SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN NAMA : ……………………………………………………………………… KELAS : ……………………………………………………………………… ALAMAT : ……………………………………………………………………… ❖ Setiap murid mesti memiliki buku ini. Peraturan di dalam buku adalah tertakluk kepada pindaan mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa. ❖ Murid-murid dilarang membuat sesuatu yang berlawanan dengan peraturan-peraturan sekolah. ❖ Murid-murid dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah ini. Page 1 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Peti Surat 81104, 87021 WP Labuan. Tuan, Pengakuan Penerimaan Buku Peraturan Sekolah. 1. Saya mengaku telah memiliki buku ini untuk menjadikannya sebagai panduan dan rujukan semasa saya bersekolah di sekolah ini. 2. Saya berjanji akan sentiasa memiliki buku peraturan ini. Sekiranya hilang, saya akan cuba mendapatkannya semula melalui ‘link’ yang dikongsikan dalam ‘Group WhatsApp Kelas’ . 3. Saya telah membaca dan memahami segala kandungannya dan berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. 4. Saya bersedia menerima tindakan disiplin jika saya melanggar mana-mana peraturan sekolah. 5. Saya telah mengemukakan buku peraturan ini kepada ibubapa/penjaga saya. Mereka juga bersetuju dengan tindakan disiplin pihak sekolah sekiranya saya melanggar peraturan ditetapkan. Tandatangan murid Tandatangan ibubapa/penjaga ( ) ( ) Tandatangan saksi ( ) Page 2 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN RUKUN NEGARA Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut: "Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Kesetiaan kepada Raja dan Negara ● Keluhuran Perlembagaan ● Kedaulatan Undang-Undang ● Kesopanan dan Kesusilaan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Page 3 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH SEKOLAH Bahawasanya sekolah adalah merupakan saluran utama tempat menyampaikan ilmu pengetahuan secara formal atau tidak formal kepada murid yang berlainan keupayaan dan kebolehan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, penggunaan pendekatan dan kaedah mengajar yang berkesan terus digunakan untuk mengendalikan segala aktiviti pengajaran yang lebih berkesan dan berkualiti. Tanggungjawab utama pendidik adalah sebagai pembimbing dan pemimpin yang mahir dan penggalak penyertaan aktif murid-murid. Tugas sekolah ialah memastikan perkembangan murid-murid secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan social. Selain daripada itu, tugas pendidik ialah untuk menyemai sikap berdisiplin dan bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara yang lebih berkesan. “BAHAWASANYA murid-murid yang ada di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk meningkat cemerlang dari segi intelek, rohani, jasmani dan rohani. Oleh itu, seluas-luas peluang akan diberikan untuk mengembangkan potensi mereka dan BAHAWASANYA pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan kemahiran, kecekapan, komited dan iltizam untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pendidikan murid-murid sekolah ini”. Page 4 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN DASAR SEKOLAH Mendukung dan merealisasikan gagasan Rukun Negara, Dasar Pendidikan, Falsafah Pendidikan Negara bagi menjamin setiap murid menerima pendidikan yang berkualiti agar menjadi manusia yang benar-benar bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Maka, guru-guru sekolah ini yakin dan berikrar akan sentiasa berusaha dengan penuh iltizam demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang profesional. DASAR KUALITI SEKOLAH BAHAWA kami, kakitangan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, WP Labuan yakin dengan komitmen padu kami kepada pelanggan serta penambahbaikan berterusan boleh menjamin masa depan yang cemerlang bagi organisasi kami dan dapat dicapai selaras dengan kehendak serta harapan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. MATLAMAT SEKOLAH ● Membentuk pendidik yang berwibawa dan berdaya saing meningkatkan potensi murid ke tahap yang cemerlang. ● Melepasi tahap prestasi peperiksaan awam dan antara 5 terbaik sekolah-sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. ● Kemenjadian murid merangkumi semua segi iaitu Kurikulum, Ko-Kurikulum dan sahsiah diri murid. OBJEKTIF SEKOLAH ● Menyediakan pendidikan yang terancang kepada semua murid untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. ● Mempertingkatkan keupayaan sekolah bagi menyediakan peluang kepada semua murid supaya penglibatan mereka adalah secara menyeluruh dalam semua aktiviti kokurikulum. ● Mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat bagi melahirkan murid-murid yang harmonis sesuai dengan konsep “Sekolah Selamat”. ● Mengurangkan kadar salahlaku dalam kalangan pelajar sehingga ke tahap minimum. ● Mempertingkatkan keberkesanan pengurusan sekolah untuk mendukung usaha-usaha ke arah kecemerlangan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Page 5 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN DEFINISI DISIPLIN “Disiplin adalah kesanggupan seseorang menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan memperbaiki keadaan sedia ada menerusi usaha-usaha yang membina serta berkhidmat kepada masyarakat.” Jawatankuasa Kabinet Mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979. Disiplin akan menjadikan seseorang individu / pelajar itu sebagai manusia yang boleh memimpin diri sendiri dalam kehidupannya.Selain itu, ia juga dapat melahirkan individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran yang tinggi tentang harga diri dan seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berhemah tinggi, bersepadu, demokrasi, adil, liberal dan progresif dalam menuju kearah kemajuan. OBJEKTIF PERATURAN SEKOLAH ❖ Untuk mewujudkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat ❖ Untuk membantu pihak pentadbir sekolah dalam mewujudkan suasana harmoni, tenteram dan licin dalam mentadbir sekolah ❖ Untuk membentuk murid-murid yang berdisiplin, bertanggungjawab dapat menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik. ❖ Untuk menentukan bahawa murid-murid yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya serta dapat memberi layanan dan hak secara adil. Page 6 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN Peribadi Kewajipan dan tanggungjawab:- ❖ Murid-murid hendaklah berkelakuan baik sama ada di dalam atau di luar sekolah. ❖ Murid-murid hendaklah menghormati guru-guru, kakitangan sekolah, orang awam, pelawat-pelawat dan semua warga SKPS. ❖ Murid-murid hendak mengamalkan sikap kasih sayang, jujur dan ikhlas terhadap sekolah. ❖ Murid-murid hendaklah sentiasa berusaha dalam semua lapangan dari semasa ke semasa untuk mengharumkan nama sekolah. ❖ Murid –murid hendaklah sentiasa memberi ucapan salam atau selamat ketika bertembung dengan warga SKPS atau pelawat. SAHSIAH ❖ Murid-murid hendaklah menunjukkan perawakan sesuai seorang pelajar sama ada dalam tata laku, cara berpakaian, pergaulan dan percakapan. ❖ Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan kemas setiap masa. ❖ Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi ajaran agama di dalam kehidupan seharian. Page 7 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN BUKU PERATURAN SEKOLAH 01 WAKTU PERSEKOLAHAN 02 PAKAIAN RASMI MURID-MURID 03 RAMBUT DAN PERAWAKAN 04 BAHASA 05 BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH 06 KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS 07 WAKTU REHAT 08 BARANG-BARANG YANG HILANG 09 LALU LINTAS 10 KEMALANGAN 11 AKTIVITI SEKOLAH 12 MASA PERHIMPUNAN 13 ADAB SOPAN 14 UJIAN DAN PEPERIKSAAN 15 PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH 16 PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 17 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 18 PERALATAN SUKAN 19 KEBERSIHAN 20 KESELAMATAN 21 PELAWAT 22 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS 23 KETUA KELAS DAN PENGAWAS 24 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN 25 PENGURUSAN MASA 26 TINDAKAN DAN HUKUMAN Page 8 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 01 WAKTU PERSEKOLAHAN 01.1 Murid-murid hendaklah wajib hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan. 01.2 Pintu pagar utama keluar masuk murid akan dibuka bermula jam 6.15 pagi dan ditutup jam 7.00 pagi. 01.3 Murid-murid hendaklah berada di kawasan sekolah sebelum jam 6:50 pagi. 01.4 Waktu PDP bagi semua murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Sekolah. 01.5 Murid-murid diwajibkan hadir pada masa yang ditetapkan untuk aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 01.6 Murid-murid yang tidak menghadirkan diri ke sekolah atas sebab-sebab tertentu perlu dapatkan kebenaran daripada Guru Besar dengan cara menulis surat kepada Guru Besar dengan ditandatangani oleh ibubapa / penjaga. Jika murid tidak hadir atas sebab sakit , surat rawatan doktor mesti diberikan kepada sekolah dengan secepat mungkin. 01.7 Murid-murid yang datang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin. 01.8 Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. Murid-murid yang berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan disiplin. 01.9 Murid-murid yang ingin pergi ke tandas hanya dibenarkan seorang bagi murid lelaki dan dua orang bagi murid perempuan. 01.10 Semua murid tidak dibenarkan singgah atau merayau-rayau di luar kawasan sekolah semasa dalam perjalanan atau balik dari sekolah. 01.11 Murid-murid TIDAK dibenarkan berada dalam kelas pada waktu rehat. 01.12 Murid-murid mesti berada di kawasan kantin semasa waktu rehat. Page 9 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 02 PAKAIAN RASMI MURID-MURID 02.1 MURID LELAKI 02.1.1 Semasa di sekolah, murid-murid lelaki mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Pakaian seragam bagi murid-murid lelaki ialah kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang biru tua. 02.1.2 Seluar yang tidak kemas, tidak sopan, berlabel , ketat, terlalu longgar atau terlalu labuh tidak boleh dipakai. Panjang seluar hendaklah melebihi buku lali dan menutupi stoking tetapi tidak boleh mencecah lantai ataupun tanah. 