The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cck7391, 2022-12-08 12:20:41

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MIASK

KALI KE 02/2022
10 DISEMBER 2022

MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA
MASJID IMAM ASH-SHAFIE, KOTASAS (MIASK)

2022

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Agenda Mesyuarat Agung 2

2. Notis Panggilan Mesyuarat Agung 3

3. Penubuhan dan Pengenalan MIASK 4-9

4. Struktur Organisasi MIASK 2021-2023 10

5. Senarai Pegawai & Kakitangan MIASK 2022 11 -12

6. Minit Mesyuarat Agung 2021 (KM-01-22) 13 - 21

7. Status Terkini Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung 2021 (KM-02-22) 22 - 23

8. Pembentangan Aktiviti 2021/2022 (KM-03-22) 24 - 88

9. Pembentangan Kewangan 2021 (KM-04-22) 87 - 94

10. Usul & Cadangan Mesyuarat Agung 2022 (KM-05-22) 95 - 96

11. Cadangan Program Tahun 2023 97 - 98

1

MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA
MASJID IMAM ASH-SHAFIE KOTASAS (MIASK)

2022

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi MIASK
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama
3. Pembentangan Aktiviti 2021/2022
4. Pembentangan Kewangan
5. Membahaskan Usul/Cadangan
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

2

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KE-2/2022

3

PENUBUHAN DAN PENGENALAN MIASK

4

5

6

7

8

9





SENARAI PEGAWAI & KAKITANGAN MIASK 2022

BIRO PEMBANGUNAN JAWATAN
BIL NAMA Pengerusi
1 YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah

BIRO PENYELENGGARAN JAWATAN
BIL NAMA Pengerusi
1 Muhammad Sufiyan Bin Abdul Rahman

BIRO KEBAJIKAN JAWATAN
BIL NAMA Pengerusi
1 Tn Hj Ahmad Halim Bin Salleh

BIRO KOMUNIKASI & MULTIMEDIA JAWATAN
BIL NAMA Pengerusi
1 Adib Bin Mohd Yusof

BIRO DAKWAH JAWATAN
BIL NAMA Pengerusi
1 Ust Ahmad Hafiz Bin Abdul Halim

BIRO EKONOMI JAWATAN
BIL NAMA Pengerusi
1 Husainuddin Bin Yaakub

BIRO KECERIAAN & KEBERSIHAN JAWATAN
BIL NAMA Ketua Biro
1 Mohd Sharif Bin Zakaria

BIRO PENDIDIKAN NAMA JAWATAN
BIL Ketua Biro
1 Shuhaimi Bin Shaedon

PENTADBIRAN NAMA JAWATAN
BIL BAHAGIAN
Abdul Razak Bin Hj Ahmad Setiausaha
1 Pejabat Miask Nik Hafiez Bin Ab Majid Bendahari
2 Kewangan Mohd Borhan Bin Saleh Pengerusi BKK
3 Khairat Ustazah Rosmaniza Pengerusi Muslimah
4 Hal Ehwal Muslimah

AMIL ZAKAT
BIL NAMA
1 Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid
2 Fitri Sani bin Abdul Halim

11

GAJI DAN ELAUN PEGAWAI DAN PEKERJA MASJID IMAM ASH-SHAFIE, KOTA

BIL NAMA IMAM PENDA
R
1 Shafiq Bin Mohamed (Imam Tetap)
2 Izalludin Bin Mat Nor (Iman 1) 3,70
3 Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid (Imam 2) 1,70
4 Suhaimi Bin Ahmad (Rawatib) 1,70
5 Mohd Aizat Fadlullah Bin Jamalee (Rawatib) 1,20
6 Abdullah bin Hassan (Rawatib) 1,20
1,20
BIL NAMA BILAL
1 Fitri Sani bin Abdul Halim PENDA
2 Ezzad Ashraff bin Ashim R
3 Mohd Puzi bin Mohd Zahari
4 Nurahimi Bin Nunzah 95
60
BIL NAMA PEGAWAI PENYELENGGARAAN 60
1 Ahmad Johari Bin Abdul Rashid
2 Rahim Bin Harun PENDA
R
BIL NAMA SIAK
1 Nik Nor Rosdi bin Nik Mahdi 1,50
1,20
BIL NAMA PEKERJA PEMBERSIHAN
1 Sabarias Binti Ahmed PENDA
2 Roskatinawati Binti Baharom R

50

PENDA
R

80
80

JUMLAH 17,6

ASAS BAGI TAHUN 2022

APATAN MASJID SUMBER MUIP JAIP
RM 3,000.00 TANAH MAKMUR SDN BHD - -
00.00 -
00.00 - 700.00 850.00
00.00 - 850.00 200.00 850.00
00.00 500.00 650.00 200.00
00.00 700.00 500.00 -
00.00 1,200.00 500.00 - -
- -
APATAN MASJID -
RM - JAIP
SUMBER MUIP -
- 950.00 TANAH MAKMUR SDN BHD -
50.00 600.00 - 250
00.00 600.00 - - -
00.00 - - -
MASJID -
APATAN 1,500.00 - JAIP
RM 1,200.00 -
00.00 SUMBER MUIP -
00.00 MASJID TANAH MAKMUR SDN BHD -
300.00 - JAIP
APATAN - 200.00
RM MASJID
00.00 800.00 - JAIP
800.00 -
APATAN SUMBER MUIP -
RM TANAH MAKMUR SDN BHD -
00.00
00.00 -

