The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dila_delphinium, 2022-03-18 23:37:20

buku peraturan sekolah

BUKU PERATURAN SEKOLAH

BUKU PERATURAN
SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPONG AUR

(CBA8007)

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN
1.1 Loceng Pertama

Ia akan dibunyikan pada pukul 7.45 pagi.Murid berkumpul di kantin sekolah
1.2 Loceng Rehat

1.2.1 Waktu rehat selama 20 minit.
1.2.2 Masa Rehat: 10.15 hingga 10.35 pagi.
1.2.3 Semua murid makan di kelas dan guru akan bertugas memantau

1.3 Waktu Balik

Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan
teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah.Semua murid diwajibkan hadir.

2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus

mengambil perhatian dengan sepenuhnya.
2.4 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.5 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan

teratur dan senyap.

PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan
rasmi.

Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah
sehingga balik semula ke rumah.

3.1 Pakaian Murid Lelaki

3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.

3.1.2 Seluar
Seluar panjang berwarna biru tua.

-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.

3.1.3 Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya
tidak besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau
3.75 cm. Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3 Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek.
Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’.Penggunaan jel
atau mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :

- Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
- Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
- Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi

garis tengah hidung.
- Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang

diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2 Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah:
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah
berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran
yang sesuai.
3.2.4 Rambut / Kuku /Riben
- Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
- Rambut tidak boleh mencecah bahu.
- Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan

menggunakan riben hitam atau biru.
- Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan

kuku dan sebagainya.
3.2.5 Alat-alat solek

-Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.
3.2.6 Barang-barang Kemas

Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti
gelang,rantai leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.

3.3 Kasut dan Sarung kaki
3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna

putih Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah

3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher
berwarna merah tua.

3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan
bertudung merah tua.
Gaun / blaus warna biru gelap.

3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani
3.5.1 Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan memakai seluar

panjang (track bottom / pendek (bola sepak)

PERKARA 4 : KEDATANGAN

4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
4.1.1 Pada semua waktu persekolahan.
4.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
4.1.3 Aktiviti kokurikulum.

4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor
atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut,
murid dianggap ponteng.

4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan
diminta memberi penjelasan.

4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.

4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa /
penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.

PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

5.1 Bilik Darjah

5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan

bahan-bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup

suis kipas dan lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.

5.2 Kawasan Sekolah

5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong
Sampah yang disediakan.
5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan
sekolah.
5.3
Tandas Sekolah
5.3.1
5.3.2 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip
5.3.3 setelah digunakan.
Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air /
5.4 najis.

5.4.1 Papan Kenyataan
5.4.2
5.4.3 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
5.4.4 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
5.5 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak

5.5.1 memindah atau merosakkannya.

5.5.2 Harta Benda Sekolah.
5.5.3
5.5.4 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah
yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik
computer dan dimana-mana sahaja kawasan sekolah.
Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletak di
tempat asalnya dalam keadaan baik.

PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN

6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta,
lorong di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.

6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat
yang ditetapkan.

PERKARA 7 : KANTIN

7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.
7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam

bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.
7.3 Murid-murid tidak dibenarkan msuk ke tempat memasak atau menyediakan

makanan.
7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN

8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan

sesama pelajar
8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera

bagi yang bukan Islam.
8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan

menjaga nama baik sekolah.
8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan

sesiapa sahaja.

PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH

Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.

9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
9.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
9.3 Memukul guru-guru.
9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh
sekolah dan pejabat Pelajaran.
9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.
9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
9.10 Berjudi.
9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.
9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali
amaran.
9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru
Besar.
9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.

PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Nasihat / Kaunseling
10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung sekolah
10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
10.10 Dibuang sekolah (dicadang)
10.11 Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar
undang-undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERKARA 11: KOKURIKULUM

11.1.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti
kokurikulum berikut :
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan
yang diambil.
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit
beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .

PERKARA 12 : PEPERIKSAAN

12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu
peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran
Guru Besar.

PERKARA 13 : PERTUKARAN SEKOLAH

13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.
13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah

memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 14 : YURAN

14.1 Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.

PERKARA 15 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

15.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :

15.2.1 pada akhir tahun
15.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah
15.2.3 sebelum bertukar sekolah
15.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah.

15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.

PERKARA 16 : PUSAT SUMBER SEKOLAH

16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.
16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain
di dalam pusat sumber.
16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.
16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang
digunakan tersusun.
16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17 : PELAWAT

17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di
pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum
berjumpa dengan sesiapa / murid di sekolah.

PERKARA 18 : PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama,
diikuti dengan satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak
18.2 dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi.
Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan
18.3 dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas
18.4 atau pejabat untuk diambil perhatian.
18.5 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
18.6 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak
serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui
kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain,
mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu

bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti
diselesaikan di pejabat.
18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.
18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg
murid lain.
18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran
daripada pihak pentadbiran.
18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.
18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu
pengajaran dan pembelajaran.
18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru
supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.
18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.
18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan
membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.

PERKARA 19 : HAL-HAL LAIN

19.1 Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta
kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa
/ waktu.

19.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan,
komik atau majalah hiburan ke sekolah.

19.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam
kawasan sekolah.

19.4 Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.
19.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
19.6 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa

persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.
19.7 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada

waktu rehat.Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’hendaklah diperolehi
daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa.
19.8 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau
kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.
19.9 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru
atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan
patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang
aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.
19.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah
diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru
Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar
sekolah merupakan kesalahan serius)
19.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan
TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu
kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.

19.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.

19.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan
bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.

19.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk
membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat
pada masa yang telah ditetapkan.


Click to View FlipBook Version