02.1.3 Tali pinggang berwarna biru atau hitam sahaja dibenarkan dan boleh dipakai. Tali pinggang kulit atau jenis-jenis yang lain tidak dibenarkan. 02.1.4 Sekiranya murid-murid Islam memakai songkok hanya songkok berwarna hitam dibenarkan. Kopiah atau penutup kepala yang lain tidak dibenarkan. 02.2 MURID PEREMPUAN 02.2.1 Pakaian seragam bagi murid-murid perempuan ialah baju kurung putih dan kain berwarna biru tua. Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih tanpa sulaman dan renda. 02.2.2 Pakaian seragam bagi murid-murid bukan Islam ialah “Blouse “ biru tua yang labuh menutupi lutut dan kemeja putih berlengan pendek atau panjang. 02.2.3 Murid-murid perempuan dilarang memakai a) Baju , kain dan tudung yang jarang dan nipis. b) Kain yang singkat .( atas buku lali) c) Kain yang ketat, jenis berselisih dan “A line”. d) Seluar ketat (legging) e) Alat solek dan barang-barang emas f) Inai, pewarna kuku dan pewarna rambut Page 10 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 02.3 SEMUA MURID 02.3.1 Murid-murid mesti memakai lencana sekolah, tanda nama dan bertali leher bagi murid lelaki pada setiap masa apabila berada di sekolah. 02.3.2 Tanda nama murid berada di atas kocek sebelah kiri. Manakala lencana sekolah berada di atas tanda nama tersebut. 02.3.3 Murid-murid mesti berkasut warna hitam dan memakai stoking warna yang sama dengan kasut. Selipar tidak dibenarkan kecuali kaki cedera dan mendapat kebenaran guru. 02.3.4 Topi ataupun “cap” , pakaian jenis “jeans” dan “cardigan” / jaket tidak boleh digunakan di kawasan sekolah kecuali “tracksuit” hitam atau biru tua yang telah ditetapkan sahaja. 02.3.5 Murid-murid tidak boleh memakai sebarang jenis barang kemas / aksesori seperti gelang , cincin , subang, rantai dan lain-lain kecuali untuk tujuan keagamaan dan mesti mendapat surat kebenaran ibu bapa / penjaga. Page 11 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 03 RAMBUT DAN PERAWAKAN 03.1 MURID LELAKI 03.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah BERAMBUT PANJANG adalah seperti berikut. a) Di belakang - Rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping 2 telinga. b) Di hadapan - Rambut menutup garisan tengah dahi c) Di tepi - Rambut menutup telinga. Bahagian “side burn” melebihi garisan tengah hidung. d) Di atas - Rambut lebih daripada 6” 03.1.2 Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang, atau fesyen rambut yang dianggap tidak sesuai, tidak dibenarkan. 03.1.3 Rambut hendaklah disikat dengan kemas. 03.1.4 “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali. Page 12 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 03.2 MURID PEREMPUAN (BUKAN ISLAM) 03.2.1 Rambut tidak dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu. Bagi murid yang berambut panjang (melebihi bahu) , rambut mesti diikat dengan kemas. Rambut di bahagian hadapan pula mesti tidak melebihi bahagian tengah dahi. 03.2.2 Riben dan sepit rambut yang berwarna putih , hitam dan biru sahaja dibenarkan. 03.2.3 Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang atau fesyen rambut yang dianggap tidak sesuai , tidak dibenarkan. 03.2.4 “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali. 03.3 SEMUA MURID 03.3.1 Murid-murid tidak dibenarkan berkuku panjang. 03.3.2 Sebarang tanda atau tatu yang dibuat pada tubuh adalah dilarang . 03.3.3 Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas (Baju, seluar dan tudung disetrika) 03.3.4 Semua teguran berhubung dengan perawakan yang dianggap tidak terurus ataupun tidak sesuai sebagai murid sekolah mesti diberi perhatian yang serius dan segera. 04 BAHASA 04.1 Murid-murid diwajibkan berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja semasa waktu persekolahan dan dalam setiap aktiviti sekolah kecuali pada masa mata pelajaran bahasa yang lain. 04.2 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan perkataan lucah, biadap, atau yang menunjukkan perwatakan yang tidak sopan dan anti sosial. Page 13 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 05 BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH 05.1 Murid-murid dilarang memasuki makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik rawatan dan bilik-bilik khas kecuali dengan pengawasan guru di tempat tersebut. 05.2 Murid-murid dilarang menggunakan kelas pada bila-bila masa selain daripada waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran khas daripada Guru Besar atau guru-guru yang berkenaan. Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas, blok atau tangga-tangga bangunan sekolah pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru. 05.3 Tandas-tandas mestilah digunakan dengan sempurna supaya tidak kotor atau tersumbat dan paip air mestilah ditutup selepas digunakan. Murid-murid dilarang menggunakan tandas guru pada bila-bila masa. 05.4 Bangunan sekolah dan harta benda sekolah termasuk kerusi dan meja mesti digunakan dan dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan yang dilakukan akibat dari kecuaian murid-murid akan dikenakan denda atau ganti rugi. 05.5 Sebarang kerosakan harta benda sekolah mestilah dilaporkan kepada Guru Besar, penolong-penolong kanan, guru bertugas atau guru yang berkenaan dengan segera. 