SUMBER MUIP
TANAH MAKMUR SDN BHD -
-
-

-

650.00 12,150.00 3,200.00 400.00 1,900.00

12

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021 (KM-01-22)

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA SESI 2021-2023 MASJID IMAM ASH-SHAFIE
KOTASAS, KUANTAN

TARIKH: 29DISEMBER 2021
HARI: RABU
MASA: 7.45 MALAM

TEMPAT: MASJID IMAM ASH-SHAFIE, KOTASAS, KUANTAN

KEHADIRAN:
1. YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Dato’ Ubaidillah - Pengerusi
2. Tuan Haji Jalaini Bin Jasman – Timbalan Pengerusi
3. Abdul Razak Bin Haji Ahmad – Setiausaha
4. Nik Muhammad Hafiez Bin Ab Majid – Bendahari
5. Shuhaimi Bin Shaedon – Penolong Setiausaha
6. Husainuddin Bin Yaakub - AJK
7. Adib Bin Mohd Yusof - AJK
8. Rashid Bin Abu Bakar - AJK
9. Muhammad Sufyan Bin Abdul Rahman - AJK
10. Mohd Fairuzuddin Bin Zan - AJK
11. Hj Ahmad Halim Bin Salih - AJK
12. Mohamad Hanif Bin Hassan - AJK
13. Mohd Shariff Bin Zakaria - AJK
14. Hj Izalludin Bin Mat Nor – Ex - Officio
15. Mohd Afdhal Bin Abdul Hamid
16. Suhaimi Bin Ahmad
17. Shafiq Bin Mohamed
18. Mohd Aizat Fadlullah Bin Jamalee
19. Fitri Sani Bin Mohd Abdul Hakim
20. Ezzad Ashraff Bin Ashim
21. Nurahimi Bin Nunzah
22. Haji Mohd Puzi Bin Haji Mohd Zahari
23. Nik Nor Rosdi Bin Nik Mahdi

13

24. Ahmad Johari Bin Abdul Rashid
25. Norazizi Yusoff
26. Md Razli Bin Ab Rahim
27. Farid Hisham
28. Safaruddin Bin Samsuddin
29. Mohd Johari B Hussin
30. Azlan Yusoh
31. Fatimah Najihah Bt Omar
32. Amir Farid Bin Mohd Makhtar
33. Mohamad Hanif Hassan
34. Abdul Halim Bin Mohd Zain
35. Mohd Kamarul Azmil Bin Ishak
36. Ahmad Firdaus Bin Ahmad Shukri
37. Amrul Akil Bin Ahmad @ Hashim
38. Syaid Yusof Bin Mohd Ibrahim
39. Tengku Zaihar Bin Tengku Hamzah
40. Mohd Fadli Bin Alias
41. Nik Muhammad Hafiez Bin Ab Majid
42. Mohamad Hamizey Bin Mat Taib
43. Mohd Roslan Bin Muhamad
44. Adnan Zakaria
45. Abdul Razak Md Yusof
46. Abdullah Bin Ali
47. Mohd Faizal Bin Rosdy
48. Zairul Fitri Bin Md Isa
49. Dr. Abd Shatar Bin Che Abd Rahman
50. Muhammad Nur Hafizul Bin Md Zamri
51. Syaid Mohd Yusri Bin Syaid Yusof
52. Syaid Mohd Yusri
53. Osman Abdullah
54. Kamaruzaman Bin Yusoff
55. Muhammad Cholan
56. Ahmad Azahari Bin Abd Samad

14

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI MIASK

1.1 YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah selaku
Pengerusi Masjid mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
kariah yang hadir ke mesyuarat agung kali pertama ini dan
meminta agenda mesyuarat untuk diteruskan.

AGENDA 2: PENUBUHAN DAN PENGENALAN MIASK

2.1 Pengenalan masjid telah dibentangkan oleh En. Abdul Razak Hj
Ahmad selaku Setiausaha seperti yang terkandung di dalam
laporan.

2.2 Pengenalan tersebut merangkumi surat-surat berkenaan masjid
ketika bermula sebagai surau kebenaran Jumaat dan masjid, ahli
Jawatankuasa sesi 2021/2023, ketua-ketua biro, dan pegawai-
pegawai masjid.

