DASAR TMK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Terbitan
Oktober 2016
Cetakan Pertama 2016
Hak Cipta Terpelihara © Institut Pendidikan Guru Malaysia
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan Selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga
bagi menghasilkan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Institut Pendidikan Guru (IPG).
Dewasa ini, harapan pihak berkepentingan dan pelanggan yang tidak
terhad sentiasa memerlukan IPG melaksanakan transformasi bagi
menjamin sistem penyampaian yang efisien dan efektif. Justeru itu,
penggunaan TMK yang berfungsi sebagai enabler perlu diperkasakan.
Sehubungan itu dengan terhasilnya dokumen Dasar TMK IPG, adalah
diharapkan dapat dijadikan sebagai garis panduan bagi pembangunan
serta pelaksanaan program-program TMK IPG dengan lebih
sistematik. Pengurusan TMK yang baik dan efektif seterusnya akan
meningkatkan produktiviti serta memberi nilai tambah kepada
perkhidmatan sedia ada.
Penggunaan TMK yang berkesan dalam pelbagai aspek penyampaian
perkhidmatan dan operasi serta pengajaran dan pembelajaran
merupakan salah satu kunci utama ke arah mencapai visi dan misi
Institut Pendidikan Guru. Untuk membantu industri TMK berkembang
sejajar dengan hala tuju negara, dasar adalah sangat penting. IPG
v
perlu melakarkan hala tuju TMK IPG, terutama dalam sektor rangkaian
(network) dan perkhidmatan telekomunikasi yang merupakan teknologi
terkini dan mempunyai kesan besar kepada proses pengajaran dan
pembelajaran serta perkhidmatan.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar semua warga IPG dapat
mengaplikasikan penggunaan TMK secara kreatif dan inovatif bagi
memastikan sistem penyampaian serta pengajaran dan pembelajaran
memenuhi harapan semua pihak. Seterusnya semua garis panduan
yang telah dirancang dalam dokumen Dasar TMK Institut Pendidikan
Guru dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi menyokong visi dan
misi IPG secara menyeluruh.
Sekian. Terima kasih.
Dr. Azian T.S. Abdullah
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
vi
DASAR TMK IPG Pendahuluan
Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Dokumen dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di
Institut Pendidikan Guru (IPG) ini merangkumi pembangunan,
penyelenggaraan dan penggunaan infrastruktur, pembangunan
perisian aplikasi, sokongan teknikal dan keselamatan TMK oleh
warga IPG dan pihak-pihak lain yang berurusan dengan IPG.
Mana-mana dasar terperinci seperti Akta, Statut, Arahan,
Peraturan sedia ada untuk setiap sumber yang disenaraikan
adalah mengatasi Dasar TMK IPG.
1.2 Rasional
Rasional penggubalan Dasar TMK adalah untuk memandu
pengembangan TMK di IPG bagi tujuan berikut:
i. Memastikan urus tadbir TMK yang mematuhi garis panduan
dan memenuhi keperluan pengguna.
ii. Menggunakan TMK sebagai pemandu strategik untuk
pencapaian misi dan visi IPG.
iii. Memastikan perancangan TMK diintegerasikan kepada
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
iv. Memastikan pembangunan TMK IPG yang teratur dan
memenuhi keperluan pelanggan melalui perancangan yang
sistematik.
Pendahuluan DASAR TMK IPG
v. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan
berkesan di semua peringkat.
vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk
warga IPG dalam menyuarakan cadangan mereka.
1.3 Kandungan
Dokumen ini mengandungi tujuh bahagian yang merupakan
kerangka (framework) pembangunan TMK di IPG. Organisasi TMK
IPG menentukan peringkat jawatankuasa TMK. Enam bahagian
lain mengawal proses-proses pembangunan iaitu Perancangan
dan Pembangunan ICT, Penyediaan Perkhidmatan Teknikal TMK,
Penyelenggaraan Kemudahan TMK, Keselamatan TMK,
Penggunaan Kemudahan TMK dan e-Pembelajaran.
1.4 Penggunaan Dasar TMK IPG
Setiap prosedur dan peraturan dalam dasar ini ditujukan kepada
golongan yang tertentu bersesuaian dengan peranan dan
tanggungjawab mereka. Semua warga IPG mesti membaca,
memahami, mematuhi arahan-arahan dan melaksanakannya
secara berterusan. Tanggungjawab yang dinyatakan dalam dasar
ini juga boleh ditaksirkan ke dalam peranan organisasi dan
perseorangan. Dokumen-dokumen yang mendorong pencapaian
peranan ialah dokumen proses kerja, misalnya arahan kerja,
prosedur, peraturan, garis panduan, jadual kerja, laporan dan lain-
lain. Dokumen proses kerja yang digubal mengikut keperluan dan
kesesuaian adalah berdasarkan dasar sedia ada.
