MPU23052
SAINS,
TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Disusun oleh :
Engku Razinawaty binti Engku Chik
Politeknik Kota Bharu
KONSEP ASAS ISLAM
Topik ini membincangkan Islam sebagai al-Din, meliputi aspek pengertian Islam, konsep asas akidah,
syariah, akhlak dalam Islam sebagai agama ang syumul serta salah faham terhadap Islam.
1.0 PENDAHULUAN
Islam adalah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memimpin umat
manusia kepada kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Islam adalah
agama penutup bagi agama-agama Samawi (agama yang turun dari langit). Oleh sebab itu segala ajaran
Islam adalah lengkap, merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.
1.1 PENGERTIAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1.1.1 Definisi Islam.
a. Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri.
Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk, dan menyerah diri kepada Allah SWT
dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di
akhirat.
b. Kepatuhan kepada syariat Allah SWT merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu akidah,
syariat dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani
kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian
ajaran Islam.
c. Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada penganutnya yang
mematuhi segala ajarannya. Oleh hal yang demikian, seseorang muslim yang sejati
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam al Qur’an dan
menjadikannya sebagai panduan hidup.
• Tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu.
• Patuh pada segala ketentuan Allah SWT dengan ikhlas.
• Reda dengan segala ketentuan daripada Allah SWT dan sentiasa bertawakal
dalam segala urusan.
• Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya dan cemerlang dalam
semua bidang.
• Sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT untuk keselamatan hidup di dunia
dan di akhirat.
1.1.2 Pengertian Islam Sebagai Al Din.
Menurut al Qur’an Islam adalah agama (al Din) dan al Quran sebagai sumber yang mutlak telah
menggunakan kalimah ‘ad-din’ dalam dua bentuk:
• Agama (cara hidup) yang sesat, seperti firman Allah:
Untukmulah agamamu…
• Agama (cara hidup) yang diakui benar dan hak seperti firman Allah:
“Dan untukkulah agamaku.”
“Sesungguhnya agama (cara hidup) yang
diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.”
STRUKTUR ISLAM SEBAGAI AL DIN
Islam mempunyai konsep yang amat luas yang merupakan cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi
TIGA perkara besar iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
AQIDAH, iaitu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman
kepada Allah SWT dan para Rasul serta beriman kepada para
Malaikat, Kitab-kitab, Hari Akhirat, Qada’ dan Qadar
AL-DIN AL-ISLAM
SYARIAH terbahagi kepada ibadah dan AKHLAK, ialah
muamalah. Ibadah ialah peraturan-peraturan peraturan-peraturan
untuk melakukan peribadatan dan ketaatan berhubung nilai baik
buruk antara sesama
kepada Allah SWT, yang meliputi perilaku manusia dan antara
melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT manusia dengan alam
dengan cara melakukan kebaikan kepada
manusia dan alam. Manakala muamalah ialah dan Tuhan
peraturan perhubungan sesama manusia yang
meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan
kemasyarakatan
1.1.3 KONSEP AKIDAH
HURAIAN RUKUN IMAN
1. Percaya Kepada Allah
Percaya kepada Allah adalah perkara asas dalam akidah Islam dan syariatnya. Erti beriman dengan Allah
Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-
perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.
Beriman dengan Allah juga bermaksud :
a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah.
b) Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam
dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk.
c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari
segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu.
Apabila manusia itu mengenali Tuhan yang Maha Besar yang menjadikannya dan berhubung dengannya
maka dia tahu bahawa dia adalah milik Tuhannya sahaja dan dengan itu bebaslah ia dari segala kuasa
selain dari kuasa Allah SWT.
TAUHID RUBUBIYYAH , TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT
a. Tauhid Al Rububiyyah
Tauhid al Rububiyyah bermakna mempercayai bahawa Allah S.W.T sebagai Rabb atau Pencipta,
bersifat Esa, Penguasa dan Tuan bagi sekelian alam dan menafikan sekutu Allah SWT dalam sifat-sifat
RububiyyahNya yakni penciptaan, pemberian rezeki, penguasaan dan sebagainya.