2.3 Lt. Kol. Abdullah Ali mencadangkan mesyuarat agung untuk sesi
yang akan datang setiap ahli Jawatankuasa yang ingin dilantik
diundi di dalam mesyuarat agung dan senarai tersebut dihantar
kepada Majlis Agama untuk kelulusan.
En. Abdul Razak Hj Ahmad selaku Setiausaha memaklumkan 10 ahli
Jawatankuasa telah diluluskan oleh Majlis Agama sebelum
Mesyuarat Agung dan hanya 3 ahli jawatankuasa baru sahaja perlu
dilantik ketika mesyuarat berdasarkan panduan yang dikeluarkan
oleh Majlis Agama.
YM Tengku Dato’ Sri Uzir selaku Pengerusi Masjid menerima
cadangan tersebut dan menyatakan akan menyenaraikan ahli
Jawatankuasa baru untuk sesi 2023 dengan penglibatan dan
persetujuan ahli kariah sebelum menghantar senarai tersebut ke
Majlis Agama.

15

AGENDA 3: PEMBENTANGAN SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA MIASK SESI
2021-2023

3.1 Senarai nama ahli Jawatankuasa MIASK telah dibentangkan oleh
En. Abdul Razak Hj Ahmad selaku Setiausaha seperti yang
terkandung di dalam laporan.

AGENDA 4: PEMBENTANGAN GAJI DAN ELAUN PEGAWAI MIASK

4.1 En. Nik Muhammad Hafiez Ab. Majid selaku Bendahari telah
membentangkan jumlah gaji dan elaun bagi semua pegawai dan
pekerja masjid seperti yang terkandung di dalam laporan

AGENDA 5: LAPORAN PENYATA KEWANGAN

5.1 En. Nik Muhammad Hafiez Ab. Majid selaku Bendahari telah
membentangkan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2020
berdasarkan penyata akaun Bank Kerjasama Rakyat (baki dibawa
ke hadapan dari 2019).

5.2 Beliau telah membentangkan pecahan penerimaan dan
perbelanjaan tahun 2020 untuk setiap bulan.

5.3 Lt. Kol. Abdullah Ali membangkitkan berkenaan pembentangan
kewangan tersebut hanya pada tahun 2020 sahaja dan tidak
termasuk dana RM 1.7 juta untuk pembangunan. Beliau
mencadangkan supaya Bendahari membentangkan secara kasar
penyata kewangan dari 2017 sehingga 2020 untuk makluman ahli
kariah.

5.4 Pengesahan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2020.
Cadangan: En Zamzuri Mamat
Sokongan: En. Mohd Fadli Alias

16

AGENDA 6: PEMBENTANGAN LAPORAN SETIAUSAHA (STRUKTUR ORGANISASI
DAN AKTIVITI)

6.1 Struktur organisasi dan laporan aktiviti MIASK tahun 2020 dan
2021 telah dibentangkan oleh En. Abdul Razak Hj Ahmad selaku
Setiausaha seperti yang terkandung di dalam laporan mesyuarat.

6.2 Beliau memaklumkan walaupun wabak COVID telah melanda
tetapi program tetap berjalan secara atas talian atau bersemuka
mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN.

6.3 Pengesahan Laporan Tahunan 2020 dan 2021
Cadangan: Lt. Kol. (B) Abdullah bin Ali
Sokongan: Bilal Nurahimi bin Nunzah

AGENDA 7: PEMBENTANGAN SUMBER PENDAPATAN UNTUK BAYARAN GAJI
DAN ELAUN PEGAWAI MIASK

7.1 En. Nik Muhammad Hafiez Ab. Majid selaku Bendahari telah
membentangkan sumber pendapatan untuk bayaran gaji dan
elaun bagi semua pegawai dan pekerja masjid seperti yang
terkandung di dalam laporan.

AGENDA 8: PERBAHASAN CADANGAN DAN USUL

8.1 Berikut adalah senarai cadangan yang diterima:

Bil. Pencadang Cadangan

1. Melantik beberapa panel kontraktor untuk

menjalankan kerja-kerja penyelenggaran berkala

Mohamad Hanif merangkumi fizikal bangunan, services
1. Bin Hassan (plumbing/sanitary & elektrik), alatan cegah
kebakaran, lanskap dan lain-lain.

2. Adakan kursus pendek/amali untuk ibadat

seperti cara solat, berwuduk, cara solat orang

sakit dan lain-lain.

17

1. Mengadakan papan kenyataan untuk kutipan
tabung masjid dan perbelanjaan setiap bulan.

2. Penambahan kemudahan lain di masjid untuk
ahli kariah dan musafir.

3. Adakah kelas mengaji untuk kanak-kanak dan

dewasa secara berterusan serta aktiviti lain

Lt. Kol. (B) yang mendekatkan kariah ke masjid.

2. Abdullah bin Ali 4. Percepatkan kerja pembangunan sebagaimana

dirancang.

5. Mengadakan papan organisasi AJK dan
pegawai masjid yg lengkap berserta gambar

6. Tabong bergerak setiap jumaat

7. Sistem ekhairat perlu ditambahbaik untuk ahli
dalam semua segi terutama kemaskini
maklumat waris.

1. Pamerkan carta organisasi siap dengan nombor
telefon

3. Tengku Zaihar 2. Perbanyakkan lagi kuliah dan giatkan promosi utk
kuliah. Sekurang2nya warwarkan dalam group
WA atau telegram.

