The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khalifa Affnan, 2019-10-10 10:25:39

PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL

PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Dokumen ini dinamakan Peraturan Akademik Kolej Vokasional, digubal
untuk menyelaras pentadbiran semua hal akademik dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.

1.2 Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini terpakai kepada pengajian
sepenuh masa di Kolej Vokasional yang membawa kepada
penganugerahan diploma.

2.0 TAKRIFAN

“Senat” Senat Kolej Vokasional KPM ditubuhkan di bawah Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan
“Kolej Vokasional” (Senat Kolej Vokasional) 2016

“Jawatankuasa Suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan dan
Akademik” disenggarakan sepenuhnya oleh menteri di bawah
seksyen 33A

Jawatankuasa yang bertanggungjawab di peringkat Kolej
Vokasional dalam menentusahkan perkara berkaitan
dengan kurikulum, penilaian dan pentaksiran serta
membuat keputusan dalam kes-kes khas pengajian.

“Ketua Jabatan” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai
ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu
“Ketua Program” jabatan pengajian

“Semester” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai
“Kurikulum Standard ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu
program pengajian
Kolej Vokasional
(KSKV)” Tempoh Empat belas (14) minggu pembelajaran dan tiga
“Kursus” (3) minggu Penilaian Akhir

Kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional
termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi
aspek kognitif, psikomotor dan afektif.

Satu mata pelajaran yang terdapat dalam komponen
kurikulum pengajian yang mempunyai kod tersendiri.

2

“Penilaian Akhir (PA)” Penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesi
pengajian. Penilaian dilaksanakan di Kolej Vokasional
“Pentaksiran berpandukan instrumen, garis panduan dan panduan
Berterusan (PB)” penskoran / peraturan pemarkahan yang ditetapkan.

Kredit Pentaksiran formatif secara bertulis dan amali yang
diadakan sepanjang semester dan dikendalikan oleh
Mata pelajaran pensyarah.
Pengajian Umum
Ukuran kuantitatif yang melambangkan volume
Teras pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai
hasil pembelajaran tertentu.
Kursus Elektif
Mata pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang wajib
diambil dan wajib lulus oleh semua pelajar berdasarkan
Garis Panduan Mata Pelajaran Umum Kementerian
Pengajian Tinggi, edisi kedua Tahun 2018.

Modul spesifik disiplin dan umum mengikut keperluan
program dan wajib lulus.

Kursus yang fleksibel dan ditetapkan mengikut program
yang perlu diambil pelajar untuk menambah nilai bagi
peningkatan kemahiran insaniah. Kursus ini merupakan
kursus Hadir Wajib (HW) tetapi tidak wajib lulus namun ia
diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK

Purata Nilai Gred Purata nilai gred yang diperolehi oleh pelajar bagi
(PNG) sesuatu semester

Purata Nilai Gred Purata mata nilai gred kumulatif yang diperolehi oleh
Kumulatif (PNGK) pelajar bagi semua semester yang telah diikutinya.

“Transkrip” Pernyataan rasmi keputusan pencapaian peperiksaan
pelajar sepanjang tempoh pengajian

3

3.0 SISTEM PENGAJIAN

3.1 Tempoh Pengajian

3.1.1 Tempoh pengajian diploma adalah selama 2 tahun 6 bulan.

3.1.2 Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun
dengan kelulusan Senat Kolej Vokasional KPM.

Jadual 1 : Sistem Pengajian Diploma

PROGRAM DIPLOMA TAHUN SEMESTER

TAHUN 1 SEMESTER 1
TAHUN 2 SEMESTER 2
TAHUN 3 SEMESTER 3
SEMESTER 4
SEMESTER 5 (OJT)

3.2 Bahasa Pengantar

3.2.1 Bahasa Pengantar Utama adalah Bahasa Melayu.

3.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah
digalakkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum.

3.3 Komponen Pengajian

3.3.1 Pelaksanaan pengajian diploma meliputi pembelajaran dan
pengajaran (PdP) secara kuliah, praktikal dan tutorial, berdasarkan
Student Learning Time (SLT) dan jam kredit bagi setiap kursus
mengikut struktur kurikulum program yang ditawarkan.

4

3.3.2 Penawaran kursus diklasifikasi kepada empat (4) kategori yang
terdiri daripada:

3.3.2.1 Kursus Wajib: Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU)
3.3.2.2 Kursus Teras: Modul spesifik disiplin dan umum
3.3.2.3 Kursus Elektif
3.3.2.4 On-The-Job Training (OJT)

3.3.3 Projek Tahun Akhir (PTA)

Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar
menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk,
perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian
mengikut kaedah-kaedah yang sesuai.

