The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOKKAEDAHFIQHMPU23052

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by engkuraziha, 2022-08-17 07:00:44

Kaedah Fiqh

EBOOKKAEDAHFIQHMPU23052

Penulis:
Norita Binti Abd Aziz
Nor Khayati Binti Basir

Pengajian Am

KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Copyright i
Prakata ii
Abstrak iii
Sinopsis v
Kenali Penulis vi
Manual Penggunaan e-Book ix
TOPIK 5 :KAEDAH FIQH DALAM SAINS,TEKNOLOGI
1
DAN KEJURUTERAAN 2-3
4-6
5.1 Kaedah Fiqh Dalam Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan 7-8
5.2 Hasil Pembelajaran 9-10
5.2.1 Definisi Istilah Kaedah Fiqh 11-14
5.2.2 Peranan Kaedah Fiqh 15-17
5.2.3 5 Konsep Asas Kaedah Fiqh dan aplikasinya 18-20
21-23
Kaedah Fiqh pertama 24-27
Kaedah Fiqh kedua 28-29
Kaedah Fiqh ketiga 30
Kaedah Fiqh keempat 31-32
Kaedah Fiqh kelima 33
5.2.4 Theatre Hunt 34
5.2.5 Kit Saintis Muda 35-36
5.2.6 Jom Main Sambil Belajar 37
Jurutera Genius 38
Cari Pasangan 39
Cari Keluarga Saya
5.2.7 Kit Diskusi Ilmiah
5.2.8 Rileks Minda
Kamus Istilah
Rujukan

PENULIS

NORITA BINTI ABD AZIZ
NOR KHAYATI BINTI BASIR

JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
KM22, JALAN MATANG,
93050 KUCHING, SARAWAK.

No. Telefon : (082) 845596/7/8

No. Faksimili : (082) 845023

E-mel : [email protected]

Laman Sesawang: http://www.poliku.edu.my/

Hak Cipta © 2021 Politeknik Kuching Sarawak
e ISBN: 978-967-2953-28-9

Hak cipta terpelihara. Mana-mana Bahagian di dalam buku ini tidak dibenarkan untuk disalin,
disimpan dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi dan
rakaman atau sebaliknya atau apa cara yang memungkinkan untuk diterbitkan semula tanpa
izin daripada Politeknik Kuching Sarawak.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Norita Abd Aziz

MPU23052 : SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM :
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN / Penulis :
Norita Abd Aziz, Nor Khayati Basir.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-2953-28-9
1. Islam and science.
2. Technology--Religious aspects--Islam.
3. Islamic law.
4. Government publications--Malaysia.
5. Electronic books.
I. Nor Khayati Basir. II. Judul.

297.265

Diterbitkan oleh:
Politeknik Kuching Sarawak

Kementerian Pengajian Tinggi

PRAKATA

Segala puji-pujian bagi Tuhan pencipta semesta alam serta penciptaan manusia yang cukup
sempurna dari segi akal dan pancaindera supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai
hamba-Nya. Alhamdulillah, kami telah selesai menyempurnakan penulisan e-Book bagi topik
5 Kursus MPU23052 iaitu Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan dengan
jayanya sebagai satu rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar bertepatan dengan silibus
yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK),
Kementerian Pengajian Tinggi.

e-Book ini disediakan sebagai satu inisiatif membantu pensyarah dan pelajar
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan interaktif
bersesuaian dengan fenomena pendidikan norma baharu hari ini. Nota dan bahan yang
disediakan disesuaian dengan contoh-contoh yang relevan mengikut isu semasa untuk lebih
memahami topik yang dibincangkan. Manakala aktiviti pengukuhan yang disertakan adalah
untuk menguji kefahaman dan menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran khususnya
secara dalam talian. Diharapkan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan
satu impak yang besar kepada kecemerlangan pelajar dalam kursus MPU23052 Sains
Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam khususnya dan kesempurnaan akhlak amnya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dr. Ahmad Fkrudin bin Mohamed Yusoff
selaku editor yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyediakan e-
buku ini. Terima kasih juga kepada Politeknik Kuching Sarawak kerana memberi ruang dan
peluang untuk menghasilkan buku ini bagi memantapkan lagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Disediakan Oleh:

Norita binti Abd Aziz
Nor Khayati Binti Basir

ABSTRAK

Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan merupakan suatu topik dalam subjek
Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (MPU23052). Kursus ini merupakan subjek
wajib bagi pelajar muslim semester dua di seluruh Politeknik Malaysia. E-Book yang
disediakan ini membincangkan pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam sains,
teknologi dan kejuruteraan serta menjelaskan kaedah-kaedah asas dalam kaedah fiqh
yang terdiri daripada lima kaedah asas. Antara lima kaedah asas dalam kaedah fiqh ialah
setiap amalan berdasarkan niat, perkara yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak,
kesukaran membawa kepada keringanan, kemudaratan perlu dihindarkan dan adat boleh
dijadikan sumber hukum. Semua kaedah ini menjadi sumber rujukan terhadap
perkembangan sains teknologi masa kini yang semakin canggih seiring dengan peredaran
zaman. Perbincangan 5 kaedah fiqh ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan
permasalahan kotemporari dan isu semasa dalam mendepani cabaran pandemik hari ini.
E-book ini juga disertakan dengan pelbagai maklumat tambahan dan aktiviti pengukuhan
yang menarik menggunakan aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Hasil
daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat memahami dan menerangkan berkaitan
pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam sains, teknologi dan kejuruteraan serta menjelaskan
kaedah-kaedah asas dalam kaedah fiqh.

Kata kunci : Kaedah Fiqh, Sains Teknologi, Kejuruteraan

MPU 23052

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM





E-BOOK

EDISI
PERTAMA

PENULIS ;

NORITA BINTI ABD AZIZ
PENSYARAH
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

NOR KHAYATI BINTI BASIR
PENSYARAH
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

SINOPSIS

Topik ini membincangkan pengertian dan peranan
kaedah fiqh dalam sains, teknologi dan kejuruteraan
serta menjelaskan kaedah-kaedah asas dalam kaedah
fiqh yang terdiri dari lima kaedah asas. Antara lima
kaedah asas dalam kaedah fiqh ialah setiap amalan
berdasarkan niat, perkara yakin tidak boleh dihilangkan
dengan syak, kesukaran membawa kepada keringanan,
kemudaratan perlu dihindarkan dan adat boleh dijadikan
sumber hukum. Semua kaedah ini menjadi sumber
rujukan terhadap perkembangan sains teknologi masa
kini yang semakin canggih seiring dengan peredaran
zaman. Perbincangan 5 kaedah fiqh ini telah disesuaikan
dengan menghubungkaitkan permasalahan kotemporari
dan isu semasa dalam mendepani cabaran pandemik
hari ini. E-book ini juga disertakan dengan pelbagai
maklumat tambahan dan aktiviti pengukuhan yang
menarik menggunakan aplikasi web 2.0 bagi membantu
para pensyarah dan pelajar meneroka dan mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan.