3. Buat program utk anak2 sekolah semasa cuti
panjang. Cth intensif program tahsin Al Quran,
program mini tahfiz. Program yg tak berat tapi
bermanfaat

YM Tengku Dato’ Sri Uzir menyatakan semua cadangan ini
diterima tanpa bahas.

Tindakan: Setiausaha

18

8.2 Berikut adalah senarai usul yang diterima:

Bil. Pencadang Usul

Tambahkan peruntukkan untuk kos

pembinaan Fasa 2 daripada anggaran asal

Mohamad Hanif Bin RM 1.7 juta kepada RM 2.9 juta atau RM
1. Hassan 3.0 juta (penambahan sebanyak 1.2 -1.3
juta lagi) disebabkan oleh kenaikkan kos

harga bahan pembinaan termasuk kos

perkhidmatan Perunding (Consultants)

dan lain-lain.

2. Lt Kol Abdullah bin Ali Penubuhan koperasi kariah masjid

8.2.1 Usul 1:
En. Mohamad Hanif Bin Hassan membentangkan usul ini.
Lt. Kol. Abdullah Ali mencadangkan supaya pembinaan diteruskan
dan meneruskan kutipan dana wakaf dari kariah. Pembinaan perlu
dipercepatkan supaya kos pembinaan tidak meningkat lagi.
YM Tengku Dato’ Sri Uzir terima secara umum usul ini dan akan
buka semula sumbangan dana wakaf serta memaklumkan
pembinaan akan bermula pada bulan Mac 2022.
Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan Usul 1.

Tindakan: Biro Pembangunan

8.2.2 Usul 2:
Lt. Kol Abdullah Ali mencadangkan penubuhan koperasi masjid dan
menjalankan perniagaan yang berpotensi di KotaSAS.
YM Tengku Dato’ Sri Uzir menyatakan beberapa senarai
kebaikan dan keburukan penubuhan koperasi berdasarkan
pengalaman beliau. Tetapi lebih banyak keburukan berbanding
kebaikan serta ditambah lagi pada masa ini koperasi bukan
matlamat utama masjid.
Ahli Mesyuarat sebulat suara menolak Usul 2.

Tindakan: Makluman
19

AGENDA 9: PERLANTIKAN 3 ORANG AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN

9.1 En. Abdul Razak Hj Ahmad selaku Setiausaha mengusulkan
Bil.
perlantikan seramai 3 orang Ahli Jawatankuasa tambahan bagi

sesi 2021/2023. Berikut adalah senarai nama tersebut:

Nama Jawatan

Mohamad Hanif Bin Hassan (AJK Tambahan Sesi 2018/2021)
1.

(P4 Lakeside)

2. Mohd Shariff Bin Zakaria (P3) (AJK Tambahan Sesi 2018/2021)

3. Shuhaimi Bin Shaedon (P5F1) (Pen. Setiausaha Sesi
2018/2021)

En. Zairul Fitri bin Md Isa mencadangkan cadangan ditutup dan
menerima senarai 3 nama tersebut. Ahli Mesyuarat sebulat suara
bersetuju dengan usul ini.

Tindakan: Setiausaha

AGENDA 10: HAL-HAL LAIN

10.1 En. Abdul Razak Hj Ahmad selaku Setiausaha membentangkan
senarai cadangan program bagi tahun 2022 bermula Mac
sehingga Disember 2022.
Pengesahan pembentangan cadangan program bagi Tahun
2022.
Cadangan: Lt. Kol. (B) Abdullah Ali
Sokongan: En. Zairul Fitri bin Md Isa

AGENDA 11: UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT (PENGERUSI MASJID)

11.1 Tuan Pengerusi Masjid mewakili seluruh ahli Jawatankuasa masjid
memohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesalahan dan
kesilapan sepanjang beliau memimpin masjid dan mengendalikan
mesyuarat agung kali pertama ini. Semoga Ahli Jawatankuasa
dilantik bagi sesi ini mampu memimpin pengurusan masjid dengan
20

lebih cemerlang dan teratur.
11.2 Selanjutnya Tuan Pengerusi Masjid mengucapkan berbanyak

terima kasih kepada semua ahli kariah yang hadir dan menjayakan
mesyuarat agung pada tahun 2021 ini.

AGENDA 12: PENANGGUHAN MESYUARAT (PENGERUSI MASJID)

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 9.50 malam bertarikh
29 Disember 2021.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Shuhaimi bin Shaedon) (Abdul Razak Hj Ahmad)
Penolong Setiausaha Masjid Setiausaha Masjid

Disahkan oleh:

(YM Tengku Dato’ Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah)
Pengerusi Masjid

21

STATUS TERKINI USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG 2021
(KM-02-22)

Bil. Pencadang Cadangan Status

Mohamad 1. Melantik beberapa panel 1. Dalam proses pelantikan
1. Hanif Bin
kontraktor untuk menjalan kerja-kerja sementara menunggu
Hassan
penyelenggaran BERKALA. pembinaan Fasa 2 selesai.