Oleh itu, Tauhid al Rububiyyah ialah ‘itikad atau keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat
yang sempurna. Segala sesuatu yang ada di dalam alam ini adalah milik Allah SWT. Dialah Rabbul
‘Alamin. Dialah yang berkuasa, menghidup dan mematikan. Dialah juga yang berkuasa memberikan
manfaat dan mudharat. Jika Allah mahu memberikan manfaat kepada seseorang, maka tiada siapa yang
mampu menghalangnya dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, hanya Allah sahaja berkuasa
untuk memberikan manfaat atau mudharat. Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tiada yang
dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.” ( al-An’am : 17)
b. Tauhid Uluhiyyah Dan Pengertiannya
Tauhid Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah SWT dalam peribadatan dan penyembahan
kepada Allah menurut cara-cara atau kaedah-kaedah yang telah disyariatkan yang berupa amalan-
amalan hati dan anggota lahiriah. Dengan tujuan inilah Allah SWT mengutuskan rasul untuk menyeru
manusia menerima Tauhid Uluhiyyah. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Dan Kami tidak mengutuskan rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami
wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah
menyembah Aku”. ( al-Anbiya’ : 25)
Cara Melaksanakan Tauhid Uluhiyyah
➢ Mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT
➢ Mengabdikan diri kepada Allah SWT.
➢ Mencintai dan memuja
➢ Merendah dan menghina diri
➢ Takut dan bimbang
➢ Menggantungkan harapan
➢ Menyerah diri kepadanya
c. Tauhid al-Asma’ Was Sifat
Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT menurut apa yang telah diberitahu
di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama
yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan.
Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan
keIslamannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan
Uluhiyyah. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi
tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama ar-
Rahman. Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-
Yamamah sahaja.”. Lalu Allah menurunkan firmanNya: “Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-
Rahman (Maha Pemurah)”. (Ar-Ra’d : )
2. Percaya Kepada Malaikat
Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh
dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Bilangannya tidak diketahui. Hidup mereka sentiasa taat
kepada perintah Allah tanpa sekali-kali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada
cahaya, sabda Rasulullah S.A.W ( Terjemahannya ) :
“Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap dan
dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah.” ( Hadith
riwayat muslim )
Di antara nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya ialah :
Nama Tugas
Jibril Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya
untuk disampaikan kepada manusia.
Mikail Mengawal cakerawala termasuk matahari , bulan , bintang-bintang, keadaan hujan
dan panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah.
Izrail Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu
yang dikehendaki oleh Allah .
Israfil Meniup serunai sangkakala apabila tiba masanya
Raqib
Atid Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia.
Mungkar Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
Nakir
Ridhwan Menyoal manusia di dalam kubur.
Malik Menyoal manusia di dalam kubur.
Mengawal syurga
Mengawal neraka
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
Antara lain dapatlah dikatakan :
a) Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat maka dia akan sentiasa
menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walau di mana dia berada.
b) Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat
kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak
lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib dan Atid.
c) Apabila seseorang muslim itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh
malaikat dalam kuburnya maka semasa hidup di dunia ini dia akan mengerjakan apa yang disuruh dan
menghindar apa yang dilarang Allah.
3. Percaya Kepada Kitab
Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada
rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat
untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia. Kitab-kitab
yang diturunkan oleh Allah yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam itu ialah:
1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
4. Al-Quran : Nabi Muhammad S.A.W. (dalam bahasa Arab)
Setiap rasul yang diutus oleh Allah kepada manusia dilengkapi dengan kitab yang menjadi pedoman,
pembimbing dan undang-undang kepada manusia yang dipimpinnya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang
satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi
sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga),
dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka azab neraka), dan
Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-
keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka
pertikaikan.” ( Al-Baqarah : 213)
4. Percaya Kepada Rasul
Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang
dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka menerima wahyu yang mengandungi
hukum-hukum syarak untuk mengajar dan membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Rasul ialah lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada
umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah.
Terdapat 25 orang rasul yang wajib diketahui, iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Lut, Ismail,
Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Iliasa’, Yunus, Zakaria,
Yahya, Isa dan Muhammad s.a.w. Semua rasul-rasul diutuskan oleh Allah kepada kaum masing-masing,
kecuali Nabi Muhammad (SAW) diutuskan kepada seluruh umat manusia. Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Tidaklah Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) kecuali untuk umat
manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan juga berita menakutkan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikatnya.” (As-Saba’:28)
Sifat-Sifat Yang Wajib Dan Mustahil Bagi Rasul
Sifat-sifat yang wajib dan mustahil bagi Rasul ada empat iaitu:
Bil Sifat-Sifat Yang Wajib Sifat-Sifat Yang Mustahil
1 Siddiq () ِص ْد ُق Kizbun () كذب
(Benar pada segala percakapan, perkhabaran (Pendusta)
dan perbuatan)
2 Amanah () أمان ُة Khianah ()خيانة
(Jujur dan tidak membuat kesalahan) (Khianat)
3 Tabligh () تبليغ Kitman () كتمان
(Menyampaikan semua perintah Allah kepada (Tidak menyampaikan/
manusia) Menyembunyikan)
4 Fathonah ))فطانة Baladah ()بلدة
(Bijaksana) (Bodoh)
5. Percaya Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan
kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan
masalah ini. Para ahli fikir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikannya, sebab
beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan
duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah
menerangkan kedudukan hari akhirat ini.
