The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1079-16-mas, 2024-03-10 12:26:34

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS

TUJUAN PENUBUHAN Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demikesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH 1. Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2. Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3. Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Beruniform KRS 4. Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


STRUKTUR ORGANISASI


STRUKTUR ORGANISASI Ahli-ahli : 1.Pengarah-Pengarah JPN 2.Pengarah Bahagian Pendidikan Guru 3.Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan 4.Pengarah Bahagian Teknik &Vokasional 5.Pengarah Institut Aminuddin Baki 6.Tiga ahli dilantik 7.Dua Wakil Jurulatih KRS 8.Dua Wakil Jurulatih TKRS Jawatankuasa Peringkat Negeri: 1. Penaung: Menteri Pelajaran Malaysia 2. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri 4. Timbalan Pengerusi: Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan kemanusiaan 5. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum 6. Pen Setiausaha 1: Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen Setiausaha 2: Pegawai Tadbir KRS 7. Bendahari: Dilantik 8. Ahli-ahli: Dilantik Termasuk, - Pegawai Pelajaran Daerah - 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS - Wakil PKPSM dan MGB Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah: Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan (Sabah dan Sarawak) 1. Penaung Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2. Penasihat Pengarah Pelajaran Negeri 3. Pengerusi: Pegawai Pelajaran Gabungan 4. Tim. Pengerusi: Ketua Unit 5. Setiausaha : Penyelia Kokurikulum 6. Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS 7. Bendahari: Dilantik Ahli: Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB (Gabungan) 8. 9. Ex-Officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri 10. Juruaudit: Dilantik (2 orang Jawatankuasa Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia. Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: 1. Penaung 2. Pengerusi 3. Timbalan Pengerusi 4. Naib Pengerusi 5. Setiausaha 6. Penolong Setiausaha 7. Bendahari 8. AJK yang dilantik Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: 1. Peringkat Kebangsaan 2. Peringkat Negeri 3. Peringkat Daerah 4. Peringkat Sekolah Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: 1. Penaung: Menteri Pelajaran Malaysia 2. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3. Pengerusi: Pengarah Bahagian Sekolah 4. Timbalan Pengerusi: Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah 5. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah 6. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) 7. Bendahari: Dilantik


STRUKTUR ORGANISASI Jawatankuasa Peringkat Daerah 1.Penaung: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2.Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri 3.Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah 4.Tim. Pengerusi: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (SPPK) 5.Setiausaha : Penyelia 6.Pen. Setiausaha : Dilantik 7.Bendahari Dilantik 8.Ahli: Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB 9.Ex-Officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri 10.Juruaudit: Dilantik (2 orang) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. Jawatankuasa Peringkat Sekolah: 1.Penaung: Pengarah Pelajaran Negeri 2.Penasihat : PPD 3.Pengerusi: Pengetua/Guru Besar 4.Timbalan Pengerusi : Pen. Kanan Kokurikulum 5.Setiausaha : Dilantik 6.Penolong Setiausaha : Dilantik 7.Bendahari: Dilantik 8.Ahli-ahli : (7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS) 9. Juruaudit (2 orang): Dilantik di kalangan guru Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudah cara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti


MAJLIS TADBIR Matlamat Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain Fungsi-Fungsi Pentadbir 1. Tugas Pengerusi Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek-cek 2. Tugas Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi 3. Tugas Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undangundang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan Tugas Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas semasa ketiadaan setiausaha 4. Tugas Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menandatangani cek-cek yang diterima 5. Tugas Penolong Bendahari Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol Mengetuai satu kumpulan kecil Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan 6. Tugas AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan 7. Tugas Ketua Jurulatih Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas – jurulatih dalam sesuatu program 8. Perjalanan program 9. Aspek keselamatan 10. Tugas Pegawai Teknikal Pegawai Kanan Negeri Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir dari aspek teknikal Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadpa semua aktiviti Menyelia ahli jawatankuasa teknikal Bertanggungjawab dari aspek teknikal Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN/Kementerian 11. Tugas Pegawai Istiadat Pegawai kanan KRS Negeri Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri Membantu mengenalpasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih 12. Tugas Pegawai Data/Maklumat Mengumpul maklumat tentang pegawai, jurulatih & ahli kadet Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS\ Mengemaskini data Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet Membantu Pegawai TAdbir, Ketua JUrulatih, Pegawai Teknikal, Pegawai HELWA dan tugas penolong-penolong Pegawai KRS Membantu menjadi penolong kepada pegawai kanan dalam merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktivit Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


KOMPENI KRS Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun. KOMPENI TKRS Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Sarjan TKRS dan 4 orang Ketua Platun.


