1 MESYUARAT AGUNG KALI KETIGA MASJID IMAM ASH-SHAFIE, KOTASAS (MIASK) 2023 ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Aturcara Majlis Perasmian 2 2. Agenda Mesyuarat Agung 3 3. Notis Panggilan Mesyuarat Agung 4 4. Pengenalan Penubuhan MIASK dan surat-surat berkaitan 5 - 9 5. Struktur Organisasi MIASK 2021-2023 10 - 11 6. Senarai Pegawai & Kakitangan MIASK 2023 12 -13 7. Minit Mesyuarat Agung 2022 (KM-01-23) 14 - 23 8. Status Terkini Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung 2022 (KM-02-23) 24 - 25 9. Pembentangan Aktiviti Disember 2022 – Julai 2023 (KM-03-23) 26 - 60 10. Pembentangan Kewangan Tahun 2022 (KM-04-23) 61 - 64 11. Pembentangan Kewangan Tahun 2016, 2017, 2018 (KM-05-23) 65 - 74 12. Senarai Aset 2022 (KM-06-23) 75 - 77 13. Usul & Cadangan Mesyuarat Agung 2023 (KM-07-23) 78 - 79 14. Cadangan Program Tahun 2024 (KM-08-23) 80 - 82 15. Lampiran 83 - 110
2 MESYUARAT AGUNG KALI KETIGA MASJID IMAM ASH-SHAFIE KOTASAS (MIASK) 2023 ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MASA ATURCARA MAJLIS 8.45 pagi - Kehadiran Tetamu Jemputan & Ahli Mesyuarat - Pendaftaran & Sarapan Pagi 9.00 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis - Bacaan Doa oleh Imam 2: En. Mohd Afdhal bin Abdul Hamid - Ucapan Pengerusi Masjid: YM Tengku Dato’ Sri Uzir bin Tengku Dato’ Ubaidillah - Ucapan Perasmi: YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa’ad, Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan - Penyampaian Cenderahati Perasmi 9.45 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga bermula hingga selesai 12.30 tengah hari - Jamuan tengah hari 1.15 petang - Solat Zohor
3 MESYUARAT AGUNG KALI KETIGA MASJID IMAM ASH-SHAFIE KOTASAS (MIASK) 2023 AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi MIASK 2. Usul Tergempar/Luar Biasa oleh En Mohamad Hamizey bin Mat Taib (Presint 2B) (Rujuk Lampiran) 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-2/2022 4. Pembentangan Aktiviti Disember 2022 – Julai 2023 5. Pembentangan Cadangan Aktiviti 2024 6. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 7. Pembentangan Penyata Kewangan 2016, 2017, dan 2018 8. Pemilihan AJK MIASK Sesi 2024/2026 Secara Digital 9. Perbahasan Usul 10. Hal-hal lain 11. Penangguhan Mesyuarat 12. Ucapan Penangguhan
4 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KE-3/2023
5 PENUBUHAN DAN PENGENALAN MIASK
6
7
8
9
10
12 PENTADBIRAN DAN BIRO MIASK 2023 BIRO PEMBANGUNAN BIL NAMA JAWATAN 1 YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah Pengerusi BIRO PENYELENGGARAN BIL NAMA JAWATAN 1 Muhammad Sufiyan Bin Abdul Rahman Pengerusi BIRO KEBAJIKAN BIL NAMA JAWATAN 1 Tn Hj Ahmad Halim Bin Salleh Pengerusi BIRO KOMUNIKASI & MULTIMEDIA BIL NAMA JAWATAN 1 Adib Bin Mohd Yusof Pengerusi BIRO DAKWAH BIL NAMA JAWATAN 1 Ust Ahmad Hafiz Bin Abdul Halim Pengerusi BIRO EKONOMI BIL NAMA JAWATAN 1 Husainuddin Bin Yaakub Pengerusi BIRO KECERIAAN & KEBERSIHAN BIL NAMA JAWATAN 1 Mohd Sharif Bin Zakaria Ketua Biro BIRO PENDIDIKAN BIL NAMA JAWATAN 1 Shuhaimi Bin Shaedon Ketua Biro PENTADBIRAN BIL BAHAGIAN NAMA JAWATAN 1 Pejabat MIASK Abdul Razak Bin Hj Ahmad Setiausaha 2 Kewangan Nik Hafiez Bin Ab Majid Bendahari 3 Khairat Kematian Mohd Borhan Bin Saleh Pengerusi BKK 4 Hal Ehwal Muslimah Ustazah Rosmaniza Bt Abdul Rahman Pengerusi Muslimah AMIL ZAKAT BIL NAMA 1 Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid 2 Fitri Sani bin Abdul Halim
GAJI DAN ELAUN PEGAWAI DAN PEKERJA MASJID IMAM ASH-SHAFIE, K BIL NAMA IMAM PENDA R 1 Shafiq Bin Mohamed (Imam Tetap) 3,7 2 Izalludin Bin Mat Nor (Imam 1) 1,7 3 Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid (Imam 2) 1,7 4 Suhaimi Bin Ahmad (Rawatib) 1,2 5 Mohd Aizat Fadlullah Bin Jamalee (Rawatib) 1,2 6 Abdullah Bin Hassan (Rawatib) 1,2 BIL NAMA BILAL PENDA R 1 Fitri Sani bin Abdul Halim 2 Ezzad Ashraff bin Ashim 1,2 3 Mohd Puzi bin Mohd Zahari 1,2 4 Nurahimi Bin Nunzah 1,2 BIL NAMA PEGAWAI PENYELENGGARAAN PENDA R 1 Ahmad Johari Bin Abdul Rashid 1,5 BIL NAMA SIAK PENDA R 1 Nik Nor Rosdi bin Nik Mahdi 50 BIL NAMA PEKERJA PEMBERSIHAN PENDA R 1 Sabarias Binti Ahmed 80 2 Roskatinawati 80 3 Mohd Ruknuddin Bin Nadzri 12 JUMLAH 19,1
13 KOTASAS BAGI TAHUN 2023 APATAN SUMBER RM MASJID TANAH MAKMUR SDN BHD MUIP JAIP 700.00 3,000.00 700.00 - - 700.00 - 850.00 - 850.00 700.00 - 650.00 200.00 850.00 200.00 500.00 500.00 200.00 - 200.00 700.00 500.00 - - 200.00 700.00 500.00 - - APATAN SUMBER RM MASJID TANAH MAKMUR SDN BHD MUIP JAIP - - - - - 200.00 950.00 - - 250 200.00 1,200.00 - - - 200.00 1,200.00 - - - APATAN SUMBER RM MASJID TANAH MAKMUR SDN BHD MUIP JAIP 500.00 1,500.00 - - - APATAN SUMBER RM MASJID TANAH MAKMUR SDN BHD MUIP JAIP 00.00 300.00 - - 200.00 APATAN SUMBER RM MASJID TANAH MAKMUR SDN BHD MUIP JAIP 00.00 800.00 - - - 00.00 800.00 - - - 00.00 1,200.00 - - - 100.00 12,850.00 3,700.00 400.00 2,150.00
