The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAJAKUMARI A/P VELU PILLAI KPM-Guru, 2024-06-13 20:51:41

JURNAL KAJIAN TINDAKAN 2023

JURNAL KAJIAN TINDAKAN 2023

1 SEKAPUR SIREH PENGETUA CEMERLANG SMK RAJA MAHADI Salam Sejahtera Adalah menjadi impian sekolah untuk membawa sekolah ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan juga pengurusan Hal Ehwal Murid. Walau bagaimanapun, oleh kerana kekangan masa dan tenaga dalam kalangan warga guru maka buat julung kalinya SMK Raja Mahadi hanya memfokuskan bidang kurikulum sebagai langkah awal menghasilkan Kajian Tindakan. Tahniah akhirnya dalam kesibukan dan kekangan guru, mereka masih mampu meluangkan masa untuk. menjayakan misi menyediakan Kajian Tindakan mengikut bidang masing-masing. Dengan rasa kesyukuran, saya merasa bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh barisan guru yang sentiasa komited dengan tugas yang diamanahkan. Saya yakin dengan penerbitan jurnal ini dapat memberi inspirasi kepada warga guru SMK Raja Mahadi untuk memperkasakan lagi pedagogi pendidikan bagi mencapai tahap pencapaian akademik yang lebih berkualiti. Kekuatan setiap pengkaji adalah kesediaan membuat refleksi diri untuk mengenal pasti kelemahan dan seterusnya berusaha untuk menyelesaikannya isu dengan potensi serta kreativiti yang ada dan yang paling penting kesediaan mambuat anjakan paradigma. Melalui kekuatan inilah membolehkan warga pendidik mampu maju dalam pelbagai bidang. Bagi saya tidak dapat dinafikan, anak didik kita dewasa ini merupakan anak-anak generasi Z dan mereka jauh berbeza dengan generasi pada zaman sebelumnya. Pelbagai cabaran dan permasalahan mendepani guru-guru selaras dengan itu warga pendidik terpaksa berusaha melengkapkan pengetahuan yang luas, kemahiran pelbagai dan keperibadian yang mantap untuk memastikan generasi ini memperoleh pendidikan yang lebih bermakna.


2 Akhir sekali, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi Jurnal Kajian Tindakan atas insiatif dan kesungguhan secara permuafakatan sehingga berjaya menerbitkan jurnal ini. Seterusnya dalam ruang dan peluang ini juga saya mengucapkan setinggi tahniah kepada semua guru SMK Raja Mahadi yang sentiasa komited dengan tanggungjawab sebagai pendidik dan dalam masa yang sama bekerja keras menghasilkan kajian sehingga akhimya penerbitan buat julung kali Jurnal Kajian Tindakan SMK Raja Mahadi. Semoga warga guru SMK Raja Mahadi terus berusaha meningkatkan perkembangan profesionalisme keguruan dan kualiti pencapaian akademik serta sahsiah pelajar. Sekian dan terima kasih.


3


4 Sekapur Sirih Tuan Haji Masnawi Bin Misro, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Raja Mahadi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Umum mengetahui, amalan pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Selaras dengan Gelombang 3 (2021-2025) iaitu membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu mencetuskan inovasi dan pencapaian lebih tinggi, penulisan Kajian Tindakan terus menjadi sumber rujukan dan panduan kepada warga pendidik dan kakitangan SMK Raja Mahadi. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, penghasilan Jurnal Kajian Tindakan dijadikan teras amalan baik supaya impian setiap warga SMK Raja Mahadi untuk mencapai visi “ke arah peningkatan prestasi akademik, kokurikulum, dan sahsiah murid” benar-benar dapat direalisasikan. Selaras dengan visi sekolah, penekanan kepada aspek kualiti guru sudah tentu memainkan peranan yang amat penting. Oleh itu, semua warga SMK Raja Mahadi, harus berusaha meningkatkan kualiti PdPc selain berganding bahu mencurahkan masa, tenaga, idea, dan keintelektualan bagi memacu kecemerlangan sekolah dalam setiap aspek sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, mahupun sahsiah. Abad ke-21 dipacu oleh ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, pertukaran maklumat yang pantas, dan kederasan arus teknologi komunikasi yang menghendaki sistem pendidikan baru di seluruh dunia. Pada abad ke-21, pendidikan semestinya berfokus kepada usaha untuk membentuk modul insan secara menyeluruh dari segi moral, intelektual, fizikal, sosial, dan estetik. Pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran baru bagi memastikan survival dan kejayaan, selaku individu, anggota masyarakat, dan rakyat bagi sebuah negara. Justeru, proses penghasilan Kajian Tindakan ini akan membantu guru memperbaiki amalan pembelajaran, meningkatkan kefahaman terhadap amalan pembelajaran dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan. Akhir kata, diharapkan seluruh warga SMK Raja Mahadi dapat meneruskan budaya amalan baik ini bagi memastikan budaya penyelidikan dapat dipupuk dalam kalangan guru-guru. SEKIAN, TERIMA KASIH


5


6 SMK RAJA MAHADI TAMAN KLANG JAYA, 41200 KLANG ________________________________________ LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGIRA RUJUKAN GRID (RG) 6 ANGKA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH JALUR KERTAS GRAF DALAM KALANGAN MURID 4A2 DI SMK RAJA MAHADI NAMA PENYELIDIK: VIMALA A/P KITTAN KRISHNAM PANITIA GEOGRAFI BIDANG KEMANUSIAAN SMKRM


7 ISI KANDUNGAN 1. ABSTRAK 2 2. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 3 3. ISU KEPERIHATINAN/FOKUS KAJIAN 3 4. OBJEKTIF KAJIAN 4 5. KUMPULAN SASARAN 5 6. PERLAKSANAAN KAJIAN 5 7. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 11 8. BIBLIOGRAFI 12 9. LAMPIRAN 13


8 ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan membantu murid – murid tingkatan 4A2 menjawab soalansoalan kemahiran Geografi iaitu menentukan bearing sesuatu lokasi pada peta topografi. Seramai 26 orang murid terlibat dalam kajian ini iaitu 7 orang murid lelaki dan 19 murid perempuan. Semasa mengajar kelas tersebut, saya selalu risau kerana mereka sangat lemah dalam menjawab soalan – soalan berasaskan pengiraan dalam kemahiran peta topografi. Hasil daripada tinjauan yang dibuat didapati bahawa hampir 90% murid – murid kelas ini tidak dapat menjawab soalan – soalan berasaskan pengiraan dalam peta topografik dengan tepat..Didapati bahawa dalam peperiksaan SPM terdapat 3 soalan berasaskan pengiraan yang hanya dapat diselesaikan dengan berpandukan Rujukan Grid 6 angka. Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati bahawa kebanyakan murid – murid putus asa apabila melihat soalan pengiraan yang ada peta topografik. Ini berpunca daripada kurang minat terhadap soalan-soalan pengiraan dalam peta topografik semenjak di tingkatan 1. Kata Kunci: Rujukan grid merupakan titik persilangan antara garisan timuran dan garisan utaraan.


