The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perwakilan Data Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgu Erni, 2020-10-20 19:36:20

Perwakilan Data

Perwakilan Data Tingkatan 1

Keywords: perwakilan data

14

LEMBARAN KERJA 14-1
Resolusi Imej Digital

Bandingkan kualiti imej untuk setiap resolusi yang ditunjukkan oleh guru.

Resolusi Kualiti Imej ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 14

1024 x 768
800 x 600
640 x 480
160 x 160

224

14

LEMBARAN KERJA 14-2
Resolusi dan Kedalaman Warna

Tukarkan resolusi imej yang diberi mengikut kehendak arahan dan tuliskan ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 14
sebab anda. Catatkan kedalaman warna untuk setiap imej.

Arahan 1:
Anda ingin menghantar imej digital kepada kawan anda melalui e-mel.
Resolusi asal: ______________________
Resolusi baru: _____________________
Kedalaman Warna: _____________________
Saiz fail: (tunjukkan jalan kerja)

Sebab memilih resolusi baru:
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

225

14

Arahan 2: ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 14
Anda ingin mencetak imej digital untuk kad hari jadi kawan anda.
Resolusi asal: ______________________
Resolusi baru: _____________________
Kedalaman Warna: _____________________
Saiz fail: (tunjukkan jalan kerja)

Sebab memilih resolusi baru:
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

226

14 ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 14

Arahan 3:
Anda ingin memuat naik imej digital ke laman sesawang FROG VLE anda untuk
memperkenalkan diri anda.
Resolusi asal: ______________________
Resolusi baru: _____________________
Kedalaman Warna: _____________________
Saiz fail: (tunjukkan jalan kerja)

Sebab memilih resolusi baru:
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

227

14

Arahan 4: ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 14
Anda ingin mencetak imej digital untuk menghasilkan poster saiz B5.
Resolusi asal: ______________________
Resolusi baru: _____________________
Kedalaman Warna: _____________________
Saiz fail: (tunjukkan jalan kerja)

Sebab memilih resolusi baru:
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

228

SKEMA JAWAPAN 14

LEMBARAN KERJA 14-1
Resolusi Imej Digital

Bandingkan kualiti imej untuk setiap resolusi yang ditunjukkan oleh guru.

Resolusi Kualiti Imej ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 14

1024 x 768 Imej paling besar. Kualiti bagus
800 x 600
640 x 480 Imej lebih kecil berbanding 1024 x
160 x 160 768 pxl. Kualiti berkurang sedikit.
Imej lebih kecil berbanding 800 x

600 pxl. Kualiti berkurang.
Imej paling kecil. Kualiti paling

rendah. (Looks pixelated)

229

PENGAJARAN 15

2.0 PERWAKILAN DATA

2.2 Ukuran Data

2.2.4 Menghubungkaitkan saiz audio dengan
kadar kedalaman bit (bit depth) bagi
audio

Kandungan Muka Surat

Rancangan Pengajaran 232

Lembaran Kerja 15-1 239

Lembaran Kerja 15-2 240

Skema Jawapan 241

15

PENGAJARAN 15

BIDANG PEMBELAJARAN Masa: 60 minit

2.0 Perwakilan Data Penerapan Pemikiran

Standard Kandungan Komputasional: ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15
2.2 Ukuran Data • Leraian (Decomposition)
• Pengecaman Corak

(Pattern Recognition)

Standard Pembelajaran • Peniskalaan (Abstraction)

Murid boleh:

2.2.4 Menghubungkaitkan saiz audio dengan kadar kedalaman bit (bit depth) bagi audio

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk kelas
• LCD Projektor
• Komputer/komputer riba dengan pembesar suara
• Folder Induksi
• Folder Pengenalan
Bahan untuk setiap murid
• Lembaran Kerja 15-1
• Folder Aktiviti Pasangan
Bahan untuk setiap murid
• Lembaran Kerja 15-2

Prasyarat

• Murid sudah memahami maksud “bit”.

Sumber Tambahan

• Kedalaman bit dan Kadar sampel: http://www.cambridgegcsecomputing.org/sites/94/
upload/userfiles/214_no_teachersnotes_editedct_150dpi.pdf
http://tweakheadz.com/16-bit-vs-24-bit-audio/
• Perisian Audacity: http://www.audacityteam.org/download/
• Contoh fail audio Wav: http://www.thefreesite.com/Free_Sounds/Free_WAVs/
• Video bunyi lagu dengan kedalaman bit dan kadar sampel yang berbeza:
https://www.youtube.com/watch?v=CXI66YTd47c

231

15

RANCANGAN PENGAJARAN

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa
BBM
• Folder Induksi-
Nama fail:
5 Minit Set Induksi Bit depth and
sample rate
1. Guru memainkan klip video Bit depth and sample rate yang

menunjukkan lagu yang sama dengan kedalaman bit dan kadar

sampel yang berbeza (Bit depth and sample rate). Contoh video:

http://tinyurl.com/SampleRateBitDepth (masa video 4.00 - 5.20) ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15

2. Berhenti setiap kali habis sesuatu lagu dan persoalkan perbezaan

yang mereka dengar.

