SECURITY SERVICES DEPARTMENT MAC 2024 BIL. 3 BULETIN TAJUK SSD PERAK Penyamun menyamar Kontraktor TNB berjaya ditumpaskan EDARAN DALAMAN SAHAJA
Ketu a E dito r Dsp Arulanthu Edwin A/L Sandaram Kpl Zulkurnain Bin Jamal Hatun P e n a u n g P e m b a ntu E ditor Wan Nur Amirah Binti Wan Zakaria Kpl Farez bin Rashid 2024 EDITOR PERAK E dito r E dito r Te k nik al Konst. Abdul Syarif bin Abd Razak
PENGISIAN ROHANI PUASA, KERJA SECARA EFEKTIF DI BULAN RAMADAN Ramadan ialah bulan yang penuh keberkatan. Kedatangan bulan ini seharusnya meningkatkan semangat dan iltizam umat Islam untuk merebut segala keberkatan tersebut. Justeru itu, kehadiran bulan mulia ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi malas bekerja. Sesetengah individu melihat puasa sebagai kekangan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti atas alasan tiada tenaga kerana lapar dahaga. Persepsi ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Seharusnya ibadah puasa perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya. Puasa sebenarnya adalah 'madrasah' bagi kita membentuk peribadi mulia dan unggul. Pada zaman Rasulullah SAW, peperangan juga berlaku pada bulan yang mulia ini. Para sahabat tetap berjuang menjadi tentera Allah. Jika menyelusuri konsep kerja dalam Islam, ia sebenarnya merupakan satu bentuk jihad iaitu jihad sosioekonomi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah." - Hadis riwayat Bukhari. Bagi mendepani bulan puasa yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini, seharusnya kita perlu lebih peka memahami keadaannya dan bagaimana kita dapat mengekalkan prestasi dan stamina. Konsep puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkannya, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari SM MAT NASIR KGT SJ BERSIA
25 MAC 2024 @ TAPAH | Enam anggota Security Services Department (SSD) Perak yang bertugas di Stesen Janakuasa Kuala Woh menerima sijil penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Peringatan Polis ke-217 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah YDH DSP Mohd Fadzli Bin Ismail dan berbesar hati untuk menyampaikan Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Tapah kepada enam anggota Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad SJ Woh diketuai Ketua Gerakan Tempatan (KGT) SJ Woh Sjn/PB Zorani Bin Abdullah bersama anggota Lans Kpl/PB Mohd Noor Azwan Bin Amiluddin, Konst/PB Muhammad Syakir Bin Hashim, Konst/PB Mohammad Amirul Bin Rosdi, Konst/PB Mohd Shafiq Bin Mohd Sukri dan Konst/PB Mohd Burhan(tidak dapat hadir) menerima sijil penghargaan dari Ketua Polis IPD Tapah. Sijil penghargaan ini diberikan atas usaha dan hasil kerjasama membantu PDRM menbanteras jenayah kes kecurian dalam kawasan Tapah. Tahniah dan Syabas kepada semua anggota Polis Bantuan TNB SJ Woh. ENAM ANGGOTA SSD SJ WOH TERIMA PENGHARGAAN DARI PDRM SEMPENA HARI POLIS YANG KE-217 PENGHARGAAN
Lintang, Sungai Siput│ 01 Mac 2024 – Rentetan dari kes pencerobohan dan kecurian pepasangan TNB merentas daerah di negeri Perak yang bermula dari Tanjung Malim hingga ke Kuala Kangsar melibatkan pepasangan TNB 33kV membawa kerugian yang amat besar kepada pihak Distribution Network. DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram, Ketua Gerakan Negeri Perak telah merancang pelbagai operasi berterusan untuk menyelesaikan kes ini. Operasi yang dirancang turut melibatkan semua Ketua Gerakan Tempatan (KGT), Unit Peronda serta anggota SSD stesen yang berhampiran tempat operasi dijalankan. Hasil maklumat risikan yang dijalankan oleh KGT Muallim, Bidor, Kampar dan Teluk Intan bermula awal tahun 2024 telah digunakan bagi merancang operasi intipan seterusnya yang bertempat di Sungai Siput dan Bersia, Gerik. Kolaborasi anggota SSD antara tiga daerah iaitu Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Ipoh yang bermula pada 25 Februari 2024 yang berpusat di Mini PPU Bawong dan Mini PPU Lintang akhirnya telah membuahkan hasil yang positif. Semasa giliran Lans Kpl/PB Mohd Rizal Ayub dan Konst/PB Mohd Fikri Zulkhapli membuat intipan serta rondaan jam 9 pagi, mereka telah menemui (1) lelaki Melayu tempatan dan (1) lelaki warga Indonesia sedang membuat kerja-kerja di dalam kawasan Mini PPU Lintang. Menyedari suspek yang menyamar berpakaian kontraktor TNB agak mencurigakan, anggota PB membuat soal siasat disamping meminta bantuan dari rakan sekerja untuk menghubungi Balai Polis berdekatan. Kedua-dua suspek berkenaan telah dibawa ke Balai Polis Lintang oleh anggota PDRM untuk siasatan selanjutnya. SYABAS diucapkan kepada anggota Unit Peronda Kuala Kangsar Lans Kpl/PB Mohd Rizal Ayub dan Konst/PB Mohd Fikri Zulkhapli serta juga anggota yang terlibat dalam menjayakan operasi tangkapan ini. KEJAYAAN SSD KUALA KANGSAR Penyamun menyamar kontraktor Tnb diberkas
