The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afzan1824, 2022-06-13 13:10:48

FLIPBOOK BUKIT KEPONG

FLIPBOOK BUKIT KEPONG

SESI PENGAJIAN-2021/2022
MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

E- FOLIO:FILEM BUKIT KEPONG
JABATAN PERDAGANGAN
KELAS:DPR1C

NAMA PENSYARAH
RUSLINAWATI BINTI ABD GHANI

BIODATA AHLI KUMPULAN
Mohamad Saifudin Umar Bin Sahir
- 03DPR21f2066
Mohamad Haziq Mukhriz Bin Mohd Rafie
- 03DPR2if2071
Muhammad Aiman Afzan Bin Azuraini

- 03dpr21f2077
Muhammad Shafiq Bin Rosli

- 03dpr21f2062
Muhammad Salman Bin Abdul Malek

- 03dpr2if2114
Muhammad Iqbal Naqib Bin Muhammad Jamil

- 03dpr21f2083

Saifudin Aiman

Haziq Shafiq

Salman Iqbal

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah
S.W.T. maka saya, kami telah diberi kesempatan
untuk melengkapkan dan menyiapkan e-folio
Pengajian Malaysia.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada pensyarah kami kerana telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan.

Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada
kedua ibu bapa kami kerana sentiasa memberikan
kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan
setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan
bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan
kewangan amat saya sanjungi.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan
kepada rakan-rakan kami kerana telah bekerjasama
dan membantu menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang
saya perolehi amat bermakna. Sekian, terima kasih

ISI KANDUNGAN
1.MUKA HADAPAN -TAJUK DRAMA/FILEM
2. PENGHARGAAN
3. ISI KANDUNGAN – 1.0 Pendahuluan;
1.1 Pengenalan Kebudayaan Penggerak Kesepaduan
Nasional
1.2 Kepentingan Kesepaduan Nasional
2.0 Carta Gantt Projek
3.0 Pengenalan drama/filem (yang dipilih)
- Sinopsis Drama/Filem
3.1 Objektif
3.2 Ulasan/ Perbincangan
3.3 Cadangan
3.4 Tema yang dipilih
3.4.1 Tema 1:Sosiobudaya 3.4.2 Tema 2: Multi-budaya
3.4.3 Tema 3: Perpaduan
3.5 Nilai dan Pengajaran
3.6 Penutup
4.0 Kritikan drama/filem oleh tokoh

5.0 Refleksi
6.0 Kesimpulan
7.0 .0 Rujukan
8.0 Lampiran/gambar yang berkaitan

PENGENALAN

Pengenalan Kebudayaan Penggerak Kesepaduan
NasionalPembinaan kesepaduan nasional sekali us
'peradaban majmuk' Malaysia sangat dipengaruhi
oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu,
Information Communication Technology (ICT),
terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps,
Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital.
lanya telah menular dalam setiap lapisan masyarakat
dan generasi, termasuk di Malaysia. Dari satu segi,
ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada
satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan
ini, menjadikannya seperti digital jungle. Serentak
ICT boleh jadi kawan dan jadi lawan, positif dan
negatif, membina dan menghancurkan.Dengan
berleluasanya fake news melalui media sosial seperti
Facebook adalah satu contoh yang sangat dirisaukan
oleh kerajaan dan orang awam. Kefahaman mengenai
etika dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah
dengan peradaban di Malaysia sangat diperlukan oleh
semua pihak. Kupasan mengenai pros & cons
mengenai ICT, budaya digital dan disiplin dalam
kalangan pengguna ICT perl diwacanakan .Dengan
filem in peristiwa 13 mei merupakan pengajaran
bertapa peningnya masyarakat bilang kaum di negara
ini untuk terus Bersatu padu dalam harmoni. Selain

itu iajuga penting untuk meningkatkan kemajuan
negara.