3. Seterusnya mainkan seluruh video itu supaya murid dapat

mendengar perbezaan audio tersebut.

4. Bincangkan perbezaan yang mereka dengar.

5. Beritahu murid bahawa lagu-lagu tersebut menunjukkan lagu yang

sama dengan kedalaman bit dan kadar sampel yang berbeza.

15 Minit Pengenalan Kedalaman Bit, Kadar Sampel dan Saiz Audio
1. Guru memperkenalkan bit depth ataupun kedalaman bit,
yang merujuk kepada jumlah bit maklumat dalam sesuatu BBM
sampel audio.
2. Kedalaman bit audio boleh digambarkan menggunakan • Perisian
gambar rajah di bawah di mana gelombang audio boleh
dibahagikan kepada beberapa tahap dalam satu jangka masa. Audacity
Bit audio yang berbeza mempunyai jumlah tahap yang
berbeza. Bit merujuk kepada nilai nombor perduaan sama • Folder
ada 0 atau 1, bermaksud setiap bit mempunyai 2 nilai. Oleh
itu, 16-bit audio mengandungi 216, yang memberikan 65, 536 Pengenalan
tahap.
i) Sampel 1

ii) Sampel 2

Penerapan
Pemikiran
Komputasional:
• Leraian
• Pengecaman
Corak
• Peniskalaan

3. Tahap ini juga boleh dipanggil resolusi, dan audio yang
mempunyai bit depth yang lebih tinggi mempunyai resolusi
yang lebih tinggi.

232

15

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa



4. Tunjukkan kepada murid di mana bit depth audio boleh dikenal

pasti menggunakan Audacity.

Audio ini ialah 32 bit ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15

5. Kadar sampel atau sample rate pula merujuk kepada kadar bunyi
audio diukur dalam masa 1 saat dan unit yang digunakan ialah Hz
atau kHz.

Kadar sample audio
ini ialah 22050 Hz

6. Guru menerangkan secara ringkas penukaran Hz kepada kHz dan
sebaliknya.
Cara penukaran: 1 kHz = 1000 Hz
Contoh 1 : 2 kHz kepada Hz
2 kHz = 2 x 1000 Hz
= 2000 Hz
Contoh 2 : 500 Hz kepada kHz
500 Hz = 5 ÷ 1000 Hz
= 0.5 kHz

233

15

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa



7. Compact Disc Digital Audio (CD) menggunakan 16-bit setiap

sampel manakala DVD-audio dan Blu-ray Disc boleh menyokong

24 bit untuk setiap sampel.

8. Dalam pengajaran hari ini, guru akan mengajar untuk menyimpan

fail audio dalam bit depth yang berbeza dan sample rate yang sama,

dan bit depth yang sama tetapi kadar sampel berbeza, dan murid ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15

akan menentukan saiz fail untuk ciri-ciri yang berbeza ini.

9. Menggunakan perisian Audacity, guru menunjukkan cara untuk

menukar bit depth audio.

i) Buka fail audio dalam format Wav atau format yang belum

dimampatkan

ii) Export semula fail audio itu kepada format PCM 16-bit dan
simpan

234

Cadangan Aktiviti 15
Masa
BBM/ Catatan



iii) Export sekali lagi dalam format 8-bit PCM dan simpan. Pilih ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15
“Other uncompressed files” dan di bawahnya, pilih Unsigned
8-bit PCM.

235

Cadangan Aktiviti 15
Masa
BBM/ Catatan



iv) Setelah menyimpan fail audio dengan bit depth yang ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15
berbeza, saiz audio boleh diperoleh dari properties.
v) Untuk menukar kadar sampel dan menyimpannya, pergi ke
“Project rate”, tukar mengikut kadar sampel yang dikehendaki
dan simpan.

