The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nor Najihah, 2020-04-10 13:44:26

MODUL 8: LAKSANAKAN KERJA SENGGARAAN LADANG TERNAKAN

SKM OPERATOR AKUAKULTUR

Keywords: Modul 8 Skm oa

SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN
KAMPUNG PADANG, JALAN SG LEMBING,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS PENERANGAN

KOD NAMA DAN (AF-031-1)
PROGRAM / OPERATOR AKUAKULTUR
PROGRAMME CODE
AND NAME TAHAP (1)
M 08 LAKSANAKAN KERJA SENGGARAAN
TAHAP / LEVEL
LADANG TERNAKAN
NO DAN TAJUK MODUL
/ MODULE NO. AND
TITLE

08.01 LAKUKAN KERJA SENGGARAAN PERALATAN
LADANG

NO. PENGALAMAN 08.02 LAKUKAN KERJA MENGENDALI SISA
PEMBELAJARAN / BUANGAN
LEARNING
EXPERIENCE NO. AND 08.03 LAKUKAN KERJA MENGENDALI PERALATAN
STATEMENT AUTOMASI DAN MEKANISASI LADANG

08.04 LAKUKAN KERJA SENGGARAAN
INFRASTRUKTUR LADANG TERNAKAN

08.05 LAKUKAN KERJA SENGGARAAN SISTEM BIO
SEKURITI LADANG AKUAKULTUR

OBJEKTIF MODUL / LAKSANA KERJA SENGGARAAN LADANG
MODULE OBJECTIVES TERNAKAN MENGGUNAKAN HAND TOOL SET,
JADUAL DAN BUKU LOG SENGGARAAN, DAN
PERALATAN KESELAMATAN DIRI SERTA
MENGENDALI PERALATAN AUTOMASI DAN
MEKANISASI LADANG MENGGUNAKAN MANUAL
OPERASI PERALATAN LADANG SUPAYA ARAHAN
KERJA DIKENDALI MENGIKUT AMALAN
AKUAKULTUR BAIK (AAB).

NO. KOD / CODE NO. AF-031-1 /M 08/KP (1) Muka : 1 Drp : 10

TAJUK : LAKSANAKAN KERJA SENGGARAAN LADANG TERNAKAN

TUJUAN : KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN TENTANG

LANGKAH-LANGKAH DALAM LAKUKAN KERJA SENGGARAAN

PERALATAN LADANG, MENGENDALI SISA BUANGAN,

MENGENDALI PERALATAN AUTOMASI DAN MEKANISASI LADANG,

SENGGARA INFRASTRUKTUR LADANG TERNAKAN

MENGGUNAKAN PERALATAN MENGIKUT AMALAN AKUAKULTUR

BAIK (AAB).

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 2 Drp: 10

Penyenggaraan

Pengenalan
• Kawasan ternakan merupakan kompleks kolam atau hatcheri dimana
penternakan spesis akuatik dijalankan.
• Kawasan tersebut perlulah diselenggara untuk memastikan proses penternakan
dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah.
• Proses penyelenggaraan termasuklah pembersihan dan penyusunan alatan
selepas digunakan, penukaran air, pembersihan kawasan, mengendalikan sisa
buangan.

1. Penyelenggaraan kawasan ternakan

1.1- Hatcheri
i) Pastikan longkang untuk saluran keluar tidak tersumbat oleh ikan yang
telah mati. Ini kerana pencemaran bau busuk akan berlaku jika ikan
tersebut tersekat. Penutup longkang dilengkapkan dengan rapi dan kemas
serta daripada kayu yang keras dan tahan lama.
ii) Lantai di dalam hatcheri sentiasa bersih dan tidak menakung air serta
berlumut.
iii) Wayar elektrik (extension wire) yang digunakan untuk mengepam air perlu
diperiksa keadaannya. Kabel antara suis soket ke pam perlu dielakkan
daripada terendam dalam air. Ini kerana arus elektrik akan berlaku short
circuit atau pun litar pintas. Plug top tidak basah begitu juga switch socket.
iv) Peralatan-peralatan dan kelengkapan disusun dengan rapi dan tidak
menghalang laluan dalam hatchery.
v) Pastikan aeration tube dan air stone berfungsi dengan baik.
vi) Alat-alat seperti stand pipe dan filter beg dipasang pada tempat yang betul

1.2- Kolam

Jadual penyelenggaraan berkala untuk kolam

❖ Selepas hujan lebat
- Periksa keadaan ban samada berlaku hakisan dan kebocoran.
- Periksa kualiti air masuk ke dalam kolam.

