SEKOLAH KEBANGSAAN AIR PUTIH
JALAN JABOR, 25350 KUANTAN, PAHANG.
Tel/ Fax : 09-5689421
Email : [email protected]
CBA4097
MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 2019
SK AIR PUTIH, KUANTAN
TARIKH : 13 APRIL 2019
HARI : SABTU
MASA : 1.45 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK AIR PUTIH
KEHADIRAN :
HADIR : TIDAK HADIR :
1. En Rusli Bin Ishak 1. Pn Nur Hafizatul Faqihah Binti
Hazlan
2. Pn Zunaidah Binti Mat Som
2. Pn Rapiza Binti Miswan
3. En Baderishan Bin Kasim
4. En Aziz Jaafar Bin Miskam
5. Pn Masitah Binti Mohd Zain
6. Pn Pn Nurulfadhilah Binti Abdullah
7. Pn Maziah Binti Omar
8. Pn Sharizah Binti Yusuf
9. Pn Noyah Binti Che Haat
10. Pn Mushidah Binti Ismail
11. Pn Nurul Izzah Binti Khalil
12. En Zakaria Bin Ismail
13. En Mohd Tarmizi Bin Abdullah
14. Pn Norhakimah Binti Rusdi
15. Cik Punitha Silvarajoo
16. Pn Adibah Binti Ghazali
17. Pn Norazlina Binti Ismail
18. Pn Zaini Binti Zainal Abidin
19. Pn Noor Mawatie Binti Abdul Rahim
20. Pn Noor Hana Binti Abd Wahab
21. Pn Zalina Binti Ramli
22. Pn Norfasiha Binti Sahlan
23. Pn Komala A/P Velayudan
24. Pn Nadia Waheda Binti Mat Rahim
25. Pn Hafizah Binti Ramli
26. Pn Rohaizat Binti Isha
27. Pn Ruhani Binti Padzil
28. Pn Hjh Najahah Binti Abdul Rahman
29. En Wan Mohamad Hilmi Bin Wan Mahadi
30. En Mohd Saiful Rizal Bin Abdul Halim
BIL AGENDA TINDAKAN
1.0 Ucapan Alu - Aluan Makluman
1.1 En. Rusli Bin Ishak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas
kehadiran.
1.2 Beliau berharap semua guru dapat memberi komitmen yang baik kepada sekolah
sepanjang tahun 2019.
2.0 Ucapan Guru Besar Makluman
2.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan membincangkan tentang Visi dan Misi
sekolah. Beliau berbincang bersama guru-guru untuk mencipta Visi dan Misi sekolah
yang baharu. Berikut ialah visi dan misi yang dipilih : VISI : SK AIR PUTIH 10
TERBAIK KUANTAN 2023. MISI: MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI.
2.2 Guru Besar memaklumkan tentang pengisian jawatan GPK HEM oleh Encik
Mohd Baderishan manakala Guru Pemulihan diisi oleh En Mohd Saifulrizal yang
menggantikan Puan Zurina.
2.3 Beliau juga memaklumkan tentang pertukaran syif baru bagi pengawal sekolah
iaitu dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
2.4 Guru Besar mengingatkan bahawa guru-guru perlu merekod sekiranya ingin
keluar awal dari sekolah iaitu dari pukul 1.00 – 1.30.
2.5 Guru Besar memaklumkan tentang prosedur mengadakan program hari sabtu.
Beliau menjelaskan bahawa sekolah boleh mengadakan program pada hari sabtu
Minggu Kedua dan Minggu Keempat dan guru-guru mesti kena hadir ke program-
program sekolah. Sekiranya ada yang nak buat program pada Minggu Pertama,
program Minggu Kedua perlu dishufflekan. Sekiranya ada guru yang ingin
mengadakan program yang melibatkan murid pada hari sabtu perlu minta kebenaran
dari ibubapa.