Sehubungan terjadinya hari akhirat, terdapat beberapa hal wajib pula diimani dan diyakini
kebenarannya iaitu:
a. Azab kubur dan nikmatnya
Setelah manusia mengakhiri kehidupannya di alam dunia ini, ia akan menuju ke alam kubur, menanti
sampai tibanya hari kebangkitan. Azab dan nikmat kubur adalah benar dan wajib diyakini oleh setiap
muslim sebagaimana yang dijelaskan menerusi hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud:
“ Sesungguhnya kubur itu merupakan salah satu taman dari taman-taman syurga atau satu
lubang dari lubang-lubang neraka”. Riwayat al-Tirmizi
b. Kiamat dan tanda-tandanya
Peristiwa hari kiamat diawali dengan beberapa tanda sebagaimana yang disebutkan dalam ayat al-
Quran. Antara tanda-tanda kiamat ialah:
i. Tanda-tanda awal
1. Wanita lebih ramai daripada lelaki
2. Urusan agama dipegang oleh orang yang bukan ahli agama
3. Maksiat berlaku secara terang-terangan
4. Orang-orang miskin menjadi kaya raya dan dapat membina bangunan tinggi dan
sebagainya
ii. Tanda-tanda akhir
1. Datang dajal untuk merosakkan akidah umat Islam
2. Keluar binatang raksasa dari perut bumi
3. Turun Nabi Isa AS untuk menyelamatkan kesucian agama Islam
4. Keluar asap memenuhi ruang angkasa
5. Matahari terbit di sebelah Barat
c. Kebangkitan
Setelah ditiupkan sangkakala untuk kali kedua manusia dibangkitkan dari kubur dengan roh dan
jasadnya seperti keadaan mereka di dunia dahulu.
d. Berkumpul
Setelah manusia dibangkitkan, mereka dihimpun di Padang Mahsyar untuk menunggu perbicaraan
terhadap segala tanggungjawab dan perbuatan mereka di dunia. Keadaan mereka samalah dengan
keadaan mereka semasa keluar dari perut ibu iaitu berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan.
e. Perhitungan
Pada masa ini semua manusia menantikan keputusan hakim semesta alam, yang akan mengadili dan
memutuskan segala yang telah diperbuatnya semasa di dunia.
f. Sirat (jambatan)
Setelah selesai dari perhitungan manusia perlu merentangi shirat menuju ke syurga. Manusia yang tidak
beriman akan jatuh ke neraka semasa melaluinya. Beruntunglah bagi manusia yang selamat sampai ke
syurga.
g. Syurga dan Neraka
Syurga adalah tempat kekal abadi bagi orang yang beriman manakala neraka adalah tempat azab
manusia yang kufur.
6. Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar
Qada’ ialah pelaksanaan ketetapan Allah pada azali lagi.
Qadar ialah ketetapan yang ditentukan oleh Allah terhadap makhluknya sejak azali lagi.
Apabila digabung keduanya jadi qada’ dan qadar yang bermaksud sesuatu ketetapan yang dilaksanakan
oleh Allah terhadap makhluknya pada azali lagi.
Azali bermaksud suatu ketika yang belum ada sesuatu apa pun kecuali Allah (ianya tidak terikat dengan
masa)
Pembahagian Qada’ Dan Qadar
Qada’ dan qadar terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. Qada’ Qadar Mubram
Iaitu qada’ qadar yang telah ditentukan oleh Allah mengikut perancanganNya pada azali dan tidak
berubah lagi, seperti jenis bangsa :Melayu, Arab, India, China dan lain-lainnya. Begitu juga
malapetaka, bencana alam dan sebagainya, semua sudah ditetapkan dan tidak boleh berubah lagi.
2. Qada’ Qadar Mu’alaq
Iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia, seperti sebab yang boleh
membawa kepada kecelakaan dan kebahagiaan kepada seseorang, sebab yang membawa
kederhakaan dan ketaatan dan lain-lain lagi.
Hikmat Beriman Dengan Qada’ dan Qadar
Seseorang yang beriman dengan Qada’ dan Qadar akan mendapat beberapa faedah yang besar,
di antaranya:
➢ Untuk mengagungkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya ke atas sekalian makhluk.
➢ Dapat menghindarkan diri dari perasaan sombong dan takbur dengan kejayaan yang
diperolehi.
