Sintaksis
Bahasa Melayu
Pensyarah: Dr. Norhayati
Pelajar: Nurul Farizah Batrisyia binti Mohd
Fadhlie
Kelas; G6
Konsep Sintaksis
❖ Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
ayat (Nik Safiah Karim et. al., 2015).
❖ Sintaksis ialah satu bidang yang mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana
morfem dan kata disusun menjadi sintaksis yang kecil, iaitu frasa, klausa dan
ayat yang merupakan unit terbesar (Abdullah Hassan, 2012).
❖ Sintaksis sebagai sebahagian daripada linguistic deskriptif atau sikronis yang
mempelajari kombinasi kata dalam rangkai kata dan ayat (Asmah Haji Omar,
2015).
Bidang kajian Frasa
Klausa
Ayat
Proses
penerbitan ayat
Isu dalam
Sintaksis
Frasa
Frasa
-Frasa adalah gabungan dua kata atau lebih yang
tidak menjadi predikat.
-Frasa boleh menjadi satu perkataan atau deretan
perkataan yang membentuk satu kesatuan makna.
- Empat jenis frasa:
- Frasa nama
- Frasa kerja
- Frasa adjektif
- Frasa sendi nama
Frasa
Nama
Frasa Nama
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa perkataan berfungsi
sebagai konstituen dalam ayat.
Fungsi frasa nama:
● Sebagai subjek; Bapa guru.
● Sebagai predikat; Kakak pengawas.
● Sebagai objek FK Transitif; Ibu membeli ikan.
● Sebagai pelengkap FKTT; Dia menjadi pramugara.
● Sebagai konstituen FSN; Bunga itu diberikan kepada isterinya.
● Sebagai konstituen frasa keterangan; Mereka bermain bola.
LETAK GAMBAR
Hukum DM
D bermaksud diterangkan.
M bermaksud menerangkan.
Hukum DM bermaksud hukum
tentang cara kata-kata
disusun/diatur supaya dapat
membentuk frasa nama yang
lengkap dan sempurna.
LETAK GAMBAR HUKUM DM
Mercury Venus Mars
Mercury is the Venus has a Despite being red,
closest to the Sun beautiful name, but Mars is a cold place,
and small it’s very hot not hot
Frasa
Kerja
Frasa kerja
Binaan yang terdiri daripada satu atau
lebih perkataan dan kata intinya kata
kerja.
Jenis kata kerja:
-Kata kerja transitif
-Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Tak Transitif
❖ Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut daripada sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan
maksudnya.
❖ Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan.
❖ Tiga jenis kata kerja tak transitif:
❖ Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
❖ Kata kerja tak transitif dengan pelengkap.
❖ Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang.
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap mempunyai
makna yang sempurna tanpa perlu bergantung
kepada unsur pelengkap.
Subjek Predikat
Dia
Padi terduduk.
Suara azan
menguning.
sedang
berkumandang.
Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
❑ Kata kerja tak transitif dengan pelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan unsur
pelengkap untuk menyampaikan makna yang sempurna. Unsur bukan objek kerana tidak
boleh dipasifkan.
❑ Tanpa unsur pelengkap, makna yang lengkap tidak dapat disampaikan.
❑ Contoh kata kerja tak transitif seperti beransur, tinggal, menjadi, berbantalkan, ada,
berbuat dan sebagainya.
❑ Unsur pelengkap:
• Kata nama
• Kata adjektif
• Frasa sendi nama
Kata Nama sebagai Pelengkap
Subjek Predikat
Ayah berbantalkan
lengan.
Dia menjadi usahawan
Mereka
ada kereta.
Kata Adjektif sebagai Pelengkap
Subjek Predikat
Lukanya
Kita beransur pulih.
Ingatannya mesti berbuat
baik.
menjadi kuat.
Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif merujuk kepada ‘tempat’. Contoh
kata kerja tersebut seperti berada, tinggal, menetap, bermastautin, membelok dan singgah.
Subjek Predikat
Nurul singgah ke Kota Bharu.
Farizah tinggal di Kelantan.
Batrisyia berada di Pengkalan
Chepa.
Bas itu membelok ke kanan.
KKTT dengan Kata Nama sebagai Penerang
✓ Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata
kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat
tersebut tidak dapat dipasifkan.
✓ Kata nama tersebut hanya menjadi penerang
bukan pelengkap kerana ketiadaan kata nama
tersebut tidak akan merosakkan kesempurnaan
makna kata kerja.
Subjek Frasa Kerja
Kata kerja penerang
Pemuda itu berseluar jean.
Ibu berniaga rempah.
Keluarganya berkedai kopi.