DASAR TMK IPG Pendahuluan
1.5 Skop
1.5.1 Sumber
Sumber TMK yang digunakan untuk pembangunan,
penyelenggaraan dan penggunaan infrastruktur, pembangunan
perisian aplikasi, sokongan teknikal dan keselamatan TMK adalah
juga tertakluk kepada dokumen dasar ini.
Sumber TMK yang diperoleh dan pembangunan perisian aplikasi
hendaklah mengambilkira ciri-ciri IPv6 untuk mempertingkatkan
prestasi, kestabilan dan ciri-ciri keselamatan.
1.5.2 Pengguna
Semua pengguna adalah tertakluk kepada dasar ini. Sesiapa yang
tidak diberi kebenaran adalah dianggap sebagai penceroboh dan
boleh diambil tindakan yang sesuai mengikut kesalahan yang
dilakukan, sebagaimana yang disebut dalam Dasar TMK IPG.
TMK IPG
DASAR TMK IPG Organisasi ICT IPG
Organisasi TMK IPG
2.1. Pengenalan
Jawatankuasa dibentuk untuk meningkatkan perkhidmatan TMK.
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah jawatankuasa peringkat
tertinggi yang menentukan hala tuju perkhidmatan TMK di Institut
Pendidikan Guru (IPG) untuk mencapai misi dan visi IPG. JPICT
Institut Pendidikan Guru Kampus (JPICT IPGK) akan menyuarakan
keperluan TMK ke Majlis Pengurusan Profesionalisme Pendidikan
(MPPP) di peringkat IPGK. Manakala di peringkat Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) pula, JPICT IPGM perlu menyelaraskan semua
keperluan dan permohonan di peringkat IPGK serta keperluan dan
permohonan IPGM untuk dibentangkan ke JPICT IPG Kementerian
Pendidikan Malaysia (JPICT IPG KPM) dan/atau JPICT KPM untuk
kelulusan.
2.2. Tujuan
JPICT dibentuk untuk mengoptimumkan kemampuan TMK.
Jawatankuasa akan menentukan perancangan, pengurusan dan
pelaksanaan perkhidmatan TMK di IPG.
Organisasi ICT IPG DASAR ICT IPG
2.3. Polisi
2.3.1 IPGM dan IPGK hendaklah membentuk JPICT masing-
masing.
2.3.2 JPICT di peringkat IPGK dianggotai oleh semua Ketua Jabatan
dan Ketua Unit. Pengerusi Tetap boleh melantik pengganti
bagi mewakili beliau untuk mempengerusikan mesyuarat
JPICT IPGK. Pelantikan Pegawai Keselamatan TMK IPGK
(ICTSO) dibuat oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan
Perdana Menteri.
Anggota JPICT IPGK adalah seperti di bawah:
i. Pengerusi Tetap: Pengarah IPGK
ii. Setiausaha Tetap: Ketua Jabatan
iii. Ahli Tetap: Ketua-ketua Jabatan/Unit
iv. Pegawai Keselamatan TMK (ICTSO) : Pegawai
Teknologi Maklumat
2.3.3 JPICT di peringkat IPGM dianggotai oleh semua Pengarah
Pusat, Pengarah Sektor, Ketua Jabatan dan Ketua Unit di
IPGM.
Anggota JPICT IPGM adalah seperti di bawah:
i. Pengerusi Tetap: Rektor
ii. Setiausaha Tetap: Wakil Unit TMK
iii. Ahli Tetap: Pengarah Pusat, Pengarah Sektor, Ketua
Jabatan dan Ketua Unit
iv. Pegawai Keselamatan TMK (ICTSO) : Pegawai
Teknologi Maklumat
2.3.4 JPICT di peringkat IPG KPM dianggotai oleh Pengarah IPGK,
Pengarah Pusat, Pengarah Sektor, Ketua Jabatan dan Ketua
Unit di IPGM.