9 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN Kemahiran Geografi merupakan satu bidang Geografi yang sangat penting dan berguna kepada murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Diperingkat SPM, Kemahiran Geografi diajar sekali lagi semasa murid di tingkatan empat dan ia merupakan tajuk yang sangat senang untuk murid skor markah. Namun demikian walaupun guru mempunyai pengalaman 26 tahun mengajar Geografi, namun murid tingkatan 4 sering menghadapi masalah yang menentukan Rujukan Grid ( RG 6 ) angka sesuatu lokasi dalam peta topografi. Situasai yang sama berlaku kepada murid tingkatan 4A2 semasa saya mengajar mereka cara untuk mengira RG 6 angka seperti mana yang terdapat dalam buku teks. Bukan semua murid dapat menentukan RG 6 angka dengan menggunakan pembaris. Walaupun mereka faham konsep tersebut tetapi apabila dipraktiskan di atas peta topografi mereka rasa susah dan putus asa.Rata-rata murid ini mengeluh dan anggap susah untuk membahagikan petak segiempat grid kepada 10 bahagian Terdapat beberapa punca yang saya kenal pasti sepanjang PDP saya seperti penggunaan pembaris yang tidak jelas atau garisan-garisan kecil yang kabur atau hilang.Ini sangat membimbangkan saya kerana tanpa mengetahui RG 6 angka murid-murid ini tidak boleh menguasai tajuk-tajuk yang lain dalam bidang kemahiran Geogtrafi ini seperti mengukur bearing dan mengira jarak pada peta topografi. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang dilaksanakan semasa PDP dalam kelas bersemuka . Mata pelajaran yang dipilih adalah Geografi KSSM Tingkatan 4. Kelas : 4A2 Tema : Kemahiran Geografi Bidang Pembelajaran : 1.0 Kemahiran Geografi Standard Kandungan : 1.1 Arah dan Kedudukan dalam Peta Topografi 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan ,diharapkan murid-murid akan mencapai objektif berikut:


10 3.1 - OBJEKTIF UMUM 1. Meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan RG 6 angka sesuatu ciri Geografi dengan tepat. 2. Melancarkan PDP guru semasa mengajar Kemahiran Geografi 3.2 - OBJEKTIF KHUSUS 1. Meningkatkan minat murid-murid terhadap bidang Kemahiran Geografi 2. Menggalakkan murid sentiasa membawa jalur kertas graf sebagai satu alat penting dalam menjawab soalan-soalan kemahiran Geografi. 3. Membantu murid-murid yang lemah yang tidak mahir dalam menjawab soal esei untuk lulus dalam SPM dengan sekurang kurangnya D 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 26 oang murid Tingkatan 4A2 SMK Raja Mahadi 2023. Terdiri daripada 19 murid perempuan dan 7 murid lelaki. 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN Beberapa langkah diambil untuk mengetahui tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti supaya kajian ini dapat dilaksanakan dengan teliti.. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: 1. Perbincangan dengan murid Sesi perbincangan telah diadakan dengan 26 orang murid tentang masalah mereka hadapi semasa mempelajari tajuk Rujukan Grid 6 angka dengan kaedah yang terdapat dalam buku teks.Kesemua mereka menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah dalam membahagikan petak segiempat grid kepada 10 bahagian. 2. Mengadakan Ujian Pra Ujian Pra ini dilakukan setelah semua murid 4A2 mempelajari tajuk ini dengan menggunkan kaedah dalam buku teks iaitu menggunakan pembaris sebagai tools yang utama, Semua murid diberikan peta topografi berwarna setiap seorang dan satu set soalan yang mengandungi 10 item. Murid perlu menentukan Rujukan Grid 6 angka bagi


11 lokasi yang diberikan dengan menggunakkan kaedah biasa yang terdapat dalam buku teks dalam masa 30 minit. 6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Kelas PDP – kaedah biasa 13 April 2023 2 Perbincangan dengan murid 4 Mei 2023 3 Menjalankan Ujian Pra 21 Jun 2023 4 Menyediakan Tools-Jalur Kertas Graf 22 Jun 2023 5 Kelas PDP- Kaedah Jalur Kertas 6 Julai 2023 6 Menjalankan Ujian Pos 7 Julai 2023 7 Membuat analisis data Ujian Pra dan Ujian Pos 21 Julai 2023 8 Penulisan Laporan Kajian Tindakan 28 Julai 2023 9 Membuat pembentangan dalam meyuarat panitia ke 3 30 Oktober 2023 7.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON Kos Kajian BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA SEUNIT KOS 1 Kertas A4 1 x RM 8.50 RM 8.50 2 Photostat Bahan Ujian Pra/Pos 80 x RM 0.05 RM 4.00 3 Kertas Graf 40 x RM 1.00 RM 40.00 Jumlah Besar RM 52.50


12 8.0 PELAKSANAAN KAJIAN. 8.1 TINJAUAN MASALAH Dalam perlaksanaan Kajian Tindakan ini saya telah nenjalankan 2 jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos.Ujian Pra.Ujian Pra dijalankan selepas mengajar langkah menentukan Rujukan Grid 6 angka dengan kaedah yang terdapat dalam buku teks. Manakala Ujian Pos dijalankan selepas guru memperkenalkan tools yang baharu dalam menentukan Rujukan Grid 6 angka iaitu jalur kertas graf. Hasil dapatan daripada keduadua ujian ini telah direkodkan dalam bentuk sebuah jadual dan graf bar berganda. 8.1.1 Pemerhatian Hasil daripada pemerhatian saya, pada mulanya murid bersikap dingin dalam kelas semasa saya memperkenalkan kaedah menentukan Rujukan Grid 6 angka. Murid kurang berminat untuk mempelajari langkah - langkah menentukan Rujukan Grid 6 angka seperti yang terdapat dalam buku teks walaupun mereka telah mempunyai pendedahan semasa belajar Geografi di tingkatan 2. Kebanyakkan murid tidak mampu menjawab soalan yang diberikan dalam kelas, malahan terdapat segentir murid yang langsung tidak cuba untuk mencari jawapan yang tepat 8.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Saya teleh menyediakan satu set instrument yang mengandungi 10 item dengan jenis menganalisi dengan aras kesukaran yang rendah. Ujian Pra ini diedarkan kepada semua murid yang hadir pada hari tersebut bagi mengesan kebolehan murid menyelesaikan soalan kemahiran Geografi iaitu menentukankan Rujukan Grid 6 angka dalam peta topografi dengan menggunakan pembaris.. Saya telah menyemak jawapan murid dan mendapati bahawa ramai murid mendapat skor antara 0 hingga 4. Senario ini sangat merisaukan saya sebagai seorang guru Geografi kelas ini. Ini kerana tanpa menentukan Rujukan Grid 6 angka murid tidak mampu menjawab soalan kemahiran peta topografi yang lain seperti bearing dan jarak yang juga memerlukan murid menggunakan Rujukan Grid 6 angka terlebih dahulu untuk mencari kedudukan ciri – ciri Geografi yang diberikan dalam soalan.


