SMK SUNGAI PELEK ‘ HEBAT , SEMANGAT , SATU MATLAMAT ‘ SR General Manager , ( Pengurus Besar Kanan ) Petronas Solution Domain .
1. Memberi anugerah dan pengiktirafan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM serta peperiksaaan dalaman 2022. 2. Memberi motivasi dan mewujudkan daya saing yang sihat dan tinggi dalam kalangan murid ke arah meningkatkan prestasi akademik mereka. 3. Murid cemerlang yang mendapat anugerah akan menjadi suri teladan kepada murid-murid lain. 4. Melibatkan peranan berkesan PIBG dalam bidang kurikulum di sekolah.
Masa Atur cara Majlis 2.00 ptg - 2.15 ptg Pendaftaran Penerima Anugerah Ketibaan Perasmi dan Tetamu Jemputan 2.15 ptg - 2.55 ptg Majlis bermula Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Alu aluan Bacaan Doa Ucapan Pengetua Ucapan Perasmi 2.55 ptg - 3.10 ptg Persembahan 3.10 ptg - 3.30 ptg Penyampaian Anugerah Sesi 1 • Anugerah Terbaik Akademik Tingkatan 1,2,3 & 4 • Anugerah Cemerlang SPM 2022 • Anugerah Keputusan Terbaik SPM 2022 Aliran Sains dan Sastera • Anugerah Cemerlang STPM 2022 • Anugerah Keputusan Terbaik STPM 2022 • Anugerah Kategori Orang Asal STPM 2022 3.30 ptg - 4.00 ptg Penyampaian Anugerah sesi 2 • Anugerah Tokoh Harapan Murid • Anugerah Tokoh Murid 2022 • Anugerah Tokoh STPM 2022 • Anugerah Guru Pemangkin Kecemerlangan ( Kualiti dan Kuantiti) SPM dan STPM 4.00 ptg - 4.30 ptg Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi Sesi Fotografi Penutup
KATA ALU-ALUAN PERASMI Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Luahan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk bersama-sama dalam Majlis Apresiasi Gemilang Akademik (MAGA) bagi tahun 2022. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir SMK Sungai Pelek kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk menukil kata di dalam ruangan kata alu-aluan ini. Majlis Apresiasi Gemilang Akademik (MAGA) yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi terutamanya dalam pelbagai bahasa dan penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketerampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai-nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Sasaran membawa negara mencapai standard Pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas oleh semua pihak. Oleh sebab itu, guru pada hari ini perlu untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Guru perlu bijak menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Justeru, guru perlu mengemaskini pengetahuan dan kompetensi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan pada masa akan datang. Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMK Sungai Pelek lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMK Sungai Pelek kerana telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran universal. Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi..Semoga majlis ini akan memberikan banyak manfaat kepada semua warga sekolah. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warrrahmatullahi wabarakatuh. ENCIK MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD YASIR SR General Manager , ( Pengurus Besar Kanan) Petronas Solution Domain .
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK SUNGAI PELEK Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Dengan rasa bangga, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah dan rahmat-Nya kerana dapat saya dan seluruh warga SEMSPEL menganjurkan MAGA bagi tahun 2022. Majlis Apresiasi Gemilang Akademik merupakan platfom terbaik sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum termasuklah peperiksaan awam SPM dan STPM serta peperiksaan dalaman. Ruang waktu penghargaan ini memberi semangat dan dorongan kepada murid-murid untuk terus ke hadapan dalam mengecapi kejayaan demi kejayaan pada kemudian hari. Barisan pendidik SEMSPEL juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak kejayaan pelajar SEMSPEL. Mereka terpaksa berkorban masa dan tenaga demi memastikan kelas-kelas tambahan dilaksanakan dengan jayanya. Semua usaha murni para pendidik warga SEMSPEL tidak dapat dilunaskan dengan apa cara sekali pun. Atas usaha murni ini juga maka SEMSPEL dapat melonjakkan sedikit Gred Purata sekolah. Begitu juga, majlis ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk bersamasama meraikan kejayaan anak mereka. Penglibatan PIBG secara aktif menjadi pemangkin anugerah ini dapat diberikan kepada pihak yang disasarkan. Anugerah ini diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat kepada murid-murid berkenaan untuk terus cemerlang dan menjadi suri teladan kepada murid-murid lain untuk mengikuti jejak cemerlang mereka. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah MAGA 2022. Semoga prestasi cemerlang yang ditunjukkan akan memberikan impak signifikan ke arah pencapaian yang lebih unggul. Insya-Allah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian dan terima kasih. ENCIK AFFANDI HUSSIN Pengetua SMK Sungai Pelek
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMK SUNGAI PELEK Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada semua. Bersyukur kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama menghadiri majlis apresiasi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada SMK Sungai Pelek kerana telah berjaya mengadakan Majlis Apresiasi Gemilang Akademik pada tahun ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan para guru sekolah ini. Pengiktirafan yang sangat bermakna ini bakal menjadi penyuntik semangat kepada semua penerima anugerah, khususnya kepada para pelajar agar teruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana para ibu bapa berpeluang menyaksikan kejayaan anak-anak dalam pencapaian akademik mereka. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas untuk mendidik anak-anak murid mereka. Begitu juga, tuan-tuan dan puan-puan juga merupakan ibu bapa dan penjaga yang perlu memastikan agar kepintaran dan potensi diri anak-anak diasah dengan baik. Semoga kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puanpuan pada hari ini menjadi pemangkin untuk mereka meraih kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi juga untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Sistem pendidikan kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa demi memenuhi tuntutan zaman. Oleh itu, sistem pendidikan negara kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif, serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntutan dan peredaran zaman. Sambutan Majlis Apresiasi Gemilang Akademik pada hari ini adalah selari dengan matlamat sekolah untuk memotivasikan murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. Semoga program seumpama ini akan diteruskan. Sekali lagi, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak yang menerima anugerah atas pencapaian gemilang dalam akademik. Semoga pencapaian gemilang tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah usaha dan kecemerlangan anak-anak tersebut pada masa akan datang! Sekian,terima kasih. EN. TEE KOH YEE YPD PIBG SMK Sungai Pelek
