PENGURUSAN HEM 2023/2024 FAIL MEJA UNIT-UNIT HEM SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 9, TS25 KOHORT 6 AKHLAH TERPUJI, MINDA TERARAH
LEMBAGA DISIPLIN 1
LEMBAGA DISIPLIN & PENGAWAS • Semua guru mesti mematuhi SPI Bil . 10/2001:Semua Guru Adalah Guru Disiplin dan • Perkara 6 SPI Bil.9 /1975 Peraturan- Peraturan Sekolah Untuk Murid : melaksanakan peranan dan berfungsi sebagai guru pembimbing • Memastikan fail-fail berkaitan disiplin diwujudkan dan dikemaskini. • Peraturan dan disiplin sekolah disebar luaskan kepada semua ibu bapa dan murid-murid.
PERANAN UNIT DISIPLIN 1. Memastikan murid-murid berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah. 2. Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan. 3. Menyediakan Buku Kawalan Kelas pada setiap bulan 4. Menyediakan dan memantau Buku/Data Kehadiran Lewat murid ke sekolah dan diletakkan di Pondok Pengawal. 5. Mengemaskini Rekod Disiplin dan Laporan Murid (mengikut keperluan). 6. Menghubungi penjaga/polis/jabatan (mana-mana yang berkenaan). 7. Menanam rasa bangga dan sayang di dalam diri murid-murid kepada sekolah.
8. Menangani dan mengurangkan masalah disiplin di sekolah 9. Mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap kes-kes murid yang melanggar tatatertib SPI Kementerian Pelajaran. 10. Menyiasat latar belakang kes dan mengamalkan KERAHSIAAN. 11. Mengemaskini data disiplin dan menghantar laporan SSDM mengikut jadual yang ditetapkan oleh PPD. 12. Mengadakan mesyuarat Unit Disiplin Murid 2 bulan sekali dan mesyuarat khas (mengikut keperluan)
PERANAN UNIT PENGAWAS 1. Membentuk Jawatankuasa Pengawas (peringkat murid) dan menyusun tugas masing-masing. 2. Mengadakan mesyuarat Unit Pengawas bagi memilih dan melantik Pengawas Sekolah. 3. Menyelesaikan masalah murid yang melanggar disiplin serta diambil tindakan, jika difikirkan perlu. 4. Memantau pelaksanaan peraturan dan disiplin murid bersama dengan pengawas 5. Menyediakan Buku Catatan mengenai pelanggaran disiplin dan salah laku murid sekolah 6. Menyusun tugas untuk pengawas bagi tugasan harian dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
7. Mengadakan taklimat kepada semua pengawas mengenai bidang tugas mereka. 8. Menyedia dan menyelia tugasan yang diberikan kepada pengawas 9. Menyediakan Watikah Pelantikan kepada semua pengawas yang dilantik (awal sesi persekolahan) 10. Mengendalikan kursus pemimpin murid kepada Pengawas Sekolah yang dilantik 11. Menyediakan Buku Kedatangan LEWAT Murid dan diletakkan di pintu masuk utama. 12. Menyimpan data dan rekod kedatangan LEWAT dan PONTENG (bersama Unit Disiplin)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah: Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid • Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. • Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. • Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN UNTUK MURID BERMASALAH • Mengikuti Sesi Kaunseling - Penyalur Maklumat: 1. Guru Kelas (Kes Ponteng Sekolah) 2. Guru Disiplin (Salah laku Disiplin Lain) *Maklumat disalurkan kepada GPK HEM • Guru Disiplin akan merujuk murid berkenaan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling Untuk Sesi Kaunseling Individu / Kelompok
SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003 Kuasa Guru Merotan Murid • Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. • Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.
1. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi 2. Yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman Dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar. CERAIAN 6 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
CERAIAN 5 : KUASA GURU BESAR 1. Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid.Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu. DENGAN SYARAT : a. Hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : DAN b. Hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh GURU BESAR ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1983 MENGENAKAN HUKUMAN BIASA TERHADAP MURID YANG MELAKUKAN PERBUATAN SALAH LAKU YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN MURID 1. Bagi perbuatan salah laku yg tidak dinyatakan dalam peraturan seperti bising, tidak memberi perhatian ketika guru mengajar, hukuman hendaklah dibuat:- ✔ Secara adil ✔ Setimpal ✔ Bersifat pendidikan
2. Elakkan tindakan hukuman seperti mengetuk, mencubit hingga lebam, mengenjut, menjemur, menampar. 3. Tindakan yg sesuai:- • Memberi latihan & bimbingan • Wujudkan hubungan dan komunikasi yang baik – guru, murid dan ibu bapa • Meningkatkan daya kepimpinan, contoh dan teladan
SSDM (SISTEM SAHSIAH DIRI MURID) • Laporan Salah Laku Murid • Laporan Amalan Baik Murid CARA LOG MASUK JAWATAN ID PASSWORD GURUBESAR NO IC GB PGB GPK HEM NO IC HEM PK2 GURU DISIPLIN NO IC GURU DISIPLIN GDS GURU BIMBINGAN NO IC GURU BIMBINGAN GKK SEMUA GURU DAN AKP KOD SEKOLAH DISPKODSEKOLAH
3K (KEBERSIHAN& KECERIAAN, KESIHATAN, KESELAMATAN) 2
JAWATANKUASA PROGRAM 3K • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah. • Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K. • Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan Program 3K. • Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah. • Laporan segera kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada PPD. 1. **1 hari laporan awal 2. 3 hari laporan lengkap, 3. 7 hari kes telah selesai dan diambil tindakan 01 02 03 04 05 06
UNIT KEBERSIHAN & KECERIAAN 2.1
UNIT KEBERSIHAN & KECERIAAN • Memastikan panduan/peraturan kebersihan bagi sekolah dipatuhi. • Memastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk bilik darjah, tandas, kantin sentiasa dalam keadaan bersih • Memantau dan melaporkan pelaksanaan pendidikan pencegahan denggi. • Memastikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. • Menganalisa dan merekod keputusan Kelas Terbersih setiap minggu
UNIT KESIHATAN 02.2
UNIT KESIHATAN • Memastikan bilik isolasi sentiasa bersih dan disanitasi • Menjalankan program kesihatan yang telah dirancang dan membuat laporan / dokumentasi • Mengumpul semua fail persetujuan rawatan tahun 1 dan menyediakan alat ukuran ketinggian dan berat • Membantu pegawai kesihatan yang menjalankan program berkaitan • Tindakan jika ada murid yang positif COVID-19 semasa di sekolah : - maklum kepada ibu / bapa / penjaga untuk dibawa ke fasiliti kesihatan berhampiran - memaklumkan kepada PKD dan memberi kerjasama jika PKD memerlukan maklumat berkaitan - memaklumkan kepada PPD dan JPN - membuat disinfeksi awal di lokasi berkaitan - membuat pelaporan berkaitan
UNIT KESELAMATAN 2.3
UNIT KESELAMATAN • Pastikan semua peralatan berisiko kepada murid dalam keadaan baik dan boleh digunakan seperti alatan elektrik, tiang gol dan lain-lain. • Kenal pasti kawasan-kawasan berisiko kemalangan dilabel untuk perhatian warga sekolah. • Pengisian SPKS (sekali setahun ) perlu diisi secara atas talian mengikut tarikh yang ditetapkan. • Kenderaan PELAWAT tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran –(ada pas pelawat) • Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah yang berkaitan risiko keselamatan untuk tindakan selanjutnya.
• Membuat pemeriksaan peralatan keselamatan dan peralatan cegah kebakaran. • Memberi taklimat keselamatan dan kawad kebakaran kepada semua murid dan warga sekolah. • Merancang dan melaksanakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun - Kali pertama bagi mengenal pasti jangka masa pengosongan bangunan - Kali kedua praktikal mencegah kebakaran bersama pasukan bomba dan penyelamat • Melaporkan sebarang kerosakan fizikal yang boleh memberi ancaman kepada KPT untuk tindakan baik pulih dan penggantian yang baru.
• Diminta mempamerkan manual / arahan keselamatan di bilik khas dan kelas • Papan tanda “amaran” dan “ kawasan larangan” perlu dipamerkan pada sudut yang bahaya • Memastikan plan laluan kebakaran ada di setiap kelas dan bilik khas dan taklimatkan kepada murid
UNIT BANTUAN (BAP, KWAPM & BANTUAN MURID) 3
JAWATANKUASA BANTUAN • Penyelaras unit bantuan muat turun data murid daripada APDM • Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan awal persekolahan (BAP), RMT, PSS, KWAPM, • Edarkan borang bersepadu (PB01 dan PB2) untuk diisi oleh ibu bapa dengan lengkap -Borang PB 01- bukti pendapatan (slip gaji/ salinan penyata gaji bagi yang mempunyai majikan ) -Borang PB 02- borang pengesahan pendapatan yang disahkan oleh wakil rakyat/ pegawai kerajaan A/ penghulu/ ketua kampung/ pengerusi persatuan penduduk bagi yang kerja sendiri. 1. Borang ini digunapakai untuk: **(KWAPM, BAP, RMT, PSS, EMK,NGO, KWAPM KECEMASAN )
UNIT BANTUAN MURID 1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan Murid di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan. 2. Mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan. 3. Mengurus derma, sumbangan dan bantuan dalam/luar dari masa ke semasa. 4. Mengadakan kutipan sumbangan untuk anak yatim, yatim piatu dan murid miskin sempena Hari Raya Aidilfitri. 5. Mendapatkan senarai nama murid yang memerlukan bantuan dan mencari saluran @ punca bantuan berkenaan. Contohnya: Pusat Zakat dan Yayasan Swasta.
6. Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti: • Pelajar miskin/yatim/piatu (sumbangan Hari Raya Aidilfitri) • Terlibat dalam kemalangan (menguruskan Insuran Takaful) • Kematian ibu/bapa/penjaga (sumbangan/ derma murid dan guru) • Kecemasan/bencana (sumbangan/ derma murid dan guru) • Rawatan berterusan penyakit kronik (sumbangan/ derma murid dan guru) 7. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar (mengikut keperluan)
UNIT KWAPM • Senarai nama murid miskin yang pendapatan isi rumah berada di bawah PGK akan disenaraikan secara automatik dalam APB/APDM • Guru KWAPM bertanggungjawab membuat tapisan serta saringan murid yang layak untuk dipertimbangkan menerima bantuan KWAPM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah(JBPS), Minit Mesyuarat JBPS wajib dimuat naik dalam Sistem APB/APDM semasa permohonan KWAPM. • Pihak sekolah perlu menfailkan semua borang permohonan individu (PB01/PB02), Minit Mesyuarat JBPS, Minit Mesyuarat KWAPM, dokumen kewangan bagi tujuan rekod dan pengauditan dari semasa ke semasa. (Rujuk instrument pemantauan KWAPM) • Guru Kwapm dan guru kelas bertanggungjawab untuk membuat tapisan • Memberi salinan senarai nama kepada guru kelas dan PK HEM * GB perlu sahkan borang permohonan individu (PB01&PB02) dan memperaku permohonan yang telah dimohon dalam Sistem APB/APDM
SEMAK DOKUMEN KWAPM KECEMASAN SEBELUM DIHANTAR KE JPM ATAU PPD 1. Borang Permohonan Kwapm Kecemasan – hantar 2. Borang PB 01 atau PB 02 yang terkini – hantar 3. Semua dokumen perlu disemak dan disahkan oleh GB 4. Rujuk dokumen KWAPM Kecemasan seperti dalam SPK terbaru Bil 2/2021
BAHAN & DOKUMEN BERKAITAN 1. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2/ 20221 2. Garis Panduan (GP) Pengurusan Bantuan KWAPM 3. Soalan Lazim 4. Borang Bersepadu PB1&PB2 5. Borang Permohonan KWAPM Kecemasan 6. Senarai Semak Borang Bantuan Kecemasan KWAPM 7. Borang Akuan Penerimaan Bantuan KWAPM
UNIT RMT & PSS 3.3
UNIT RMT 1. Bermula 21 Mac 2022, Pemilihan murid RMT mengikut PGK 2019 ( Pendapatan Isi Rumah : RM 1,169, Perkapita : RM 310) 2. Memastikan harga yang ditawarkan di kantin sekolah setara mutu makanan. 3. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan penyediaan menu dan penyelenggaraan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KPM dan JPNM. (20 pilihan menu boleh dirujuk dalam Buku Panduan RMT) 4. Memastikan semua pengendali makanan telah diberi suntikan oleh pihak berkenaan, memakai apron, menutup kepala dan mematuhi pekeliling dan peraturan yang terpakai 5. Memilih dan mengurus murid-murid yang layak RMT serta mengemaskini rekod dan dokumen seperti surat persetujuan terima RMT, borang pesanan RMT, laporan harian RMT
6. Melaporkan kepada pihak pentadbir sebarang perkara yang meragukan. 7. Membuat laporan harian dan mingguan kantin. 8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa. 9. RMT: ( Tahun 2 – 6 dan PPKI)/( Tahun 1 dan cicir –guru membuat verifikasi bagi murid yang layak. Jika dokumen telah lengkap, Diminitkan dalam Mesyuarat JBPS, murid boleh diberi makan RMT secepat mungkin) 10. Guru penyelaras RMT dan PT Kewangan memastikan peruntukan RMT mencukupi. Jika peruntukan tidak mencukupi, perlu mohon kepada pihak JPN. • Bulan Puasa ditangguhkan (Muslim ) • Tidak lebih 190 hari
UNIT PSS Kelayakan : PGK 2019 ( RM1,169 ) / Perkapita RM 310) Miskin Tegar 1. Mengedarkan Borang Persetujuan Susu kepada semua murid yang terlibat pada awal tahun dan menyimpan di dalam folder/fail sebagai bukti. 2. Mengasingkan nama murid yang TIDAK DIBENARKAN oleh penjaga menerima susu berkenaan. 3. Menyediakan tempat penyimpanan susu yang baik dan kondusif serta selamat (BILIK KESIHATAN) 4. Menerima agihan susu dari Syarikat Pembekal yang berkenaan.
5. Mengira dan menyemak penerimaan. Semua susu mestilah dalam keadaan baik (contohnya: tidak kemek) dan selamat (contohnya ada masa buat dan tarikh luput ) 6. Mengedarkan kepada murid yang terlibat mengikut kelas dengan bantuan pengawas kantin. 7. Memastikan semua susu yang diterima, diedarkan dalam minggu yang sama . 8. Mencatat jumlah susu yang diterima di dalam borang penerimaan dan merekod jumlah susu yang diedarkan kepada murid di dalam borang edaran. 9. Memastikan 2 kotak susu disimpan sebagai SAMPLE pada setiap kali penerimaan susu (bahan bukti sekiranya berlaku keracunan susu).
UNIT SPBT 4
UNIT SPBT 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks SPBT. 2. Mesyuarat diadakan dua kali iaitu di awal dan di akhir tahun. 3. Pembahagian tugas pagi/petang 4. Taklimat untuk guru kelas. 5. Pembahagian tugas pentadbiran : - Buku Stok (mengikut tahun) - Pengedaran/pengumpulan (Buku rosak/hilang) 6. Membuat pesanan buku mengikut enrolmen murid. 7. Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya. 8. Mengikut prosedur-prosedur SPBT semasa membuat pesanan.
9. Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual. 10. Pengedaran : • Mengedarkan mengikut tahun. • Menentukan tarikh pengedaran. • Mengesan kelancaran pengedaran. • Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar. • Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT borang G mengikut jadual.
11. Pengurusan Rekod dan Dokumen : • Menyelenggarakan fail dan dikemaskini mengikut perkara-perkara yang telah ditetapkan. • Rekod buku stok yang kemaskini (ikut tahun) dan jenis buku. • Menyimpan rekod, hapus kira, rosak dan hilang. 12. Pengurusan Keselamatan Buku : • Memastikan Bilik SPBT kemas dan buku-buku disusun kemas. • Menguruskan bilik SPBT. • Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT. • Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik. • Mematuhi panduan dan SPI pengurusan buku teks.
13. Pengurusan Pemulangan Buku Teks : • Menentukan tarikh pemulangan mengikut tahun. • Memastikan proses pemulangan buku berjalan lancar. • Mengambil tindakan terhadap pelajar yang menghilangkan serta merosak buku. • Merekodkan mengenai kehilangan dan kerosakan buku SPBT. • Melaporkan kepada Guru Besar/GPK HEM tentang proses pemulangan. 14. Melaporkan • Peratus buku rosak/hilang. • Hapus kira. • Kekurangan/lebihan.
15. Pengurusan Stok dan Inventori 16. Surat-menyurat kepada Jabatan Pelajaran Selangor, PPD dan Bilik BOSS Daerah. 17. Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat. 18. Mengemaskini inventori SPBT. 19. Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD. 20. Menyediakan senarai buku teks, bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan). 21. Mengadakan buku stok SPBT dan mengemaskinikannya. 22. Menerima dengan teliti buku-buku SPBT dari pembekal. 23. Agihan buku SPBT serta memastikan ia disimpulkan dengan baik dan kemas.
24. Merancang proses menghapus kira buku SPBT. 25. Merekodkan pengeluaran buku-buku yang dihapuskira di dalam buku stok. 26. Menjawab segala surat-surat dan peka mengenai email-email yang berkaitan dengan SPBT dengan kadar segera. 27. Mematuhi peraturan SPBT yang dikeluarkan oleh KPM, JPNS dan PPD. 28. Memastikan dokumen dan maklumat mengenai SPBT dan BOSS lengkap dan kemaskini dari semasa ke semasa.
UNIT KANTIN 5
UNIT KANTIN 1. Mengawasi kebersihan makanan dan minuman yang dijual oleh pengusaha kantin. 2. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan. 3. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 4. Menyelia dan melaporkan kepada pentadbir tentang kebersihan kantin dan persekitarannya dan membantu di dalam pemantauan KENDIRI kantin.
5. Memaklumkan kepada pihak penguasa kantin tentang hari-hari persekolahan dan cuti sekolah serta cuti peristiwa. 6. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa. 7. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecil bertindak dengan segera jika berlaku kes (contohnya: keracunan) 8. Memastikan perkhidmatan dan layanan adalah cepat dan mesra.
UNIT ANTI DADAH & CEGAH JENAYAH 6
UNIT ANTI DADAH & CEGAH JENAYAH 1. Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah . 2. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana. 3. Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala (3 kali dalam setahun atau yang difikirkan perlu oleh guru PPDa). 4. Merancang dan mempengerusikan mesyuarat 5. Merancang, mengawalselia dan menguruskan bilk / laluan / sudut PPDa. 6. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/Aids.