MPU23052
Sains Teknologi Dan
Kejuruteraan Dalam Islam
Disusun oleh
Engku Razinawaty binti Engku Chik
Politeknik Kota Bharu
TOPIK 2 : KONSEP SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Pendahuluan
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.
Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif
mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen
yang benar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini, sains dan Islam
sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu
yang boleh difahami dan dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah
untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak
kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat
beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah
satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang
tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.
2.1 MEMAHAMI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENURUT ISLAM
SAINS - BAHASA DAN ISTILAH
Daripada perkataan Inggeris iaitu science. Juga berasal daripada perkataan scio,scire atau scienti
a (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied
usually to the organization of objectively verifiable sense experience.”
Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengala
man deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis deng
an menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.
Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang
melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).
Kajian yang rasional dan empirikal yang mana
tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.
Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)
SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Justeru menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan
tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara
yang terbatas.
2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang
mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulNya.
3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan
yang mengunakan kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau
bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik,
yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.
5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan)
dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.
6. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.
7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-
i. Sains Propadeutik – melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, pertanian
ii. Sains Syariah – bidang yang sama dengan ilmu agama melibatkan ilmu hadith, tafsir,
tajwid dan lain-lain
iii. Sains Falsafah – 4 bahagian utama :
- Matematik propadeutik
- Matematik tabie
- Logik
- Sains tabie
TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
1. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari perkataan Yunani (t
échnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)
2. Teknologi adalah satu sains gunaan di
mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
3. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu ‘techne’ dan
‘logos’.
4. ‘Techne’ adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Tekno
bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-
kata sistematis.
5. Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :-
a. Teknologi sebagai teknik selalunya dirujuk sebagai produk material buatan manusia
atau segala rekaannya.
b. Teknologi sebagai satu teknologi
c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.
d. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.
6. Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik
pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk
menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan
dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti
pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.
7. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan
penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.
8. Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya d
ikaitkan dengan proses industri.
9. Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manus
ia membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas alam tabi’i.
TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
1. Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar
, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sist
em etika Islam
yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah
Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
2. Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah صناعة
‘sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan.
3. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
4. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
5. Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur
kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
6. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan
ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.
7. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :
• Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
• Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.
KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
1. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan
teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi
khidmat kepada manusia.
2. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang
paling efisyen.
KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
1. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk mengguna
kan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.
2. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas kh
alifah secara lebih berkesan.
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
Ciri-ciri Huraian
1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.
• Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan akal.
• Merujuk kepada ayat al-Quran dan
AsSunnah sebagai satu sumber untuk menrangkan tentang alam tabi’i dan sifat-
sifatnya.
• Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran dan Hadith)
2. Sains bersifat Rabbani
• Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan
proses alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)
• Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.
• Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk mencari pembuktian kebenar
Keagamaan an Allah SWT.
3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
• Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.
• Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan Allah adalah sebagai ibadah
kepada Allah SWT.
• Meneliti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah
salah satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.
4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.
• Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.
• Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka yang mematuhi segala suruh
an dan meninggalkan larangan serta menyeru kebaikan.
Saintifik • Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh
Universal Islam sejak abad ke-7 Masihi lagi.
• Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal.
• Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-sumber tamadun yang terdahulu.
• Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai bangsa, agama, bahasa, tamadun,
wilayah, zaman dan sebagainya.
• Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh
Muslim tetapi juga non-Muslim.
Sepadu • Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.
• Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang bersepadu.
• Kajian yang bersifat menyeluruh.
• Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik.
• Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah SWT kerana keimanan kepada
Allah SWT dijadikan sebagai asas kajian.
Harmoni • Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.
• Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian
diri kepada Allah SWT.
2.1.2 Peranan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam
• Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik
dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap
kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-
tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
• Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah SWT
dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan
siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang yang berakal”. (Surah Ali ‘Imran : 190)
• Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam ker
angka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
• Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan
sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
• Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Al
lah SWT melalui kecanggihan ciptaan manusia sementara teknologi dan kejuruteraan Barat
sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.