JAWATANKUASA INDUK MAGA SEMSPEL PENASIHAT En. Joshua Tee Koh Yee ( YDP PIBG SMKSP ) PENGERUSI En. Affandi bin Hussin ( Pengetua ) NAIB PENGERUSI I En. Rosli bin Sadali ( Penolong Kanan Kurikulum ) NAIB PENGERUSI II En. Amran bin Misbah ( Penolong Kanan Tingkatan 6) NAIB PENGERUSI II En. Zol Amri bin Moh Sakroni ( Penolong Kanan Kokurikulum ) NAIB PENGERUSI II Pn. Norilah binti Mori ( Penolong Kanan HEM ) NAIB PENGERUSI II Pn. Azyanah binti Termudi ( Penolong Kanan Petang ) SETIAUSAHA Pn. Rosiedah binti Osman PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Norzaiwatii binti Md Zin BENDAHARI Pn. Fuaziah binti Faat PENYELARAS Pn. Ruzita binti Jamiran Pn. Salamah binti Ramlan En. Muhammad Danial bin Ramli En. Saravanan a/l Palanisamy PENGURUS ACARA Pn. Azamastura binti Abu Talib Cik Mageswari a/p Munusamy
JAWATANKUASA PELAKSANA MAGA SEMSPEL PENYELARAS 1 En. Muhammad Danial bin Ramli DEWAN DAN PENTAS ( DEWAN) En. Mail Vahanam a/l Arumugam (K) En. Tuong Kiew Lai PENTAS DAN BACKDROP ( SEBELUM) Pn. Salbiah Sanusi (K) Pn. Norlina binti Ruslee Pn. NiK Zairatul Irma binti Ya Pn. Jessica Mitol Pn. Saleha binti Said Pn. Rosmawati binti Mohd Romli DEWAN DAN PENTAS ( SELEPAS ) En. Nik Mat bin Nik Li ( K) En. Moganraj a/l Sukumaran En. Muhd Faathir bin Basar En. Tuong Kiew Tek Pn. Tam Pek Choo SIAR RAYA En. Ahmad Muis bin Kasim (K) JURU ACARA Pn. Ema Izzati binti Rosli (K) Pn. Roliyati binti Muhammad BACAAN DOA En. Zulkifli bin Md. Dolkabol DOKUMENTASI BERCETAK & BERGAMBAR Pn. Jaya Letchumy a/p Kuppusamy Pn. Nirmala Devi a/p Saminthu Pelajar Tingkatan 6 PENYELARAS 2 En. Saravanan a/l Palanisamy JAMUAN Pn. Nadirah binti Abdul Aziz ( K) Pn. Khadijah binti Isnin Pn. Wan Maizatul binti Wan Osman Pn. Siti Rohaya binti Sainu Pn. Ramlah binti Basiran SAMBUTAN DAN CENDERAMATA Pn. Nur Akmaliah binti Mukhtar (K) Datin Zukartini binti Che Pa’ Semua GKMP DISIPLIN DAN KESELAMATAN En. Bathmanaban a/l Nallianen (K) En. Murugesu a/l Kaliapan En. Wan Mohd Syahiran bin Wan Sabarudin PERSEMBAHAN PELAJAR Pn. Roni Nur Ainie binti Tambi (K) Cik Tong Yie Nee PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Pn. Subashini a/p Selvarajoo (K) Pn. Noren Deyana binti Muhd Arshad Pn. Nur Fatin Nadia binti Zulkipeli Pn. Lee Hui Hsing Pn. Nur Afiza binti Harom PENYELARAS 3 Pn. Salamah binti Ramlan PENILAI PEMENANG Pn. K. Malathy a/p V.Krishnapillay (K) Pn. Norzihan binti Mamad Pn. Tong Ming Eng Pn. Kogilavani a/p Arichanan Pn. Roslinda binti Sahri BUKU ATUR CARA Pn. Noor Shafinaz binti Saad En. Muhd. Zulhelmi bin Rahim Cik Fatin Fatini binti Rusly Pn. Lim Siew Thiang PENYEDIAAN SIJIL Pn. Siti Sarimah binti Mustapha (K) Pn. Suzilawati binti Sahamudin Pn. Siti Fadila binti Sanusi Pn. Mahani binti H A Kadir Pn. Elynawati binti Saim Pn. Fathiyyah binti Abd Ghani PENGURUS PEMENANG Pn. Punithavalli a/p K.Muniandy (K) Pn. Kanakaletchumy a/p Kulandasamy Pn. See Jyy Yun Pn. Haslina binti Hasan HADIAH Pn. Anusuya a/p Ramasamy Naidoo ( K) Pn. Ruhaya binti Ngah Pn. Nor Liza binti Hasan Pn. Lee Seng Seng PENYELARAS 4 Pn. Ruzita binti Jamiran TEKS UCAPAN Pn. Anita binti Bujang (K) Pn. Yap Eyam Oun Pn. Sitti Aminah binti Tanginang JEMPUTAN Pn. Anida binti Mohd Jelani (K) Pn. Halimah binti Che Hasan Pn. Haslina binti Awang Pn. Roliyati binti Muhammad Pn. Roslinda binti Sahri PENDAFTARAN Pn. Hazlifah binti Abd. Hamid (K) Pn. Tan Yen Chun Pn. Suhanawati binti Zainudin KEBERSIHAN En. Sivasamy a/l Sundara Morthi (K) Pn. Tan Sok Ting TEMPAT LETAK KERETA Pn. Mageswari a/p Velappan (K) Pn. Lim Sew Chin Pelajar Tingkatn 6
ANUGERAH
ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK TINGKATAN 1 1. ESSHAAN A/L MOHAN 2. SHANTHOOSH A/L PRATHABAN 3. ANIESA BINTI AZLAN ARIEF ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK TINGKATAN 2 1. JENNY CHENG JIA JIA 2. TEH YU HO 3. TAN YOU QI ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK TINGKATAN 3 1. TEH YU KEN 2. TEAW YU EN 3. HOO JING EN ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK TINGKATAN 4 1. MUHAMMAD ZUL IMAN BIN ABDUL RAHMAN 2. TEO KAI ZE 3. LEAW YIK WEI
ANUGERAH
ANUGERAH CEMERLANG 1. TAI YU LIN 10A 2. LIM CHIN YEE 10A 3. LOW SHU HAN 10 A 4. VARSHINI A/P PRATHABAN 10A 5. NIVEESHANA A/L BALACHANDRAN 9A 6. OOI YI ZYNN 9A 7. SIEW QING HAN 8A 8. MUHAMMAD AIMAN HAZIMI BIN ARMAN 8A 9. SENG HUA XIANG 7A 10. KOMATHY A/P MUNNIAN 7A 11. YUVASHINI A/P MAIL VAHANAM 7A 12. THONG YONG WEN 6A 13. CHEN XUAN SIN 6A 14. MATHURAA A/P RAVISHANKAR 6A 15. NOR REZQIN IRDINA BINTI ISMAIL 5A 16. JOCELYN HOO CAI XUAN 5A 17. GIRTHANAA A/P KATHIRESAN 5A 18. MUHAMMAD ZAFIR BIN MOHD ZAILAN 5A
ANUGERAH KEPUTUSAN TERBAIK ( ALIRAN SAINS )
ANUGERAH KEPUTUSAN TERBAIK ( ALIRAN SASTERA )
ANUGERAH
ANUGERAH CEMERLANG 1. SITI AISHAH BINTI TALIB ( PNGK 4.0 ) 2. NUR AIN SYAFIKA BINTI ABDULLAH ( PNKG 4.0 ) 3. LAVANYAH A/P LETCHUMANASAMY ( PNGK 3.92 ) 4. NURUL SHAMIRA AMANI BINTI KHAIRUL ANUAR ( PNGK 3.75 ) 5. SHANGARI A/P TANABALAN PNGK ( 3.67 ) 6. AISYAH UMAIRAH BINTI SAYUTI ( PNGK 3.58 ) 7. AIESYAH SUFIEA BINTI RAZALI ( PNGK 3.58 ) 8. NUR NAJWA BINTI IBRAHIM ( PNGK 3.42 ) 9. ALYA MAISARAH BINTI ROSDI ( PNGK 3.25 ) 10.NOURAN AMANY BINTI MOHD ROSMANI ( PNGK 3.25 ) 11.LAILATUL SHAREEN AKASHAH BINTI MOHD NAZALI (PNGK 3.09)
ANUGERAH KEPUTUSAN TERBAIK ( PNKG 4.0 ) SITI AISHAH BINTI TALIB
ANUGERAH KEPUTUSAN TERBAIK ( PNKG 4.0 ) NUR AIN SYAFIKA BINTI ABDULLAH
ANUGERAH CEMERLANG KATEGORI ORANG ASAL NURHASFIRA BINTI HUSNI
ANUGERAH
ANUGERAH 1. TEO KAI ZE 2. CATHERINE CHENG JIA QIAN
ANUGERAH
ANUGERAH TOKOH MURID NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AIMAN HAZIMI BIN ARMAN TARIKH LAHIR : 04 SEPTEMBER 2005 BAPA : ARMAN BIN YATIN IBU : NORIDAH BINTI ABDUL KADIR ALAMAT : LOT 97, KAMPUNG JELUTONG INDAH BATU 4, 43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR D.E BILANGAN ADIK BERADIK : 5 ( ANAK KE-2 ) SEKOLAH RENDAH : SK SUNGAI PELEK SRA SUNGAI PELEK SEKOLAH MENENGAH : SMK SUNGAI PELEK PENCAPAIAN AKADEMIK : UPSR : 2A 2B 2C PT3 : TIADA SPM : 2A+ 2A 4A- 1C+ ANUGERAH : • ANUGERAH EMAS KADET POLIS PERINGKAT DAERAH 2019 • ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA KOKURIKULUM DAN SURI TELADAN 2019 • ANUGERAH TOKOH HAL EHWAL MURID 2022 • ANUGERAH BINTANG HARAPAN SPM 2022 PENGLIBATAN KOKURIKULUM • PENGERUSI KADET POLIS (SUB INSPEKTOR) • KAWAD KAKI KADET POLIS PERINGKAT DAERAH SEPANG 2019 • TEMPAT KE-4 VIDEO LOG UNDANG-UNDANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 • NAIB JOHAN VIDEO LOG UNDANG-UNDANG PERINGKAT NEGERI 2021 • TEMPAT KE-3 SAJAK ISLAMIK FKISS PERINGKAT DAERAH SEPANG 2022 • PEGAWAI KEJOHANAN PERTANDINGAN BADMINTON SEKOLAH LAIN-LAIN • KETUA PENGAWAS SESI PETANG 2019 • KETUA PENGAWAS SEKOLAH 2022/2023 • COACH EARLY BIRD CLASS 2022 • SIARAN DIDIK TV KPM MATA PELAJARAN SEJARAH 2022 • NAIB S/U KELAB BOLA TAMPAR • BENDAHARI KELAB PENCEGAH JENAYAH
ANUGERAH
ANUGERAH TOKOH MURID NAMA PELAJAR : NURUL SHAMIRA AMANI BINTI KHAIRUL ANUAR TARIKH LAHIR : 30 APRIL 2003 BAPA : KHAIRUL ANUAR BIN IBRAHIM IBU : MURNI BINTI DAENG MAPPUJI ALAMAT : NO.6 JALAN TASIK ARA 7, TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA, 43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR BILANGAN ADIK BERADIK : 5 ( ANAK KE-3 ) SEKOLAH RENDAH • SEKOLAH KEBANGSAAN JEROCO • SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU IV • SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA SEKOLAH MENENGAH • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAI SEPANG PUTRA • PTE SMK SUNGAI PELEK PENCAPAIAN AKADEMIK : • UPSR : 3A 2B • PT3 : 6A 3B • SPM : 5A 2B 1C 1E • STPM : 3A 1B ANUGERAH : • ANUGERAH PENGETUA SEMESTER 1 ( EMAS ) • ANUGERAH PENGETUA SEMESTER 2 ( EMAS ) • ANUGERAH TOKOH PELAJAR STPM 2022 (MAJLIS GRADUASI ) PENCAPAIAN KOKURIKULUM : • AHLI JAWATANKUASA KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT NEGERI • JOHAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH SEPANG PENCAPAIAN KOKURIKULUM : • AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL BAHASA PERINGKAT DAERAH SEPANG LAIN-LAIN : • SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR • NAIB PENGERUSI KADET REMAJA SEKOLAH
PENINGKATAN
ANUGERAH Kategori Kualiti dan Kuantiti BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1 BAHASA MELAYU RUZITA BINTI JAMIRAN ROSIEDAH BINTI OSMAN ROLIYATI BINTI MUHAMMAD ELYNAWATI BINTI SAIM 2 BAHASA CINA TONG YIE NIE TAN YEN CHUN 3 SEJARAH MUHAMMAD DANIAL BIN RAMLI SITI ESAH BINTI ISMAIL FARAH NORJOHANA BINTI ABDUL LATIF 4 PENDIDIKAN SENI VISUAL JAWIAH BINTI UDANG BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1 PENDIDIKAN ISLAM SITI ROHAYA BINTI SAINU 2 BAHASA INGGERIS K. KANAKALETCHUMI A/P KULANDASAMY LEE SENG SENG K. MALATHY PILLAY A/P V. KRISHNA PILLAY 3 MATEMATIK FARAH BINTI KASIM TUONG KIEW TEK 4 SAINS SALAMAH BINTI RAMLAN RUHAYA BINTI NGAH 5 KESUSASTERAAN TAMIL MAIL VAHANAM A/L ARUMUGAN BATHMANABAN A/L NALLIANEN S SIVASAMY A/L SUNDARA MORTHI BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1 BAHASA TAMIL MAIL VAHANAM A/L ARUMUGAN BATHMANABAN A/L NALLIANEN Kategori Kuantiti Kategori Kualiti
ANUGERAH Kategori Kualiti dan Kuantiti BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1 PENGAJIAN AM HASLINA BINTI HASAN NORZAIWATI BINTI MD ZIN JAYA LETCHUMY A/P KUPPUSAMY 2 EKONOMI ZUKARTINI BINTI CHE PA 3 PENGAJIAN PERNIAGAAN KHADIJAH BINTI ISNIN BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1 BAHASA MELAYU YAP EYAM OUN MAHANI BINTI H A KADIR 2 SEJARAH FUAZIAH BINTI FA’AT 3 BIOLOGI ROSLINDA BINTI SAHRI 4 MUET MAGESWARI A/P VELAPPAN AMRAN BIN MISBAH MAGESWARI A/P MUNUSAMY BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1 GEOGRAFI NORHAFIZAH BINTI KAMALUDIN Kategori Kuantiti Kategori Kualiti
ANALISIS
PENGHARGAAN Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Majlis Apresiasi Gemilang Akademik Tahun 2022 SMK Sungai Pelek Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perasmi Majlis Pengetua SMK Sungai Pelek YDP PIBG SMK Sungai Pelek AJK PIBG SMK Sungai Pelek Jawatankuasa Induk MAGA 3022 AJK Pelaksana MAGA 2022 Semua warga SMK Sungai Pelek Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MAGA 2022 TERIMA KASIH