MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Topik 5
KAEDAH FIQH DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Disusun oleh :
Engku Razinawaty binti Engku Chik
Politeknik Kota Bharu
5.1 Memahami Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan
5.1.1 Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh
Kaedah Fiqh Kaedah Fiqh
• Bahasa : • Bahasa : suatu • Koleksi kaedah
Tapak, asas kefahaman utama yang
rumah dan bersifat umum
prinsip bagi
menyelesaikan
isu-isu tertentu
5.1.2 Membincangkan peranan Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan
Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan
kejuruteraan
•Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum
memulakan penyelidikan.
•Setiap persoalan yang baru dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada
kaedah fiqh bagi menentukan hukumnya.
Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang
melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan
•Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera mengenal pasti isu dalam
operasi mereka untuk diselesaikan.
•Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini bagi
menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.
Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains,
teknologi dan kejuruteraan
•Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat sesuai untuk menjawab segala
persoalan sampingan yang timbul dalam sains, teknologi dan kejuruteraan.
5.1.3 Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh yang bertepatan dengan Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
1
• Setiap sesuatu itu bergantung kepada tujuannya
• الامور بمقاصدها
1. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau
hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.
2. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan un
tuk ibadat. Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat dan sebahagian yang
lain untuk tujuan tertentu.
3. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al-Khattab yang bermaksud :
انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرء ما نوى
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".
Maksud Niat dan Kepentingannya
1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat, berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah
kepada seseorang atau kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada mendapat darjat amalan soleh atau amalan
toleh, mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal, mendapat balasan syurga
atau mendapat status reda Allah swt.
Perbincangan Kaedah
1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah swt tidak perlukan niat kerana ia sudah dimaklumi berbeza
dengan yang lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagi penentuan klasifikasinya seperti berniat solat
fardu bagi membezakan dengan solat sunat atau niat solat zohur bagi membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti nazar dan kaffarat atau sunat contohnya puasa.
4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadat atau bernilai di sisi
Allah swt dengan memenuhi syarat-syarat berikut :
i. Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak.
Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan dan membantu kerja manusia.
ii. Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di atas hendaklah disusun dengan baik
dan menepati kualiti syarak dan semasa.
Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampu menjadikan kerja tersusun dan efektif.
iii.Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaimana yang diminta oleh tujuan
syariat.
Contohnya menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam menghasilkan kenderaan
berbanding untuk tujuan keuntungan.
2
• Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak
• اليقين لا يزال بالشك
1. Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan.
Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal.
Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohur, maka tiada
sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohurnya. Meskipun dia merasa syak atau ragu
tentang rakaatnya samada dua atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu
hanya menambah dua rakaat sahaja.
2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula
bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.
3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-
wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
4. Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah swt dalam surah Yunus : 36.
“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan
itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”.
Perbincangan Kaedah
1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuat
u perkara. Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.
2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan oleh syaitan dan asas keyakinan yang tidak
kukuh. Gangguan-gangguan yang datangnya daripada kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan jahat syaitan
menjadikan sesuatu perkara tidak pasti. Inilah punca pendirian manusia kerap berubah dan berlakunya pergeseran
sesama manusia.
3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah ini menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang
dimiliki secara benar mampu menghasilkankeputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.
4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan atau cuba untuk memperdayakan saintis dengan
hasutan kebendaan, kemahsyuran dan keuntungan pasti menjadi kekangan mereka menghasilkan rekaan, ciptaan
dan penyelidikan yang terbaik.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa segala usaha mereka adalah memenuhi
tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di samping itu hasil kerja
mereka dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.
3
• Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
• المشقة تجلب التيسير
1. Mashaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada
beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
2. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan barlaku dalam melaksanakan kewajipan di dunia sehingga menimbulkan
kemudaratan bagi terlaksananya kewajipan tersebut.
3. Contohnya puasa dalam bulan ramadan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga
menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa.
4. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah swt dalam surah al-Baqarah : ayat 185
َو َما َجعَ َلَ َعلَ ۡي ُك َۡم فِ َى ٱل ِدي َِن ِم َۡن َح َر َج
Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama
Perbincangan Kaedah
1. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan ialah :-
i. Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur
baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.
ii. Jahil
Kejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia. Atau
kejahilan juga bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar. Namun diketahui selepas berlakunya
sesuatu perkara tersebut.
iii. Sakit
Kesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan.
Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia
berwuduk.
iv. Musafir
Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai
urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan
solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardu secara penuh.
v. Kelupaan atau terlupa
Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa
tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa.
vi. Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk
menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.
vii. Umumul Balwa
Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya
percikkan tanah merah yang mengenai pakaian.
