The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCA, 2024-05-07 03:00:02

Buku Program PIBG 2024

Buku Program PIBG 2024

PIBG Mesyuarat Disempurnakan oleh : YM. TENGKU SHAHRIR BIN TENGKU DAHLAN (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN) 11 MEI 2024 | SABTU 8.30 PAGI DEWAN SERI JAYA GEMILANG


2 1. Notis Mesyuarat Agung PIBG 2. Atur Cara Majlis 3. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 4. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 5. Rekod Kehadiran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 sesi 2023/2024 7. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 8. Laporan Kewangan PIBG Berakhir Pada 31 Disember 2023 9. Enrolmen Pelajar Tahun 2023 dan 2024 10. Penghargaan 11. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025


3


4 Pengurusan Sekolah akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan terancang. Jalinan kerjasama antara pentadbir sekolah dengan peneraju PIBG akan menjayakan semua warga sekolah dan waris pelajar bagi membawa kejayaan gemilang kepada sekolah. Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab akan memberi impak yang memberansangkan ke atas kecemerlangan sekolah. PIBG adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu dalam semua program peningkatan sekolah disamping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua peringkat pengurusan pendidikan. Membantu menggemilangkan ke arah pencapaian matlamat dan objektif Perancangan Strategik Sekolah khususnya dalam bidang: Kurikulum Kokurikulum Disiplin Bina insan/Moral keceriaan


5 8.30 Pagi - Pendaftaran Ibu Bapa,Guru Dan AKP Tayangan Aktiviti Sekolah dan PIBG 9.00 Pagi - Ketibaan Jemputan Dan Perasmi - Nyanyian lagu Negaraku - Ucapan Aluan Pengerusi majlis - Bacaan Doa - Ucapan Pengetua ( ex-officio PIBG ). - Ucapan Aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG ) - Ucapan Perasmian Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman (PPD) - Gimik Perasmian - Penyampaian Cenderahati Kepada Penyumbang Sekolah 2023 - Penyampaian Sijil Dan Cenderahati Kepada AJK PIBG - Penyampaian Cenderahati Perasmi Mesyuarat Agung Bermula - Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG ke-18 - Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 - Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 - Membahas Usul ( jika ada ). - Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/ 2024 - Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/ 2025 * Memilih seorang Yang DipertuaPIBG * Memilih seorang Naib Yang dipertua PIBG * Memilih 8 orang AJK Ibu bapa * Memilih 1 orang AJK kunci kira kira (ibu bapa) - Cabutan bertuah - Ucapan penangguhan


6 Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong SU Bendahari : Cikgu Sharifah Rohayabinti Syed Yahya( Pengetua) : En Fadhlanbin Abdullah( YDP PIBG) : Cikgu Amranbin Endut (GPK Hal Ehwal Murid) : Cikgu Mahzanbin Hamzah(GPK Pentadbiran) : Cikgu Mohd Najmuddinbin Mohd Nasir(GPK Kokurikulum) : Cikgu Norazlinabinti Yusof : Cikgu Noor Afizabinti Hasan : Cikgu Nurul Syamsinabinti Haizam Pengerusi Majlis Cikgu Khadijahbinti Mohd Saufi Cikgu Maziahbinti Jusoh Bacaan Doa Cikgu Ahmad Khazanibin Abd Wahab Floor Manager/Protokol Cikgu Suhaidabinti Muda Cikgu Aidabinti Abd Ghani Sambutan Tetamu Cikgu Masturabinti Alias Cikgu Zaitonbinti Dagang Cikgu Mariam binti Mohd Nor Cikgu Surayabinti Mahayet AJK PIBG Tayangan Montaj Cikgu Nurhayatibinti Riza Cikgu NurIzatiainibinti Hishamliza Siaraya Cikgu Mohd Hanif Bin Haron Cikgu Abdul Hisham bin Kama Ludin Jemputan Cikgu Noor Afizabinti Hasan Jemputan Ibu Bapa Cikgu Norazlinabinti Yusof Semuagurutingkatan Power Points Cikgu Nurul Jannahbinti Halim Cikgu Nor Sabianabinti Mohd Sijil & Cenderahati AJK PIBG CikguIdayuwatibinti Mohd Zahari Cikgu Nurul Syamsinabinti Haizam AJK Muzik Latar Cikgu Noor Fatihahbinti Md Noor Cikgu Nur Hazwanibinti Haslah JAWATANKUASA PELAKSANA