05.6 Murid-murid dilarang menyalahgunakan harta benda sekolah untuk kepentingan peribadi. 06 KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS 06.1 Murid-murid mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah dan kelas. 06.2 Lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila tidak digunakan ataupun semasa meninggalkan kelas. Page 14 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 06.3 Jadual bertugas kelas perlu dipatuhi setiap masa.Semua murid diwajibkan menjaga papan kenyataan kelas, papan putih dan peralatan lain yang ada dalam kelas serta bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. 06.4 Murid-murid yang hendak keluar kelas semasa sesi Pdp berlangsung, sama ada untuk ke tandas atau urusan lain, hendaklah mendapat kebenaran guru yang sedang mengajar, memakai kad kebenaran keluar kelas dan keluar dengan sopan. Murid-murid yang keluar tanpa kebenaran guru atau tanpa kad kebenaran keluar kelas dianggap ponteng kelas. 06.5 Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas jika tiada guru di dalam kelas. Murid-murid boleh dikenakan tindakan atas kesalahan ponteng kelas. 06.6 Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan mengucapkan salam sebelum masuk ke bilik Guru Besar, Pejabat, Bilik Guru dan ke kelas semasa guru sedang mengajar. 06.7 Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur sebelum keluar dari kelas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 06.8 Sebarang kerosakan perabot hendaklah dilaporkan kepada guru aset/ guru kelas supaya dapat diambil tindakan dengan segera. Page 15 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 07 WAKTU REHAT 07.1 Pada waktu rehat, murid-murid dikehendaki makan di kantin. Semua pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 07.2 Murid-murid dilarang meletak pinggan mangkuk, sudu, garpu dan gelas di merata-rata tempat. Alat-alat tersebut hendaklah diletakkan ditempat yang disediakan. 07.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mereka yang bertugas membersihkan kelas. 07.4 Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas. 07.5 Murid-murid dilarang membeli makanan semasa waktu Pdp. Murid-murid dilarang sama sekali berada di kantin untuk makan atau minum pada waktu persekolahan selain daripada waktu rehat. 07.6 Sepanjang waktu persekolahan, makanan dan minuman hanya boleh dibeli di kantin dan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan atau minuman dari luar kawasan sekolah. 08 BARANG-BARANG YANG HILANG 08.1 Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kecurian barang –barang, termasuk barang kemas dan wang. Oleh itu murid-murid dinasihatkan jangan membawa barang-barang yang berharga dan wang yang berlebihan ke sekolah. 08.2 Barang-barang yang hilang atau dijumpai mestilah dilaporkan segera kepada Guru Bertugas. Page 16 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 09 LALU LINTAS 09.1 Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah terutama sekali semasa menghantar dan mengambil anak masing-masing. 09.2 Ibubapa / penjaga hanya dibenarkan membawa masuk kenderaan semasa hari hujan. 09.3 Ibubapa/penjaga juga tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah sama ada di luar kelas, tangga, kantin atau kawasan Dataran Terbuka untuk menghantar, mengambil dan menunggu anak semasa sesi pdp. 09.4 Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah ditegah berjalan bersaingan (berdua-dua) dan mesti berjalan di sebelah kanan jalan. 09.5 Murid-murid yang berbasikal tidak dibenarkan menunggang bersaingan. Apabila tiba di pintu pagar, basikal mestilah dituntun masuk ke dalam kawasan sekolah. 09.6 Basikal mestilah dilengkapi peralatan asas yang cukup, seperti tongkat, brek, “mud guard” dan sebagainya tanpa sebarang aksesori yang memudaratkan. 09.7 Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan sepanjang waktu persekolahan dan rehat. 09.8 Basikal tidak boleh ditunggang di dalam kawasan sekolah. Ia mesti diletakkan dalam keadaan tersusun. 10 KEMALANGAN 10.1 Segala jenis kekacauan, kemalangan atau kecederaan yang berlaku di kawasan sekolah mesti diadukan segera kepada Guru Bertugas, mana-mana guru, pengawas atau pejabat sekolah. Page 17 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 11 AKTIVITI SEKOLAH 11.1 Murid-murid Tahap 2 mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam satu unit beruniform, satu persatuan / kelab dan satu permainan. 11.2 Murid-murid mesti menghadiri setiap perjumpaan rumah sukan, unit beruniform, persatuan/ kelab dan permainan seperti yang telah ditetapkan tanpa alasan. 