NORITA BINTI ABDUL AZIZ

Berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Am di Politeknik Sultan
Mizan Zainal Abidin. Berpengalaman
mengajar dan terlibat dalam penulisan
modul silibus Mata Pelajaran Umum versi
politeknik.

NOR KHAYATI BINTI BASIR

Berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan
Pengajian Am Politeknik Kuching Sarawak.
Berpengalaman mengajar dan terlibat dalam
penulisan modul silibus Mata Pelajaran Umum

versi politeknik.

" Bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran e-Book ini

dilengkapi dengan kandungan yang
informatif dan interaktif"

Sumbang saran-PBL

Video pengukuhan

Penerapan nilai

Latih tubi

Info

Semoga bermanfaat

Ikhlas ;

Norita & Nor Khayati

ISI

KANDUNGAN

| Edisi Pertama | Sept 2021

01 02

DEFINISI ISTILAH PERANAN KAEDAH FIQH

Menerangkan pengertian Menerangkan kepentingan dan
Kaedah Qawaid Fiqhiyyah peranan Kaedah Qawaid Fiqhiyyah
menurut bahasa dan istilah dalam kehidupan khususnya dalam
bidang Sains Teknologi dan
03 Kejuruteraan

KONSEP ASAS KAEDAH 04
FIQH
THEATRE HUNT
Menjelaskan secara terperinci 5 konsep
asas Kaedah Fiqh, Dalil kaedah dan Menyediakan 1 set aktiviti Theatre
aplikasi kaedah dalam kehidupan Hunt yang mempunyai 3 check
beserta dengan contoh-contoh yang point dengan beberapa task.
sesuai.
06
05
JOM MAIN SAMBIL
KIT SAINTIS MUDA BELAJAR

Menyediakan 1 set aktiviti pengajaran Menyediakan 1 set aktiviti
dan pembelajaran untuk kegunaan latih tubi yang menarik untuk
pensyarah dan pelajar meneroka topik menguji kefahaman pelajar
ini secara kolaboratif

07 08

KIT DISKUSI ILMIAH RILEKS MINDA

Menyediakan 1 set contoh aplikasi Menyediakan infografik tokoh
kaedah fiqh dalam sains teknologi ilmuan Islam yang mempelopori
bertemakan covid 19 untuk dijadikan bidang sains teknologi agar
sebagai bahan perbincangan menjadikan mereka sebagai ikutan
menggunakan pelbagai kaedah yang sepanjang zaman
sesuai

KAWARAMSA GNANIIJHACGUNKEKPINNKAETTAILBOAJPTKOAPEIKD5A H F I Q H D A L A M
LAROM & MALSI NAKIDIDNEKPOTOIBN-Ue
SAINS TEKNOLOGI
& KEJURUTERAAN

KKUERJMSUEUPRDSUUIHSS2TUIA3EBPI0RNUE5ASRN2ATGTNAEIMKDKANAAMLO2ALI0MO2G1ISI LAMJikkhoahmeannudenodbankrau,ishkntaeaagtdbpyiaiaoak:urtloaipikn1naug9gns8@[email protected],g

MANUAL PENGGUNAAN E-BOOK

e-Book ini dilengkapi dengan ;

Huraian topik yang lebih ringkas dengan persembahan infografik
bagi membolehkan proses pengajaran pensyarah dilaksanakan
dengan lebih mudah dan berkesan. Ruangan Rilek Minda sebagai
bahan sampingan. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat
tambahan dengan hanya Scan QRCode INFO atau klik link yang
disertakan dalam nota setiap sub topik.

3 set aktiviti penilaian yang mudah dan menarik iaitu :
THEATRE HUNT
Pelajar secara berkumpulan perlu menyelesaikan setiap task yang
diberikan di check point tersebut. Jawapan kepada penyelesaian task
boleh disemak bersama pensyarah.

KIT SAINTIS MUDA & JOM MAIN SAMBIL BELAJAR
Pelajar boleh melakukan pembelajaran secara kolaboratif bersama
dengan rakan-rakan melalui aktiviti PBL dengan berpandukan input
yang diperoleh di samping fakta-fakta tambahan dan latih tubi yang
disediakan sebagai penilaian dan pengukuhan yang hanya perlu di
Scan melalui paparan QRCode atau klik link yang tertera.

KIT DISKUSI ILMIAH
Pensyarah boleh membimbing para pelajar dengan memberikan
contoh isu semasa sains teknologi yang disenaraikan sebagai task
perbincangan kumpulan bagaimana mengaplikasikan kaedah fiqh
yang dipelajari dalam menyelesaikan permasalahan. Semak jawapan
bersama.

"BELAJAR SANTAI TAPI SCAN UNTUK LEBIH
SAMPAI"
MENEROKA
Selamat Maju Jaya!!

TOPIK 5 : KAEDAH FIQH DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Hasil
Pembelajaran

Di akhir pembelajaran pelajar dapat :

Memahami kaedah fiqh dalam sains,
teknologi dan kejuruteraan :

a. menerangkan pengertian kaedah fiqh.
b. membincangkan peranan kaedah fiqh.
c. membincangkan konsep asas kaedah fiqh
dan aplikasinya.

01  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

definisI KAEDAH FIQH

E-BOOK_MPU23052 KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN SEPTEMBER 2021


Islam merupakan agama yang mudah dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi

“Allah SWT dan memudahkan. Ia juga sebuah agama mendepani permasalahan umat dan
meringankan
beban yang amat bersesuaian dengan kehendak, peredaran zaman. Islam bukan agama
terhadap
kamu, dan fitrah dan naluri manusia. Dengan yang bersifat ritual semata-mata,
manusia
dijadikan mempelajari ilmu kaedah fiqh (al-Qawaid tetapi ia merangkumi persoalan urusan
dalam
keadaan yang al-Fiqhiyyah), seseorang itu akan menjadi kemasyarakatan seperti kekeluargaan,
lemah.”
An Nisa' :28 lebih faham terhadap penghayatan fiqh pendidikan, ekonomi perundangan

dan mampu untuk mengetahui dan jihad dan pemerintahan yang mana

mengeluarkan hukum daripada masalah- mesti diurus dengan penuh

masalah fiqh yang sentiasa wujud kebijaksanaan.