7 Sumbangan Cabutan Bertuah Cikgu Norazirabinti Yusof Pn Norlisabinti Shafei Pn Nik Faisarah Binti Nik Mat Pendaftaran Ibu Bapa Cikgu Nur Haniem Binti Che Hashim Cikgu Noratiahbinti Mohd Ali Cikgu Siti Hajarbinti Ibrahim Cikgu Erni Yusyida @ Norainibinti Ibrahim Cikgu Nur Suaidahbinti Ramli Pendaftaran Guru dan AKP Pn Siti Narimahbinti Hamdan Backdrop Ustazah Mazlinabinti Abu Bakar Petunjuk Arah Cikgu Nur Azlinabinti Aziz Pengawassekolah Pentas Cikgu Zalipahbinti Ab Wahab @Tengah Cikgu Noridayubinti Hasan Cikgu Rosmizabinti Halim Cikgu Nor Masitah Sailabinti Daud Makanan VIP Cikgu AzlianaIdayubinti Mohd Saofi Ustazah Rahimahbinti Dollah Cikgu Baitilalia Ayubinti Zakaria Pn Rozitabinti Omar Buku Program/Pamphlet Cikgu Norsalmabinti Che Amat Cikgu Hairizabinti Che Su Persiapan Tempat (Sebelum) Cikgu Mohammad Khairul Bazlibin Draman Cikgu Siti Yuzainibinti Muhd Nor Ustazah Norizam binti Kia Cikgu Emaa Syamsyidabinti Salleh Cikgu Siti Eshah Binti Basri Nik Hasnahbinti Mohd Hassan Encik Mohd Norbin Yasin Cikgu Mohamed Ashribin Talib Persiapan Tempat (Selepas) Cikgu Che Wan Mohd Ramhairusham bin Che Wan Mansor Cikgu Mohd Kamrobin Abd Aziz Ustazah Ramatul Ashiahbinti Mohamad Cikgu Yuhasnainibinti Yusof Pn Norlailabinti Ibrahim Pn Nabiahbinti Ab Rahman Encik Fakrurazibin Mat Daud Makanan Guru dan AJK PIBG Cikgu Nur Hamizahbinti Mud Cikgu Fatimahbinti Kassiam Makanan Ibu Bapa Cikgu Zakiah Binti Muhamad @Ghazali Cikgu Norezanbin Ngah Cikgu Nurul Mardhiahbinti Mohtar @Muhktar Pn Adariahbinti Ali Pn Safiahbt Mamat Liputan Majlis & Dokumentasi Cikgu Maizatul Hashimahbinti Yusof Cikgu Muhammad Khairuddinbin Yusoff Cikgu Roslizabinti Amin TV PSS


8 Hadiah dan Cabutan Bertuah Cikgu Norhidayahbinti Abd Rahman Cikgu Syarifah Nor Mawatibinti Syed Mohamed Cikgu Siti Azlinabinti Ismail Pn Norlidabinti Zahari Pn Fatehahbinti Ghazali Pn Rozitabinti Mat Noh Pn Nasibahbinti Nong Pn Norizahbinti Ahmad Mencatat Minit Mesyuarat Cikgu Fatihatbinti Abu Bakar Cikgu Noora Haidabinti Abdullah Hashim Cikgu Nurhudabinti Yusuf Cikgu Nor Elyza Azunibinti Baheran Cikgu Normilahbinti Abd Wahab Pengiraan Undi Cikgu Raja Hasnahbt Raja Mamat Cikgu Noor Maizatul Amirabinti Zolkeple Pengerusi Sementara Cikgu Mahzanbin Hamzah (GPK Pentadbiran) AJK Buku Pelawat En Wan Mohd Faizalbin Wan Arip En Khairul Kamalbin Mohmad


9 Penasihat Pn Sharifah Rohayabinti Syed Yahya Yang Dipertua Encik Fadhlanbin Abdullah Naib Yang Dipertua Encik Mohd Zulkeflibin Mohamed Setiausaha Pn Norazlinabinti Yusof Penolong Setiausaha Cikgu Noor Afizabinti Hasan Bendahari Pn Nurul Syamsinabinti Haizam Penolong Bendahari PnIdayuwatibinti Mohd Zahari AJK Audit Dalaman Guru Pn Syarifah Nor Mawatibinti Syed Mohamed AJK Audit Dalaman Ibu Bapa Puan Rozitabinti Omar AJK Guru Cikgu Suhaidabinti Muda Cikgu Fatimahbinti Kassiam AJK Ibu Bapa Puan Adariahbinti Ali Puan Norlisabinti Shafei Puan Nik Faisarahbinti Nik Mat