14 MINIT MESYUARAT AGUNG 2022 (KM-01-23) MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA SESI 2021-2023 MASJID IMAM ASH-SHAFIE KOTASAS, KUANTAN TARIKH: 10 DISEMBER 2022 (SABTU) MASA: 10.00 PAGI TEMPAT: MASJID IMAM ASH-SHAFIE, KOTASAS, KUANTAN KEHADIRAN: 1. YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Dato’ Ubaidillah - Pengerusi 2. Tuan Haji Jalaini Bin Jasman – Timbalan Pengerusi 3. Abdul Razak Bin Haji Ahmad – Setiausaha 4. Nik Muhammad Hafiez Bin Ab Majid – Bendahari 5. Shuhaimi Bin Shaedon – Penolong Setiausaha 6. Husainuddin Bin Yaakub - AJK 7. Adib Bin Mohd Yusof - AJK 8. Muhammad Sufyan Bin Abdul Rahman – AJK 9. Hj Ahmad Halim Bin Salih - AJK 10. Mohamad Hanif Bin Hassan - AJK 11. Mohd Shariff Bin Zakaria - AJK 12. Hj Izalludin Bin Mat Nor – Ex - Officio 13. Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid 14. Ustaz Shafiq Bin Mohamed 15. Ezzad Ashraff Bin Ashim 16. Nik Nor Rosdi Bin Nik Mahdi 17. Farid Hisham P1 18. Ahmad Johari Abdul Rashid 19. Mohamad Hamizey Bin Mat Taib 20. Lt. Kol. (B) Hj Abdullah Bin Ali 21. Mohd Faizal Bin Rosdy 22. Tuan Hj. Osman Bin Abdullah 23. Mohamad Hafiz Bin Azizan 24. Mohd Borhan Bin Saleh 25. Dato Md Din Bin Abu 26. Ustaz Mawardi bin Md Zin 27. Abdullah P7 28. Muhammad Dlemi Bin Hashim 29. Wan Mohd Saifudin Bin W. Ibrahim 30. Haris Yunnus 31. Md Razli Bin Ab Rahim 32. Hj Azmin Bin Hj Talib 33. Mohd Shamsul Kamal Bin Mahmood 34. Ahmad Sakri 35. Zaiton Binti Abdul Manap 36. Mashkurah Hanim Binti Ahmad Wazir
15 AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI MIASK 1.1 YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah selaku Pengerusi Masjid mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kariah yang hadir ke mesyuarat agung kali kedua ini. Di dalam ucapan pengerusi menerangkan berkaitan keadaan terkini masjid dari segi pembangunan, aktiviti-aktiviti lepas dan lain-lain perkara (rujuk lampiran ucapan). AGENDA 2: USUL TERGEMPAR – MOHON MESYUARAT AGUNG DITANGGUHKAN 2.1 Lt. Kol. (B) Hj. Abdullah bin Ali mempersoalkan sama ada Mesyuarat Agung ini boleh diteruskan kerana kehadiran ahli mesyuarat tidak mencukupi korum dan beliau mencadangkan supaya Mesyuarat Agung ini ditangguhkan ke suatu masa lain. Setiausaha MIASK, En Abdul Razak Bin Haji Ahmad memberi penerangan berdasarkan Enakmen Pentadbiran Kaedah-Kaedah Masjid (Rujuk Bahagian III Perenggan 16) dengan membacakan garis panduan mesyuarat agung oleh MUIP yang tidak menyebut mengenai syarat jumlah korum bagi melaksanakan suatu mesyuarat agung. Pengerusi MIASK setelah mendengar penjelasan Setiausaha memutuskan bahawa Mesyuarat Agung boleh diteruskan dengan jumlah ahli mesyuarat yang sedia ada. AGENDA 3: MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 3.1 Timbalan Pengerusi MIASK, Tuan Haji Jalaini Bin Jasman mengendalikan agenda mesyuarat seterusnya. Beliau meminta ahli mesyuarat untuk meneliti minit mesyuarat kali pertama dan membuka kepada ahli mesyuarat untuk mencadangkan supaya minit mesyuarat ini diterima. 3.2 Lt. Kol. (B) Hj. Abdullah bin Ali mencadangkan minit mesyuarat ini diterima dengan syarat semua cadangan dan usul dalam mesyuarat kali pertama dilaksanakan selewatnya pada tahun 2023. Timbalan Pengerusi MIASK memaklumkan bahawa AJK akan berusaha sedaya upaya memastikan pelaksanaan segala baki cadangan tersebut pada tahun 2023. Pencadang: Lt. Kol. (B) Hj. Abdullah bin Ali Penyokong: En. Nik Nor Rosdi Bin Nik Mahdi
16 AGENDA 4: PEMBENTANGAN AKTIVITI 2021/2022 4.1 Laporan aktiviti MIASK bagi tahun 2021 dan 2022 telah dibentangkan oleh Setiausaha MIASK seperti yang terkandung di dalam laporan mesyuarat (rujuk KM-03-22). 4.2 Pengesahan Laporan Tahunan 2021 dan 2022 Pencadang: En. Mohd Borhan bin Saleh Penyokong:Lt. Kol. (B) Hj. Abdullah bin Ali AGENDA 5: PEMBENTANGAN KEWANGAN 5.1 En. Nik Muhammad Hafiez bin Ab. Majid selaku Bendahari MIASK telah membentangkan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2021 berdasarkan penyata akaun Bank Kerjasama Rakyat (baki dibawa ke hadapan dari 2020) (rujuk KM-04-22). 5.2 Beliau telah membentangkan pecahan penerimaan dan perbelanjaan tahun 2021 untuk setiap bulan. 