The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks ucapan pengetua -Majlis Anugerah kecemerlangan SPM 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahabdullah74, 2022-04-03 23:04:59

Teks ucapan pengetua -Majlis Anugerah kecemerlangan SPM 2020

Teks ucapan pengetua -Majlis Anugerah kecemerlangan SPM 2020

TEKS UCAPAN PENGETUA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2020
Tarikh : 23 OKTOBER 2021
Masa : 9.00 pagi

Terima kasih kepada pengerusi majlis.
Bismillahhirrahmanirahim.
Alhamdulillahirobbil alamin……
Yang Berbahagia Prof Emeritius Dr Ir Hj Ahmad b Jusoh
YDP PIBG SMTT
Yang berusaha
Puan Hajah Kamla bt Surim,
guru Penolong Kanan Pentadbiran
Cg Wan Mustafa b Wan Ismail ,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Samihah bt Salleh,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru
Barisan AJK PIBG
Ibubapa/penjaga
Anak-anak pelajar cemerlang yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Pertamanya bagi pihak sekolah saya ingin mengalu-alukan
kehadiran YDP PIBG SM Teknik Terengganu, ibubapa penjaga dan
murid-murid cemerlang dalam majlis anugerah cemerlang tahun

2020 secara atas talian. Walaupun sedikit berbeza dari segi kaedah
pelaksanaan perjumpaan, namun majlis ini tetap dirancang , diatur,
dan dilaksanakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah
mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan SPM 2020 dan
pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan. Maka wajarlah
hari ini pihak sekolah memberi penghargaan atas usaha dan penat
lelah mereka. Kejayaan anak-anak ini sudah tentu adalah hasil
usaha didikan dan bimbingan guru-guru yang begitu prihatin dan
gigih , ibubapa/ penjaga yang sentiasa menyokong anak-anak
daripada pelbagai sudut dan juga barisan PIBG SMTT yang sentiasa
berusaha memenuhi keperluan pelajar-pelajar.

Para hadirin sekalian,

Seperti semua maklum kita sedang mengharungi situasi yang cukup
mencabar dalam meneruskan agenda Pendidikan kini kesan
daripada pandemic covid-19. Semua perkara memerlukan
sokongan padu daripada semua pihak. Hampir 2 tahun pelajar
terpaksa belajar mengikut kesesuaian keadaan bergantung kepada
perkembangan penularan kes covid - 19.Namun kepelbagaian
kaedah dan platform pengajaran dan pembelajaran menjadi
kekuatan kepada guru dan pelajar walaupun menghadapi pelbagai
kekangan.Alhamdulillah pelajar SPM 2020 dapat menduduki
peperiksaan dengan lancar sehingga akhir.

Tuan-tuan dan puan sekalian,

Alhamdulillah , dalam tempoh 3 tahun sentiasa ber;aku
peningkatan dalam keputusan peperiksaan SPM. Untuk
pengetahuan semua, gred purata SPM 2020 ialah 4.39 berbanding
SPM 2019 gred purata4.43 dan SPM tahun 2018 gred purata 4.59.

Alhamdulillah juga kerana sebanyak 10 matapelajaran berlaku
peningkatan gred purata berbanding tahun sebelum iaitu Bahasa
Melayu meningkat kpd 2.38 daripada 2.63, Sains meningkat kepada
1.81 daripada 2.07, Pengajian Keusahawanan meningkat kpd 4.58
daripada 4.82, Prinsip Perakaunan meningkat kpd 4.07 daripada
4.57, Lukisan Kejuruteraan meningkat kepada 4.32 daripada 4.33,

Pengajian KejuruteraanAwam meningkat kepada 4.36 daripada
5.58. Peningkatan yang amat memberangsangkan. Seterusnya
matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik &Elektronik
meningkat kepada 3.13 daripada 3.71, dan matapelajaran Fizik
meningkat kepada 4.39 daripada 4.43.

Daripada 250 calon, pelajar yang memperoleh keputusan 9A ialah
seramai 3 orang, 8A – 3 orang, 7A- 8 orang dan 6A 10 orang.
Tahniah diucapkan kerana anda telah membantu meningkatkan
gred purata sekolah.

Sekali saya mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah.
Teruskan perjuangan anda supaya lebih cemerlang di arena
seterusnya. Begitu juga kepada para guru yang berhempas pulas
dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-
anak kita hingga berjaya.Pihak sekolah juga terhutang budi kepada
YDP dan barisan PIBG.Terima kasih diucapkan.
Akhir sekali pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada
YDP PIBG Prof Ahmad b Jusoh kerana sudi merasmikan majlis
pada hari ini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa kerja majlis secara maya dan semua pihak dalam
menjalankan majlis pada hari ini samada secara langsung atau tidak
langsung.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Disediakan oleh,
WAN NORHIDAYAH BT WAN ABDULLAH
JK Pengacara Majlis
Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2020


Click to View FlipBook Version