Penyelenggaraan berkala Ketika ini pihak masjid sedang

merangkumi fizikal bangunan, dalam proses pemilihan syarikat

services (plumbing/sanitary & pembersihan.

elektrik), alatan cegah kebakaran,

lanskap dll.

2. Cadangan - adakan kursus 2. Kursus-kursus tersebut
pendek/amali utk ibadat seperti cara
solat yg betul, cara berwuduk yg belum dijalankan, walau
betul, cara solat org sakit dll.
bagaimanapun terdapat kuliah
1. Mengadakan papan kenyataan
untuk kutipan tabong masjid dan yang mengkhususkan kepada
perbelanjaan setiap bulan
amali solat seperti kuliah oleh

Prof Madya Dato Zawawi dan

Ustaz Nor Azli Abd Aziz telah

berjalan ketika ini.

1.Telah dilaksanakan

2. Penambahan kemudahan lain 2.Akan dilaksanakan secara
dimasjid untuk ahli kariah dan musafir
komprehensif setelah siap

Fasa 2 MIASK. Telah ada dalam

perancangan untuk

dilaksanakan.

Lt. Kol (B) 3. Adakan kelas mengaji untuk 3. Kelas mengaji secara khusus
2. Abdullah bin kanak dan juga dewasa secara masih belum berjalan namun
berterusan dan aktiviti lain yg ada jemaah mengambil
Ali mendekatkan kariah kemasjid inisiatif untuk mengajar
mengaji kepada anak-anak
antara waktu Maghrib dan
Isyak. Untuk dewasa terdapat
kelas tadarus al-quran pada
sebelah malam setiap Isnin
dan Khamis selepas solat Isyak
serta selepas Subuh bermula
Isnin hingga Jumaat.

4. Percepatkan kerja pembangunan 4.Pembinaan Fasa 2 MIASK
sebagaimana dirancang sedang berjalan pada ketika
ini. Setakat tarikh 30
November 2022, kerja-kerja

22

pembinaan telah mencapai

tahap kemajuan kerja 30 %

(mendahului sasaran

kemajuan kerja)

5. Mengadakan papan organisasi 5.Telah dilaksanakan
AJK dan pegawai masjid yang lengkap
berserta gambar

6. Tabung bergerak setiap jumaat 6.Tabung hanya akan
digerakkan selepas solat
Jumaat kerana mengikut
saranan hadits sahih
berkenaan larangan semasa
khutbah disampaikan.

7. Sistem ekhairat perlu 7.BKK akan membentangkan

ditambahbaik dan boleh berkaitan perkembangan

ditambahbaik untok ahli dalam semua terkini sistem ini di dalam
segi terutama update waris mesyuarat agung BKK akan
datang.

1. Pamerkan carta organisasi. 1. Telah dilaksanakan (tanpa

Kalau boleh siap dgn no hp nombor telefon).

Tengku Zaihar 2. Mohon perbanyakkan lagi
3. bin Tengku kuliah dan giatkan promosi utk kuliah. 2. Telah dilaksanakan
Sekurang2nya warwarkan dlm group
Hamzah WA atau telegram

3. Buat program utk anak-anak 3. Program akan dilaksanakan
sekolah semasa cuti panjang. Cth untuk cuti sekolah tahun 2022:
intensif program tahsin Al Quran, i. Seminar Fun & Easy Math
program mini tahfiz. Program yg tak
2022 (15 Disember 2022)
berat tapi bermanfaat
ii. Program Huffaz Cilik (31

Disember 2022 – 1

Januari 2023)

23

PEMBENTANGAN AKTIVITI 2021/2022 (KM-03-22)
TAHUN 2021
JANUARI

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PKPB dengan patuhi SOP yang telah

ditetapkan.
• Sepanjang tempoh PKPB Kuliah Maghrib dan Subuh serta kuliah zohor diadakan secara

seperti biasa.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-

Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat maghrib
Aktiviti:

1. Mengadakan kutipan kepada mangsa-mangsa banjir.
2. 9 Januari 2021 - Skuad Miask dan WI Muslimah Kotasas bersama-sama menyerahkan

bantuan mangsa banjir di Daerah Maran.

24

3. 10 Januari 2021 - Skuad MIASK menyerahkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa-
mangsa banjir di Mukim Sega, Raub.

4. 16 Januari 2021 – Program Khidmat Pasca Banjir MIASK 2021 ke Kampung Batu Kapor,
Mentakab.