10 BIL NAMA 1 30.08.2022 2 14.01.2024 3 21.04.2023 1 ENCIK FADHLAN BIN ABDULLAH / / / 2 ENCIK MOHD ZULKEFLI BIN MOHAMED / / / 3 CIKGU NORAZLINA BINTI YUSOF / / / 4 CIKGU NOOR AFIZA BINTI HASAN - - / 5 CIKGU NURUL SYAMSINA BINTI HAIZAM / / O 6 CIKGU IDAYUWATI BT ZAHARI O / / 7 CIKGU FATIMAH BINTI KASSIAM / / O 8 CIKGU SUHAIDA BINTI MUDA O / / 9 CIKGU MOHAMED ‘ASHRI BIN TALIB / / O 10 CIKGU SYARIFAH NOR MAWATI BINTI SYED MOHAMED O / / 11 PUAN ADARIAH BINTI ALI / / / 12 PUAN NIK FAISARAH BINTI NIK MAT / / O 13 PUAN ROZITA BINTI OMAR / O / 14 PUAN NORLISA BINTI SHAFIE        / / / 15 PUAN SAFIAH BT MAMAT / / / 16 ENCIK MOHD NOR BIN YASIN / / O 17 ENCIK FAZLI BIN ISMAIL O O O 18 ENCIK FAKRURAZI BIN MAT DAUD / / O 19 ENCIK MOHD ASRO BIN JENUN O O O


11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2024 MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 18 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI, KEMAMAN. SESI 2023/2024 TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SRI JAYA GEMILANG PERASMI : TUAN HAJI ROSHALI BIN TAHA (TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN, BAHAGIAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PPD KEMAMAN) MAJLIS PERASMIAN MAT UCAPAN PENGETUA: PN. SHARIFAH ROHAYA BT SYED YAHYA, PENGETUA SMK BINJAI 1. Mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Roshali bin Taha, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Sektor Pembangunan Murid PPD Kemaman mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, yang dihormati Encik Fadlan bin Abdullah ,YDP PIBG SMK Binjai, Encik Mahzan bin Hamzah, PK Pentadbiran, Encik Amran bin Endut, PK HEM, Encik Mohd Najmuddin bin Mohd Nasir PK Kokurikulum, Penyelia Asrama Yayasan Terengganu Kemaman,wakil-wakil JPKK, ahliahli jawatankuasa PIBG, barisan guru-guru, ,ibu bapa serta para hadirin yang dikasihi sekalian. 2. Melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat berkumpul dalam mesyuarat PIBG kali ke-18 dan kali kedua dapat berjumpa dengan para ibu bapa selepas majlis penyerahan keputusan SPM 2022 3. Menyingkap sejenak bermula pada 4 Jun 2023, beliau telah dilantik menjadi pengetua SMK Binjai, dan berpeluang meneruskan perkhidmatan dalam tempoh lebih kurang 2 tahun 6 bulan di kampung asal usul beliau. Beliau memperkenalkan serba sedikit tentang diri beliau. 4. Sejumlah 1048 orang pelajar, 71 orang guru yang kini berada di SMK Binjai. Sekolah ini masih kekurangan 4 orang guru serta 1 orang guru yang terpaksa cuti sakit kerana menjalani pembedahan dan 2 orang sedang menunaikan haji di tanah suci. 5. Keputusan SPM 2022. a.Sejumlah 198 orang calon SPM 2021 di SMK Binjai b.Pencapaian terbaik SPM 2022 iaitu Nurdina Sofiya binti Mohamad Azmi mendapat 8A c.95 % lulus subjek BM dan 88 % Sejarah membolehkan anak-anak pelajar layak untuk menyambung pelajaran. d.GPS bagi SPM 2022 iaitu, 5.08 berbanding dengan SPM 2021 iaitu 5.36.


