The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6026273, 2021-07-20 00:23:47

TOKOH NILAM

SMK SAAS (BM)

TOKOH NILAM
ZON KAJANG 2021

NURUL ATHIRAH
BINTI ROSLI

SMK SULTAN ABDUL AZIZ
SHAH

BAHASA MELAYU
SEKOLAH MENENGAH

ISI
KANDUNGAN

Maklumat Peribadi

Biodata Diri

Ulasan Buku

Pencapaian

Hasil Karya

Lampiran

MPEARKIBLAUDMIAT



























BIODATA
DIRI

BIBLIOGRAFI

Nurul Athirah merupakan anak ke-4 daripada 5
orang adik-beradik hasil perkahwinan

ibubapanya, Rosli bin Yaacob dengan Razina binti
Hasan. Athirah dilahirkan di Hospital daerah

Kajang negeri Selangor pada 23 Mac 2005 tepat
pada pukul 1:43 petang. Athirah mempunyai 2

orang abang yang bernama Muhammad
Nooraiman dan Muhammad Nur Azim. Athirah
juga mempunyai seorang kakak dan adik lelaki
yang diberi nama Nurul Atiqah dan Muhammad

Alif Amzar. Selain dipanggil "Athirah", rakan
sebayanya turut memanggilnya "Athi". Athirah
memulakan sesi persekolah sejak berumur 6
tahun di Tadika Assyakirin Taman Delima yang

terletak berdekatan dengan kediaman
keluarganya. Kemudian, Nurul Athirah
menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan
Seri Sekamat yang terletak kira-kira 1 kilometer

dari rumahnya.

Pada masa yang sama, Athirah turut bersekolah
agama di Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA

Integrasi Taman Delima. Semasa di sana, Athirah
berjaya menamatkan pembelajaran di tahun 6 dan

kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abdul Aziz Shah [Integ]. Sejak dibangku
sekolah rendah lagi Athirah memegang jawatan
pengawas sekolah. Oleh kerana Athirah sudah
terbiasa menjadi pengawas, Athirah membuat
keputusan untuk memohon jawatan pengawas
sekolah semasa di tingkatan 2. Baginya dengan
memegang jawatan sekolah mampu memupuk

sikap bertanggungjawab dalam diri.

BAPA KEPADA NURUL ATHIRAH

Rosli bin Yaacob merupakan bapa kepada Nurul
Athirah dan bapa kepada 4 orang adik beradik
yang lain. Ibubapa Rosli bernama Yaacob bin
Ibrahim dan Mustakiah. Rosli dilahirkan pada 20
Mac 1969. Negeri Perak merupakan negeri Rosli
dilahirkan dan dibesarkan sebelum berpindah ke
Selangor. Rosli mempunyai 5 orang adik-beradik
dan merupakan anak ke-4. Rosli bekerja sebagai

pengurus di Pos Laju dan kemudian bekerja
sendiri beberapa tahun sebelum pencen. Selepas

berhenti kerja, Rosli sering menghantar anak-
anaknya ke sekolah. Walaupun Rosli seorang
yang pendiam tetapi beliau sangat tegas dalam
mendidik anak- anak dan isterinya terutamanya
dalam soal agama. Bagi anak-anaknya, Rosli
lebih suka menunjukkan teladan yang baik
melalui perbuatan daripada percakapan. Ini
membuatkan anak-anaknya ingin mencontohinya

dan Rosli sangat berkemahiran tinggi
terutamanya mengenai mesin dan elektrik.

IBU KEPADA NURUL ATHIRAH

Razina binti Hasan merupakan ibu kepada 5 orang
anak termasuk Nurul Athirah. Razina berasal dari
Pasir Puteh,Kelantan yang dilahirkan pada 3 Julai
1970 dan merupakan anak ke-2 dari 6 orang adik-
beradik. Razina bekerja sebagai seorang guru yang

mengajar matapelajaran Moral dan Bahasa
Melayu. Razina menjadi pendidik di sekolah Nurul

Athirah belajar iaitu SMK Sultan Abdul Aziz
Shah[Integ]. Beliau juga merupakan Ketua Panitia
untuk matapelajaran Moral. Baginya, tidak ada

yang mustahil dalam dunia ini untuk kita capai
kecuali dengan usaha dan

kerja keras dalam setiap perkara. Razina banyak
mengajar anak-anaknya untuk sering membuat
pilihan yang betul dan berani untuk mencuba
sesuatu yang baru kerana dengan melalui banyak
perkara. Kita akan kuat untuk tempuhi semua
cabaran yang bakal mendatang dan kita akan lebih

menyerlah dalam bidang yang kita ceburi.

KELUARGA NURUL ATHIRAH

Nurul Athirah mempunyai 5 orang adik-
beradik yang terdiri daripada 3 orang lelaki

dan 2 orang perempuan. Nurul Atiqah
merupakan anak sulung yang dilahirkan pada
22 April 1998. Atiqah kini sedang melanjutkan

ijazah sarjana muda dalam bidang Filem di
UITM Puncak Perdana di Selangor. Seterusnya,

Muhammad Nooraiman merupakan abang
pertama Athirah dan merupakan anak ke-2
yang dilahirkan pada 22 Februari 2001. Kini,
melanjutkan pelajaran di Politeknik Pagoh di
Johor. Diploma dalam bidang Kejuruteraan
Elektrik. Muhammd Nur Azim pula merupakan
anak-3 dan abang ke-2 yang dilahirkan pada
11 December 2002. Azim kini menyambung

pelajaran di UITM Seri Iskandar di Perak
dalam bidang bangunan dan sama seperti

Aiman diperingkat diploma.

Anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik
bernama Muhammad Alif Amzar yang

dilahirkan pada 5 Januari 2009 yang kini
berumur 12 tahun. Alif juga bersekolah sama
dengan Athirah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri
Sekamat dan SAR KAFA (INTEG) Taman Delima.

Alif bakal menyambung pelajaran di SMK
Sultan Abdul Aziz Shah (INTEG). Kesemua 5
adik-beradik ini dilahirkan di Hospital Daerah

Kajang. Walaupun jarak umur diantara
Athirah dengan adik-beradiknya agak jauh.
Namun, mereka mempunyai keakraban yang
sangat rapat seperti air yang dicincang takkan

putus.

HOBI

Pada masa lapang, Athirah suka bermain
permainan di gadget tetapi Athirah

menetapkan masa dengan hanya bermain
untuk 1 jam sahaja untuk mengelakkan diri

daripada tekanan dan penat. Selain itu,
membaca juga merupakan hobi yang sering
Athirah lakukan. Athirah amat menggemari

membaca buku, komik dan novel. Untuk
bacaan Athirah amat suka membaca buku

bertemakan kehidupan atau psikologi
manusia atau turut dikenali mengenai
penyakit mental. Dengan membaca buku
tentang psikologi manusia membuatkan
Athirah ingin mengenali tentang kehidupan
dan penyakit mental yang sebenarnya jarang
orang ketahui dan ambil berat. Buku yang
bertemakan kehidupan pula bagi Athirah
dengan membaca buku tersebut membuatnya

berasa dia "hidup".

Ini kerana pada pendapatnya zaman
remaja merupakan antara zaman yang
mencabar kerana setiap remaja perlu
membuat keputusan dalam setiap perkara
kerana setiap keputusan membawa kepada
siapa mereka pada masa akan datang.
Antara karya yang Athirah gemari ialah
Dan... Mimpi Sama Berulang Kembali yang
menceritakan tentang kehidupan dan Baca
Buku Ini Saat Engkau Lelah bertemakan
psikologi manusia. Tidak lupa juga, Athirah

amat suka menulis dan berjaya
menghasilkan satu cerpen bertajuk "Mia
Adriana" tetapi sayangnya ceritanya tidak
habis kerana jumlah patah perkataan yang
terhad semasa pertandingan. Cerpen Mia

Adriana berkisahkan tentang seorang
remaja perempuan yang mempunyai
kegelisahan dan tekanan yang tinggi atau
trauma. cabaran untuk dia menghadapi
penyakit mental tersebut diusia yang masih

setahun jagung.

CITA-CITA

Semua orang mempunyai impian dan cita-
citanya yang ingin mereka kecapi termasuk
juga dengan Nurul Athirah. Athirah bercita-cita
ingin menjadi Pereka Hiasan Dalaman pada
masa akan datang. Pada mulanya, Athirah
tidak berminat dengan bidang seperti melukis
dan mereka kerana Athirah lebih meminati

bidang perubatan sama seperti rakan
sekelasnya. Pada mulanya, Athirah sangat
ingin menceburi bidang perubatan tetapi
lama-kelamaan Athirah mula minat kepada
melukis dan membuat rekaan. Ini kerana
semasa membuatnya Athirah berasa sangat
seronok dan gembira walaupun adakalanya
agak mencabar kerana ianya memerlukan
daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Tetapi itu tidak membuatkan Athirah berputus
asa kerana Athirah tahu hasilnya akan sangat

berbaloi dengan kerja kerasnya.