11.3 Murid-murid yang terpilih mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti sekolah mesti menerima pemilihan itu sebagai penghormatan dan tidak boleh menolaknya. 11.4 Murid-murid yang datang untuk menghadiri aktiviti kokurikulum mestilah memakai pakaian seragam persatuan / kelab. Pakaian lain tidak dibenarkan. 11.5 Murid-murid boleh dilarang menyertai aktiviti kokurikulum, kelas tambahan atau aktiviti sekolah yang lain jika tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan mematuhi peraturan berulang kali akan menjejaskan perakuan dalam Sijil Berhenti Sekolah. 12. MASA PERHIMPUNAN 12.1 Murid-murid mesti segera berada di tapak perhimpunan (Dewan CUN atau Dataran Terbuka) sebelum jam 6.50 pagi. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berada dalam kelas sepanjang perhimpunan. Semasa perhimpunan semua murid mesti berbaris mengikut kedudukan kelas masing-masing dan senyap serta memberi perhatian kepada aturcara perhimpunan. 12.2 Murid yang ponteng dan lambat datang perhimpunan, namanya akan dimasukkan dalam SSDM dan dendaan akan dilaksanakan sejurus selepas perhimpunan berakhir. 12.3 Murid-murid mesti berdiri tegak apabila lagu “Negaraku”, “Lagu Wilayah” dan “Lagu sekolah” dinyanyikan. Page 18 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 13 ADAB SOPAN 13.1 Murid-murid mesti berkelakuan baik pada setiap masa dan mengamalkan nilai-nilai murni. 13.2 Murid-murid mesti menghormati semua guru dan kakitangan sekolah pada bila-bila masa dan mengamalkan nilai-nilai murni. 13.3 Murid-murid mesti berada dalam keadaan senyap apabila berada berhampiran dengan pejabat sekolah, bilik guru, pusat sumber, makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup , surau dan di dalam kelas masing-masing. 13.4 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran tanpa sebab dan tanpa urusan di pejabat dan di bilik guru. 13.5 Murid-murid mesti menghormati pengawas dan ketua kelas dan mengikut arahan mereka. 13.6 Murid-murid hendaklah sentiasa kelihatan bersih , kemas dan selesa dari segi tubuh badan, pakaian, pertuturan dan kelakuan. 13.7 Sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan dalam SSDM. 14 UJIAN DAN PEPERIKSAAN 14.1 Murid-murid wajib menghadiri setiap pentaksiran sumatif dan formatif yang diadakan dan sentiasa bersedia menghadapi pentaksiran tersebut. 14.2 Murid-murid yang tidak hadir semasa pentaksiran diadakan tidak dibenarkan menduduki semula pentaksiran yang sama kecuali mengemukakan surat daripada doktor yang mengesahkannya sakit pada masa / tarikh pentaksiran tersebut. Guru boleh memberi soalan ujian atau peperiksaan yang lain. Page 19 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 14.3 Murid-murid mesti jujur dan amanah. Murid-murid dilarang meniru atau membenarkan murid-murid lain meniru jawabannya dalam ujian atau peperiksaan. Perbuatan meniru atau membenarkan murid-murid lain meniru adalah kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya. 14.4 Murid-murid mesti membawa alat tulis/ alatan yang perlu semasa ujian atau peperiksaan sesuatu mata pelajaran. Murid-murid dilarang meminjam alatan semasa ujian atau peperiksaan sedang berlangsung. 15 PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH 15.1 Perbuatan merokok, menghisap vape dan meminum minuman keras atau minuman yang ada campuran alkohol dan mengambil dadah diharamkan sama sekali. 15.2 Murid-murid dilarang berjudi, membawa atau bermain alat muzik permainan contohnya “pin table”, “video game”, “game and watch”, “Walkman”, “cyber pet” , “mp4” atau yang seumpama dengannya. 15.3 Murid-murid dilarang membawa telefon bimbit, cecair pemadam, dan barangan atau alatan yang boleh dikategorikan sebagai senjata kecuali dengan kebenaran guru. 15.4 Permainan atau alatan yang dilarang akan dirampas dan tidak akan dipulangkan semula kepada murid-murid. Sekiranya peralatan tersebut dipulangkan, ibubapa / penjaga perlu mengambilnya daripada Guru Besar atau Penolong Kanan. 15.5 Ibubapa / penjaga atau murid dilarang membuat bantahan secara individu atau berkumpulan. Ibubapa/penjaga atau murid yang ingin membuat cadangan atau mengemukakan rasa tidak puasa hati mesti menggunakan saluran yang betul Page 20 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN seperti berjumpa guru disiplin, guru kelas, penolong kanan atau Guru Besar. Kegagalan menggunakan saluran yang betul (contoh: menulis di media sosial dll) menyebabkan tindakan akan diambil. 16 PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER 16.1 Murid-murid mesti berpakaian kemas dan bersih .(pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah). 16.2 Peminjam buku perpustakaan akan hanya dilayan apabila menggunakan kad keahlian sendiri. 16.3 Buku rujukan “red spot” , majalah dan surat khabar tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran khas Guru Pusat Sumber. 