12 6. Beliau menyarankan pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat sijil SPM agar dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 7. 15 orang calon SPM 2023 ‘target straight A’s 8. Kejayaan dalam kokurikulum a.Dua orang pelajar akan mewakili MSST dalam Kejohanan Ping Pong MSSM di Sarawak b.Sukan Bowling, catur dan pelbagai pertandingan Ko Akademik juga peringkat daerah 9. Beliau berharap ibu bapa sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anak-anak pelajar untuk bertanding dalam apa-apa jua pertandingan.kerana markah kokurikulum sangat membantu anak-anak pelajar untuk melayakkan mereka untuk mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di IPTA mahupun IPTS. 10. Hanya 80% lebih kehadiran pada setiap hari ke sekolah dan hal ini menjadi satu cabaran kepada pihak sekolah, ketidakhadiran pelajar akan merugikan pelajar itu sendiri di kemudian hari. 11. Ibu bapa perlu bekerjasama dalam memastikan anak-anak pelajar hadir ke sekolah terutamanya pelajar- pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023. 12. Peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Julai dan bagi tingkatan 4 dan 5 akan menjawab soalan mengikut format SPM sebenar. 13. Pelajar-pelajar perlu hadir ke sekolah selepas cuti perayaan Aidiladha kerana peperiksaan pertengahan tahun merangkumi separuh daripada sukatan pelajaran. 14. Budaya di sekolah ini sangat positif kerana guru-guru di SMK Binjai sangat bersemangat dan Ikhlas dalam melakukan apa-apa jua tugasan,tetapi jika anak-anak pelajar masih tidak hadir ke sekolah akan merugikan diri sendiri 15. Beliau berharap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa agar anak-anak pelajar berjaya kelak. 16. Kutipan RM50 dalam sumbangan PIBG bertujuan untuk melaksanakan pelbagai program khususnya pelajar- pelajar SPM 17. Sekalung penghargaan dan terima kasih sekali lagi semua ibu bapa yang hadir dan guruguru yang bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat PIBG kali ini. UCAPAN YDP PIBG: EN. FADHLAN BIN ABDULLAH 1. Mengalu-alukan kehadiran En. Roshali bin Taha, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman,Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Pn. Sharifah Rohaya bt Syed Yahya, Pengetua SMK Binjai, En Amran bin Endut, PK Hal Ehwal Murid, En Mahzan bin Hamzah, PK Pentadbiran, En Mohd Najmuddin bin Mohd Nasir, PK Kokurikulum, barisan AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru dan warga SMK Binjai. 2. Mengucapkan terima kasih dan selamat datang atas kehadiran semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18. Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK dan guru-guru yang menjayakan mesyuarat agung. 3. Mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baharu ke SMK Binjai terutamanya kepada Tuan Pengetua, Pn Sharifah Rohaya bt Syed Yahya, En Mahzan bin Hamzah, PK Pentadbiran dan En. Mohd Najmuddin b. Mohd Nasir, PK Kokurikulum.


13 4. Mengucapkan tahniah kepada guru-guru atas kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2022 kerana peningkatan yang sangat membanggakan. Harapan beliau agar sekolah dapat meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam SPM 2023. Beliau juga mengharapkan agar ibu bapa sama-sama membantu memberi sokongan kepada sekolah demi kecemerlangan anak-anak. 5. Beliau turut menyatakan PIBG sedia membantu dan menyokong sebarang aktiviti di sekolah demi kemenjadian murid-murid. 6. Antara aktiviti yang dilakukan bersama-sama sekolah ialah seperti Ziarah Cakna kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Untuk permulaan, aktiviti ziarah dijalankan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM 2023. Target kehadiran murid ke sekolah ialah sebanyak 88%. Terkini, peratus kehadiran pelajar ialah 83% sahaja. 7. Beliau juga berharap agar ibu bapa cakna tentang kehadiran anak-anak ke sekolah dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan selamat. 8. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah memerlukan sokongan daripada ibu bapa. Ucapan tahniah kepada ibu bapa yang memberi komitmen penuh kepada sekolah untuk membina sahsiah pelajar. 9. Beliau turut menguar-uarkan bahawa SMK Binjai mempunyai Team Fizikal yang ditubuhkan untuk membantu sekolah untuk membaiki infrastruktur dan fizikal sekolah yang terdiri daripada beberapa orang pelajar dan beberapa orang guru. Beliau menegaskan kerja amal ini merupakan tambahan ilmu kepada pelajar yang tidak dapat diperoleh di dalam kelas selain dapat membina jati diri dan kemahiran pelajar. UCAPAN PERASMIAN: TUAN HAJI ROSHALI BIN TAHA ( TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN BAHAGIAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID MEWAKILI PUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN ) 1. Menyampaikan salam bagi pihak Puan Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD ) Kemaman , Puan Hajjah Hamidah binti Haji Hassan yang tidak dapat hadir dengan lafaz ,‘ Assalamualaikumlam kepada semua ibu bapa dan para guru yang hadir dapat hadir dalam Majlis Mesyuarat agung PIBG kali ke-18 SMK Binjai hari ini. 2. Mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang dapat hadir mesyuarat agung pada hari ini untuk memastikan segala perbincangan dan respon yang diterima pada mesyuarat agung hari ini, yang mana perancangan yang baik diteruskan , yang kurang baik ditinggalkan dan yang kurang berjaya ditambah baik demi memastikan perkara tersebut dapat dicapai. 3. Di PPD, pihak PPD ingin bergerak bersama-sama para ibu bapa dan para guru dalam memastikan kemenjadian para murid dapat dicapai. Hal ni tidak dapat dilaksanakan jika hanya usaha satu daripada pihak tetapi memerlukan kesungguhan semua pihak untuk sama –sama menggerakkannya.