DASAR TMK IPG Organisasi ICT IPG
Anggota JPICT IPG adalah seperti di bawah:
i. Pengerusi Tetap: Rektor IPGM
ii. Setiausaha Tetap: Ketua Unit TMK IPGM
iii. Ahli Tetap: Pengarah IPGK, Pengarah Pusat, Pengarah
Sektor, Ketua Jabatan dan Ketua Unit di IPGM.
iv. Pegawai Keselamatan TMK (ICTSO) : Pegawai Teknologi
Maklumat IPGM
2.3.5 Terma rujukan JPICT adalah seperti berikut:
i. Merangka dan menggubal polisi TMK.
ii. Menentukan hala tuju pembangunan TMK.
iii. Merumuskan Pelan Strategik TMK.
iv. Memantau pelaksanaan projek utama TMK.
v. Menguruskan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan TMK.
vi. Bertindak sebagai Jawatankuasa Keselamatan TMK.
2.3.6 JPICT hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2)
kali setahun.
2.3.7 Korum mesyuarat adalah dua pertiga daripada jumlah ahli
keseluruhan.
2.3.8 Pelantikan ahli jawatankuasa adalah berdasarkan jawatan.
DASAR TMK IPG Perancangan dan Pembangunan TMK
Perancangan dan Pembangunan TMK
3.1 Pengenalan
Jawatankuasa dibentuk untuk merancang pembangunan TMK di
IPGK. Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan ICT
(JPPICT) adalah diselaraskan untuk melicinkan pengurusan dan
pengendalian perkhidmatan TMK. Jawatankuasa ini akan
mengumpul maklumat dan dapatan keperluan TMK di IPGK untuk
dibentangkan ke Mesyuarat JPICT.
3.2 Tujuan
Untuk memastikan pembangunan TMK di IPGK adalah terancang
mengikut perkembangan semasa serta visi dan misi IPG KPM.
3.3 Polisi
3.3.1 IPGK hendaklah membentuk JPPICT.
3.3.2 JPPICT IPGK dianggotai oleh Wakil Jabatan/Unit, Wakil
Pengurusan dan Pentadbiran, Wakil Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPPP).
Perancangan dan Pembangunan TMK DASAR TMK IPG
Anggota JPPICT IPGK adalah seperti di bawah:
i. Pengerusi Tetap: Timbalan Pengarah
ii. Setiausaha Tetap: Pegawai Teknologi Maklumat
iii. Ahli Tetap: Wakil Jabatan/Unit, Wakil Pengurusan dan
Pentadbiran, Wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
(JPP)
3.3.4 Ahli Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perancangan
dan pembangunan TMK.
3.3.5 Setiausaha menyelaras semua usul, permohonan dan
cadangan keperluan Ahli Jawatankuasa dan mengemukakan
ke Mesyuarat JPICT IPGK.
3.3.6 JPICT IPGK akan menimbang dan meluluskan perancangan
pembangunan tahunan yang dikemukakan oleh JPPICT.
DASAR TMK IPG Penyediaan Sokongan Teknikal TMK
Penyediaan Sokongan Teknikal TMK
4.1 Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK)
bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan teknikal TMK
untuk IPG KPM. Walau bagaimanapun kelancaran dan
keberkesanan perkhidmatan tersebut memerlukan penglibatan di
setiap peringkat pengurusan IPG KPM.
UTMK IPGK yang dianggotai oleh Pegawai Teknologi Maklumat dan
Juruteknik Komputer adalah di bawah kawal selia Timbalan
Pengarah IPGK.
4.2 Tujuan
Untuk menyediakan sokongan teknikal TMK yang berkualiti bagi
menyokong misi dan visi IPG KPM.
4.3 Polisi
4.3.1 Penyediaan sokongan teknikal bagi memastikan tidak ada
gangguan terhadap proses dan kesinambungan sokongan
TMK yang disediakan.
Penyediaan Sokongan Teknikal TMK DASAR TMK IPG
4.3.2 Penyediaan sokongan teknikal TMK merangkumi:
i. Pengurusan dan pentadbiran.
ii. Pengajaran dan pembelajaran.
iii. Penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
4.3.3 Mengikuti dan memantau perkembangan TMK di IPG serta
memahami keperluan, masalah dan cabaran yang dihadapi
dalam penyediaan sokongan teknikal TMK.
4.3.4 Mengenal pasti, mengkaji, menguji perkakasan dan
perisian baharu yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4.3.5 Menyelaras pelaksanaan penyediaan sokongan teknikal
TMK dan seterusnya memberi pendedahan serta latihan
yang berkaitan dari segi teknikal.
4.3.6 Menyelaras permohonan penyediaan, pembekalan dan
penyelenggaraan oleh pihak luar terhadap kemudahan
TMK di IPG.