sepanjang masa. Salah satu ciri yang

istimewa dalam syariah Islam ialah ianya Mengaplikasikan kaedah-kaedah
fiqh bukan bermakna mengetepikan
fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. nas-nas al-Quran dan as-Sunnah
tetapi sebaliknya, ia bertujukan untuk
Syariah Islam tidak jumud atau beku mengurus dan memandu urusan
agama dan urusan manusia agar
seperti yang difikirkan oleh segelintir diselaraskan dengan keadaan dan
masa demi kemaslahatan umat itu
masyarakat. Hukum-hakam Islam tidak sendiri dan mencapai tujuan syariah.

hanya terikat kepada nas-nas secara MAQASID SYARIAH

tekstual, literal dan zahir tetapi harus "Menjaga agama, nyawa,
jiwa, akal, keturunan &
diselaraskan
harta"

PENGERTIAN BAHASA

Perkataan ‘al-Qawaid’ adalah kata
jama’ dari perkataan
(‫ )قاعدة‬yang

bermaksud asas atau asal sesuatu,

landasan dan dasar. Menurut al-

Zamakhsyari dalam tafsir al-Kasysyaf, ia

membawa maksud asas dan asal

kepada apa yang di atasnya seperti

asas rumah dan sebagainya.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam

surah al-Baqarah ayat 127 yang

bermaksud :

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
bersama-sama Nabi Ismail

meninggikan binaan asas-asas
(tapak) Baitullah (Ka`abah) itu”.

PENGERTIAN ISTILAH

Dari segi istilah, perkataan ‘kaedah’ bermaksud hukum kulli yang dipraktikkan ke atas keseluruhan masalah juz’iyyah

‫الفقه الفقهيه‬atau bahagian-bahagiannya. Perkatan ‘al-Fiqhiyyah’ (
) berasal daripada perkataan al-Fiqh ( ) yang

‫الفهم‬bermaksud ‘al-Fahm’ () iaitu kefahaman. Maka, lafaz ‘al-Qawaid al-Fiqhiyyah’ menurut pengertian bahasa

ialah dasar-dasar yang berkaitan dengan masalah hukum. Manakala dari sudut istilah pula ia bermaksud prinsip-

prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan

bahagian-bahagiannya.

02  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Memahami KONSEP
Qawaid Fiqhiyyah

1

Kaedah fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Kaedah
fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah
hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama’ bagi
menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari. Kaedah-kaedah yang
diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini.
Terdapat lima kaedah utama yang disepakati dalam kalangan fuqaha'.

2

Menurut al-Sheikh Mustafa Ahmad al-Zarqa’ ia bermaksud kaedah-kaedah hukum yang bersifat
kulliyyah yang diambil daripada dalil-dalil kulli iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi asas
kepada kaedah-kaedah juz’iyyah yang banyak. Ia merupakan hukum yang secara umumnya terpakai
ke atas kebaikan masalah-masalah juz’iyyah.

3

Sebagai rumusan, al-qawaid al-fiqhiyyah ialah kaedah fiqh dalam undang-undang Islam yang menjadi
asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Teks al-
qawaid al-fiqhiyyah dibentuk dalam beberapa kalimah yang ringkas dan padat dalam lafaz yang
umum, tetapi makna-maknanya luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yang terperinci.

Rajah 1 : Proses penyusunan Qawaid Fiqhiyyah

03  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

PERANAN KAEDAH FIQH

E-BOOK_MPU23052 KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN SEPTEMBER 2021


“Usul Fiqh Kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam
undang-undang Islam yang disusun oleh

tidak para ulama' berlandaskan empat sumber
digunakan hukum iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma'
untuk mencari dan al-Qias untuk memahami dan
mengembangkan fiqh Islam tentang
kaedah-kaedah hukum selepas kewafatan

penyelesaian baginda Nabi SAW. Berdasarkan panduan
berhubung dan merujuk dalil-dalil daripada al-Quran
isu-isu yang dan as-Sunnah, para ulama' telah
menyenaraikan pelbagai prinsip-prinsip
(kaedah-kaedah) fiqh yang boleh menjadi

berkaitan panduan umat dalam mendepanii FQIQAHWIYAYIADH
dengan soal cabaran semasa dan masa hadapan.
akidah” Kaedah-kaedah ini diambil dan
dirumuskan oleh para ulama Islam bagi
tujuan memudahkan rujukan mengetahui

hukum-hakam persoalan yang baharu.

Garis panduan penyelidikan

Kaedah fiqah telah menetapkan pelbagai masalah yang

formula teras atau asas untuk diguna baru timbul dalam

pakai sebagai rujukan sebelum masyarakat pada hari ini.

memulakan sesuatu penyelidikan.

Setiap persoalan baharu yang timbul Penyelesaian
dalam kajian sains, teknologi dan

kejuruteraan boleh dirujuk kepada al- Hukum-hukum yang sudah

Quran dan as-Sunnah serta kaedah ditetapkan dalam kaedah

fiqah bagi menentukan sesuatu fiqh sangat sesuai untuk

hukum yang timbul. Hal ini menjawab segala

menunjukkan bahawa kaedah fiqh persoalan tentang cabang

adalah sebagai garis panduan atau sampingan yang

kepada para saintis dan teknokrat timbul dalam perkara

dalam melaksanakan ujikaji mereka. berkaitan bidang sains

Justeru, segala ciptaan dan inovasi teknologi dan kejuruteraan.

yang dihasilkan sebenarnya menjurus Isu-isu yang berkaitan sains

kepada kaedah fiqah. teknologi dan kejuruteraan

Hal ini kerana, sumber-sumber yang

digunakan tidak terhad hanya kepada Menangani isu masyarakat amat luas dan memerlukan
kaedah ini bagi membantu

sumber-sumber primer malah ia turut

mencari jalan keluar dan

berkait rapat dengan sumber-sumber

Kaedah fiqh telah membantu saintis, menyelesaikan masalah

sekunder. Sumber primer ini merupakan

teknokrat dan jurutera untuk mengenal hukum dari sudut syarak.

dalil yang telah disepakati oleh para

pasti dan menyelesaikan isu dalam Pelbagai kajian, ciptaan

ulama' manakala sumber sekunder pula

operasi mereka. Isu-isu dalam sains dan inovasi telah dilakukan

merupakan dalil yang diperselisihkan di

teknologi dan kejuruteraan mampu oleh para sarjana dunia

kalangan ulama' untuk dijadikan sandaran

ditangani melalui panduan kaedah ini yang memerlukan

atau hujah. Walau bagaimanapun, imam-

supaya proses dalam penyelidikan dan penyelesaian dan jawapan

imam mazhab fiqh muktabar telah meneliti

inovasi mendapat keberkatan Allah SWT. terhadap isu dan

kesemua sumber-sumber berkenaan dan

Justeru, dengan adanya kaedah fiqh ini, permasalahan yang timbul

telah menyusunnya mengikut keutamaan

para saintis dan golongan teknorat akan berdasarkan hukum

dalam proses istinbat hukum. Antara

dapat mengatasi masalah kesulitan menurut perspektif Islam.

peranan kaedah fiqh dalam bidang sains

manusia dan membantu menyelesaikan

teknologi dan kejuruteraan ialah :

04  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH
FIQH

sebagai
Rujukan & Panduan :

RINGKAS

1 Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai

kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.