13 Maka saya telah memperkenalkan dan menggunakan kaedah jalur kertas graf sebagai satu langkah untuk menentukan Rujukan Grid 6 angka pada peta topografi. Saya tidak mengunakan masa yang lama untuk memperkenalkan kaedah jalur kertas kerana semua murid biasanya membawa kertas graf ke sekolah. Seminggu selepas ujian pra saya telah memperkenalkan kaedah baharu ini. Pada minggu berikutnya saya menjalankan Ujian Pos dengan menggunakan set soalan yang sama. Hasil keputusan sangat mengejutkan kerana hampir semua murid mampu menentukan Rujukan Grid 6 angka dengan tepat sekali.Seramai 92 % dapat skor antara 0-4 dalam Ujian Pra.dan begitu juga seramai 2 orang murid mendapat skor 8-10. Tetapi dalam Ujian Pos 92 % murid mendapat skor 8-10 dan tiada seorang murid ang mendapat skor 0-4. 8.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 8.2.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian didapati bahawa: • Murid lebih berkeyakinan menjawab soalan RG 6 angka dengan menggunakan jalur kertas berbanding dengan pembaris, • Terdapat sekumpulan murid yang lebih seronok dan aktif dalam kelas. • Suasana pembelajaran menjadi lebih mudah kerana hamper 90% murid berjaya menggunakan tools ini


14 8.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos JADUAL 1:PERBANDINGAN SKOR MURID DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN POS MURID MARKAH/SKOR ( 10 ) UJIAN PRA UJIAN POS A 1 8 B 0 9 C 4 10 D 2 10 E 2 5 F 1 8 G 0 8 H 2 7 I 1 5 J 0 10 K 6 8 L 4 7 M 1 10 N 2 9 O 6 9 P 5 9 Q 2 8 R 0 7 S 1 9 T 2 10 U 3 9 V 1 9 W 8 9 X 0 9 Y 8 9 Z 1 9


15 JADUAL 2 : PERATUS SKOR MURID DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN POS SKOR UJIAN PRA UJIAN POS BIL PERATUS BIL PERATUS 8-10 2 8 24 92 5-7 3 12 2 8 0-4 21 80 0 0 JUMLAH MURID 26 100 26 100 8.3 Tindakan yang akan dijalankan 8.3.1 Prosedur Perlaksanaan 1. Keputusan Ujian Pra, didapati bahawa 21( 80%) orang murid mendapat skor kurang daripada 4 daripada 10 soalan yang diberikan. 2. Pada minggu berikutnya saya memperkenalkan kaedah jalur kertas graf sebagai satu tools dalam menentukan Rujukan Grid 6 angka untuk menggantikan penggunaan pembaris. 3. Selepas 2 minggu, murid menjawab soalan Ujian Pos secara individu dan markah telah direkodkan. 4. Perbandingan pencapaian murid dalam kedua -dua ujian ini telah direkodkan dalam bentuk jadual dan graf bar mudah 5. Didapati bahawa 24 orang murid ( 92%) telah mencapai skor 8-10 daripada 10 soalan 1 0 4 2 2 1 0 2 1 0 6 4 1 2 6 5 2 0 1 2 3 1 8 0 8 1 8 9 10 10 5 8 8 7 5 10 8 7 10 9 9 9 8 7 9 10 9 9 9 9 9 9 0 2 4 6 8 10 12 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z UJIAN PRA DAN UJIAN POS UJIAN PRA UJIAN POST


16 8.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 6 minggu. Saya telah mengghunakan minggu yang pertama iaitu 3 waktu PDP ubtuk mengajar murid menentukan Rujukan Grid 6 angka dengan menggunakan pembaris. Setelah menyemak dan merodkan skor Ujian Pra guru memperkenalkan kaedah jalur kertas graf sebagai satu tools. Keputusan Ujian Pos, menunjukkan peningkatan memberangsangkan iaitu 24 daripada 26 murid telah menunjukkan skor yang cemerlang. 8.5 REFLEKSI KAJIAN Ujian Pos menunjukkan pencapaian murid yang agak ketara . Seramai 24 daripada 26 orang muird telah mendapat skor melebihi 8-10 daripada 10 soalan . Ini menunjukkan murid lebih mudah menggunakan jalur kertas graf sebagai satu tools untuk menggantikan pembaris dalam menentukan Rujukan Grid 6 angka. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa teknik ini memberikan keyakinan kepada murid kelas 4A2 untuk menjawab soalan kemahiran Geografi yang lain seperti jarak dan bearing dengan lebih berkeyakinan. Selain itu apabila murid lebih seronok dan yakin maka keadaan PdPC menjadi lebih seronok dan bermakna kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan murid. 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa mata pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran yang cukup menarik dan kaedah pengajarannya pula boleh dipelbagaikan. Kepelbagaian kaedah ini tentunya dapat meningkatkan minat para murid. Apabila minat itu timbul, maka guru akan menjadi lebih mudah untuk menyampaikan kandungan mata pelajaran ini. Seterusnya pencapian dalam peperiksaan akan menjadi lebih cemerlang. Keberkesanan kajian ini juga sebenarnya telah mendorong saya untuk melakukan kajian yang seterusnya bagi membangkitkan lagi minat dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari dan menguasai mata pelajaran ini. Perancangan saya yang seterusnya untuk tahun 2024 ialah ”Meningkatkan Penguasaan Peta Dalam PDP Mata Geografi Tingkatan 3 Dengan Menggunakan Kaedah “Flash Card Peta”.


17 10.0 PENUTUP Di harapkan kajian ini dapat memudahkan murid-murid memperolehi Teknik mudah untuk menjawab soalan kemahiran Geografi iaitu Rujukan Grid 6 angka. Saya berharap kajian ini dapat membantu guru Geografi mengajar tajuk Rujukan Grid 6 angka dengan mudah dan murid pula belajar dengan seronok dalam kelas.Ini seterusnya dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan dalaman dan juga SPM.