3.3.4 On-The-Job Training (OJT)

Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau
swasta yang wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh yang
ditetapkan mengikut keperluan standard program pengajian.

4.0 SYARAT KELAYAKAN KE PROGRAM DIPLOMA

4.1 Pelajar hendaklah lulus Sijil Vokasional Malaysia dan mendapat
sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Kepujian Bahasa Melayu
1104.

4.2 Syarat-syarat tambahan yang lain adalah bergantung kepada
pematuhan standard program.

5.0 PENDAFTARAN PENGAJIAN

5.1. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

5.1.1 Kolej Vokasional hendaklah mengeluarkan surat tawaran
kepada pelajar yang layak.

5.1.2 Pelajar mesti membuat pendaftaran program sebelum
memulakan pengajian di peringkat diploma.

5.1.3 Rayuan kemasukan lewat bersebab hendaklah dikemukakan
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran.

5

5.2. PENDAFTARAN KURSUS

5.2.1 Pelajar mesti membuat pendaftaran kursus sebelum sesi pengajian
bermula bagi setiap semester.

5.2.2 Rayuan pendaftaran lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran.

6.0 STATUS PENGAJIAN

6.1 KEHADIRAN

6.1.1 Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pembelajaran yang telah
ditetapkan bagi sesuatu kursus.

6.1.2 Pensyarah kursus bertanggungjawab merekod kehadiran setiap
pelajar bagi setiap pertemuan pembelajaran yang dijalankan.

6.1.3 Kehadiran kurang daripada 80% (tanpa sebab yang munasabah)
dari jumlah jam pertemuan yang telah diperuntukkan bagi sesuatu
kursus MPU, Teras dan Elektif boleh menyebabkan pelajar
berkenaan tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir.

Peratus Kehadiran = Jumlah Kehadiran Sebenar (jam) x 100
Jumlah Kehadiran Sepatutnya (jam)

6.1.4 Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dalam tempoh satu (1)
minggu selepas menerima keputusan tidak layak menduduki
Penilaian Akhir (PA)

6.1.5 Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional akan memutuskan status
pelajar yang dibenarkan menduduki Penilaian Akhir.

6

6.2 PENANGGUHAN PENGAJIAN

6.2.1 Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dan dimaklumkan kepada
BPLTV.

6.2.2 Kelulusan penangguhan pengajian adalah tertakluk di bawah kuasa
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

6.2.3 Pelajar yang boleh dipertimbangkan rayuan adalah seperti berikut:

i. Pelajar yang disahkan sakit / kemalangan oleh pegawai
perubatan.

ii. Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.

6.2.4 Tempoh penangguhan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.

6.3 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN

6.3.1 Pelajar boleh digantung dari pengajian setelah didapati bersalah oleh
Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional dan disahkan oleh
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

6.3.2 Kelulusan tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

6.3.3 Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak boleh meneruskan
pengajian dan tidak boleh berada di premis Kolej Vokasional tanpa
sebab yang munasabah.

6.4 MENEBUS (MENGULANG) KURSUS GAGAL

6.4.1 Pelajar dibenarkan menduduki semula (menebus) tidak lebih 2 kali
(tertakluk kepada perkara 3.1.2).

6.4.2 Pelajar boleh memohon untuk mengulang kursus tersebut pada
semester yang ditawarkan.

7

6.4.3 Pengiraan PNGK, kredit kira dan mata nilaian terakhir kursus yang
diulang akan diambil kira sementara kredit kira serta mata nilaian yang
asal dimansuhkan.

6.4.4 Pelajar yang gagal mengulang kursus layak untuk mengulang semester
bagi memenuhi syarat bergraduat (tertakluk kepada perkara 3.1.2).

6.4.5 Pelajar yang memperoleh kedudukan bersyarat (KS) layak untuk
mengulang semester bagi memenuhi syarat bergraduat (tertakluk
kepada perkara 3.1.2).

6.5 PEPERIKSAAN KHAS

6.5.1 Pelajar tahun akhir yang tidak mencapai syarat bergraduasi dan telah
mengulang kursus boleh merayu kepada Jawatankuasa Akademik
Kolej Vokasional untuk menduduki peperiksaan khas.

6.5.2 Pelajar tahun akhir dengan status berikut TIDAK LAYAK memohon
menduduki peperiksaan khas:
i. Pelajar yang tidak hadir Penilaian Akhir tanpa kebenaran (tanpa
alasan yang munasabah); dan
ii. Pelajar yang telah disabitkan dengan tindakan mahkamah
dihalang/tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
iii. Pelajar tidak pernah mengulang kursus yang gagal pada
semester biasa.

