The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarif Razak, 2024-06-21 08:29:30

Buletin Mei SSD Perak

Buletin Mei SSD Perak

SSD BERSAMA CGSO PERAK KUNJUNGAN HORMAT SSD TGBS KEPADA KOMANDAN MAKTAB PDRM KUNJUNGAN HORMAT SSD TGBS KEPADA KOMANDAN MAKTAB PDRM SECURITY SERVICES DEPARTMENT MEI 2024 BIL. 5 BULETIN SSD PERAK EDARAN DALAMAN SAHAJA LAWATAN PBOW 2 KE PMU 132/275kV PAPAN ESG PENANAMAN POKOK DAN KEBERSIHAN SUNGAI PERBINCANGAN DUA HALA SSD PERAK BERSAMA IPK PERAK BERMUAFAKATAN SSD PERAK DAN PENGURUSAN GRID IPOH BERSAMA UNIT CAWANGAN KHASIPD BATU GAJAH BERMUAFAKATAN SSD PERAK DAN PENGURUSAN GRID IPOH BERSAMA UNIT CAWANGAN KHASIPD BATU GAJAH


MAKTAB PDRM ,KUALA KUBU BHARU | 28 MEI 2024 - Sesi kunjungan hormat oleh Security Services Department (SSD) yang diwakili oleh Ketua Gerakan Negeri (Perak) DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram, Pengurus (Unit Pengurusan Operasi) DSP/PB Mohd Rizal Mohd Raslan dan Penyelia UPO Perak, KPL/PB Mohd Imran Ishak telah disambut dengan mesra oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Baru, YDH ACP Mohd Sobri Abdullah serta barisan Pegawai Kanan PDRM. Pertemuan ini juga turut membincangkan jalinan kerjasama antara kedua pihak dalam penyediaan modul latihan / kursus yang ditawarkan oleh pihak Maktab kepada agensi Polis Bantuan. Antara kursus dan modul yang disediakan adalah : •Kursus Pegawai Penyiasat Polis Bantuan •Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Polis Bantuan •Kursus Kawalan Orang Ramai dan Lalulintas Polis Bantuan •Kursus Pengurusan Kawasan / Tempat Larangan dan Dokumen Terperingkat •Kursus Pengurusan Emosi dan Tingkah Laku •Training Of Trainers Polis Bantuan •Kursus Pengurusan Krisis Dan Bencana Pihak SSD juga berkongsi tentang pengoperasian Polis Bantuan TNB dalam mengawal aset penting syarikat dan negara disamping cabaran menangani kes kecurian arus elektrik dalam aktiviti melombong Bitcoin. YDH Tuan Komandan menzahirkan penghargaan diatas kunjungan pihak SSD dan berharap agar kerjasama dan perancangan latihan ini berjaya direalisasikan. sumber: UPO Perak KUNJUNGAN HORMAT SSD TGBS KEPADA KOMANDAN MAKTAB PDRM


20 MEI 2024 @ BATU GAJAH | Satu perjumpaan antara pihak Grid Maintenance North dan anggotaSecurity Services Department Perak bersama pihak PDRM (Unit Cawangan Khas) IPD Batu Gajah telahdiadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Cawangan Khas, IPD Batu Gajah. Pihak Grid diwakili oleh En. Kamaruzaman Bin Mat Isa, Ketua Juruteknik Field Plant Maintenance Ipoh1 & 2, diiringi oleh Ketua Gerakan Tempatan Ipoh SM/PB Mohd Nor Bin Mad Sani dan Pembantu KGTIpoh Sjn/PB Ar-Alhan Bin Abudin serta Ketua Gerakan Tempatan Kampar Sjn/PB Mohd Nadzir ShafiqBin Baharuddin dan Penyelia Unit Peronda Kampar Kpl/PB Harizul Bin Rahman manakala UnitCawangan Khas IPD Batu Gajah diwakili oleh Sub Inspektor Hamdan, Sarjan Hassan dan KoperalAmirul. Perjumpaan diadakan bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan dengan maklumat - maklumatyang diperlukan oleh pihak Unit Cawangan Khas IPD Batu Gajah mengenai PMU 275kV Batu Gajah yangdikhabarkan akan dinaik taraf sebagai kawasan KLTL. Penerangan merangkumi keadaan persekitaranaset, kepentingan aset, cara kawalan kemasukan dan juga penerangan serba ringkas berkenaanpengoperasian aset tersebut. Diakhir perjumpaan, pihak Unit Cawangan Khas PDRM IPD Batu Gajah merakamkan ucapan terimakasih diatas penerangan yang diberikan dan diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masaakan datang demi memastikan keselamatan pepasangan kritikal milik TNB dapat beroperasi tanpasebarang gangguan. PERJUMPAAN BERMUAFAKATAN SSD PERAK DAN PENGURUSAN GRID IPOH BERSAMA UNIT CAWANGAN KHAS IPD BATU GAJAH, PERAK.