Tukar kadar sampel di
sini dan eksport audio
dengan kedalaman bit
yang sama atau berbeza

236

15

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa



vi) Saiz audio boleh ditentukan menggunakan Properties bagi fail

audio

Klik “Properties” ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15

Di bahagian Details,
tentukan saiz. Saiz audio
ini ialah 421 KB

237

15

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa
BBM
• Lembaran Kerja
15-1 (m/s 239)
5 Minit Aktiviti Berpasangan: Kedalaman Bit, Kadar Sampel dan Saiz Audio • Program Audacity
• Folder Aktiviti
1. Guru memberikan folder dengan beberapa sampel audio dalam Pasangan

format Wav dan Lembaran Kerja 15-1. Penerapan
Pemikiran
2. Murid akan menukar bit depth audio tersebut kepada 16-bit dan Komputasional:
• Leraian
8-bit, dengan kadar sampel yang sama dan kemudian • Pengecaman ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15
Corak
menyatakan saiznya. • Peniskalaan

3. Begitu juga murid akan menukar kadar sampel dengan

kedalaman bit yang sama, dan menyatakan saiznya.

4. Selepas itu, murid akan merumuskan hubungan antara bit depth

dan saiz audio serta kadar sampel dan saiz audio dan

memberikan sebab perbezaan saiz tersebut.

5. Guru merumuskan bahawa saiz audio bergantung kepada

kedalaman bit dan kadar sampel. Semakin tinggi kedalaman bit

atau kadar sampel, semakin besar saiz audio dan semakin baik

kualitinya.

15 Minit Aktiviti Individu: Lembaran Kerja 15-2 BBM
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 15-2 secara individu. • Lembaran Kerja
2. Guru akan menilai kerja murid. 15-2 (m/s 240)

Penerapan
Pemikiran
Komputasional:
• Leraian
• Pengecaman
Corak
• Peniskalaan

Penutup
1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. Bit depth ataupun
kedalaman bit, merujuk kepada jumlah maklumat dalam sesuatu
sampel audio.
2. Kadar sampel atau sample rate pula merujuk kepada kadar bunyi
audio diukur dalam masa 1 saat dan unit yang digunakan ialah Hz
atau kHz.
3. Saiz audio bergantung kepada kedalaman bit dan kadar sampel.
Semakin tinggi kedalaman bit atau kadar sampel, semakin besar
saiz audio dan semakin baik kualitinya.

238

15

LEMBARAN KERJA 15-1 Cetak untuk
setiap murid
Anda diberi 4 sampel audio digital A, B, C dan D yang berbeza
kedalaman bit seperti dalam Jadual 1. Anda dikehendaki menguji
kualiti kejelasan audio digital sampel tersebut.

Jadual 1

Sampel Kedalaman Bit Kadar Sampel Saiz Kualiti ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15
(Hz/kHz) (KB) Kejelasan Audio


A

B

C

D

Langkah 1 :
Dapatkan Sampel A dan tukarkan kedalaman bit sampel tersebut kepada 2 nilai yang
berbeza Isikan maklumat tersebut dalam ruangan Kedalaman Bit.

Langkah 2:
Nilaikan kadar sampel bagi kedua-dua nilai yang berbeza dalam ruangan Kadar
Sampel.

Langkah 3:
Tentukan saiz sampel kedua-dua nilai tersebut dalam ruangan Saiz.

Langkah 4:
Nilaikan kualiti kejelasan audio bagi kedua-dua sampel tersebut dalam ruangan Kualiti
Audio.

Langkah 5:
Ulang Langkah 1 hingga 4 bagi sampel B, C dan D.

239

LEMBARAN KERJA 15-2 15

Nama: ________________________________________________ Cetak untuk
Tarikh: ________________________________________________ setiap pasangan
Jawab semua soalan di bawah.
1. Berikan maksud bit depth atau kedalaman bit. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15

2. Berikan maksud sample rate atau kadar sampel.

3. Apakah yang akan berlaku kepada saiz audio apabila kedalaman bit
diturunkan dari 16-bit kepada 8-bit untuk audio dengan kadar sampel 22 kHz?

4. Apakah yang akan berlaku kepada saiz audio apabila kadar sampel dinaikkan
dari 22 kHz kepada 44 kHz untuk audio yang mempunyai kedalaman 16-bit?

5. Azif ingin memuatkan lagu sekolahnya dengan kedalaman bit 16-bit ke dalam
pendrive, tetapi pendrive tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup. Apakah
yang boleh Azif lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

6. Reena ingin meningkatkan kualiti bunyi lagunya yang mempunyai kadar
sampel 8000 Hz. Apakah yang Reena boleh lakukan untuk menyelesaikan
masalah tersebut?

240

SKEMA JAWAPAN 15
LEMBARAN KERJA 15-2

Jawab semua soalan di bawah. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 15

1. Berikan maksud bit depth atau kedalaman bit.

Bit depth ataupun kedalaman bit, merujuk kepada jumlah bit maklumat dalam
sesuatu sampel audio.

