PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN AIR PUTIH
JALAN JABOR, 25350 KUANTAN, PAHANG.
Tel/ Fax : 09-5689421
Email : [email protected]
CBA4097
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG BIL 1 2019
SK AIR PUTIH, KUANTAN
TARIKH : 23 FEBRUARI 2019
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK AIR PUTIH
KEHADIRAN :
HADIR :
1. En. Hairudin Bin Rahim
2. En. Azuddin Shah Bin Abdul Rashid
3. Pn. Zunaidah Binti Mohd Som
4. En. Baderishan Bin Kasim
5. En. Aziz Bin Jaafar
6. Cik Punitha A/P Silvarajoo
7. Pn. Nurul Izzah Binti Khalil
8. En. Muhammad Sahir Bin Yahya
9. Pn. Roswatina Binti Hj. Mohamed Hasan
10. Pn. Norhasnita Binti Ibrahim
11. Pn. Nor Raihan Binti Mohd Othman
12. Pn. Noyah Binti Che Haat
13. Pn. Maziah Binti Omar
14. Pn. Komala A/P Velayudan
TIDAK HADIR :
1. En Rusli Bin Ishak
2. En. Zul Bin Abdullah
3. En. Loganathan A/L Rajakrishnan
4. En. Mohd Sarif Bin Ismail
5. Pn. Masitah Binti Mohd Zain
6. En. Mohd Ramli Bin Fauzi
7. Pn. Norfasiha Binti Sahlan
BIL AGENDA TINDAKAN
1.0 Ucapan Alu - Aluan
1.1 En. Hairudin Bin Abdul Rahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
AJK atas kehadiran. Makluman
1.2 Beliau berharap semua AJK dapat memberi komitmen yang baik kepada PIBG
SK Air Putih sepanjang tahun 2019.
2.0 Ucapan YDP PIBG
2.1 Encik Hairudin selaku YDP membincangkan tentang isu Pn. Noraini Binti Junoh.
Beliau memaklumkan bahawa terdapat surat layang ke PPD, JPN dan SPRM atas
nama Pn. Noraini dan PPD telah dating ke sekolah untuk menyiasat tentang surat
layang yang mereka terima. PPD hendak menukarkan Pn.Noraini dari SKAP sebagai
tindakan bagi isu ini.
Makluman
2.2. YDP berbincang bersama pihak pentadbir dan AJK PIBG jalan penyelesaian
bagi isu Pn.Noraini. Pihak PIBG mengambil keputusan untuk menolak surat layang
kerana aduan tidak tepat dan proses penyelesaian isu tersebut sedang berjalan dan
hampir selesai. Oleh itu, PIBG menolak pertukaran Pn. Noraini sehingga ada
pengganti dan habis bayar wang tersebut.
3.0 Ucapan Wakil Guru Besar / Pn. Zunaidah Binti Mohd Som
3.1 Puan Zunaidah memaklumkan bahawa sepanjang bulan Januari hingga Februari
terdapat pelbagai program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Antaranya Hari
Orientasi, Program Budaya Ilmu, Program Jom Ke Sekolah, Pelancaran Mentor-
Mentee dan sebagainya. Makluman
3.2 Beliau juga menjelaskan tentang pemansuhan peperiksaan bagi Tahap 1 dan
minta AJK merujuk Powerpoint slaid yang telah dikongsikan dalam group Whatsapp
PIBG SKAP berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Beliau menjelaskan bahawa
murid akan dinilai dari segi tahap sahsiah, akademik dan ko-akademik dalam PBD.
3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa murid Tahap 2 akan diadakan Ujian 1
sebelum cuti bulan Mac nanti.
4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil 2 Tahun 2018
4.1 Cik Punitha selaku Setiausaha telah membentangkan Minit Mesyuarat Setiausaha
Jawatankuasa PIBG Bil 2 tahun 2018.
4.2 Pn. Noyah Binti Che Haat telah mencadangkan dan telah disokonh oleh Pn.
Komala A/P Velayudan.
5.0 Laporan Kewangan
5.1 Encik Hairudin memaklumkan bahawa Puan Zurina telah bertukar sekolah tahun
lepas dan bendahari belum dilantik dan beliau mengganti Bendahari membuat
pembentangan Laporan Kewangan.
5.2 Beliau memaklumakan bahawa Laporan Kewangan dalam proses. Makluman
5.3 YDP memaklumkan bahawa PIBG sekolah telah menerima sumbangan daripada
YB Semambu sebanyak RM 5000.00 untuk menaik taraf pentas dan bilik audio di
pentas. YDP bercadang untuk membuat sebut harga sekiranya ada kontraktor bagi
projek naik taraf pentas. Encik Sahir dan Encik Azuddin Shah dilantik untuk
menjalankan projek pentas.
5.4 Puan Noyah bercadang untuk membaiki Makmal Komputer dan YDP
menjelaskan bahawa PIBG mohon menukarkan bumbung Makmal Komputer dan
perlu tengok keadaanya sekarang. YDP minta pihak sekolah menyediakan kertas
kerja berkaitan alat-alat yang perlu di Makmal Komputer.
5.5 Encik Baderishan selaku GPK HEM memaklumkan tentang masalah tandas yang
telah dilaporkan kepada pihak PPD. Beliau menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak
dapat sumbangan disebabkan masalah kewangan dan diminta tutup tandas untuk
sementara masa. Encik Azuddin Shah memberi cadangan untuk mencari dana dan
memanggil tukang paip untuk membaiki tandas yang bermasalah.
6.0 Perkara Berbangkit
6.1 Encik Sahir Bin Yahya menyoal tentang pembayaran Program HIP dimana
jumlah pembayarannya adalah sebanyak RM 2000 tetapi dalam laporan kewangan Makluman
dicatatkan sebanyak RM 2200.
6.2 Puan Zunaidah Binti Mohd Som menjelaskan bahawa 20 September 2018 telah
dibayar oleh FVG kepada Puan Leong.
7.0 Hal – hal lain
7.1 YDP memaklumkan tentang permohonan bajet oleh Bimbingan dan Kaunseling
untuk program-program sepanjang tahun dan bajet bagi tahun ini sama seperti tahun
lepas.
7.2 YDP telah meluluskan permohonan bajet bagi program-program Bimbingan dan
Kaunseling pada Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil 1 tahun 2019.
7.3 Puan Komala bercadang untuk menyediakan rak buku di bilik darjah supaya Makluman
dapat mengelakkan masalah beg berat.
7.4 YDP mencadang untuk masukkan cadangan Puan Komala dalam usul mesyuarat
Agung nanti dan minta tambahkan sumbangan untuk projek rak buku.
7.5 YDP memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -17 akan
diselesaikan sebelum cuti iaitu 09 Mac 2019 (sabtu) pada pukul 8.30 pagi.
7.6 Beliau minta Setiausaha menyediakan notis Mesyuarat Agung dan borang usul
dan mengedarkan kepada para ibu bapa pada hari Isnin(25 Februari). Beliau juga
maklumkan bahawa boring usul perlu dikutip pada hari Jumaat (29 Februari) dan
pada 04 Mac perlu berbincang tentang usul-usul.
7.7 Beliau memaklumkan bahawa beliau bercadang untuk menjemput YB Hjh
Fauziah Binti Salleh adalah jemputan khas ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17.
Beliau juga menjelaskan bahawa anggaran perbelanjaan bagi mesyuarat ialai RM
1800.
7.8 YDP memaklumkan tentan Sumbangan Yayasan Pahang bagi murid cemerlang
UPSR tahun 2018 dan terdapat dua orang murid akan dapat sumbangan tersebut.
7.9 Puan Nor Raihan bercadang untuk adakan tempat letak kereta berbumbung dan
menyewa setiap bulan dan duit sewa tersebut boleh digunakan untuk program PIBG.
YDP menjelaskan bahawa isu tempat letak kereta pernah dibincang sebelum ini dan
bayaran sewa setiap bulan untuk masa yang lama tidak sesuai.
7.10 Beliau juga maklumkan tentang tiada sumbangan dari KPM bagi Sukan
Tahunan dan Hari Kecemerlangan dan PIBG perlu menanggung perbelanjaannya.
Beliau juga maklumkan bahawa Tarikh cadangan sukan sekolah ialai 14 April 2019
dan PIBG belum menerima anggaran perbelanjaan bagi sukan sekolah. Pihak PIBG
boleh memberi sumbangan maximum RM 2000.00.
7.11 Encik Baderishan selaku GPK HEM mengucapkan terima kasih atas
menerimanya dan berharap semua AJK dan ibu bapa bekerjasama dan memberi
kepercayaan terhadap pihak sekolah.
8.0 Ucapan Penanguhan
8.1 Ucapan penangguhan diberikan oleh YDP. Makluman
8.2 Beliau mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir ke mesyuarat
hari ini.
8.3 Encik Hairuddin menangguhkan mesyuarat pada pukul 12.05 tengahari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
….…………………….…… ….…………………….……
(PUNITHA A/P SILVARAJOO) (HAIRUDIN BIN ABDUL RAHIM)
Setiausaha Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Air Putih, Kuantan SK Air Putih, Kuantan