25

FEBRUARI

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PKP dengan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Sepanjang tempoh PKP Kuliah Maghrib dan Subuh diadakan secara seperti biasa.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat maghrib
Aktiviti:

1. 9 Februari 2021 - Sumbangan dari Jemaah Miask yang diwakili Imam 1 Ustaz Izalludin Mat
Nor menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran (Jengka 8)

2. 12 Februari 2021 - KDYMM SPB YDPA Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
dan anakanda-anakanda baginda mencemar duli menunaikan solat jumaat di MIASK.

26

MAC

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PKP dengan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Sepanjang tempoh PKP Kuliah Maghrib dan Subuh diadakan secara seperti biasa.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat maghrib
Aktiviti:

1. 13 Mac 2021 - Kuliah Subuh Khas disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Maulana Wan Helmi Bin
Wan Mohamed (Mudir Madrasah An-Nabawiyyah Lil Dirastil Islamiyah Pulau Tawar
Jerantut).

2. 29 Mac 2021 – AJK MIASK menyampaikan sumbangan kelahiran baru (newborn) kepada ahli
Jemaah di MIASK.

27

APRIL

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PKPB dengan patuhi SOP yang telah

ditetapkan.
• Sepanjang tempoh PKPB Kuliah Maghrib dan Subuh serta kuliah Zohor diadakan secara

seperti biasa.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-

Kahfi dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat maghrib
Aktiviti:

1. 1 April 2021 - Berlaku kejadian ribut sebelum masuk waktu asar yang telah merosakkan
sebahagian bangunan MIASK (siling koridor,kanopi dan pokok tumbang).

2. 2 April 2021 – AJK bersama Ahli Jemaah MIASK bergotong-royong membersihkan kawasan
MIASK yang terjejas akibat dilanda ribut.

3. 8 April 2021 – Penyampaian sumbangan kepada murid miskin SK RTP Bukit Goh.

28

4. 11 April 2021 – Perjumpaan AJK dengan Pegawai MIASK berkenaan program Ihya Ramadhan
1442h.

5. 12 April 2021 – Program peyampaian bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar miaskin
SMKIM 2 yang diwakili olah YDP PIBG SMKIM 2.

6. 12 April 2021 – Ihya Ramadhan: Solat tarawikh 1442 yang dipimpin oleh Imam-imam (8
rakaat) mengikut SOP JAIP.

7. 13 April 2021 – KDYMM SPB YDPA Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan
anakanda-anakanda baginda mencemar duli menunaikan solat fardhu Isyak dan Solat Sunat
Tarawikh di MIASK.

8. 13 April 2021 - Ihya Ramadhan: AJK Miask mengagihkan juadah berbuka (Iftar) kepada orang
awam secara pandu lalu (drive thru) tempoh sepanjang bulan Ramadhan.memandangkan
SOP JAIP tidak membenarkan iftar di Masjid2 @ Surau2.

29

- Kaunter Pembayaran Zakat
- Kuliah Zohor Ramadhan diadakan selepas solat zohor sepanjang Ramadhan.
- Program Tadarrus Muslimin diadakan selepas solat Subuh dan solat Zohor pada

setiap hari sepanjang Ramadhan

- Tadarus Muslimah diadakan pada Waktu Dhuha.

30

MEI

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PKPB dengan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Solat Tarawikh 1442
• Sepanjang tempoh PKPB Kuliah subuh dan zohor diadakan secara seperti biasa.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat maghrib
Aktiviti:

1. 2 May 2021 – Program Khatam Al-Quran (Muslimin) diadakan pada waktu petang selepas
Asar Bersama jemaah MIASK.

2. 5 May 2021 – Iftar Perdana 1442H (300 pax)
Menu: 150 pax Nasi pecal ayam, 150 pax nasi pecal lele

3. Solat Tasbih malam ke-21 Ramadhan
4. 7 May 2021 – Penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan miskin di SMK Seri Mahkota

Batu 10 Kuantan.

31

5. 11 May 2021 – Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin di Felda Lepar
Hilir 2.

6. 13 May 2021 – Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1442h dibenarkan 50 orang jemaah sahaja
(SOP PKPD).

7. 13 May 2021 – AJK dan Pegawai Miask serta Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Kuantan, Ybhg.
Ustaz Rizzal Mohd Ali Nafiah menyampaikan Duit Raya kepada orang awam secara pandu
lalu (drive thru) di Jalan Besar MIASK selepas Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

32

JUN

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu terhad kepada 12 orang jemaah sahaja dalam tempoh

PKPD dengan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Tiada Kuliah Maghrib dan Subuh serta kuliah zohor semasa PKPD dilaksanakan.
• Tiada sebarang aktiviti dilakukan sepanjang PKPD dilakasanakn kecuali bacaan Yasiin

dan Tahlil sahaja yang dibenarkan selepas maghrib.
• AJK dan Pegawai MIASK bertugas secara giliran.

JULAI

Rutin di MIASK:
1. Solat berjemaah setiap waktu terhad kepada 12 orang jemaah sahaja dalam tempoh

PKPD dengan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
2. Tiada Kuliah Maghrib dan Subuh serta kuliah zohor semasa PKPD dilaksanakan.
3. Tiada sebarang aktiviti dilakukan sepanjang PKPD dilakasanakan kecuali bacaan Yasiin

dan Tahlil sahaja yang dibenarkan selepas maghrib.
4. AJK dan Pegawai MIASK bertugas secara giliran.