2 Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan
jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu
sains dan teknologi.

3 Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi

menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

4 Membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah, selesa,
cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.

5 Setiap kajian dalam sains, teknologi dan kejuruteraan
dibenarkan menggunakan kaedah ini bagi tujuan sumber
rujukan untuk membuat keputusan.
.

05 |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

MENDEPANI CABARAN SEMASA Terdapat banyak kaedah fiqh yang boleh
dipraktikkan dan dirujuk bagi mendapatkan solusi
Berdasarkan panduan dan merujuk dalil-dalil dan jawapan dari pelbagai isu dan persoalan yang
daripada al-Quran dan as-Sunnah, para ulama' timbul. Islam telah menyediakan dalil dan kaedah
telah menyenaraikan pelbagi kaedah fiqh yang agama yang boleh dirujuk bagi menjelaskan isu-isu
boleh menjadi panduan umat dalam mendepani berkaitan perubahan-perubahan yang berkaitan
cabaran semasa dan masa hadapan. Kaedah- ibadat mahupun mualamat. Sebagai contoh dalam
kaedah ini diambil dan dirumuskan oleh para bidang perubatan juga memerlukan penjelasan
ulama' Islam bagi tujuan memudahkan rujukan berkaitan cara rawatan atau penggunaan bahan-
mengetahui hukum-hakam persoalan yang baharu. bahan yang dilarang oleh Syarak. Ia memerlukan
Kemajuan zaman dengan pelbagai isu yang jawapan yang benar dan jelas bagi merungkai
sentiasa baru dan berkembang sememangnya segala kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat.
memerlukan panduan dan jawapan. Ini bagi Justeru, perincian dan penjelasan isu-isu ini
membuktikan ajaran Islam adalah anjal dan relevan memerlukan kepada sandaran kaedah fiqh dalam
untuk segala tempat dan masa. menentukan hukum perkara berkaitan.

Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang merangkumi Para ulama’ fuqaha’ berselisih pendapat mengenai
segala bidang dan aspek hukum. Kesemuanya jumlah kaedah fiqh asas yang dikembalikan
memiliki sandaran dan rujukan dalil yang diambil kepadanya semua masalah fiqh. Menurut
daripada dalil (sumber hukum syarak) yang sah dan pendapat al-Qadi Abu Said al-Harawi yang
diakui. Dengan merujuk dan mengaplikasi kaedah bermazhab al-Syafie pula, dikembalikan masalah
kaedah fiqh ini, pengambilan hukum dan usaha fiqh dalam mazhab al-Syafie kepada empat
mendapatkan jawapan status hukum syarak lebih kaedah dan kata sesetengah ulama’ muta’akhirin
mudah dilakukan. Ini adalah salah satu syafi’iyyah lima kaedah dan ia menjadi ibu segala
kepentingan dan manfaat penyusunan kaedah- kaedah fiqhiyyah.
kaedah fiqh.

06  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

‫‪ 1‬اُألُم وُر ِبَم َق اِص ِدَها‬
‫‪
2‬الَيِق يُن اَل ُيَزاُل ِبالّش ِك‬
‫‪
3‬الَم َش ّق ُة
َتْجِلُب‬
‫الّتْيِس ْيِر‪5‬‬ ‫



‪KOANSSAEPS‬‬

‫‪Kaedah‬‬
‫‪Fiqh‬‬

‫‪ 4‬الّض َرُر ُيَزاُل‬
‫‪
5‬الَع اَدُة ُم َحَّكَم ٌة‬








‫‪07  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL‬‬

5 ASAS
KAEDAH FIQH
YANG PERLU

DIKETAHUI

1
Setiap amalan berdasarkan niat

2 Perkara yakin tidak boleh
dihilangkan dengan syak

3 Setiap kesukaran membawa
kepada keringanan

4 Setiap kemudharatan perlu
dihindarkan

5 Setiap adat boleh dijadikan
hukum
08  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH PERTAMA

E-BOOK_MPU23052 KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
SEPTEMBER 2021

‫اُألُم وُر ِبَم َق اِص ِدَها‬


“Sesuatu
perkara y
ang

dilakukan
oleh
seseorang
mukallaf itu
bergantung
kepada
tujuannya
atau niatnya.”

NIAT MENENTUKAN

SESUATU AMALAN ITU DALIL
MENJADI IBADAH KAEDAH

Kaedah ini bermaksud setiap sesuatu 2
Firman Allah SWT dalam surah
perkara yang dilakukan oleh 1 Kaedah asas pertama ini didasarkan
Ali Imran ayat 145 yang
seseorang mukallaf itu bergantung serta dikembalikan kepada dalil al-
bermaksud :
kepada tujuannya atau niatnya. Quran dan as-Sunnah :
“Dan sesiapa yang
Setiap amalan dan tindakan menghendaki balasan dunia,
Kami berikan bahagiannya
seseorang sama ada perbuatan Firman Allah SWT dalam surah dari balasan dunia itu, dan
al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud : sesiapa yang menghendaki
atau perkataan, maka natijah dan
balasan akhirat, Kami
hukum syara’nya berbeza dengan “Pada hal mereka tidak berikan bahagiannya dari
sebab berbeza tujuan amalan diperintahkan melainkan supaya balasan akhirat itu; dan
seseorang dan tindakannya. Kami akan memberi balasan
menyembah Allah SWT dengan pahala kepada orang-orang
Berdasarkan kaedah ini, niat sangat mengikhlaskan ibadat
penting dalam menentukan kualiti yang bersyukur”.
dan nilai perbuatan seseorang sama kepadaNya, lagi tetap teguh di
ada ia melakukan perbuatan dengan atas tauhid; dan supaya mereka 3
niat kerana Allah SWT yang Sabda Nabi Muhammad SAW
menjadikannya ibadah atau niat mendirikan sembahyang serta
untuk mendapat pujian daripada memberi zakat. Dan yang daripada Saidina Umar al-

demikian itulah agama yang Khattab r.a yang bermaksud :
benar”.
“Sesungguhnya setiap amalan
manusia yang menjadikannya adat itu bergantung kepada niat,
dan sesungguhnya bagi setiap
dan sia-sia. Ulama’ fuqaha’ orang apa yang dia niatkan”.

bersepakat mengatakan bahawa

sekiranya seseorang itu berniat untuk

melakukan kebajikan dan tidak

dapat ditunaikannya disebabkan

sesuatu masyaqqah atau keadaan

tertentu, ia tetap diberi ganjaran

pahala.