7.0 PEMBERHENTIAN PENGAJIAN

7.1 Pelajar boleh diberhentikan daripada pengajian setelah didapati bersalah oleh
Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional atau gagal memenuhi syarat
pengajian oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

7.2 Pelajar yang telah diberhentikan atas sebab disiplin berhak membuat rayuan
kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

7.3 Pelajar yang gagal dalam semua kursus pada setiap semester boleh
ditamatkan pengajian dari Kolej Vokasional selepas disahkan oleh
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

7.4 Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian akan diberi Surat Akuan

8

Pengajian daripada Kolej Vokasional.
8.0 PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN

8.1 Pelajar boleh memohon untuk pertukaran tempat pengajian semasa tempoh
pengajian melalui Pengarah Kolej kepada Sektor Pengurusan Murid, BPLTV.

8.2 Semua dokumen berkaitan penilaian dan pentaksiran bagi pelajar yang
bertukar tempat pengajian adalah menjadi tanggungjawab Kolej Vokasional
asal untuk menyerahkan kepada Kolej Vokasional yang baharu.

8.3 Pelajar yang bertukar tempat pengajian WAJIB menyelesaikan PB bagi tempoh
pengajian di Kolej Vokasional asal terlebih dahulu.

8.4 Pelajar tidak dibenarkan bertukar selepas minggu kelapan (8) pengajian kecuali
kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran khas Sektor Pengurusan Murid
BPLTV.

9.0 PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN

9.1 Pelajar boleh memohon pertukaran Program Pengajian disebabkan oleh kes-
kes khas dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

9.2 Pertukaran program pengajian diantara Kolej Vokasional yang berbeza
hendaklah mendapatkan kelulusan BPLTV.

10.0 PEMINDAHAN KREDIT

10.1 Pelajar yang bertukar program boleh diberi pemindahan kredit bagi kursus
teras disiplin yang sama.

10.2 Pelajar hendaklah memohon pengesahan kredit bagi kursus-kursus yang
telah diambil melalui Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional.

10.3 Pelaksanaan pemindahan kredit hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.

10.4 Keputusan kursus yang berkenaan diguna pakai dalam pengiraan PNGK dan

9

PNGKK.

10.5 Nilai kredit bagi kursus yang diberi pemindahan kredit diambil kira bagi
memenuhi keperluan jumlah kredit bergraduat.

11.0 PERATURAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan
Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh BPLTV.

11.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

11.1.1 PB dilaksanakan sepenuhnya oleh Kolej Vokasional berdasarkan
kepada Course Outline (CO) yang telah ditetapkan.

11.1.2 PB perlu dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang
mengikut Garis Panduan Pengurusan Penilaian & Pentaksiran
Diploma.

11.2 PENILAIAN AKHIR (PA)

11.2.1 Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di Kolej Vokasional
berdasarkan arahan pentadbiran mengikut SOP Pengurusan
Penilaian dan Pentaksiran, takwim pengajian dan jadual peperiksaan.

11.2.2 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah dilaksanakan
oleh pemeriksa yang dilantik oleh Kolej Vokasional.

11.2.3 Pelajar wajib menduduki PA bagi kursus-kursus yang ditetapkan.
Pelajar yang tidak menduduki PA akan gagal kursus tersebut secara
automatik.

11.2.4 Pelajar yang tidak dapat menduduki PA di atas sebab-sebab
munasabah boleh membuat rayuan untuk menduduki PA dengan
kebenaran Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

10

11.2.5 Pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki PA atas sebab-
sebab seperti berikut:

i. Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau hospital
swasta

ii. Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kematian keluarga
terdekat, kemalangan, bencana alam dengan pengesahan
pihak berkuasa.

iii. Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh pengarah Kolej
Vokosional dengan mengemukakan surat pengesahan pihak
pengajur.

11.2.6 Pelajar yang tidak hadir PA akan diberi gred “ T ”.

11.3 MENGULANG PENILAIAN AKHIR

11.3.1 Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum
atau Kursus Teras Disiplin bagi Penilaian Akhir
dibenarkan mengulang sebelum tamat pengajian.

11.3.2 Pelajar yang mengulang PA layak mendapat gred LULUS
sahaja bagi Kursus Pendidikan Umum dan Kursus
Vokasional.

11.3.3 PA ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa,
selepas keputusan rasmi diumumkan.

11.3.4 Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah di
bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

11.4 MENGULANG KURSUS

11.4.1 Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum atau
Kursus Teras Disiplin dibenarkan mengulang kursus mengikut
semester semasa.