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai
negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya
kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum
sera budaya menjadi pegangan kepada pandangan
positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.
Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap
rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring
dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping
member keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah
dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium
mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum.
Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara,
diharap akan lahirnya generasi muda yang akan
bertindak sebagai wargangara yang matang lagi
bertanggungjawab. Selain itu, kepelbagaian agama di
Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum
dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama
rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih
terbuka untuk mengenali dan memahami

kepelbagaian agama di negara in demi menguatkan
lagi kesefahaman antara kaum dan agama. Tambahan
pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform
untuk mengenali budaya dan adat resam sesama
masyarakat sambil memperbaharui ikatan
persahabatan. Keharmonian demi kesatuan in juga
merupakan keunikan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah
menjadi penanda aras bag Malaysia dalam mencapai
matlamat sebagai negara yang aman, dan harmoni.
Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan
diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang
memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong
dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

CARTA GANTT MINGGU 9 MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
10 11 12 13 14
penerangan

Membuat Perancangan Projek
A) Penetapkan Matlamat Dan
Objektif
B) Membentuk Draf Aktiviti
Bersama Ahli Kumpulan
C) Merangka Draf Tentatif
Projek

Menghasilkan Kertas Projek Dan
Pembentangan

Membentuk Struktur Organisasi,
Menyediakan Senarai Semak
Tugasan
1)Mohamd Saifudin Umar Bin Sahir
(Ketua Kumpulan)
2)Muhammad Aiiman Afzan Bin
Azuraini (Timbalan Ketua Projek)
3)Mohamad Haziq Mukhriz Bin
Mohd Rafie (Perancang Aktiviti
Kumpulan)
4)Muhammad Shafiq Bin Rosli
(Penyelarasan Bahan Ict Dan
Multimedia)
5)Muhammad Iqbal Naqib Bin
Muhamad Jamil (Mencari Bahan)
Menetapkan Butiran Penting Projek
Seperti Tarikh, Masa Dan Bahan
Seumpamanya
Melaksanakan Projek Seperti Yang
Dirancangkan Dan Mengedarkan
Borang Maklum Balas Penilaian
Projek Kepada Beberapa Ahli
Kumpulan Serta Mengumpulan
Bahan Seperti Dalam Perbincangan

SEJARAH

23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit Kepong adalah
kejadian dimana pengganas komunis telah menyerang
Balai Polis Bukit Kepong. Pertempuran yang berlaku
sekitar jam 5:00 pagiini telah mengorbankan 25 anggota
polis dan orang awam. Semasa kejadian tersebut
terdapat 15 anggota polis Melayu dan Konstable Polis
marin yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.
Pasukan ini diperkuatkan dengan 3 konstabal khas dan
4 polis campuran. Seramai 13 isteri dan anak-anak
anggota polis pula tinggal di berek kelamin di belakang
balai. Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh
Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman
pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19
tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah
berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya.
Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di
Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin
dengan Limah. Selepas itu dia memulakan
perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor. Beberapa bulan
kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit
Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar
balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas

komunis di Bukit Kepong dan ka wasan sekitarnya
semakin hebat. Pada subuh 23 Februari 1950, 180 orang
pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit
Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang
anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil
Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat
kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya,
hanya empat orang anggota polis yang terselamat,
termasuk seorang anggota polis tambahan. Othman
turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut
kiri dan tangan kiri. Setelah menerima rawatan selama
empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan
bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang
baru melahirkan anak lelaki mengalami tekanan jiwa
apabila mendapat berita kononnya Othman telah
meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila
keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke
Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa
dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.
Peristiwa Bukit Kepong berakhir apabila pengganas
komunis mula membakar berek dan balai polis. Pada
ketika itu 3 anggota polis dan seorang pengawal
kampung telah meluru keluar dari balai yang sedang
terbakar dan menyerang kedudukan pengganas

komunis. Mereka dapat membunuh sekurang-
kurangnya 3 orang sambil ditembak oleh pengganas
komunis tersebut. Hanya salah seorang daripada
mereka berjaya menyeberang sungai. Setelah hampir
lima jam bertempur, komunis telah berjaya
mengalahkan pihak polis dan berundur ke dalam
hutan. Sebelum itu mereka telah melontarkan mereka
yang tercedera dan terkorban ke dalam api.
Antaranya Hassan bin Abu Bakar anak kepada
konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke
dalam api. Terdapat juga dua wanita dan anak-anak
mereka yang hangus terbakar di dalam berek
kelamin.