❖ Setiap hari
- Membersih kawasan kolam daripada sampah sarap
- Mengemas peralatan-peralatan seperti paddle wheel dan pam

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 3 Drp: 10

serta disimpankan ke dalam stor.

❖ Setiap bulan
- Periksa keadaan tumbuhan dalam kolam.
- Memotong rumput yang panjang di tepi ban.
- Periksa pagar sekeliling kolam untuk mengelakkan daripada
haiwan liar masuk.

❖ Setiap tahun
- Membuang lapisan dasar kolam setelah ianya dikeringkan.
- Membaiki ban yang rosak.

1.3- Penyelenggaraan sangkar ternakan

• Penjagaan pukat: Pastikan tiada lumut, teritip,tiram yang melekat pada jaring
sangkar sehingga menghalang pengaliran air.

• Bagi membersihkan teritip yang melekat pada pukat ia akan diketuk
menggunakan alatan yang keras.

• Bagi lapisan lumut yang melekat pada pukat, berus atau pam air bertekanan
tinggi boleh digunakan untuk pembersihan.

• Pemilihan saiz mata pukat adalah sangat penting.

Saiz mata pukat Kekerapan pembersihan
Saiz: 0.6 cm (1/4”) 2 minggu/kali
3.8 cm (1.5”) 1 bulan.

• Kekerapan tukar pukat sangkar bergantung kepada kekotoran.
• ‘Anti-fouling’- rawatan pukat.

Sampah atau ikan mati akan disauk Penukaran pukat sangkar
keluar dari sangkar

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 4 Drp: 10

1.4- Peralatan untuk penyelenggaraan : Pemotong rumput

i) Pemeriksaan sebelum digunakan

➢ Campuran minyak 2T & petrol mestilah betul (nisbah 50:1)
➢ Periksa kabel throttle dan choke
➢ Grease kabel throttle
➢ Periksa mata pemotong, ikatan nut diperiksa supaya ianya ketat.
➢ Hidupkan enjin dan uji operasi mata pemotong

ii) Selepas digunakan

➢ Bersih keseluruhan mesin
➢ Periksa mata pemotong
➢ Periksa kabel throttle
➢ Mesin disimpan yang selamat dari punca api / mudah terbakar

iii) Langkah-langkah keselamatan

➢ Pakai baju lengan panjang
➢ Pakai kasut dengan apron
➢ Pakai goggles dan topi
➢ Elakkan dari batu dan benda keras

1.4.1 Jenis-jenis pemotong rumput.

A. Mesin rumput tolak / Mesin rumput empat lejang

i. Mesin rumput adalah sejenis enjin satu selinder dan mempunyai sistem empat
lejang.

ii. Mesin ini menggunakan bahan api pertol.
iii. Mesin rumput tolak sering digunakan untuk memotong rumput di padang bola.

Mesin ini boleh digunakan untuk memotong rumpai yang tidak tebal di kawasan
rata dan tidak terbonjol akar.

Sistem-Sistem Dalam Mesin Rumput Empat Lejang

1. Sistem Penyejukan

▪ Sistem Penyejukan dalam mesin ini adalah daripada jenis udara. Pada roda
tenaga terdapat kipas, sementara pada silinder dan kepala selinder
dilengkapkan dengan sirip serta penutup untuk memerangkapkan udara.

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 5 Drp: 10

2. Sistem Pencucuhan
▪ Sistem pencucuhan yang digunakan adalah jenis magneto. Bahagian
magneto terletak pada roda tenaga enjin tersebut.

3. Sistem Pelinciran
▪ Sistem pelinciran dalam mesin ini adalah daripada jenis percikan. Di
bahagian tepi enjin dilengkapkan dengan skru yang digunakan untuk
mengeluarkan minyak pelincir.

4. Sistem Penghantaran Kuasa
▪ Kuasa daripada enjin dipindahkan kepada pisau pemotong melalui tali sawat
pada kapi.

Operasi Mesin

1- Mengengkolkan Enjin

Buka injap pendikit secara sederhana dan tutupkan sedikit injap cekik jika enjin
masih sejuk. Lilitkan tali pada kapi pengengkol enjin.

Sentap tali dengan cepat supaya enjin berputar laju. Laraskan kelajuan enjin
dengan menggunakan injap pendikit supaya sesuai dengan kerja yang hendak
dilakukan.