IPOH | 27 MEI 2024 - Sesi jalinan kerjasama diantara Security Services Department TGBS Perak dan Pihak pengurusan Telekom Malaysia telah berlangsung di Dewan Aras 4 Wisma TNB Ulu Kinta. Jalinan kerjasama ini dimulakan dengan perbincangan berhubung rondaan yang dijalankan, penerangan kepada aset yang dikawal serta modus operandi penjenayah. Majlis ini diserikan lagi dengan penyerahan sijil penghargaan daripada pihak TM kepada anggota SSD Stesen Janakuasa Kuala Woh yang telah berjaya menangkap penjenayah dalam cubaan mencuri kabel TM yang disampaikan sendiri oleh Puan Rusyida(Pengurus Bahagian Keselamatan TM). Ketua Gerakan Negeri Perak, DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram menyampaikan cenderahati daripada SSD Perak sebelum majlis selesai. Turut menyertai majlis ini ialah Ketua Gerakan Tempatan Ipoh dan Timbalan SM/PB Mohd Nor Sani & SJN/PB Ar alhan Abudin, Ketua Gerakan Tempatan SJ Jor& Woh SJN/PB Zorani Abdullah, Ketua Gerakan Tempatan Kuala Kangsar SJN/PB Aminudin Musa, Penyelia Unit Peronda Kampar KPL/PB Harizul Abd Rahman, KONST/PB Norazwan dan UPO Perak KPL/PB Mohd Imran. sumber: UPO Perak PENGURUS BAHAGIAN KESELAMATAN TM SERAH SIJIL PENGHARGAAN KEPADA SSD TGBS PERAK


IPOH | 24 MEI 2024 - Pengurus Besar Operasi Wilayah 2, Tuan Norazlan Che Nazrantelah meluangkan masa untuk membuat kunjungan hormat kepada Pengarah PejabatKetua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak yang baru iaitu Tuan MazlanMad Nor bertempat di Pejabat CGSO negeri Perak. Kunjungan hormat dan jalinan kerjasama ini turut membincangkan beberapa perkarapenting seperti, proses pewartaan baru, proses pembatalan pewartaan serta penyerahanborang pengawal diberi kuasa di KLTL. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamataoleh Tuan Norazlandan Tuan Romzi kepada Pengarah CGSO, Tuan Mazlan. Turut mengiringi Pengurus Besar Operasi Wilayah 2 ialah Business Partner GENCO PuanRoseda Ismail, Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram,Eksekutif Unit Pengurusan Operasi Ibu Pejabat ASP/PB Mohd Rizal Ishak, Ketua GerakanTempatan Manjung INSP/PB Abdul Rahman Idris, UPO Perak KPL/PB Mohd Imran Ishakdan Wakil daripada Lekir Bulk Terminal Tuan Romzidan Tuan Abdul Hadi. sumber: UPO Perak KUNJUNGAN HORMAT SSD BERSAMA CGSO PERAK


20 MEI 2024 @ IPOH | Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah diadakan Mesyuarat Operasi Barang Lusuh diantara PDRM dan lain-lain agensi yang dipengerusikan oleh Timb. Ketua Polis Ipoh Supt Mohd Sajidan Bin Abd Syukur. Wakil agensi Tenaga Nasional Berhad, Security Services Department dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua Gerakan Tempatan Ipoh SM/PB Mohd Nor Bin Mad Sani, Penyelia Unit Peronda Kuala Kangsar Kpl/PB Muhamad Sauffi dan juga Wakil Districbution Network TNB Ipoh En.Zulkurnain Juruteknik Ting/Kanan Operation. Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan mengenai perancangan dan menetapkan tarikh operasi barang lusuh melibat agensi TNB, Majlis Bandaraya Ipoh, Telekom Malaysia bersama PDRM yang akan dijalankan sekitar Daerah Ipoh selama sebulan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah semua Ketua Balai sekitar Daerah Ipoh, Wakil Majlis Bandaraya Ipoh dan Wakil Telekom Malaysia. sumber: Kpl/PB Muhamad Sauffi MESYUARAT OPS BARANG LUSUH BERSAMA PDRM


14 Mei 2024 @ Tapah | Ketua Gerakan Negeri (KGN) Perak telah membuat kunjungan kepada Ketua Polis Daerah Tapah , Supt Mohd Naim Haji Asnawi di pejabat beliau bagi membincangkan Kes mangsa lemas di sungai berhampiran Stesen Odak. Perbincangan ini dimulakan dengan penjelasan/penerangan oleh Tn Arulanthu Edwin mengenai kawasan kejadian kepada Ketua Polis Daerah dan Pegawai Penyiasat kes.Tn Naim berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan serta turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan agar perkara ini tidak berulang. Mengiringi KGN Perak ialah KGT Stesen Janakuasa Jor/Woh, Sjn/PB Zorani Abdullah dan Kpl/PB Mohd Imran UPO Perak. Turut mewakili pihak stesen ialah Encik Nik Faris Mohd Rashidi (Operation Asset & Maintenance).Sementara itu pada hari yang sama, KGN Perak juga telah membuat kunjungan kepada Ketua Turus JPJKK IPK Perak, Supt Saran dan Insp Saliza di pejabat JPJKK IPD Pasir Puteh,Ipoh. Kunjungan ini membincangkan isu pelantikan anggota SSD Perak dan serta cadangan/perancangan untuk mengadakan latihan kejurulatihan bagi anggota SSD di Perak khususnya. Turut mengiringi KGN Perak, SM/PB Mohd Nor Sani Ketua Gerakan Ipoh dan Kpl/PB Mohd Imran UPO Perak. sumber: Kpl/PB Mohd Imran KUNJUNGAN HORMAT SSD PERAK BERSAMA PDRM


PERBINCANGAN DUA HALA SSD PERAK BERSAMA IPK PERAK 21 MEI 2024 @ ULU KINTA | Security Services Department Perak telah berbesar hati menerimakedatangan Pegawai Bahagian Latihan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Tuan Insp Zaipul yangdiiringi oleh Sarjan Mejar Rozilah dan Sarjan Mira. Rombongan ini telah disambut oleh KetuaGerakan Negeri Perak, DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandaram di Pejabat KGN Wisma TNB UluKinta. Kunjungan ini membincangkan mengenai kerjasama dua hala terutama berkaitan latihan anggotaPolis Bantuan seperti Kursus/Ulangkaji Asas Polis Bantuan, ulangkaji undang-undang, kawad, TBaton serta seni mempertahankan diri. Diakhir lawatan ini, DSP/PB Arulanthu Edwin telah menyerahkan cenderahati kepada Insp Zaipulsebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Pejabat SSD Perak. Turut mengiringi Ketua Gerakan Negeri Perak ialah Ketua Gerakan Tempatan Kampar , Sjn/PBMohd Nadzir dan UPO Perak, Kpl/PB Mohd Imran.


SURUHANJAYA TENAGA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI SSD PERAK 17 MEI 2024 @ IPOH | Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandaram telah membuat kunjungan kepada Pengarah Suruhanjaya Tenaga Perak, En. Mohd Shahrul Amin Bin Mohd Tohid di Pejabat Wilayah Suruhanjaya Tenaga Ipoh. Kunjungan ini membincangkan isu seksyen 38 Akta 447 Akta Bekalan Elektrik 1990, Ops pemotongan bekalan jika tidak buat bayaran dan Ops Bitcoin dalam negeri Perak. Diakhir perjumpaan ini, DSP/PB Arulanthu Edwin telah menyerahkan cenderahati kepada En.Mohd Shahrul sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan dari SSD Perak. Turut mengiringi KGN Perak ialah Ketua Gerakan Tempatan Ipoh, SM/PB Mohd Nor Bin Mohd Sani dan Ketua Gerakan Tempatan Bagan Serai Sjn/PB Mohd Safirul Bin Anuar.