16.4 Buku yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada peminjam yang lewat memulangkan buku. 16.5 Murid-murid yang menghilangkan atau menyebabkan kerosakan buku perpustakaan mesti menggantikan buku itu. 16.6 Beg, bahan makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan. 16.7 Buku, majalah dan surat khabar yang telah dibaca hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya. 16.8 Kerusi yang telah digunakan hendaklah disusun semula dengan baik dan apabila hendak meninggalkan perpustakaan, buku-buku yang dibawa masuk mestilah diperiksa oleh pengawas pusat sumber. Page 21 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 16.9 Murid-murid mesti sentiasa senyap apabila berada di perpustakaan. Murid-murid yang didapati mengganggu ketenteraman di perpustakaan boleh disuruh keluar dari perpustakaan oleh pengawas pusat sumber. 17 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 17.1 Buku-buku SPBT mestilah dijaga dengan baik dan digunakan dengan sebaiknya. Buku-buku tersebut mestilah dibalut dengan pembalut plastik yang sesuai setiap awal tahun. Peminjam MESTI menukar pembalut buku tersebut kepada pembalut buku yang baru. 17.2 Murid-murid hendaklah menulis nama dan kelas dalam ruangan yang telah disediakan dalam buku-buku SPBT dan buku –buku tersebut hendaklah digunakan oleh peminjam dan tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain atau berkongsi menggunakannya dengan murid-murid yang mendapat kemudahan SPBT. 17.3 Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah diganti dengan buku yang sama judulnya. Sekiranya buku tersebut tidak ada di pasaran tempatan, murid-murid hendaklah menggantikannya dengan nilai semasa. 17.4 Murid-murid yang bertukar sekolah dalam negeri boleh membawa buku-buku SPBT yang dipinjamkan ke sekolah baru. Murid yang berhenti sekolah wajib mengembalikan buku SPBT kepada guru kelas. Pihak sekolah berhak menahan pengeluaran Sijil Berhenti Sekolah atau dokumen lain kepada murid-murid yang gagal memulangkan buku-buku SPBT. 17.5 Semua buku SPBT yang dipinjamkan oleh pelajar mestilah dipulangkan pada masa yang telah ditetapkan. Page 22 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 17.6 Pihak sekolah berhak untuk tidak memberi kemudahan SPBT atau menarik balik kemudahan SPBT kepada mana-mana murid yang didapati tidak layak menerima kemudahan tersebut atau melanggar syarat-syarat pemberian pinjaman. 18 PERALATAN SUKAN 18.1 Semua alatan sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran setiausaha sukan atau guru yang berkenaan dan murid hendaklah menggunakan peralatan tersebut dengan baik dan berhati-hati. 18.2 Alatan sukan yang telah selesai digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan mana-mana peralatan yang dipinjam , contohnya : jersi, hendaklah dijaga dan dipulangkan dalam keadaan baik, selamat dan bersih. Sebarang kehilangan atau kerosakan alatan yang disebabkan oleh kecuaian murid hendaklah diganti. 19. KEBERSIHAN 19.1 Murid-murid dilarang meludah dan membuang sampah di merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Kebersihan kelas menjadi tanggungjawab murid-murid kelas berkenaan dan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya ada murid-murid yang menulis, melukis, menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah. 19.2 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air dan tandas. Tandas yang digunakan mestilah dialirkan airnya dan jangan memasukkan sebarang benda yang tidak mudah hancur dan reput ke dalam lubang tandas / singki. Paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. Murid-murid dilarang membasuh kaki di singki. Page 23 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 20. KESELAMATAN 20.1 Murid-murid dilarang membawa sebarang senjata atau alatan yang dianggap berbahaya dan mengancam keselamatan ketika berada di sekolah. 20.2 Murid-murid mesti berbaris berdua-dua dan berjalan dengan senyap semasa di tapak perhimpunan dan semasa pulang dari sekolah. 20.3 Murid-murid mestilah memandang kiri dan kanan dan kekiri semula apabila hendak melintas jalan raya. 20.4 Semasa berjalan masuk dan keluar dari kawasan sekolah, murid-murid hendaklah berjalan di lorong yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan. 20.5 Semasa menaiki dan turun dari bas / van sekolah, murid-murid hendaklah beratur dan jangan bertolak-tolak. 20.6 Semasa membeli bahan makanan dan minuman di kantin , murid-murid hendaklah berbaris, tidak berebut-rebut, tidak bertolak-tolak dan tidak membuat bising. 20.7 Murid-murid dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi semua peraturan khas di Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, bengkel Kemahiran Hidup, Surau dan bilik-bilik khas yang lain semasa mengikuti matapelajaran berkenaan supaya tidak berlaku sebarang masalah dan kemudaratan. 20.8 Murid-murid tidak dibenarkan berlari apabila turun dan naik tangga sekolah. 20.9 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri sama ada ketika berada dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Page 24 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 21 PELAWAT 21.1 Semua pelawat sama ada ibu, bapa, ahli keluarga, saudara mara, atau kenalan yang ingin menemui murid-murid pada waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran Guru Besar di pejabat sekolah terlebih dahulu. 