SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 9, TS25 KOHORT 6 FAIL MEJA GURU KELAS & PEMBANTU “Akhlak Terpuji, Minda Terarah”
FAIL MEJA GURU KELAS & PEMBANTU
HAK-HAK SETIAP MURID 1. Mendapat hak pendidikan tanpa diskriminasi. 2. Menggunakan fasiliti sekolah yang disediakan. 3. Murid mendapat makanan yang seimbang di kantin. 4. Disiasat secara adil jika melakukan kesalahan. 5. Diiktiraf pencapaian dan amalan baik yang dilakukan. 6. Proses sosiolisasi yang mantap dan cemerlang -Bimbingan guru bimbingan dan kaunseling. 7. Program Sekolah Sejahtera-14 NILAI SELAMAT/ SERONOK/ SIHAT/ ETIKA/ EMPATI/ JATI DIRI/ ADAB SOPAN/ HARMONI/ TEKUN/ TELITI/ TERAMPIL/ EKSPLORASI/ RASIONAL/ ARTIKULASI
TADBIR URUS HEM 1. PENDAFTARAN MURID 2. PENGURUSAN KELAS 3. PENGURUSAN DISIPLIN MURID 4. PENGURUSAN 3K 5. KEBAJIKAN DAN BANTUAN 6. BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7. SPBT 8. PPDa 9. PEMBANGUNAN MODAL INSAN/SSDM
PENDAFTARAN MURID Pengurusan Pendaftaran Murid berjalan dengan lancar Murid Tahun 1 didaftarkan melalui atas talian oleh ibubapa/penjaga. Borang pendaftaran dicetak dan dihantar ke sekolah. Surat kebenaran suntikan ditandatangan dan dihantar ke sekolah. Memastikan dokumen lengkap seperti yang diminta. SEMASA PENDAFTARAN Senarai nama murid ikut kelas dipamerkan. Senarai bayaran dan keperluan persekolahan disemak Tentatif dan aktiviti pendaftaran murid Murid-murid tidak hadir semasa pendaftaran dijalankan.
PENGURUSAN KELAS ❖ Maklumat murid ❖ Kehadiran ❖ Buku Teks ❖ Laporan Kemajuan Murid ❖ Sijil Berhenti Sekolah ❖ Masalah Pembelajaran Murid(bukan berkeperluankhas) ❖ Disiplin ❖ Kebersihan dan Keceriaan ❖ Keselamatan ❖ Kesihatan ❖ Kebajikan ❖ Fizikal Kelas ❖ Kutipan Bayaran Persekolahan ❖ Murid Tukar Keluar/Masuk ❖ Aplikasi Pengkalan Data Murid(APDM)
TUGAS GURU KELAS-Pengurusan Bilik Darjah ● Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur mengikut plan lantai ● Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini. ● Memaklumkan pada murid peraturan kelas dan sekolah ● Memastikan kelas dalam keadaan selamat ● Menyemak bayaran persekolahan
APDM • Kehadiran murid boleh dipantau oleh ibubapa/penjaga bermula sesi persekolah 2021 melalui pautan public.moe.gov.my (Ruj kami :KPM.600-17/1/21 Jld.5(60) • Data pendapatan ibubapa/penjaga merupakan rujukan kepada bantuan yang diterima oleh murid.
SELEPAS BERJAYA DAFTAR MASUK DALAM PUBLIC.MOE.GOV.MY : IBU BAPA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN KEHADIRAN DAN KEMAS KINI PROFIL MURID
PUBLIC.MOE.GOV.MY • Public.moe.gov.my adalah berkaitan kemaskini maklumat oleh ibu bapa di ruangan yang dibenarkan sahaja • Kehadiran murid boleh dipantau oleh ibubapa/penjaga bermula sesi persekolahan 2021 melalui pautan public.moe.gov.my (Ruj kami :KPM.600-17/1/21 Jld.5(60) • Data pendapatan ibubapa/penjaga merupakan rujukan kepada bantuan yang diterima oleh murid.
TUGAS GURU KELAS (Pengurusan APDM) ● Menyemak butiran peribadi murid dalam APDM berdasarkan borang maklumat murid/ borang bantuan PB1 Dan PB 2 ● Merekod dan mengemaskinikan kehadiran setiap hari sebelum jam 12.00 t’hari. Jika sistem bermasalah buat rekod manual sementara ● Buat pengesahan dalam Laporan Kehadiran APDM setiap bulan dan cetak. Serah kepada SU HEM untuk tindakan. ● Failkan segala surat ketidakhadiran murid. Mengemaskini data bantuan ● Guru atau pihak sekolah di larang sama sekali memadam nama murid di APDM apabila murid bertukar. Nama murid akan automatik dikemaskini apabila sekolah baharu mendaftarkan murid tersebut.
Mengemaskini maklumat murid-murid dalam APDM bagi penyediaan data permohonan KWAPM selewat – lewatnya sebelum 31 Januari tahun semasa. 3. Maklumat penting dan wajib diisi dalam APDM 3.1 No. KP Murid 3.2 Nama Murid 3.3 Darjah/ Tingkatan 3.4 Status Warganegara Murid 3.5 Kaum/ Bangsa 3.6 Nama Ibu Bapa/ Penjaga 3.7 No Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga 3.8 Jumlah Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga (Pendapatan Penjaga Utama + Pendapatan Penjaga Kedua tidak bernilai “RM 0 HINGGA RM10”) 3.9 Ruangan TANGGUNGAN pastikan TIADA tanggungan 0 atau 1 TUGAS GURU KELAS (Pengurusan APDM)
PENTING BERKAITAN PUBLIC.MOE.GOV.MY (UNTUK IBU BAPA) DAN KEMASKINI MAKLUMAT APDM OLEH GURU KELAS • Walaupun ibu bapa telah membuat kemaskini maklumat dalam public.moe.gov.my pihak sekolah berhak mengubah maklumat pendapatan sekiranya meragukan khususnya berkaitan bantuan • Borang PB1 dan PB2 adalah penting semasa membuat keputusan kelayakan mendapatkan bantuan. • Berkaitan ruangan tanggungan (TIADA tanggungan “0”, “1” atau lansung tidak diisi(blank)) yang silap diisi ibu bapa , pihak sekolah berhak menukarkannya supaya ia tidak menjadi ralat semasa KPM menganalisis perkapita penjaga . • Hubungi ibu bapa sekiranya mereka tidak jelas berkaitan perkara ini. • IBU BAPA BUKAN WARGANEGARA tidak boleh daftar masuk dalam public.moe.gov.my kerana tiada NOMBOR kad pengenalan. Oleh itu GURU KELAS SAHAJA boleh kemaskini maklumat murid tersebut. • Sila tukar Nombor Tentera atau Polis kepada Nombor Kad Pengenalan awam dalam menu PENJAGA UTAMA DAN PENJAGA KEDUA kerana public,moe,gov.my hanya boleh menggunakan Nombor Kad Pengenalan untuk DAFTAR MASUK Atau DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA BARU
TUGAS GURU KELAS (Murid Pindah Masuk ) 1. Dapatkan : ❑ Surat pertukaran ( PPD ) ❑ Dokumen lengkap ( salinan ) 2. Daftar murid dalam APDM mengikut id guru kelas berkenaan. 3. Memastikan murid membawa bersama set buku teks dan fail peribadi. 4. Mendaftar murid bukan warganegara dan mendaftar levi
TUGAS GURU KELAS (Murid Pindah Keluar) ● Memaklumkan kepada GPK Hem dan guru subjek murid yang pindah keluar ● Memastikan murid pindah membawa buku teks yang cukup dan memulangkan semua buku tulis ● Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut jika ada pertukaran: -Rekod PBD -Kad/ Rekod Kesihatan Murid. -Buku PAJSK (tahap 2) -Sijil SSDM dan Psikometrik(tahun 6) -Sijil Berhenti (tahun 6) -Salinan borang bantuan (original sekolah simpan)-pastikan jika penerima bantuan telah dicop atau ditanda diruang yang disediakan. Maklum kerani dan penyelaras bantuan untuk tindakan . -Salinan surat beranak,mykid,kad pengenalan penjaga,surat hak penjagaan anak/surat cerai/surat mati/sijil pengangkatan/sijil nikah
• Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga untuk datang ke sekolah dengan membawa: • 2 Salinan sijil lahir anak, sijil anak angkat, surat nikah ibu bapa, sijil penceraian atau surat perintah hak penjagaan anak untuk disahkan oleh pihak sekolah. • Pengisian borang pertukaran sebanyak 4 salinan TUGAS GURU KELAS (Murid Pindah Keluar)
● Guru kelas Tahun 1 mengumpul : a) Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi b) Borang Maklumat Murid dan Ibu / Bapa / Penjaga ● Mengambil timbangan berat dan ketinggian murid ● Melengkapkan eRKM : a) status kebenaran ibu / bapa / penjaga b) timbangan berat dan ketinggian murid c) status kehadiran murid semasa hari pemeriksaan ● Guru kelas Tahun 6 mengambil berat dan ketinggian murid serta merekodkan dalam buku rekod kesihatan. TUGAS GURU KELAS (Pengurusan eRKM )
TUGAS GURU KELAS (Pengurusan Bantuan ) Mengenalpasti murid yang berkelayakan mendapat bantuan : -Bantuan Awal Persekolahan (BAP) -Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) -KWAPM Kecemasan -Rancangan Makanan Tambahan (RMT) -Program Susu Sekolah (PSS) -Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka(TAPEM) -Elaun Murid Berkeperluan Khas(EMK) -Skim insurans Takaful
SYARAT TERIMA KWAPM (PGK MAKANAN 2019): • PENDAPATAN KELUARGA:RM 1169 • PERKAPITA: RM 310.00 RMT (PGK MAKANAN 2019): • PENDAPATAN KELUARGA:RM 1169 • PERKAPITA: RM 310.00 BAP: • PENDAPATAN KELUARGA: SEMUA MURID LAYAK EMK – Elaun Berkeperluan Khas • ( setahun 2 kali – RM 1800 )
SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) ❖ Semua murid sekolah rendah telah diinsurankan. ❖ Insuran Takaful Malaysia. ❖ Bayaran insuran telah dibayar oleh JPN sebanyak RM 1.50 seorang. ❖ Setiap sekolah mempunyai nombor rujukan insurans yang boleh diminta daripada kerani sekolah masing-masing.
