The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Mudah Untuk Memahami Takaful

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DR HAMIZAH MUHAMMAD, 2024-05-25 18:18:01

TakafulEDU

Panduan Mudah Untuk Memahami Takaful

Keywords: Takaful,Insurans,Kepentingan Takaful,Manfaat Takaful

I • • Taka ulEDU PANDUAN MUDAH UNTUK MEMAHAMI TAKAFUL JULIANA ARI FIN PUSPA LIZA GHAZALI NURUL SYAZWANI MOHD NOOR ROSLIDA ABDUL RAZAK NORIZAN REMLI TG. FATIMAH MULIANA TG. MUDA HAMIZAH MUHAMMAD


ISi KANDUNGAN 1. DEFINISI TAKAFUL 2. KONSEP-KONSEP PENTING DALAM TAKAFUL 3. PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL 6 INSURANS KONVENSIONAL 4. BAGAIMANA? TAKAFUL BERFUNGSI PADA ASASNVA 5. JENIS-JENIS PRODUK TAKAFUL 6. OR: VIDEO INFORMASI MENGENAI KEPENTINGAN 6 MANFAAT TAKAFUt OR: UJI MINDA: TEKA SILANG KATA CM/S 011 CM/S 021 CM/S 031 CM/S 041 CM/S 05-061 CM/S 071


DEFINISI TAKAFUL Perkataan Takaful pada asalnya diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu, kafala, yang merujuk kepada tanggungjawab bersama, saling menjamin, atau bertanggungjawab antara satu sama lain. Takaful adalah satu sistem perlindungan kewangan yang berasaskan prinsip-prinsip syariah Islam, di mana peserta menyumbangkan sejumlah wang ke dalam dana bersama (tabarru') untuk menanggung risiko bersama. Sumbangan ini adalah sukarela dan tidak dijangka untuk dikembalikan kepada peserta. Dana ini digunakan untuk membantu peserta yang mengalami kerugian atau musibah.


C * KONSEP-KONSEP PENTING DALAM TAKAFUL * ) TABARRU' (SUMBANGAN SUKARELA) Peserta Takaful menyumbangkan sejumlah wang ke dalam dana bersama untuk menanggung risiko bersama. Sumbangan ini adalah sukarela dan tidak dijangka untuk dikembalikan kepada peserta. TA'AWUN (KERJASAMA) Prinsip kerjasama atau tolong-menolong di antara peserta Takaful. lni bermaksud apabila seseorang peserta mengalami kerugian, mereka akan mendapat bantuan kewangan dari dana Takaful yang disumbangkan oleh peserta yang lain. MUDHARABAH (KERJASAMA PERNIAGAAN) Hubungan antara peserta (pemilik dana) dan operator Takaful (pengurus dana). Peserta menyumbangkan dana (tabarru') dan operator menguruskan dana tersebut Keuntungan diperoleh daripada pelaburan dana ini dan dibahagikan antara peserta dan operator berdasarkan perjanjian. WAKALAH (AGENSI) Operator Takaful bertindak sebagai wakil bagi peserta dalam menguruskan dana Takaful. Peserta membayar yuran perkhidmatan kepada operator untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran Takaful. DANA PESERTA DAN DANA OPERATOR Terdapat dua dana utama dalam Takaful, iaitu dana peserta dan dana operator. Dana peserta digunakan untuk membayar tuntutan peserta, manakala dana operator digunakan untuk kos pengurusan dan sebagai cadangan bagi risiko yang tidak dijangka. KEBERKATAN DAN KEADILAN Takaful menekankan pentingnya keberkatan dan keadilan dalam operasinya. Semua transaksi harus dilakukan dengan jelas, adil, dan mengikut prinsip-prinsip syariah Islam


PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL &. Konsep Akad Prinsip INSURANS KONVENSIONAL Takaful Berasaskan semangat kerjasama dan tolong menolong (ta'awun) dan tabbaru' Wakalah, Mudharabah Bebas dariP✓ ada riba (faedah), gharar (perjudian) dan maisir (ketidakjelasan) + Operasi Dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) ♦---------------------- Keuntungan Konsep Akad Prinsip Operasi Keuntungan ♦ Keuntungan akan dikongsi antara pengendali Takaful (syarikat Takaful) dan peserta Takaful berasaskan prinsip Mudharabah lnsurans Semata-mata berasaskan faktor-faktor komersial Jual beli Banyak terlibat dengan riba (faedah), gharar (perjudian) dan maisir (ketidakjelasan) Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC) Mempraktikan riba (faedah)