09  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

. APLIKASI
?
KAEDAH
!
PERSOALAN IBADAH KHUSUS
,
Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah
SWT tidak perlukan niat kerana ia sudah dimaklumi
berbeza dengan yang lain.

Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat
ibadat kecuali bagi penentuan klasifikasinya
seperti berniat solat fardu bagi membezakan
dengan solat sunat atau niat solat zohor bagi
membezakan waktu.

Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya sama
ada wajib seperti nazar dan kaffarat atau sunat
contohnya puasa.

PERSOALAN IBADAH UMUM

Niat sangat diperlukan bagi tujuan
mencapai status ibadat atau bernilai disisi
Allah SWT dengan memenuhi syarat-syarat
berikut :

Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan
baik dan menepati syarak. Contohnya menghasilkan
telefon pintar yang boleh memudahkan dan
membantu kerja manusia.

Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi
mencapai matlamat di atas hendaklah disusun
dengan baik dan menepati kualiti syarak dan
semasa. Contohnya menghasilkan sistem pengurusan
yang mampu menjadikan kerja tersusun dan efektif.

Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada
yang penting sebagaimana yang diminta oleh tujuan
syariat. Contohnya menyelamatkan nyawa ramai
manusia menjadi keutamaan dalam menghasilkan
kenderaan berbanding untuk tujuan keuntungan.

10  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH kedua

E-BOOK_MPU23052 KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
SEPTEMBER 2021

‫اليقين لا يزال بالشك‬

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan

PENGERTIAN KAEDAH DALIL-DALIL DARIPADA HADITH
RASULULLAH SAW
Ini bermakna sesuatu yang telah Hadith daripada Abu Hurairah RA
diyakini, tidak akan hilang dengan
kedatangan syak (keraguan) ke Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA berkata,
atasnya. Hal ini kerana perkara yakin Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang
tidak mungkin dihilangkan dengan kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya,
perkara yang lemah daripadanya. kemudian timbul keraguan dengan sebabnya ;
Tetapi ia boleh dihilangkan dengan apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau
perkara yang sama taraf yakin tidak? Janganlah sekali-kali ia keluar daripada
sepertinya atau yang lebih kuat masjid sehingga ia mendengar suara atau
daripadanya. mencium bau (kentut)”.

DALIL KAEDAH (HR Muslim)

DALIL-DALIL DARIPADA AL- Hadith daripada Abu Said al-Khudri RA
QURAN
Firman Allah SWT dalam surah Maksudnya : Daripada Abu Said al-Khudri RA
Yunus ayat 36 berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila
seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, ia
Maksudnya: tidak ingat berapa rakaatkah yang telah
dilakukannya; tiga atau empat? Hendaklah ia
“Dan kebanyakan mereka tidak menurut, ketepikan keraguan tersebut dan kekalkan atas
melainkan sesuatu sangkaan sahaja (pada apa yang diyakini, kemudian sujudlah dua kali
hal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat sebelum salam”.
memenuhi kehendak menentukan sesuatu
(HR Muslim)
kebenaran (i’tiqad)”.
Dalil di atas memberikan maksud
11  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
bahawa segala sesuatu yang telah

didapati menyakinkan itu tidak dapat

diubah sama sekali atau dirosakkan

oleh sesuatu yang meragukan yang

Contohnya: muncul selepasnya. air yang




apabila seseorang mendapati

berada di dalam sesuatu bekas telah berubah dan

perubahannya ada dua kemungkinan iaitu kemungkinan

disebabkan najis atau disebabkan lama tidak

digunakan atau tidak mengalir. Dalam situasi ini, ia

boleh bersuci dengan menggunakan air tersebut

berdasarkan anggapan atau ijtihad bahawa air itu

asalnya adalah suci dan tidak bernajis.

APLIKASI Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa
KAEDAH pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber

1 yang jelas dan tiada keraguan padanya.

2 Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang
diilhamkan oleh syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh.
Gangguan-gangguan yang datangnya daripada kelemahan diri
dan dibantu dengan dorongan jahat syaitan menjadikan seuatu
perkara tidak pasti. Inilah punca pendirian manusia kerap
berubah dan berlakunya pergeseran sesama manusia.

3 Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah ini
menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar
mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan
penuh keyakinan.

Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara

4 meragukan atau cuba untuk memperdayakan saintis dengan

hasutan kebendaan, kemahsyuran dan keuntungan pasti menjadi

kekangan mereka menghasilkan rekaan, ciptaan dan

penyelidikan yang terbaik.

5 Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan
bahawa segala usaha mereka adalah memenuhi tujuan syariat
iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta
manusia. Di samping itu hasil kerja mereka dan memberikan
impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup
manusia.

Pengukuhan

12  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH
KEDUA

RINGKAS

SYAK Ragu-ragu terhadap
sesuatu perbuatan sama
Ragu-ragu ada berlaku atau tidak
berlaku. Iaitu tidak ada
CONTOHNYA
murajjih (suatu yang
memberatkan salah satu
ke atas satu yang lain).

Dalam isu wuduk, seseorang yang telah selesai
mengambil wuduk kemudian dia berasa sangsi dan
ragu-ragu sama ada wuduknya telah terbatal atau
tidak, maka hendaklah dia berpegang dengan
keyakinan bahawa dia masih berada dalam keadaan
taharah (suci dari hadas)

13  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

LATIHAN PENGUKUHAN KAEDAH KEDUA

‫اليقين لا يزال بالشك‬

ISI TEMPAT KOSONG: ESEI:
Huraikan pengertian
1. Apakah yang dimaksudkan ‫ اليقين لا يزال بالشك‬secara
dengan ‫اليقين لا يزال بالشك‬ terperinci
__________.
Nyatakan contoh ragu-ragu
2. Apakah yang dimaksudkan terhadap perbuatan yang
dengan SYAK _______. dilakukan

3. Dalam isu bilangan rakaat di
dalam solat, seseorang yang
berasa syak tentang bilangan
rakaat solatnya maka
hendaklah dia menghilangkan
syak dengan mengambil
pendapat yang paling
________ .

14  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH ketiga

KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
E - B O O K _ M P U 2 3 0 5 2

‫المشقة تجلب التيسير‬

Kesukaran itu menarik kemudahan

PENGERTIAN KAEDAH

Apabila terdapat sesuatu kesusahan
dalam melaksanakan perintah Allah,
maka perintah itu diringankan.

RUKHSAH

Keringanan yang diberikan ini

dinamakan RUKHSAH. Kesukaran

(masyaqqah) yang dimaksudkan di

sini ialah masyaqqah yang

melampaui had biasa dan tidak

mampu ditanggung oleh manusia DALIL KAEDAH

pada kebiasaannya, bahkan boleh

memudharatkan diri.