14 4. Usaha pihak Yayasan Terengganu yang memilih SMK Binjai sebagai sekolah pilihan bagi pihak mereka untuk menghantar para murid mereka telah memberi kelebihan kepada pihak sekolah dengan adanya dalam kalangan murid yang tinggal di asrama Yayasan Terengganu, yang mana diketahui murid yang tinggal di asrama lebih terjaga daripada segi disiplin mereka dalam menguruskan masa pembelajaran mereka. Namun tidak dinafikan juga kepada murid yang tinggal di rumah . Mereka juga boleh mendisiplinkan diri mereka sebegitu tetapi ada baiknya untuk tinggal di asrama sekiranya berpeluang untuk tinggal di asrama. Dengan koloboratif antara murid dari Asrama Yayasan Terengganu akan menyuntik semangat dalam diri para murid lain untuk belajar dengan bersungguh – sungguh lagi bagimendapat kejayaan bersama. Para murid diminta ubah pemikiran bahawa tinggal di asrama sebagai satu tempat untuk mengongkong para murid dan para murid perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka untuk belajar. Hal ini memerlukan kerjasama para ibu bapa baik tinggal di asrama mahupun tinggal di rumah. Inilah tujuan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) diadakan untuk mendapat respon para ibu bapa berbincang tentang perkara yang dapat diusahakan lagi pihak sekolah dan PPD bagi membantu para murid. 5. Seperti yang semua sedia maklum, sebelum ini sesi persekolahan secara fizikal telah ditutup selama dua tahun dan alhamdullilah kini sesi persekolahan secara fizikal telah dibuka kembali. Senario ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi kehadiran murid ke sekolah yang mana pihak sekolah dan juga dalam kalangan ibu bapa melakukan perlbagai pendekatan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Pihak Kementerian Pedidikan Malaysia ( KPM ) telah meletakkan indeks prestasi kehadiran murid di setiap sekolah mesti mencapai 95 peratus ke atas. Pihak KPM juga telah mengadakan dialog prestasi bersama-sama pihak PPD bagi memperoleh dapatan yang berlaku di sekolah daripada para guru dan ibu bapa. 6. Pihak PPD juga ada menganjurkan Karnival Kerjaya dalam daerah dan telah bekerjasama dengan empat puluh agensi daripada pelbagai bidang . Ada diantara pekerjaan di agensi ini yang memerlukan sijil pelajaran Malaysia ( SPM ) untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ni menunjukkan bahawa mendapat sijil SPM selama 11 tahun bersekolah itu penting walaupun ada antara pekerjaan yang tidak memerlukan sijil SPM . Namun itu bidang kerja diperingkat yang berbeza.