5.3 Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali bertanya berkenaan berapa dividen dari wakaf pembangunan berjumlah RM 1.2 juta kerana tidak dinyatakan dalam Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2021 yang baru sahaja dibentangkan. Bendahari MIASK memaklumkan bahawa dividen dari wakaf RM 1.2 juta (Maybank) tersebut dibahagikan kepada 4 sijil iaitu 2 sijil yang berjumlah RM 500,000.00 setiap sijil (dividen 6 bulan sekali) dan 2 sijil berjumlah RM 100,000.00 setiap sijil (dividen setiap bulan). Jumlah dividen adalah sebanyak anggaran RM 25,000.00 dan akan dilaporkan dalam penyata kewangan pada tahun 2022. Manakala Dividen dari infaq berjumlah RM 430,000.00 (Bank Rakyat) akan diperolehi dalam bentuk hibah dan dimasukkan ke dalam Tabung Pengurusan MIASK (termasuk dalam jumlah RM 342,000.00). Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali mencadangkan jumlah dividen atau sumber- sumber lain yang masuk ke dalam akaun bank ditunjukkan di dalam penyata kewangan. 5.4 Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali juga bertanya tindakan Bendahari MIASK melakukan pelarasan akaun berjumlah RM 69,819.67 yang mana Bendahari MIASK memaklumkan bahawa jumlah pelarasan itu adalah duit bercampur yang terpaksa dibuat agihan semula untuk jumlah wang yang masuk ketika berlaku kekosongan jawatan Bendahari MIASK sebelum ini. Jumlah tersebut merangkumi tabung
17 Fakir Miskin, Pengurusan MIASK, dan CCTV (agihan setiap tabung yang sedikit berubah). 5.5 Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali juga bertanya Bendahari MIASK mengenai pecahan hadiah dan saguhati kepada siapa perlu disenaraikan. En. Nik Muhammad Hafiez bin Ab. Majid memaklumkan saguhati yang dinyatakan adalah seperti duit raya, penceramah dan juga bonus pegawai yang keseluruhannya berjumlah RM 16,890.00 ada dicatatkan dalam Laporan Kewangan yang telah dibentangkan. 5.6 Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali juga bertanya Bendahari MIASK menerangkan segala masalah berkaitan penyata kewangan bagi tahun 2017 hingga 2019 yang masih belum dibentangkan supaya dapat diselesaikan dalam mesyuarat ini. Dato Md Din bin Abu mencadangkan supaya semua akaun tahunan yang belum dibentang disediakan dan dibentangkan sekaligus, kemudian boleh ditutup hal-hal berkaitanakaun lama dan boleh fokus hanya kepada hal-hal semasa akaun terkini. Bendahari MIASK memaklumkan akaun kewangan tahun 2016 hingga tahun 2019 telah sedia ada di dalam rekod MIASK. Beliau akan berusaha sehabis baik untuk menyiapkan penyata terperinci kewangan bagi tahun- tahun tersebut kerana MIASK telah melantik seorang kerani kewangan MIASK yang akan membantu menyiapkan penyata akaun tersebut. 5.7 Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali juga turut bertanya mengenai senarai aset masjid yang tidak disertakan dengan nilai harga terkini. Beliau mencadangkan supaya semua aset masjid dinilai semula harga dan disenaraikan untuk tahun hadapan supaya jumlah dan nilai aset masjid dapat dipantau dan yang rosak boleh dilupuskan. 5.8 Dato Md Din bin Abu berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu dilakukan tetapi cukup dengan memasukkan dalam senarai pengurusan logistik masjid sahaja. Audit dilakukan secara tahunan dan putuskan jika sesuatu aset itu perlu dilupus. 5.9 En Mohd Borhan bin Saleh pula membangkitkan mengenai pecahan kewangan bagi perbelanjaan pengurusan bagi tahun hadapan. Bendahari MIASK memaklumkan setakat ini tiada perancangan terperinci perbelanjaan tersebut, tetapi beliau akan memasukkan dalam perancangan setiap tahun mengikut aktiviti yang dirancang untuk diadakan
18 termasuk ceramah, kuliah, hadiah, gaji pegawai dan koskos pengurusan lain. 5.10 Pengesahan Laporan Kewangan 2021 Pencadang: Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali Penyokong: Dato Md Din bin Abu AGENDA 6: PERBAHASAN CADANGAN DAN USUL 6.1 Berikut adalah senarai cadangan yang diterima: Bil. Pencadang Cadangan Penerangan 1. Si� Hasliani bin� Mohd Sani si�hasliani@ya hoo.com 0139165647 No. 24, Jalan KS 2/10 1. Pakaian sedondon untuk AJK Muslimah. Boleh berbincang dengan AJK Muslimah. 2. Alias bin Hashim alya3017@gma il.com 0124003050 No. 27, Jalan KS 2/9 Program untuk remaja (terutamanya) dan kanakkanak KotaSAS dari masa ke semasa bagi menggalakkan dan menarik mereka mendeka� masjid. Sukan/mo�vasi/kem/lainlain yang bersesuaian. Telah ada dalam perancangan 3. Lt. Kol. (B) Abdullah bin Ali abdullah285311 @gmail.com 0196262853 No. 21, Jalan KS 5/3 1. Mohon usul 2021 yang belum dilaksanakan agar dilaksanakan segera pada tahun 2023. Sila rujuk usul 2021 yang diluluskan. 2. Laksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem pembesar suara kerana kerap terjadi masalah dari segi mutu suara bila azan dilaungkan. Pembaikan perlu dilaksanakan selepas pemeriksaan kerana ianya imej kepada MIASK. 1. Rujuk status terkini usul dan cadangan lepas 2. Perlu jalankan pemeriksaan menyeluruh dan gan� kabel yang lebih baik. Tambahbaik supaya seluruh KotaSAS dapat dengar azan.