Antara lain bermaksud, apabila Kaedah asas ketiga ini berdasarkan dalil-dalil
daripada al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW iaitu :
terdapat sesuatu kesusahan atau

kesulitan dalam menunaikan dan Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat
185:
melaksanakan perintah Allah, Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
perintah itu diringankan tidak seperti menanggung kesusahan”.

asalnya. Berdasarkan kaedah

tersebut terbentuknya semua hukum

rukhsah atau keringanan dalam

syariat Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 78:
Maksudnya : “… dan Dia tidak menjadikan kamu
SEBAB BERLAKUNYA menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
RUKSHAH dalam perkara agama…”

Tujuh sebab-sebab keringanan atau Hadith daripada Abu Hurairah RA :
rukhsah iaitu musafir, sakit, terpaksa,
lupa, kejahilan, umum al-balwa dan Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW
kekurangan.
bersabda: “Sesungguhnya kamu dibangkitkan

dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan kamu

dengan kesusahan”. (HR Tirmizi)

Manakala rukhsah mencakupi tujuh

jenis hukum iaitu pengguguran, Berdasarkan dalil-dalil di atas, ia menunjukkan
bahawa syariat Islam itu mudah dan pembinaan
pengurangan, penggantian, hukumnya juga diasaskan atas konsep mudah dan
senang dilaksanakan.
pendahuluan (taqdim), penangguhan

(ta’khir), kelonggaran (tarkhis) dan

perubahan.

15  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

APLIKASI KAEDAH

1.

Aplikasi kaedan ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan adalah
tertakluk kepada prinsip-perinsip syariat dan tujuan-tujuannya.

2.

Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian
saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut:

Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan
hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan
rukhsah terpakai.

Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan
manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai
konsep rukhsah.

Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila
sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia
terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.

Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk
kerukhsahan adalah berkuatkasa selama mana kesukaran
tersebut masih berlaku.

Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkansegala
bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi
mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.

Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu.
Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes yangn boleh
memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah,keturunan dan
harta manusia.

Pengukuhan

16  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH
‫المشقة تجلب التيسير‬

KESUKARAN
Sesuatu yang melampaui had biasa dan tidak
mampu ditanggung oleh manusia pada
kebiasaannya, bahkan boleh memudharatkan
diri
Apabila terdapat sesuatu KESUSAHAN dalam
melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu
DIRINGANKAN

KERINGANAN
Kemudahan dan keringanan yang diberikan oleh
Allah SWT kepada hambanya dengan sebab:

Musafir
Sakit
Terpaksa
Lupa,
Kejahilan,
Umum al-balwa
Kekurangan

17  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH KEEMPAT

E-BOOK_MPU23052 KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
SEPTEMBER 2021

PENGERTIAN ‫الّض َرُر ُيَزاُل‬
KAEDAH
Kemudharatan itu harus dihilangkan

Sesuatu yang mudharat yang terjadi atau perkara yang mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan.

Jesteru itu tidak boleh melakukan kerosakan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri

sendiri dan orang lain.

Menurut al-Sheikh Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariry di dalam kitabnya al-Madkhal ila
al-Qawa’id al-Fiqhiyyah bahawa menghilangkan kemudharatan itu terbahagi kepada tiga
cara iaitu :

Menjauhkan kemudharatan yang bermula dari permulaannya.
Wajib menghilangkan kemudharatan apabila ia berlaku.
Menolak kemudharatan mengikut kemampuan.

DALIL KAEDAH
DARIPADA AL-QURAN




Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 56 :
Maksudnya : “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah s.w.t
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya…”

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 64 :
Maksudnya : “…sedang Allah s.w.t tidak suka kepada orang-orang yang melakukan
kerosakan”.

Pengukuhan DALIL KAEDAH
DARIPADA AL-HADITH




Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA :

Maksudnya : “Tidak ada bahaya dan tidak ada yang membahayakan”.

Al-Imam al-Suyuti mengatakan bahawa kaedah ini adalah sangat luas
dan mencakupi sebahagian besar masalah fiqh kerana semua taklif
(tanggungjawab) syara’ dibina atas dasar mencegah kemudharatan dan
bahaya.

18 |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

APLIKASI KAEDAH

01 Kaedah kemudaratan
hendaklah dihilangkan atau
Andai kita melihat 02 ditiadakan adalah sangat
pengurusan kehidupan 03 berpengaruh dalam kehidupan
manusia pada hari ini telah manusia. Kemajuan sains,
menjadi bukti kukuh teknologi dan kejuruteraan
bahawa ciptaan sains, banyak membantu kehidupan
teknologi dan kejuruteraan manusia menjadi lebih mudah,
telah banyak membantu selesa, cepat dan melampaui
menghilangkan kesukaran norma kehidupan biasa
dan kemudaratan dalam
hidup manusia. Sebagai contoh hubungan
manusia di mana jua berada
Namun begitu pelbagai menjadi dekat dengan
masalah timbul berpunca bantuan medium
daripada kerapuhan iman. telekomunikasi dan ICT.
Akibatnya ciptaan teknologi Kemudaratan yang timbul
dan kejuruteraan sekadar sebelum wujudnya
memudahkan sementara peralatan tersebut telah
hidup manusia. dihapuskan. Malah
kehidupan manusia
04 bertambah maju dan selesa.

19  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH FIQH DALAM PERUBATAN

‫الّض َرُر ُيَزاُل‬

1. Dalam bidang perubatan, antara tujuan utamanya adalah
untuk menghilangkan kemudharatan kepada diri sendiri
dan dalam masa yang sama tidak memudaratkan orang
lain

Contoh

Vaksin perlu diambil oleh bayi bagi mengelakkan mudarat
ke atas bayi tersebut dan mudarat yang mungkin
menimpa bayi lain, kesan daripada bayi tersebut yang
tidak mengambil vaksin.

2. Keadaan darurat itu ditentukan mengikut kadarnya
sahaja

Contoh

Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mendedahkan
auratnya kepada orang lain, namun ketika menerima
rawatan, seseorang itu dibenarkan untuk mendedahkan
auratnya mengikut kadar keperluan untuk merawat
sakitnya sahaja.

3. Apabila berlaku kemudaratan, maka wajib dihilangkan
kemudaratan tersebut.

Contoh

Jika seseorang itu disahkan oleh para doktor bahawa
mempunyai ketumbuhan di bahagian tertentu di dalam
tubuh badannya yang boleh memberikan kemudharatan
kepadanya, maka wajib dibuang ketumbuhan itu daripada
tubuh badan pesakit tersebut.