15 7. Sistem Sahsiah Diri Murid ( SSDM ) merupakan sistem yang merekodkan data sahsiah murid sama ada perlakuan baik mahupun sebaliknya. 10 peratus daripada data ini yang direkodkan akan diambil kira dalam menentukan kelayakan sesorang murid untuk masuk ke mana -mana institusi pengajian tinggi awam ( IPTA ) , juga yang diambil kira markah 10 peratus daripada sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua data daripada sistem ini akan membantu murid untuk masuk ke IPTA. Oleh itu, pihak PPD Kemaman telah meletakkan sasaran untuk mencapai dapatan markah dalam PAJSK yang tebaik peringkat negeri Terengganu yang mana setiap murid mendapat 80 markah keatas. Hal ini memerlukan penglibatan semua murid dalam tiga jenis cabang dalam aktiviti kokurikulum( badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan ) demi memastikan sasaran ini dapat dicapai . Juga memerlukan kerjasama pihak ibu bapa dalam memastikan kehadiran para murid ke sekolah dan kebenaran ibu b apa dalam membenarkan para murid terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum di sekolah. 8. Harapan pihak PPD kepada para ibu bapa untuk bersama – sama dengan para guru memantau aktiviti para murid dirumah dan memberi sokongan dalam apa-apa jua aktiviti para murid di sekolah demi kemenjadian murid baik daripada segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. 9. Akhir kata, diharapkan majlis Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini dapat berlangsung dengan baik. Dengan lafaz ‘ bismillahirrahmanirrahim’ saya mewakili Puan PPD Kemaman, Puan Hajah Hamidah binti Haji Hassan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Binjai kali ke-18 tahun 2023. Sekian, terima kasih.


16 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18 SESI 2023/2024 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI, KEMAMAN. TARIKH :24 JUN 2023 HARI :SABTU MASA :8.30 PAGI TEMPAT :DEWAN SRI JAYA GEMILANG SMK BINJAI 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUAN PIBG 1.1 Ucapan alu-aluan kepada semua hadirin 1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua para hadirin dan mengalu-alukan ibu bapa untuk turut bersama dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17 2.1 Setiausaha PIBG, iaitu Cikgu Norazlina bt Yusof membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-17 sesi 2022/2023 (rujuk lampiran muka surat 14-32) 2.2 Pengesahan minit: 2.2.1 Cadangan: Puan Adariah bt Ali 2.2.2 Sokongan: Puan Nik Faisarah bt Nik Mat 3.0 PEMBENTANGN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 3.1 Laporan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2022/2023 ini telah dibentangkan oleh setiausaha kehormat PIBG, iaitu Cikgu Norazlina bt Yusof. (Rujuk Lampiran 1) 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG 4.1 Laporan kewangan PIBG sesi 2022/2023 ini telah dibentang oleh Bendahari PIBG, iaitu Cikgu Nurul Syamsina bt Haizam yang berakhir pada 31 Disember 2022. (Rujuk Lampiran 2) 4.2 Pengesahan Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/2023 4.2.1 Cadangan: Puan Norlisa bt Shafie 4.22 Sokongan: Puan Noor Azmaini bt Johari @ Shaari


17 5.0 CADANGAN DAN USUL 5.1 Usul 1 daripada pihak ibu bapa Usul pertama daripada Encik Mohd Rahim bin Omar berkaitan dengan, cadangan agar waktu rehat diawalkan dan bagi masa yang mencukupi untuk pelajar dapat makan di kantin. Encik Amran bin Endut (PKHEM) menjelaskan bahawa, sekolah telah memberikan dua waktu rehat kepada pelajar iaitu, rehat pertama untuk pelajar menengah rendah manakala rehat kedua untuk pelajar menengah atas. Bilangan pelajar yang ramai tidak membolehkan waktu rehat dijalankan serentak. 5.2 Usul 2 daripada ibu bapa Usul kedua daripada Puan Fauziyah bt Abdul Wahab berkaitan pemasangan kipas bersaiz besar seperti di dalam masjid dipasang di Dewan Seri jaya kerana dewan sangat panas dan mengganggu tumpuan anak-anak ketika menjawab peperiksaan SPM. Encik Amran Endut (PKHEM) memaklumkan bahawa, pemasangan kipas atas tidak dapat dilakukan atas faktor siling dewan yang terlalu tinggi. Malah, harga kipas besar juga sangat mahal dan ketiadaan kos untuk membeli kipas tersebut. Pihak sekolah akan sediakan kipas tengah untuk kemudahan para pelajar. 5.3 Usul 3 daripada ibu bapa Usul ketiga daripada Encik Sabri bin Ngah yang meminta agar pihak sekolah membaiki tandastandas yang rosak. Encik Amran bin Endut (PKHEM) memaklumkan bahawa, pihak sekolah telah membaiki pintu-pintu tandas dengan menggantikan dengan pintu besi , sumbangan daripada pejabat DUN. Malah, pengetua juga memaklumkan kepada ibu bapa, pihak sekolah juga akan menerima sejumlah peruntukan bagi tujuan membaik pulih tandas sekolah. 5.4 Usul 4 daripada ibu bapa Usul keempat pula daripada Puan Rohaya bt Salleh berkenaan pemakluman program sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan pelajar hendaklah dimaklumkan awal sekurang-kurangnya tiga hari bagi memudahkan urusan. Encik Mohd Najmuddin bin Mohd Nasir (PKKO) memberitahu bahawa, pihak sekolah seboleh-bolehnya akan memaklumkan kepada ibu bapa seawal yang boleh kecuali jika terdapat beberapa penangguhan yang perlu dilaksanakan. Segala makluman akan di masukkan dalam ‘group whatapps’ kelas.