LAWATAN KETUA BAHAGIAN PERLESENAN & PERSENJATAAN PDRM BUKIT AMAN KE SJ TEMENGOR GERIK | 31 MEI 2024 - Satu lawatan oleh Ybhg Dato SAC Dzulkhairi Bin Mohktar Ketua Bahagian Perlesenan & Persenjataan PDRM Bukit Aman Kuala Lumpur bersama Pengawai Kanan PDRM Bukit Aman dan Team ke Sj Temengor. Mengiringi bersama rombongan ini ialah DSP P/B Arulantu Edwin A/L Sandaram (Ketua Gerakan Negeri Perak), En Farid bin Jafrei (Eksukutif Operation SJ Sg Perak), SM P/B Mat Nasir Bin Abdul Rahman (Ketua Gerakan Tempatan SSD Sg Perak), SJN/PB Zam Zaharani, SJN/PB Mohd Aminnudin dan anggota SJ Temengor. Dalam lawatan ini pihak stesen telah memberi taklimat berkaitan pengoperasian stesen Janakuasa Sg Perak kepada peserta rombongan dan turut diadakan sesi dialog santai Ybhg Dato bersama Tuan KGN Negeri Perak menglibatkan penugasan anggota SSD Sg Perak dan isu senjatapi. Lawatan di akhiri dengan sesi bergambar bersama Ybhg Dato di sekitar Dame Temengor. Lawatan tamat pada jam 1200 tghari. sumber: SM/PB Mat Nasir


IPOH | 24 MEI 2024 - Pengurus Besar OperasiWilayah 2, Tuan Norazlan Che Nazran telah membuat lawatan dan pemeriksaan ke Pencawang Masuk Utama 132/275 kV Papan susulan beberapa kes pencerobohan dan cubaan pencerobohan baru-baru ini. Tuan Norazlan telah membuat penelitian terhadap keadaan kawasan PMU tersebut termasuklah Pengawal Keselamatan, keadaan pos kawalan, pagar kawasan dan lain-lain lagi. Turut mengiringi Pengurus Besar OperasiWilayah 2 ialah Business Partner GENCO Puan Roseda Ismail, Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram, Eksekutif Unit Pengurusan Operasi Ibu Pejabat ASP/PB Mohd Rizal Ishak, Ketua Gerakan Tempatan Manjung INSP/PB Abdul Rahman Idris, KGT Ipoh SM/PB Mohd Nor Sani, Timbalan KGT Ipoh SJN/PB Ar Alhan Abudin, KGT Kampar SJN/PB Mohd Nadzir Syafiq Baharudindan Wakil Syarikat Perusahaan Isham Sdn Bhd. sumber: UPO Perak LAWATAN PBOW 2 KE PMU 132/275 kV PAPAN


ULU KINTA | 24 MEI 2024 – Security Services Department Perak dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Penyerahan Vest Keselamatan serta Topi Keselamatan kepada anggota Polis Bantuan TNB dan Pengawal Keselamatan Syarikat Kawalan Swasta negeri ini. Lebih menyerikan majlis ini ialah dengan kehadiran Pengurus Besar Operasi Wilayah 2 Tuan Norazlan Che Nazran yang turut diiringi oleh BP GENCO Puan Roseda Ismail dan Eksekutif Unit Pengurusan Operasi Ibu Pejabat ASP/PB Mohd Rizal Ishak yang telah disambut oleh Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram. Pengurus Besar Operasi Wilayah 2 telah menzahirkan hasrat beliau agar setiap anggota kerja mengutamakan keselamatan pada setiap masa serta merasmikan majlis ini. Beliau turut berbesar hati untuk membuat penyerahan dengan memakaikan vest keselamatan kepada setiap wakil anggota SSD daripada seluruh penempatan di Perak dan wakil daripada syarikat kawalan swasta. Majlis ini turut disertai oleh dua syarikat kawalan keselamatan negeri Perak iaitu Syarikat Warisan Teguh Security Sdn Bhd dan Syarikat Perusahaan Isham Sdn. sumber: UPO Perak SESI PENYERAHAN VEST & TOPI KESELAMATAN SSD PERAK