19 3. Dicadangkan 5-10% duit ku�pan tabung masjid diagihkan kepada BKK untuk menampung kekurangan yang berlaku. 3. Pengerusi Badan Khairat dan Kema�an Kotasas (BKK) memaklumkan semua keperluan BKK jika ada akan mohon pada MIASK. 5-10% tersebut �dak diperlukan dan kebiasaannya hanya diperlukan jika melibatkan perbelanjaan besar berkaitan van jenazah. Pengurusan jenazah masih menggunakan wang sumbangan orang ramai. Jumlah ku�pan BKK terkini adalah se- banyak RM 108,441.97. 4. Hj Zainal bin ahmad zainalwmu85@ gmail.com 0199193033 No. 27, Jalan KS 1/1 1. Bila hujan lebat, kawasan kaki lima masjid basah. Sebabnya, design awning salah big �me. Cuba tengok semula dan perbaiki apa yang �dak betul. 2. Ruang untuk dimop semakin luas. Saya syorkan pihak masjid beli alat mop lantai elektrik untuk bantu Kak Sabar mop lantai harihari. Pengguna mop biasa tu terlalu memenatkan. Tak percaya, cuba lah. 3. Kebersihan pantry agak rendah. Mohon pihak bertanggung- jawab kemas dan mop kawasan pantry secara berkala. 4. Sila tambah tanda laluan ke tandas dan tempat wuduk untuk kebaikan tetamu jemaah dari luar. Mereka seolah kehilangan arah untuk 1. En Hanif, AJK Biro Pembangunan MIASK memaklumkan awning sekarang adalah se- mentara sahaja dan akan diguna semula se- masa pembinaan Fasa 2. Selepas ini akan ada satu lapisan �ang di luar dan awning di sebelah atas untuk elakkan kaki lima masjid basah. 2. Se�ausaha MIASK memaklumkan ke�ka ini MIASK sedang meng- adakan pemilihan sya- rikat pembersihan dan dalam bulan 1 2023 akan ada syarikat yang menguruskan peralatan dan kerja-kerja pembersihan masjid se�ap hari. 3. Ambil maklum 4. Ambil maklum
20 mencari tandas dan tempat wudhuk. 5. Mengenai penceramah untuk kuliah Maghrib dan Subuh. Saya syorkan pihak mesjid untuk tubuh panel bagi menilai performance para penceramah 5. Tiada keperluan kerana masjid �dak akan panggil penceramah yang terlibat dengan kontroversi. Tindakan: Setiausaha MIASK 6.2 Berikut adalah usul yang diterima: AGENDA 7: HAL-HAL LAIN 7.1 Setiausaha MIASK membentangkan senarai cadangan program bagi tahun 2023 bermula Januari sehingga Disember 2023 (muka surat 98-99). 7.2 Lt. Kol. (B) Hj Abdullah bin Ali 7.2.1 Mencadangkan pihakmasjid memohon kelulusan untuk pembinaan Fasa 2 supaya tidak berlaku masalah pada masa akan datang kerana masih tiada papan tanda pembinaan di tapak masjid. En Mohamad Hanif Bin Hassan memaklumkan bahawa pihak masjid belum hantar untuk kelulusan kerana belum menerima geran tanah masjid lagi (telah dibuat permohonan). Selepas terima geran, pihak masjid akan hantar permohonan untuk kelulusan pembinaan. 7.2.2 Pihak masjid perlu mengeluarkan iklan kontrak untuk semua kerja-kerja di masjid termasuk program iftar. Sebut harga yang dikeluarkan perlu diiklankan di telegram masjid, laman Facebook Bil. Pencadang Usul Catatan 1. Mohamed Hadzri bin Hasmoni drhadzri@gmail .com 0133657006 No. 7, Jalan KS 1/11 Masjid MIASK menubuhkan tabung biasiswa untuk pelajar- pelajar yang �dak berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma/ ijazah atau sijil. Ataupun pelajar-pelajar di IPTA yang �dak berkemampuan. Pelajar- pelajar akan dikenali sebagai pelajar di bawah tajaan biasiswa MIASK. Usul ditolak kerana pencadang �dak hadir.
21 serta ditampal di papan kenyataan masjid. Setiausaha memaklumkan bahawa untuk program iftar, panel jawatankuasa telah menawarkan pada katerer di kalangan warga Kotasas supaya mereka dapat memberi tawaran menu yang sesuai dengan harga yang digariskan. Perkara ini dilakukan bagi membantu perniagaan residen Kotasas ketika bulan Ramadan. Untuk tahun hadapan, boleh dibuat tender terbuka bagi meluaskan lagi peluang kepada semua pihak untuk menawarkan perkhidmatan mereka tetapi keutamaan masih boleh diberikan kepada residen kotasas. Untuk kerja-kerja yang melibatkan kos yang lebih rendah pihak masjid akan membuat penawaran terus untuk pembekalan keperluan bagi program masjid. 7.3 Dato Md Din bin Abu 7.3.1 Masjid perlu memperluaskan kerja promosi melalui komunikasi dan marketing untuk programprogram yang akan dijalankan supaya dapat menarik orang muda untuk menyertai. 7.3.2 Menambahbaik pelaksanaan program qurban supaya berjalan sepertimana dirancang serta tidak lagi mengupah bangsa asing untuk membantu kerja-kerja sembelihan dan melapah. 7.4 Tuan Haji Izaluddin bin Mohd Nor (Imam 1 MIASK) 7.4.1 Mencadangkan agar menyediakan mikrofon tetap untuk imam/khatib yang lebih sesuai penggunaannya berbanding mikrofon mudah alih. 7.4.2 Mencadangkan agar penceramah jemputan dapat diberi ruang parkir tetap. 7.4.3 Mencadangkan agar dapat disediakan meja khas jamuan selepas kuliah untuk penceramah jemputan. 7.4.4 Menegur keadaan meja kuliah yang kurang kemas dan mencadangkan agar sentiasa kemas dan menyediakan air mineral dan air manis 7.5 Ustaz Mawardi bin Md Zin 7.5.1 Menilai kembali perbuatan membuka pintu sliding