Nyonya itu berkain batik.
Kata Kerja Transitif
➢ Kata kerja yang menerima penyambut, yang disebut
sebagai objek.
Kata kerja transitif terdiri daripada dua bahagian:
• Kata kerja dalam ayat aktif
• Kata kerja dalam ayat pasif
Binaan Frasa Kerja
Terbahagi kepada dua:
Satu objek Dua objek
• Lia membeli bunga. Mempunyai objek tepat & objek
sipi
• Pemburu itu menembak seekor
kancil. • Ahmad menghadiahi Ali buku.
• Ali memberi ibu seutas rantai.
Frasa kerja dengan ayat
komplemen
✓ Encik Abu berkata bahawa anaknya dari kota.
✓ Penduduk kampung beranggapan bahawa
penghulu mereka sudah berpindah.
✓ Dia mengakui bahawa dia telah melakukan silap.
Frasa kerja dengan kata
bantu
Terdapat dua jenis kata bantu:
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
Menerangkan aspek waktu bagi kata kerja. Menerangkan ragam perasaan bagi
• Lampau: sudah, pernah, telah, baru
• Kini: masih, sedang, mula kata kerja
• Akan datang: akan, belum • Mungkin, hendak, mahu, harus,
✓ Mereka sudah menonton filem itu.
enggan, boleh, dapat, mesti, patut
✓ Dia pernah berjumpa dengan tokoh itu. ✓ Saya hendak pergi ke kantin.
✓ Mereka baru mendapat cahaya mata. ✓ Dia mungkin tidak hadir kerana
ibunya sakit.
✓ Mereka mahu usaha lagi.
Frasa
Adjektif
Frasa adjektif Contoh:
Definisi ✓ Predikat: Pemuda itu baik
sungguh.
Susunan perkataan yang terdiri
daripada satu atau beberapa ✓ Keterangan: Mereka
pulang segera.
perkataan yang mengandungi kata
sifat sebagai intinya. ✓ Penerang: Harimau
binatang liar.
Fungsi
Binaan FA
➢ Sebagai predikat dan
unsur keterangan dan ❑ Satu perkataan: nakal,
unsur penerang bijak, baik
❑ Dua perkataan: riang
gembira, pahit manis,
merah jambu
Kata penguat dalam FA Penguat
hadapan
• Budak itu terlalu
nakal.
Penguat
belakang
• Kereta itu lambat
benar.
Penguat
bebas
• Pahlawan itu sungguh berani.
• Pahlawan itu berani sungguh.
Keterangan Kata Adjektif Keterangan
Tujuan
Keterangan
cara Kita mesti menjaga
kebersihan supaya
Lukanya sembuh
dengan sendirinya. bebas penyakit.
Keterangan Keterangan Keterangan
hal kekerapan bandingan
Dia pandai dalam Wanita itu sering sedih. Badannya kurus
bagai lidi.
semua subjek.
Keterangan Kata Adjektif Keterangan
Terhadap
Keterangan
waktu Dia sangat marah
akan adiknya.
Mereka telah mahir
dalam masa dua hari Keterangan
sahaja. musabab
Keterangan Budak itu lemah
tempat kerana keletihan.
Bunyinya kuat
daripada pembesar
suara sebelah kanan.
Frasa adjektif dalam ayat komplemen
✓ Para peserta amat sedar bahawa persiapan mereka tidak
mencukupi.
✓ Ali yakin bahawa emaknya masih hidup.
✓ Dia inaf bahawa dia perlu membaiki kesilapan dirinya.
✓ Mereka percaya bahawa berita itu benar.
Frasa
Sendi
Nama
Frasa sendi nama
Satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata
sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama.
Kata sendi nama terletak di hadapan frasa nama.
Contoh KSN: dari, daripada, ke, kepada, untuk, bagi,
hingga, sehingga, dengan dan lain-lain.
Binaan frasa sendi nama
Binaan FSN Contoh
KSN + FN di sekolah
KSN + Kata Arah + FN di belakang rumah
KSN+ Kata Arah + FN + Frasa dari belakang rumah dengan cara
Keterangan tiba-tiba
KSN+ FN + Frasa Keterangan ke negeri Jepun tahun lalu.
Klausa
Gambar klausa
Ayat
Konsep Ayat
✓ Definisi: Ayat merupakan unit pengucapan tertinggi dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih
yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan dan mempunyai intonasi
sempurna.
✓ Ayat mengandungi subjek dan predikat.