OBJEKTIF

Melalui filem yang dilihat iaitu Bukit Kepong kami
dapat ;

 Menghargai dan menanam semangat patriotisme
dalam diri kami dan generasi muda yang lain.

 Mengenal pasti sumber sejarah dengan tepat dan
benar .

 Memberi pemahaman dan melatih diri kami
dalam membuatkan satu kajian yang bersifat
ilmiah.

 Melahirkan semangat patriotik dalam diri agar
sentiasa bersatu padu dalam menentang acaman
meskipun berlainan agama dan bangsa.

 Menyemarakkan sikap penyayang antara satu
sama lain agar dapat melahirkan generasi yang
aman dan damai .

 Mewujudkkan semangat kerjasama anatara
masyarakat agar hubungan antara satu sama lain
dapat dieratkan dengan lebih kukuh.

ULASAN

ULASAN Kita dapat melihat peristiwa Bukit Kepong
telah dilakon semula dalam drama dan filem serta
diterbitkan dalam bentuk senaskah novel.
Sehubungan dengan itu, akibat daripada kepelbagaian
versi penceritaan, maka pastinya timbul spekulasi dan
unsur tokok tambah cerita mengenai peristiwa
tersebut. Maka, dengan adanya penerbitan buku ini
sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai
kejadian sebenar yang berlaku dalam peristiwa Bukit
Kepong. Seterusnya dapat menangkis tanggapan salah
dan palsu orang ramai terhadap peristiwa tersebut
Kejadian ini memperlihatkan kepada kita kekejaman
komunis sehingga menyebabkan penderitaan dan
kematian ramai pihak serta kehancuran dan
kemusnahan harta benda di kawasan tersebut. Semua
pihak seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran
di mana kekosongan dalam pemerintahan negara
pada ketika itu telah mengakibatkan kekejaman oleh
komunis tersebut. Oleh itu, pemerintahan yang adil
dan telus sangat diperlukan demi menjaga keamanan
dan kesejahteraan sejagat. Sehubungan peristiwa ini,
Darurat telah diisytihar di Tanah Melayu 1948

sehingga 1960. Darurat bertujuan untuk
menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu.
Yakni sekali gus demi memperjuangkan kemerdekaan
negara dan bebas daripada ancaman dan pengaruh
komunis. Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran
bersenjata yang bersejarah dan tragis pernah berlaku
di Tanah Melayu pada 23 Februari 1950 di antara
pihak polis dan Parti Komunis Malaya (pengganas
Komunis) semasa darurat selepas perang dunia kedua
dan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai
polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang
diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai
Muar, sektar 59 km dari bandar Muar, Johor
,Malaysia .Kejadian ini bermula sebelum subuh
apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila
ke balai polis dan berakhir dengan tragik apabila
berlakunya penyembelihan berdarah oleh pihak
penyerang yang telah membunuh hampir kesemua
pegawai polis yang bertugas di sibu pada ketika itu.
Pihak komunis hendak menjadikan serangan ini
sebagai contoh apa yang bakal terjadi kepada mereka
yang menentang perjuangan Komunis. Apabila
mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang
percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan
pihak polis dan berjaya mengawal stesen polis

tersebut dalam tempoh yang singkat dan mudah.
Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor yang
menyebelahi mereka. Pihak Komunis mempunyai
kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan yang
menyertai serangan tersebut berbanding dengan
jumlah anggota polis yang ada pada waktu iu
Keadaan balai polis Bukit Kepong terletak dikawasan
seluas 62 meter persegi dan terletak di tebing sungai
Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagar
dengan kawat berduri. Bukit Kepong merupakan
sebuah perkampungan yang didiami oleh lebih kurang
1200 penduduk dan terdapat lebih kurang 20 kedai
papan milik orang cina pada ketika itu. Menjelang
awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan phak
komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh
Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang
pernah berkhidmat di Palesan.