22 ketika solat Jumaat dibuat atas dasar apa kerana menyebabkan kawasan dalam dewan solat menjadi panas. Imam 1 MIASK mencadangkan agar kawasan luar dewan terbuka masjid diisytiharkan sebagai ruang dewan solat supaya tiada lagi isu perlu membuka pintu sliding ketika solat Fardu Jumaat. En Mohamad Hanif Bin Hassan juga mencadangkan supaya menggunakan air curtain untuk mengelakkan angin aircond keluar dari dewan solat. 7.5.2 Menyediakan ruang khas untuk meletakkan barang-barang jika ada Jemaah Tabligh berprogram di MIASK semasa pembinaan Fasa 2 bagi memberikan kemudahan kepada mereka dan menjadi masjid yang mesra Tabligh. En Mohamad Hanif Bin Hassan memaklumkan bahawa di dalam pembinaan Fasa 2 akan ada 2 dewan multipurpose (folding partition) yang boleh digunakan oleh mereka ketika menginap di masjid. 7.5.3 Setiap kali berlaku kematian BKK perlu memastikan ada imam yang turut serta untuk bertugas membaca talqin di kubur bagi mengelakkan orang yang sama bertugas untuk memandikan dan membaca talqin. Pengerusi Badan Khairat Kematian MIASK, En Mohd Borhan Bin Saleh memaklumkan setiap kali berlaku kematian imam yang bertugas akan dirujuk melalui Imam Tetap MIASK untuk menyampaikan kepada imam bertugas. Perkara ini akan dipastikan tidak berulang. 7.5.4 Isu ketiadaan imam pada waktu tertentu jika disebabkan kecemasan perlu diselesaikan dengan mencari imam pengganti (elaun imam yang tidak hadir diberikan kepada pengganti) untuk memastikan sentiasa ada imam setiap waktu. Imam 1 memaklumkan kadang-kadang pertukaran berlaku ldi minit terakhir dan tidak sempat mencari pengganti, untuk isu ini AJK boleh
23 berbincang semula mengenai elaun untuk imam yang menggantikan. 7.6 En Mohamad Hanif Bin Hassan 7.6.1 Meminta kerjasama para Imam mengingatkan Jemaah supaya memastikan tumit kaki sentiasa lurus mengikut garisan saf berwarna kuning sebelum memulakan solat fardu. 7.6.2 Memohon jasa baik Bilal untuk memberi masa yang mencukupi kepada Jemaah untuk memenuhi saf sebelum iqamah semasa solat Jumaat supaya saf dapat dipenuhkan sebelummemulakan solat. AGENDA 8: PENANGGUHAN MESYUARAT (PENGERUSI MASJID) Tuan Pengerusi Masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli kariah yang hadir dan menjayakan mesyuarat agung pada tahun 2022 ini. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 12.20 pagi bertarikh 10 Disember 2022. Disediakan oleh, Disemak oleh, (Shuhaimi Bin Shaedon) (Abdul Razak Bin Hj Ahmad) Penolong Setiausaha Masjid Setiausaha Masjid Disahkan oleh: (YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah) Pengerusi Masjid
24 STATUS TERKINI USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG 2022 (KM-02-23) Bil. Pencadang Cadangan Status 1. Siti Hasliani binti Mohd Sani No. 24, Jalan KS 2/10 Pakaian sedondon untuk AJK Muslimah. Telah dilaksanakan 2. Alias bin Hashim No. 27, Jalan KS 2/9 Program untuk remaja (terutamanya) dan kanak-kanak KotaSAS dari masa ke semasa bagi menggalakkan dan menarik mereka mendekati masjid. Sukan / motivasi / kem / lain-lain yang bersesuian. Program telah dijalankan dan lebih memfokuskan kepada kanak-kanak ketika cuti sekolah. MIASK akan memperluaskan program untuk remaja juga pada tahun ini dan tahun hadapan. 3. Lt. Kol. (B) Hj. Abdullah bin Ali No. 21, Jalan KS 5/3 1. Mohon usul 2021 yang belum dilaksanakan agar dilaksanakan segera pada tahun 2023. Sila rujuk usul 2021 yang diluluskan. 2. Laksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem pembesar suara kerana kerap terjadi masalah dari segi mutu suara bila azan dilaungkan. Pembaikan perlu dilaksanakan selepas pemeriksaan dilaksanakan kerana ianya merupakan imej kepada MIASK. 3. Dicadangakan 5-10% duit kutipan tabung masjid diagihkan kepada BKK untuk menampung kekurangan yang berlaku. 1. Telah dilaksanakan 2. Telah dilaksanakan 3. Pengerusi BKK menjelaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian. 4. Hj. Zainal bin Ahmad No. 27, Jalan KS 1/1 1. Bila hujan lebat, kawasan kaki lima masjid basah. Sebabnya, design awning salah. Cuba tengok semula dan perbaiki apa yang tidak betul. 2. Ruang utk dimop semakin luas. Saya syorkan pihak 1. Akan diselesaikan di akhir Pembinaan Fasa 2. 2. Akan diselesaikan di akhir Pembinaan Fasa 2.