INSURANS TAKAFUL 1. Kematian disebabkan kemalangan atau sakit biasa. 2. Lumpuh berkekalan seluruh badan akibat kemalangan. 3. Putus anggota badan atau kehilangan penglihatan akibat kemalangan . 4. Bermalam di hospital swasta atau kerajaan sehingga 60 hari berturut-turut(KEMALANGAN). 5. Cacat kekal (elaun kerusi roda). 6. Bermalam di wad ( 1 malam RM 25.00 )-KEMALANGAN 7. Kematian biasa : RM 1500 8. Kematian kemalangan : RM 5500 ❑ Dibuat dalam 30 hari dari tarikh kejadian berlaku kemalangan. ❑ Dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh berlaku kematian. TUNTUTAN
PROSES TUNTUTAN: 1. Ibu bapa mengisi borang tuntutan dengan lengkap – borang PG1. 2. Ibu bapa sertakan bersama dokumen yang diminta. 3. Guru besar membuat pengesahan borang PG1. 4. Kerani uruskan pos ke Takaful. (satu salinan simpanan sekolah) 5. Lulus, tuntutan wang terus dimasukkan ke dalam akaun penjaga yang diisi dalam borang tuntutan. Sekiranya tidak lulus, syarikat insurans akan memaklumkan ke sekolah melalui surat.
1. Permohonan untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tertaluk pada syarat berikut:- a) Bencana alam dan kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan. b) Ketua keluarga yang meninggal dunia atau hilang upaya bekerja seperti sakit kronik atau mengalami keilatan kekal yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid c) Murid yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan d) Murid bukan penerima KWAPM 2. Kesemua permohonan adalah mesti mengikut had kelayakan pendapatan keluarga tidak lebih PGK Nasional dibawah RM 1169 atau perkapita dbawah 310. 3. Tempoh sah laku permohonan kecemasan adalah tidak lebih dari 4 bulan dari tarikh berlakunya kes. Jika lebih daripada 4 bulan, permohonan tidak akan diproses. 4. Setiap pemohon akan menerima bantuan sebanyak RM 300 PERMOHONAN KECEMASAN KWAPM
SENARAI SEMAK PERMOHONAN KECEMASAN KWAPM DOKUMEN SOKONGAN: 1. Borang PB 1 2. Borang PB2 3. Salingan Sijil Lahir/ Kad pengenalan Murid 4. Laporan Siasatan Sekolah yang disahkan PPD/JPN/ Bahagian 5. Sijil Kematian(Jika berkaitan) 6. Laporan Perubatan(Juka berkaitan) 7. Salinan Penyata Akaun Bank KWK Sekolah Terkini
BORANG PB1- Bukti Pendapatan/Slip Penyata Gaji
BORANG PB1- Bukti Pendapatan/Slip Penyata Gaji
BORANG PB1- Bukti Pendapatan/Slip Penyata Gaji
BORANG PB2- Pengesahan pendapatan(bekerja sendiri/dapat bantuan)
❑ Guru kelas melengkapkan borang G ❑ Memastikan penerima adalah warganegara ❑ Memaklumkan kepada ibubapa dan murid: untuk membalut buku dengan plastik dan menjaga buku dengan baik Sekiranya rosak atau hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dibayar dengan harga buku Jika buku rosak atau hanyut kerana banjir hendaklah membuat laporan polis Sekiranya berpindah sekolah, buku teks akan dibawa bersama Sekiranya berhenti atau pindah ke sekolah swasta buku hendaklah dipulangkan TUGAS GURU KELAS (Pengurusan SPBT )
TUGAS GURU KELAS (Pengurusan SSDM) ● Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. ● Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti: ● Surat Amaran Pertama pada hari ketiga (3) tidak hadir berturut-turut atau pada hari kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut. ● Surat Amaran Kedua pada tujuh (7) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturut-turut atau sepuluh (10) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut. ● Surat Amaran Terakhir pada tujuh (7) hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-turut. ● Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturut-turut. **Surat dikeluarkan dari SSDM
Tindakan terhadap murid tidak hadir ke sekolah : Dapatkan maklumat dengan cara: ✔ Hubungi penjaga murid menerusi telefon (Pastikan ada rekod) ✔ Tindakan lawatan ke rumah murid oleh pentadbir /guru kelas / guru B&K (rekod & pelaporan) ✔ Failkan surat makluman penjaga dan sijil sakit doktor ✔ Tandakan status kehadiran murid dalam E-kehadiran DASAR PENGURUSAN HEM (GURU KELAS)
DASAR PENGURUSAN HEM (SEMUA GURU) ❖ Kawalan keluar/ masuk murid dalam kelas semasa PdP ❖ Bilangan murid keluar dikawal. Kuatkuasakan penggunaan PAS keluar kelas.
DASAR PENGURUSAN HEM (SEMUA GURU) Kekemasan diri murid Penguatkuasaan pemakaian tanda nama dan lencana sekolah Kekemasan rambut / tudung murid Kesesuaian saiz baju/seluar/kain murid Kasut dan stoking murid Kekemasan pakaian
❖ Diminta mempamerkan manual / arahan keselamatan di bilik khas masing-masing ❖ Papan tanda “amaran” dan “ kawasan larangan” perlu dipamerkan pada sudut yang bahaya ❖ Memastikan plan laluan kebakaran ada di setiap kelas dan bilik khas dan taklimatkan kepada murid TUGAS SEMUA GURU KELAS DAN BILIK KHAS - MANUAL / ARAHAN KESELAMATAN
DASAR PENGURUSAN HEM (SEMUA GURU) Semua guru mesti membantu pihak pengurusan sekolah untuk melaksanakan dan menguatkuasakan dasar-dasar dalam pengurusan hem / peraturan sekolah bagi memastikan kemenjadian murid. Mematuhi SPI Hukuman yang dilarang Rekodkan tindakan prevensi dan intervensi yang telah dilaksanakan
DASAR PENGURUSAN HEM DISIPLIN-(SEMUA GURU) ✔ Semua guru mesti mematuhi SPI Bil . 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin dan ✔ Perkara 6 SPI Bil.9 /1975 Peraturan- Peraturan Sekolah Untuk Murid : melaksanakan peranan dan berfungsi sebagai guru pembimbing
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/ 1975 DISIPLIN DI SEKOLAH: PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID ▪ Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. ▪ Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. ▪ Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN UNTUK MURID BERMASALAH Mengikuti Sesi Kaunseling - Penyalur Maklumat: 1. Guru Kelas (Kes Ponteng Sekolah) 2. Guru Disiplin (Salahlaku Disiplin Lain) Maklumat disalurkan kepada GPK HEM Guru Disiplin akan merujuk murid berkenaan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling Untuk Sesi Kaunseling Individu / Kelompok
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1983 MENGENAKAN HUKUMAN BIASA TERHADAP MURID YANG MELAKUKAN PERBUATAN SALAH LAKU YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN MURID 1. Bagi perbuatan salah laku yg tidak dinyatakan dalam peraturan seperti bising, tidak memberi perhatian ketika guru mengajar, hukuman hendaklah dibuat:- ❑ Secara adil ❑ Setimpal ❑ Bersifat pendidikan
2. Elakkan tindakan hukuman seperti mengetuk, mencubit hingga lebam, mengenjut, menjemur, menampar. 3. Tindakan yg sesuai:- Memberi latihan & bimbingan Wujudkan hubungan dan komunikasi yg baik – guru, murid dan ibu bapa Meningkatkan daya kepimpinan, contoh dan teladan
KATEGORI SAHSIAH SSDM ❖ TERPUJI ❖ AMAT BAIK ❖ BAIK ❖ PERLU PERHATIAN ❖ PERLU PERHATIAN SERIUS
PENGIKTIRAFAN
TERIMA KASIH “SELAMAT MENJALANKAN TUGAS PADA SESI 2023/2024”