20  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KAEDAH KELIMA




‫الَع اَدة ُم َحّكَم ٌة‬

PENGERTIAN KAEDAH Adat dijadikan sebagai rujukan hukum

Adat bererti berulangnya sesuatu berkali-kali dan menjadi
kebiasaan sehingga mantap ia di dalam jiwa manusia dan
dapat diterima.

Adat juga dikenali sebagai ‘uruf. Jika sekiranya adat atau
‘uruf itu bercanggah dengan nas maka ia akan ditolak
seperti adat Jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki
mewarisi atau mengahwini bekas isteri bapanya).

‘Uruf pula bermaksud sesuatu yang telah dikenali oleh manusia
atau masyarakat dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya
sama ada perkataan, perbuatan dan perkara-perkara yang
mereka tidak lakukan.

Adat dan ‘uruf ini boleh menjadi hakam atau tempat rujuk bagi
mensabitkan hukum syara’ dengan syarat tidak terdapat nas
bagi hukum yang hendak disabitkannya. Hal ini kerana apabila
ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas tersebut itu dan
tidak harus lagi beramal dengan adat.

DALIL KAEDAH
DARIPADA AL-QURAN

Firman Allah SWT dalam
surah al-A’raf ayat 199

Maksudnya : “Terimalah apa yang Firman Allah SWT dalam
mudah dilakukan, dan suruhlah surah al-Nisa’ ayat 19
dengan perkara yang baik, serta
berpalinglah (jangan hiraukan) orang- Maksudnya :“…dan bergaullah
orang yang jahil (yang degil dari kamu dengan mereka (isteri-isteri
kejahilannya)”. kamu itu) dengan cara yang baik…”.

21  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

APLIKASI KAEDAH

Kaedah ini amat besar peranannya
dalam pengurusan manusia. Setiap

kajian dalam sains, teknologi dan
kejuruteraan dibenarkan

menggunakan kaedah ini bagi
tujuan sumber rujukan untuk
membuat keputusan.




Para saintis, teknokrat dan Kebiasaan yang diterima
jurutera tidak dapat tidak perlu umum dan satu kelaziman
yang meluas belum cukup
menjadikan nas syarak dan
prinsip-prinsip utama syariat menjadi sandaran untuk
menghasilkan bahan rekaan
serta tujuan-tujuan syariat
sebagai sumber teras dalam dan teknologi baru, andai
kata impak buruknya lebih
membuat penyelidikan.
besar.


Pengukuhan
22  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

TAMBAHAN ADAT & URUF
MENURUT ULAMA'

ADAT

Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang
ramai atau segolongan dalam kalangan
mereka

Sesuatu perkara yang berulang-ulang menurut
kebiasaan segolongan orang mengikut cara
tertentu dan dapat diterima oleh akal manusia
Sesuatu perkataan atau perbuatan yang
dilakukan berterusan oleh manusia atau secara
berulang-ulang yang mana ia boleh diterima
secara logikal.

URUF
Perkataan dan perbuatan yang merupakan
perkara rutin dalam diri manusia yang boleh
diterima akal dan diterima oleh tabiat semula
jadi yang sejahtera

Sesuatu perkara yang berulang-ulang, menurut
kebiasaan segolongan orang mengikut cara
tertentu dan dapat diterima oleh akal manusia

Sesuatu yang telah diketahui umum dan menjadi
rutin mereka sama ada dalam ucapan atau
perbuatan.

23  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

THEATRE HUNT
KEMBARA ILMU

ARAHAN : ANDA SEDANG DALAM PERJALANAN MENUJU KEM SAINTIS MUDA DI KUALA LUMPUR. SEBELUM
SAMPAI KE DESTINASI ANDA PERLU MENYELESAIKAN TUGASAN INI. SILA LENGKAPKAN JADUAL DI BAWAH
BERSAMA DENGAN RAKAN PASUKAN BERDASARKAN PEMAHAMAN DARIPADA PEMBELAJARAN YANG LEPAS.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA BERSAMA DENGAN PENSYARAH MASING-MASING. SELAMAT JALAN.

KAEDAH FIQH SUSUNAN MAKSUD

CHECK POINT 1

24 |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

CHECK POINT 2

Checklist

Alhamdulillah perjalanan anda hampir smpai ke destinasi.
Mari berehat sebentar di Check Point ini. Sambil berehat jom kita semak
pernyataan ini sama ada BETUL (/) atau SALAH (X). Baru boleh meneruskan

perjalanan ke Kem Sainstis Muda.

Saintis, teknokrat dan jurutera perlu menggunakan ilmu
kaedah fiqh untuk menyelesaikan persoalan dan
menentukan hukum bagi isu-isu sains dan teknologi yang
bersifat semasa.

Keharusan penggunaan vaksin sebagai usaha pencegahan
penularan virus covid 19 ditentukan dengan merujuk
kepada kaedah fiqh yang bersumberkan al quran dan hadis.

Kaedah fiqh juga digunakan untuk mencari penyelesaian
berhubung isu-isu yang berkaitan dengan persoalan
akidah.

Perkembangan sains teknologi hari ini perlu
seiring dengan disiplin ilmu barat yang jauh lebih
maju dalam memenuhi keperluan manusia.

Peranan Kaedah Fiqh adalah membantu
kehidupan manusia menjadi lebih mudah
dan selamat.

25  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

SOLUSI KEHIDUPAN

C H E C K P
O I N T 3

BERDASARKAN ISU SEMASA TERSEBUT, SILA RUNGKAIKAN DAN CADANGKAN
PENYELESAIAN DENGAN MERUJUK KEPADA 5 ASAS KAEDAH FIQH

APAKAH ISUNYA

Nyatakan fakta-fakta yang yang anda
ketahui berkaitan dengan isu

PUNCA PERMASALAHAN

Nyatakan punca atau pun situasi yang
menyebabkan tindakan menidurkan
pesakit dilakukan.

KAEDAH FIQH YANG BERKAITAN PENYELESAIAN

Nyatakan kaedah fiqh yang boleh dikaitkan Cadangkan penyelesaian yang relevan dan
dalam menentukan hukum kepada wajar
permasalahan yang berlaku

PENGAJARAN

Nyatakan nilai positif yang dipelajari daripada isu yang diperbincangkan.

26 |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Kem Saintis
Muda

"SERONOKNYA MENEROKA"

SELAMAT DATANG KE DESTINASI
TAHNIAH kerana anda terpilih sebagai peserta

Kem Saintis Muda 2021 anjuran Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

Kementerian Pengajian Tinggi

TARIKH : 15 OKT HINGGA 18 OKT 2021
TEMPAT : JANDA BAIK


Selamat Berprogram

Thank you for your support!