25 masjid beli alat mop lantai elektrik untuk bantu Kak Sabar mop lantai hari-hari. Pengguna mop biasa tu terlalu memenatkan. Tak percaya, cuba lah. 3. Kebersihan pantry agak rendah. Mohon pihak bertanggungjawab kemas dan mop kawasan pantry secara berkala. 4. Sila tambah tanda laluan ke tandas dan tempat wuduk untuk kebaikan tetamu jemaah dari luar. Mereka seolah kehilangan arah untuk mencari tandas dan tempat wudhuk. 5. Mengenai isu penceramah untuk kuliah Maghrib dan Subuh. Saya syorkan pihak mesjid untuk tubuh panel bagi membuat pemerhatian performance para penceramah. 3. Kerja-kerja pembersihan untuk fasa pertama telah dibuat. Fasa pembersihan seterusnya akan dlaksanakan dari semasa ke semasa. 4. Telah dilaksanakan 5. Tiada keperluan
26 PEMBENTANGAN AKTIVITI 2022/2023 (KM-03-23) DISEMBER 2022 Rutin di MIASK : • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Selasa, Rabu & Khamis yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal. • Kuliah Maghrib diadakan pada setiap hari. • Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah. • Tadarrus selepas Isyak (Isnin & Khamis) • Tadarus selepas Subuh Aktiviti : 4 Disember 2023 - Seluruh AJK Muslimah mengadakan ziarah & bacaan Yaasin buat AJK yang kesihatan mereka agak terjejas di kediaman Pn. Wan Norulkhamisa & Pn. Madia Baizura. Pengerusi Muslimah MIASK menyampaikan sedikit sumbangan hasil kutipan dari rakan-rakan dan jiran tetangga agar dapat menampung kos rawatan susulan
27 10 Disember 2022 - MIASK mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 di Dewan Solat Utama yang dihadiri Ahli Kariyah Kotasas. Mesyuarat tersebut di pengerusikan oleh Pengerusi MIASK, Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Ubaidillah. Turut hadir seluruh AJK yang dilantik bagi sesi 2021/2023. Antara agenda yang dibentangkan : 1. Penubuhan dan Pengenalan MIASK 2. Senarai Nama Ahli Jawatankuasa MIASK 3. Gaji Dan Elaun Pegawai MIASK 4. Laporan Pembentangan Kewangan 5. Laporan Setiausaha -Struktur Organisasi MIASK - Laporan Aktiviti Tahun 2022 6. Sumber Pendapatan Pegawai MIASK 7. Membahaskan Usul/Cadangan 8. Hal-hal Lain 9. Ucapan Penangguhan 10. Bersurai 11. Jamuan
28 9 Disember 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Anakanda KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta YAM Tengku Paglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie Kotasas. Seusai solat, Seri Paduka Baginda & Anakanda berkenan meluangkan sedikit masa dan beramah mesra bersama para jemaah. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada anak-anak khariah sebelum berangkat pulang ke Istana Abdul Aziz dan seterusnya ke Istana Negara. 9 Disember 2022 - AJK Muslimah MIASK mengadakan Program Ziarah & Bacaan Yaasin untuk Allahyarham Mohd Reza di kediaman Allahyarham di P2 Azalea 1. Pengerusi Muslimah menyerahkan sedikit sumbangan hasil dari kutipan jiran-jiran dan sahabat handai kepada Dr Salwana isteri kepada Allahyarham. Di samping itu Rombongan ziarah meraikan hari ulang tahun sat-satunya anak Allahyarham.
29 10 Disember 2022 - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Jamil Mat Hussain (Mudir Madrazsah Kalumpang Hulu Langat) dengan bertajuk Rawatan Perubatan Sunnah. Beliau adalah lah seorang Pengamal Perubatan Sunnah. 15 Disember 2023 - MIASK dengan kerjasama dengan Team Easy Math mengadakan Seminar Fun & Easy Math di MIASK. Peserta dari SK RTP Bukit Goh dan anak2 Residen Kotasas yang menyertai program tersebut. 31 Disember 2022 - 1 Januari 2023 - Miask mengadakan Program Huffaz Cilik kerjasama dengan Isma Kuantan
30 JANUARI 2023 Rutin di MIASK : • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Selasa, Rabu & Khamis yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal. • Kuliah Maghrib diadakan pada setiap hari. • Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah. • Tadarrus selepas Isyak (Isnin & Khamis) • Tadarus selepas Subuh Aktiviti : 6 Januari 2023 - Tuan Haji Jalaini Bin Jasman (T.Pengerusi MIASK memberi sumbangan kepada 23 pelajar anak yatim SK Kempadang. Setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai RM150.00. 7 Januari 2023 - Program 'Explorace' Tahsin Ibadat 2023
31 14 Januari 2023 - Kuliah Dhuha bertajuk Fiqh Wanita - Pengajian tentang haid untuk ibu dan anak2 24 januari 2023 - Ceramah Perdana Istimewa Tausiyah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid yang di iringi Ustaz Syed Syahrinnizam ,Mudir Maahad Tahfiz Anwarul Tanzil. Selepas selesai Al-Habib menyampaikan Tausiyah, beberapa ahli jemaah dapat mentahnik bayi mereka dengan Al-Habib.
32 27 Januari 2023 - MIASK mengadakan Program Makan Durian D24 & Musang King dengan kehadiran 250 orang jemaah Di samping itu, Rakan-rakan Muslimat juga menyediakan pulut, santan & serawa durian makan bersama-sama dengan durian yang disediakan. AJK MIASK, En. Husainuddin Yaakub bersama sahabat, En. Mazlan menyediakan kenderaan pacuan 4 roda bagi untuk mengambil Durian D24 & Musang King di Daerah Raub. Tidak ketinggalan Ustaz Hamdan Yusi juga dapat menikmati buah tersebut selepas menyampaikan Kuliah Maghrib pada malam tersebut.
33 FEBRUARI Rutin di MIASK: • Solat beremaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Selasa, Rabu & Khamis yang disampaikan oleh penceramah jemputan (selepas solat zohor). • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal. • Kuliah Maghrib diadakan pada setiap hari. • Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah. • Tadarrus selepas Isyak (Isnin & Khamis) • Tadarus selepas Subuh Aktiviti: 11 Februari 2023 - AJK MUslimat mengadakan Kuliah Dhuha yanga disampaikan oleh Ybhg. Ustazah Rohani berkenaan Fiqh Wanita yang bertajuk Pengajian Tentang Mandi Hadas Untuk Ibu Dan Anak2. 25 Februari 2023 - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anam Bin AlAzhari berkenaan sempena Isra’ Wal Mikraj. Beliau adalah seorang Pegawai Agama Islam di Kaherah,Mesir yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
34 27 Februari 2023 - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Dr. Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisham bertajuk ‘Israk Mikraj Dan Pembebasan Al-Aqsa’ sempena Perstiwa Isra’ wal Mikraj. Dalam sesi kuliah tersebut Al-Fadhil Ustaz mengupas tentang situasi yang berlaku di Al-Aqsa dengan memaparkan visual melalui layar skrin.