➢ Dapat memberikan ketenangan jiwa semasa menghadapi sesuatu ujian dan lahir perasaan
kerelaan hati dengan peristiwa yang berlaku.
➢ Terhindar dari perasaan putus asa jika gagal dalam sesuatu usaha.
1.1.4 KONSEP SYARIAH
A. IBADAH
PENGERTIAN IBADAH
Perkataan ibadah berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘abdun’ bermaksud hamba. Dari segi
bahasa ibadah bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya
kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia
berbentuk suruhan atau larangan.
Terdapat ayat-ayat al Qur’an yang menjelaskan perintah supaya beribadat. Di antaranya:
Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat : 56)
BAHAGIAN IBADAH
Pada umumnya Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah Khusus(‘Ibadatul Khassah) dan
ibadah Umum (‘ibadatul ‘Ammah):
Ibadah khusus
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam
Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran,
zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang
perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.” (Sahih Bukhari)
Ibadah umum
Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam
kehidupan sehariannya, jika dilaksana dengan ikhlas dan jujur.
SYARAT-SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH
Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah
ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala, iaitu perhubungan kita dengan
Allah dan perhubungan kita sesama manusia.
Kalau kita hanya menegakkan salah satu dari dua hubungan ini sahaja, umpamanya
perhubungan sesama manusia sahaja tanpa memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah
SWT dan tidak menurut perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, ia tidak dikira ibadah dan Allah
mungkin menimpakan azab dan kehinaan ke atas kita.
Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadah jika ia memenuhi syarat-syarat
berikut:
1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui syarak dan sesuai dengan Islam, iaitu sesuai
dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
2. Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah.
3. Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan sebaik-baiknya
4. Ketika amalan tersebut dilakukan, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan
batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau
merampas hak orang.
5. Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus
seperti solat, puasa dan sebagainya
Jadi bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam
mengendalikan segala amalan dan urusan hidupnya setiap hari, dia dikira sentiasa beribadah kepada
Allah meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau di surau-surau ketika membuat kerja-kerja
tersebut.
B. MUAMALAT
Menurut Sa’diy Abu Jaib, muamalat bermakna hukum-hukum syariat yang berkaitan dengan urusan
dunia seperti jual beli dan sewa. Istilah muamalat lebih luas dan menyeluruh (syumul) berbanding
ekonomi.
Asas-asas Muamalat
1. Konsep Rububiyyah
Dalam konteks muamalat, konsep Rububiyyah menjelaskan peraturan Allah swt bagi menyusun
rezeki dan aktiviti ekonomi manusia. Allah swt yang memberi kekayaan kepada manusia dan Dia
adalah pemilik sebenar segala sesuatu.
2. Konsep Uluhiyyah
Konsep ini merangkumi hubungan manusia dengan Pencipta (Allah swt) dan hubungan manusia
dengan sesama manusia.
3. Konsep Tazkiah (Penyucian)
Konsep ini menjelaskan pembentukan kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Harta disucikan
melalui zakat dan sedekah. Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Mereka
hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu mereka yang
menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup.
4. Konsep manusia sebagai khalifah
Manusia adalah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Peranan khalifah adalah untuk memakmurkan bumi.
5. Konsep al-Falah sebagai matlamat aktiviti muamalat
Matlamat aktiviti muamalat ialah al-falah, iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Kebendaan
bukan matlamat, tetapi adalah sebagai wasilah (jalan/alat) bagi mencapai al-falah.
1.1.5 KONSEP AKHLAK
PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN
Tengku Iskandar di dalam kamus dewan mendefinisikan akhlak sebagai : “budi pekerti,
kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya
samaada baik atau jahat”.
Perkataan akhlak berasal dari bahasa arab “al-Akhlak” dari kata jama’ (plural) Al-Khuluq yang
memberi erti “tabiat, sikap, tingkah laku dan sifat semula jadi”
Definisi ini terkandung di dalam kata-kata aisyah berkaitan akhlak Rasulullah SAW.
َكا َن َر ُس ْو ُل الل ِه َص َلّى اللهُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ُخلُقُهُ ا ْلقُ ْرأَ ُن
Maksudnya : “Akhlaknya (iaitu Rasulullah S.A.W.) adalah al-Quran”.
Akhlak Rasulullah SAW yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah sikap dan tingkah
laku Rasulullah SAW yang semuanya merupakan pelaksanaan al-Quran.
Firman Allah :
َو ِإ َنّ َك لَعَلَى ُخلُ ٍق َع ِظ ْي ٍم
Maksudnya: “Akhlaknya (iaitu Rasulullah S.A.W.) adalah al-Quran”.