18 5.5 Usul 5 daripada ibu bapa Puan Rohaya juga mohon agar dikurangkan yuran Pibg supaya tidak membebankan ibu bapa memandangkan situasi ekonomi dan ditambah dengan beban mempunyai anak yang berlainan sekolah. Encik Mahzan bin Hamzah (PKP) memaklumkan kos untuk aktiviti sekolah juga meningkat, maka perlu kepada yuran yang sewajarnya. 5.6 Usul 6 daripada ibu bapa Usul keenam daripada Che Noor Zalina bt Che Ghazali tentang tempat laluan menurunkan pelajar terhad dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sewaktu menghantar dan mengambil anak. Encik Mahzan bin Hamzah (PKP) memaklumkan, sekolah tidak mempunyai tempat dan ruang yang lebih untuk menyediakan kemudahan laluan yang lebih luas. Jadi, mohon agar ibu bapa beratur semasa menghantar dan mengambil anak-anak kerana kenderaan yang tidak tersusun akan menyebabkan kesesakan. Mohon agar ibu bapa bertolak ansur antara satu sama lain. 5.7 Usul 7 daripada ibu bapa Usul ketujuh daripada Nurul Aini bt Yahya berkaitan jumlah makanan di kantin haruslah diperbanyakkan dan dipelbagaikan. Hal ini memberi peluang kepada semua pelajar agar dapat makan. Encik Amran bin Endut (PKHEM) memaklumkan, melalui kajian yang telah dibuat, pelajar-pelajar SMK Binjai mempunyai makanan kegemaran mereka. Perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak kantin. 5.8 Usul 8 daripada ibu bapa Usul kelapan daripada Nurul Aini bt Yahya, iaitu pertukaran guru akan menjejaskan emosi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Encik Mahzan bin Hamzah (PKP) memaklumkan, berkaitan dengan pertukaran guru, pihak sekolah tidak dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku, kerana ini adalah arahan daripada KPM bagi mengatasi masalah guru duka lara. Pertukaran guru adalah ketetapan daripada KPM dan akan berlaku sebanyak empat kali dalam setahun.


19 5.9 Usul 9 daripada ibu bapa Usul kesembilan daripada Encik Mahayuddin bin Muktar iaitu mendapatkan tinjauan persetujuan daripada ibu bapa bagi setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah sama ada membenarkan atau tidak anak terlibat dalam aktiviti kokurikulum terutama cuaca sekarang. Encik Mahzan bin Hamzah (PKP) memaklumkan bahawa, aktiviti yang memerlukan surat kebenaran ibu bapa, pihak sekolah akan sediakan surat tersebut sesuai dengan arahan daripada KPM, dan mungkin akan dibuat dalam bentuk google form. Segala aktiviti luar memang ada surat kebenaran ibu bapa. 5.10 Usul 10 daripada ibu bapa Usul kesepuluh daripada Puan Norlida bt Mustafha. Beliau meminta agar pihak sekolah dapat menyediakan mikrofon dan pa sistem yang berfungsi dengan baik supaya ibu bapa dapat mendengar dengan jelas mesyuarat Agung PIBG. Encik Mahzan bin Hamzah (PKP) memaklumkan, PA sistem dan mikrofon berada dalam keadaan baik, dan dapat didengar dengan jelas oleh ibu bapa yang berada di bahagian belakang dewan. 5.11 Usul 11 daripada YDP YDP PIBG membahaskan usul berkaitan sumbangan PIBG iaitu RM 50 untuk satu keluarga dan dana kecemerlangan untuk tingkatan 1,2,3,4 RM 30 dikekalkan. Manakala, danakecemerlangan untuk tingkatan 5 adalah RM 100. Ibu bapa dan guru telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang dibahaskan. 6.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 6.1 YDP memohon maaf dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua AJK sepanjang sesi 2022/2023. Beliau juga mengharapkan ajk yang baru dilantik dapat memberi komitmen yang padu terhadap PIBG SMK Binjai. 6.2 YDP mengumumkan pembubaran ajk PIBG sesi 2022/2023.