35 MAC Rutin di MIASK • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Tadarrus Subuh : Selepas Solat Subuh & Talaqqi (Isnin - Jumaat) • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Selasa, Rabu & Khamis yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal. • Kuliah Maghrib diadakan pada setiap hari. • Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah. • Tadarrus selepas Isyak (Isnin & Khamis) • Tadarus selepas Subuh Aktiviti : 3 Mac 2023 - Keberangkatan KDYMM SPB YDPA Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah & YM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ke Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS untuk Solat Jumaat hari ini.Seusai Solat , barisan kanak² menunggu kehadiran Tuanku dan menerima sumbangan tunai daripada KDYMM Tuanku. 4 Mac 2023 - Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuantan mengadakan Program Rawatan Kesihatan Pergigian di MIASK dan rawatan khusus kepada seluruh ahli Kariah Kotasas.
36 5 Mac 2023 - Kuliah Subuh Khas disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Ustaz Hj Zahazan Bin Mohamed dengan bertadabbur Al-Quran. 11 Mac 2023 - Kuliah Dhuha Fiqh Wanita bertajuk Wuduk Dan Solat Sempurna yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Rohani Binti Othman dibawah pimpinan Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas. 16 Mac 2023 - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Dato’ Dr. Hassan Ali yang bertajuk Madrasah Ramadhan sempena ambang Ramadhan.
37 6 Mac 2023 - Sempena Ramadhan 1444h MIASK mengadakan Tender secara terbuka sebagai pembekal makanan berbuka puasa (Iftar Jama’ie 2023) bermula 1 ramadhan sehingga 25 Ramadhan 1444h. Pihak MIASK telah melantik seramai 5 orang ahli panel sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Tender Iftar 2023 melalui kaedah Food Testing dan melantik 3 orang Jawatankuasa Keputusan. 21 MAC 2023 - Ustaz Ahmad Hafiz Abdul Halim (Pengerusi Iftar MIASK 2023) dan Encik Nik Muhammad Hafiz Ab Majid (Bendahari) menyerahkan surat kontrak dan taklimat kepada vendor yang terpilih : Antaranya Fatih Infinity Sdn Bhd Ta Sa Al-Rahmah Trading Al-Muh Syi Resources Wa Maju Enterprise NRA Yaqeen Enterprise Rutin Ramadhan 1444h MIASK • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor Ramadhan diadakan setiap hari yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal . • Iftar Jama’ie bermula jam 5.3 petang sehingga bungkusan habis diedarkan • Tadarrus Muslimin bermula selepas Subuh & selepas Asar. • Tadarrus Muslimat bermula waktu Dhuha jam 8.00 pagi • Solat Sunat Tarawih yang dipimpin oleh Imam jemputan -1 Ramadhan - 20 Ramadhan : Solat Sunat Tarawikh 8 rakaat -21 Ramadhan - 30 Ramadhan : Solat Sunat Tarawikh 20 rakaat -Malam Ke 21 Ramadhan - 30 Ramadhan : Qiyamullail dipimpin oleh Imam Tempatan & Imam Jemputan
38 Aktiviti Barisan Imam-imam Tarawih & Jadual Bertugas Jemputan seramai 33 orang seluruh Daerah Negeri Pahang dan Antarabangsa bermula dari 1 Ramadhan - 27 Ramadhan 1444h. 22 MAC 2023/1 Ramadhan 2023 - Ustaz Ahmad Hafiz Abdul Halim (Pengerusi Biro Dakwah MIASK menyampaikan sedikit taklimat berkenaan Program Ihya Ramadhan 1444h kepada seluruh jemaah yang hadir pada malam pertama untuk menunaikan solat sunat Tarawih. - Solat Sunat Terawih pada malam pertama dipimpin oleh imam jemputan khas, Syeikh Muhammad Al-Hamoud daripada Syria.
39 23 MAC 2023/1 Ramadhan 1444h - MIASK mengadakan Majlis berbuka puasa yang dinamakan Program Iftar Jama’ie 2023 dengan menyediakan hidangan seramai 400 orang menggunakan talam (1 talam 5 orang) secara jamuan (dine in) di MIASK bermula 1 Ramadhan sehingga 25 Ramadhan 144h. Sepanjang Program Iftar Jama’ie 2023 dijalankan ada yang membawa seluruh ahli keluaraga bersama-sama membuka puasa pada hari tersebut. Program Iftar Jama’ie juga dilaksanakan hasil daripada infaq orang ramai melalui tabung iftar secara fizikal dan digital (online banking). 25 Mac 2023 / 3 Ramadhan 1444 - Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Zainuddin Bin Ahmad, Imam Masjid Tengku Ampuan Afzan bertajuk ‘Kelebihan Ramadhan’ yang dianjurkan oleh AJK Muslimah MIASK.
40 APRIL Rutin di MIASK : • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Tadarrus Subuh : Selepas Solat Subuh & Talaqqi (Isnin - Jumaat) • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Selasa, Rabu & Khamis yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal. • Kuliah Maghrib diadakan pada setiap hari. • Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah. • Tadarrus selepas Isyak (Isnin & Khamis) • Tadarus selepas Subuh Rutin Ramadhan 1444h MIASK • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat). • Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca. • Kuliah Zohor Ramadhan diadakan setiap hari yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal . • Iftar secara drive thru bermula jam 5.30 petang sehingga bungkusan habis diedarkan • Solat Sunat Tarawih yang dipimpin oleh Imam jemputan -1 ramadhan - 20 Ramadhan : Solat Sunat Tarawikh 8 rakaat -21 Ramadhan - 30 Ramadhan : Solat Sunat Tarawikh 20 rakaat -Malam Ke 21 Ramadhan - 30 Ramadhan : Qiyamullail dipimpin oleh Imam Tempatan 1 Ramadhan - 28 Ramadhan 1444 - Tadarrus Muslimin MIASK diadakan setiap hari selepas solat Subuh dan selepas Solat Sunat Terawih.
41 1 April 2023 / 10 Ramadhan 1444 - AJK Muslimat MIASK menganjurkan Tazkirah Ramadhan pada waktu Dhuha yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Norazli Bin Aziz. 3 April 2023/12 Ramadhan 1444h - Solat Sunat Terawih yang dipimpin oleh imam jemputan khas, Yh Dato' Hj Ahmad Faizul Bin Ghazali Al-Hafiz. Beliau adalah seorang Johan Qari Antarabangsa pada 2002 dan kini menjadi Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa serta menjadi Guru Tarannum di seluruh Malaysia. 4 & 5 April 2023/13 & 14 Ramadhan 1444 - Solat Sunat Terawih yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Bari Rajeh daripada Iskandariah,Mesir. Syekh Muhammad adalah antara pemegang Sanad yang tertinggi ke 28 dan beliau juga adalah adik kepada Syeikh Hieyam Abdel Bari Rajeh.