Akhlak Rasulullah SAW yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah sikap dan tingkah
laku Rasulullah SAW yang semuanya merupakan pelaksanaan al-Quran.
Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan (suatu keadaan atau bentuk)
yang telah menjadi adat kebiasaan yang lahir dari sesuatu jiwa manusia (yang benar-benar telah
meresap) dan dari situlah timbul berbagai-bagai perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.Inilah takrif yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali. Contohnya,
sikap menghormati tetamu yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah, sudah menjadi satu adat yang
tidak dapat diubah , itu dinamakan akhlak.
Akhlak merupakan salah satu pokok ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW adalah sebagai
modelnya. Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sejak awal dakwah
lagi Rasulullah berseru kepada pembentukan akhlak yang mulia. Rasulullah sendiri sebelum dilantik
sebagai rasul adalah seorang yang terkenal dengan akhlak yang baik sehinggakan beliau digelar al
Amin.
PEMBAHAGIAN AKHLAK
Akhlak terdiri daripada dua, iaitu akhlak yang baik dan akhlak yang buruk.
i. Akhlak yang baik
Ia disebut juga sebagai akhlak mahmudah. Apabila timbul kelakuan yang baik lagi terpuji
menurut pandangan syariat dan akal fikiran.Sifat-sifat inilah yang menjadi asas perhubungan manusia
dan menjamin keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Dewasa ini, krisis akhlak terjadi di mana-mana, kerana masyarakat sekarang telah memilih
pertimbangan dan neraca hidup yang salah untuk menilai baik dan buruk. Malah nilai baik yang diambil
lebih berdasarkan nafsu. Lantaran itu, apa sahaja yang diingini dan disukai, dinilai baik oleh individu
dan berdasarkan nafsu semata-mata tanpa ukuran nilai akhlak yang sepatutnya.
ii. Akhlak yang buruk
Ia disebut juga sebagai akhlak keji atau mazmumah. Antara akhlak mazmumah ialah
menyekutukan Allah, bohong, atau dusta, takbur, dengki, bakhil, marah dan lain-lain lagi.
1.3 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Islam adalah al-Din yang telah diwahyukan Allah swt kepada Rasulullah saw sebagai rahmat
bagi seluruh alam. Jelasnya, Islam tidak hanya sekadar agama, tetapu juga suatu cara hidup, suatu
sistem, pedoman hidup dan juga peraturan-peraturan yang menyeluruh kepada individu, keluarga,
masyarakat dan negara. Islam adalah cara hidup yang sempurna yang dicipta oleh Allah swt.
1.3.1 IMPLIKASI TERHADAP INDIVIDU
Manusia dicipta sebagai makhluk yang mempunyai kecerdasan pemikiran, usaha dan segala-
galanya untuk kebaikan diri dan alam. Hakikat manusia sebagai khalifah atau hamba Allah merupakan
gelaran tertinggi sebagai mandate pentadbir alam ini. Walau bagaimanapun bukan semua manusia
layak menjadi khalifah, tetapi hanya manusia yang melaksanakan konsep perhambaan diri dan takwa
kepada Allah sahaja yang layak.
Khalifah adalah pentdbir, pemerintah, penyambung tugas Rasulullah saw menyampaikan
kebenaran dan membasmikan kebatilan. Khalifah mestilah jujur dan adil, tidak melakukan
penyelewengan dan bertindak penuh saksama. Khalifah patut menyebarkan maklumat Islam kepada
semua pihak. Memiliki sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.
Khalifah menyusun kehidupan ini supaya teratur dalam sistem yang dikehendaki oleh Allah
swt. Sekiranya manusia menjauhi perintah ini dan mengikut hawa nafsu, mereka akan hidup dengan
kesesatan, keraguan dan kezaliman. Setiap indiidu tidak dapat lari dari mengadakan tiga jalinan
perhubungan berikut:
a. Menjaga perhubungan dengan Allah sebagai pencipta alam
Perhubungan dengan Allah merupakan setinggi-tinggi martabat perhubungan yang melahirkan
suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci. Hubunga dengan Allah merupakan
suatu hubunga yang unik, tidak menyamai sebarang perhubungan lain. Ia merupakan hubungan secara
‘ubudiyah (kehambaan). Perhubungan manusia dengan Alla swt menjadi matlamat yang terakhir untuk
dituju. Ini adalah hbungan yang tertinggi di antara perhubungan- perhubungan lain seperti hubungan
dengan keluarga, kaum dan bangsa, harta dan sebagainya.
b. Menjaga perhubungan dengan sesama manusia
Masyarakat Islam sewajarnya menjadi masyarakat yang universal, iaitu tidak bersifat nasional
dan tidak terbatas dalam lingkungan batas-batas geografi. Ia terbuka untuk seluruh umat manusia
tanpa memandang jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa. Hanya satu ukuran yang mendapat tempat di
sisi Allah iaitu taqwa dan taat kepadaNya, di samping berbuat baik kepada hamba-hambaNya.