12 MAC 2024 @ IPOH | Tuan Nor Azlan bin Che NazranHead (North & East Operation) Security Service Department (SSD) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Perak , YDH Dato’ Sri CP Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri di Pejabat Ketua Polis Perak bersama Ketua Jabatan Jenayah, Ketua Jabatan Cawangan Khas dan Ketua Jabatan JPJKK di IPK Perak di Ipoh.Kedua belah pihak menzahirkan penghargaan diatas jalinan kerjasama yang telah terjalin disamping perbincangan beberapa isu yang menarik perhatian antara kedua belah pihak iaitu; Turut sama menghadiri sesi kunjungan hormat ini ialah, Tuan Ir Zaifulamir bin Mahidin (HOZA N2 Perak), Puan Laily Erlinawaty binti Abd Rahim (BP DN/Retail), DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram (KGN Perak), Encik Mohd Toha bin Abdul Manaf( Pengurus SSA Perak), DSP/PB Mohd Rizal bin Raslan ( UPO Ibu Pejabat),SM/PB Mohd Nor bin Sani , Sjn/PB Ar alhan bin Abudin( KGT Ipoh) dan Kpl/PB Mohd Imran bin Ishak (UPO Perak). Ketua Polis Perak memberikan jaminan bahawa pihak PDRM sentiasa akan bekerjasama dengan mana-mana agensi dan Tenaga Nasional Berhad bagi memastikan asset-asset penting dan strategik negara dapat dijaga dengan baik agar ianya tidak diceroboh serta melibatkan ekonomi negara. sumber: Kpl/PB Mohd Imran SESI KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN TNB BERSAMA KETUA POLIS NEGERI PERAK 1. Statistik pencerobohan aset-aset TNB Perak 2. Data Operasi Bitcoin di Perak 3. Data Operasi Kedai Barang Lusuh 4. Tapisan rekod jenayah 5. Status pelantikan Polis Bantuan TNB Perak 1. Statistik pencerobohan aset-aset TNB Perak 2. Data Operasi Bitcoin di Perak 3. Data Operasi Kedai Barang Lusuh 4. Tapisan rekod jenayah 5. Status pelantikan Polis Bantuan TNB Perak
13 MAC 2024 @ Gerik | Sesi kunjungan hormat oleh YDH Supt. Zulkifli bin Mahmood (Ketua Polis Daerah Gerik) ke Stesen Janakuasa Bersia yang disambut mesra oleh Plant Ganeral Maneger SSJ Sg Perak,Tuan Hj Azhar Bin Md Yunus diiringi Hj Ahmad Kamal Bin Arbain (Head Operation Egeniering), En Nazim Bin Sabri (Head Maintenece Macanical), En Nazri Bin Nasir (Executive Bisnes Support Service) dan SM/PB Mat Nasir Bin Abdul Rahman (Ketua Penyelia Keselamatan). Dalam pertemuan ini telah dibincangkan bersama isu-isu semasa dan perkongsian maklumat berkaitan jenayah setempat, dan dari pihak Security Services Department (SSD) SM/PB Mat Nasir mengucapkan terima kasih kepada PDRM IPD Gerik di atas kerjasama semasa sesi tapisan keselamatan dan cop jari anggota SSD bagi penyediaan permohonan sijil lantikan dan AP Polis Bantuan TNB. STESEN JANAKUASA BERSIA KETUA POLIS DAERAH GERIK MELAWAT Turut mengiringi Ketua Polis Daerah Gerik, YDH DSP Muhammad Firdaus bin Abdullah (Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik), YDH ASP Mohd Ropiza bin Hassan (Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Gerik), Insp Kenneth Lee Han X'heau (Ketua Bahagian Logistik IPD Gerik), Insp Muhd Danial Iskandar bin Fakhrul Azman (Wakil Cawangan Khas IPD Gerik) dan Kpl Muhammad Haidar bin Mohamad Buhari (P/Ketua Polis Balai Bersia) sumber: SM/PB Mat Nasir
KUNJUNGAN HORMAT HEAD (NORTH & EAST OPERATON) SSD BERSAMA HEAD OF RETAIL PERAK 12 MAC 2024 @ IPOH | Bertempat di Pejabat Head of Retail Tuan Haji Azhar telah sudi untuk meluangkan masa menerima kunjungan hormat daripada Head (North & East Operation) ,Tuan Nor Azlan Che Nazran yang turut diiringi oleh ketua Gerakan Negeri Perak, DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram, Business Partner DN/Retail, Puan Laily Erlinawaty Abd Rahim dan Pengurus Unit Pengurusan Operasi Ibu pejabat ,DSP/PB Mohd Rizal Raslan. Tuan Haji Azhar menzahirkan penghargaan diatas kerjasama dan perkhidmatan baik yang telah diberikan oleh pihak SSD terutama melibatkan tugas iringan keselamatan semasa operasi dijalankan. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Tuan Nor Azlan kepada Tuan Haji Azhar sebagai tanda ingatan. sumber: Kpl/PB Mohd Imran
KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN TERTINGGI SSD BERSAMA HOZA PERAK DAN PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN. Kunjungan hormat ini turut diselitkan perbincangan mengenai kerjasama dua hala diantara pihak DN dan SSD khususnya di negeri Perak terutama berlakunya peningkatan kes pencerobohan aset-aset TNB dan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil.Tuan HOZA turut menyatakan penghargaan kepada pihak SSD diatas kerjasama yang telah diberikan sehingga berjaya mengurangkan kadar kes pencerobohan dengan ketara.Turut bersama didalam pertemuan ini ialah SM/PB Mohd Nor Sani (Ketua Gerakan Tempatan Ipoh) dan Kpl/PB Mohd Imran Ishak (UPO Perak).Di akhir pertemuan ini, satu Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada anggota SSD Perak yang komited untuk menjalankan tugas sehingga tertangkapnya beberapa penjenayah (kes-kes pencerobohan aset) telah berlangsung dengan jayanya di Wisma TNB Jalan Lahat hari ini. 12 MAC 2024 @ IPOH | Bertempat di Pejabat Head Zone Asset-Distribution Network Perak (HOZA) Tuan Ir Zaifulamir Mahidin telah sudi untuk meluangkan masa menerima kunjungan hormat daripada Head (North & East Operation) ,Tuan Nor Azlan Che Nazran yang turut diiringi oleh ketua Gerakan Negeri Perak, DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram, Business Partner DN/Retail, Puan Laily Erlinawaty Abd Rahim dan Pengurus Unit Pengurusan Operasi Ibu pejabat ,DSP/PB Mohd Rizal Raslan. Lebih bermakna lagi, penyerahan sijil turut disampaikan sendiri oleh Tuan Ir Zaifulamir Mahidin(HOZA) dan disaksikan oleh Head(North & East Operations) Tuan Nor Azlan Che Nazran serta barisan pengurusan tertinggi SSD. Tahniah diucapkan kepada anggota-anggota yang telah menerima sijil penghargaan ini. sumber: UPO Perak
OPS CEGAH JENAYAH KHAS PDRM BERSAMA SSD DI PREMIS BARANG LUSUH DAERAH BATANG PADANG 19 MAC 2024 (SELASA) @ TAPAH | Security Sevices Department (SSD) Bidor dan pihak TNB bahagian Distribution Network (DN) bersama Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah telah melaksanakan Operasi Cegah Jenayah Khas di premis barang lusuh sekitar kawasan Tapah dan Bidor. Anggota SSD diketuai Ketua Gerakan Tempatan Bidor Sjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz bersama Unit Peronda Kampar Lans Kpl/PB Jefridin Bin Chek Ni dan Konst/PB Muhammad Hazwan Bin Rahman serta 4 Staff DN Bidor diketuai En. Mohd Azharul Afendi (Juruteknik) hadir membantu membuat pemeriksaan dan pengecaman barang di premis yang menjual dan membeli barangbarang lusuh. Sebelum operasi bermula satu taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Medan Insp. Mohd Farid Azwan Bin Nahar (KCMPV). Operasi dipecahkan kepada 2 kumpulan melibatkan 2 Zon iaitu Tapah dan Bidor. Semasa pemeriksaan di satu premis oleh pihak DN bersama SSD telah menjumpai Pin Insulator dan Bare Wire milik TNB dalam guni di premis tersebut. Pihak PDRM seterusnya membawa aset TNB tersebut ke IPD Tapah untuk menjalankan siasatan selanjutnya. Objektif operasi adalah bertujuan menjalankan pemeriksaan ke atas semua premis perniagaan barang lusuh yang berlesen atau tidak berlesen di daerah Tapah diperiksa dan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang serta berkait rapat kerana banyak berlakunya kes-kes pencerobohan di pepasangan TNB. Insp Mohd Farid mengucapkan SYABAS kepada pihak TNB dan SSD dengan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Ops ini dan berharap dengan berkolabrasi PDRM bersama Agensi TNB dengan lebih kerap lagi dapat mengekang dan pencegahan barang - barang TNB di masa akan datang. berita: Kpl/PB Zulkurnain OPS LUSUH
PREMIS BARANG LUSUH DIGEMPUR PDRM DAN SSD KAMPAR 14 MAC 2024 @ KAMPAR | Security Services Department(SSD) Kampar dengan kerjasama Bahagian PerlesenanPDRM IPD Kampar telah mengadakan Ops GempurPremis Barang Lusuh bagi memeriksa peniaga-peniagakedai membeli barang lusuh di kawasan Kampar. Inisiatif yang dimulakan oleh SSD Kampar ini dilakukanberikutan peningkatan yang ketara kes-kes jenayahterhadap harta benda TNB melibatkan kawasan Kamparkhususnya dan Perak amnya. Sebelum bermula operasi,taklimat keselamatan telah disampaikan oleh PegawaiPenyelaras Operasi IPD Kampar Inspektor Syuhadah danStaff Teknikal TNB En.Hairul Hafiz memberi taklimatpengenalan aset-aset TNB. Semasa pemeriksaan di satu premis, team operasi yangturut disertai oleh anggota PDRM IPD Kampar, SSDdiketuai Penyelia Unit Peronda (UP) Kampar Kpl/PBHarizul bersama 4 anggota UP Kampar, 4 staff teknikalTNB Kampar diketuai En.Hairul Hafiz dan staff teknikalJFM Malim Nawar En. Husin telah menjumpai kabel yangtelah dipotong dan berada dalam lori di premis tersebut.Pemeriksaan lanjut oleh staff teknikal mengesahkankabel tersebut adalah milik TNB berdasarkan tulisanTNB pada kabel yang dijumpai itu. Pegawai operasiseterusnya menjalankan siasatan dan menyita loribersama kabel dan dibawa ke balai Polis Kampar untuksiasatan lanjut. SYABAS!! kepada anggota yang terlibat dan kejayaan iniamatlah bermakna bagi SSD Kampar kerana sedikitsebanyak dapat mencegah perbuatan jenayah terhadapharta benda TNB terutamanya di Daerah Kampar. sumber: Kpl/PB Harizul OPS LUSUH
12 MAC 2023 @ BEHRANG MUALLIM | SecurityServices Department (SSD) daerah Muallim bersamapihak TNB bahagian Distribution Network (DN)bersama PDRM Balai Polis Behrang telahmelaksanakan Operasi Lusuh sekitar kawasanBehrang. Sebelum bermula operasi, satu taklimattelah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras OperasiInspektor Muhammad Azri bin Mohd Noah KetuaBalai Polis Behrang. SSD Muallim diketuai Pembantu Ketua GerakanTempatan (PKGT) Kpl/PB Dinish Kumar A/L SathiaDass bersama Unit Peronda (UP) Kuala KangsarKonst/PB Alif bin Ibrahim serta Konst/PB Mohd AizatAmir bin Gazali dan wakil DN En.Mohd Saplizan binPuazi bersama-sama membuat pemeriksaan danpengecaman barang di premis yang menjual danmembeli barang-barang lusuh. Operasi ini berkait rapat dengan kes-kespencerobohan di sekitar Perak. Operasi khas ini jugadapat mencegah serta memberi kesedaran kepadapengusaha barang lusuh daripada membeli baranghak milik TNB yang menyalahi undang-undang. sumber: Kpl/PB Dinish Kumar OPS LUSUH SSD, DN BERKERJASAMA DENGAN PDRM BEHRANG DALAM OPS LUSUH
11 MAC 2023 @ KUALA KANGSAR | Security SevicesDepartment (SSD) Kuala Kangsar dan pihak TNB bahagianDistribution Network (DN) bersama Bahagian PencegahanJenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu PejabatPolis Daerah Kuala Kangsar telah melaksanakan OperasiLusuh sekitar kawasan Kuala Kangsar. Anggota SSD Kuala Kangsar diketuai Ketua GerakanTempatan (KGT) Sjn/PB Mohd Aminnudin, Penyelia UnitPeronda (PUP) Kpl/PB Muhamad Sauffi dan anggota UnitPeronda (UP) Konst/PB Mohd Hafidz serta JuruteknikTing/Kanan En. Khalil wakil DN hadir membantu membuatpemeriksaan dan pengecaman barang di premis yangmenjual dan membeli barang-barang lusuh. Operasi ini bertujuan untuk memastikan kedai baranglusuh tidak membeli barang-barang yang tidak dikenalpastiatau disyaki dicuri (Aset TNB) dari penjual dan segera ada,pihak PDRM menasihati kepada pengusaha kedai baranglusuh segera melaporkan kepada pihak polis. sumber: Kpl/PB Muhammad Sauffi OPS LUSUH OPS LUSUH SSD BERSAMA BPJKK KUALA KANGSAR
06 MAC 2024 @ BAGAN SERAI - Pemeriksaan Ops Bersepadu Lusuh di daerah Kerian telah diadakan dengan hasil kerjasama Security Services Department (SSD) dan PDRM IPD Kerian. Sebelum operasi bermula satu taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Operasi ASP Moey Keong Huat (Insp. Perlesenan/Caw. Pengurusan) IPD Kerian. Operasi dipecahkan kepada 3 kumpulan dan 3 zon iaitu Bagan Serai, Kuala Kurau dan Parit Buntar. Pihak TNB diwakili 6 anggota SSD iaitu Ketua Gerakan Tempatan Bagan Serai Sjn/PB Mohd Safirul Mohamed Anuar, Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Bagan Serai Kpl/PB Muhammad Rashidi Min, UP Kuala Kangsar L.Kpl/PB Mohd Rizal Ayub, Konst/PB Mohamad Hafizd Ismail, UP Ipoh L.Kpl/PB Norazahar Idris, Konst/PB Muhammad Faizal Ibrahim dan 2 orang Teknikal DN manakala seramai 13 anggota dari BPJKK serta CSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian terlibat operasi. Sebanyak 9 premis kedai barang lusuh telah diperiksa. Hasil pemeriksaan didapati tiada barang atau aset TNB dijumpai. Operasi ini berkait rapat dengan kes-kes pencerobohan di sekitar Perak. Operasi khas ini juga dapat mencegah serta memberi kesedaran kepada pengusaha barang lusuh daripada membeli barang hak milik TNB yang menyalahi undang-undang. sumber: Kpl/PB Rashidi OPS LUSUH PEMERIKSAAN OPS BERSEPADU LUSUH DAERAH KERIAN
04 MAC 2024 @ KUALA KANGSAR - Bertempat di Dewan Aras 3 Wisma TNB Kuala Kangsar, Sesi Pendedahan dan Pembelajaran Auxiliary Police Competency Managemant (APCOM) untuk Penyelia Skim Kawalan Displin & Dadah (SKDD) menggunakan Appsheet ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Rizal Bin Mohd Raslan (Pengurus Operation Support Services) dibantu Tuan Ahmad Bahron Bin Samion (Ketua Gerakan Negeri Melaka) dan En. Aris Azhar kepada Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin dan semua Penyelia SKDD SSD Perak. Sesi ini telah dimulakan oleh Tuan Mohd Rizal yang menerangkan berkaitan pendedahan bahawa semua Penyelia SKDD yang sebelum ini menggunakan cara manual sebaliknya akan mendigitalkan semua proses maklumat anggota seliaan SKDD bermula pada April 2024. Oleh itu, bagi memudahkan Penyelia memantau serta menyimpan makluman anggota , Tuan Rizal telah memperkenalkan sistem APCOM-Appsheet dan memberi pembelajaran kepada semua Penyelia SKDD SSD Perak cara penggunaan aplikasi ini. Pada sesi Appsheet ini, Tuan Ahmad Bahron telah menerangkan cara memasukkan data-data anggota, kemaskini data dan proses - proses perlaksanaan. Diakhir sesi ini, DSP/PB Arulanthu Edwin menyambut baik insiatif APCOM dan semua Penyelia SKDD akan melaksanakan seperti masa yang telah ditetapkan. PEMBELAJARAN APPSHEET SKIM KAWALAN DADAH & DISPLIN
18 MAC 2024, ISNIN | Security Services Department (SSD) Perak telah diamanahkan menjalankan tugas Iringan Kenderaan VIP dan Kawalan Keselamatan Sesi Santai & Sampai CEO diketuai oleh DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandaram (Ketua Gerakan Negeri Perak) dengan kekuatan anggota SSD seramai 10 orang. Sebelum ketibaan rombongan CEO, KGN telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh anggota PB dan PKS yang terlibat. 18 MAC 2024, ISNIN | Security Services Department (SSD) Perak telah diamanahkan menjalankan tugas Iringan Kenderaan VIP dan Kawalan Keselamatan Sesi Santai & Sampai CEO diketuai oleh DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandaram (Ketua Gerakan Negeri Perak) dengan kekuatan anggota SSD seramai 10 orang. Sebelum ketibaan rombongan CEO, KGN telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh anggota PB dan PKS yang terlibat. KAWALAN KESELAMATAN SESI SANTAI & SAMPAI CEO BERSAMA WARGA KERJA TNB NEGERI PERAK CEO Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan tiba di Kedai Tenaga Ipoh diiringi CDNO Ir. Mahathir Nor Bin Ismail dan Y.Bhg.Dato’ Ir. Sharuddin Mohd Simin Pengurus Besar negeri Perak. Program beramah mesra sambil mendengar pelbagai pandangan dan maklum balas yang diutarakan oleh warga kerja terus kepada beliau bagi memperbaiki perkhidmatan kepada pelanggan. Datuk Megat turut menyantuni pelanggan yang datang mendapatkan khidmat di Kedai Tenaga Ipoh sebelum bergerak menemui warga kerja TNB Grid Maintenance. CEO Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan tiba di Kedai Tenaga Ipoh diiringi CDNO Ir. Mahathir Nor Bin Ismail dan Y.Bhg.Dato’ Ir. Sharuddin Mohd Simin Pengurus Besar negeri Perak. Program beramah mesra sambil mendengar pelbagai pandangan dan maklum balas yang diutarakan oleh warga kerja terus kepada beliau bagi memperbaiki perkhidmatan kepada pelanggan. Datuk Megat turut menyantuni pelanggan yang datang mendapatkan khidmat di Kedai Tenaga Ipoh sebelum bergerak menemui warga kerja TNB Grid Maintenance. Pelbagai lapisan warga kerja TNB Perak yang terdiri daripada TNBGen.Co , GRID, DN, Retail, TGBS (BSO, CA, Fleet, SSD,Procurement)dan RSMD (SSA) menggunakan sesi soal-jawab dengan sebaiknyadan Datuk Megat turut menyatakan Syarikat bukan sahajamengutamakan kepuasan pelanggan namun turut mahumemberikan pengalaman bekerja terbaik kepada warga kerja TNBkeseluruhannya. Seterusnya YBhg.Datuk CEO telah menyampaikan amanat kepadawarga kerja TNB Perak yang hadir agar dapat menyemaikan danmengamalkan perkara berikut bagi memastikan TNB adalah yangterbaik dikaca mata Pihak Stakeholder dan pihak yangberkepentingan seperti Kerajaan , Vendor , Pemegang Saham ,Warga Kerja TNB dan pelanggan TNB. Sesi ini berakhir sekitar jam 1 petang sebelum CEO meneruskanpenjelajahan ke SJ Chenderoh pada sebelah petang. Pelbagai lapisan warga kerja TNB Perak yang terdiri daripada TNBGen.Co , GRID, DN, Retail, TGBS (BSO, CA, Fleet, SSD,Procurement)dan RSMD (SSA) menggunakan sesi soal-jawab dengan sebaiknyadan Datuk Megat turut menyatakan Syarikat bukan sahajamengutamakan kepuasan pelanggan namun turut mahumemberikan pengalaman bekerja terbaik kepada warga kerja TNBkeseluruhannya. Seterusnya YBhg.Datuk CEO telah menyampaikan amanat kepadawarga kerja TNB Perak yang hadir agar dapat menyemaikan danmengamalkan perkara berikut bagi memastikan TNB adalah yangterbaik dikaca mata Pihak Stakeholder dan pihak yangberkepentingan seperti Kerajaan , Vendor , Pemegang Saham ,Warga Kerja TNB dan pelanggan TNB. Sesi ini berakhir sekitar jam 1 petang sebelum CEO meneruskanpenjelajahan ke SJ Chenderoh pada sebelah petang.
21 MAC 2024 @ ULU KINTA | Bertempat di Dewan Aras 3 Wisma TNB Ulu Kinta, Sesi Pendedahan dan Pembelajaran Score Card telah disampaikan oleh Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandaram turut dibantu SM/PB Mat Nasir dan Sjn/PB Kamarul Akmam kepada semua penyelia Security Services Department Perak. Score card ini bertujuan untuk merekodkan data-data kemasukan, aktiviti penempatan, dan tugasan harian yang lebih efisyen. Pada sesi Score Card ini, SM/PB Mat Nasir telah menerangkan cara memasukkan data-data anggota, kemaskini data dan proses - proses perlaksanaan. Diakhir sesi ini, semua penyelia menyambut baik pembelajaran dan semua akan melaksanakan seperti masa yang telah ditetapkan. Berita/Foto: Konst/PB Abd Syarif PEMBELAJARAN BENGKEL SCORE CARD
21 MAC 2024 @ IPOH | Bertempat di Surau An Nur Wisma TNB Jln Lahat Ipoh,Perak telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Iftar, Solat Sunat Terawih dan Moreh SSD Perak 1445H/2024M dihadiri 52 anggota Security Services Department Perak. DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandarm, Ketua Gerakan Negeri Perak berbesar hati untuk menganjurkan serta turut sama hadir ke LDP kerohanian ini. LDP dimulakan dengan Ceramah Pengisian Rohani yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim Bin Samad, bacaan tahlil, berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak berjemaah, solat sunat Tarawih berjemaah dan jamuan moreh. Objektif program ini diadakan bertujuan untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan dengan ibadah solat sunat dan menjalinkan ukhwah tidak mengira agama di antara anggota Polis (MPV) IPK Perak, Aset Owner dan juga semua warga kerja SSD Perak. Turut Hadir: Wakil PDRM Sjn Hairul Izhar (IPK Perak), HOZA Ir Zaifulamir, Grid Head Grid Maintenance En Kamarulzaman, Wakil Genco SJ Jor En.Mohammad Nadzir Bin Mokhtar (Engineer Electrical), Manager Operation BSO Perak Puan Munirah Bt. Mohamed Adnan dan Wakil CGSO Puan Rosmawati Binti Ibrahim. LDP KEROHANIAN (IFTAR, SOLAT SUNAT TARAWIH DAN MOREH) SSD PERAK 1445H/2024M
29 MAC 2024 @ MANJUNG | Rutin tahunan pemeriksaan peralatan keselamatan Security Services Department (SSD) Polis Bantuan TNB Perak (Audit) Q1 2024 telah laksanakan di Bilik AMRA Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) Manjung oleh Kpl/PB Imran Unit Pengurusan Operasi, Kpl/PB Fathi Pembantu KGT Sg. Siput di bantu Lans Kpl/PB Nur Alliff dan Kons/PB Muhamad Zainie merangkap AJK Bilik AMRA SJSAS telah memeriksa semua senjata api dan Amunisi dari segi aspek komponen peralatan, keselamatan senjata api dan menulis dokumen berkaitan dengan lengkap. Turut serta dalam pemeriksaan ini Tuan Insp./PB Abdul Rahman selaku KGT Manjung, anggota PB dari SJ Sungai Perak, SJ Cameron Highlands, PMU Ayer Tawar yang dipertanggungjawab untuk membawa peralatan keselamatan dari seluruh penempatan yang mempunyai senjata api, tujuan sesuatu pemeriksaan audit dijalankan adalah bagi menentukan segala fail-fail atau dokumentasi dibawah jagaan anggota yang diberi tanggungjawab di kawal selia dengan teratur dan disimpan di tempat selamat dengan cara yang betul. Disamping itu dapat meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan mengenai pengurusan dokumen-dokumen tersebut. PEMERIKSAAN SENJATA API (AUDIT) QUATER 1/2024 SSD PERAK
SSD BAGAN SERAI ENGAGEMENT BERSAMA BSO TNB BAGAN SERAI KULIAH RAMADHAN TNB BAGAN SERAI ENGAGEMENT BERSAMA PDRM ROLL CALL DAN TAKLIMAT KESELAMATANSKS ZON BAGAN SERAI Bagan Serai, 15 Mac – Sempena pada bulan Ramadan Al Mubarak 1445H, TNB Bagan Serai telah menganjurkan Program Ceramah Kuliah Ramadhan untuk warga kerja TNB Bagan Serai yang ada kelapangan pada hari tersebut. Ketua Gerakan Tempatan (KGT) Bagan Serai Sjn/PB Mohd Safirul Bin Mohamed Anuar dan Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Bagan Serai Muhammad Rashidi Bin Min turut hadir bagi mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Penceramah Ustaz Uzair. Semoga tazkirah yang bertajuk “Ramadhan Bulan Seribu Rahmat” ini dapat memberi kesan yang mendalam dan keinsafan kepada semua tetamu yang hadir. Bagan Serai, 12 Mac – Satu perbincangan telah diadakan diantara Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Bagan Serai Muhammad Rashidi Min, Business Support Office (BSO) Puan Zubaidah Mohamad dan Penyelia vendor Syarikat Global View Engineering Sdn Bhd Mohd Zamri Ismail. Dalam sesi perjumpaan ini antara perkara yang dibincangkan adalah kemasukan kontraktor ke premis TNB Bagan Serai untuk kerja-kerja pengubahsuaian surau. Dalam perbincangan ini PKGT telah menerangkan SOP yang perlu kontraktor laksanakan sebelum dan selapas kerja-kerja pengubahsuaian surau tersebut. Bagan Serai, 20 Mac – Roll call dan taklimat keselamatan mingguan Syarikat kawalan swasta Warisan Teguh Security bersama KGT dan PKGT Bagan Serai telah diadakan pada 06.03.2024 di Stor Yard TNB Bagan Serai, 14.03.2024 di PMU 275/132/33/11 Kv Bukit Merah dan 20.03.2024 di Pejabat TNB Bagan Serai. Antara taklimat yang disampaikan oleh KGT adalah berkaitan 5T, DER, pemeriksaan PMA, rondaan kedua dan lain-lain lagi. Dalam isu keselamatan PK juga diingatkan agar menjaga keselamatan semasa bertugas, membuat pemeriksaan motosikal dan basikal sebelum rondaan. Selain itu KGT dan PKGT telah membuat pemeriksaan pakaian dan PPE PK agar sentiasa dalam keadaan baik serta boleh digunapakai semasa bertugas ParitBuntar, 1 Mac – Satu perjumpaan telah diadakan diantaraSSD dan PDRM Bahagian Pengurusan Balai Polis Parit Buntar. PDRM diwakili L/Kpl Khairul Azierol Bin Zaim dan SSD diwakili Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Bagan Serai Kpl/PBMuhammad Rashidi Bin Min. Dalam perjumpaan empat mata ini membincangkan berkenaan pemeriksaan premis kedai baranglusuh di sekitar daerah Parit Buntar. Pemeriksaan Ops BerkalaLusuh daerah Kerian akan diadakan pada 6 Mac 2024 nanti bagi mengenal pasti barang atau aset TNB yang berada di premistersebut. Berita oleh : Kpl/PB Rashidi.
SSD KUALA KANGSAR MESYUARAT BULANAN SSD KUALA KANGSAR ENGAGEMENT BERSAMA BOMBA KUALA KANGSAR MAJLIS SAMBUTAN RAMADAN BERSAMA PKPI KUALA KANGSARPROGRAM CELIK TAKLIMAT KESEDARAN & KELASTARIAN TENAGA BAGI PELAJAR MAAHAD TAHFIZ 19.03.2023 | KUALA KANGSAR : Bertempat di Balai Bomba Kuala Kangsar,KGT Kuala Kangsar bersama PUP Kuala Kangsar telah membuat satu engagement bersama Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar bagi membincangkan latihan drill yang bakal diadakan di Wisma TNB Kuala Kangsar.Selain itu,beberapa perkara lain turut dibincangkan termasuk kaedah pemadaman api yang melibatkan peralatan elektrik dengan cara yang paling berkesan.Dalam pada itu,Isu-isu semasa berkaitan bomba dan TNB turut dibincangkan.Semoga hubungan baik dan kerjsama erat antara TNB dan SSD bersama pihak bomba dapat diteruskan pada masa akan datang. 13.03.2023 | KUALA KANGSAR : Bertempataras 3 Wisma TNB Kuala Kangsar,KGT Kuala Kangsar Sjn/PB Aminnudin Bersama PUP Kuala Kangsar Kpl/PB Sauffi telah membuat satu mesyuarat bulanan SSD Kuala Kangsar secara bersemuka bagi membincangkan pengoperasian SSD Kuala Kangsar dan Isu berbangkit.Unit Peronda Kuala Kangsar yang terdiri daripada Lans/KPL Rizal,Lans/KPL Azmawi,Konst/PB Hafidz,Konst/PB Aizat,turut hadir manakala Konst/Fikri dan Konst/Aliff tidak dapat terlibat dalam sesi ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Semoga usaha ini dapat mengekalkan asset TNB Kuala Kangsar senantiasa berada dalam keadaan selamat dari pelbagai kes pencerobohan 26.03.2023 | KUALA KANGSAR : KGT Kuala Kangsar turut serta Program CELIK berkaitan dengan perkongsian Kesedaran Keselamatan Elektrik bersama pelajar-pelajar Tahfiz adalah merupakan program Retail Negeri Perak dengan Kerjasama PKPI dan Kelab Kilat untuk tahun 2024 yang melibatkan segmentation mass di peringkat sekolah. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan dengan keselamatan elektrik di sekolah serta pepasangan Tenaga Nasional Berhad. Berita oleh : Kpl/PB Sauffi. 08.03.2023 | KUALA KANGSAR : Bersempena ramadan yang bakal menjelma,PKPI dan Kelab Kilat Kuala Kangsar telah menganjurkan program menyambut ketibaanramadan di ruangan parkir Wisma TNB Kuala Kangsar.Sehubunganitu,SSD Kuala Kangsar yang terdiridaripada KGT Kuala Kangsar,PUP Kuala Kangsar dan Anggota UP Kuala Kangsar Konst/PB Hafidz telah turut serta untuk memastikan kelancaran program tersebut yang bermula 12.00 Tengah hari.Melalui program ini juga,turut memberi peluang kepada semua anggota kerja merapatkan silaturahim diantara satu sama lain disamping berkerjasama dalam memastikan asset TNB dalam keadaan selamat
Teluk Intan 07 MAC 2024-Bertempat dipejabat BPJKK IPD Hilir Perak satu mesyuarat bersama agensi Polis Bantuan telah diadakan sebagai aktiviti setiap tiga bulan bagi membincangkan isu-isu berkaitan Polis Bantuan bersama PDRM. TNB melalui Ketua Gerakan Teluk Intan Sjn PB Zulkifli Azizan telah dijemput ke sesi tersebut dan beberapa isu kekaitan keselamatan dan kes melibatkan aset TNB telah diutarakan untuk pengetahuan dan tindakan BPJKK daerah sebagai kolaborasi strategik memerangi jenayah.Mesyuarat telah dipengursi oleh Ketua BPJKK daerah Teluk Intan DSP Azman Bin Yazid dan taklimat ringkas juga telah disampaikan bersama ASP Shahril Arnizam Bin Adnan berkaitan pentadbiran BPJKK daerah.Mesyuarat telah berakhir dengan sesi bergambar yang mana turut melibatkan agensi-agensi lain seperti Bank Simpanan Nasional dan Sime-Darby Berhad.Aktiviti ini akan direruskan pada sesi akan datang sebagai satu inisiatif bersama bagi mencapai perkhidmatan yang professional . SSD TELUK INTAN TAZKIRAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA SSD DAN SKS DAERAH TELUK INTAN Teluk Intan 20 MAC 2024-Kemunculan bulan Ramadhan tahun ini lebih bermakna apabila satu majlis Iftar Ramadhan telah diadakan oleh SSD dan SKS daerah Teluk Intan.Program telah dimulakan dengan sesi taklimat dan tazkirah oleh KGT Teluk Intan kepada anggota terlibat.Amanat dan halatuju jabatan telah disampaikan oleh KGT kepada anggota SKS selaku rakan strategik dalam penguatkuasaan peraturan dan keselamatan aset-aset TNB.Disamping itu pengisian rohani dalam penugasan juga telah diberi penekanan supaya menjadi rujukan dan amalan yang berterusan dikalangan anggota. Pengisian aturcara majlis telah diserikan lagi dengan satu bacaan tahlil ringkas bagi mendoakan keselamatan anggota serta ahli keluarga,aset-aset dikawal dan juga roh-roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia.Bacaan doa itu telah diketuai oleh PK WPB499 Muhammad Zahir Bin Abdullah. MESYUARAT AGENSI POLIS BANTUAN BERSAMA IPD HILIR PERAK Diakhir program,majlis iftar bersama anggota telah berlangsung dan KGT Teluk Intan dalam ucapannya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota yang terlibat dan juga Pegawai Ronda En.Ismail Bin Abdul Latif selaku penyelaras majlis tersebut.Semoga dengan ini dapat mengeratkan lagi Kerjasama SSD dan SKS didalam mencapai misi dan visi selaku pembekal perkhidmatan keselamatan yang dipercayai kepada TNB.Ia juga diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan anggota.
SSD TAIPING ROLLCALL STOR JALAN HAIWAN BPJKK IPD TAIPING OPS PEMOTONGAN TNG TAIPING TAIPING | 25.03.2024 Ketua Gerakan Tempatan Taiping Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid bersama Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Taiping Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus hadir membuat Roll Call pagi bersama PK di Stor Jalan Haiwan Taiping. Intipati semasa Roll Call KGT telah memberi nasihat berkenaan displin serta membudayakan keselamatan di tempat kerja, anggota turut di ingatkan berkenaan keselamatan semasa membuat rondaan terutama diwaktu malam disamping itu pemeriksaan pakain seragam turut dilaksanakan. TAIPING | 06.03.2024 Bertempat di Wisma TNB Taiping perjumpaan setiap bulan perkara rutin yang akan dilaksanakan oleh Ketua Gerakan Tempatan Taiping bersama Tuan Haji Mohd Wazir Rudin B Mat Ali Customer Care Officer (Customer Care - Taiping)SME & Residential, Retail Division dan Team BSO Taiping/Bagan Serai. Kerjasama dua hala dan keakraban memastikan pengoperasian di TNB Taiping berjalan dengan lancar TAIPING | 04-08.03.2024 Operasi Bersepadu TNB Taiping telah berlangsung pada 04 Machingga 08 Mac 2024 Ketua Gerakan Tempatan Kpl/PB MohdFarez Bin Rashid bersama Pembantu KGT Taiping Kpl/PB MohdKhairizi Bin Yunus terlibat pada tugasan ops. Jumlah kutipanyang berjaya dikumpul sepanjang ops berlansung sebanyak RM30,412.00. Team Member (Collection & Recovery - Taiping)SME & Residential, Retail Division Puan Nursalyana BintiKhairuddin telah mengucapkan terima kepada semua yangtelah terlibat ops kali ini dan telah memberi cenderahati kepadayang terlibat TAIPING | 13.03.2024 Ketua Gerakan Tempatan PemangkuKoperal/PB Mohd Farez Bin Rashid bersama Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus telah membuatkunjungan di BPJKK IDP Taiping di sambut mesra oleh Sarjan Musa Bin Ahmad. Hubungan baik ini dapatmengeratkan lagi hubungan diantara PDRM disampingsemakan rutin buku PDRM A5 oleh pihak BPJKK IPD Taiping. ENGAGEMENT BERSAMA AO RETAIL & BSO
SSD BIDOR KAWALAN KESELAMATAN KEDAI TENAGA TAPAH 15 Mac 2023 | TAPAH – Ketua Gerakan Tempatan Bidor Sjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz hadir dalamperjumpaan yang telah diatur dengan BPJKK Tapah yang diwakili Kpl Safarizan Bin Abd Aziz di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.Perjumpaan ini adalah untuk menyerahkan Reten anggota SSD Bidor, Stesen Jor/Who dan Perintah Gerakan Kedai Tenaga Tapah. Selain dari itu Sjn/PB Hairul Azhar membincangkan mengenai surat pelantikan pangkat sementara dari PDRM. BIDOR | Anggota Security Services Department(SSD) Bidor diketuai Sjn/PB Hairul Azhar Bin AbdulAziz Bersama Kpl/PB Zulkurnain telahmengadakan Taklimat Keselamatan kepada (4)anggota Pengawal Keselamatan Swasta(PKS)melibat 2 penempatan iaitu PKS Stor Prah Bidordan PPU Prah Bidor Syarikat Perusahaan IshamSecurity Sdn Bhd pada 08 Mac 2024 serta 4anggota PKS PMU Jln Paku dan Wisma TNB Bidorpada 15 Mac 2024, turut bersama Pegawai Ronda(PR) SKS Zon Bidor En.Aidie Shafiq.Perkara yangdisampaikan kepada anggota PKS dalam taklimatini adalah sentiasa menjaga kebersihan PosKawalan & kekemasan uniform, mengamalkanAmalan 5T, perlaporan segera jika adakejanggalan dan menjaga keselamatan diri ketikamembuat rondaan.Akhir sekali, Sjn/PB HairulAzhar mengucapkan ribuan terima kasih kepadaPKS dan PR yang hadir dalam taklimat ini sertaberharap semua anggota PKS yang hadir dapatmanafaat dan meningkatkan tahap keselamatansemasa bertugas. - Berita: Kpl/PB Zulkurnain - TAPAH – Satu arahankerjamelibatkantugas-tugas pengawasan, pemantauan Pelanggan dan perlindungan terhadap Wang Kutipan Harian dan nyawa wargakerja TNB Retail, anggota Security Services Department (SSD) Bidor Kpl/PB Zulkurnain Bin Jamal Hatun telahdiberikankepercayaan dan tanggungjawab oleh pihakRetail TNB Bidoruntukmengawalkeselamatan di Kedai Tenaga Tapah pada setiap hari Selasa bulan Mac 2024.Sepanjang penugasan ini tiada perkara-perkara yang tidak dingini berlaku dan jumlah wang – sumber dari Kpl/PB Zulkurnain PERJUMPAAN BULANAN KGT BIDOR BERSAMA BPJKK IPD TAPAH SESI ROLLCALL DAN TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA ANGGOTA PK SKS ZON BIDOR
WEBINAR ULANGKAJI SSD PERAK MAC
17/03/1967 26/03/1993 24/03/1974 20/03/1993 29/03/1981 28/03/1993 14/03/1989 12/03/1984 02/03/1988 24/03/1977 HARI LAHIR MAC SSD PERAK
Diterbitkan oleh : Pejabat Ketua Gerakan Negeri Perak, Security Services, Wisma Ulu Kinta , Jalan Besar 31250 Tanjong Rambutan, Perak Tel : 05 – 5331516 Email : arulanthuedwin@tnb.com.my Diterbitkan oleh : Pejabat Ketua Gerakan Negeri Perak, Security Services, Wisma Ulu Kinta , Jalan Besar 31250 Tanjong Rambutan, Perak Tel : 05 – 5331516 Email : arulanthuedwin@tnb.com.my VOL.3 EDISI MAC 2024 SSD TNB PERAK ikuti kami