The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menceritakan tentang satu rukun yang sering diabaikan dalam solat iaitu tamakninah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by engkuraziha, 2022-11-21 21:27:19

tamakninah

Buku ini menceritakan tentang satu rukun yang sering diabaikan dalam solat iaitu tamakninah.

Keywords: tamakninah

TAMAKNINAH

Biasanya kita mendengar perkara yang
wajib dalam solat ialah bertakbir,

membaca al-Fatihah, rukuk, sujud dan
sebagainya. Namun antara perkara
wajib yang sering diabaikan ialah
tenang dalam solat @ tamakninah!

APA?

Tamakninah dalam bahasa mudah
bererti ‘bertenang’ (orang putih
sebut ‘ease’), berhenti sebentar,
diam, tidak bimbang, tidak resah
mahupun gusar.

3

Manakala dari segi istilah fiqh

pula tamakninah bererti

kestabilan atau penetapan
sejenak anggota badan pada
satu masa sekadar sebutan

‘subhanallah’.

4

HUKUM

Mazhab Syafie, Maliki & Hanbali
•WAJIB, tidak sah jika

ditinggalkan
Mazhab Hanafi
•Solat sah tapi berdosa

5

‫‪“Sabda Rasulullah SAW :‬‬

‫إِ َذا قُ ْم َت إِلَى ال َّص ََل ِة فَ َكبِّ ْر ثُ َّم ا ْق َرأْ َما تَيَ َّس َر َمعَ َك ِم ْن‬
‫ا ْلقُ ْرآ ِن ثُ َّم ا ْر َك ْع َحتَّى تَ ْط َمئِ َّن َرا ِكعًا ثُ َّم ا ْرفَ ْع َحتَّى‬
‫تَ ْعتَ ِد َل قَا ِئ ًما ثُ َّم ا ْس ُج ْد َحتَّى تَ ْط َمئِ َّن َسا ِج ًدا ثُ َّم ا ْرفَ ْع‬
‫َحتَّى تَ ْط َمئِ َّن َجا ِل ًسا ثُ َّم ا ْس ُج ْد َحتَّى تَ ْط َم ِئ َّن َسا ِج ًدا ثُ َّم‬

‫ا ْفعَ ْل َذ ِل َك فِي َص ََلتِ َك ُك ِلِّ َها‬

‫‪6‬‬

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi s.a.w. masuk ke dalam masjid.
Ada seorang lelaki juga masuk ke dalam masjid lalu solat. Selepas itu, dia datang dan

memberi salam kepada Nabi s.a.w. Baginda menjawab salamnya lalu berkata,

“Pergilah, ulangi solatmu kerana kamu masih belum solat.” Lelaki itu kemudian
mengulangi solatnya kemudian kembali bertemu dengan baginda dan memberi salam.
Baginda kemudian berkata lagi, “Pergilah, ulangi solatmu kerana kamu masih belum
solat.” Baginda memerintahkannya sehingga tiga kali lalu lelaki itu berkata, “Demi Zat
yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak mampu melakukan solat yang lebih

baik daripada ini. Ajarlah aku.” Baginda bersabda, “Jika kamu solat, maka
bertakbirlah lalu bacalah ayat yang mudah dari al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga
benar-benar rukuk, lalu bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah

sehingga kamu benar-benar sujud. Lakukanlah seperti ini dalam seluruh solatmu.”
(Riwayat al-Bukhari)

7

Rasulullah s.a.w. bersabda:
‫ِإ َّن أَ ْس َوأَ النَّا ِس َس ِرقَةً الَّ ِذي يَ ْس ِر ُق َص ََلتَهُ قَالُوا يَا َر ُسو َل ّل َّل ِا‬
‫َو َك ْي َف يَ ْس ِرقُ َها قَا َل ََل يُ ِت ُّم ُر ُكو َع َها َوََل ُس ُجو َد ََا‬
“Seteruk-teruk pencuri ialah pencuri dalam solat.”

Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah,
bagaimanakah mencuri ketika solat? Baginda
menjawab, “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan

sujudnya.” (Riwayat Ahmad)

8

Sabda baginda :
‫يَ ْنلَى ْقُواُلرل َمهُ ِفايََعتلَ ْي ُسِهََ َذُجَاوو َِدس َعلَِّهلَ َم َىو َُ ََحوا ِليُِه َصََ ِلِِّذ ِهي‬:َّ‫نفَِّقََار َلُسو َر َل ُسَّملوَّال ِا ُلََتّرلأََّل ِاَعلَىى َ َرصلَّ َُجغ ْيىَ ِلرالَل ِهُمللَّ ِيُة َعِتلَ َّمُْيم ِه َُحر ََّمُكو ٍدوَسلَّ َعَم َهُصل‬،َ‫أ‬

Nabi SAW melihat seorang lelaki tidak
menyempurnakan ruku’nya dan mematuk di dalam
sujudnya ketika dia sedang solat, maka baginda
bersabda, “Jika orang ini mati dalam keadaannya
seperti itu, dia benar-benar mati tidak di atas agama

Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam “.

9

BILA?

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang
belakang sudah sama dan kedua tangan
memegang kepala lutut, maka sepatutnya
pergerakan kasar sudah terhenti seketika.
Itulah kadar tamakninah.

10

BILA?

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada
keadaan rukuk kembali menegak dan
meluruskan semula tulang belakang seperti
dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri itulah
kadar tamakninah.

11

BILA?

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang
tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan
satu dahi) mencecah lantai, maka semua
pergerakan terhenti ketika ini. Keadaan
tenang itulah kadar tamakninah.

12

BILA?

4. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk

sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak

mungkin berlaku pergerakan anggota
besar, apatah lagi tangan diletakkan di
atas paha. Keadaan setenang itulah
tamakninah yang harus dipatuhi.

13

BILA?

5. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota
sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua
kaki dan satu dahi) mencecah lantai, sebarang
pergerakan terhenti lagi seketika. Keadaan
itulah kadar tamakninah.

14

Sesungguhnya tidak ada makna
sesebuah solat, tanpa

tamakninah. Dengannyalah,
solat jadi indah, khusyuk dicapai

dan kelazatan solat dirasai.

15

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
“…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-
olah kamu melihat-Nya dan apabila kamu

tidak melihat-Nya, maka (yakinlah)
bahwasanya Allah melihat kamu…”

(Hadis riwayat Muslim)

16

Semoga kita semua mampu
merenungkan kembali pengertian solat
dan memperbaiki ibadah ini, mudah-

mudahan kita benar-benar meraih
keagungan hikmah-hikmah solat yang

dijanjikan Allah SWT.
Aamiiiiin.

17

18

Anggota berat yang dimaksudkan itu ialah kedua tangan
hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya
anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti,
maka belum lagi dinamakan tamakninah.

Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada
waktu di persimpangan wajar hentikan kereta
sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi
kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira

tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

19

Menurut imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, hadis
ini menjadi dalil bahawa wajibnya tamakninah dalam solat.

Ini merupakan pandangan mazhab Syafie, Maliki dan
Hanbali.

Kerana itu disunatkan membaca tasbih dalam rukuk dan
sujud sebanyak tiga kali. Salah satu tujuannya agar dapat
mencapai ketenangan dalam pergerakan. Namun, tempoh
minima yang disebutkan ulama untuk tamakninah ialah

sekurang-kurangnya bacaan sekali tasbih.

20

“Ketika hendak mengerjakan solat, bertakbirlah dan
bacalah ayat al Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian
rukuklah sampai benar-benar rukuk dengan tamakninah,
lalu bangkitlah (dari rukuk) hingga kamu berdiri tegak,

setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud dengan
tamakninah, lalu angkat (kepalamu) untuk duduk sampai

benar-benar duduk dengan tamakninah, setelah itu
sujudlah sampai benar-benar sujud, dan lakukan seperti itu

pada seluruh solatmu”
(HR Bukhari dan Muslim)

22


Click to View FlipBook Version