20 7.0 PELANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2022/2023 7.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) iaitu Cikgu Mahzan Bin Hamzah telah diberi tanggungjawab sebagai pengerusi sementara mesyuarat PIBG kali ke-18. 7.2 Cikgu Mahzan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ajk PIBG sesi 2022/2023 atas sokongan yang padu dalam usaha membawa kecemerlangan kepada SMK Binjai. 7.3 Melalui pemilihan undian yang telah dilakukan, keputusan sebulat suara telah memilih ajk dan pemeriksa kira-kira PIBG SMK Binjai kali ke-18. YDP PIBG : Encik Fadhlan bin Abdullah NYDP PIBG : Encik Mohd Zulkefli Bin Mohamed AJK Ibu Bapa : Puan Adariah bt Ali Puan Safiah bt Mamat Puan Nik Faisarah bt Nik Mat Puan Norlisa bt Shafie Encik Mohd Nor bin Yasin Encik Fazli bin Ismail Encik Mohd Fakrurazi bin Mat Daud Encik Mohd Asro bin Jenun PEMERIKSA KIRA-KIRA : Puan Rozita bt Omar 7.4 Pelantikan sekolah Setiausaha : Cikgu Norazlina bt Yusof Pen. Setiausaha : Cikgu Zaiyunnesal bt Abdul Wahab Bendahari : Cikgu Nurul Syamsina bt Haizam Pen. Bendahari : Cikgu Idayuwati bt Mohd Zahari AJK : Cikgu Mohamed Ashri bin Talib Cikgu Suhaida bt Muda Cikgu Fatimah bt Kassiam PEMERIKSA KIRA-KIRA : Cikgu Syarifah Nor Mawati bt Syed Mohamed 7.5 Ucapan tahniah kepada pelantikan AJK PIBG baru bagi sesi 2023/ 2024 oleh YDP PIBG iaitu, Encik Fadhlan bin Abdullah. 7.6 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua terutama pengurusan PIBG sekolah yang telah memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar. 7.7 Beliau juga turut mengucapkan terima kasih atas pelantikan sebagai YDP PIBG bagi sesi 022/2023 kerana masih diberi kepercayaan untuk memegang jawatan ini pada sesi 2023/2024.


8.0 UCAPAN PENANGGUHAN (Oleh YDP PIBG: Encik Fadhlan bin Abdullah) 8.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa (AJK) PIBG sesi 2022 / 2023 yang telah memberi sumbangan dan khidmat kepada peningkatan prestasi sekolah. Beliau juga memohon maaf atas segala salah silap sepanjang memegang jawatan YDP PIBG 2022/2023. 8.2 Ucapan syabas dan tahniah kepada AJK sesi 2023/2024 yang baru dilantik. Semoga dapat memberi sumbangan yang lebih padu kepada kemenjadian murid dan kejayaan sekolah. 8.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua terutama pengurusan PIBG sekolah untuk memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. 8.4 Mesyuarat ditangguh pada jam 12.50 tengah hari. Yang menjalankan tugas, Disemak dan disahkan oleh, (NORAZLINA BT YUSOF) (FADHLAN BIN ABDULLAH) SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG 21


22


23


24


25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


35


36


37


38


39


40


41


42 PIBGMesyuarat YM TENGKU SHAHRIR BIN TENGKU DAHLAN Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman ENCIK ANUWA BIN HAMZAH Pegawai Perhubungan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) YDP dan AJK PIBG serta Semua Ibu Bapa Pengetua dan Semua Warga SMK Binjai Penyumbang hadiah cabutan bertuah Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-19. Sekalung Penghargaan & Terima Kasih kepada


43


Thank You PIBG Mesyuarat B-Best Beyond Excellence Wow!!!


Click to View FlipBook Version