18 BIBLIOGRAFI Buku Seminar Penyelidikan Pendidikan (AKRAM). (2005). Jabatan Pelajaran Terengganu. Prosiding Seminar Pendidikan. (2005). Universiti Sains Malaysia dan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Ke-3. (2000). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Khaw Ah Seng. (2004). Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd


19 LAMPIRAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS


20


21 SMK RAJA MAHADI TAMAN KLANG JAYA, 41200 KLANG ________________________________________ KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN KENAL PASTI KLASIFIKASI AKAUN MELALUI TEKNIK ‘TIK TOP’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4 AKAUNS 2 DI SMK RAJA MAHADI, KLANG. NAMA PENYELIDIK: HINDUMATHI A/P JAYER RAMAN 840517-06-5694 010-6681705 PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SMKRM


22 SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENGHARGAAN 3 2 ABSTRAK 4 3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 5-6 4 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN 7 5 OBJEKTIF KAJIAN 7 6 KUMPULAN SASARAN 8 7 PELAKSANAAN KAJIAN 8-19 8 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 19-21 9 BIBLIOGRAFI 22 10 LAMPIRAN 23-26


23 PENGHARGAAN BERSYUKUR, dengan berkat Tuhan saya dapat melaksanakan kajian Tindakan dengan berjaya. Saya mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Safiruddin Bin Saud (Pengetua SMK Raja Mahadi), En. Masnawi Bin Misro (PK Pentadbiran) dan Pn. A.Subashini A/P R.Arumugam (GKMP Teknik dan Vokasional) yang memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan kajian tindakan bagi tahun ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Rajakumari A/P Velu Pillai yang memberi keprihatinan dan sedia membantu apabila saya menghadapi masalah dalam pelaksanaan kajian tindakan ini. Segala tunjuk ajar yang diberi telah membantu saya untuk menyiapkan kajian tindakan dengan sempurna. Di samping itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga tercinta yang memberikan sokongan dan dorongan sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini. Ucapan terima kasih kepada semua rakan guru yang berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan kajian ini.Tidak terlupa penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam membantu melaksanakan kajian tindakan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantuBantuan yang diberikan telah menjayakan kajian tindakan saya dilaksanakan dengan berjaya. Terima kasih kepada semua.


24 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Teknik “TIK TOP” dalam penghafalan atau kenalpasti klasifikasi akauns. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 8 orang muird lelaki dan 4 orang murid perempuan dari kelas 4A2 SMK Raja Mahadi Klang. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kaedah analisis data kuantitatif digunakan dalam kajian ini yang lebih berfokus pada analisis statistik deskriptif, matematik atau numerik dari kumpulan data. Data dianalisis dan dibahagi kepada statistik deskriptif. Analisis data kuantitatif deskriptif merupakan kaedah yang membantu menggambarkan, menunjukkan atau merumuskan data dengan cara yang konstruktif. Kaedah ini membantu memahami data dengan ringkasan data yang diberikan. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang umum iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik. Bagi Ujian PRA, tinjauan awal dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah “Chalk & Talk” dan mengumpul data. Maka hasil tinjauan mendapati murid kurang kenalpasti jenis klasifikasi akauns. Perancangan diberi tumpuan untuk mengenalpasti klasifikasi akauns dan meningkatkan kefahaman serta daya ingatan dengan menggunakan kaedah “TIP TOP”. Murid diminta untuk menghasilkan video berbentuk “TIK TOK” untuk mereka lebih memahami konsep serta menjadi TOP dalam klasifikasi akauns dalam tempoh masa 8 minggu. Hasil keputusan Ujian PASCA yang dilaksanakan telah membuktikan bahawa kaedah ini mampu untuk mengenalpasti klasifikasi akauns dengan lebih mudah dan cepat menghafal. Kesimpulannya, kaedah ini perlu diteruskan supaya menarik lebih ramai murid untuk minat belajar akauns dan meningkatkan prestasi mereka dalam SPM 2024. Kata Kunci: Klasifikasi Akauns


25 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya berpengalaman mengajar subjek Prinsip Perakaunan selama 13 tahun bermula dari tahun 2011 dan berjumpa dengan pelbagai aras atau tahap murid yang berbeza-beza. Semenjak mula mengajar tingkatan 4A2 pada tahun ini, saya mendapati tahap penguasaan murid dalam kenalpasti klasfikasi akaun adalah kurang memuaskan. Klasifikasi akaun & Persamaan Perakaunan adalah Bab 2 dalam Tingkatan 4 yang mesti dikuasai oleh setiap murid kerana merupakan konsep asas untuk subjek Prinsip Perakaunan. Melalui penguasaan klasifikasi akaun ini, murid dapat menyediakan penyata kewangan dengan tepat. Salah satu daripada punca masalah ini ialah pendirian iaitu “MIND SET” murid yang beranggapan subjek Prinsip Perakaunan susah kerana lemah dalam subjek matematik dan ada yang gagal subjek itu dalam UASA. Murid ingat subjek Akauns susah kerana banyak pengiraan. Tetapi sebenarnya subjek ini lebih kepada penguasaan konsep dan hanya ada pengiraan yang melibatkan operasi TAMBAH, TOLAK, DARAB & BAHAGI sahaja. Guru perlu menyakinkan murid supaya mereka lebih yakin dan minat untuk belajar Akauns dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih seronok. Murid yang gagal matematik Tingkatan 3 tidak semestinya tidak dapat menguasai subjek Prinsip Perakaunan. Selain itu, tahap penguasaan murid dalam Bahasa Melayu pada tahap yang rendah kerana 70% bilangan murid adalah terdiri daripada murid India dan Cina yang berpendidikan rendah di SJK(T) dan SJK(C). Ini kerana murid minta gurunya untuk menterjemah setiap klasifikasi akaun dalam Bahasa Inggeris atau penerangan dalam Bahasa Tamil. Contohnya: Cikgu, boleh ke terangkan dalam Bahasa Tamil? atau Apa maksud “Aset mudah cair” dalam Bahasa Inggeris?. Namun setelah habis mengajar dan guru membuat refleksi dengan menanyakan beberapa soalan secara spontan/ kuiz spontan didapati masih ada segelintir murid yang tidak dapat kenalpasti klasifikasi akaun dan komponennya. Walaupun guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran serta latihan diberikan kepada murid untuk mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, saya berasa kecewa dengan sikap segelintir murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Prinsip Perakaunan ini sebenarnya perlu buat banyak latih tubi untuk menguasai setiap topik. Murid perlu lebih rajin menyiapkan tugasan yang diberikan. Banyak set soalan diberikan dan dibincangkan Bersama murid namun ada juga murid yang langsung tidak buat catatan dalam Latihan tersebut, Hanya hantar kosong dan tidak dilengkapkan. Ada pula yang menghilangkan lembaran kerja yang diberikan oleh saya. Kadang-kala, saya memberikan “sticker motivasi” atau hadiah bagi murid yang lengkap