DASAR TMK IPG Polisi Penyelenggaraan Kemudahan TMK
Penyelenggaraan Kemudahan TMK
5.1 Pengenalan
Untuk memastikan kemudahan TMK di seluruh IPG KPM berfungsi
pada tahap optimum, maka satu kaedah penyelenggaraan yang
menyeluruh hendaklah disediakan. Polisi ini hanya tertakluk kepada
kemudahan TMK hak milik kerajaan.
5.2 Tujuan
Untuk menyelenggara kemudahan TMK secara berkesan.
5.3 Polisi
5.3.1 Mengenal pasti kemudahan TMK yang kritikal untuk
diselenggara.
5.3.2 Penyelenggaraan kemudahan TMK terbahagi kepada:
(i) Penyelenggaraan pencegahan (preventive
maintenance) secara berkala dilaksanakan sekurang-
kurangnya dua kali setahun untuk kesemua peralatan
TMK di IPG KPM. Skop penyelenggaraan tersebut
disediakan oleh UTMK IPGK dan IPGM.
Polisi Penyelenggaraan Kemudahan DASAR TMK IPG
(ii) Penyelenggaraan pemulihan (corrective maintenance)
peralatan TMK adalah tanggungjawab UTMK IPG KPM.
Semua kerosakan hendaklah dilaporkan kepada UTMK
melalui sistem aduan untuk tindakan pembaikan.
5.3.3 Memantau pengubahsuaian dan penaiktarafan sistem atau
aplikasi semasa penyelenggaraan dilakukan.
5.3.4 Melaksana prosedur kecemasan bagi membolehkan
pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam
jangka masa yang ditetapkan (tertakluk kepada
peruntukan).
5.3.5 Menaik taraf semua peralatan dan perisian hendaklah
mendapat kelulusan JPICT IPG KPM atau JPICT KPM.
5.3.6 Mengemukakan cadangan pelupusan bagi peralatan TMK
yang tidak ekonomi untuk dinaik taraf atau dibaiki.
DASAR TMK IPG Keselematan TMK
Keselamatan TMK
6.1 Pengenalan
Dalam era maklumat di hujung jari, soal keselamatan TMK adalah
menjadi keutamaan kerana terdapat maklumat yang dimuat naik,
disimpan dan disalurkan melalui atas talian adalah melibatkan
maklumat-maklumat terperingkat iaitu sama ada rahsia besar, rahsia,
sulit dan terhad. Keadaan ini jika tidak dikawal memungkinkan
maklumat-maklumat terperingkat ini tersebar luas dan boleh
menimbulkan masalah pada masa hadapan. Oleh yang demikian,
polisi ini menekankan kepada amalan pembangunan,
penyelenggaraan dan penggunaan TMK secara selamat bagi
melindungi aset TMK dan maklumat elektronik IPG KPM.
6.2 Tujuan
Untuk menjamin kesinambungan urusan sokongan TMK IPG KPM
dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan TMK.
6.3 Polisi
6.3.1 Keselamatan TMK IPG KM adalah tanggungjawab semua
pengguna. Keselamatan TMK keseluruhan adalah di bawah
tanggungjawab UTMK.
6.3.2 Polisi atau dasar yang berkaitan keselamatan TMK perlu
Keselematan TMK DASAR TMK IPG
disebar, difahami dan diguna pakai oleh semua pengguna
di IPG KPM.
6.3.3 Setiap pengguna di IPG KPM hendaklah membaca,
memahami dan mematuhi polisi atau dasar yang berkaitan
keselamatan TMK IPG KPM dan undang-undang atau
peraturan-peraturan lain yang berkaitan dan sedang
berkuatkuasa.
6.3.4 Semua aset TMK hendaklah diberi kawalan dan
perlindungan yang sesuai oleh pemilik atau pemegang
amanah masing-masing.
6.3.5 Aset TMK hendaklah dilindungi dari sebarang pendedahan
kepada pencerobohan, kecurian, pengubahsuaian,
pemindahan, pemusnahan secara tidak sah atau gangguan
ke atas aktiviti perkhidmatan.
6.3.6 Semua sistem yang dibangunkan sama ada secara
dalaman (in-house) atau khidmat luar (outsource)
hendaklah dipastikan mempunyai ciri-ciri keselamatan TMK
yang ditetapkan oleh KPM.
6.3.7 Insiden keselamatan TMK hendaklah dikendalikan dengan
pendekatan yang konsisten, efektif, cepat dan berkesan
bagi meminimumkan kesan daripada insiden dan hendaklah
dilaporkan kepada CERT (Computer Emergency Response
Team) KPM dengan kadar segera.
6.3.8 Pemantauan berterusan hendaklah dibuat ke atas aset TMK
bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh mengancam
keselamatan TMK.