CADANGAN

Pada pandangan saya, peristiwa Bukit Kepong telah
dilakon semula dalam drama dan filem serta
diterbitkan dalam bentuk senaskah novel ialah Novel
Bukit Kepong merupakan satu khazanah yang penting
untuk tatapan generasi hari ini dan masa depan.
Dalamnya terakam sejarah bangsa dan negara yang
akan menginsaf generasi hari ini dan masa depan
betapa peritnya kehidupan di zaman penjajahan dan
betapa kentalnya perjuangan dan besarnya
pengorbanan anak watan dalam mempertahankan
maruah negara yang tercinta. Kita boleh melihat
wajah Johor parmerdeka selepas meneliti novel ini.
Selain itu ,generasi hari ini dan akan datang khasnya
anak-anak warisan Johor akan dapat merenung dan
meneliti kembali sejarah negeri Johor, Meneliti
persekitaran Johor sebelum merdeka, suasana
kehidupan pada masa itu, menilai pergolakan-
pergolakan yang berlaku. Semua itu telah tiada dan
sekiranya tidak dirakamkan pada masa sekarang ia
akan hilang ditelan pembangunan negara lebih-lebih
lagi gambaran-gambaran itu tidak digambarkan
dalam sejarah kerana sejarah hanya mencatat
peristiwa berdasarkan rekod-rekod yang mesti
difahami dan boleh dipertanggungjawabkan oleh

sejarawan. Catatan-catatan sejarah tidak akan
dipengaruhi oleh emosi dan kenyataan-kenyataan
yang tidak direkodkan dan sahih kebenarannya.
Terdapat beberapa cadangan yang digunakan
pengarang dalam novel Bukit Kepong ini. Pada
cadangan saya dalam novel ini apabila bas yang
dinaiki oleh Limah ditahan oleh segerombolan
komunis. Pembaca tertanya akan hal yang berlaku
kepada Limah dan penumpang yang lain. Pengarang
menggunakan teknik kejutan apabila Limah seorang
wanita yang lemah lembut dan pandai mengajar itu
mengalami sakit jiwa apabila menerima berita yang
menyatakan bahawa suaminya, Othman Yusof
terkorban. Pengarang juga menerapkan beberapa
monolong dalam novelnya. AP Redzuan Alias
misalnya, telah bermonolog untuk menenangkan
hatinya apabila mendengar bunyi yang mencurigakan
semasa berkawal. Beliau berdepan dengan pelbagai
konflik dalam merealisasikan impiannya.Beliau
terpaksa berdepan dengan tentangan penganas
komunis untuk mewujudkan keamanan negara.
Seterusnya, sastera pula bertolak daripada fakta
sejarah, kemudian menjelajah luas dengan tafsiran-
tafsiran tersendiri dan di sinilah letaknya
keistimewaan sastera kerana ia mempunyai
keupayaan menggambarkan dan melukiskan sesuatu

yang futuristik serta mampu pula meraba, menjamah
dan merasakan alam ghaib, melampau sempadan
masa, tempat dan pelaku yang tidak terdapat dalam
sejarah. Itulah Bukit Kepong, bertolak daripada
peristiwa Bukit Kepong yang terakam dalam sejarah
kemudian menjelajah ke alam pemikiran setiap watak
yang terlibat, memperlihatkan suasana tempat sesuai
dengan masa kejadian yang memerlukan penyelidikan
dan Sebagai sebuah karya kreatif, bukit Kepong tidak
boleh lari daripada memasukkan unsur-unsur imaginasi,
khayalan, taksiran-taksiran pengarang dan juga wawasan
yang hendak disampaikan kerana sebagai sebuah karya
kreatif imaginatif sifat-sifat seni dan estetika perlu diberi
keutamaan oleh pengarang.

TEMA

Berdasarkan Tema yang dipilih iaitu filem ‘ BUKIT
KEPONG ’ memaparkan tema Patriotisme,Bersatu
padu,Kerjasama,keberanian,dan kemanusiaan Dalam hal
ini, 18 orang anggota polis dan penduduk Kampung Bukit
Kepong mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong
daripada serangan komunis yang seramai 180 orang.

NILAI

1. Kasih sayang: Othman Yusof menunjukkan kasih
sayang terhadap isterinya yang mengalami penyakit
mental dengan sentiasa menziarahinya semasa di
hospital.

2. Berani: Othman Yusof berani menghadapi
ancaman pengganas komunis walaupun bilangan
anggota polis sangat terhad.

3. Kesabaran: Othman sabar menghadapi dugaan
sehingga kakinya terpaksa dipotong akibat
kecederaan.

4. Semangat kerjasama: Orang-orang kampung dan
pihak polis bekerjasama mengadakan kawalan untuk
menjaga kampung daripada ancaman komunis.

5. Bertanggungjawab: Othman merupakan suami
yang bertanggungjawab kerana mengambil berat
akan isterinya yang tidak pulang-pulang akibat bas
yang dinaiki oleh Limah setelah diserang oleh pihak
pengganas semasa pulang dari Muar.

PENGAJARAN

Pengajaran Yang Terdapat Dari Peristiwa Bukit
Kepong Ialah Kita Mestilah Mempunyai Semangat
Juang Dan Keberanian Yang Tinggi.Anggota Polis
Serta Warga Bukit Kepong Bertempur Mati
Matianwalaupun Terpaksa Berdepan Dengan
Bilangan Musuh Yang Ramai.Kita Haruslah
Bersifatsetiakawan.Sebagai Contoh Keserasian Yang
Wujud Antara Mereka Telah Melambatkan
Kemenangankomunis.Malah Pihak Komunis Juga
Gagal Memperoleh Kemenangan Komunis.Malah
Pihak Komunis Juga Gagal Memperoleh Kemenangan
Mutlak Kerana Banyak Juga Antara Pengganas
Tersebutyang Tercedera Dan Terkorban.Janganlah
Sesekali Kita Memperdagangkan Tanah Air Kita
Untukkepentingan Peribadi. Perbuatan Madera Dan
Kandar Yang Telah Memperdagangkan Tanah Air
Kitakepada Pengganas Komunis Semata- Semata
Untuk Memperoleh Kepentingan Peribadi Adalah
Suatuperbuatan Yang Tidak Bermoral.Kita Mestilah
Menyuntik Semangat Nasionalisme Yang Tinggi Ke
Dalam Diri Kita.Warga Bukit Kepongdan Anggota
Polis Memiliki Semangat Nasionalisme Yang Tinggi
Sehingga Sanggup Mengetepikan kepentingan
Peribadi.S Emangat Patriotik Semakin Luntur Dalam

Kalangan Masyarakat Di Negara Kita pada Masa Ini
Seperti Yang Didakwa Oleh Banyak Pihak. Hal Ini
Berlaku Demikian Kerana Masing-Masing Sibuk
Dengan Urusan Sendiri Yang Menyebabkan Mereka
Tidak Menghiraukan Perkara Lain.Pada Pendapat
Mereka, Perkara Yang Penting Dalam Hidup Ialah
Mereka Perlu Berusaha Untukmencari Kekayaan Dan
Hendak Mencari Wang Untuk Menambahkan
Pendapatan Semata-Mata.Oleh Itu, Mereka Tidak
Menitikberatkan Semangat Patriotik Dan Tidak
Tidak Mempedulikan Sambutanhari Kebangsaan,
Contohnya Anggota Masyarakat Kita Tidak
Mengibarkan Bendera Malaysia Ketikasambutan
Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Dijalankan. Jadi,
Kita Berharap Agar Semangat Patriotikdalam
Kalangan Masyarakat Dapat Ditingkatkan.Misalnya
Iktibar Dari Peristiwa Bukit Kepong Jugabanyak
Yang Boleh Kita Pelajari Dan Dapat Memupuk
Semangat Patriotisme Dalam Diri.Sungguhpun
Dengan Kekuatan Anggota Yang Sedikit Serta
Keupayaan Senjata Yang Terbatas, Pasukanpolis
Yang Diketuai Oleh Sarjan Jamil Mohd. Shah Enggan
Menyerah, Walaupun Berkali-Kali Diseruoleh
Komunis Agar Mereka Mengalah Sementara
Sekumpulan Penduduk Kampung Yang

Lengkap bersenjatakan Raifal Dan Shotgun Turut
Digerakkan Dari Kampong Jawa Di Bawah Pimpinan
Penghuluali Mustaffa Untuk Memberi
Bantuan.Dalam Detik Terakhir Pertempuran
Menyayat Hati Itu, Komunis Membakar Berek
Kelamin Dan Balaipolis Selain Melepaskan Tembakan
Mereka Yang Cuba Lari Daripada Balai Polis Yang
Sedang Terbakaritu.Melihat Kemusnahan Balai Polis
Itu Menyebabkan Penduduk Kampung Durian
Chondong Di Sebelahbarat Menghantar Bot Ke Lenga
Untuk Memberitahu Pihak Berkuasa Mengenai
Serangan Ini.Hanya Selepas Lima Jam Bertempur,
Baharu Pihak Komunis Berjaya Menawan Dan
Membakar Balaipolis Itu Sebelum Berundur Ke
Dalam Hutan Dengan Meninggalkan Kesan
Kemusnahan Dan Kematian.Tragedi Balai Polis Bukit
Kepong Telah Meragut 25 Nyawa Termasuk 14
Anggota Polis Termasuksarjan Jamil, Empat
Pengawal Kampung, Tiga Polis Bantuan, Isteri Abu
Bakar Daud Iaitu Polis Yang Terselamat Dan Tiga
Anak Mereka Sementara Mereka Yang Terselamat
Pertempuran Mautitu Adalah Empat Anggota Polis
Dan Sembilan Ahli Keluarga Termasuk Isteri Dan
Anak Mereka.

PENUTUP

Secara kesimpulannya ,sejarah Bukit Kepong dapat
meningkatkan semangat patriotisme dalam diri kita
terutama dalam kalangan remaja masa kini .Melalui
sejarah ini ,para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai
patriotisme dalam diri masing-masing .Sebagai contoh
,penentangan yang berlaku di Bukit Kepong .Para
anggota polis telah bersusah payah untuk menentang
pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan
nyawa dan keluarga mereka .Para pelajar diajar
tentang erti kepayahan dan kesulitan masyarakat lalu
dalam memperjuangkan Negara . Hal ini sedikit
sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang
mendalam kepada tanah air sehingga menyebabkan
mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah dicapai. Seramai 17 anggota
polis telah terkorban dalam pertempuran menentang
serangan komunis, di mana balai polis dan berek
tempat anggota tinggal turut dibakar sehingga
hangus. Jumlah keseluruhan yang terkorban dalam
tragedi itu adalah 25 orang termasuk ahli keluarga
anggota polis dan penduduk kampung. Pengorbanan
pejuang negara dalam mempertahankan tanah air
semasa Darurat Pertama sedikit sebanyak telah
mengekang penularan aktiviti pengganas komunis.

Setelah 70 tahun peristiwa Bukit Kepong berlalu,
banyak pengajaran berguna yang masih boleh diambil
oleh generasi sekarang. Hari ini, ancaman pandemic
Covid-19 juga memerlukan pengorbanan daripada
setiap rakyat Malaysia. Semangat patriotik semakin
luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita
pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak
pihak.Hal ini berlaku demikian kerana masingmasing
sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan
mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup
ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan
dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak
menitikberatkan semangat patriotik dan tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan
negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.Misalnya iktibar dari peristiwa Bukit
Kepong juga banyak yang boleh kita pelajari dan
dapat memupuk semangat patriotisme dalam
diri.Kisah perjuangan Leftenan Adnan sering menjadi
pembakar semangat bagi pejuang-pejuang Negara
kita. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh

dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.Satu
daripada caranya adalah dengan memberikan
penekanan tentang proses pemupukan semangat
patriotik dari bangku sekolah lagi.Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri
pelajar seperti Bak kata peribahasa Melayu,
“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat 12 patriotik dapat dipupuk sejak
kecil,sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.Tambahan
pula,amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkaraperkara yang akan memburukkan
nama negara.Cara lain yang boleh dijalankan adalah
dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini
dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian
tinggi.Sekiranya perkara ini dilakukan,murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik
kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu.Dengan perkataan lain,perkara itu
akan dipelajari secara formal di dalam kelas,diuji
dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam
kehidupan seharian.Oleh hal yang demikian,semangat
patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-

murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian, usaha-
usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti.Hal ini
demikian kerana, semangat patriotik ini penting
untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri.Individu yang memiliki semangat patriotik
yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat,setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya
semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam
kalangan remaja,pastilah mereka tidak ada perasaan
cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang
jati diri.Oleh itu, semua pihak perlulah berganding
bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.

KRITIKAN

1.Tokoh atau Sarjana

Menurut Adi Pranajaya (1993), filem juga berfungsi
sebagai medium hiburan dan sebagai medium kritik
sosial serta dijadikan sebagai ruang untuk mendidik
masyarakat. Filem yang dihasilkan mempunyai
tujuan, maka mengikùt Adi Pranajaya (1993: 6-7)
filem sudah tentu mempunyai fungsi dalam
masyarakat, di samping mencerminkan dan
menyatakan segi yang kadang-kadang kurang jelas
dalam masyarakat termasuk estetika. Menurutnya
juga, filem bukan sahaja dinikmati kerana elemen
hiburan, tetapi elemen lain juga yang sama penting
dinikmati, iaitu nilai pemikiran dan juga elemen
estetika. Fungsi sosial filem adalah keterlibatan dalam
kehidupan sosial, ekonomi, politik, etika,kepercayaan
dan lain-lain. Manakala, fungsi estetika filem adalah
kehadiran karya yang dapat memberi kenikmatan
dan rasa keindahan bagi masyarakat penonton.

Filem sebagai wardah yang menggambarkan
kehidupan sudah tentunya memerlukan kekuatan
dalaman, serta dipersembahkan dalam bentuk visual
bergerak yang menceritakan pelbagai masalah
kehidupan. Selain itu, filem juga dapat
memperlihatkan keadaan sosial dan budaya dalam
masyarakat tempatan berasaskan nilai-nilai dominan

yang terbentuk daripada pelbagai bahagian agar ia
boleh diterima oleh masyarakat. Hal ini juga boleh
dilihat dalam karya sastera yang lain seperti drama,
novel dan cerpen.
Berdasarkan hal ini, dengan adanya filem dapat
memberi ruang kepada pengarang atau penulis skrip
filem untuk melontarkan pelbagai isu sosial yang
berlaku dalam kalangan masyarakat. Kritikan sosial
yang dilontarkan dalam filem juga akan memainkan
peranan ke arah penambahbaikan tindakan yang
perlu dibuat agar isu sosial atau kesalahan yang sama
tidak berulang dan berlarutan. Kritikan sosial yang
dipaparkan dalam filem merupakan cara yang
digunakan oleh seseorang pengarah bagi
menyampaikan idea atau kritikan terhadap
masyarakat. Filem berperanan sebagai alat atau
bahan untuk mendokumentasikan budaya dan
kehidupan masyarakat tertentu. Kebanyakan filem
yang dihasilkan menyampaikan kandungan yang
hampir sama dengan realiti kehidupan dalam
masyarakat. Namun, hanya pengarah yang faham
tentang budaya dan falsafah kehidupan sesuatu
masyarakat sahaja akan merakam untuk manfaat
generasi yang akan datang.