26 menyiapkan semua tugasan supaya murid lain lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugasan. Disebabkan tidak hantar atau hantar kosong ini yang menyebabkan murid berada di tahap PBD yang lemah iaitu TP2 atau TP3 sahaja. Saya risau dan terfikir “Adakah penyampaian saya tidak begitu efektif?” atau tidak minat belajar akaun? Maka saya perlu mencari jalan penyelesaian untuk menarik murid belajar akauns dan menguasai konsep klasifikasi akaun dengan tepat. Apakah Teknik yang lebih efektif untuk mereka menguasai konsep ini? Saya perlu memastikan murid saya menguasai subjek ini dan memperolehi pencapaian 100% lulus bagi SPM 2024. Saya tidak mahu murid dari aliran akauns tetapi gagal subjek Prinsip Perakaunan. Tambahan lagi, subjek ini ada tugasan Kerja Kursus dengan wajaran 20% dalam peperiksaan SPM. Namun masih ada murid yang gagal subjek ini. Pengalaman saya selama 13 tahun dengan mempelajari pelbagai pedagogi dari semasa ke semasa serta dengan penggunakan teknologi pada masa kini akan lebih membantu murid saya untuk menguasai subjek ini. Maka,saya rasa ‘Kaedah TIK TOP’ ini akan membantu mencapai tujuan murni ini dan boleh menjadi salah satu kaedah pembelajaran Interaktif.Pembelajaran Interaktif ini dapat menjadikan murid lebih minat. Ini kerana menurut Alisuf Sabri, minat adalah kecenderungan untuk murid memerhati dan mengingat sesuatu secara berterusan serta minat juga dikaitkan dengan sikap senang dengan sesuatu kerja. Jadi minat untuk belajar akauns perlu ditingkatkan dalam kalangan murid. Secara asasnya, murid perlu mengingat setiap klasifikasi akauns mengikut komponen dalam penyata kewangan. Jadi murid perlu Memerhati (See), Ingat (Memory) dan Ulang (Repeat). Kaedah ini adalah seperti “TIK TOK” tapi disebabkan kekangan penggunaan telefon bimbit atau data internet dan sebagainya. Saya menggunakan kaedah sama tapi menggunakan kertas berwarna atau Kad Manila tanpa mengeluarkan suara tapi murid menguasai klasifikasi akauns. Hanya tunjukkan setiap komponen dalam penyata kewangan, murid dapat menunjukkan paparan klasifikasi akaun yang betul. Saya menggunakan kaedah TIK TOK untuk menjadikan subjek ini TOP dari segi peratusan dan GPS dalam SPM 2024. Selaku Ketua Panitia Prisip Perakaunan, saya mahu melihat sedikit perubahan pada tanggapan murid terhadap subjek Prinsip Perakaunan. Minat belajar subjek ini dapat mencapai keputusan yang lebih cemerlang.


27 2.0 ISU KEPERIHATINAN/FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak lagi masalah lain murid-murid, saya hanya fokuskan kajian ini kepada masalah mengenalpasti klasifikasi akauns. Kenalpasti setiap akaun mengikut komponen yang betul akan mengatasi masalah kemerosotan prestasi subjek ini. Untuk penyediaan Penyata Kewangan, murid perlu kenalpasti setiap akaun mengikut komponen dalam penyata kewangan. Hal ini kerana soalan penyata kewangan adalah soalan wajib dalam SPM. Maka penguasaan asas penting untuk murid menjawab salah satu soalan wajib dengan lebih tepat. Murid-murid perlu dilatih dengan banyak contoh soalan berulang kali untuk betulbetul menguasai konsep klasifikasi akaun. Masalah bahasa masih boleh diselamatkan dengan huraian guru dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid dan subjek ini lebih kepada pengiraan. Setiap kali perbincangan soalan, saya akan ulang ayat ini “Prinsip Perakaunan sangat senang lulus kerana ada kerja kursus” supaya murid lebih bersemangat dan minat untuk belajar. Saya yakin, kata-kata motivasi dan ketrampilan guru sebenarnya boleh menarik murid minat belajar subjek ini. Jadi Teknik “TIK TOP” ini harap dapat menjamin pencapaian peratusan dan GP yang lebih baik bagi SPM 2024. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 - OBJEKTIF UMUM Meningkatkan peratus kelulusan subjek Prinsip Perakaunan peringkat peperiksaan dalaman dan SPM 2024. 3.2 - OBJEKTIF KHUSUS 1. Meningkatkan minat murid-murid terhadap subjek Prinsip Perakaunan 2. Mengingat setiap konsep dengan kaedah yang mudah 3. Menggalakkan murid aktif menjawab dalam kelas dan membuat perbincangan. 4. Meningkatkan kemahiran peta i-Think dalam kalangan murid untuk menyiapkan nota. 5. Membantu murid-murid untuk mendapat keputusan sekurang-kurangnya LULUS 6. Menyiapkan segala tugasan diberikan dengan menepati masa yang ditetapkan oleh guru dan kurangkan sikap sambal lewa/malas.


28 7. mudahkan murid-murid terlibat dalam melakukan pelbagai aktiviti PDPC mengikut tahap kecerdasan murid-murid. 4.0 - KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4A2 SMK Raja Mahadi 2023. Terdiri daripada 3 orang murid Melayu, 10 murid Cina dan 20 murid India. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN i) Tinjauan Masalah Sebelum Langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: 1. Membuat analisis Ujian Pra dan POS kelas ini dalam subjek Prinsip Perakaunan bermula dari tahun ini sesi 2023/2024 2. Mengadakan Ujian Pra -Soalan kenalpasti klasifikasi akaun dalam masa 30 minit. ii) Teknik TIK TOP Cara pelaksanaan - Setiap kali kelas bermula guru memastikan murid kenalpasti sekurangkurangnya 2 akaun dengan komponennya. Contoh : Tunai, Bank (Komponen Aset Semasa) tidak perlu menyuarakan tetapi menunjukkan kad manila/kertas warna yang dicatat jawapan yang tepat. - Mengulangi teknik ini sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan subtopik lain/ PdPc. - Mengetahui sasaran markah lulus yang telah ditetapkan dalam Graf Markah Peperiksaan (GMF) - Murid-murid bersedia dengan buku nota dan “Highlighter” atau pen berwarnawarni. - Murid-murid boleh membuat nota menggunakan peta i-Think. - Memilih beberapa murid secara rawak untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh mereka.


29 6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal PBD 17/5/2023 2 Menulis Kertas Cadangan/Proposal Kajian 25/5/2023 3 Melaksanakan Tindakan (Aktiviti 1) – Ujian Pra 23/6/2023 4 Perbincangan Aktiviti (Kaedah Tik Top) 3/7/2023 5 Melaksanakan Tindakan (Aktiviti 2) 7/7/2023 6 Perbincangan Aktiviti (Kenalpasti Akauns) 12/7/2023 7 Melaksanakan Tindakan (Aktiviti 3) – Ujian Pos 26/7/2023 8 Refleksi Kajian 18/7/2023 9 Menulis laporan kajian 20/9/2023 10 Pembentangan dapatan kajian 20/10/2023 7.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON Kos Kajian BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 Kertas A4 1 x RM 10.90 RM 10.90 2 Photostat Bahan Ujian Pra/Pos 40 x RM 0.20 RM 8.00 3 Kad Manila/kertas warna 40 x RM 1.00 RM 40.00 Jumlah RM 58.90 8.0 PELAKSANAAN KAJIAN. 8.1 TINJAUAN MASALAH Dalam perlaksanaan kajian ini saya akan membuat pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian POS. Hasil kutipan data telah dikumpul dan dipaparkan dalam bentuk graf dan


