian. (2019). Sikap Merupakan punca Utama peningkatan Sisa Makanan. Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/11/20/sikap-merupakan-punca-utama-peningkatan-sisa-maka nan/ Hailmi. (2020, January). DIY Enzim Sampah: Buat Baja Dan Pencuci Longkang Hebat. Cikgu Hailmi. https://www.cikguhailmi.com/2020/01/diy-enzim-sampah-buat-baja-dan-pencuci.html Izham Alias. (2022). Cara membuat Baja kompos dari sisa dapur. Kebun Bandar. https://kebunbandar.com/cara-membuat-kompos-mudah-dan-segera/ Muhammad Farid Ahmad Tarmiji. (2022). Mengubah Sisa Makanan menjadi Baja Organik. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2022/03/09/mengubah-sisa-makanan-menjadi-baja-organik/ Hakim Kahar. (2022). Cara Buat baja organik Yang Paling Mudah. Root of Science. https://rootofscience.com/blog/2020/sains-pertanian/cara-buat-baja-organik-yang-paling-mudah/
9.0 Rujukan Haidatina Aznam. (2022). Teknik Hasilkan baja guna lebihan Sisa Makanan, Semua Pokok Sesuai. SirapLimau.com. https://siraplimau.com/teknik-hasilkan-baja-guna-lebihan-sisa-makanan-semua-pokok-sesuai/