21.2 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas sesuka hati tanpa kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan / guru terlebih dahulu. Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk ke kawasan sekolah. 21.3 Murid-murid hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada Guru Besar atau mana-mana guru sekiranya melihat orang-orang yang dicurigai atau disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan yang tidak baik. 22 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS 22.1 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit mestilah membawa surat akuan doktor. Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu dan munasabah yang lain, mesti membawa surat akuan atau jaminan daripada ibu bapa atau penjaga. 22.2 Murid-murid akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya gagal mengemukakan bukti secara bertulis oleh pihak sekolah kerana ketidak hadirannya ke sekolah. Page 25 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 22.3 Tindakan yang akan diambil ke atas murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab: Surat Hari tidak hadir (P) berturut Hari tidak hadir (P) bukan berturut Amaran pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran kedua 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama Amaran terakhir 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua Buang Sekolah 14 hari selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran terakhir Jumlah hari tidak hadir 31 hari berturut-turut 60 hari hari bukan berturut-turut 22.4 Kehadiran akan diambil pada waktu pertama (selepas 5 minit pada waktu pertama). 22.5 Kelas tambahan atau kelas gentian dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh semua murid. 23 KETUA KELAS DAN PENGAWAS 23.1 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab kepada guru kelas. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kelas masing-masing. Murid-murid lain di dalam kelas berkenaan mesti menghormati ketua kelas dan keputusannya termasuk pengawas di kelas itu sendiri. 23.2 Setiap pengawas bertanggungjawab kepada Guru Besar dan setiap guru pada bila-bila masa. Page 26 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 23.3 Pengawas sekolah yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan peraturan sekolah. Setiap murid mesti menghormati pengawas. 23.4 Ketua kelas hendaklah mencari guru yang sepatutnya masuk kelas jika guru itu tidak sampai selepas 5 minit waktu matapelajaran itu bermula. Guru penyelaras jadual waktu atau guru bertugas atau guru kelas atau mana-mana guru hendaklah diberitahu sekiranya guru yang berkenaan tidak ditemui. 24 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN 24.1 Murid-murid yang berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa hendaklah bersedia mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan dengan penuh tata tertib serta mematuhi segala aturan yang ditetapkan. 24.2 Murid-murid DILARANG bermain-main dengan alat-alat pemadam api/ pili bomba yang terdapat di sekolah. Murid juga DILARANG mengganggu alat penggera bomba. 25 PENGURUSAN MASA 25.1 Murid-murid mesti menepati masa sepanjang masa persekolahan. Kegagalan menepati masa untuk menghadiri kelas / aktiviti / gerak kerja yang ditetapkan akan menjejaskan kelancaran pengendalian kelas / aktiviti / gerak kerja yang berkenaan. 25.2 Kegagalan menepati masa yang berulang kali, contohnya: datang lewat ke sekolah dan lewat masuk ke kelas selepas waktu rehat akan menyebabkan murid berkenaan dikenakan tindakan disiplin. Page 27 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN 26 TINDAKAN DAN HUKUMAN 26.1 Sebarang kelakuan sama ada sengaja atau tidak, yang bertentangan dengan peraturan sekolah ini dianggap sebagai kesalahan. 26.2 Murid-murid yang melakukan kesalahan melanggar peraturan –peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini atau tidak dinyatakan di dalam buku ini tetap diwartakan dari semasa ke semasa dengan jelas kepada murid-murid. Nama murid akan dimasukkan dalam SSDM dan akan dikenakan tindakan disiplin setimpal dengan kategori kesalahannya dan hukuman tersebut umumnya adalah seperti berikut: 26.2.1 Nasihat 26.2.2 Amaran Lisan dan Amaran Bertulis 26.2.3 Pemakluman kepada ibu bapa/ penjaga dan perjanjian berkelakuan baik 26.2.4 Hukuman rotan 26.3 Jawatankuasa Disiplin akan mendengar dan membincangkan kesalahan-kesalahan besar seseorang murid. Keputusan cadangan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin akan dikemukakan kepada Guru Besar untuk tindakan beliau. 