2. Membantu Manusia Supaya Bertafakkur
• Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-
sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
• Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah
SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah : 164 iaitu :
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang,
bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah
mati (kering) dan DIa sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran
angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-
tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” .
3. Membantu Pelaksanaan Syariat
• Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan
syariat Islam.
• Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan
peraturan perhubungan antara mereka.
• Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia
dengan Allah SWT, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam.
4. Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara
• Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi
ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
• Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal perubahan
cuaca.
5. Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi
• Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta
sesuatu hasil daripada kajiannya.
6. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang
diperlukan
• Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan,
perubatan, pengangkutan dan lain-lain.
• Menjadikan kehidupan manusia selesa.
• Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri
2.1.3 Impak/Kesan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara
satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari
ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang
manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah SWT Dalam hal ini, kita tidak
nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kita terutama pada dunia hari
ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.
A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
Bidang Huraian
Bidang Sosial • Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain
Bidang Ekonomi yang lebih maju.
• Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain
Bidang Politik
dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.
Bidang Pendidikan
▪ Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung
Bidang Sains, Teknologi kepada kuasa asing.
dan Kejuruteraan
• Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan diterajui oleh
bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasi oleh
bangsa asing.
• Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa
dan agama lain.
• Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari
memimpin negaranya sendiri
• Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan
terpisah dari nilai-nilai agama yang sebenar.
• Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.
• Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara
dualisme.
• Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi barat yang
mana akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri.
Contohnya hari ini umat Islam sendiri bergantung kepada dunia
teknologi barat seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-
lain peralatan teknologi terkini.
• Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri.
• Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta sesuatu
teknologi baru yang boleh digunakan oleh sejagat.
B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.
Bidang / Aspek Kebaikan Keburukan
Pertahanan • Mampu melindungi negara dari • Membawa kepada
Teknologi serangan musuh-musuh. kemusnahan dunia
maklumat Contohnya dengan penciptaan termasuklah alam sekitar, dan
senjata dan kelengkapan juga nyawa yang terkorban.
Bio-teknologi perang. • Menyebabkan rusuhan
berlaku
Pengklonan • Membolehkan semua lapisan • Menyebabkan tamakkan
masyarakat mendapat kuasa berlaku.
maklumat dengan begitu
mudah. • Muda mudi terpengaruh
dengan kelebihan teknologi
• Jalan dakwah terbuka luas ini.
(alternatif medan dakwah)
• Teknologi mengabaikan nilai-
• Maklumat dapat dicapai dengan nilai murni.
pantas dan dapat berhubung
antara satu sama lain tanpa • Berlakunya pencerobahan
sempadan. maklumat ‘penggodam’ .
• Mampu menghasilkan makanan • Pengubahsuaian terhadap
ubah suaian genetik sesuatu fakta atau
(Genetically Modified gambar akan berlaku.
Food) yang mempunyai cirri-ciri
terbaik seperti tahan lama, • Berlakunya kegiatan seks
sedap dan bermutu. melalui internet sahaja.
• Teknik dan teknologi pertanian • Sumber genetik yang
mengalami transformasi. digunakan untuk mengubah
suaian makanan mengandungi
• Membantu meningkatkan bahan yang dilarang dalam
produktiviti. syarak.
• Membantu dalam penghasilan • GMF memberi kesan terhadap
baka, benih, dan racun dalam kesihatan manusia kerana
sektor pertanian. mengandungi bendasing yang
tidak diketahui kesan
• Memberi pengetahuan baru buruknya.
kepada manusia.
• Disalahgunakan oleh pihak
tertentu.
• Menyimpang dari landasan
agama yang sebenar kerana
menyalahi apa yang telah
Allah ciptakan mengikut
fitrah.