TAPAH | 30 MEI 2024 - Bertemakan elemen"Ever Excellence", Security Services Department (SSD) Perak telahmengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Jasmani dan ESG Penanaman Pokok & Bersihkan Sungaibersama warga kerja SJ Sultan Idris II Woh. Bertempat di gelanggang Petanque Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh, LDP ini dimulakan dengan aktivitiJasmani dan permainan Petanque melibatkan anggota SSD Perak bersama warga kerja SJ Sultan Idris II Wohtelah dilaksanakan dengan meriah. Pada sesi kedua, aktiviti ESG Penanaman Pokok di kawasan Pusat Rekrasi Kuala Woh ini bermula dengantaklimat ringkas wakil Jabatan Perhutanan Batang Padang Puan Khairul Natasha dan diteruskan denganmenanam pokok dikawasan tersebut. Sesi terakhir ESG ini, para peserta yang hadir telah menjalankan aktiviti membersihkan kawasan tepi sungaiKuala Woh dibantu oleh Jabatan Perhutanan Batang Padang. DiakhirLDP ini, satu majlis pemberian cenderamata oleh wakil Ketua Gerakan Negeri SSD Perak Sjn/PB ZoraniBin Abdullah dan wakil SJ Sultan Idris II Woh En.Mohd Azwan Bin Khairani kepada wakil Jabatan PerhutananBatang Padang sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Semua yang hadir dapat merapatkan silaturahim serta anggota SSD Perak yang terlibat dapat menghayati tema"Ever Excellence" secara bersama. LDP SSD TGBS PERAK (ESG PENANAMAN POKOK DAN KEBERSIHAN SUNGAI)


23 MEI 2024 @ IPOH | Wakil TNB, Security Services Department Perak SM/PB Mohd Nor Bin Mad Sani dan Staff Teknikal DN bersama agensi Majlis Bandaraya Ipoh dan Telekom Malaysia dengan kerjasama BPJKK PDRM IPD Ipoh telah menggempur premis barang lusuh bagi memeriksa peniaga-peniaga kedai membeli barang lusuh di kawasan Ipoh. Sebelum bermula operasi, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Operasi IPD Ipoh ASP Mohammad Kamal. Objektif Ops Lusuh ini adalah bagi memastikan semua premis perniagaan barang lusuh mempunyai lesen perniagaan yang sah, memastikan premis perniagaan barang barang lusuh tidak membeli atau melupuskan barang barang yang di syaki curi, membuat pemeriksaan rapi ke atas semua barang lusuh yang di beli yang terdapat dalam premis perniagaan barang lusuh yang disyaki barang curi dan mempunyai rekod jual beli dan memastikan premis premis perniagaan barang lusuh mematuhi SOP perniagaan yang di keluarkan oleh MKN. Operasi selesai dengan tiada tangkapan dilakukan melibatkan dua premis dan pemeriksaan berjalan dalam keadaan baik dengan kerjasama yang di berikan oleh pemilik premis. PENGLIBATAN SSD PERAK BERSAMA PDRM DALAM OPS PREMIS BARANG LUSUH