30 dapat menunjukkan keberkesanan serta peningkatan prestasi murid dalam mengenalpasti klasifikasi akauns. 8.1.1 Pemerhatian Saya telah membiat pemerhatian sewaktu proses pemngajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya menggunakan kaedah “chalk and talk” dan meminta murid menguasai klasifikasi akauns menggunakan konsep A+B=L+E+H. Sebelum memulakan kajian hanya terdapat segelintir murid yang dapat mengenalpasti dan sebahagian besar murid tidak menunjukkan minat untuk belajar dan tidak menguasai konsep klasifikasi akauns. Apabila guru menanyakan soalan berkaitan klasifikasi akauns secara spontan (Kuiz spontan), ramai murid yang gagal menjawab dengan betul. 8.1.2 Ujian Pra dan POS Ujian Pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu murid kelas 4A2 untuk menguji keupayaan murid mengenalpasti klasfikasi akauns dengan betul dan tepat. Item Ujian Pra merupakan soalan sturktur (Tandakan /) yang mengandungi 35 soalan klasifikasi akauns. Selepas ujian dilaksanakan, saya menyemak dan mendapati seramai 18 daripada 30 orang murid memperolehi skor kurang daripada 20 markah. Markah penuh ialah sebanyak 35 markah. Hasil daripada ujian Pra ini, markah murid kurang memberangsangkan dan membimbangkan saya. Hal ini kerana, klasifikasi akauns adalah asas kepada subjek Perakaunan. Murid mesti menguasai topik ini untuk menguasai topik atau bab-bab seterusnya dalam subjek ini. Sekiranya perkara asas tidak dapat dikuasai maka murid akan menghadapi masalah dalam menjawab soalan lain dan seterusnya menyumbangkan kepada peratus gagal yang lebih tinggi. Dengan ini, salah satu kaedah perlu diperkenalkan untuk meningkatkan peratusan lulus dalam subjek ini. Maka saya telah memperkenalkan kaedah “TIK TOP” di mana murid perlu menghasilkan video seperti tik tok yang berasaskan konsep klasifikasi akauns. Murid diminta untuk buat dalam kumpulan atau individu. Masa selama seminggu diberikan untuk menghasilkan video dan video itu akan dikongsikan dalam “group telegram” kelas mereka untuk tontonan semua murid. Jadi kaedah lebih kepada gaya pembelajaran visual dan sesuai dengan murid generasi sekarang yang lebih bergantung kepada gadjet dan teknologi. Pada masa yang sama, kreativiti murid juga dapat dikembangkan dengan lebih baik.


31 Selepas empat minggu mengunakan kaedah “Tik Top” ini, maka murid diberikan Ujian POS untuk dijawab. Soalan yang sama diberikan dan diminta untuk murid menjawab soalan tersebut. Di sini, terdapat pencapaian yang memberangsangkan dan peningkatan dalam skor yang diperolehi oleh murid. Dengan itu, jelas disini bahawa kaedah “Tik Tok” dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam topik klasifikasi akaun dan memperolehi markah yang baik. 8.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 8.2.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: • Murid lebih seronok mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Mereka lebih yakin menjawab soalan atau kuiz spontan yang diajukan oleh guru. • Murid lebih aktif di dalam sesi berkumpulan dan menghasilkan video yang lebih kreatif dan menarik. Pada masa yang sama, mereka menjadi lebih hebat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam PdPc. • Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan penglibatan murid aktif dalam kelas.


32 8.2.2 Analisis Data Ujian Pra dan POS Perbandingan pencapaian murid didalam ujian pra dan ujian pasca NAMA MURID/RESPONDEN UJIAN PRA UJIAN POS AANUSHREE A/P YOGESWARAN 18 30 AARON VINOD RAMAIAH 23 31 AGHALYA A/P MURUGAYAH 27 32 DHITHIYAA A/P SARAVANNAN 14 23 DINESWARAN A/L M MAHESWARAN 7 16 ELVIRA RENOSHA A/P BRUNO PRAKASH 30 34 GABRIELL LEE YUAN TI 14 27 JASITARAN A/L KUMARESAN @ NAGARAJ 31 35 KALAIPRASATH A/L RAMU 24 31 LEE HUI XIANG 25 28 LEOW CHUN NYAT 15 18 LUVEN VISHAAL JERRY 7 19 LYSANDRA NAOMI JOSEPH 19 27 MUHAMMAD SYAZWAN BIN SHAHRI 14 31 NICOLE CHU 26 31 PAVIETHRA A/P MUNIAPPAN 24 31 PUTERI NUR ADRIANA BINTI KAMA ADRI 9 27 QASEH NURDHIA AMYRA BINTI DARWIS 8 11 SAMITHA A/P MAHENDRAN 19 26 SANJITRA A/P SHANKAR 13 29 SHALINI A/P KUMARAVEL 28 34 SHARVESINI RAO A/P VENGKAT RAO 21 28 SHARVIN RAJ A/L SURESH 15 23 SHASMITHA A/P CHANDRAN 15 25 SSHARVESSH A/L SIVAM 16 31 TAN YU HANN 6 18


33 TEE KAI WEN 11 23 UVA SIRI TARAN A/L MANOHARAN 15 28 VARSHAA A/P SUBRAMANIAM 26 29 YAP QIAN YU 29 28 Hasil dapatan daripada Ujian Pra dan Ujian POS menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian skor oleh setiap murid. Seramai 29 orang murid berjaya mencapai peningkatan skor soalan dengan betul telah menunjukkan peningkatan skor di dalam Ujian POS berbanding Ujian Pra. Hanya seorang murid menunjukkan penurunan iaitu hanya 1 markah berbeza dengan Ujian Pra. 8.2.3 Analisis Soalan Skala Likert Borang soal selidik telah diberikan secara rawak kepada beberapa murid untuk memperoleh maklum balas daripada kaedah Tik Top yang dilaksanakan dalam kajian ini. Mereka telah memberi respon yang baik. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid.


34 Skala Likert 1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat setuju BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN KENAL PASTI KLASIFIKASI AKAUN MELALUI TEKNIK ‘TIK TOP’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4 AKAUNS 2 DI SMK RAJA MAHADI, KLANG. BIL SOALAN SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU 1 Saya berasa seronok dengan kaedah Tik Top yang digunakan dalam kenalpasti klasifikasi akaun? 1 1 8 2 Saya lebih memahami konsep klasifikasi akauns dengan MUDAH. 1 5 4 3 Saya lebih AKTIF dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik Tik Top. 1 3 6 4 Saya berpendapat kaedah Tik Top menyebabkan saya kurang minat untuk belajar atau berasa BOSAN. 2 3 3 2 5 Saya lebih suka guru menggunakan kaedah Tik Top dalam proses 1 6 3


35 pengajaran dan pembelajaran ANALISIS DATA Bagi Soalan 1 majoriti responden berasa seronok menggunakan kaedah ini di mana 80% responden menjawab sangat setuju. Diikuti dengan 10% masing-masing setuju dan kurang setuju dengan pernyataan di atas. Hanya seorang Sahaja yang kurang setuju dengan soalan ini. 1


36 Berdasarkan responden daripada 10 sampel murid yang mengikuti PDP secara kaedah TIK TOP, 40% dari mereka Sangat Setuju bahawa kaedah ini menjadikan mereka lebih mudah memahami konsep Tik Top. 50% dari mereka Setuju dan sebaliknya hanya 10% kurang setuju iaitu seorang murid. Jelaslah disini 90% iaitu mewakili majoriti besar bersetuju dengan kenyataan bahawa kaedah ini menjadikan pembelajaran lebih mudah. Berdasarkan persoalan di atas, hampir 60% responden lebih aktif menggunakan Teknik “Tik Top” dalam Proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala 30% setuju dan hanya 10% yang kurang setuju. Kemungkinan seorang murid lebih suka menggunakan kaedah lama iaitu konsep A+B=L+E+H. Namun hampir 90% responden lebih aktif menggunakan teknik ini yang akan meningkatkan prestasi pencapaian mereka.