Athirah juga mempunyai impian untuk
membuat satu rekaan pusat perubatan untuk

membantu Orang Kurang Upaya (OKU) dan
pesakit mental dengan sumber kelengkapan
yang lengkap satu hari nanti. Oleh itu, semasa
ditingkatan 3. Athirah berusaha keras untuk
masuk ke aliran Grafik Komunikasi Teknikal
[GKT] di sekolah kerana dengan memasuki
aliran tersebut merupakan langkah pertama
untuk Athirah mengejar cita-citanya untuk
menjadi Pereka Hiasan Dalaman. Semasa sesi
pembelajaran, terdapat beberapa perkara

yang sukar untuknya seperti sukar
memahami setiap pembelajaran namun itu
tidak bermakna yang Athirah akan berputus
asa kerana inilah yang Athirah mahu dan

impikan.

ULASAN
BUKU

- BAGAIMANA NAMANYA DICIPTA?
- ENSIKLOPEDIA SAINS EKOLOGI
LAUT
- TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER
WIJCK
- TRILOGI AJAIB #3 AKSARA
- DAN... MIMPI SAMA BERULANG
KEMBALI

Ulasan Buku 1

BAGAIMANA NAMANYA
TERCIPTA?

Judul= Bagaimana Namanya Tercipta?
Nama Pengarang= Ghulam Jie M Khan
Penerbit= Pustaka Ghulam Jie M Khan

bersama Ainna's Publications
Tahun Terbit= 2021

Penulis iaitu Ghulam Jie telah mengembara hampir 31
tahun dan telah melawat hampir 1683 buah tempat yang

terdiri daripada pekan dan kampung bagi mencari
bagaimana nama sesebuah pekan atau kampung itu diberi
nama. Perjalanan beliau bermula dari tahun 1988 hingga

2019. Sebuah kereta dan camera menjadi peneman
sepanjang penulis, Ghulam Jie M Khan membuat
penyelidikan.

Di dalam buku ini juga banyak diceritakan kisah penulis
serta ceritera rakyat yang mendiami di kawasan pekan dan
kampung. Terdapat juga kisah tragik semasa pendudukan

Jepun dan Komunis di negara kita yang pasti menarik
perhatian para pembaca. Antara contoh pekan dan

kampung yang diceritakan di dalam buku jilid 1 ini ialah
Assam Jawa, Batu Arang, Banting, Broga dan lain-lain.

Ulasan Buku 2

ENSIKLOPEDIA SAINS
EKOLOGI LAUT

Judul= Ensiklopedia Sains Ekologi Laut
Penerbit= Sam Synergy Media Sdn Bhd

Kita sering mengagumi ketinggian Gunung Everest yang
kita lihat di darat. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang
keindahan dan kemewahan di kawasan air? Di kawasan air
bukan sahaja terdapat habitat yang tinggal di kawasan air
seperti cumi-cumi, Kuda Laut dan Ikan Terbang bahkan

terdapat juga tumbuhan laut yang turut mendidiami
kawasan air seperti alga, dan Rumpai Laut. Tumbuhan laut
ini berguna sebagai sumber makanan, tempat perlindungan

hidupan kecil dan merupakan penjaga ekosistem bagi
menstabilkan. Tidak lupa juga hidupan yang tinggal

dipersisiran pantai seperti Anjing Laut, Singa Laut, Walrus
dan Penguin. Tahukah anda bahawa Cumi-cumi dengan

Sotong ialah berbeza?
Melalui buku ini bukan sahaja kita ketahui mengenai
hidupan di kawasan air. Kita juga dapat mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai hidupan laut yang
mungkin selama ini kita tahu atau sebaliknya. Selain itu,
kita akan lebih menghargai keindahan lautan yang
terbentang luas. Paling penting adalah kita menjaga
keindahan lautan ini dengan melestarikannya bersama.

Ulasan Buku 3

TENGGELAMNYA KAPAL
VAN DER WIJCK

Judul= Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijck

Nama Pengarang= Buya Hamka (1938)
Prakata= ZF Zamir

Penerbit= Puteh Press
Tahun Terbit= 2016

Penceritaan bermula apabila Zainudin yang merupakan
orang berketurunan Minangkabau yang dilahirkan di
Mengkasar. Walaupun darah yang mengalir di dalam

tubuhnya itu darah orang Minangkabau sayangnya dia
tidak diiktiraf bahkan orang menganggapnya tidak
keturunan atau tidak bersuku kerana ayahnya yang

merupakan orang Minangkabau dan ibunya pula orang
Mengkasar. Selepas kematian ibubapanya, Zainuddin
mengambil keputusan untuk balik ke kampung halaman

ayahandanya iaitu negeri Padang. Semasa disana,
Zainuddin dipertemukan dengan Hayati seorang bunga

kampung Batipuh. Awal pertemuan mereka ketika
Zainuddin meminjamkan payungnya kepada Hayati.