2.6 Guru Besar memaklumkan tentang Cuti Tanpa Rekod (CTR) yang mana boleh
mohon untuk urusan sambung belajar dan urusan suami yang isteri nak bersalin. Guru
yang hendak mohon CTR untuk urusan belajar hanya boleh mohon 2 hari sahaja iaitu
untuk urusan pendaftaran dan urusan hari terakhir tamat pengajian. Guru-guru tidak
boleh mohon CTR untuk urusan peperiksaan sambung belajar. Guru Besar
mengingatkan guru-guru agar tidak ambil cuti kembar iaitu cuti pada hari Jumaat dan
Isnin.
2.7 Beliau menjelaskan tentang etika pemakaian guru ke sekolah. Guru Pendidikan
Jasmani dibenarkan memakai baju PJ dari pagi sehingga balik. Guru PJ perlu
memastikan memakai Baju berkolar dan seluar track. Semua guru mesti berpakaian
formal pada hari Isnin dan perlu memastikan baju berwarna cerah. Guru lelaki mesti
memakai blazer dan seluar berwarna gelap. Guru perempuan boleh memakai blazer
walaupun memakai baju kurung.
2.8 Guru Besar memaklumkan penempatan semula guru yang lebih 10 tahun ke atas
masih dijalankan.
2.9 Beliau juga menasihatkan guru-guru agar menjaga hubungan anatara rakan sekerja
dan juga dengan komuniti. Guru-guru diminta sama-sama menjaga antara kita. Guru
perlu menjaga antara kita dihadapan murid, ibu bapa dan masyarakat. Elakkan
bergurau menggunkan perkataan kasar.
2.10 PAK 21 masih perlu diamalkan kerana salah satu aspek yang akan diberi
perhatian semasa pemerhatian PPD. Guru Besar memaklumkan tentang pemansuhan
Peperiksaan Tahap 1 dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Pihak sekolah akan
mengadakan Instrumen Bertulis untuk menggantikan peperiksaan.
2.11 Guru Besar menjelaskan tentang pencerapan oleh pihak pentadbir. Guru-guru
akan dicerap oleh pihak pentadbir sebanyak dua kali setahun.
2.12 Guru besar memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan duit PIBG kepada
YDP dan YDP telah membayar RM 3000.00 kepada Pn. Masitah untuk Kem Jati Diri.
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Bil 1 Tahun 2019 *
3.1 Pn Masitah Binti Mohd Zain telah mencadangkan dan telah disokong oleh Puan
Norfasiha Binti Sahlan.
4.0 Perkara Berbangkit Makluman
4.1 Puan Noyah menjelaskan bahawa kutipan RM 100 bagi murid UPSR adalah untuk
kecemerlangan UPSR sahaja manakala RM 40 untuk kutipan kecemerlangan semua.
Murid masih bayar RM 40 untuk kecemerlangan seperti peperiksaan akhir tahun.
4.2 Puan Adibah menyoal tentang Projek Rak Buku di bilik darjah kerana ada ibu
bapa menyoal tentang duit yang dikutip untuk projek tersebut. Guru Besar
menjelaskan bahawa sekolah akan mula buat rak buku dalam masa terdekat atau boleh
merujuk kepada YDP PIBG.
5.0 Hal – hal lain Makluman
5.1 En Wan Hilmi memaklumkan tentang latihan sukan iaitu pada 15, 16, 17, 18 dan
19 April dari jam pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Jadual Waktu akan dianjalkan
dimana kelas akan mula jam 8.40 pagi dan tamat jam 2.30 petang.
5. 2 Puan Adibah memaklumkan tentang tarikh Sambutan Hari Guru iaitu pada 29
April 2019. Tema pakaian sambutan pada tahun ini ialah bebas dan hadiah pertukaran
mesti bernilai RM 30.00 dan ke atas.
6.0 Ucapan Penanguhan
6.1 Ucapan penangguhan diberikan oleh Guru Besar.
6.2 Beliau mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Makluman
mesyuarat hari ini.
6.3 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3.30 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
….…………………….…… ….…………………….……
(PUNITHA A/P SILVARAJOO) (RUSLI BIN ISHAK)
Guru Bertugas Guru Besar,
Minggu Ke-14 SK Air Putih, Kuantan