The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT PANGGILAN MESYUARAT BIL.1 2023/2024,
MINIT MESYUARAT HEM BIL.4 2022/2023,
BORANG MAKLUM BALAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafidahomar, 2023-03-13 12:17:48

SURAT PANGGILAN MESYUARAT HEM BIL.1 2023/2024

SURAT PANGGILAN MESYUARAT BIL.1 2023/2024,
MINIT MESYUARAT HEM BIL.4 2022/2023,
BORANG MAKLUM BALAS

Keywords: HEM

__________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : SKSD.700 -7(1 ( ) Tarikh : Mac 2023 ___________________________ __________________________ Tuan/ Puan MESYUARAT HEM BIL. 1-2023/2024 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput ke Mesyuarat HEM tersebut yang diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sungai Dua 3. Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu 3. Perkara Berbangkit 4. Perbincangan Profesional 4.1 Pelantikan Jawatankuasa 4.2 Takwim HEM 2023/2024 4.3 Pembentangan OPPM 4.4 Pengurusan Kelas 4.5 Hari Suai Kenal dan Taklimat Waris Tahun 1 Sesi 2023/2024 4.6 Program / Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan 4.7 Kewangan 5. Hal-hal lain 6. Ucapan Penangguhan Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah, (NURZAINI BINTI OSMAN) GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA sk: 1. Fail Unit


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA 13800 BUTTERWORTH, SEBERANG PERAI UTARA, P.PINANG TEL/FEX : 04-3565297 KOD SEK.: PBA2024 Email : pba2024@jpnpp.edu.my MINIT MESYUARAT INDUK HAL EHWAL MURID (HEM) KALI KEEMPAT SESI 2022/23 TARIKH : 13 FEBRUARI 2022 (ISNIN). MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK SUNGAI DUA. KEHADIRAN MESYUARAT: KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 1 PN. ROSHIDAH BINTI ARIFFIN PK HEM / PENGERUSI HEM 2 EN. HUZAIFAH BIN ABDUL RAHMAN PENYELARAS DISIPLIN & PENGAWAS 3 PN. NORAFIZA BINTI ABU BAKAR SETIAUSAHA DISIPLIN & PENGAWAS 4 PN. HIDAYAH BINTI AHMAD PUAT PENYELARAS KESIHATAN – 3K 5 PN. SHAFINAZ BINTI SHAPIE SETIAUSAHA KESIHATAN – 3K 6 EN. MOHD SHAH RIN B. AWANG PENYELARAS KESELAMATAN – 3K 7 PN. NURUL ZULAIKHA BINTI ISHAK SETIAUSAHA KESELAMATAN – 3K 8 PN. NOORAZILA BINTI ZAKARIA PENYELARAS KECERIAAN & KEBERSIHAN – 3K 9 CIK SEE AI LI SETIAUSAHA KECERIAAN & KEBERSIHAN – 3K 10 CIK NITHIYA A/P TIAGARAJA PENYELARAS SPBT- BANTUAN 11 PN. SUHAIDA BINTI KAMIS@MAT SETIAUSAHA SPBT- BANTUAN 12 PN. NAZIRAH BINTI AWANG PENYELARAS KWAPM & BKAP - BANTUAN 13 PN. NURUL AIN BINTI OTHMAN SETIAUSAHA KWAPM & BKAP - BANTUAN 14 PN. NURUL HELMA BT. AHMAD PENYELARAS RMT & PSS - BANTUAN 15 PN. FARIDAH BT. ABDUL SAMAT SETIAUSAHA RMT - BANTUAN 16 PN. NUROL AKKMA BT. RAMLEE SETIAUSAHA PSS - BANTUAN 17 PN. AZLINA BINTI OTHMAN PEMANGKU PENYELARAS KEBAJIKAN MURID 18 PN. NORAINI BINTI BADRI SETIAUSAHA KEBAJIKAN MURID 19 EN. KHAIRI BIN GHAZALI PENYELARAS KANTIN 20 PN. NORIZAN BT. MD TAHIR SETIAUSAHA KANTIN 21 PN. SITI NORIAH BINTI HASSAN SETIAUSAHA ANTI DADAH & CEGAH JENAYAH 22 PN. AISHAH BT. MD NAWI PENYELARAS BIMBINGAN & KAUNSELING 23 EN. MOHD MUSTAZA BIN MAT NOH SETIAUSAHA BIMBINGAN & KAUNSELING 24 PN. RAFIDAH BINTI OMAR SETIAUSAHA HEM TIDAK HADIR 1. EN. MOHD ZAMRI B AHMAD PENYELARAS ANTI DADAH DAN CEGAH JENAYAH MINIT MESYUARAT INI DISEDIAKAN OLEH PUAN RAFIDAH BINTI OMAR.


AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu. 3. Perkara Berbangkit. 4. Pengurusan Hal Ehwal Murid . 5. Hal-Hal Lain. 6. Penutup. 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pn. Rosidah binti Arifin (PK HEM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK HEM yang hadir dalam Mesyuarat Induk HEM kali keempat bagi sesi 2022/23 ini. 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 1.3 Semua unit diminta mengisi laporan aktiviti di dalam sheet yang disediakan serta mengemaskini fail unit masing-masing. 1.4 Semua unit menyiapkan TPR dan perlu diserahkan kepada Setiausaha HEM selewat-lewatnya 3 Mac 2023 1.5 Jawatankuasa Unit HEM mungkin ada rombakan pada sesi persekolahan 2023/2024. Nama-nama akan diumumkan oleh Guru Besar pada mesyuarat guru kali pertama pada 13 Mac nanti. 1.6 Jika inginkan peruntukan, setiap unit haruslah menyediakan kertas kerja sebulan sebelum program berlangsung. Contoh kertas kerja baharu akan dimasukkan ke dalam link HEM. Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU 2.1 PK HEM meminta semua ahli mesyuarat meneliti Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Kali Keempat sesi 2021/2022 dan mengesahkannya. 2.2 Pn. Aishah binti Md Nawi mencadangkan agar Minit Mesyuarat Induk Hal Ehwal Murid Kali Keempat sesi 2021/2022 disahkan. 2.3 En. Mohd Shah Rin B. Awang menyokong agar cadangan Minit Mesyuarat Induk Hal Ehwal Murid Kali Keempat sesi 2019 disahkan. Makluman 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Perkara 4.9.2 Taklimat ke Tingkatan 1 telah ditunda dari 10 Mac ke 14 Mac 2023. 3.2 Perkara 4.2.2 Kit Ujian Covid yang menghampiri tarikh luput. Akan diberikan kepada semua murid apabila hari pertama sesi persekolahan 2023/2024. Makluman


4. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 4.1 UNIT PENGAWAS & DISIPLIN SEKOLAH 4.1.1 Pas keluar masuk kelas akan disediakan 4 salinan. 2 salinan akan diberi pada penggal pertama persekolahan dan 2 salinan akan diberi pada penggal akhir persekolahan. Jika keempat-empat pas keluar masuk hilang, guru kelas dikehendaki ganti dengan membayar denda RM2 setiap kad. 4.1.2 Lantikan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas akan dilakukan. Antara nama-nama yang dicalonkan ialah: i. Khalif Mikail 5USM ii. Irhan Shah 5USM iii. Nina Humaira 5USM 4.1.3 Temuduga bagi pemilihan akan diadakan pada 16 Februari 2023 di bilik mesyuarat SKSD. 4.1.4 Isu kehadiran murid lewat ke sekolah. Jam terakhir untuk masuk ke pintu pagar sekolah adalah pada pukul 7.30 pagi. Murid yang lewat ke sekolah tiga kali berturut-turut akan diambil tindakan tegas. Tindakan: AJK Unit Pengawas & Disiplin Sekolah 4.2 UNIT KESIHATAN– 3K 4.2.1 Buku Rekod Kesihatan telah dipulangkan semula kepada murid Tahun 6 untuk dimasukkan ke dalam fail peribadi murid. Tindakan: AJK Unit Kesihatan– 3K


4.3 UNIT KECERIAAN & KEBERSIHAN– 3K 4.3.1 Untuk sesi persekolahan 2023/2024, setiap kelas dikehendaki melantik Ketua Kebersihan Kelas 4.3.2 Tandas perlu ditambah lagi keceriaan. 4.3.3 Memohon agar GPK Hem meminta peruntukan daripada Guru Besar untuk keceriaan kelas Tindakan: AJK Unit Kebersihan & Keceriaan – 3K 4.4 UNIT KESELAMATAN – 3K 4.4.1 Untuk sesi persekolahan 2023/2024, latihan kebakaran perlu diadakan dua kali setahun. Tindakan: AJK Unit Keselamatan – 3K 4.5 UNIT KANTIN. 4.5.1 Kantin akan dibuka pada hari suai kenal murid tahun 1 iaitu pada 17 Mac 2023. 4.5.2 Murid tahun 1 akan diajar cara membeli makanan dan makan di kantin oleh AJK Kantin. Tindakan: AJK Unit Kantin


4.6 UNIT KEBAJIKAN. 4.6.1 8 orang murid telah mendapat sumbangan daripada pihak PERDA. 4.6.2 Telah menyerahkan sumbangan kepada adik Amrin dari kelas 4 USM yang telah kematian bapa. Tindakan: AJK Unit Kebajikan 4.7 UNIT KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) & ELAUN MURID KHAS (EMK) - BANTUAN. 4.7.1 Pengagihan BAP berjalan dengan lancar. 4.7.2 KWAPM akan diagihkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tindakan: AJK Unit KWAPM & EMK - Bantuan 4.8 UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT ) - BANTUAN 4.8.1 Buku teks Tahun 5 tidak mencukupi kerana bilangan murid Tahun 5 pada sesi ini lebih ramai daripada bilangan murid Tahun 5 pada sesi lepas. Kekurangan tersebut akan diatasi secepat yang mungkin. 4.8.2 Bilik BOSS akan bertukar tempat dengan kelas 2USM. Gotong-royong akan diadakan dalam masa yang terdekat. Tindakan: AJK Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) - Bantuan


4.9 UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) - BANTUAN 4.9.1 AJK RMT perlu menanda / pada buku jika murid makan dan tanda 0 jika murid tidak makan. Pastikan murid tersebut makan atau tidak sebelum menanda. 4.9.2 PSS- susu harus diedarkan mengikut jadual yang ditetapkan. Tindakan: AJK Unit RMT & PSS – Bantuan 4.10 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 4.10.1 Berharap Program Santuni Kasih & Apresiasi Tahun 6 akan berjalan dengan lancar pada esok hari. Tindakan: AJK Unit Bimbingan & Kaunseling 4.11 UNIT ANTI DADAH & CEGAH JENAYAH 4.11.1 Kelab AADK perlu diadakan dan didaftarkan pada sesi persekolahan 2023/2024. 4.11.2 Murid PRS akan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab AADK. 4.11.3 Diharap dapat menjalankan program bersama pihak Polis dan AADK. Tindakan: AJK Unit Anti Dadah & Cegah Jenayah.


5. HAL-HAL LAIN 5.1 Setiausaha setiap unit hendaklah mematikan minit dan surat panggilan telah siap mengikut tarikh yang ditetapkan. Soft copy diserahkan kepada Setiausaha HEM manakala hardcopy diletakkan dalam fail unit masing-masing. 5.2 Jika setiap unit ingin membuat pelancaran sesuatu program, pelancaran tersebut haruslah mempunyai pengisian yang bermanfaat kepada murid-murid. 5.3 Mesyuarat Induk HEM kali Pertama 2023/2024 akan diadakan pada 15 Mac 2023 hari Rabu. 5.4 Taklimat kepada guru kelas akan diadakan pada 16 Mac 2023. 5.5 Suai Kenal Tahun 1 akan diadakan pada 17 Mac 2023. Makluman 6. PENUTUP 6.1.1 PK HEM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK HEM yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT PERKARA : MINIT MESYUARAT HEM KALI KEEMPAT 2022/2023 TARIKH : 13 FEBRUARI 2023 TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKSD M/S PARA PERKARA UNIT TINDAKAN/PERKEMBANGAN/ULASA N 3 4.1.1 Pas Keluar Masuk Kelas Disiplin Masih dalam proses. Akan diedarkan pada 17 Mac 2023 4 4.3.1 Pelantikan Ketua Kebersihan Kelas Keceriaan & Kebersiha n Masih dalam proses. Akan dilaksanakan pada minggu pertama pembukaan sekolah 4 4.5.1 Pembukaan kantin pada Hari Suai Kenal & Taklimat Waris Tahun 1 Kantin Masih dalam proses. Akan dilaksanakan pada 17 Mac2023. 5 4.8.2 Pertukaran Bilik BOSS SPBT Masih dalam proses 6 4.10.1 Program Santuni Kasih & Apresiasi Tahun 6 B&K Telah berjaya dilaksanakan 6 4.11.1 Penubuhan Kelab AADK Sejarah Masih dalam proses Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………………… ……………………………… ( RAFIDAH BINTI OMAR ) ( ) SETIAUSAHA HEM KETUA UNIT


Click to View FlipBook Version