2. Berikan maksud sample rate atau kadar sampel.

Kadar sampel atau sample rate pula merujuk kepada kadar bunyi audio diukur/
disampel dalam masa 1 saat.

3. Apakah yang akan berlaku kepada saiz audio apabila kedalaman bit
diturunkan dari 16-bit kepada 8-bit untuk audio dengan kadar sampel 22 kHz?

Saiznya akan berkurang.

4. Apakah yang akan berlaku kepada saiz audio apabila kadar sampel dinaikkan
dari 22 kHz kepada 44 kHz untuk audio yang mempunyai kedalaman 16-bit?

Saiznya akan bertambah.

5. Azif ingin memuatkan lagu sekolahnya dengan kedalaman bit 16-bit ke dalam
pendrive, tetapi pendrive tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup. Apakah
yang boleh Azif lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Dia boleh menggunakan Audacity untuk export audio tersebut dengan
kedalaman 8-bit dan simpan. Ini akan mengurangkan saiz fail audio tersebut.

6. Reena ingin meningkatkan kualiti bunyi lagunya yang mempunyai kadar
sampel 8000 Hz. Apakah yang Reena boleh lakukan untuk menyelesaikan
masalah tersebut?

Dia boleh meningkatkan kadar sampel dengan menggunakan Audacity, di
bahagian project sample.

241

PENGAJARAN 16

2.0 PERWAKILAN DATA

2.2 Ukuran Data

2.2.5 Membandingkan saiz fail dan kualiti untuk
audio yang sama bagi format yang
berlainan melalui tunjuk cara:
i. wave (*.wav)
ii. MPEG Layer III (*.mp3)
iii. midi (*.mid)

Kandungan Muka Surat

Rancangan Pengajaran 244

Lembaran Kerja 16-1 248

Lembaran Kerja 16-2 249

Skema Jawapan 250

16

PENGAJARAN 16

BIDANG PEMBELAJARAN Masa: 60 minit

2.0 Perwakilan Data Penerapan Pemikiran
Komputasional:

Standard Kandungan • Leraian (Decomposition) ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16
2.2 Ukuran Data • Pengecaman Corak
(Pattern Recognition)

Standard Pembelajaran • Peniskalaan (Abstraction)

Murid boleh:

2.2.5 Membandingkan saiz fail dan kualiti untuk audio yang sama bagi format yang berlainan

melalui tunjuk cara:

i. wave (*.wav)

ii. MPEG Layer III (*.mp3)

iii. midi (*.mid)

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk kelas
• LCD Projektor
• Komputer/komputer riba dengan pembesar suara
• Folder Induksi
Bahan untuk setiap murid
• Lembaran Kerja 16-2
• Folder Pengenalan
Bahan untuk setiap kumpulan
• Lembaran Kerja 16-1
• Folder Aktiviti Kumpulan

Sumber Tambahan

• http://www.nch.com.au/acm/formats.html
• http://download.wavetlan.com/SVV/Media/HTTP/http-mp3.htm
• http://www.pluto.dti.ne.jp/araki/amazingmidi/
• http://download.cnet.com/Free-MIDI-to-MP3-Converter/3000-2140_4-75211970.html
• http://www.howtogeek.com/howto/40465/htg-explains-what-are-the-differences-
between-all-those-audio-formats/

243

16

RANCANGAN PENGAJARAN

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa
BBM
• Folder Induksi

5 Minit Set Induksi

1. Guru memperdengarkan 3 sampel lagu dari folder induksi untuk

murid tentukan kualiti lagu- lagu tersebut.

2. Murid diberikan peluang untuk membuat perbandingan kualiti

tersebut. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16

3. Guru membincangkan perbezaan kejelasan audio yang didengar

menggunakan soalan-soalan berikut.

i) Audio mana yang paling jelas?
ii) Audio mana yang anda paling gemari?
4. Guru menjelaskan bahawa ketiga-tiga audio itu ialah dari format

yang berbeza.

10 Minit Pengenalan Format Bunyi BBM
1. Guru memperkenalkan format bunyi yang berbeza yang
digunakan untuk menyimpan lagu. • Folder
2. Guru menerangkan bahawa semua bunyi dan audio yang
disimpan dalam komputer disimpan dalam pelbagai jenis format Pengenalan
seperti Wav, MP3 dan MIDI.
3. Kesemua format ini mempunyai saiz dan kualiti yang berbeza. Nama Fail:
4. Guru memainkan sampel audio dalam format Wav, MP3 dan
MIDI. Contoh audio boleh dijumpa dalam Folder Pengenalan. I. Wav: Sample
5. Guru seterusnya menerangkan cara mengenal pasti format audio
dan pelbagai maklumatnya menggunakan icon “Properties” wav.wav
untuk setiap audio tersebut seperti Gambar rajah 1.
II. MP3: Sample

mp3.MP3

III. MIDI: Sample

midi.mid

Penerapan
Pemikiran
Komputasional:
• Leraian
• Pengecaman
Corak
• Peniskalaan

Gambar rajah 1

244

16

RANCANGAN PENGAJARAN

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa


5. Guru seterusnya menunjukkan teknik menukar format audio dari Wav

ke MP3 menggunakan Perisian Audacity seperti Gambar rajah 2.