Perubatan • Banyak kelebihannya dalam • Penggunaan “embryonic stem
(Stem Cell) membantu mengatasi pelbagai cell” bakal disalahgunakan
Teknologi laser penyakit. juga untuk kegunaan
pengklonan manusia.
• Menggantikan peranan kabel
dengan fiber optik untuk bidang • Penyelewengan
komunikasi dan perindustrian. penggunaan akan berlaku.
• Maklumat yang dihantar adalah • Mudah diubahsuai oleh
lebih cepat dan tepat serta mereka yang mahir dan
meminimumkan kehilangan pakar.
data.
2.1.4 Pencapaian Tamadun Islam Dalam Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan
Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam
Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan
hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peistiwa-peristiwa serta contoh-
contoh umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al-Quran sebenarnya adalah satu
peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dianggarkan
sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan
hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.
Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah :
Tujuan Huraian
Supaya manusia menjadikan contoh Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya pada
dan teladan aras apa yang berlaku kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang
berakal”.
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu (Surah Yusuf: 111)
adalah kalam Allah
Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala
kisah yang berlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan
bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad SAW.
Satu kaedah untuk manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan
salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir.
Untuk membenarkan janji baik dan Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan
janji buruk dari Allah SWTt. bahawa segala apa yang dijanjikan Allah adalah perkara yang
benar.
Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi
terdahulu dan umat-umat sebelum ini. Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai
pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam
Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.
Kisah Nabi Huraian
Kisah Nabi Adam AS
▪ Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar
Kisah Nabi Idris AS khalifah Allah SWT. Adam dijadikan oleh Allah setelah
Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-
Kisah Nabi Nuh AS apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui
malaikat Jibril.
▪ Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala
nama
benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya
kepada malaikat lalu ia berfirman : Terangkanlah
kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu
golongan yang benar”. (al-Baqarah : 31)
▪ Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang
menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam
yang bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah)
Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia
adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi”(Surah Maryam : 56-57)
▪ Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama
menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang
berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan
kulit sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)
▪ Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris AS.
Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak
oleh kaumnya.
▪ Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar
Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri
apabila musim banjir melanda kelak.
▪ Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan
teknologi logam.
Kisah Nabi Ibrahim AS ▪ Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud
Kisah Nabi Daud AS dan seorang ahli bintang.
Kisah Nabi Sulaiman AS
▪ Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala
di langit.
Firman Allah dalam Surah al-An’am yang bermaksud :
“dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-
tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan
di bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang
penuh
yakin”.
▪ Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim
yang tinggal di Baituleham.
▪ Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu
pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.
▪ Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam
pembuatan baju besi.
▪ Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi
untuk kegunaan peperangan.
▪ Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang bermaksud:
“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi
untuk kamu, dalam peperangan…” (Surah al-Anbiya:80)
▪ Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat
memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.
▪ Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai
kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya
meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu
bekerja dengan Baginda.
▪ Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:
“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa
menggunakan angin untuk perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan
sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan
izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng
dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan)
dari azab neraka. (Surah Saba’: 12)
Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada Peristiwa Yang Berlaku
Kaum Terdahulu Teknologi Balasan
Kaum ‘Ad • Pakar dalam membina • Allah telah membinasakannya kerana
(Kaum Nabi bangunan yang tinggi-tinggi ingkar kepada perintah Allah SWT.
Hud) tiangnya. • Membinasakan bangunan-bangunan
• Merupakan kaum yang sangat yang tinggi itu.
kuat dan kukuh dari segi • Allah membinasakan mereka dengan
pemerintahannya. ribut kencang.
Kaum Thamud • Kepakaran dalam • Mereka telah dibinasakan oleh Allah
(Kaum Nabi memahat batu-batu besar SWT dengan satu letusan suara yang
dan dapat dilihat di lembah sangat menggemparkan pada waktu
Soleh) (Wadil-Qura iaitu tempat pagi.
tinggalnya)
Teknologi Firaun • Mereka telah dibinasakan dengan
• Kepakarannya pada masa itu petir yang sangat dahsyat.
adalah menguasai bangunan-
bangunan yang handal dan • Negeri mereka dibinasakan.
kukuh. • Kaum ini telah ditenggelamkan oleh
Allah SWT akibat kesombongan dan
keingkaran mereka.
Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan Zaman Kerajaan Islam
Kronologi Zaman Pencapaian
Zaman Rasulullah SAW • Meletakkan asas dalam sains dan teknologi.
• Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.
Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin • Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan
Zaman Kerajaan Umayyah
membaca ayat-ayat al-Quran.
• Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.
• Menuntut manusia mengkaji tentang manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
• Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.
• Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani,
Parsi dan Romawi.
• Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.
• Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan,
alat peperangan & pertanian.
Zaman Kerajaan Abbasiyyah • Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.
Zaman Kerajaan Islam di Andalus • Wujudnya aktiviti penterjemahan secara besar-
besaran.
• Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan sains dan
teknologi.
• Munculnya cendekiawan muslim yang ramai.
• Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan
hospital.
• Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-
kota seperti Cordova, Granada, Seville.
Sumbangan Sarjana Islam Dalam Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Tokoh Islam Sumbangan
• Tokoh perubatan Islam
Al-Razi (865 – 925M) • Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang paling terknenal adalah Kitab Tib
• Nama sebenarnya Muh
ammad bin Zakaria al- al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.
Razi dalam Barat • Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan
• disebut Rhazes.
• Lahir di Ray campak.
berhampiran dengan
Teheran Parsi. • Tokoh matematik dan tokoh algebra.
• Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M
Al-Khawarizmi (780 –
850M) dengan judul De Numero Idorom.
• Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’ Wa al-Jabar dan Kitab al-
• Nama sebenarnya Muh
ammad ibn Musa al- Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.
Khawarizmi. • Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan
• Dianggap sebagai bapa konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan
al-Jibra serta memperkenalkan algebra.
• Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana
menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan
bumi dan keapungan).
• Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat
beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan nama
Zij.
• Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di
Timur dan Barat.
• Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal,
Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.
Ibn Sina (370 – 480H / • Tokoh perubatan Islam yang agung.
• Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine).
980 – 1037M) • Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan merupakan ensiklopedia
• Nama sebenar adalah
Abu Ali Hussain bin perubatan.
Abdullah bin Sina. • Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah
• Dilahirkan di Afshina menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan
Isfahan.
berhampiran Bandar
• Juga orang pertama yang menemui ubat bius.
Bukhara. • Juga turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.
• Di
Barat dikenali dengan
namaAvicenna.
• Diikenali dengan nama
tokoh perubatan agung
dalam dunia Islam dan
juga di Barat dikenali
sebagai ‘al-Sheikh al-
Rais’ atau ‘Prince of
Physicians’.
Al-Zahrawi (936 – 1013M) • Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebaga
• Nama sebenarnya Abu
i doktor di istana al-Hakam II.
Qasim al-Zahrawi. • Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif.
• Di Barat dikenali • Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tu
dengan nama Abu mbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah
Liber Servitoris.
Casis. • Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan me
ncipta alat pembedahan.
Al-Battani (858 – 929M) • Tokoh matematik dan astronomi.
• Nama sebenarnya adal • Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan
ah Muhammad ibn Jarir
kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.
Sinan Abu Abdullah al- • Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan
Battani dan dilahirkan
di Battan. kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada
masa itu.
• Di Barat dikenali • Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma
dengan nama Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-
Albategannius. lain.
• Sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemuk
akan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.
• Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang
sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.
• Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana
matahari.
Ab Rahman al-Sufi (903 – • Tokoh dalam bidang astronomi.
986M) • Orang pertama menulis mengenai astronomi.
• Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang.
Jabir Ibn Hayyan (750 – • Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-ghurab (al-gorab), al-
803M)
Dabara (adbera), Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-
• Di Barat dikenali Tair (Altair), dan Dhanah (Deneb).
dengan namaGeber.