-YOUTUBER
- https://www.youtube.com/watch?v=54L2fmf5moY
- https://www.youtube.com/watch?v=e64suncjjVY

-AKHBAR (SILA SCAN QR CODE)

REFLEKSI

Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah kami dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan
jayanya. Tugasan kumpulan yang kami pilih sangat
menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan
pada masa akan datang. Filem ini bertajuk Bukit
Kepong .Setelah mendapat tajuk ini, kami membuat
kesimpulan bahawa semangat patriotisme adalah
penting pada masa kini. Kami sangat berminat untuk
meneroka dan mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai filem ini. Kita perlu mengetahui tentang
sejarah negara kita supaya ia tidak berulang lagi.
Banyak ilmu dan input yang kami dapat sepanjang
menyiapkan tugasan. Selain daripada buku-buku
rujukan, kami juga memperolehi maklumat daripada
bahan laman web yang banyak menyediakan bahan
rujukan terutama sekali individu yang sudi berkongsi
bahan mereka. Memandangkan kami telah
memperolehi maklumat berguna ini maka kami akan
berkongsi dan bertukar-tukar pendapat bersama ahli
kumpulan lain mengenai filem ini. Semoga usaha dan
pembelajaran kami untuk menyiapkan tugasan ini
akan memberikan kami lebih yakin untuk mengajar
dan berusaha membantu murid-murid khususnya

yang menghadapi masalah tekanan emosi untuk
mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

1. Mohamad Saifudin Umar Bin Sahir
- Syukur atas bantuan penasihat dapat menyiapkan

tentang filem tersebut dan di filem tersebut dapat
mengetahui pelbagai ilmu pengetahuan
2. Muhammad Aiman Afzan Bin Azuraini
- Syukur atas menyempurnakan e-book dengan
masa yang tepat dan mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan
3. Mohamad Haziq Mukhriz Bin Mohd Rafie
-alhamdulillah dapat menyiapkan e-book ini
dengan Kerjasama anatara ahli

4. Muhammad Shafiq Bin Rosli

- terima kasih terhadap penasihat yang banyak
membantu dan terima kasih terhadap rakan rakan
yang membantu untuk penyiapkan e-book tersebut

5. Muhammad Salman Bin Abdul Malek

- saya dapat pengetahuan yang lebih terhadap filem
bukit kepung yang mempunyai pelbagai nilai nilai

6. Muhammad Iqbal Naqib Bin Muhammad Jamil

- Saya mendapat pelbagai pengetahuan yang baharu
terdapat pada e-book tersebut , kami dapat membuat

latar belakang berpandukan gambar tentang filem
tersebut.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya ,sejarah Bukit Kepong dapat
meningkatkan semangat patriotisme dalam diri kita
terutama dalam kalangan remaja masa kini .Melalui
sejarah ini ,para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai
patriotisme dalam diri masing-masing .Sebagai contoh
,penentangan yang berlaku di Bukit Kepong .Para
anggota polis telah bersusah payah untuk menentang
pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan
nyawa dan keluarga mereka .Para pelajar diajar
tentang erti kepayahan dan kesulitan masyarakat lalu
dalam memperjuangkan Negara .
Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan
cinta yang mendalam kepada tanah air sehingga
menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk
mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai.

RUJUKAN

-Munirah Mustaffa et.al.2020. Penghayatan Etika Dan
Peradaban. Kuching: Politeknik Kuching
-Siti Zaharah Setapa et.al.. 2022. Penghayatan Etika
Dan Peradaban, Subang Jaya: Penerbit Ehsan (M)
Sdn.Bhd

LAMPIRAN
1. Akhbar

2. GERAK KERJA KUMPULAN


Click to View FlipBook Version