The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1079-16-mas, 2023-04-04 23:29:25

FLIPBOOK MORFOLOGI

pdf_20230405_112917_0000

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3203


KUMPULAN Ahli NUR AMALINA AMIRA BINTI MOHD ROSDI 2021082340520 MAS AYUNIE IZZATI BINTI MOHD BAZLIRIZAIDDI 2021082340515 NURUL AINI NABILAH BINTI ABU BAKAR 2021082340528 Nur Amalina Amira Mas Ayunie Izzati Nurul Aini Nabilah


Secara berkumpulan, anda dikehendaki memilih satu petikan berkaitan isu kesalahan bahasa, kemudian buat pembentangan berkaitan aspek-aspek berikut: i. analisiskan dan buat penilaian tentang pembentukan kata baharu ii. buat penilaian isu kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi iii. Persembahan dalam bentuk flip book atau e-book


A N A LISIS P E M B E N T U K A N K A T A B A H A R U A N A LISIS ISU K E S A L A H A N K A T A


ANALISIS Pembentukan Kata Baharu


PENGENALAN PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan yang dipinjam daripada bahasa. Perkataan ini muncul akibat bahasa berkembang akibat pertembungan budaya. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2002) pembentukan perkataan baharu melibatkan tiga bidang seperti bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan perbendaharaan kata (leksikon)


Perkataan nasionalisme Penjelasan imbuhan akhiran "isme " telah membentuk perkataan " nasionalisme " iaitu gabungan " nasinal"+"isme " Akhiran "-isme " bermaksud kepercayaan, pegangan atau kefahaman mengenai konsep serta sikap dan perlakuan. Akhiran ini membentuk kata nama


Perkataan internet Penjelasan perkataan internet perlu ditukarkan kepada perkataan laman sesawang. Perkataan laman sesawang lebih sesuai digunakan dalam penulisan bahasa Melayu seperti yang dikeluarkan oleh DBP.


Perkataan Salah Selfie Perkataan betul Swafoto Penjelasan Penggunaan selfie sering digunakan sebelum ini.Dalam Perancangan Bahasa Rasmi, Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) telah mencipta istilah swafoto untuk menggantikan istilah bahasa Inggeris " selfie ". Perancangan Bahasa Rasmi sumber: google


Perkataan inap desa Penjelasan Perkataan inap desa ini merupakan penggunaan popular yang tercipta untuk merancakkan bahasa Melayu. Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri atau secara ambilan keseluruhan. Perkataan inap desa ini menjadi popular dan digunakan umum. penggunaan popular sumber: google


sumber:akhbar


Perkataan Seniman Penjelasan Akhiran -man ini berfungsi untuk membentuk kata nama. Imbuhan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan maksud pelaku, pekerjaan, tugas, pakar bidang dan mempunyai sifat sesuatu.


IMBUHAN BAHASA arab-parsi sumber:google


Perkataan hadirin Penjelasan Imbuhan ini membentuk kata nama imbuhan akhiran -in menandakan jamak dan kategori lelaki.


sumber:akhbar


Perkataan lahiriah Penjelasan akhiran - iah merupakan imbuhan untuk menghasilkan kata adjektif yang menerangkan sifat atau ciri yang ada pada kata dasar.


Perkataan antidadah Penjelasan imbuhan awalan anti- ini membentuk kata nama imbuhan ini berfungsi untuk menunjukkan tanda melawan dan tidak bersetuju dengan sesuatu pihak atau perkara. IMBUHAN BAHASA YUNANILATIN-INGGERIS sumber:google


sumber:akhbar


Perkataan biografi Penjelasan imbuhan awalan bio- berkaitan dengan benda hidup seperti manusia, tumbuhan dan haiwan.


RUMUSAN Secara kesimpulannya, pembentukan perkataan baharu boleh berlaku dalam melibatkan pelbagai proses atau bidang. Kesemua perkataan baharu yang dibina telah menyentuh beberapa aspek utama dalam bahasa. Walaupun begitu, banyak usaha yang telah dilakukan oleh DBP untuk membina perkataan-perkataan baharu bagi memenuhi penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu agar tidak ketinggalan. Bukan itu sahaja, DBP juga telah mencipta istilahistilah baharu agar dapat mengangkat bahasa Melayu di persada dunia.


ANALISIS Isu Kesalahan Kata


ISU KESALAHAN KATA Penggunaan kata yang baku dan gramatis bermula daripada medium komunikasi. Penggunaan kata yang sesuai dan tepat amat penting dalam aspek pertuturan dan tulisan. Hal ini dikatakan demikian kerana isu yang berkaitan dengan morfologi sering terpapar dalam pelbagai sumber. Contohnya, media cetak, media elektronik dan media sosial.