PLATUN KRS Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. PLATUN TKRS Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal TKRS serta 30 anggota kadet


SEKSYEN KRS Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. SEKSYEN TKRS Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1 lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet.


SISTEM PANGKAT KRS & TKRS Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi :Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah Catatan: Pengetua/Guru Besar : Komandan KRS / TKRS. Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Penolong Kanan Kokurikulum: Timbalan Komandan KRS / TKRS. Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Pemimpin : Pegawai Platun. Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS. Kenaikan pangkat Leftenan KRS - Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. Kenaikan Pangkat Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Kenaikan Pangkat Mejar KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.


KRS SEKOLAH RENDAH


PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu: 1.Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guruguru dan pelajar-pelajar. 2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat. 3. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. 4. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dankaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan. 5. 6.Menyediakan keperluan asaspentadbiran. 7.Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas. 8.Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejavat dan harta modal bidang kokurikulum. 9. 10.Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah. 11.Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru. 12.Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS. 13.Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program. 14.Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar. 15.Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri,kebangsaan dan antarabangsa 16. Prinsip merancang program seperti berikut; Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangatpatriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran,pencapaian, dan kepimpinan Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur


PENAUNG ORGANISASI KRS SEKOLAH RENDAH PENGERUSI SETIAUSAHA KOKURIKULUM PENYELARAS UNIT GURU PEMIMPIN / PENASIHAT PENGERUSI (MURID) NAIB PENGERUSI (MURID) SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA (MURID) AJK (SETIAP TAHUN) BENDAHARI


PERANCANGAN PROGRAM


PERANCANGAN PROGRAM


PERANCANGAN PROGRAM


PENGURUSAN BUKU LOG/LAPORAN/FOLIO KANDUNGAN BUKU LOG Biodata Penghargaan Pendahuluan Nota Penulisan Jadual Kursus Jadual Penulisan Harian (disertai foto) Penulisan Pelajaran Nota Lagu Nota Pertolongan Cemas Kreativiti Carta/ Rajah Lampiran Autograf Ulasan Penilaian Buku catatan rasmi Kandungan: fakta yang dialami dan dipelajari oleh seseorang anggota KRS Perlu dikemaskini dan diteliti oleh Pegawai KRS / Jurulatih Jemputan FUNGSI BUKU LOG Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri sendiri dan pasukan. Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus supaya cekap dan bersifat proaktif dalam menjalani tugasan yang diberi. Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi seseorang anggota TKRS seterusnya KRS. JENIS-JENIS BUKU LOG Penulisan Log Pelajaran Latihan Mingguan Penulisan Log Harian Perkhemahan Kursus Ekspedisi Lawatan TUJUAN PENULISAN BUKU LOG Pengurusan Mengambil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan aktiviti seterusnya. Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri. Rujukan/ Kerjaya Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran. Bukti dan rujukan jika menjadi jurulatih TKRS. BUKU LOG


BUKU LOG Buku catatan rasmi Kandungan: fakta yang dialami dan dipelajari oleh seseorang anggota KRS Perlu dikemaskini dan diteliti oleh Pegawai KRS / Jurulatih Jemputan FUNGSI BUKU LOG Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri sendiri dan pasukan. Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus supaya cekap dan bersifat proaktif dalam menjalani tugasan yang diberi. Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi seseorang anggota TKRS seterusnya KRS. JENIS-JENIS BUKU LOG Penulisan Log Pelajaran Latihan Mingguan Penulisan Log Harian Perkhemahan Kursus Ekspedisi Lawatan TUJUAN PENULISAN BUKU LOG Pengurusan Mengambil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan aktiviti seterusnya. Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri. Rujukan/ Kerjaya Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran. Bukti dan rujukan jika menjadi jurulatih TKRS.


LAPORAN CONTOH LAPORAN MINGGUAN


Click to View FlipBook Version