JENIS-JENIS PRODUK TAKAFUL 01 Takaful Keluarga Satu skim atau pelan Takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada peserta. Seorang peserta Pelan Takaful Keluarga bersetuju untuk menyumbang atau mencarum sejumlah wang kepada dana Takaful. Sebahagian daripada caruman itu akan diperuntukkan kepada dana (Dana Risiko Peserta) sebagai tabarru· (derma) dan sebahagian yang lain untuk simpanan dan pelaburan (Dana Pelaburan Peserta). Caruman Takaful keluarga I Dana Risiko Peserta I Baki daripada sumbangan Takaful peserta yang dikreditkan sebagai caruman penyertaan (tabarru·) untuk tujuan membantu sesama peserta takaful. sekiranya mana-mana peserta menghadapi musibah disebabkan oleh kematian atau hi Lang upaya kekal. I Dana Pelaburan Peserta I Bahagian akaun pelaburan daripada sumbangan Takaful peserta (caruman) yang akan dikreditkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Risiko Yang Dilindungi Oleh Pelan Takaful Keluarga - Kematian awal - HI Lang upaya kekal sepenuhnya - Usia tua - Perubatan & kesihatan dengan penyakit kritikal I Jenis-Jenis Pelan Takaful Keluarga I Pelan Takaful keluarga lndividu - Takaful keluarga biasa (Contoh: Simpanan. Pelan Takaful Keluarga Berkumpulan Pendidikan. Gadai Janji. Rider) - Anuiti Persaraan - Takaful Berkaitan Pelaburan - Skim manfaat pekerja (Contoh: Skim Perubatan & Kesihatan Berkumpulan. Skim Persaraan Berkumpulan) - Takaful Kredit Berkumpulan


02 TakafuLAm Konsep Takaful Am adalah untuk menyediakan satu bentuk pengurusan risiko yang- mematuhi undang-undang SharT'ah berdasarkan kepada prinsip perkongsian risiko untuk melindung peserta-peserta daripada mengalami kerugian kewangan. Liabiliti atau kecederaan akibat atau berikutan ditimpa musibah atau kemalangan kepada harta. aset atau orang. Seorang peserta Pelan Takaful Am bersetuju untuk menyumbang atau mencarum sejumlah wang kepada Dana Takaful Am sebagai tabarru· (derma) untuk membantu satu sama Lain. Caruman Takaful Am Dana Takaful Am Di bawah Takaful Am. bergantung kepada jenis perlindungan. peserta akan dilindungi terhadap: - Kerugian material atau harta benda atau kerugian turutan yang tertentu - Liabiliti Undang-Undang - Kematian. kecederaan atau ketidakupayaan orang yang dilindungi Kelas Perniagaan Takaful Am Kelas Produk Utama/ Asas Produk Sampingan Motor Takaful Motor 11::::::===============:::::::::::::- - Kenderaan Persendirian - Kenderaan Perdagangan - Motosikal - Jenis lstimewa (special) Bukan Motor Takaful Kebakaran - Takaful Kebakaran Asas Takaful Marin & Penerbangan Takaful Kejuruteraan Takaful Pelbagai - Takaful Empunya Rumah - Takaful lsi Rumah - Perlindungan Perniagaan - Takaful Semua Risiko lndustri (IAR) - Marin Rangka Kapal - Marin Kargo - Penerbangan - Takaful Semua Risiko Kontraktor (CAR) - Takaful Semua Risiko Pembinaan (EAR) - Dandang & Kebuk T ekanan - Kerosakan Mesin Jentera - Peralatan Elektronik/ Komputer - Takaful Kecurian/ Pecah Masuk - Takaful Liabiliti - Pelbagai Takaful Kemalangan


OR VIDEO INFORMASI MENGENAI KEPENTINGAN Ei MANFAAT TAKAFUL [!] .. ·:[!] OR UJI MINDA: TEKA SILANO KATA [!]_ . ■


Click to View FlipBook Version