6.3.9 Audit keselamatan fizikal perkakasan TMK hendaklah
dilaksanakan secara berkala.
DASAR TMK IPG Keselematan TMK
6.3.10 Maklumat penting atau data organisasi hendaklah dibuat
salinan sandar (backup) mengikut jadual yang ditetapkan.
6.3.11 Pengguna tidak dibenarkan melakukan aktiviti yang
mengancam keselamatan aset TMK dan maklumat
elektronik IPG KPM.
6.3.12 Sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan aset TMK
dan maklumat elektronik IPG KPM hendaklah dihalang.
6.3.13 Semua komputer peribadi hendaklah dikonfigurasi dengan
identiti log masuk (login ID) dan kata laluan bagi
menghindari akses oleh pihak yang tidak berkenaan.
6.3.14 UTMK bertanggungjawab menyediakan struktur rangkaian
yang selamat agar dapat mengurangkan pencerobohan
daripada semua pihak.
6.3.15 Akses fizikal ke bilik pelayan (server) hendaklah dikawal
oleh UTMK mengikut bidang kuasa pengguna.
6.3.16 Perkhidmatan dan infrastruktur TMK teras seperti switch,
hub, router, server, wireless controller, access point
hendaklah disediakan dan dilaksanakan secara berpusat
oleh UTMK.
5.3.17 Melaksana semua keperluan keselamatan yang telah
dikenal pasti sebelum memberi kebenaran akses kepada
data atau aset TMK IPG KPM.
5.3.18 Mengurus keperluan kerahsiaan atau ketakdedahan
(nondisclosure) dari semasa ke semasa bagi memastikan
maklumat dilindungi dan tidak didedahkan sewenang-
wenangnya.
Keselematan TMK DASAR TMK IPG
5.3.19 IPG KPM perlu mematuhi dasar–dasar keselamatan TMK
yang ditetapkan oleh KPM, MAMPU serta pekeliling
berkaitan dan sedang berkuatkuasa.
6.3.20 Dasar Keselamatan TMK IPG adalah terpakai kepada
semua pengguna TMK IPG dan tiada pengecualian
diberikan.
DASAR TMK IPG Penggunaan Kemudahan TMK
Penggunaan Kemudahan TMK
7.1 Pengenalan
Penggunaan TMK yang semakin meluas telah mempengaruhi hampir
kesemua aktiviti di IPG KPM. Untuk memastikan keberkesanan
penggunaannya, TMK memerlukan panduan yang jelas dan terancang.
7.2 Tujuan
Untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan kemudahan
TMK.
7.3 Polisi
7.3.1 Semua warga IPG KPM dan pengguna luar yang hendak
menggunakan kemudahan TMK perlu mematuhi syarat-
syarat dan terma yang termaktub dalam peraturan TMK
IPG KPM. Pematuhan ini terpakai kepada semua undang-
undang dalaman IPG KPM dan undang-undang negara
yang mengawal penggunaan kemudahan TMK, sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
7.3.2 Setiap pengguna yang ingin menggunakan kemudahan
TMK, hendaklah bertanggungjawab dan peka dengan
peraturan-peraturan TMK IPG KPM yang sedang
Penggunaan Kemudahan TMK DASAR TMK IPG
berkuatkuasa dan terkini serta menandatangani senarai
semak kesedaran dan langkah keselamatan.
7.3.3 Kemudahan komputer yang diperuntukan kepada pegawai
adalah di bawah tanggungjawab pegawai itu sendiri.
Tanggungjawab ini juga meliputi sebarang tindakan oleh
sesiapa yang mengakses komputer tersebut untuk
sebarang tujuan atau pencerobohan maklumat.
7.3.4 Pengesahan dan penggunaan akaun e-mel rasmi adalah
untuk tujuan urusan rasmi sahaja. Sebarang percubaan
untuk memintas (bypass) sekatan rangkaian dan
keselamatan komputer yang dikenakan oleh IPG KPM
tidak dibenarkan.
7.3.5 Semua komputer yang dirangkaikan di bawah sistem
rangkaian IPG KPM perlulah dipasang dengan perisian
anti virus yang terkini dan dikemaskini secara automatik.
Perkhidmatan rangkaian akan diputuskan jika komputer
dijangkiti virus atau perisian hasad (malware) yang boleh
menjejaskan sistem rangkaian dan mengganggu
pengguna lain dalam sistem rangkaian yang sama.
7.3.6 Sebarang aktiviti memuat turun bahan-bahan hak cipta
terpelihara tidak dibenarkan sama sekali dan akan diambil
tindakan.