37 Bagi persoalan berikut, responden majoritinya sangat tidak setuju (20%), tidak setuju (30%) dan kurang setuju (30%) dengan pernyataan di atas. Ini membuktikan bahawa kaedah Tik Top memang menarik minat untuk belajar atau murid tidak berasa bosan. Maka kaedah ini lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya 2 orang responden yang sangat setuju bermaksud mungkin mereka berasa bosan dengan teknik ini. Bagi persoalan adakah anda suka guru menggunakan kaedah Tik Top dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kaedah ini boleh diguna pakai pada masa-masa akan datang. 30% dari responden sangat bersetuju, manakala 60% bersetuju. Ini menunjukkan rata-rata responden iaitu 90% dari mereka lebih suka guru mengamalkan kaedah ini. Kaedah ini juga dapat


38 meningkatkan kefahaman murid dalam topik klasifikasi akauns. Sebaliknya hanya 10% dari responden Tidak Bersetuju dengan pernyataan ini. 8.3 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN 8.3.1 Prosedur Perlaksanaan 6. Selepas murid menjawab Ujian Pra, kami telah mendapati 18 orang murid yang tidak dapat mencapai skor lebih daripada 20%. 7. Minggu seterusnya telah dimulakan dengan memperkenalkan Teknik Tip Top kepada semua murid. Kemudian diminta murid kelas 4A2 untuk menghasilkan video tik top berasaskan topik klasifikasi akauns. Video ini dihantar kepada guru dan guru akan menyemak kesilapan yang dilakukan oleh murid serta minta diperbetulkan. Selepas video telah dikemaskini dengan maklumat yang betul maka guru akan berkongsi di dalam “group telegram kelas” untuk tontonan semua murid. 8. Tontonan video daripada kumpulan lain telah menggalakkan murid lain untuk mencipta video mereka dengan lebih kreatif. Murid juga diminta untuk menjawab soalan atau kuiz spontan yang diberikan oleh guru berulang kali dalam kelas. Guru menggunakan kaedah ini setiap kali kelas bermula iaitu 5 hingga 10 minit untuk menguji kefahaman mereka. 9. Setelah mengajar menggunakan kaedah di atas, maka guru akan memberikan semula soalan yang sama dalam Ujian Pra untuk Ujian POS. 10. Selepas 4 minggu, murid menjawab soalan Ujian POS secara individu dan markah mereka dicatatkan sebagai data keberkesanan kaedah Tik Top. 11. Murid juga menjawab soalan soal selidik menggunakan skala likert yang mengandungi 5 soalan bagi mengenalpasti sejauhmana murid menerima penggunaan Teknik Tik Top dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya 10 responden diambil sebagai sampel disebabkan oleh kekangan masa. Sepatutnya borang soal selidik perlu diberikan kepada kesemua yang menduduki Ujian Pra atau Ujian POS. 8.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Untuk menjalankan kajian ini saya telah memperuntukkan 20 hingga 30 minit selepas tamat waktu persekolahan untuk membimbing murid dalam menghasilkan video Tik Top. Guru hanya memberikan idea


39 dan minta murid mengembangkan idea tersebut supaya video yang dihasilkan lebih menarik. Saya berasa sangat gagum dengan sikap dan kebolehan murid yang lebih mahir dalam penggunaan teknologi dan maklumat untuk menghasilkan video. Ujian Pra sebelum memperkenalkan kaedah ini dijalankan oleh guru. Minggu keempat seterusnya menyaksikan murid menjawab Ujian POS selepas mereka menguasai Kaedah Tik Top. Hasil dapatan dari Ujian POS, menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan daripada 30 sampel murid yang diuji. Saya berasa agak gembira kerana pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan. 8.5 REFLEKSI KAJIAN Ujian POS menunjukkan pencapaian skor murid yang sangat memberangsangkan. Seramai 29 orang murid menunjukkan peningkatan skor sekurang-kurangnya 1 markah. Hanaya seorang responden yang menunjukkan penurunan skor iaitu dari 29 ke 28 markah. agak ketara . Namun majoriti menunjukkan pencapaian skor yang lebih baik berbanding dengan ujian Pra. Dengan ini menunjukkan murid lebih tertarik dengan gaya pembelajaran berbentuk visual menyebabkan mudah memahami konsep klasifikasi akauns. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Tik Top untuk kenalpasti klasifikasi akauns lebih banyak membantu muird meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang telah dipelajari di samping melahirkan murid yang berkebolehan dalam penggunaan teknologi maklumat. Kaedah ini menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok. 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian ini melibatkan kelas 4 Akauns 2 dengan sampel kajian 30 orang murid. Kelas kedua atau akhir dalam aliran Akauns. Maka pada masa depan, pekaji boleh mencadangkan kajian lanjutan dilaksanakan bagi kelas 4 Akauns 1 yang akan melibatkan sampel yang lebih besar. Tambahan pula, soalan soal selidik juga perlu dinilai sebelum diminta untuk dijawab oleh responden supaya kesahan soalan atau item yang diuji dapat dikekalkan.