11.4.2 Pelajar yang mengulang kursus layak dalam semester semaasa
mendapat gred Tertinggi bagi Kursus Pendidikan Umum atau
Kursus Vokasional.

11.4.3 Kelulusan untuk mengulang kursus adalah di bawah kuasa
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.

11

11.5 EVIDEN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

11.5.1 Fail Eviden pelajar mengandungi pembuktian hasil pentaksiran dan
penilaian PB dan PA pelajar yang disediakan mengikut Garis
Panduan Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran Diploma.

11.5.2 Semua eviden PB hendaklah disimpan dalam fail Eviden Pelajar.
Fail eviden ini disimpan oleh program masing-masing selama 6
bulan selepas tamat pengajian.

11.6 KELAYAKAN MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR

11.6.1 Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak
menduduki Penilaian Akhir:

i. Telah mendaftar kursus yang berkenaan.

ii. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah / tutorial / amali
bagi jangka masa yang ditetapkan.

11.6.2 Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat untuk
menduduki Penilaian Akhir tanpa alasan yang munasabah,
tindakan berikut boleh diambil:

i. Pelajar tidak layak menduduki Penilaian Akhir.

ii. Pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata Gred 0.00
bagi kursus berkenaan.

11.6.3 Kes Luar Jangka

Pelajar yang terhalang menduduki PA atas sebab luar jangka dan
munasabah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Akademik Kolej
Vokasional untuk tindakan selanjutnya.

11.7 PENYELEWENGAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

11.7.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan penilaian dan
pentaksiran boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut
peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

12

11.7.2 Seseorang pelajar yang didapati terbukti melanggar mana-mana
arahan Penilaian Akhir boleh dimansuhkan markah penilaian dan
diberi Gred F dengan Nilai Mata Gred 0.00 bagi kursus
berkenaan.

11.8 STATUS GAGAL

11.8.1 Bagi status gagal, rujuk kepada Jadual 4 Kriteria Penetapan
11.8.2 Keputusan untuk kenaikan semester.
Pelajar yang masih gagal mana-mana Kursus Pendidikan
Umum dan Kursus Vokasional setelah menduduki penilaian
ulangan adalah tidak layak untuk dianugerahkan Diploma.

11.9 KEPUTUSAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

11.9.1 Keputusan Penilaian dan Pentaksiran setiap semester akan
dimaklumkan kepada pelajar oleh Kolej Vokasional.

11.9.2 Kolej Vokasional akan mencetak Slip Keputusan bagi setiap
Semester dan diedar kepada semua pelajar.

11.10 RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

11.10.1 Rayuan semakan keputusan penilaian dan pentaksiran boleh
dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada Pengarah Kolej
Vokasional dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
keputusan rasmi dikeluarkan.

11.10.2 Rayuan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Akademik
Kolej Vokasional.

11.10.3 Keputusan rayuan adalah muktamad

13
11.11 SISTEM GRED PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PROGRAM DIPLOMA

11.11.1 Secara umumnya, Gred D+ adalah Gred Lulus minimum.

MARKAH GRED NILAI GRED
90 – 100 A 4.00
80 – 89 A- 3.67
70 – 79 B+ 3.33
65 – 69 B 3.00
60 – 64 B- 2.67
55 – 59 C+ 2.33
50 – 54 C 2.00
45 – 49 C- 1.67
40 – 44 D+ 1.33
35 – 39 D 1.00
20 - 34 E 0.67
F 0.00
0 – 19 T 0.00
TIDAK HADIR

Jadual 2 : Sistem Gred Penilaian dan Pentaksiran

12.0 PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

Projek Tahun Akhir terdiri daripada PTA 1 dan PTA 2. Perlaksanaan PTA 1 adalah
pada Semester 3 dan pelaksanaan PTA 2 adalah pada Semester 4. Perlaksanaan
PTA adalah merujuk kepada Garis Panduan PTA .

14

13.0 ON -THE - JOB TRAINING (OJT)

Pelajar WAJIB menjalani OJT dan lulus untuk diperakukan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Diploma. (Sila rujuk buku Garis Panduan On-The-Job
Training).

14.0 TRANSKRIP DAN SKROL

14.1 Transkrip Diploma dikeluarkan oleh Kolej Vokasional kepada pelajar yang
berjaya menamatkan pengajian.

14.2 Transkrip Diploma ditandatangani oleh Pengarah Kolej Vokasional.

14.3 Diploma dianugerahkan oleh Senat Kolej Vokasional KPM kepada pelajar yang
berjaya memenuhi syarat-syarat bergraduat.