7.3.7 Pengguna tidak dibenarkan menyambung ke mana-mana
rangkaian liang (port network) seperti titik capaian
rangkaian (access point), penghala (router), hab (hub),
suis (switch) atau mana-mana peranti kepada rangkaian
IPG KPM tanpa kebenaran.
7.3.8 Pengguna perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
kata laluan yang dibekal dan dilarang mendedah atau
membenarkan diguna oleh pihak ketiga. Kata laluan yang
DASAR TMK IPG Penggunaan Kemudahan TMK
diceroboh perlu dimaklum kepada Pentadbir Sistem
dengan serta-merta.
7.3.9 Sistem rangkaian IPG KPM hanya dibenarkan untuk
urusan rasmi sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali
untuk kepentingan peribadi atau komersial.
7.3.10 Pengguna tidak dibenarkan untuk mengakses atau
mengubah bahagian-bahagian yang terdapat dalam
pengoperasian sistem komputer atau konfigurasi
melainkan jika diberi kuasa oleh UTMK.
7.3.11 Sebarang percubaan untuk memintas (bypass) sekatan
rangkaian dan keselamatan komputer yang dikenakan oleh
IPG KPM tidak dibenarkan dan tindakan tatatertib akan
dikenakan.
7.3.12 Pengguna dilarang untuk melayari, memuat naik atau
memuat turun, menyimpan dan menggunakan laman web
yang mengandungi unsur-unsur lucah dan mengancam
keselamatan negara.
7.3.13 Perisian yang tidak berlesen adalah dilarang.
TMK IPG
DASAR TMK IPG e-Pembelajaran
e-Pembelajaran
8.1 Pengenalan
Penawaran Ijazah Sarjana Muda Perguruan meletakkan IPG KPM
setaraf dengan Universiti Awam/Swasta. Ijazah yang dianugerahkan
oleh IPG KPM sama tarafnya dengan ijazah yang dianugerahkan
daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu,
e-Pembelajaran adalah signifikan bagi menyokong pelaksanaan
kurikulum program di IPG KPM.
e-Pembelajaran di IPG KPM merupakan suatu inisiatif menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel dengan
berpusatkan kepada pelajar dan menggunakan aplikasi secara dalam
talian. Inisiatif ini menyediakan sumber dan aktiviti yang memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran
yang lebih menarik. Akses kepada e-Pembelajaran di IPG KPM boleh
dilakukan pada bila-bila masa dan dari mana-mana jua.
Langkah ini melibatkan pengintegrasian cara penyampaian
pembelajaran yang menggunakan inovasi TMK. Sistem
e-Pembelajaran yang diamalkan di IPG KPM akan memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar dalam mengakses maklumat kursus
dan bahan-bahan pengajaran lain yang disediakan di dalam sistem.
e-Pembelajaran DASAR TMK IPG
IPG KPM berperanan memberi latihan kepada semua pensyarah dan
pelajarnya untuk menerapkan kemahiran aplikasi TMK bagi
menyokong pengajaran dan pembelajaran.
8.2 Definisi e-Pembelajaran
e-Pembelajaran adalah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
dikendalikan secara dalam talian melalui sistem rangkaian komputer
bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
8.3 Tujuan
x Menggalakkan peluang pendidikan berkualiti, adil dan
saksama menerusi e-Pembelajaran.
x Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra
e-Pembelajaran.
x Menghasilkan pelbagai kandungan digital bagi mengukuh
proses pengajaran dan pembelajaran.
x Meningkatkan kemahiran pensyarah, pelajar dan pihak lain
yang berkepentingan melalui e-Pembelajaran.
x Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pedagogi
dan teknologi e-Pembelajaran.
x Membangunkan repositori digital dan direktori bahan
pembelajaran digital untuk kegunaan dan rujukan.
x Menggalak budaya berkongsi sumber e-Pembelajaran dan
kandungan digital.
x Membina komuniti yang membudayakan e-Pembelajaran.
8.4 Domain e-Pembelajaran
8.4.1 Infrastruktur.
Memastikan keperluan asas disediakan:
i. Jalur lebar
ii. Meja bantuan atau Helpdesk
DASAR TMK IPG e-Pembelajaran
iii. Peralatan dan Perisian TMK
iv. Membangunkan inisiatif daripada asas sedia ada.