Langkah 1:

Buka fail ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16

Langkah 2: Pilih fail audio
Langkah 3: anda

Export kepada jenis format yang
dikehendaki dan simpan

Gambar rajah 2

245

16

Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Masa
* Guru juga boleh
menggunakan
perisian lain yang
6. Guru juga mengajar cara menukar format dari Wav ke lebih sesuai.

MIDI menggunakan contoh laman sesawang berikut: (guru boleh

menggunakan audio converter yang serupa)

http://www.ofoct.com/audio-converter/convert-wav-or-mp3-

ogg-aac-wma-to-midi.html ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16

Langkah 1:

Klik “Upload” untuk memasukkan fail
audio MP3 atau Wav

Langkah 2:

Langkah 3: Klik “Convert” untuk
menukar format audio

Muat turun audio
yang sudah
ditukar

246

16

Ma sa Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan

BBM
25 Minit Aktiviti Kumpulan: Penukaran Format Audio dan Penentuan Saiz dan • Folder Aktiviti
Kumpulan
Kualiti • Lembaran Kerja
16-1 (m/s 249)
1. Dalam kumpulan, murid diberikan Lembaran Kerja 16-1, yang
Penerapan
mengandungi tiga sampel bunyi Wav dalam folder Aktiviti Kumpulan Pemikiran
Komputasional:
dan mereka perlu membuat beberapa perkara untuk setiap set: • Leraian
• Pengecaman
i. Menukar format audio menggunakan perisian Audacity dan Corak
• Peniskalaan
http://www.ofoct.com/audio-converter/convert-wav-or-mp3-

ogg-aac-wma-to-midi.html ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16

ii. Mendengar dan membezakan kejelasan bunyinya

iii. Menentukan saiz fail

2. Setelah murid berbincang dengan rakan-rakan, mereka akan

membentangkan jawapan kepada seluruh kelas.

3. Selepas pembentangan, guru merumuskan tentang ketiga-tiga

sampel tersebut.

i. Terdapat sampel WAV, MP3 dan MIDI.

ii. Kejelasan sampel berkurang dari WAV ke MP3 ke MIDI.

iii. Saiz sampel berkurang dari WAV ke MP3 ke MIDI.

4. Tanya soalan berikut:

i) Audio yang mana mempunyai bunyi yang paling jelas?
5. Guru menerangkan format MIDI.

• Guru menjelaskan bahawa MIDI ialah bukan fail audio, tetapi

hanya fail maklumat nota muzik, yang digunakan oleh

komputer untuk memainkan nota muzik tersebut mengikut

teknologi komputer sendiri.

• Sebaliknya, WAV dan MP3 ialah fail audio yang sudah

mempunyai bunyi yang tersendiri, dan komputer hanya

mengeluarkan bunyi tersebut.

6. Sebagai kesimpulannya, WAV mempunyai saiz yang terbesar

diikuti dengan MP3 dan seterusnya MIDI.

7. MIDI bukan fail audio, tetapi hanya fail maklumat nota muzik. Oleh

itu, kualiti dan saiz MIDI kurang daripada WAV dan MP3.

15 Minit Aktiviti Individu: Lembaran Kerja 16-2 BBM
1. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 16-2. • Lembaran Kerja 16-2
2. Guru akan menilai jawapan murid.
Penerapan
Pemikiran
Komputasional:
• Leraian
• Pengecaman
Corak
• Peniskalaan

5 Minit Penutup
1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini dan memuji
kebolehan murid menukar format audio dan menentukan saiz
dan kualiti.

247

LEMBARAN KERJA 16-1 16
Audio Digital
Jawab semua
soalan di bawah.

Isi jadual di bawah. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16
i. Menukar format audio menggunakan perisian Audacity dan http://www.ofoct.
com/audio-converter/convert-wav-or-mp3-ogg-aac-wma-to-midi.html
ii. Mendengar dan membezakan kualitinya
iii. Menentukan saiz fail

Sampel 1

Perkara Sampel Wav Sampel MP3 Sampel MIDI

Kualiti (Jelas
atau tidak jelas)

Saiz

Sampel 2

Perkara Sampel Wav Sampel MP3 Sampel MIDI

Kualiti (Jelas
atau tidak jelas)

Saiz

Sampel 3 Sampel Wav Sampel MP3 Sampel MIDI

Perkara
Kualiti (Jelas
atau tidak jelas)
Saiz

248

16

LEMBARAN KERJA 16-2 Jawab semua
Audio Digital soalan di bawah.

