The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Ucapan YDP PIBG SMTT-Majlis Anugerah 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahabdullah74, 2022-04-03 23:06:09

Teks Ucapan YDP PIBG SMTT-Majlis Anugerah 2020

Teks Ucapan YDP PIBG SMTT-Majlis Anugerah 2020

TEKS UCAPAN YDP PIBG

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2020

Tarikh : 23 OKTOBER 2021 (sabtu)
Masa : 9.00 pagi

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.
Alhamdulillahirobbil alamin……

Yang Berusaha
Cg Hajah Zarina bt Jusoh
Pengetua SM Teknik Terengganu

Yang Dihormati
Cg Hajah Kamla bt Surim,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Cg Wan Mustafa b Wan Ismail ,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ustazah Samihah bt Salleh,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Barisan AJK PIBG SMTT
Guru-guru
Ibubapa/penjaga
Anak-anak pelajar cemerlang yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera,

Alhamdulillah.. marilah sama-sama kita mengucapkan rasa
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya maka
dapat sama-sama kita berhimpun secara maya pada pagi ini.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh
bermakna ini iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM
2020 bagi meraikan pelajar cemelang SPM 2020.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini, khususnya
kepada-murid yang menunjukkan kepintaran dan sahsiah
cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Krisis global akibat penularan wabak covid 19 memberi
tamparan hebat kpd sektor pendidikan namun saya berasa
begitu kagum sebenarnya dengan usaha yang sangat padu
daripada semua pihak termasuk guru, pelajar ,ibubapa dan
masyarakat keseluruhannya dalam membantu anak-anak
pelajar sehingga ke titik akhir mereka berjaya menduduki
peperiksaan SPM 2020 pada Februari 2021 yang lalu.

Dan daripada data yang saya peroleh daripada kaunselor
sekolah, daripada 250 calon SPM 2020 semua telah
mendapat tempat di IPT dalam pelbagai program seperti
asasi, matrikulasi, diploma di Universiti Awam, Politeknik
Primier , Politeknik Konvensional, Universiti swasta,
Prauniversiti dan lain-lain termasuk 6 orang yang membuat
pilihan untuk bekerja terlebih dahulu. Tahniah diucapkan.

Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang
berjaya memartabatkan profession perguruan sehingga
mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari
segi akademik mahupun sahsiah. Segala kejayaan ini tidak
akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru
dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan
dedikasi terutamanya dalam situasi norma baharu.

Warga maya sekalian,

Pendidikan menerusi dunia maya satu cabaran baharu buat
guru, menjadikan tugasan guru semakin mencabar
kepelbagaian kaedah dan platform pengajaran dan
pembelajaran dalam norma baharu bukan sesuatu yang
mudah sebenarnya untuk dikuasai namun guru sentiasa
meletakkan pelajar sebagai keutamaan , mereka terpaksa
menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT) dalam tempoh masa yang singkat.

Tahniah juga diucapkan kepada ibubapa atas
galakan,didikan serta perhatian terhadap anak-anak
sehingga mereka mampu memperoleh kecemerlangan dan
berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini
dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus
mencapai kemerlangan pd masa akan datang.

Hadirin sekalian

Diharapkan Hadiah Kecemerlangan ini dapat menjadi
perangsang kepada pelajar-pelajar untuk terus berjaya
dengan cemerlang, seterusnya juga dapat memberi
dorongan kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha
bersungguh-sungguh dalam bidang akademik .

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version