2- Operasi di Ladang

Jika rumput yang hendak dipotong terlalu tebal, dongakkan sedikit pisau
pemotong supaya ia dapat memotong rumput dengan mudah.

Elakkan mata pemotong daripada terkena kayu atau batu. Hindarkan roda mesin
daripada memasuki lubang apabila melalui kawasan yang tidak rata.

3- Menghentikan Enjin

Tutupkan injap tangki bahan api.

Tutupkan injap pendikit dan hentikan pengendalian enjin.

4- Penyelenggaraan

Selepas bekerja, mesin perlu dibasuh kerana rumput dan sampah yang
melekat pada sirip penyejukan dan roda tenaga menghalang udara sampai ke
permukaannya. Ini akan mengakibatkan enjin menjadi terlalu panas.

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 6 Drp: 10

Keluarkan penyaring udara dan bersihkan. Periksakan aras minyak pelincir
setiap kali sebelum bekerja. Tambahkan minyak pelincir jika berkurangan.

Gantikan palam pencucuh dan titik sentuh jika tidak boleh digunakan lagi.
Asahkan mata pemotong. Tegangkan kapi tali sawat. Griskan putting gris dan
bahagian-bahagian yang memerlukan.

B. Mesin Sandang Petrol Dua Lejang

Pengendalian

1- Persediaan Sebelum Menggunakan

i. Bahan api yang dimasukkan ke dalam tangki hendaklah dicampurkan dengan
minyak pelincir dengan kadar 20:1. Bahan api hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam tangki. Tutup tangki bahan api dengan kemas.

ii. Pastikan tali sandang adalah kemas dan selamat digunakan.

iii. Jika menggunakan mesin sandang untuk menyembur bahan kimia, pastikan
kamu memakai pakaian pelindung, seperti pelindung hidung, baju berlengan
panjang dan kasut ladang yang sesuai.

iv. Mesin yang hendak digunakan perlu diperiksa. Contohnya memeriksa kebocoran
paip bahan api dan paip bahan kimia supaya selamat digunakan.

v. Dalam kerja-kerja menyembur bahan kimia, pastikan arahan semasa
menyembur dipatuhi untuk mengelakkan kecederaan akibat bahan kimia.

vi. Semasa memotong rumput, mesin hendaklah disandang dan halakan
pemegangnya ke depan.

2- Mengengkolkan Enjin

i. Buka injap tangki bahan api dan tutupkan sedikit injap cekik jika masih sejuk.
Bukakan sepenuhnya injap pendikit.

ii. Rentapkan tali pengengkol mesin dengan tangan. Setelah diengkol bukakan
injap cekik sepenuhnya dan tutupkan sedikit injap pendikit supaya pergerakan
enjin menjadi sekata.

3- Mengendali

i. Sandangkan mesin di bahu.
ii. Bukakan injap pendikit supaya pusingan enjin lebih laju.
iii. Bawa mesin bekerja di ladang.

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 7 Drp: 10

4- Memberhentikan Operasi

1. Matikan enjin.
2. Turunkan mesin penyembur dari bahu dan tutupkan injap tangki bahan api.

5- Menyimpan

1. Periksalah mesin penyembur jika terdapat skru yang longgar atau saluran bocor.

2. Bersihkan segala kotoran yang melekat pada mesin. Simpanlah mesin
penyembur di tempat yang kering.

3. Mesin potong rumput perlu disimpan didalam stor yang telah disediakan setelah
ianya digunakan. Mata pisau mesin potong rumput perlu ditutup dengan kain
yang tebal bagi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini.

4. Simpan mesin potong rumput di bahagian bawah rak yang disediakan pada
ruang yang bersesuaian dan tempat simpan mudah dilihat. Mesin pemotong
rumput perlu diikat dengan menggunakan rantai besi dan pedal kunci bagi
mengelak sebarang kehilangan atau kecurian.

2) Menyelenggara Peralatan

Pengenalan

• Peralatan-peralatan yang digunakan semasa kerja-kerja di hatcheri dan di kolam
haruslah diselenggara dan dijaga dengan rapi supaya sentiasa dalam keadaan
baik.

• Alatan tersebut mestilah disimpan di dalam tempat yang selamat seperti stor,
disusun dan direkodkan setiap kali sebelum dan selepas digunakan.

• Jika terdapat kerosakan pada alatan, laporkan dengan segera supaya kerosakan
dapat terus diperbaiki bagi memastikan semua kerja dapat berjalan dengan
lancar.

2.1- Peralatan-peralatan ternakan

Pelbagai jenis peralatan digunakan dalam pengurusan ternakan seperti berikut:

a) Hatcheri

❖ Pelbagai jenis tangki konkrit atau fiberglass dalam bentuk dan saiz yang
berbeza.

❖ Pam pengudaraan dan sistem bekalan oksigen.
❖ Pam air untuk mengisi atau mengeringkan tangki
❖ Peti sejuk untuk simpanan makanan
❖ Pam air tekanan tinggi( water jet) untuk kerja-kerja pembersihan tangki.

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 8 Drp: 10

b) Kompleks kolam

❖ Kenderaan kecil seperti pick-up, jeep, van dan lori kecil untuk pengangkutan

berjarak jauh. Membawa benih, baja, makanan, penapis, pam dan

sebagainya.
❖ Trektor
❖ Bot/sampan
❖ Kereta sorong
❖ Pemotong rumput
❖ Pukat
❖ Pam air
❖ Alat pengudaraan / paddle wheel
❖ Mesin pembajak

3) Pemantauan kualiti air ternakan

Pemantauan kualiti air mestilah dilakukan setiap hari. Kualiti air yang rendah akan
menyebabkan tumbesaran ikan terganggu disamping boleh mengundang penyakit pada
ternakan.

a) Hatcheri

• Jika kualiti air dalam tangki ternakan rendah contohnya kandungan amonia yang
tinggi, penukaran air boleh dilakukan bagi mengurangkan kandungan amonia
tersebut/

• Penukaran air dilakukan dengan membuka paip air keluar.
• Bagi tangki yang mempunyai ternakan, jaring halus akan dipasang pada stand

pipe untuk menghalang benih dari keluar.
• Kadar penukaran air dari tangki ternakan adalah 50% dari jumlah air tangki
• Paip air masuk akan dibuka untuk menambah kembali jumlah yang telah

dikeluarkan.

b) Kolam

• Penukaran air dalam kolam juga boleh dilakukan untuk memperbaiki kualiti air
tersebut.

• Pintu air keluar akan dibuka, dan air dari kolam takungan akan dipam masuk ke
dalam kolam tersebut.

4) Membersih kotoran ditangki larva

• Kotoran di dasar tangki atau kolam ternakan disebabkan oleh lebihan makanan
dan najis ternakan.

• Kaedah pembersihan adalah menggunakan sifon.
• Kotoran didasar tangki akan disifon menggunakan getah paip. Kotoran akan

keluar bersama-sama aliran air. Jaring penapis akan diletakkan pada hujung
getah paip bagi mengelakkan larva dari terbuang bersama kotoran.

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 9 Drp: 10

• Getah paip akan digerakkan perlahan-lahan supaya kotoran yang telah mendak
didasar tangki tidak

• Pengudaraan juga akan ditutup semasa kerja ini dijalankan.

Tangki Paip
kotoran getah

Jaring
penapis

Baldi

Sifon kotoran di dasar tangki

5) Mengendalikan sisa buangan ternakan.

Sisa buangan yang biasa terhasil di kawasan ternakan adalah dalam bentuk:
Pepejal : Ikan dan Udang yang mati, kulit kerang atau siput, sisa makanan ikan,
najis.
Cecair : Air kolam, sisa ubat-ubatan yang telah digunakan.

Melupuskan sisa buangan

i. Sisa buangan seperti ikan dan udang yang mati akan ditanam, elakkan dari
membuangnya didalam longkang.

ii. Sisa kulit kerang atau siput akan dikumpulkan dan dibuang di tempat pelupusan
sampah.

iii. Sisa makanan seperti pelet akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dibuang
ke dalam tong sampah.

iv. Sisa ubat-ubatan yang telah digunakan akan dimasukkan kedalam bekas
pembuangan khas.

NO KOD / CODE NO AF-031-1/M08/P(1) Muka: 10 Drp: 10

SOALAN
1. Nyatakan tujuan melupus sisa buangan.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berikan dua lokasi sesuai untuk melupuskan ternakan berpenyakit.

a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Chakroff, M. 1976. Freshwater fish pond culture and management. VITA
Publications.

2. Hickling, C.F. 1971. Fish culture. Latimer Trend & Co Ltd Plymouth, Great
Britain. 317 p.


Click to View FlipBook Version