14.4 Permohonan skrol asal Diploma boleh dibuat oleh pelajar melalui KV kepada
Sektor Pengurusan Akademik BPLTV 14 hari selepas konvokesyen.

14.5 Permohonan salinan transkrip dibuat oleh pelajar kepada KV.

15.0 KEDUDUKAN AKADEMIK 15
15.1 Kedudukan Akademik Pelajar CATATAN

KEDUDUKAN KETERANGAN
AKADEMIK

Keputusan Baik • Lulus semua Layak meneruskan
(KB) Kursus MPU pengajian ke semester

• Lulus Kursus teras. berikutnya.
• PNGK ≥ 2.00

• Tidak Lulus mana- Perlu mengulang MPU

Keputusan mana Kursus MPU sehingga lulus.
Bersyarat (KS)
• Tidak Lulus mana- Manakala Kursus Teras

mana Kursus teras. dibenarkan mengulang

• 1.33 ≤ PNGK < 2.00 dua (2) kali sahaja.

• Gagal di dalam Tidak layak

Keputusan Gagal Penilaian Ulangan. meneruskan pengajian
(KG) ke semester berikutnya.
• PNGK < 1.33

• Kedudukan bersyarat

2 semester berturut.

Jadual 3 : Kedudukan Akademik Pelajar

NOTA:

*Dalam kes mengulang PA, pihak Kolej Vokasional hendaklah memberi penekanan kepada
pelajar agar lulus semua Kursus Teras kerana sekiranya masih gagal pelajar boleh
diberhentikan dari pengajian. Oleh itu, bimbingan sewajarnya perlu diberikan kepada
pelajar sebelum dan semasa ulangan PA berlangsung khususnya bagi Kursus Teras untuk
menentukan pelajar sekurang-kurangnya boleh ditawarkan ke program kemahiran
sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya syarat kelayakan bergraduat selepas
mengulang.

16

16.0 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

16.1 Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan
pengajian dengan memenuhi segala keperluan dan syarat ditetapkan:

i. Lulus semua kursus yang diwajibkan bagi keperluan program
ii. Lulus OJT
iii. Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan PNGK ≥ 2.00
iv. Diperakui oleh Jawatankuasa Senat Kolej Vokasional KPM

17.0 PERUNTUKAN AM

Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) dan juga pindaan dari semasa ke semasa.

18.0 RUJUKAN YANG PERLU ADA

18.1 Struktur Pogram Pengajian (SPP)
18.2 Garis Panduan Kurikulum Diploma
18.3 Panduan Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran Diploma
18.4 Panduan Pentaksiran Berterusan
18.5 Garis Panduan Projek Tahun Akhir (PTA)
18.6 Garis Panduan On-The-Job Training (OJT)
18.7 Panduan Peraturan Pelajar
18.8 Panduan Pengurusan Pelajar
18.9 Panduan Pengurusan Kolej
18.10 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) – Pindaan 2014
18.11 Garis Panduan Mata pelajaran Pengajian Umum (MPU)

KPM berhak untuk meminda sebarang peraturan dari semasa ke semasa.
Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh :

Mesyuarat Senat Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia
Kali Kelima Bil.1/2019
Pada 26 Ogos 2019

17

Penghargaan dan terimakasih kepada

PANEL PENGUBAL:

FAUZI BIN ABDULLAH (Pengerusi)

HAFIDZAH BT OMAR HJH MAHNON SHABUDIN

HJ. SHANUSI AHMAD Ts. ROSMAN BAHRI

ANITA HASHIM MASTURA ABD MALEK

MOHD EFFENDI BIN JAMLOS HANIS BINTI MOHAMED

AMIR HAMZAH BIN SOFHI @ SUBHI Ts. AHMAD KAMAL BIN MD DURAIBI

ABDUL RAZAK ISMAIL HASHIM BIN PUTEH

KAMARULZAMAN NAYAN ABDUL SALIM BIN ABDUL SAMAD

ALWI BIN MOHD ALI MOHD. JONED MUSA

MOHD JELANI BIN YAACOB HJ MOHAMAD SAHRAN BIN AMIN

ABD HAFIDZ PG ADNAN SUPIAN BIN MAHMOOD

AZAM BIN ISMAIL AZIZAN BIN AHMAD

WAN MOHD FAZLI WAN YUSOP ROSLI BIN SHA’BAN

MOHD SHAFIE BIN HAMIR RADZUAN BIN ABD LATIF

18


Click to View FlipBook Version