Firman Alla swt yang bermaksud:
“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan
seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, supaya kamu saling berkenal-kenalan.
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling taqwa antara kamu”. (Surah al-
Hujurat:13)
Hubungan manusia sesama manusia mestilah berlandaskan syariah yang telah ditetapkan
oleh Pencipta. Islam menghendaki umatnya agar saling menghormati sesama manusia dan hak-hak
yang telah ditentukan.
c. Menjaga perhubungan dengan alam
Manusia merupakan khalifah yang diamanahkan oleh Alla swt. Maka, perhubungan manusia
dengan alam sebagaimana telah dibentangkan dalam al-Quran melalui firman Allah dalam surah al-
Jathiyah:13, yang bermaksud:”... Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada Allah swt.
1.3.2 IMPLIKASI TERHADAP KELUARGA
Institusi keluarga memiliki peranan yang amat penting dalam membentuk individu yang baik,
kerana melalui peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik. Dari keluarga yang baik akan lahir
pula masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah masyarakat yang berdisiplin dan bermoral.
Antara implikasi pelaksanaan cara hidup Islam terhadap keluarga adalah:
a. Pendidikan anak-anak
Untuk membentuk keluarga yang harmoni dan sakinah adalah bermula dengan pendidikan
kepada anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai Islam, iaitu ketaatan kepada Allah serta pengamalan
kepada Sunnah Rasulullh saw dalam kehidupan seharian.
b. Nilai kekeluargaan
Islam mementingkan hubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak-anak.Anak-anak perlu
bersama-sama melakukan aktiviti keluarga seperti solat berjemaah, makan bersama beriadah,
membersihkan kawasan rumah dan sebagainya. Secara tidak langsung, nilai kasih saying akan sentiasa
wujud dalam ahli keluarga.
c. Sifat toleransi dan kasih sayang
Salah satu ciri keluarga bahagia adalah apabila wujudnya sifat kasih saying antara ahli
keluarga dan saling menghormati antara satu sama lain. Sifat ini akan lahir apabila setiap ahli keluarga
berperanan dalam menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang digariskan
dalam Islam.
1.3.3 IMPLIKASI TERHADAP MASYARAKAT
Masyarakat Islam adalah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran
Islam. Mendirikan sebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan suatu
kewjipan yang perlu dipikul oleh semua umat Islam. Masyarakat Islam yang p ertama terbentuk adalah
masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya di Madinah. Umat Islam yang
berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad saw pada ketika itu telah melaksanakan tugas mendirikan
masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan menjadi model bagi masyarakat selepasnya.
Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas Islam berikut:
a. Menjalin Ukhuwah dan persaudaraan
Di dalam lingkungan masyarakat, kita harus menjalin ukhuwah dan persaudaraan dengan baik
kerana orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara. Sikap saling menghargai dan
menghormati serta saling bantu membantu merupakan hal yang penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Jika ada masalah rumit dalam masyarakat, maka musyawarah adalah cara yang tepat
untuk mendapatkan keputusan yang adil.
b. Menerapkan konsep ‘amar makruf nahi munkar’
Menerapkan konsep ini dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa prihatin dan saling membantu di antara satu sama lain. Scara tidak langsung, masalah social
yang berlaku dapat dikurangkan.
1.3.4 IMPLIKASI TERHADAP NEGARA
Pelasanaan cara hidup Islam akan memberi kesan kepada Negara. Antaranya ialah:
a. Pemimpin yang adil
Pentadbiran Negara akan menjadi lebih baik jika pemimpin yang dilantik melaksanakan
pemerintahan berlandaskan ajaran Islam. Hal ini kerana, pemimpin yang adil tidak akan
menyalahgunakan kuasa srta menyeleweng dalam urusan pentadbiran.
b. Memantapkan ekonomi Negara
Islam telah menganjurkan konsep muamalat, iaitu jual beli yang dituntut dalam syariat. Antara
tuntutan syariat dalam muamalat adalah melaksanakan urusan dengan jujur dan amanah serta
menjauhi riba. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan ekonomi Negara semakin mantap.
c. Mewujudkan keamanan dalam Negara
Keamanan dapat dizahirkan sekiranya jenayah dapat dikurangkan. Pelaksanaan hukuman
Islam terhadap penjenayah seperti yang dianjurkan dalam al-Quran akan dapat mengurangkan masalah
jenayah yang berlaku. Oleh itu rakyat dapat hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan.