Nama: ________________________________________________
Tarikh: ________________________________________________

Jawab semua soalan. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16

1. Alia mendengar lagu dalam dua format yang berbeza- Wav dan MP3.
Format yang manakah mempunyai kejelasan bunyi yang lebih baik?
Mengapa?

2. Soon hendak menyimpan lagu berbentuk format Wav dan MP3 dalam
pendrive. Pendrive tersebut hanya mempunyai ruang terhad. Dalam format
yang manakah lagu tersebut lebih sesuai disimpan? Mengapa?

3. Kenapa MIDI tidak mempunyai bit rate?

4. Anda ingin menyimpan sebanyak 1000 fail lagu dalam sebuah komputer
peribadi. Apakah format yang sesuai supaya anda dapat menyimpan semua
lagu tersebut? Berikan justifikasi anda.

249

SKEMA JAWAPAN 16

LEMBARAN KERJA 16-2 Jawab semua
Audio Digital soalan di bawah.

Nama: ________________________________________________
Tarikh: ________________________________________________

Jawab semua soalan. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 16

1. Alia mendengar lagu dalam dua format yang berbeza- Wav dan MP3.
Format yang manakah mempunyai kejelasan bunyi yang lebih baik?
Mengapa?

Wav lebih jelas kerana Wav merupakan format audio yang asal manakala
format MP3 telah menukarkan audio signal kepada bentuk digital.

2. Soon hendak menyimpan lagu berbentuk format Wav dan MP3 dalam
pendrive. Pendrive tersebut hanya mempunyai ruang terhad. Dalam format
yang manakah lagu tersebut lebih sesuai disimpan? Mengapa?

MP3 kerana audio format ini bersaiz lebih kecil daripada Wav.

3. Kenapa MIDI tidak mempunyai bit rate?

MIDI ialah bukan audio. MIDI ialah sejenis maklumat nota muzik, dan bukan
muzik. Oleh itu, ia tiada bit rate.

4. Anda ingin menyimpan sebanyak 1000 fail lagu dalam sebuah komputer
peribadi. Apakah format yang sesuai supaya anda dapat menyimpan semua
lagu tersebut? Berikan justifikasi anda.

Format MP3 kerana ia sudah dimampatkan dengan mengurangkan bunyi yang
tidak penting. Walaupun kurang berkualiti, ia masih mempunyai bunyi
penting yang boleh disimpan dalam saiz yang lebih kecil.

250

PENGAJARAN 17

2.0 PERWAKILAN DATA

2.2 Ukuran Data

2.2.6 Menghasilkan penukaran saiz data
daripada bit ke bait, kilobait, megabait,
gigabait dan terabait bagi fail audio
dan imej.

Kandungan Muka Surat

Rancangan Pengajaran 253

Lampiran 17-1 256

Lampiran 17-2 257

Lembaran Kerja 17-1 258

Lembaran Kerja 17-2 259

Skema Jawapan 260

17

PENGAJARAN 17

BIDANG PEMBELAJARAN Masa: 60 minit

2.0 Perwakilan Data Penerapan Pemikiran
Komputasional:

Standard Kandungan • Leraian (Decomposition) ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17
2.2 Ukuran Data • Pengecaman Corak
(Pattern Recognition)

Standard Pembelajaran • Peniskalaan (Abstraction)

Murid boleh:

2.2.6 Menghasilkan penukaran saiz data dari bit ke bait, kilobait, megabait, gigabait dan

terabait bagi fail audio dan imej.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk kelas
• Tiga jenis bekas yang berlainan saiz
• Tiga barang yang berlainan saiz dan boleh dimasukkan dalam bekas yang disediakan
• Lampiran 17-1
• Lampiran 17-2
Bahan untuk setiap murid
• Lembaran Kerja 17-1
• Lembaran Kerja 17-2

Prasyarat

• Murid sudah belajar unit ukuran imej digital.
• Murid telah belajar nombor perduaan.

Sumber Tambahan

• Bit kalkulator: http://www.matisse.net/bitcalc/?input_amount=700&input_
units=kilobytes&notation=legacy

252

17

RANCANGAN PENGAJARAN

BBM/ Catatan ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17
Masa Cadangan Aktiviti
BBM
• Lampiran 17-1
10 Minit Set Induksi (m/s 256)

1. Guru menanyakan soalan berikut: Penerapan
Pemikiran
a) Apakah unit ukuran untuk mengukur jarak? (mm, cm, m, km) Komputasional:
b) Apakah unit ukuran untuk mengukur berat? (g, kg) • Leraian
2. Guru menerangkan bahawa data digital juga mempunyai unit • Pengecaman
Corak
ukurannya tersendiri. • Peniskalaan

3. Guru memberikan setiap kumpulan satu set kad (Lampiran 17-1)

yang mengandungi pelbagai unit saiz ukuran data seperti berikut.

Bit (b) Bait (B) Kilobait Megabait Gigabait Terabait

(KB) (MB) (GB) (TB)

4. Guru bertanyakan murid sama ada pernah melihat semua
perkataan tersebut. (ada, seperti saiz pendrive, saiz external hard
disk, fail dalam komputer)
5. Murid diminta menyusun unit ukuran data dari yang paling kecil ke
data yang paling besar.
6. Murid diberi 5 minit untuk menyusun.
7. Selepas 5 minit, murid disuruh berhenti.
8. Guru menerangkan bahawa setiap kad mewakili satu unit ukuran
saiz data digital.

20 Minit Aktiviti 1: Penukaran Saiz Data BBM
1. Guru menyusun ukuran saiz data dari kecil ke besar: (jawapan set • Lampiran 17-1
induksi) (m/s 256)
• Lembaran Kerja
Bit (b) Bait (B) Kilobait 17-1 (m/s 258)
(KB)

Megabait Gigabait Terabait Penerapan
(MB) (GB) (TB) Pemikiran
Komputasional:
2. Guru menunjukkan gambar rajah di bawah untuk menerangkan • Leraian
saiz setiap ukuran data. • Pengecaman
Corak
• Peniskalaan

253

17
Masa Cadangan Aktiviti
BBM/ Catatan

b3. Guru menunjukBkan cara penukaBran ukuran saiz daBta B ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17
menggunakan gambar rajah di bawah:

b B B BB

b B B BB

b B B BB

Contoh:

1. 6 MB kepada bit 2. 700 KB kepada GB
6 MB = 6 X 1024 KB 700 KB = 700 ÷ 1024 MB
= 6144 KB = 0.68 MB

6144 KB = 6144 X 1024 Bait 0.68 MB = 0.68 ÷ 1024 GB
= 6,291,456 bait = 0.00067 GB

6,291,456 bait = 6,291,456
x 8 bit
= 50,331,648 bit

4. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi • Lampiran 17-2
satu set kad yang mengandungi dua nombor berlainan (m/s 257)
unit ukuran saiz data. Dalam kumpulan masing-masing, murid
dikehendaki untuk mencari pasangan yang betul dan gabungkan
untuk membentuk satu bulatan besar seperti berikut:
(Lampiran 17-2)

254

17

BBM/ Catatan
Masa Cadangan Aktiviti
• Lembaran Kerja
17-1 (m/s 258)
Kad yang diberi:

Satu pasangan

20GB 50,331,648 bit 6 MB 20,971,520 KB ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17

5. Murid dikehendaki untuk menuliskan jalan kerja dalam
Lembaran Kerja 17-1.
6. Murid diberi 15 minit untuk menyelesaikan susun suai
imej yang diberi.
7. Selepas 15 minit, murid membentangkan jawapan dan
guru memberikan ulasan serta membetulkan sebarang
kesilapan.

25 Minit Aktiviti 2: Aktiviti Pengukuhan BBM:
1. Murid diberi Lembaran Kerja 17-2 untuk diselesaikan • Lembaran Kerja
sebagai penilaian individu. 17-2 (m/s 259)
2. Murid diberi 20 minit untuk menyiapkan Lembaran Kerja 17-2.

5 Minit Penutup • Lampiran 17-1
1. Guru menyuruh murid menyusun semula kad semasa set (m/s 256)
induksi (Lampiran 17-1) selepas memahami setiap unit
ukuran saiz data.
2. Guru mendapatkan semula perhatian murid dan
menanyakan soalan berikut:
a. Namakan semua jenis unit ukuran data saiz dari yang
besar sehingga saiz yang kecil.

255

17

LAMPIRAN 17-1
Saiz Data

Guru mencetak dan memotong setiap kad di bawah. Guru perlu memastikan
guru mencetak satu set untuk setiap kumpulan.

BIT BAIT ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17

KILOBAIT MEGABAIT

GIGABAIT TERABAIT

256

17

LAMPIRAN 17-2
Kad Susun Suai Imej

Guru mencetak dan memotong setiap kad di bawah. Guru perlu memastikan
guru mencetak satu set untuk setiap kumpulan.