✓ Pola ayat dasar pula merupakan ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain. Terdapat empat pola ayat dasar:
• FN + FN
• FN + FK
• FN + FA
• FN + FSN
Konsep Ayat
✓ Ayat tunggal pula merupakan ayat yang terdiri daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan
satu predikat.
✓ Dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
✓ Contoh: Budak itu / sedang menangis.
(Subjek) (Predikat)
✓ Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa.
✓ Jenis ayat: ✓ Ragam ayat:
• Ayat penyata • Ayat majmuk
• Ayat tanya • Ayat aktif
• Ayat perintah • Ayat pasif
• Ayat seruan
Jenis-jenis ayat Ayat Perintah
Ayat penyata Untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Contoh:
Untuk menyatakan sesuatu
hal. Contoh: -Tolong tutup pintu itu.
-Ali tidur.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Untuk menzahirkan
Untuk bertanya mengenai perasaan. Contoh:
sesuatu. Contoh:
-Dimanakah rumah Ali? -Wah, cantiknya bunga ini!
Jenis-jenis ayat perintah Ayat Silaan
Ayat suruhan Menggunakan kata sila, iaitu
sila dan jemput. Contoh:
Memberi perintah. Contoh:
-Makan sekarang! -Sila duduk.
Ayat Larangan Ayat Permintaan
Menggunakan kata Menggunakan kata
larangan jangan dan usah. permintaan, iaitu minta
Contoh: dan tolong. Contoh:
-Jangan bising.
-Tolong ambilkan air.
Ayat aktif dan Ayat pasif
Ayat Aktif Ayat Pasif
• Ayat aktif transitif ialah ayat yang • Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata
mengandungi kata kerja transitif diikuti kerja tetapi objek diutamakan sebagai judul
dengan frasa nama (objek). atau unsur yang diterangkan. Tiga jenis ayat
pasif;
• Ayat aktif tak transitif mengandungi kata
kerja tak transitif tanpa diikuti dengan -AP dengan perkataan ‘kena’ sebelum kk
objek. -AP dengan KGND pertama dan kedua
-AP dengan imbuhan kk pasif
✓ AAT: Ribut melanda bandar itu.
✓ AATT: Budak itu sedang menangis./Bas itu ✓ AP dengan ‘kena’: Pencuri itu kena tangkap
oleh polis.
singgah di bandar Kota Bharu.
✓ AP dengan KDNG 1 dan 2: Hutang itu akan
saya jelaskan segera./Hutang itu harus
awak jelaskan segera.
✓ AP dengan imbuhan kk pasif: Buku itu sudah
diambil oleh Abu petang tadi.
Susunan ayat
Jenis susunan Contoh
Susunan biasa Pelajar itu telah memenangi pertandingan
memasak.
Susunan songsang pendepanan seluruh predikat
Perangainya baik sungguh.
Susunan songsang sebahagian predikat (frasa ➢ Baik sungguh perangainya.
kerja)
Susunan songsang sebahagian predikat (frasa Mereka bekerja setiap hari.
adjektif) ➢ Bekerja mereka setiap hari.
Badannya lesu sepanjang masa.
➢ Lesu badannya sepanjang masa.
Susunan songsang sebahagian predikat (KA Ayah sedang sakit tenat di hospital.
dengan kata bantu) ➢ Sedang sakit tenat ayah di hospital.
Susunan songsang sebahagian predikat (frasa Saya berpegang pada janji.
sendi nama) ➢ Pada janji saya berpegang.
Ayat Majmuk
Ayat Ayat Ayat
Gabungan Pancangan Campuran
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang digabungkan menjadi satu
menggunakan kata hubung dan, lalu,
tetapi, atau, sambal dan sebagainya.
Ayat Gabungan
Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua jenis:
Susunan berturutan Susunan bertentangan
Kata hubung: dan, lalu, lagi, serta, Kata hubung: tetapi, sebaliknya,
sambil, atau manakala, melainkan, padahal
❑ Para guru dan pelajar berdiri ❑ Amin sudah makan ubat tetapi
di tapak perhimpunan. demamnya masih belum
sembuh.
❑ Ali membaca surat khabar
sambil menikmati juadah. ❑ Ali tinggal di Johor manakala
kekasihnya tinggal di Melaka.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif Ayat Ayat
Komplemen Keterangan
Ayat majmuk pancangan
• Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat
atau lebih yang kedudukannya tidak setara, iaitu mempunyai ayat-
ayat yang tidak boleh berdiri sendiri.
• Ayat majmuk relatif ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat utama
melalui penggunaan perkataan ‘yang’.
• Ayat majmuk komplemen ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat
utama sebagai unsur pelengkap ayat tersebut.
• Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada
satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat.