NAMA PENSYARAH-RUSLINAWATI BINTI ABD GHANI
SESI PENGAJIAN-2021/2022
MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E- FOLIO: KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
JABATAN PERDAGANGAN
KELAS:DPR1C
NAMA AHLI KUMPULAN 2 :
MOHAMAD SAIFUDIN UMAR BIN SAHIR
03DPR21F2066
MOHAMAD HAZIQ MUKHRIZ BIN MOHD RAFIE
03DPR2IF2071
MUHAMMAD AIMAN AFZAN BIN AZURAINI
03DPR21F2077
MUHAMMAD SHAFIQ BIN ROSLI 03DPR21 F2062
MUHAMMAD SALMAN BIN ABDUL MALEK
03DPR2IF2114
MUHAMMAD IQBAL NAQIB BIN MUHAMMAD JAMIL
03DPR21F2083
1.0: PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah
Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan
membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu
kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat
semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme
atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau
Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula
membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama
Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat
juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris
digunakan untuk perniagaan.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan
600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di
sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula
seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli
(140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka
merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan
bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden
Malaysia. Walau bagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan
etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan
etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi
mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya
makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan
tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan
peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini
menjawat jawatan profesional seperti doktor.
2.0: DEFINISI
ada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat
kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat
luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi
definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing. Perkataan
‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata
jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa
maksud budi dan akal. Perkataan culture dalam bahasa Inggeris
diambil daripada Bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan
mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum
memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud
‘kebudayaan’. Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan
seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan
tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu
generasi yang lain melalui . proses pembelajaran. Mengikut takrif
kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup
sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
3.0 CIRI-CIRI BUDAYA
(i) Bersifat dinamik
(ii) Menerima dan menolak unsur tertentu
(iii) Diwarisi
(iv) Proses Kesinambungan
4.0 JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
-Di Malaysia mempunyai 3 kaum terdiri daripada :-
-Melayu
-Cina
-India
4.1 KAUM MELAYU
4.1.1 PENGENALAN
Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu
adalah daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan
manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing.
Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan
Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia,
Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan
sekitarnya serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
Bahasa yangdigunakan oleh orang Melayu ialah bahasa
Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan
oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang
dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi.
1)ADAT
Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan
penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih dan
adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat
Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep
demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa
mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka
diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung
menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung
kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan
raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu,
adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada
agama Islam. Kedua, kaum melayu atau masyarakat melayu
terkenal dengan kesenian mereka. Antara kesenian yang amat
dikenali adalah wayang kulit. Wayang Kulit merupakan
persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa
Melayu-Siam Selatan. Seni hiburan ini popular di Pantai
Timur serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu
dan Islam.
2)PERAYAAN
Terdapat pelbagai perayaan dalam kaum melayu iaitu :-
Pertama, terdapat pelbagai perayaan keagamaan yang
disambut oleh kaum Melayu contohnya, perayaan Aidilfitri.
Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut
setahun sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut
kalender Islam. Perayaan ini diraikan sebagai hari
kemenangan dan hari kegembiraan setelah semua umat islam
berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan mengikut
kalendar Islam, iaitu bulan sebelum bulan Syawal.
Kedua, Hari Raya Aidiladha dikenali juga sebagai Hari Raya
Korban dan Hari Raya Haji yang merupakan perayaan agama
yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini
menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di
Mekah iaitu sehari selepas Jemaah haji mengerjakan wukuf di
Arafah. Orang-orang Islam akan menyambutnya pada tanggal
10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Ketiga , Sambutan Maulidur Rasul yang merupakan hari
keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari
ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh
pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April
571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah.
Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu
bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap
pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan
majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW
dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya.
3) PAKAIAN TRADISIONAL
PAKAIAN LELAKI: BAJU MELAYU
PAKAIAN PEREMPUAN: BAJU KEBAYA
- Dipakai Ketika menyambut Hari Raya - Dipakai Ketika
menyambut Hari Raya, atau menghadiri majlis-majlis rasmi
atau menghadiri majlis-majlis rasmi kahwinan .
- Sampin turut dipakai supaya ianya - Biasanya baju ini dibuat
dengan kain tampak lebih cantik dan kemas. songket.
- Perhiasan yang sesuai seperti rantai, dan kain selendang
yang dikenakan boleh menambah seri si pakai.
4)MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain
telah hidup bersama sejak beberapa generasi lalu. Pelbagai
kaun yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu
sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang
unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu,
Cina dan India. Negeri Sabah dan Sawarak juga mempunyai
pelbagai kumpulan etnik pribumi masing-masing dengan
budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hari ini,
kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu
merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di
Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan
orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan
Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha
dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh
Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang
Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka
yang sangat kaya.
1) NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang
Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak
dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan
nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan
sambal .Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati
lembu.
2) LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang
ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang
daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi
ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak
1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang
atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan
santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun
pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara
memasak kaum asli di Malaysia.
4.2 KAUM CINA
PENGENALAN
Hubungan antara Alam Melayu dengan Alam Cina telah
bermula sejak abad ke-4 (Wang 1991). Pada mula-mulanya,
orang Cina datang ke Alam Melayu untuk berniaga dan
mempelajari agama. Bilangan mereka yang bermigrasi
menjadi signifikan pada abad ke-18, khasnya semasa
penjajahan British, untuk mencari rezeki. Ketika itu, mereka
dianggap sebagai sojourner atau huaqiao, berbeza daripada
yang menetap di Alam Melayu sehingga hari ini. Dalam
proses migrasi dan penetapan itu, identifikasi mereka
mengalami perubahan besar. Perubahan itu perlu difahami
demi kepentingan pembinaan bangsa dan perpaduan negara.
Sehubungan itu, banyak kajian tentang pengekalan dan
perubahan identiti orang Cina di Tanah Melayu telah
dilakukan sarjana sains sosial sejak tahun 1980-an. Dalam
artikel ini, saya cuba mengulas secara sosiologi kajian tentang
identiti orang Cina di Malaysia. Kajian itu boleh dibahagikan
kepada jenis “author-oriented” dan “actor-oriented.”
SEJARAH KAUM CINA DI MALAYSIA
Cina telah wujud di Malaysia sejak sekian lamanya. Pasti ada
sejarah tentang bagaimana Cina wujud ni tanah Melayu. Ianya
terbahagi kepada dua gelombang.
Gelombang Pertama
Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima
belas semasazaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan
diplomatik antara kerajaanCina dan Melaka memuncak
semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana
baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu
membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut,
dan hamba dari negara Cina ke Melaka.[4] Kebanyakan
daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian.
Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang
kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu
membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam
mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan
keturunan
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara
beramai-ramai Tanah Melayu. Mereka dari selatan Cina
terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan
Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-
lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong
dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di
Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang.
Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan
juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan,
Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum
majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan
Singapura. Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar
memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan
sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang
cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi
pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang
baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan
Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor
Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem
Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam
dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan
berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta
membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah
pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa
Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk
mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta
menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina
di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai
15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui
sistem Kangchu ini. Pada akhir abad ke-19, pihak British telah
memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke
Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh
yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah
yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di
Britain
PERAYAAN KAUM CINA
1)TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan kaum Cina yang
paling popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini
disambut meriah oleh mereka yang berbangsa Cina selama 15
hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut calendar
mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga.Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina ini
memang sangat sinonim dengan makanan seperti Yee Sang,
Kuih Bulan dan Limau Mandarin Pemberian angpau juga
diberikan. Wang angpau akan dimasukkan ke dalam sampul
merah untuk diberikan kepada kanak-kanak, remaja mahupun
yang masih belum berkahwin
2)PESTA TANGLUNG
Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan
sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta
Tanglung merupakan malam pertama bulan purnama selepas
Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-
warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk
memeriahkan lagi sambutan.Menurut adat kaum Cina, tujuan
mercun dibakar untuk menghalau makhluk jahat yang kejam.
Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya mendengar
bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun.Difahamkan,
terdapat juga amalan melontar buah limau je dalam laut
atau sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan.
3)PERAYAAN KUIH BULAN
Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan untuk menyambut
kemenangan orang Cina yang telah mengalahkan Mongol
pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala.
Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun ia
adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut
pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam calendar Cina.Salah satu
hidangan istimewa pada perayaan ini sudah semestinya kuih
bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya dibuat daripada
adunan manis berinti kacang merah, biji Teratai dan kuning
telur asin. Terdapat juga tradisi mengatakan bahawa kuih
bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur agar
mulutnya terkunci selepasmemakan kuih bulan. Oleh itu, dia
tidak akan dapat menyampaikan laporan buruk kepada
Maharaja Syurga.
4)PESTA PERAHU NAGA
Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon Boat Festival dan
kebiasaannya akan disambut pada hari kelima bulan kelima
dalam calendar Lunar. Ketika perayaan ini, Kaum Cina akan
mengadakan perlumbaan perahu naga dan memakan zongzi.
Zongzi adalah sejenis makanan tradisional Cina berbentuk
tiga segi diperbuat daripada pulut. Perayaan ini dikatakan
menjadi symbol semangat dan kebudayaan bangsa Cina.
Diadakan pada setiap tahun, pelabagaiperahu beraneka warna
yang dihiasi, kepala naga, ekor naga, dan lukisan badan naga.
Sepanjang perahu akan dapat disaksikan. Selain itu, perayaan
ini juga boleh mengeratkan hubungan baik sesamamereka dan
memupuk semangat berpasukan.
4.3 KAUM INDIA
PENGENALAN
Masyarakat india merupakan etnik ketiga yang terbesar di
Malaysia dan juga salah satu kaum yg telah menyumbang ke
arah pembentukkan sebuah masyarakat majmuk di negara ini.
Seperti masyarakat lain,masyarakat india juga kaya dengan
ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini.
SEJARAH KAUM INDIA DI MALAYSIA
Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yg
berketurunan daripada mereka yg berhijrah dari India Selatan
semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india
telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yg lalu.
Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti
Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan
Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal
dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu
ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada
tahun 2005,oran India merupakan lebih kurang 7% daripada
jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).
1)PERKAHWINAN
Thirumanam merupakan penyatuan atau perikatan suci
melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal
hingga ke akhir hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam
masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam,
dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan
adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yg
dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yg dilubangkan di
bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi
sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (basuh kaki ibu
bapa, beri hadiah dhoti(bapa mertua) serta sari (ibu mertua)
dan wang. Biasanya, pasangan pengantin akan bertukar-
tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi
minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ni secara rasmi telah
menjadi suami isteri.
2)UPACARA KEMATIAN
Thali vangutal adalah upacara menanggalkan thali semasa
berlakunnya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.
Thali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggalkan
oleh isteri setelah suaminya meningal dunia. Setelah dimandi
dan dihiasi cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.
Pada masa yg sama lagu-lagu suci akan dimainkan. Saudara
mara akan beri penghormatan yg terakhir kepada si mati dan
mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yg sama,
ucapan tenna adudaiya shinaneeporti disebut beberapa kali
akan dimainkan sebagai menandakan upacara tersebut telah
direstui oleh tuhan. Ahli- ahli keluarga akan mengelilingi
mayat mengikut lawan jam sebanyak 3 kali sebagai tanda
penghormatan.
3)PERAYAAN
Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan mandi minyak yg
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara
penyucian yg melambangkan permulaan yg baru, penganut Hindu
akan mengunjungi kuil.
b) THAIPUSAM
Bagi perayaan Thaipusam pula, ia merupakan perayaan untuk
hapuskan dosa-dosa yg telah dilakukan di atas muka bumi. Tapi
taksemua penganut Hindu melakukan Nazar. Nazar ini membawa
maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Muruga dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan
sebagai tanda kesyukuran
c)PONGGAL
Bagi ponggal pula, perayaan ini diraikan secara beramai-
ramai, dengan memasak menggunakan periuk yg
kebanyaknnya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk
menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia
membawa mesej muhibah dan persaudaraan kepada mereka
yg dah lama terpisah.
TARIAN KLASIK MASYARAKAT INDIA
Tarian Bharata Natyam merupakan gaya tarian klasik yang
penuhdengan tradisi. Tarian klasik tersebut, perlu
mengambil masa bertahun-tahun untuk betul-betul menguasai
(pergerakan tangan, kaki &mata). Tarian Bharata Natyam
berasal dariwilayah Tamil Naidu di India.
MAKANAN TRADISI MASYARAKAT INDIA
Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan
sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar
vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap
keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik
hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau
ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India
yang secara etnik berpelbagai. Kepercayaan agama dan budaya India
telah memainkan suatu peranan berpengaruh dalam evolusi
masakannya. Meskipun, masakan di sepanjang India juga timbul oleh
kerana interaksi kebudayaan skala besar sub benua dengan Parsi yang
berjiran, Greece kuno, Mongol dan Asia Barat, membuatnya suatu
pemaduan unik dari pelbagai masakan disepanjang Asia.
Perdagangan rempah di antara India dan Eropah sering dipetik
sebagai suatu mangkin untuk Zaman Penjelajahan Eropah. zaman
penjajah memperkenalkan gaya masakan Eropah ke India
menambahkan pada kelenturan dan kepelbagaian masakan
India.Masakan India telah mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada
masakan di sepanjang dunia, khususnya dari Asia Tenggara.
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
PAKAIAN PEREMPUAN
ETNIK TELEGU ETNIK TAMIL
Sari merupakan pakaian tenunan khas dipakai oleh semua
kalangan orang india. Sari diubahsuai untuk menjadi
pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga
dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan
kumpulan keturunan seseorang Wanita India. Berikut adalah
beberapa contoh dalam cara pemakaian india bagi perempuan.
ETNIK BRAHMIN
PAKAIAN LELAKI
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam
kaum India.Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun
menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti
yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga
mempunyai pelbagai cara. Gambar diatas adalah beberapa
contoh pemakaian dhoti.
PERPADUAN
MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat
resam dan agama. Masyarakat luar sering memandang
Malaysia sebagai negara model perpaduan atas keharmonian
dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan latar belakang. Silang budaya berlaku apabila dua
atau lebih individu daripada latar belakang berbeza
berinteraksi.
Perbezaan latar belakang ini mencukupi budaya luaran yang
ketara seperti pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan
tempat tinggal. Manakala budaya dalaman yang tidak ketara
adalah seperti pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai
hidup. Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan
melahirkan hubungan yang positif dan harmoni.
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perpaduan
berasal kata akar “padu”, iaitu yang bererti bergantung,
bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh,
bermuafakat dan berunding dengan bersungguh-sungguh.
Perpaduan dalam konteks wacana ini membawa maksud
rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersatu hati
dalam pelbagai perkara bagi menyelesaikan masalah,
bermuafakat dalam semua hal, bekerjasama antara satu
sama lain dan berunding untuk bersatu agar menjadi satu
bangsayang kuat.
Perpaduan juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian etnik
dalam sesebuah negara bertepatan dengan slogan unity in
diversity (perpaduan dalam kepelbagaian) serta mengiktiraf
kewujudan kepelbagaian (Shaharuddin Badaruddin 2007).
Perpaduan adalah asas kepada pembinaan negara bangsa dan
harus dipupuk amalannya dalam masyarakat berbilang kaum
di Malaysia. Konsep 1Malaysia merupakan salah satu gagasan
yang dicetuskan Perdana Menteri,
Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan
dalamkalangan rakyat Malaysia secara
keseluruhannya.Gagasan ini merupakan satu formula bagi
membantu merealisasikan impian negara untuk mencapai
Wawasan 2020 dalam suasana kepelbagaian yang harmoni
dan stabil. Antara nilai yang ditekankan dalam gagasan ini
ialah sikap penerimaan dalam kalangan pelbagai etnik
terhadap etik yang lain. Sikap penerimaan yang ingin
diwujudkan merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi bagi
membolehkan setiap keunikan pelbagai etnik saling dikongsi,
dihormati dan diterima sebagai lambang identiti kebangsaan.
Perpaduan masyarakat juga diibaratkan sebagai tiang
kemakmuran dan kedamaian negara di samping menyumbang
kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya kepelbagaian
menjadipunca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai
yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya
setiap etnik bersifat etnosentrik. Situasi ini pernah termaktub
dalam sejarah negara apabila meletusnya peristiwa berdarah
13 Mei 1969 yang menyebabkan hubungan etnik di Malaysia
berada dalam keadaan yang begitu genting dan tegang.
Suasana kucar-kacir, pertumpahan darah, keganasan dan
kematian amat membimbangkan terutamanya bagi
mereka yang pernah melalui sendiri detik tersebut
Salah satu formula mencegah ketegangan hubungan etnik
masa kini ialah kembali kepada memahami dan menerima
Kontrak Sosial. Pada umumnya, Kontrak Sosial adalah
persetujuan bersama antar kaum-kaum yang berbeza di Tanah
Melayu untuk saling menerima, memahami, menghormati dan
bertolak ansur mengenai status quo masing-masing dalam
usaha mewujudkan perpaduan ke arah kemerdekaan. Ianya
adalah semangat dalaman yang tidak semata- mata dihujahkan
melalui sudut pandang perundangan dan perbincangan ilmiah,
tetapi juga nilai dan sentimen sejarah negara.Sejarah adalah
pengajaran.Ungkapan seorang ahli falsafah, George
Santayana, “Those who forget history are doomed to
repeat it” amat relevan dan signifikan dalam perbincangan
mengenai sisi hitam sejarah negara dan
pengajarannya.Pengetahuan sejarah khususnya punca
berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 berupaya mencegah
masyarakat daripada mengulangi kesilapan tersebut.Melalui
sejarah juga masyarakat dapat mengetahui dan memahami
latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar
daripada peristiwa yang pernah terjadi.
PERTAHANKAN PERPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN
Menghargai kepelbagaian budaya dan saling menghormati
perbezaan agama ialah dua perkara yang sangat penting dalam
mencapai keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini
demikian kerana menghormati budaya dan perbezaan agama
merupakan kunci utama ke arah melahirkan masyarakat
Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.
Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dan agama
telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat
unik. Rakyat diberikan kebebasan mutlak dalam
mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing
tanpa sebarang kekangan, Batasan mahupun halangan
walaupun agama Islam diisytiharkan agama rasmi
negara kita. Hak dan kebebasan ini turut termaktub dalam
perlembagaan dan menjadi asas untuk memelihara perpaduan
dan keharmonian rakyat Malaysia. Selain itu, perayaan setiap
agama juga disambut secara besar- besaran. Malah ada negeri
yang memberikan cuti umum untuk menyambut perayaan-
perayaan tersebut. Hal ini jelas membuktikan masyarakat
Malaysia telah hidup dalam keadaan yang harmoni dengan
berpegang kuat kepada sifat toleransi yang tinggi dan setiap
kaum juga menunjukkan sikap saling menghormati antara satu
sama lain. Sifat terpuji sebeginilah yang telah menjadi tunjang
kepada kemajuan kita sebagai sebuah bangsa yang berjaya.
Di samping itu, pemimpin luar turut mengakui dan
mengiktiraf keunikan yang ada pada Malaysia sehingga
melabel Malaysia sebagai model negara membangun.
Pengiktirafan ini adalah berdasarkan penilaian mereka
terhadap tiga perkara asas dan utama yang dimiliki oleh
Malaysia iaitu kesuburan sistem demokrasi, mempunyai
kerajaan yang efektif dan pembangunan ekonomi yang baik.
Ketiga-tiga perkara ini perlu dimantapkan supaya sejajar
dengan kehendak rakyat yang cintakan keamanan dan
kesejahteraan. Oleh itu, bukan mudah untuk mempertahankan
warisan turun temurun ini. Malahan terlalu banyak cabaran
dan dugaan yang terpaksa kita harungi dalam
mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum tersebut.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita termasuklah
generasi hari ini untuk mempertahankan keunikan tersebut
dengan terus menyuburkan rasa saling menghormati dan
memahami budaya dan kepercayaan semua kaum di Malaysia.
Rumusan
Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka kita harus
mempunyai pendirian sendiri yang teguh yang tidak boleh
diganggu. Setiap masalah dengan negara luar hendaklah
diatasi dengan cermat, bagai menarik rambut di dalam tepung,
rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Malaysia
sehingga kini alhamdulillah, masih aman lagi jika
dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Hanya
dengan kestabilan politik negara, barulah kejayaan dalam
bidang lain dapat kita bina dan jalinkan. Negara yang aman
damai lebih mudah menarik minat negara asing mengkaji
ketamadunan budaya bangsanya. Kesusasteraan merupakan
salah satu bidang yang boleh diketengahkan sebagai alat bagi
menjalinkan hubungan kebudayaan dan keilmuan
dengan negara luar. Dengan itu , masyarakat Malaysia perlu
menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan
perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai
matlamat ke arah status negara maju serta memastikan
pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
RUJUKAN
-Munirah Mustaffa et.al. 2020. Penghayatan Etika
dan Peradaban. Kuching: Politeknik Kuching.
-Siti Zaharah Setapa et.al.2022. Penghayatan Etika
dan Peradaban.Subang Jaya: Penerbit Ehsan(M)
Sdn.Bhd.