Bermula dari situ, tali perkenalan antara dua insan kian
membunga lalu memutik perasaan sayang dan cinta antara

satu sama lain. Sayangnya, percintaan antara mereka
dihalang kerana Zainuddin seorang yang tidak

berketurunan malah dia juga tidak mempunyai harta jika
dia ingin mengahwini buah hatinya, Hayati. Demi menjaga

nama baik keluarga dan keturunan, Zainuddin terpaksa
membawa diri ke Padang Panjang atas saranan bakonya
Hayati. Sudah menjadi ketentuan, Hayati bukan buatnya.

Ditakdirkan Hayati buat Aziz saudara kepada kawan
baiknya Hayati, Khadijah. Patah hati Zainuddin dibuatnya

lalu dia mencari kekuatan untuk bangkit. Zainuddin
memulakan kisah hidup baharunya dengan menjadi
seorang pengarang yang berselindung disebalik letter "Z".
Namun, inikah kisah pengakhiran antara Zainuddin dan

Hayati?

Ulasan Buku 4

TRILOGI AJAIB #3 AKSARA

Judul= Trilogi Ajaib #3 aksara
Nama Penulis= Syafiq Aizat
Penerbit= Buku Fixi Shd Bhd

Tahun Terbit=2015

6+(+1-1)=6
Inilah persamaan yang Izwan pernah nampak dan tulis
pada kertas kerana dia mempunyai deria ke-6. Namun,

apakah maksud disebalik persamaan itu? Izwan
merupakan seorang budak yang pendiam dan mempunyai
seorang abang yang bernama Izaq. Sayangnya abangnya,

Izaq telah meninggal dunia. Banyak persoalan yang
bermain diminda dan hanya Fai'q iaitu kawan baik
Izaq yang mampu menyelesaikan semua teka teki ini. Fai'q,
Izaq dan Izwan mempunyai deria ke-6 yang tidak sama.
Fai'q atau ayiq cuba menggunakan kelebihannya demi
mengetahui mengenai Izaq kerana sebelum Izaq mati. Izaq
pernah cuba untuk membunuh diri kerana sakit yang
dialami oleh Izwan. Kewujudan Nadhirah di fikiran Izaq
membuat Ayiq semakin bingung kerana kawan-kawan Izaq

menafikan kewujudan gadis tersebut.
Apabila hampir setiap kepingan hampir bercantum,
persoalan baru mula yang muncul seperti siapa Sarah?
dan apa fungsi Organisasi? Melalui organisasi inilah
membawa kepada jawapan untuk setiap aksara yang ditulis

oleh Izwan.

Ulasan Buku 5

DAN... MIMPI SAMA
BERULANG KEMBALI

Judul= Dan...Mimpi Sama Berulang
Kembali

Pengarang= Yoru Sumino [2016]
Terjemahan= Ashfa
Tahun Terbit= 2018

Penerbit= Kadokawa Gempak Starz Sdn
Bhd

Nanoka Koyanagi sering menggunakan ungkapan "Hidup
ini ibarat..." walaupun dia hanya pelajar sekolah rendah.
Tetapi Nanoka sering menganggap dirinya lebih pintar dan
bijak dari rakan sebayanya dalam segala hal tidak kira dari

segi akademik mahupun dalam segi sosial. Namun,
Koyanagi sering tumpas dalam soal perasaan. Satu hari
Cikgu Hitomi memberi satu tugasan kepada Nanoka untuk
mencari erti kebahagian. Nanoka dipertemukan dengan 3
orang perempuan yang membantunya untuk mencari erti

kebahagian. Cik Minami merupakan seorang remaja
sekolah menengah yang sering menyakiti dirinya. Bagi Cik
Minani, hidup ini ibarat cerita yang kita tulis sendiri kerana
setiap jalan cerita bergantung kepada diri kita. Kita boleh
memilih untuk membuat pengakhiran cerita yang bahagia

atau sebaliknya.

Kedua, Cik Abazure mengatakan bahawa hidup ini seperti
Puding Caramel kerana di dalam puding itu ada bahagian
yang pahit tetapi ianya menyimpan jutaan kemanisan yang
akan kita temui selepas melepasi bahagian yang pahit itu.
Nenek merupakan seorang wanita yang sudah tua. Nenek

memberitahu kehidupan pada masa sekarang memiliki
harapan yang akan menjadi milik kita. Jadi teruslah untuk

bersinar terang walaupun dilarut malam.

Apabila hampirnya hari untuk Nanoka membuat
pembentangan. Dia asyik teringat akan Cik Minami, Cik
Abazure dan Nenek kerana dia tahu dia mungkin tidak
dapat berjumpa dengan mereka lagi. Ini kerana beberapa
hari yang lepas, Nanoka mula sedar yang bahawa mereka
sebenarnya tidak wujud tetapi sebelum mereka pergi

mereka memberitahu " Hidup ini ibarat..."

PENCAPAIAN

Jalan menuju keberhasilan selalu mendaki ke atas,
jadi wajar kalau proses pencapaian sukses kita tidak

selalu mudah.

PENCAPAIAN

SEKOLAH RENDAH

BIL TAHUN PENCAPAIAN PERINGKAT KEDUDUKAN
/PERKARA
1 2013 KEHADIRAN TERBAIK
2 2013 INTERPRESTASI REDHA ILAHI SEKOLAH ANUGERAH
3 2014
WATIKAH PELANTIKAN SEKOLAH PESERTA

SEKOLAH PENGAWAS
SEKOLAH

4 2015 KURSUS PENGAWAS SEKOLAH PESERTA

5 2016 SEMINAR SPEED MATHS SEKOLAH PESERTA
6 2017 BENDAHARI TUNAS PUTERI SEKOLAH KOKURIKULUM

7 2017 GRADUASI TAHUN 6 SEKOLAH GRADUASI

8 2014-2017 PENGAWAS SEKOLAH PADA TAHUN 2014-2017 SEKOLAH PENGAWAS
SEKOLAH

PENCAPAIAN

SEKOLAH MENENGAH

BIL TAHUN PENCAPAIAN PERINGKAT KEDUDUKAN/
1 2018 PERKARA
INTERNATIONAL MANGROVE TREE
PLANTING PROGRAMME ANTARABANGSA PESERTA

2 2018 MAJLIS APRESTASI KECEMERLANGAN SEKOLAH TEMPAT KE-3
AKADEMIK 2018 DALAM KELAS

3 2018 KEHADIRAN 100% SEKOLAH PENGHARGAAN

4 2018 CHORAL SPEAKING DAERAH TEMPAT KE-4

5 2019 ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK SEKOLAH ANUGERAH
KOKURIKULUM 2019

6 2019 WATIKAH PELANTIKAN SEKOLAH PENGAWAS
SEKOLAH

7 2019 ANUGERAH PENGAWAS SEKOLAH ANUGERAH
BERWAWASAN

8 2019 PERTANDINGAN BICARA DAERAH JOHAN
BERIRAMA

9 2019 PERTANDINGAN BICARA NEGERI JOHAN
10 2019 BERIRAMA
KEBANGSAAN TEMPAT KE-3
PERTANDINGAN BICARA
BERIRAMA

BIL TAHUN PENCAPAIAN PERINGKAT KEDUDUKAN/
11 2019 KEHADIRAN 100% PERKARA

SEKOLAH ANUGERAH

12 2020 DIGITAL COMPETENCY SCORE KEBANGSAAN TAHAP DIGITAL
INTERMEDIATE
13 2020
14 2021 MODUL CELIK KEWANGAN KEBANGSAAN PENYERTAAN

SEMBANG SANTAI KESALAHAN BAHASA KEBANGSAAN PENYERTAAN
(EJAAN) BAHASA MELAYU

15 2021 SEMBANG SANTAI SOALAN 1 TATABAHASA KEBANGSAAN PENYERTAAN
(MORFOLOGI) KERTAS 2 BM SPM 2021

16 2021 MECHANISMS LINKING PLAIN KEBANGSAAN PENYERTAAN
PACKAGING AND POINT OF SALE
ADVERTISING WITH INTENTION

TO SMOKE AMONG
ADOLESCENTS IN MALAYSIA

17 2021 JOM BACA BERSAMA 10 MINIT NEGERI PENYERTAAN

18 2021 WEBSINAR PELUASA N F1 IN SCHOOL 2021 NEGERI PENYERTAAN

19 2021 TEACHERS DAY VIRTUAL RUN 2021 KEBANGSAAN PENYERTAAN

20 2021 PEMILIHAN PENULISAN KREATIF DAERAH PENYERTAAN
PENGKARYA MUDA

HASIL

KARYA

MIA ADRIANA



















LAMPIRAN

-SIJIL
-GAMBAR


Click to View FlipBook Version