42 6 April 2023/15 Ramadhan 1444h - Solat Sunat Terawih malam yang ke 16 dipimpin oleh Syeikh Hesyam Bin Abdel Bari Rajeh daripada Iskandariah,Mesir. Beliau merupakan Syeikhul Qurra’ Al-Azhar Mesir dan pemegang Sanad Al-Quran ke-28 berhubung dengan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .Beliau juga sedang berkhidmat sebagai Mudir Akademi Al-Quran & Qira’at Bandar Raya Islam Kelantan. - Selepas selesai solat sunat terawih Syeikh Hesyam telah meluangkan masa dengan menyampaikan Tahsin Surah Al-Fatihah serta mengijazahkan Surah Al-Fatihah untuk ahli jemaah yang hadir. 8 April 2023/17 Ramadhan 1444h - Sempena Hari Nuzul Al-Quran pihak AJK Muslimah Masjid Ash-Shafie KOTASAS telah mengadakan Solat Tasbih yang dipimpin oleh Yg Berbahagia Ustazah Hajjah Rohani Binti Othman.
43 9 April 2023 / 18 Ramadhan 1444 - Keberangkatan KDYMM SPB YDPA Sultan Abdullah I’ayatuddi Al-Nuadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah serta KDYMM Raja SPB Raja Permaisuri Agong, Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan, Al-Fadhil Qdhi Daerah Maran & Imam Besar Masjid Imam Ash-Shafie Kaherah,Mesir. Syeikh Dr. Samih Abdullah Al-Misri menunaikan Solat Subuh di MIASK. 12 April 2023/21 Ramadhan 1444 - MIASK mengadakan Iftar Perdana 2023 dengan membekalkan hidangan seramai 800 orang termasuk 5 ekor kambing golek. 15,16 & 17 April 2023 / 24,25 & 26 Ramadhan 1444 - Keberangkatan KDYMM SPB YDPA Sultan Abdullah I’ayatuddi Al-Nuadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah menunaikan Solat Subuh di MIASK selama 3 hari berturut-turut dan memberi sumbangan kepada warga emas yang kurang upaya.
44 15 April 2023/24 Ramadhan 1444 - Majlis Khatam Al-Quran Muslimat 2023/1444 di MIASK yang dipimpin oleh Imam 2 MIASK Ustaz Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid 16 April 2023 / 25 Ramadhan 1444 - Majlis Khatam Al-Quran Muslimin 2023 di MIASK oleh Imam 2 MIASK Ustaz Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid 18 April 2023/27 Ramadhan 1444 - Hasil dari kutipan Tabung Anak Yatim dan Tabung Fakir, MIASK telah mewakilkan AJK & Pegawai Masjid menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada murid-murid anak yatim dan fakir miskin berjumlah RM150.00 seorang di beberapa sekolah antaranya : 1. SMK Alor Akar - En. Nik Muhammad Hafiez Bin Ab Majid (Bendahari) 2. SMK Pelindung - Ustaz Hj Izalludin Bin Mat Nor (Imam 1) 3. SMK Seri Mahkota - Ustaz Suhaimi Bin Ahmad (Imam 3) 4. SK Bukit Kuin - Ustaz Shafiq Bin Mohamed (Pegawai Tadbir MIASK) 5. Sk Fakeh Abd Samad Batu 8 6. SMK Sungai Lembing - PIBG 7. SK Kampong Padang - PIBG 8. SMK Tanjung Lumpur - PIBG
45 22 April 2023 / 1 Syawal 1444 - Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Aidilfitri yang dipimpin oleh Imam 2 Ustaz Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid. Selesai Solat Sunat Aidilfitri para jemaah menjamu selera dan di kesempatan itu Tuan Hj Jalaini Bin Jasman selaku Timbalan Pengerusi MIASK serta Pegawai MIASK menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
46 MEI Rutin di MIASK : • Solat berjemaah setiap waktu. • Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh Imam bertugas pada setiap hari. • Tadarrus Subuh : Selepas Solat Subuh & Talaqqi (Isnin - Jumaat) • Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Selasa, Rabu & Khamis yang disampaikan oleh penceramah jemputan. • Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab Riyadhussolin / Fadhail Amal. • Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah. • Tadarrus selepas Isyak (Isnin & Khamis) • Tadarus selepas Subuh Aktiviti : 3 Mei 2023 - 20 mei 2023 - MIASK mengadakan Program Ziarah Mahabbah MIASK Syawal 1444H/2023. Amalan Ziarah Mahabbah pada tahun ini banyak yang terlibat mengambil bahagian menjadi tuan rumah untuk dikunjungi (1 hari 2 rumah). 4.5.23/Khamis 1. Hj izzudin (P7) 2. Dato jamal (P7) 5.5.23/Jumaat 1. Syed Dzulkifli (P3) 2.En. Norfarizal (P3) 7.5.23/Ahad 1. Dr Faysal (P5F2) 8.5.23/Isnin 1.Hj Adnan (P3) 12.5.23/Jumaat 1. En. Mohd Yusri(P7) 2. En Osman (P3) 13.5.23/Sabtu Hj Haq (P3) 14.5.23/Ahad 1. En Izwadi (P3) 17.5.23/Rabu 1. Kak ija - (P2B) 18.5.23/Khamis 1. Dr Adam (P1) 2. Poknik (P1) 19.5.23/Jumaat 1. En Zamir khan (P4LF) 2. Syed Anas (P4LF) 20.5.23/Sabtu 1. Hj Ezzad Ashraff (P4LF) - Selepas Subuh 2. En. Amir Firdaus (P4LS) -Selepas Zohor 3. En. Sanusi (P5SE) - Selepas Isyak
47 21 Mei 2023 - Kerjasama AJK MIASK & AJK Muslimat MIASK mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri 2023/1444 & Ulang tahun MIASK yang ke 10. Pelbagai juadah dihidangkan secara potluck sumbangan ahli jemaah MIASK.