27 |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Meneroka isu-isu kontemporari

KIT
SAINTIS
MUDA

UPenntugkajaran & Pembelajaran
Interkatif & Kolaboratif

T E K N" SOALIONGSI HMAARSIAI NHIAADDAAPLAANH"

28  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KITSeronoknya meneroka !!
SAINTIS MUDA

Sumbang Saran (PBL)

Golongan anti vaksin semakin lantang menyuarakan pandangan dan cuba mempengaruhi orang ramai
untuk menolak penggunaan vaksin dalam usaha memutuskan rantaian penularan covid 19. Selain itu
penggunaan ubat Ivermectin juga telah mempengaruhi segelintir masyarakat kerana dipercayai dapat
menyembuhkan wabak covid 19. Sekiranya anda seorang fronliner (kakitangan kesihatan, keselamatan,
pendidik dan sebagainya) bincangkan dalam kumpulan bagaimana anda berhadapan dengan
golongan ini dalam usaha membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan.
Berikan penjelasan tentang keharusan penggunaan vaksin berdasarkan kaedah fiqh yang anda pelajari.

PENGGUNAAN VAK#SVINakDsAinRCI PoEvRidSPEK#TIVFaISkLsAinMLaiInnfo#MgernagafpiaksaFyaapekrtluavaksin

Uji Minda_Superbest Ketahui Isu Vaksin?

https://forms.gle/4aRyC4g6RyJmPWD96 Perbincangan kaedah fiqh

hsctthposo:/l//uwgwc/ws.ptorroyp.prohfps?.ctoitmle/=qlautiizh--tubi- Isteri vaksin tanpa izin suami
superbest-2

hsctthposo:/l//uwgwc/ws.ptorroyp.prohfps?.ctoitmle/=qmuzizm-xntkzoq4loc

Batal puasa vaksin bulan Ramdhan?

Penerapan Nilai

1. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam menghadapi ujian.
2. Islam mempunyai jalan penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan semasa.
3. Penggunaan teknologi perlu dipandu dengan ajaran agama.

29  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

MARI UJI KEFAHAMAN
ANDA

JOM
MAIN
SAMBIL
BELAJAR!

30  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Seronoknya meneroka !!

CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

JURUTERA
GENIUS

Sca
n
M
e

https://wordwall.net/ms/resource/
22220816/jurutera-genius

31  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Cari Perkataan Tersembunyi

Jawab soalan di bawah dengan mencari perkataan tersembunyi bagi jawapan
melibatkan kaedah fiqh

E L ENHANT P
S GMU S A F I R
L I ONNC L AN
BRN I UDHND
HASHKUR TA
S F EAU I A I E
RYYYHERKY
Z EAEADEAR
NUS K F I R SW

SOALAN

Maksud ragu-ragu
_______ tidak dapat dihilabgkan dengan keraguan
Maksud keringanan
Maksud kesukaran
2 Sebab berlakunya rukhsah
Maksud mengembara
Lawan bagi sihat

32  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

CARI PASANGAN

CARI MFIAQKHNYAABNAGGDI
SIPEETLIAAPJAKRAIEDAH

Seronoknya meneroka !!

Sca
n
M
e

https://wordwall.net/ms
/resource/22709907

33  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Seronoknya meneroka !!

CARI KELUARGA SAYA

https://wordwall.net/ms/
resource/22710955

Sca
n
M
e

34  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Meneroka isu-isu kontemporari

KIT

DISKUSI

ILMIAH

Untuk
Pengajaran & Pembelajaran
Interkatif & Kolaboratif

T E K N" SOALIONGSI HMAARSIAI NHIAADDAAPLAANH"

35  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

KIT CONTOH APLIKASI KAEDAH FIQH
DISKUSI ILM
IAH

KAEDAH PERTAMA

Vaksinisasi Covid-19
Pesakit Covid-19 ditidurkan untuk
bantu pernafasan
niat/tujuan untuk menyelamatkan
nyawa maka dibolehkan menidurkan
pesakit covid 19

KAEDAH KEDUA

Penggunaan ivermectim (teknologi
menggantikan vaksin) yang belum diyakini
keberkesanannya.
Penghasilanprodukmakanandaripadaketum

KAEDAH KETIGA "Mari bincangkan isu
semasa covid 19
Solat jamak bagi petugas barisan hadapan berdasarkan
Covid-19
Samak menggunakan kaedah lap atau vakum kaedah fiqhiyyah"
ibu dipaksa mengeluarkan bayi lebih awal
dari tempoh matang kandungan untuk tujuan
menyelamatkan nyawa

KAEDAH KEEMPAT sesuatu hukum itu
berubah mengikut
Menyelamatkan ibu atau anak yang zaman
dijangkiti Covid-19
Parental control gajet untuk anak-anak
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
untuk menyelamatkan nyawa

KAEDAH KELIMA

Norma baharu menggunakan
medium/aplikasi atas talian –
mesyuarat, pengajaran &
pembelajaran, aktiviti webinar
Pembelian barang atas talian.

36 |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

BELAJAR DARI TOKOH Rilek
ILMUAN ISLAM Minda

AL JAZARI AL BATANI
AL BATTUTAH AL KHAWARIZMI

AZ -ZAHRAWI

AL BIRUNI

SAINTIS & JURUTERA HEBAT SEPANJANG ZAMAN

37  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

Kamus Istilah

Fiqh Ilmu berkenaan hukum-hakam syarak yang bersifat
amali atau praktikal yang diambil dari dalil-dalil
Dalil tafsili (bersifat juz’i)

Rukhsah Keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran,
terutama yg berdasarkan ayat-ayat Quran dan
hadis)

Kemudahan dan keringanan

Maqasid Tujuan atau makna yang dikehendaki syarak yang
syariah mesti diusahakan untuk dicapai

Mukallaf Orang yg telah cukup umur yg wajib melaksanakan
perintah Allah

Syak Rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga,
sangsi, waswas

Masyaqqah Melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung
oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh
Uruf memudharatkan diri

Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan, mereka
mematuhinya sama ada perkataan dan perbuatan

38  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

RUJUKAN

1. Mohd. Saleh Haji Ahmad (1999). Pengantar Syariat Islam.
Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid

2. Abdul latif Muda (2000). Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam



3. Mualimin Mochammad Sahid, Fettane Amar & Ahmad Syukran
Baharuddin. Aplikasi Kaedah-Kaedah Fiqh Dalam Isu-Isu
Semasa Pandemik Covid-19 (2020) Diakses dari
https://www.researchgate.net/publication/348860297

4. Khairina Gustia Usman & Normadiah Daud. Ibu Tumpang
Menurut Sains dan Ulama Kontemporari (2017) Diakses dari
http: //www.inspire.unisza.edu.my

5. https://muftiwp.gov.my



39  |  UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


Click to View FlipBook Version