Aktiviti:
1. 18 Julai 2021 – Mengadakan konsep Food Bank dan menyampaikan kepada keluarga yang

terjejas dengan situasi Pandemik.

33

2. 20 Julai 2021 – Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha 1442h dengan bilangan 162 orang jemaah
sahaja.
-Tiada sebarang aktiviti korban dilakukan di MIASK
- Kerjasama dengan Kg RO Kemboja
- Kerjasama dengan pihak MyFund Action untuk pack makanan siap masak menggunakan
daging korban. Penyertaan sebanyak 27 bahagian.

3. 20 Julai 2021 - MIASK bekerjasama dengan pihak Madrasatul Quran Kg Ro menjayakan
aktiviti korban di Kampung Ro Kemboja.

34

OGOS

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu terhad kepada 162 orang jemaah sahaja dalam tempoh

PKP 3.0 dengan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Tiada Kuliah Maghrib dan Subuh serta kuliah zohor semasa PKP 3.0 dilaksanakan.
• Tiada sebarang aktiviti dilakukan sepanjang PKP 3.0 dilakasanakn kecuali bacaan Yasiin

dan Tahlil sahaja yang dibenarkan selepas maghrib.
• AJK dan Pegawai MIASK bertugas secara giliran.
• 4 Ogos 2021 – Penutupan MIASK dari 4 Ogos – 19 Ogos 2021 disebabkan berlaku

jangkitan Virus Covid-19
• Sepanjang penutupan MIASK,program bacaan Yasiin serta Doa Selamat dilakukan secara

atas talian bersama setiap Persint dan seluruh ahli jemaah MIASK yang dipimpin oleh
Imam-imam MiASK.
• 21 Ogos 2021 – MIASK dibuka dan berjalan semula untuk seperti biasa.

SEPTEMBER

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PPN Fasa 1 dengan patuhi SOP yang telah

ditetapkan.
• Tiada Sebarang aktiviti kuliah diadakan sepanjang tempoh PPN Fasa 1.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat maghrib.

35

OKTOBER

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PPN Fasa 4 dengan patuhi SOP yang telah

ditetapkan.
• Aktiviti kuliah diadakan sepanjang tempoh PPN Fasa 4 hanya kepada penceramah-

penceramah yang berada kariah Kotasas sahaja.Mengambil langkah berjaga-jaga.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat Isyak.

AKTIVITI:

1. 9 Oktober 2021 – Kerja-kerja meruntuhkan tempat wudhu’ dan tandas lelaki.

2. 13 Oktober 2021 - Kuliah Maghrib Khas disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Rizzal Bin Mohd Ali
Nafiah (Qadhi Daerah Kuantan)

3. 19 Oktober 2021 – Maulidur Rasul Selawat secara berjemaah selepas solat Subuh.

36

4. 22 Oktober 2021 – Sumbangan kelahiran baru (newborns) kepada 33 keluarga Residen
Kotasas yang diwakili oleh Pengerusi Penduduk setiap Persint masing-masing.

MIASK juga membuat sumbangan setiap bulan bermula Oktober 2021 kepada:

1) Anak Yatim : RM 150 setiap orang

Jumlah Penerima : 6 0rang

2) OKU : RM100 setiap orang

Jumlah Penerima : 9 0rang

3) Pesakit Kronik : RM100 setiap orang

Jumlah Penerima : 7 0rang

37

NOVEMBER

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PPN Fasa 4 dengan patuhi SOP yang telah

ditetapkan.
• Aktiviti kuliah diadakan sepanjang tempoh PPN Fasa 4 hanya kepada penceramah-

penceramah yang berada kariah Kotasas sahaja.Mengambil langkah berjaga-jaga.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat Isyak.
Aktiviti:

1. 18 November 2021 - Program Penyerahan Van Jenazah Sumbangan Fomema kepada Masjid
Imam Ash-Shafie, Kotasas di rasmikan oleh:

- YHM Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Abdullah selaku Pengerusi FOMEMA
-YM Tengku Shaheera Binti Tengku Abdullah
-Pengarah FOMEMAEncik Shahril Fitri bin Hashim
-Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA
-Yang Berbahagia Ustaz Haji Azmi, Wakil Majlis Ugama Islam Pahang MUIP
-YHM Tengku Dato’ Sri Uzir bin Tengku Dato’ Ubaidillah, selaku Pengerusi Masjid Imam Ash-
Shafie serta Ahli Jawatankuasa
-En. Mohd. Borhan bin Salleh, Pengerusi Badan Khairat Kematian Kotasas serta Ahli

Jawatankuasa

38

39

2. 20 November 2021 - Program Penyerahan Daging Korban (pek makanan) yang dianjurkan oleh
My Fund Action. Turut hadir Sahibus Samahah Mufti Pahang merasmikan majlis tersebut.
*Jemaah Kotasas telah menyertai sebanyak 27 bahagian Program Qurban Anjuran

MyFundaction. Daging Qurban diproses menjadi pek makanan kari daging dan rendang daging 200g
setiap pek.