26.4 Sebarang masalah berhubung dengan kekeliruan atau ketidak fahaman tentang peraturan serta tindakan terhadap salah laku, boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin sekolah pada bila-bila masa, selagi murid tidak / belum terbabit dengan salah laku. Page 28 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN SENARAI AMALAN BAIK (Senarai sedia ada dalam SSDM) Kod Amalan Baik Keterangan Amalan Baik 01 Sukarela Membantu Guru 02 Sukarela Melapor Kes Salah Laku 03 Membantu Melaksanakan Kerja-Kerja Landskap / Taman 04 Membantu Mengemas / Menyusun Atur Bilik-Bilik Khas 05 Membersih Kawasan / Bilik Khas 06 Kerja-Kerja Mengecat 07 Menyertai Aktiviti Luar Di Bawah Bimbingan Dan Kaunseling 08 Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni SENARAI KESALAHAN / KES KHAS (Senarai sedia ada dalam SSDM) Kod Keterangan Salah Laku N101 Membawa handphone N104 Menunjuk perasaan/berpiket N109 Meniru dalam peperiksaan A101 Berjudi A102 Mencuri A103 Mengancam/memukul/mencederakan guru A104 Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan A105 Mengancam/memukul/mencederakan murid A106 Peras ugut A107 Gengsterisme A108 Bergaduh Kod Keterangan Salah Laku B101 Buli bahasa B102 Buli fizikal B103 Buli isyarat B104 Buli perhubungan C101 Memiliki dan menyimpan rokok C102 Membekal dan menawarkan rokok C103 Menjual dan mengedar rokok C104 Menghisap rokok Page 29 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN D101 Ponteng sekolah D102 Ponteng kelas D104 Ponteng ujian / peperiksaan D107 Ponteng acara rasmi sekolah D108 Ponteng perhimpunan E101 Bercumbuan E102 Berkhalwat E103 Bawa bahan lucah E104 Mengedar bahan lucah E105 Mengintai E106 Menggunakan kata / perbuatan lucah E107 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah E108 Menonton vcd / filem lucah E109 Memeluk murid lain jantina E110 Berdua-duaan yang menimbulkan syak F101 Biadap kepada guru F102 Biadap kepada kakitangan F103 Biadap kepada tetamu F104 Berkelakuan kasar kepada murid F105 Berbahasa kesat / kasar kepada murid F106 Meminum / membeli / menyimpan / mengedar minuman yang memabukkan F107 Membuang sampah merata-rata F108 Ingkar arahan guru F109 Ingkar arahan pengawas F110 Meludah di tempat tidak sepatutnya G101 Merosakkan harta benda sekolah G103 Merosakkan harta benda kantin G104 Merosakkan peralatan bilik-bilik khas G105 Merosakkan tanaman tumbuhan / tanaman hiasan G106 Menconteng dinding bangunan sekolah G108 Merosak / mengoyak buku SPBT G109 Merosakkan peralatan sukan G110 Merosakkan kenderaan guru besar / pengetua / guru / kakitangan G111 Merosakkan harta / kenderaan murid H101 Pecah amanah H102 Berbohong Kod Keterangan Salah Laku H103 Tidak bertanggungjawab H104 Tidak jujur J101 Menunggang motosikal / basikal dalam kawasan sekolah J102 Masuk tandas berlainan jantina J103 Sengaja membunyikan loceng kecemasan J104 Mengganggu semasa pengajaran dan pembelajaran Page 30 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN J105 Tidak ikut giliran / berebut-rebut / bertolak-tolak J106 Membawa / bermain mercun J107 Mengubahsuai pendawaian elektrik J108 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran K101 Lewat ke sekolah K102 Lewat ke perhimpunan K103 Lewat masuk kelas K104 Lewat datang aktiviti luar kelas / kokurikulum L101 Berkuku panjang L102 Mewarna kuku / berinai L103 Berambut panjang L104 Rambut berfesyen L105 Bermisai / berjanggut L106 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan L107 Pakai barang kemas L108 Mencukur bulu kening L109 Memakai alat solek M101 Penglibatan dalam politik M102 Penglibatan dalam perhimpunan / perarakan politik M103 Merayu undi dalam pilihanraya M104 Menyebar penulisan / dokumen / propaganda politik P101 Penyalahgunaan dadah / inhalan P102 Memiliki / menyimpan bahan berkaitan dadah / inhalan P103 Membekal / menawarkan bahan berkaitan dadah / inhalan P104 Menjual / mengedar bahan berkaitan dadah / inhalan P105 Menghisap / menyuntik / menyedut / meminum / menghidu bahan berkaitan dadah / inhalan P106 Menghidu bahan-bahan inhalan P107 Bertatoo P108 Mencederakan diri sendiri P109 Cubaan membunuh diri P110 Terjun bangunan P111 Penyalahgunaan racun P112 Hamil P113 Lumba haram P114 Kemalangan dalam sekolah P115 Lari dari rumah P116 Ajaran sesat / militan Page 31 | 32
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU BUKU PERATURAN SURAT PEKELILING YANG BERKAITAN DENGAN PERATURAN SEKOLAH 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 – Potongan Rambut Murid-murid. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986 – Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988 – Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1995 – Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1996 – Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1996 – Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di sekolah. 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1997 – Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok 8. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 18/1998 – Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan. 9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1999 – Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah. Page 32 | 32