Kekurangan
Umumul Jahil
Balwa
SUKAR
Paksaan Sakit
Terlupa Musafir
2. Konsep Rukhsah [Kelonggaran] yang dibenarkan oleh syarak merangkumi perkara-perkara berikut :-
i. Pengguguran
Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan
meninggalkan puasa ramadan disebabkan kesakitan yang berat.
ii. Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu
perkara. Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.
iii. Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya
bertayyammum untuk menggantikan wuduk.
iv. Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang
tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zohur atas sebab musafir.
v. Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran.
Contohnya melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.
Pengguguran
Pengurangan
Penggantian
Pendahuluan
Penangguhan
Aplikasi Kaedah
1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan
tujuan-tujuannya.
2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian bagi saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti
berikut :-
i. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang
membolehkan rukhsah terpakai.
ii. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk
menggunapakai konsep rukhsah.
iii. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh
manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.
iv. Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk kerukhsahan adalah berkuatkuasa selama mana
kesukaran tersebut masih berlaku.
v. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain
diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.
vi. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-
kes yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.
vii. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera
dalam menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan
hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran.
4
•Kemudaratan hendaklah dihilangkan
•الضرر يزال
1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya
kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.
2. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah saw yang dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan”.
3. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain
dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak
lain yang boleh memberikan kemudaratan.
4. Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak buruk atau negatif menurut perspektif agama di
samping sedikit sistem nilai dan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.
5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi
etika ini akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia. Fesyen pakaian yang pelbagai merupakan
suatu kemaslahatan kepada konsep menghayati kecantikan dan keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang
boleh memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun masyarakat mengiktiraf fesyen tersebut,
dianggap haram oleh Islam.
Perbincangan Kaedah
1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan
manusia. Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan manusia menjadi lebih
mudah, selesa, cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.
2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari ini telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains,
teknologi dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup
manusia.
3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada menjadi dekat dengan bantuan medium telekomunikasi
dan ICT. Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan tersebut telah dihapuskan. Malah kehidupan
manusia bertambah maju dan selesa.
4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan kawalan iman dan akhlak menyebabkan
kecanggihan tersebut telah disalahguna untuk mengaut keuntungan. Kerosakan akhlak dan krisis amalan untuk
bekalan selepas mati telah menerjah masuk dalam hidup manusia. Akibatnya ciptaan teknologi dan kejuruteraan
sekadar memudahkan sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir serta kos membendung dan merawat
penyakit yang timbul daripadanya berganda-ganda beratnya.
5. Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu
yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.
6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan
syarat tiada doktor wanita yang boleh merawatnya.
7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya.
Contohnya seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang bahayanya sama walaupun berbeza bentuk.
Penggunaan arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan biasa masih dihukumkan
haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka
penggunaan itu dibenarkan.
8. Melalui kaedah ini, “menolak kerosakan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikan”. Kaedah ini
menuntut apa jua program dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah lebih mendahulukan
tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan. Ini bermakna para saintis, teknokrat dan jurutera
hendaklah menjadikan penyelidikan mereka bagi menghapuskan kesukaran dan kemudaratan berbanding nilai
kebaikan serta keselesaan.
9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera
tentang pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari kebaikan. Tiada istilah kerana kepentingan
manusia segala perkara menjadi halal. Konsep kemudaratan dan kesukaran serta kebaikan sewajarnya diberikan
makna yang sebenar berasaskan panduan Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.
5
• Adat dijadikan sebagai rujukan hukum
• العادة محكمة
1. Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk
kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan
atau perbuatan atau sesuatu yang tidak dilakukan.
2. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu
isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka
penggunaan kaedah ini akan terbatal.
3. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu :-
3.1 Adat Am Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang
memberi maksud tertentu. Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan
bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama lain.
3.2 Adat Khusus Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau
negeri atau di kalangan golongan tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk kepada
kepandaian dan kecendekiawan seseorang.
3.3 Adat Sahih Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau
menghalalkan yang haram atau tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya pemberian hantaran dalam majlis
perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin. Hanya seorang sahaja antara
pembeli atau penjual yang melafazkan aqad jual beli.
3.4 Adat Fasid atau Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip
Rosak syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau
menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya menjual barang secara
bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.
Perbincangan Kaedah
1. Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains, teknologi dan
kejuruteraan dibenarkan menggunakan kaedah ini bagi tujuan sebagai sumber rujukan untuk membuat keputusan.
2. Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang
mampu menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta menepati kehendak syarak atau tidak
bertentangan dengan prinsip syariat seharusnya menjadi bahan perbincangan khusus sebelum sesuatu operasi
penyelidikan dibuat.
3. Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup menjadi sandaran untuk
menghasilkan bahan rekaan dan teknologi baru, andaikata impak buruknya lebih besar.
4. Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan
melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama
syariat serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan.
6. Antara syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah :