The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Persediaan Penggunaan Bayi (DUE 4013)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yashayusoff02, 2022-04-06 09:01:24

Buku Persediaan Penggunaan Bayi (DUE 4013)

Buku Persediaan Penggunaan Bayi (DUE 4013)

1

Isi Kandungan: Muka Surat
Bil Tajuk 3

1. 1.0-Pengenalan

2. 2.0 -Penjagaan bayi 4 -5
dalam kandungan
5-6
a) Trismeter pertama
7-9
3. b) Trismeter kedua 11-14
c) Trismeter ketiga
15
4. 3.0 Cara-cara 16
mendukung bayi yang 17
baru lahir

4.0 Penjagaan mulut
5. bayi selepas menyusu

atau memberi minum

6. 5.0 Manfaat susu ibu
kepada bayi

7. Penutup

8. Rujukan

2

1.0 Pengenalan

Kehamilan merupakan fasa yang indah dan
dinantikan oleh wanita yang ingin melengkapkan
institusi kekeluargaan. Ibu hamil memerlukan
pengawasan, pemeriksaan kesihatan dan
pengendalian yang rapi, teratur dan berterusan
bermula dari sebaik saja ibu mengetahui dirinya
hamil.Ia adalah kerana semasa hamil.Ibu
mengalami banyak perubahan pada tubuh badan
mereka. Bayi dalam kandungan juga memerlukan
pengawasan yang sama kerana ia mudah
dipengaruhi oleh persekitaran terutama kesihatan
ibu. Masalah kesihatan yang dihadapi oleh ibu hamil
seperti anemia ,hipertensi dan diabetes. Masalah
ini boleh menjejaskan perkembangan serta
pembesaran bayi di dalam kandungan dan boleh
mengancam nyawa ibu tersebut. Pengawasan serta
pengendalian kesihatan ibu yang rapi dan
berterusan dapat memastikan pengesanan awal
masalah akan membolehkan tindakan yang
sewajarnya diambil dengan segera. Selain itu, dapat
mengurangkan morbidity dan mortality dalam
kalangan ibu hamil.Penjagaan semasa hamil juga
membantu ibu menyediakan diri untuk melahirkan
anak dan menyusukan bayi.

3

2.0 Penjagaan bayi semasa di dalam kandungan

Ibu hamil akan mengalami perubahan hormon yang
dipanggil hormon HCG. Hormon kehamilan ini akan
mempengaruhi keadaan ibu hamil seperti muntah,
cepat lelah, kram bahagian perut, perubahan ukuran
buah dada dan akan mengalami ngidam.
Persediaan untuk bergelar ibu perlulah bersedia
sejak awal lagi dan bermula sebelum hamil
lagi.Wanita yang merancang untuk hamil perlu
memastikan kesihatan mereka berada pada tahap
yang baik dan mengamalkan cara hidup
sihat.Terdapat tiga trimester untuk ibu
mengandung.Setiap trimester mengambil tempoh 3
bulan dan jumlah masa trimester adalah 9 bulan

A) Trimester pertama ialah tempoh dimana janin
masih baru dan terdedah kepada risiko keguguran
pada masa itu janin belum terbentuk sepenuhnya.
Antara tips menjaga kandungan trimester adalah
wanita hamil perlu mengamalkan makanan
tambahan seperti makanan yang kaya dengan
karbohidrat seperti roti, nasi dan jenis-jenis bijirin
untuk memberikan tenaga kepada ibu. Kemudian
makanan yang mengandungi protein seperti ikan,
daging dan telur bagi pertumbuhan dan pembinaan
tisu tubuh bayi dan ibu.Ibu hamil juga memerlukan
vitamin untuk mencegah penyakit pada janin dalam
kandungan. Seterusnya, ibu hamil tidak terlalu
banyak buat aktiviti lasak kerana akan mengalami
keguguran jika ibu hamil melakukan

4

kerja-kerja berat.Selain itu,ibu hamil perlu mengawal
emosi dan tidak terlalu stress. Secara
umumnya,wanita yang hamil akan memiliki emosi
yang sensitif dan mudah tersinggung. Maka itu,ibu
hamil perlu mempersiapkan diri supaya banyakkan
bersabar dengan hal tertentu dan tangani stress
dengan berhemah. Akhir sekali,ibu hamil perlu
merujuk angka jika ada masalah kandungan
trismester pertama dan jangan mengambil ubat
tanpa kebenaran angka kerana boleh
memudaratkan kandungan ibu.

B) Pada trismeter kedua pula,keadaan ibu hamil
semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz
badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
Kemudian,rasa sakit di payu dara juga semakin
berkurangan kerana hormon sudah stabil. Ibu hamil
digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh
membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil
dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh
senaman terbaik ialah berenang, berjalan dan yoga
untuk mengekalkan fleksibiliti otot. Semasa
hamil,ibu akan mengalami sakit pinggang dan sakit
belakang badan. Oleh itu,pastikan ibu duduk dengan
tulang belakang sentiasa tegak agar dapat
mengurangkan sakit belakang. Pada masa ini juga,
ibu mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak
minum air,makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ibu hamil perlu memlilih baju yang longgar dan
selesa untuk dipakai sepanjang hari dan senang
untuk bergerak.Ibu hamil akan dapat penyakit

5

anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada
mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin
rendah,ibu perlu makan suplemen zat besi dan jika
teruk ibu akan perlu tranfusi darah. Kekurangan
kalsium boleh menyebabkan masalah seperti
kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan
osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium
yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh
minum susu, ambil suplemen kalsium kerana
keperluan kalsium ibu amat penting untuk
kandungan ibu dan penting juga kepada bayi.

C) Trismeter ketiga ini akan menyebabkan saiz
badan ibu hamil semakin membesar.Ibu akan
berasa lebih panas,tidur dan tidak selesa,kerap
buang air kecil dan sakit pinggul kerana otot mula
meregang untuk proses bersalin. Ibu hamil perlu
mengetahui latihan teknik pernafasan untuk
mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Ibu hamil
akan mengalami penurunan selera makan, jika tidak
berselera perlu mengambil makanan yang
berkhasiat. Tetapi jika terlalu berselera,ambil
makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan
risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.Ibu hamil
akan mengalami kekejangan kaki dan bengkak kaki
dan kebas tangan disebabkan water retention.
Kebas ini boleh dikurangkan dengan membuat
senaman tangan.

6

3.0 Cara-cara mendukung bayi yang baru lahir

1. Kita perlu beri perhatian kepada bayi baru lahir
terutama kepada ubun-ubun (bahagian lembut di
atas kepala bayi) kerana bayi yang baru lahir tidak
mempunyai otot leher yang kuat.

2.Seterusnya, jika kita mahu mengangkat bayi yang
bayi yang lahir,tangan perlu menyelitkan di bawah
kepala dan leher bayi serta sebelah tangan yang
lain perlu letak di bawah punggung bayi.Ibubapa
perlu membengkokkan lutut mereka untuk
melindungi belakang dan boleh elakkan daripada
terjatuh.

7

3. Sebaik sahaja kita dapat pegangan yang
baik,angkat bayi dengan perlahan-lahan dan bawa
bayi ke arah dada kita sambal meluruskan kaki.

4. Pastikan kepala bayi itu bersandar pada dada
kita,kemudian alihkan tangan kita bawah badan bayi
untuk menyokong punggung bayi kearah lehernya.

8

5. Perlahan-lahan mengangkat bayi dan betulkan
kedudukan bayi itu sehingga kepala bayi terletak di
lekok tangan kita sambil menyokong leher bayi.

6. Posisi memegang bayi ini dapat melihat bayi
dengan wajah yang ceria dan boleh menyanyi lagu
yang menarik perhatian bayi itu.

9

4.0 Penjagaan mulut bayi selepas menyusu atau
memberi minum.

1. Sediakan peralatan bayi yang secukupnya seperti
berus gigi khusus untuk bayi yang mudah digunakan
dengan memakainya pada jari telunjuk dan boleh
guna kain kasa atau lampin bersih yang dililitkan di
jari. Pastikan kita menunggu lebih kurang 30 minit
selepas bayi menyusu untuk mengelakkan bayi
termuntah.

2.Pastikan kita mencuci tangan dengan sabun
dengan air sebelum membersihkan mulut bayi
supaya tiada sebarang kuman yang dijangkiti di
mulut bayi itu.

10

3. Seterusnya,balutkan kain kasa di sekeliling jari
kita dan basahkan kain itu dengan air untuk mulut
bayi.

4. Baringkan bayi di atas ribaan kita. Bayi harus
menghadap ke atas riba dengan kepalanya dekat
dengan dada kita. Dari kedudukan ini kita akan
dapat melihat terus ke dalam mulut anak kita.

11

5. Pegang bayi dalam satu lengan dan gunakan
tangan yang lain untuk membuka mulut bayi dengan
lembut.Posisi ini juga boleh melihat mulut bayi.

6.Letakkan jari kita berhampiran mulut bayi.Apabila
kita meletakkan jari kita berhampiran mulut bayi,
bayi akan perlahan-lahan membuka mulutnya
kerana dia berfikir bahawa kita cuba memberi bayi
itu makan dan bersihkan secara perlahan-lahan.

12

7.Letakkan jari kita yang berbalut kain kasa pada
lidah bayi dan gosok perlahan-lahan permukaan
lidah dalam bentuk bulat.

8.Letakkan jari kita dan masukkan perlahan-lahan
jari ke dalam mulut bayi,gosok gusi atas dan bawah
dengan ringan,jika bayi mengigit jari kita,jangan
berasa terkejut kerana bayi ada sifat semula jadi
untuk mengigit apabila jari kita masuk ke dalam
mulutnya.

13

9. Ulang setiap hari. Tentukan masa yang ditetapkan
untuk membersihkan mulut bayi kita. Ia mungkin
selepas bayi makan terakhir pada hari itu atau
perkara pertama pada waktu pagi. Sebagai
sebahagian daripada rutin, cipta lagu yang boleh kita
nyanyikan kepada bayi semasa kita membersihkan
mulutnya.

10. Kita perlu memeriksa mulut bayi untuk mencari
salutan putih yang tidak boleh ditanggalkan.Jika
terdapat ada tompokan putih di lidah bayi bermakna
bayi kita mengalami seriawan mulut.Bawa bayi
berjumpa doctor untuk mendapatkan nasihat dan
rawatan jika tompokan putih tidak dapat hilang.

14

5.0 Manfaat susu ibu kepada bayi
Pemakanan yang baik,sempurna,selamat,unik dan
sentiasa diperolehi.
Memajamkan penglihatan dan meningkatkan tahap
kecerdikan (IQ).
Mengurangkan risiko penyakit otot dan jangkitan
telinga.
Menguatkan sistem imunisasi dan mencegah
masalah sembelit.
Mengurangkan risiko jangkitan saluran
pernafasan,jangkitan paru-paru,nafas berbunyi dan
selsema.
Mengurangkan risiko jangkitan saluran air kecing
dan merangsang pertumbuhan otot muka.
Melindungi dari cirit birit,alahan kepada makanan
dan penyakit radang usus apabila dewasa.
Mengurangkan risiko penyakit kanser kanak-kanak
dan penyakit jantung koronari apabila dewasa.

15

Penutup
Buku ini banyak panduan tentang bayi yang baru
lahir,ibu hamil boleh rujuk buku penjaagan bayi ni
sebelum melahirkan anak mereka. Buku ini pasti
dapat membantu para ibu bapa yang pertama kali.Ia
termasuk arahan langkah demi langkah untuk
semua tugas penjagaan bayi yang akan kita ambil
pada hari-hari pertama kehidupan anak mereka dan
menawarkan gambar yang jelas dan berwarna warni
bagi setiap proses. Buku ini juga banyak
penggunaan untuk ibu hamil. Buku ini senang
dibawa kemana sahaja kerana buku ini penuh
dengan maklumat yang menarik.

16

Rujukan
1. https://mypositiveparenting.org/ms/2016/03/28/cara-
mendukung-bayi-baru-lahir-anda/
2. http://www.myhealth.gov.my/penjagaan-bayi-baru-lahir-
strategi-bagi-ibu-bapa-yang-tertekan/
3. http://www.mamapride.com.my/8-tips-menjaga-
kandungan-trimester-pertama/
4.https://www.doctoroncall.com.my/soalan/info-ibu-hamil
5. https://thediagnosa.com/5-manfaat-susu-ibu-anak-
kelebihan/
6. https://www.kelabmama.com/cara-bersihkan-mulut-bayi-
untuk-elak-jangkitan-kulat/

17

18


Click to View FlipBook Version