6 MB 20,971,520 KB ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17

20 GB 8 TB

8,388,608 MB 2 GB

2,097,152 KB 67,108,864 b

2 MB 122,889 b

15 KB 50,331,648 b

257

17

LEMBARAN KERJA 17-1
Unit Ukuran Saiz Data

Lengkapkan soalan di bawah dengan jawapan dan jalan kerja daripada aktiviti susun suai
imej di Lampiran 17-2 (m/s 257).

6 MB kepada b 20,971,520 KB kepada GB

8TB kepada MB 2 GB kepada KB ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17

67,108,864 b kepada MB 122,889 b kepada KB

258

17

LEMBARAN KERJA 17-2 ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17
Unit Ukuran Saiz Data

Jawab semua soalan di bawah.

1. Pn Maimon hanya mempunyai 80,000,000 bit ruang dalam komputernya. Dia
ingin menyimpan satu lagi fail yang sebesar 9MB. Bolehkah Pn Maimon
berbuat demikian? Berikan justifikasi secara pengiraan.

2. Kumpulan A mempunyai saiz fail 21KB. Kumpulan B mempunyai saiz fail 2MB.
Kumpulan C mempunyai saiz fail 0.3GB. Anda diminta menghantar tugasan
kepada guru dengan memasukkan semua fail dalam pemacu pena guru
bersaiz 4GB. Bolehkah semua fail muat dalam pendrive guru? Berikan
justifikasi secara pengiraan.

3. Anda mempunyai Fail A yang mempunyai saiz sebesar 258MB. Jika anda
diberi satu pendrive yang bersaiz 6GB, berapakah Fail A yang anda boleh
simpan dalam pendrive tersebut?

259

SKEMA JAWAPAN 17

LEMBARAN KERJA 17-1
Unit Ukuran Saiz Data

Lengkapkan soalan di bawah dengan jawapan dan jalan kerja daripada aktiviti susun suai
imej di Lampiran 17-2 (m/s 257).

6 MB kepada b 20,971,520 KB kepada GB ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17
6 x 1024 x 1024 x 8 = 50,331648 b 20,971,520 ÷ 1024 ÷ 1024 = 20 GB

8TB kepada MB 2 GB kepada KB
8 x 1024 x 1024 = 8,388,608 MB 2 x 1024 x 1024 = 2,097,152 KB

67,108,864 b kepada MB 122,889 b kepada KB
67,108,864 ÷ 8 ÷ 1024 ÷ 1024 = 8 MB 122,889 ÷ 8 ÷ 1024 = 15 KB

260

SKEMA JAWAPAN 17

LEMBARAN KERJA 17-2
Unit Ukuran Saiz Data

Jawab semua soalan di bawah. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 17

1. Pn Maimon hanya mempunyai 80,000,000 bit ruang dalam komputernya. Dia ingin
menyimpan satu fail sebesar 9MB. Bolehkah Pn Maimon berbuat demikian? Berikan
justifikasi secara pengiraan.

80,000,000bit ÷ 8 = 10,000,000 bait
10,000,000bait ÷ 1024 = 9,765,625 Kilobait
9,765,625 KB ÷ 1024 = 9.54 MB

80,000,000bit = 9.54MB

Pn Maimon boleh menyimpan fail tersebut kerana komputernya mempunyai ruang
sebanyak 9.54MB.

2. Kumpulan A mempunyai saiz fail 567KB. Kumpulan B mempunyai saiz fail 256MB.

Kumpulan C mempunyai saiz fail 2GB. Anda diminta menghantar tugasan kepada guru

dengan memasukkan semua fail dalam pemacu pena guru bersaiz 4GB. Bolehkah

semua fail muat dalam pemacu pena guru? Berikan justifikasi secara pengiraan.

567KB ÷ 1024 = 0.5537 MB
0.5537MB ÷ 1024 = 0.00054 GB

256MB ÷ 1024 = 0.25 GB

2GB + 0.00054GB + 0.25GB = 2.25054GB

2.25054GB kurang daripada 4GB. Oleh itu, semua fail boleh muat dalam pemacu pena
guru.

3. Anda mempunyai Fail A yang mempunyai saiz sebesar 258MB. Jika anda diberi satu
pemacu pena yang bersaiz 6GB, berapakah Fail A yang anda boleh disimpan dalam
pemacu pena tersebut?

6GB × 1024 = 6144MB

6144MB ÷ 258MB = 23.81

Oleh itu, saya boleh simpan 23 fail A dalam pemacu pena tersebut.

261


Click to View FlipBook Version