1.4 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
1.4.1 FAHAMAN SEKULARISME
Fahaman sekular adalah merujuk kepada perkataan Latin iaitu sekular yang bererti generasi
atau zaman. Untuk pengertian yang lebih jauh sekular merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang
bersangkutan dengan dunia lahir sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian. Dari sudut
istilah, sekularisme ialah satu kefahaman yang memisahkan dan mengasingkan urusan kehidupan
dunia dan akhirat dalam semua aspek, iaitu hal agama, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.
Ismail R. al-Faruqi (1978) telah mengklasifikasikan konsep sekular seperti berikut:
a. Suatu fahaman yang merujuk penafian terhadap hal-hal kerohanian.
b. Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian.
c. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat)
d. Pemisahan antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan
keduniaan.
e. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan menyusun dasar hidup
manusia seterusnya melaksanakan sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubung kait
dengan Tuhan.
f. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan
masalah ketuhanan sahaja.
Dari aspek pemikiran manusia, khususnya di dalam negara yang mengamalkan ajaran agama
Islam, ideology sekularisme sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran manusia. Contohnya,
sekularisme dapat melemahkan keimanan, menggoyangkan akidah umat Islam, menimbulkan keraguan
terhadap nabi dan rasul, mengurangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah, malaikat, hari kiamat
dan hari pembalasan serta al-Quran itu sendiri.
Para ahli sekular telah mengubah corak perundangan negara Islam demi untuk mencapai
matlamat sekular mereka iaitu dengan penggantian undang-undang Islam kepada sistem perundangan
Barat. Pengaruh Barat ini diterima dengan mudah dengan alasan untuk menjalankan pemodenan,
pembangunan serta kemajuan. Melalui fahaman Sekular ini Deen Islam bukan lagi menjadi satu sistem
untuk mengatur kehidupan manusia tetapi hanya menjadi amalan peribadi sahaja.
Dari aspek ekonomi pula, dengan wujudnya sekularisme, maka wujudlah dua sistem ekonomi
baru iaitu ekonomi kapitalis dan juga ekonomi sosialis yang bermatlamatkan untuk mendapat kekayaan
semata-mata atau materialistik.
1.4.2 FAHAMAN PLURALISME DAN LIBERALISME
Pluralisme bermaksud satu fahaman yang menganggap semua agama adalah sama bagi
seorang individu sama ada muslim, kristian, budha dan sebagainya. Fahaman ini juga mengatakan
semua penganut agama yang berlainan akan hidup di syurga bersama-sama.Islam menghargai toleransi
agama lain, tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain, Islam tidak
menganggap Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah tuhan yang disembah oleh agama lain.
Secara literalnya apabila kita merujuk kepada kamus dewan Liberal bermaksud sifat atau
berpandangan bebas, berpandangan terbuka. Dari segi agama, fahaman liberalisme ini dianggap
merbahaya, terutamanya bagi Islam. Konsep liberal adalah berhubung kait dengan kebebasan untuk
memilih agama dan mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional
seseorang. Agama dilihat sebagai hak peribadi dan orang lain tidak boleh menentukannya. Konsep baik
dan buruk dinilai berdasarkan perspektif individu, manakala perspektif kemasyarakatan tidak menjadi
teras pegangan. Prinsip untung rugi menjadi sandaran dan kerana itulah, sesuatu tindakan akan dibuat
berdasarkan prinsip tersebut.
Konsep liberal muncul semasa tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Perjuangan
kaum pekerja menerusi slogan kebebasab (liberte), kesamaan (egalite) dan persaudaraan (fratenite).
Pada penghujung abad ke-18, iaitu sejak permulaan Revolusi Perancis, istilah ini mempunyai kaitan
dengan konsep manusia merdeka. Konsep merdeka ini dilihat dalam konteks kebebasan, sama ada
kebebasan yang diperolehi sejak lahir ataupun setelah dibebaskan daripada belenggu kekuasaan atau
perhambaan.
Liberalisme itu sendiri mempunyai beberapa cabang. Antaranya Marxisme, Materialisme,
Sekularisme, Humanisme dan juga Nasionalisme. Kesemua fahaman ini besifat keduniaan semata-
mata. Di Malaysia konsep fahaman liberalisme ini ditolak seratus peratus. Fahaman Islam liberalisme
dan pluralisme tidak boleh dipraktikkan kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal
Jamaah dan bermazhab al-Syafie.