40

DISEMBER

Rutin di MIASK:
• Solat berjemaah setiap waktu dalam tempoh PPN Fasa 4 dengan patuhi SOP yang telah

ditetapkan.
• Aktiviti kuliah diadakan sepanjang tempoh PPN Fasa 4 hanya kepada penceramah-

penceramah yang berada kariah Kotasas sahaja.Mengambil langkah berjaga-jaga.
• Talaqqi Al-Quran 1 muka surat selepas solat subuh dan bacaan 10 Ayat awal surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk selepas selesai solat Isyak.
Aktiviti:

1. 3 Disember 2021 - Rombongan MIASK menyerahkan Sumbangan Wang Tunai kepada 20 murid
yatim Sekolah Menenah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan

RM150 setiap murid.
Disampaikan oleh Tuan Hj Jalaini bin Jasman Timbalan Pengerusi Masjid Imam Ash Shafie, Kotasas diiiringi
oleh Tuan Hj Ahmad Halim bin Salih.

2. 2 Disember 2021 - Rombongan MIASK menyerahkan Sumbangan Wang Tunai kepada 33
murid Sekolah Kebangsaan Faqeh Abdul Samad,Batu 8 Kuantan.

RM150 setiap murid.
-10 murid yatim, 23 murid miskin
Disampaikan oleh Tuan Hj Jalaini bin Jasman Timbalan Pengerusi Masjid Imam Ash Shafie, Kotasas
diiiringi oleh Tuan Hj Ahmad Halim bin Salih.

41

3. 4 Disember 2021 -Program Penyampaian Infaq berupa Wang Tunai kepada Anak Yatim dan

fakir miaskin murid SK RTP Bukit Goh di MIASK selesai solat Subuh.Turut bersama YDP PIBG SK

RTP Bukit Goh.

RN150 setip murid

Jumlah Penerima : 30 orang anak Yatim

: 40 orang Fakir Miskin

Jumlah : RM10,500

42

4. 6 Disember 2021 - Rombongan MIASK menyerahkan Sumbangan Wang Tunai kepada 20

murid Sekolah Kebangsaan SMK ST Thomas.

RM150 setiap murid.

Jumlah Penerima : 20 fakir Miskin

Jumlah : RM 3,000

5. 8 Disember 2021 - MIASK menyerahkan Sumbangan Wang Tunai kepada murid Sekolah

Kebangsaan Kampong Padang ,Kuantan

RM150 orang setipa murid.

Jumlah Penerima : 30 orang anak yatim

: 29 orang fakir miskin

Jumlah : RM8,850

43

6. 25 Disember 2021 - Program Masyarakat Misi Mencuci Rumah Mangsa Banjir di beberapa
kawasan seperti Taman Sri Damai Perdana, PAKR Sungai Pandan dan Taman Sri Inderapura
yang teruk terlibat dengan bencana banjir. Skuad MIASK telah membentuk 3 kumpulan
untuk melakukan pembersihan di beberapa rumah yang terjejas. Dikawasan tersebut
hampir keseluruhan harta benda musnah dan berlaku kerosakan.

44

45

46

JANUARI – DISEMBER 2022
JANUARI

Rutin di MIASK :
• Solat berjemaah setiap waktu.
• Selepas solat Subuh diadakan Talaqqi Al-Quran membaca 1 muka surat yang dipimpin oleh

Imam bertugas (setiap Isnin - Jumaat).
• Setiap hari Sabtu & Ahad Kuliah Subuh disampaikan oleh Penceramah jemputan secara

bertalaqqi Al-Quran 1 muka surat dengan Tadabbur setiap ayat yang dibaca.
• Kuliah Zohor mingguan diadakan setiap hari Rabu & Khamis yang disampaikan oleh

penceramah jemputan.
• Solat Asar berjemaah & wirid & doa serta membaca beberapa Hadis dalam Kitab

Riyadhussolin / Fadhail Amal.
• Kuliah Maghrib diadakan pada setiap hari.
• Selepas Solat Isyak Imam yang bertugas akan memimpin bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi

dan 1 Surah Al-Mulk secara berjemaah.
Aktiviti :

 Mengadakan kutipan kepada mangsa-mangsa banjir.
 8 Januari 2022 - Skuad Miask menubuhkan 5 kumpulan mengadakan Misi Khas Bantuan

Mangsa Banjir ke beberapa kawasan di sekitar Daerah Kuantan dan Mentakab antaranya
Taman Mentakab Indah, Kampung Gajah Mati, Kampung Tradisional Karak. Sebanyak 5 biji
kenderaan pacuan empat roda digunakan bagi memudahkan misi tersebut.

47


Click to View FlipBook Version