• Tokoh Kimia Islam.
• Dianggap sebagai • Teori kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan
‘Bapa Kimia Arab’
dilahirkan di Kufah. suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui
proses menggunakan bahan-bahan kimia seperti cinnaban ( sulphide
of mercury), arsenik oksid dan sebagainya.
• Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al-Awwal ila al-
Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-
Rukn dan lain-lain.
• Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran,
penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.
• Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan
memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali,
antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.
Al-Jahiz • Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.
• Nama sebenarnya • Menyusun sebuah buku pengajian komprehensif dalam bidang
adalah Abu Uthman
Amr ibn Bhar al-Jahiz Zoologi melalui kitabnya Al-Hayawan.
dilahirkan di Bashrah. • Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat
haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara-
cara rawatannya.
Hunain Ibn Ishaq • Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.
• Dilahirkan pada tahun • Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang
2921H di Bandar Hirah, lain.
Iraq. • Seorang yang genius dalam bidang penterjemahan, mampu
menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab
dan lain-lain.
• Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah
mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut.
• Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail
Fi al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-lain.
Abu Raihan al-Biruni (362 • Tokoh astronomi
– 442H / 973 – 1051M) • Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan bimbingan Abu Nasr al-
• Nama sebenarnya Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis
syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan
adalah Abu Raihan al- penuntut kepada Abu al-Wafa’.
Biruni dilahirkan di luar
Kota Khwarazm, bandar • Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah, al-Hind, dan Kitab al-
Tafhimim.
Khiva dalam tahun
362H / 973M.
Al-Jazari dan Taqi ad Din • Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan
Banu Musa kaedah penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.
• Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan
pengairan, perumahan, industri dan lain-lain.
• Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di
Damascus di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh
terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran
sungai tersebut.
• Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam
air menggunakan roda berskoop.
• Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.
• Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan
mengepam air.
• Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya
sendiri.
Gambar Jam Air Gajah Gambar Jam Air Gajah yang telah diubah suai
Ciptaan Ilmuan Islam yang asal
Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada Institusi Intelektual Islam
Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam
membangunkan tamadun Islam. Antaranya :
Universiti dan ▪ Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar,
institusi Universiti Granadadi Andalus, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.
pendidikan
Perpustakaan ✓ Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di
Baghdad.
✓ Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir, menjadi
agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan
penterjemahan yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu.
✓ Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.
✓ Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
Hospital o Berperanan sebagai pusat pengajian, penyelidikan perubatan, rawatan pusat
latihan kejururawatan dan kedoktoran.
o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual,
pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit.
o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.
o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak dan
pusat kecemasan.
o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian
perubatan yang lebih teratur.
Balai Cerap Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran
astronomi dan pusat pengumpulan data.
Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi
seperti matematik, trigonometri dan algebra.
Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan
data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan
kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta
menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk mengisahkan
teori.
Kejuruteraan Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya
Awam
menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti Masjid al-
Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada
kurun ke-7 M.
Teknologi ➢ Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada
kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan
Kejuruteraan Jalan bersegmen.
Raya dan
Jambatan
Kejuruteraan Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan
Hidrologi
terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke
Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.
Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling Bandar
Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan
pertanian dan perumahan.
Bibliografi
Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur : Darul Fikir
Ab. Aziz Ismail. (2008). Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM, Shah Alam:
Penerbitan Universiti (UPENA)
Hairudin Harun (2007). Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam Peranan Dan Proses
Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya.
Kamarudin Abu Taib. (t.t). Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian Umum.
Mahyudin Hj Yahya. (1984). Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala Lumpur : Penerbit
Saujana.
Shahril Mohamad Zin (Penyunting), (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan
Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Nordin, (2005) Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sulaiman Noordin. (1993). Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
____________. (t.t). Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
____________. (t.t). Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2011) Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam
Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti (UPENA).