20 MEI 2024 @ IPOH | Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah diadakan Mesyuarat Operasi Barang Lusuh diantara PDRM dan lainlain agensi yang dipengerusikan oleh Timb. Ketua Polis Ipoh Supt Mohd Sajidan Bin Abd Syukur. Wakil agensi Tenaga Nasional Berhad, Security Services Department dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua Gerakan Tempatan Ipoh SM/PB Mohd Nor Bin Mad Sani, Penyelia Unit Peronda Kuala Kangsar Kpl/PB Muhamad Sauffi dan juga Wakil Districbution Network TNB Ipoh En.Zulkurnain Juruteknik Ting/Kanan Operation. Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan mengenai perancangan dan menetapkan tarikh operasi barang lusuh melibat agensi TNB, Majlis Bandaraya Ipoh, Telekom Malaysia bersama PDRM yang akan dijalankan sekitar Daerah Ipoh selama sebulan. MESYUARAT OPS BARANG LUSUH BERSAMA PDRM Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah semuaKetua Balai sekitar Daerah Ipoh, Wakil Majlis BandarayaIpoh dan Wakil Telekom Malaysia. sumber: Kpl/PB Muhamad Sauffi


16 MEI 2024 @ KUALA KANGSAR | Bertempat di Dewan Dato Aishah Aras 3 Wisma TNB Kuala Kangsar, Sesi Pendedahan dan Pembelajaran Digital Score Card telah disampaikan oleh Ketua Gerakan Negeri Kedah/Perlis ASP/PB Zahari Bin Md Zuki kepada semua wakil penempatan Security Services Department Perak. Sesi dimulakan dengan pengenalan Team Unit Digital Sistem (UDS) SSD Kedah/Pe;rlis dari ASP/PB Zahari serta memberi penerangan dan pembelajaran penggunaan Digital Score Card. Digital Score Card ini bertujuan untuk memudahkan lagi anggota SSD merekodkan data-data kemasukan, aktiviti penempatan, dan tugasan harian yang lebih efisyen. Diakhir sesi ini, semua yang hadir dalam bengkel ini menyambut baik pembelajaran DISCO ini. BENGKEL DIGITAL SCORE CARD (DISCO)


13 Mei 2024 @ Seri Manjung | Satu program iaitu "Tempat Kerja Bebas Dadah" telah dianjurkan oleh Security Services Department (SSD) Perak yang melibatkan anggota SSD Manjung, Ipoh, Kampar, Teluk Intan, Kuala Kangsar dan Taiping yang bertempat di Dewan Gemilang, Wisma TNB Seri Manjung. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noranisah binti Mt Hairudin dibantu oleh 2 pegawai dari AADK iaitu Pn Norazlinda binti Aziz dan Encik Arulmany. Program "Tempat Kerja Bebas Dadah" diakhiri dengan sesi soal jawab bagi peserta yang terlibat mengajukan soalan-soalan jika ada kemuskilan. Diakhir taklimat ini, Wakil SSD Perak Insp/PB Abdul Rahman telah menyerahkan cenderahati kepada Puan Noralinda sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Turut hadir Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin A/L Sandaram. sumber: Sjn/PB Mohd Riduan TAKLIMAT TEMPAT KERJA BEBAS DADAH


13 Mei 2024 @ Ayer Tawar | Satu latihan tatacara pengendalian kebakaran telah diadakan di PMU 500kV Ayer Tawar. Latihan diberikan oleh Pegawai Bomba Balai Ayer Tawar iaitu Tuan Shamshol Alam bin Man (Pegawai Bomba Kanan (1). Latihan yang dirancang dapat mengumpul seramai 46 orang yang terdiri daripada anggota Polis Bantuan TNB, Pengawal Swasta yang bertugas di penempatan KLTL, Wakil dari pihak Grid dan wakil dari pihak Stor PMU Ayer Tawar.Latihan selama 3 jam dimulakan dengan taklimat bagi menerangkan jenis-jenis pemadam api dan cara menggunakan bagi memadam punca kebakaran seterusnya latihan fizikal kepada semua peserta yang hadir bagi pengunaan dan diakhiri dengan ujian pemahaman subjektif. sumber: Sjn/PB Mohd Riduan LATIHAN TATACARA PENGENDALIAN KEBAKARAN