40 10.0 PENUTUP Dengan kajian ini, saya berharap teknik ini dapat membantu murid untuk memahami konsep klasifikasi akauns dengan menggunakan teknik Tik Top ini. Topik ini dapat membantu murid menguasai topik-topik lain dalam subjek Prinsip Perakaunan. Saya berharap setiap input yang disumbangkan ini dapat menghasilkan output (murid) yang lebih berguna seiringan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan transformasi sekolah Pendidikan 2025 (TS25). RUMUSAN Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa teknik Tik Top dapat membantu murid menguasai konsep klasifikasi akauns dengan lebih mudah. Selepas kajian ini dibuat, murid melahirkan rasa yakin untuk menjawab soalan yang melibatkan konsep klasifikasi akauns iaitu Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja. Dalam tempoh perlaksanaan kajian tindakan ini, murid memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Mereka sentiasa menerima bimbingan dan dorongan yang saya sampaikan dengan minda yang terbuka. Terutamanya dalam penghasilan video yang perlu diperbetulkan beberapa kali. Mereka mendengar segala arahan dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada awal persekolahan, murid yang pasif juga telah menunjukkan penglibatan yang aktif dalam PdPc. Mereka juga lebih berani menanya soalan dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh rakan lain. Dengan ini, menunjukkan kerjasama yang baik antara mereka yang menyebabkan mereka seronok belajar dan lebih fokus. Melalui kajian tindakan ini, hubungan saya bersama murid dan segelintir ibu bapa juga menjadi rapat. Ini kerana ada segelintir ibu bapa yang membantu membimbing akan-anak mereka dalam penghasilan video. Maka ibu bapa berurusan dengan guru untuk persoalan berkenaan teknikal dalam penghasilan video. Murid juga sering berjumpa dengan saya sekiranya ada sebarang masalah mengenai pelajaran. Hal ini mewujudkan interaksi dua hala yang aktif dan baik dalam sesi peembelajaran dan pengajaran. Komunikasi yang baik dapat memudahkan proses pengumpulan data dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. Pada pendapat saya, murid lebih aktif dan berani menyuarakan pendapat serta lebih kreatif. Murid menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi maklumat dalam video. Murid lebih seronok menghasilkan video Tik Top dengan gabungan idea rakan-


41 rakannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik Tik Top memberikan keputusan yang memberangsangkan dalam ujian POS. Kesemua murid menunjukkan peningkatan skor yang baik dalam pelaksanaan Ujian POS berbanding dengan Ujian Pra. Ini memberi semangat kepada saya untuk mengembangkan lagi kajian ini pada masa akan datang. Kajian ini berjaya dilaksanakan dengan baik mungkin disebabkan generasi sekarang yang lebih suka menggunakan gadjet dan teknologi berbanding menggunakan amalan tradisi seperti “Chalk dan Talk”. Maka mereka lebih tertarik dengan kaedah ini dan berasa seronok untuk belajar. Penglibatan yang aktif menyebabkan mereka tidak berasa bosan. Di samping itu, murid juga dapat menjalankan perbincangan dalam kumpulan di mana boleh berkongsi idea dan mengamalkan hafalan untuk kenalpasti klasifikasi akauns menggunakan teknik TiK Top. Mereka menanyakan soalan sesama ahli kumpualan yang boleh membantu meningkatkan kefahaman mereka. Namun begitu, teknik Tik Top juga mempunyai beberapa kekangan di mana peraturan sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Maka murid mengahadapi masalah merekod video secara berkumpulan. Kadang-kadang guru meminjam telefon bimbit untuk membuat rakaman. Namun, video secara kumpulan dihasilkan oleh murid dengan berkunjung ke rumah rakannya atau gabungan video atau melaksanakan video menggunakan google meet. Ini juga menunjukkan kreativiti setiap kumpulan sangat memberangsangkan. Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, ia telah memberikan penekanan kepada konsep klasifikasi akauns (Bab 2) yang akan berterusan atau berkaitan dengan topik-topik yang lain. Sekiranya murid gagal menguasai topik ini maka mereka sukar untuk menguasai subjek Prinsip Perakaunan. Sekaligus melahirkan “Mind Set” bahawa akauns subjek susah dan “Killer paper”. Ini boleh menyumbangkan kepada prestasi lulus subjek Prinsip Perakaunan menurun. Apabila murid dapat menguasai konsep yang dipelajari melalui teknik ini maka mereka lebih yakin untuk menjawab soalan akauns dan boleh mengingat konsep ini untuk jangka masa yang panjang. Ini bermaksud murid dapat memahami konsep dengan baik. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mendorong dan membimbing murid supaya melahirkan minat untuk belajar akauns. Dalam pasaran buruh menunjukkan permintaan buruh bagi bidang perakaunan diperlukan lebih ramai. Maka guru perlu menghasilkan bakal akauntan untuk memenuhi permintaan pasaran. Bidang perakaunan juga berkaitan dengan kehidupan harian mereka maka boleh diaplikasikan pada masa depan.


42 BIBLIOGRAFI Adwan Mohammad Hasan Bani-Hamad & Abdul Hakim Abdullah. 2019. The Effect of Project-Based Learning to Improve the 21st Century Skills among Emirati Secondary Students. International Journal of Academic Research in Business and Sosial Sciences. Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R.E. 2001. A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York : Longman. Balakrishnan Muniandy, Rossafri Mohamad, Fong Soon Fook & Rozhan Mohammed Idrus. 2009. Technology Application in Project-based Learning. Journal of Communication and Computer, 6(12), 74-84. Ghazali, D. & Sufean, H. 2016. Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Universiti Malaysia. Krathwohl. D.R. 2002. A revision of Bloom’s Taxonomy: An overview. Theory Into Practice, 41, 212-218 Pusat Perkembangan Kurikulum 2001b. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.


43 LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN KENAL PASTI KLASIFIKASI AKAUN MELALUI TEKNIK ‘TIK TOP’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4 AKAUNS 2 DI SMK RAJA MAHADI, KLANG. BIL SOALAN SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU 1 Saya berasa seronok dengan kaedah Tik Top yang digunakan dalam kenalpasti klasifikasi akaun? 2 Saya lebih memahami konsep klasifikasi akauns dengan MUDAH. 3 Saya lebih AKTIF dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik Tik Top. 4 Saya berpendapat kaedah Tik Top menyebabkan saya kurang minat untuk belajar atau berasa BOSAN. 5 Saya lebih suka guru menggunakan kaedah Tik Top dalam proses pengajaran dan pembelajaran


44 UJIAN PRA & UJIAN POS NAMA MURID: ___________________ KELAS: ___________ KLASIFIKASI AKAUN Lengkapkan jadual dibawah dengan menandakan ( √ ) Bil Butiran Hasil Belanja Aset bukan semasa Aset semasa Liabiliti semasa Liabiliti bukan semasa Ekuiti pemilik 1 Pinjaman bank 2 Pelaburan 3 Simpanan tetap 4 Gadai janji 5 Modal 6 Komisen diterima 7 Komisen diberi 8 Faedah atas simpanan 9 Faedah atas pinjaman 10 Hutang lapuk 11 Hutang lapuk terpulih 12 Jualan 13 Belian 14 Angkutan masuk 15 Angkutan keluar 16 Inventori 17 Tunai runcit 18 Alat tulis 19 Bank 20 Overdraf bank 21 Akaun Belum Terima 22 Akaun Belum Bayar 23 Perabot 24 Gaji 25 Duti import 26 Promosi 27 Cukai atas belian 28 Pengiklanan 29 Kenderaan 30 Sewa 31 Sewa dibayar 32 Sewa diterima 33 Mesin 34 Kadar Bayaran 35 Deposit kadar bayaran UJIAN PRA


45 CONTOH PENGHASILAN VIDEO OLEH MURID KELAS 4A2


46 BUKTI PELAKSANAAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS


Click to View FlipBook Version