Fahamam Islam pluralisme mengatakan bahawa semua agama yang ada di atas muka bumi ini
adalah sama dan tujuannya adalah untuk mengajak kepada kebaikan. Di sebalik ajaran semua agama
adalah sama, terselit satu pengiktirafan dan permintaan kepada dunia Islam bahawa semua agama
seharusnya dilayan dengan sama rata dan adil. Agama-agama lain juga berhak untuk mendapat
keistimewaan di dalam semua perkara yang disediakan oleh kerajaan.
Golongan ini juga berpendapat, di dalam Islam perlu muncul pelbagai fahaman yang tidak
perlu tertakluk kepada pengiktirafan daripada institusi agama ataupun ulama. Aminah Wadud menjadi
imam wanita disebabkan dia begitu berpegang kepada fahaman pluralisme. Dia menganggap wanita
juga setaraf dengan lelaki sehingga menolak syariat.
Sehubungan dengan itu, Muzakarah Jawatankuas Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali ke – 74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa
Gerakan Pemikiran Liberal dianggap mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari
aspek akidah dan syariat.
1.4.3 FAHAMAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA
a. Ajaran Ayah Pin
‘Ayah Pin’ merupakan pengasas kepada “Kerajaan Langit” dan telah disenaraikan dalam
kumpulan ajaran sesat. Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah
Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula
menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah
berasaskan wahyu tersebut.
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang
tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak
setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat,
agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah
beberapa orang artis tempatan.
Hakikatnya, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu
membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit
dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang
diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.
Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang
memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya
pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan
Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat
kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.
b. Ajaran Tuhan Harun
Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan
beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat
"Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Ketua ajaran tersebut,
Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal
Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.
Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru'
diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor
World of God' yang dikatakan setaraf PhD. Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan
digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. Antara pertubuhan yang berjaya
dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf
Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor.
Antara ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock
menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali
sebagai ‘Tuhan Harun’.
Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak
mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.
Pada 24 April 2013, Harun didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas 11 pertuduhan
termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.
c. Gerakan Anti Hadis
Gerakan anti hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kassim Ahmad, seorang pengasas Parti
Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya seperti Othman Ali dan Abdul Manan
Harun mula mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba menarik perhatian umat Islam
dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta
kajian saintifik menerusi akal. Beliau terpengaruh dengan Dr. Rashad Khalifa lalu menulis buku
kontroversi ‘ Hadis: Satu Penilaian Semula.” Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan
Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan
Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Selain itu banyak berdebat dengan pelbagai pihak berwibawa, akhirnya beliau menulis buku
bertajuk ‘ Hadis:Jawapan Kepada Pengkritik’. Beliau sebenarnya mengkritik penggunaan Hadis sebagai
sumber perundangan Islam.
Pemikiran Kassim Ahmad boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan
dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam
‘Seminar Pemikiran Kassim Ahmad:Satu Penilaian’ pada 15 dan 16 Februari 2014 di Putra
Jaya. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya yang berkaitan
dengan isu-isu agama ialah:
i. Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua
sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad saw.
ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekehkan wanita yang
berhijab.
iii. Mempertikaikan hadis sebagai sumber hokum dan menuduh Imam Syafi’e yang
memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama
seperti al-Quran.
iv. Mentafsir al-Quran berdasarkan logic semata-mata.
v. Mengiktiraf ‘Kod 19’ oleh Rasyad Khalifa, sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan
hadis.
d. Ajaran Haji Kahar Nabi Palsu
Haji Kahar Bin Haji Abdul Jalal telah mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah". Dia
mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah. Beliau mengaku menerima
wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana
dialami oleh Rasulullah S.A.W. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia "sembahyang" itu
memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan diri dari perkataan mungkar.
Dia tidak percayakan Al-Ouran yang ada sekarang ini sebagai Al-Ouran yang sebenarnya. Pada
dia, Al-Ouran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di
atas langit iaitu di Loh Mahfuz.
Dia tidak percayakan Hadis. Baginya Hadis yang ada sekarang hanyalah rekaan manusia yang
dibuat selepas wafat Rasulullah S.A.W. Katanya Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke
Mekah. Ibadah haji boleh di mana-mana sahaja di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dan ke Arab
Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah S.A.W.
Dia mendakwa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit
Kemensah. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang
kedua, pada hari panas tetapi dia tidak merasai panas. Beliau telah mengarang buku "Al-Ouran
Pembeda" yang bercanggah dengan Islam.