8.4.2 Struktur Organisasi. Jawatankuasa
IPGM hendaklah membentuk
e-Pembelajaran yang terdiri daripada:
i. Pengerusi : Timbalan Rektor
ii. Setiausaha : Pengarah Pusat
Pembangunan Akademik (PPA)
iii. Ahli : Pengarah IPGK dan Ketua
Jabatan Pengurusan Peperiksaan
dan Senat (JPPS), Ketua Jabatan
Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme (JKPP), Ketua
Unit TMK
IPGK hendaklah membentuk Jawatankuasa
e-Pembelajaran yang terdiri daripada:
x Pengerusi : Timbalan Pengarah
x Setiausaha : Ketua Jabatan/Unit
x Ahli : Wakil-wakil Jabatan/Unit,
Pegawai Teknologi Maklumat.
8.4.3 Kurikulum dan kandungan digital mengandungi ciri-ciri
seperti berikut:
i. Kurikulum.
Semua IPG KPM mempunyai 30 % kurikulum
kursus dalam bentuk mod pembelajaran teradun
(blended learning).
ii. Pembangunan.
Semua IPG KPM mempunyai 50 % kandungan
asli yang dibangunkan. Bahan pembelajaran
e-Pembelajaran DASAR TMK IPG
dalam bentuk digital perlu dimuat naik ke sistem
e-Pembelajaran secara berperingkat-peringkat.
iii. Pentaksiran.
Pentaksiran awal yang dilaksanakan perlu
mengandungi aktiviti dan kolaborasi.
iv. Proses dan Mod Pelaksanaan.
e-Pembelajaran IPG KPM adalah kaedah
instruksi pelengkap pelaksanaan kurikulum
secara mod pembelajaran teradun, iaitu
gabungan antara kaedah pembelajaran
bersemuka, pembelajaran kendiri dan maya.
8.4.4 Repositori digital dan direktori bahan pembelajaran
digital.
a) IPG KPM mewujudkan Jurnal Dalam Talian (JDT) dan
Repositori Institut Pendidikan Guru (RIPG).
b) JDT dan RIPG adalah dibawah tadbir urus Unit
Perpustakaan IPG KPM.
c) IPG KPM menyediakan perkhidmatan mengurus
jurnal dalam talian termasuk menerbit dan mengedar
jurnal IPG KPM.
d) Semua bahan penerbitan IPG KPM mestilah melalui
sistem JDT.
e) IPG KPM menyediakan perkhidmatan mengurus aset
intelektual institusi termasuk menyimpan,
mengkategori dan membuka capaian melalui sistem
RIPG.
8.4.5 Langkah Pelaksanaan
Setiap semester e-Pembelajaran dilaksanakan
berdasarkan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Pelajar akan mengakses maklumat
kursus yang dimuat naik oleh
pensyarah pada awal semester.
DASAR TMK IPG e-Pembelajaran
Langkah 2: Pensyarah memuat naik bahan
pengajaran dan pembelajaran seperti
nota kuliah, soalan-soalan latihan,
tugasan, sumber rujukan dan lain-lain
bahan berkaitan.
Langkah 3: Penyediaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran interaktif mengikut
keperluan.
8.4.6 Capaian Sistem e-Pembelajaran
Semua pensyarah dan pelajar mempunyai akses kepada
sistem e-Pembelajaran.
8.4.7 Perkembangan Profesional
a. Semua pensyarah dan pelajar IPG KPM mempunyai
pengetahuan dalam pedagogi serta mengamalkan
e-Pembelajaran
b. Semua pensyarah dan pelajar mempunyai kemahiran
dalam teknologi dan literasi maklumat
c. Semua pensyarah, pelajar dan pihak berkepentingan
(stakeholders) IPG KPM mempunyai sikap yang
positif terhadap e-Pembelajaran
8.4.8 Budaya
a. Organisasi Pembelajaran
x Pensyarah dan pelajar mempunyai akses kepada
e-Pembelajaran
x Penggunaan e-Pembelajaran dalam semua
bidang/kursus
x e-Pembelajaran merupakan tugas harian bagi
seseorang pensyarah akademik di samping
memberi pengiktirafan.
e-Pembelajaran DASAR TMK IPG
b. Harta Intelek
x Semua bahan pengajaran dan pembelajaran yang
dibangunkan menggunakan kemudahan dan
sokongan yang disediakan oleh pensyarah IPG
KPM adalah hak milik IPG KPM.
x Sekiranya pensyarah menerima ganjaran
dan/atau insentif seperti geran atau upah kerana
membangunkan kandungan e-Pembelajaran serta
mendapat bantuan pereka instruksi dan/atau
pembangun kandungan yang disediakan oleh IPG
KPM, hakcipta terhadap kandungan yang
dihasilkan adalah milik IPG KPM. Bahan tersebut
tidak boleh digunakan di luar IPG KPM tanpa
mendapat kebenaran daripada IPGM terlebih
dahulu.