Bentuk Salah Bentuk Betul Penerangan memancing sotong mencandat sotong penggunaan kata yang tepat ialah mencandat kerana menangkap sotong dengan menggunakan candat. Kesalahan dari Aspek Diksi Kata Melibatkan pemilihan kata yang kurang tepat berdasarkan konteks perihalan


Bentuk Salah Bentuk Betul Penerangan serigala melolong bila bulan Purnama serigala melolong apabila bulan Purnama penggunaan kata yang tepat ialah apabila untuk menguhubungkan dua ayat. Kesalahan dari Aspek Diksi Kata Melibatkan pemilihan kata yang kurang tepat berdasarkan konteks perihalan


Perkataan Salah Perkataan Betul Penerangan susut surut penggunaan kata yang tepat ialah surut yang bermaksud kembali semula ke paras sebelumnya. Kesalahan Kata dari Aspek Diksi Kata


Kesalahan Kata dari Aspek Golongan Kata


Perkataan Salah Perkataan Betul Penerangan Balik kampung semalam Balik ke kampung semalam kata kerja tunggal "balik" perlu diikuti kata sendi Kesalahan Kata dari Aspek Golongan Kata Melibatkan penggunaan golongan kata yang tidak tepat dan tidak sesuai di dalam ayat


Sumber: Twitter


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan pergerakkan pergerakan Imbuhan per-...-kan juga tiada dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah pe-...-an dan per-...-an. Jika digunakan pe-...-kan, yang terhasil ialah pegerakan. Bentuk ini salah juga. Oleh itu, bentuk yang betul ialah pergerakan Kesalahan Pengimbuhan


Sumber : Artikel Majalah Glam Lelaki


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan rata rata rata-rata Kata rata-rata merupakan kata ganda yang perlu ditambah tanda sempang KesalahanPenggandaan


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan netizen warganet Gangguan bahasa berlaku apabila istilah bahasa Inggeris dicampur iaitu istilah ' netizen ' yang sewajarnya ditukar kepada warganet. Gangguan bahasa


Sumber : Twitter


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan berkerja bekerja Huruf ' r ' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja ' mengandungi huruf ' er '. Oleh sebab awalan 'ber ' juga mempunyai huruf ' er ' , maka huruf ' r ' dalam awalan 'ber ' itu dilenyapkan. Pengecualian morfologi Bahasa Melayu Kesalahan Bentuk Kata Terbitan


Sumber : WordPress.com


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan merbahaya berbahaya Imbuhan mer- tidak wujud, oleh itu kata dasar 'bahaya ' menerima imbuhan ber-. Maksud ber- dalam situasi ini ialah “ada” atau “mempunyai”. Dengan hal yang demikian, berbahaya bermaksud “boleh mendatangkan bahaya” atau “dalam bahaya”. Kesalahan Pengimbuhan


Sumber : Blogspot


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan disini di sini Perkataan 'di' perlu dijarakkan apabila digunakan bersama kata selain kata kerja. Perkataan sini merupakan kata arah maka, penggunaan 'di' perlu dijarakkan. dari daripada Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu manakala kata sendi nama 'daripada ' digunakan di hadapan kata nama bagi menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda. KesalahanTatabahasa


Sumber : Instagram


Perkataan Salah Perkataan Betul Penerangan Sarikata Sari kata Sari kata perlu dieja terpisah kerana kata majmuk ialah perkataan yang terbentuk melalui gabungan dua perkataan atau lebih untuk membentuk perkataan baharu yang membawa maksud tersendiri dan perlu dieja terpisah kecuali kata majmuk yang penggunaannya yang sudah mantap dan boleh dieja rapat. KESALAHAN KATA MAJMUK


Sumber : Artikel


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan Perserahan Penyerahan Kata dasar serah yang menerima awalan peNberubah bentuk pangkal s kepada ny. KESALAHAN PENGIMBUHAN


Perkataan salah Perkataan betul Penjelasan Pindahmilik Pindah milik Kata majmuk perlu dieja terpisah kecuali kata majmuk mantap Hakmilik Hak milik KESALAHAN PEMAJMUKAN


RUMUSAN Kesimpulannya, masih terdapat beberapa kesalahan penggunaan kata yang dapat diperolehi dari pelbagai sumber. Contohnya, media massa, media cetak dan media elektronik. Oleh itu,kita sebagai pengguna bahasa Melayu mestilah menggunakan kata yang betul dari segi tatabahasa supaya kesalahan yang dilakukan itu tidak menjadi satu kebiasaan. Sebagai penutur bahasa Melayu juga, kita harus memartabatkan penggunaan bahasa Melayu agar bahasa Melayu dapat diangkat dipersada dunia.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version