DASAR TMK IPG Rujukan
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Keselamatan ICT Versi
2.0
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Arahan Pentadbiran Bil.
1/2013: Garis Panduan Penggunaan dan Penggurusan E-Mel
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Surat Pekeliling ICT Bilangan
1 Tahun 2011: Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Surat Pekeliling ICT
Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Mengenai Struktur
Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Pekeliling ICT KPM Bil. 1
Tahun 2014: Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Surat Pekeliling ICT KPM
Bilangan 1 Tahun 2014: Garis Panduan Mengenai Tatacara
Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT
Bahagian/Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun Di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri. 2007. Arahan Teknologi Maklumat.
Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Jabatan Perdana Menteri. 2010. Dasar Keselamatan ICT Versi 5.3.
Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Jabatan Perdana Menteri. 2009. Surat Pekeliling Am Bilangan 3
Tahun 2009: Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan
Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam.
Rujukan DASAR TMK IPG
Ministry of Education Malaysia. 2010. Policy on ICT in Education
Malaysia. Putrajaya: Frost & Sullivan
UNESCO. 2014. ICT Transforming Education: A Regional Guide.
Bangkok: UNESCO.
DASAR TMK IPG Glosari
GLOSARI
Penyelenggaraan Prosedur, pemeriksaan, pengujian dan
pencegahan pemulihan sesuatu perkakasan/perisian
(preventive yang dilakukan secara teratur dan mengikut
maintenance) arahan khusus serta mengikut jadual
sebagai langkah mencegah risiko kegagalan
atau kerosakan tidak dijangka.
Penyelenggaraan Pengujian dan pemulihan sesuatu
pemulihan perkakasan/perisian yang dilakukan setelah
(corrective berlaku kegagalan fungsi atau kerosakan.
maintenance)
outsource Menggunakan khidmat pihak luar.
kandungan digital Sesuatu bahan yang boleh dirujuk secara
elektronik.
repositori Pusat pengumpulan dan pengurusan
data/maklumat secara elektronik.
IPG
DASAR TMK IPG Panel Penyedia
PANEL PENYEDIA BAHAGIAN/ JABATAN/
NAMA - IPGM
- IPGK Raja Melewar
1. Tn.Hj.Rosman b. Hj. Abu - IPGK Pulau Pinang
2. Tn.Hj. Abu Bakar b.Shaari - IPGK Ipoh
3. Tn.Hj. Khalid b. Hj. Ahmad - IPGK Raja Melewar
4. Abdul Rashid b. Abd. Rahman - IPGK Kent
5. Dr. Hashimah bt. Ibrahim - IPGK Ipoh
6. Dr. Kok Boon Shiong - IPGK Temenggong Ibrahim
7. Dr. Abdul Hadi b. Mat Dawi - IPGK Tun Hussein Onn
8. Siti Anidah bt. Kamsir - IPGK Perempuan Melayu
9. Zelkepli b. Shahrom - IPGK Tengku Ampuan Afzan
10. Yau Yee Shin - IPGK Ilmu Khas
11. Roseli b. Mat Nor - IPGK Tun Abdul Razak
12. Haslina bt. Hassan - IPGK Sultan Mizan
13. Mohd Nur Furqan b. Abdullah - IPGK Sultan Abdul Halim
14. Abd. Hakim b. Abdul Majid - IPGK Perempuan Melayu
15. Cheah Chee Keong - IPGK Batu Lintang
16. Nor Azman b. Abd. Wahab - IPGK P. Pinang
17. Liza Kay anak John Jeffrey - IPGK Darul Aman
18. Yuslinda bt. Yusoff - IPGK Dato’ Razali Ismail
19. Mohd Ramzani b. Jamaluddin - IPGK Pend. Teknik
20. Mohd. Ghazali b. Tawang - IPGK Perlis
21. Rokiah bt. Mohd Nazir - IPGK Tuanku Bainun
22. Chandaran a/l Nadason - IPGK Darul Aman
23. Azhar b. Abdullah - IPGK Kota Bharu
24. Mohd Ramzani b. Jamaluddin - IPGM
25. Abdullah b. Md.Zin@Ariffin - IPGM
26. Fauziah bt. Abd.Rashid - IPGM
27. Muntasir b. Muaz - IPGM
28. Mohd. Shukri b. Ma’arof
29. Abu Kassim b. Mohd. Razali
IPG