ENGAGEMENT BERSAMA PDRM. HARI PRIHATIN PEJABAT KITA (HPPK) Bagan Serai, 28 Mei – Satu perjumpaan telah diadakan diantara Security Services Department (SSD) dan PDRM Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kerian. Dalam perjumpaan ini, BPJKK diwakili Kpl Shahmin manakala SSD diwakili Ketua Gerakan Tempatan Sjn/PB Mohd Safirul Bin Mohamed Anuar dan Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Kpl/PB Muhammad Rashidi Bin Min. Antara perkara yang dibincangkan adalah pemohonan untuk mengadakan Ops Lusuh bersama PDRM untuk kali yang ke dua tahun 2024, penyerahan surat pemohonan mengadakan Ops Lusuh, status pemohonan surat pelantikan dan kad kuasa untuk kenaikan pangkat yang telah dibuat pemohonan tersebut pada Julai 2023. Diakhir perbincangan Kpl Shahmin mengucapkan terima kasih kepada KGT dan PKGT kerana sudi berkunjung ke pejabat BPJKK dan akan diberi maklum balas tentang perkara yang dibincangkan tadi dalam masa terdekat. Buletin : Kpl/PB Rashidi SSD BAGAN SERAI KERJASAMA SSD TGBS PERAK BERSAMA RETAIL DALAM OPS BERSEPADU PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK. Bagan Serai, 7 Mei – Hari Prihatin Pejabat Kita (HPPK) telah dilaksanakan serentak oleh 4,156 Talent TGBS pada 7 Mei 2024. Dengan bertemakan “Ayuh, kita sama-sama ambil kisah keadaan pejabat & persekitaran pejabat TNB”, Hari Prihatin Pejabat Kita (HPPK) ini juga diilham sendiri oleh Chief Global Business Solutions Officer (CGBSO) Y.Bhg. Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim. Kolaborasi antara SSD, BSO dan JFM TNB Bagan Serai dengan rondaan di sekitar dalam, luar pejabat dan kawasan yard mendapati terdapat kejanggalan baru yang masih belum dilaporkan dan kejanggalan lama yang masih belum diambil tindakan. Antara kejanggalan yang perlu diberi perhatian adalah yang melibatkan keselamatan seperti pokok kelapa condong mengenai pagar pejabat dan simen kaki lima pos pengawal yang telah pecah. Pembantu Tadbir Kanan, Business Support Officer (BSO) TNB Bagan Serai Puan Zubaidah Binti Mohamad mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang SSD berikan dan berharap “Hari Prihatin Pejabat Kita” (HPPK) ini tidak berhenti setakat ini sahaja dan akan diteruskan dari masa ke semasa. Buletin : Kpl/PB Rashidi Bagan Serai, 31 Mei – Operasi Bersepadu Pemotongan Bekalan Elektrik TNB Bagan Serai di daerah Kerian telah berjaya dilaksanakan pada 27 Mei hingga 31 Mei 2024. Penyelia dan anggota Security Services Department (SSD) yang terlibat operasi terdiri daripada Ketua Gerakan Tempatan Bagan Serai Sjn/PB Mohd Safirul Bin Mohamed Anuar, Ketua Gerakan Tempatan Taiping Kpl/PB Mohd Farez Bin Rashid, Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Bagan Serai Kpl/PB Muhammad Rashidi Bin Min, Unit Peronda (UP) Kuala Kangsar Lans/Kpl/PB Mohammad Azmawi Bin Azman, Lans/Kpl/PB Mohd Rizal Bin Ayub, Konst/PB Mohamad Hafidz Bin Ismail dan Konst/PB Aliff Bin Ibrahim. Hasil kutipan sepanjang 5 hari Operasi dilaksanakan sebanyak RM 779,702.82. Pada hari terakhir operasi Customer Care Officer (CCO) Retail TNB Bagan Serai Puan Nur Aziyaty Binti Abdul Aziz telah menyampaikan sedikit cenderahati dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat operasi dan berharap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.


SSD KUALA KANGSAR MESYUARAT BULANAN SSD KUALA KANGSAR ENGAGEMENT BERSAMA BOMBA KUALA KANGSAR PERJUMPAAN BERSAMA BPJKK KUALA KANGSAR PROGRAM CELIK TAKLIMAT KESEDARAN & KELASTARIAN TENAGA BAGI PELAJAR MAAHAD TAHFIZ 19.03.2023 | KUALA KANGSAR : Bertempat di Balai Bomba Kuala Kangsar,KGT Kuala Kangsar bersama PUP Kuala Kangsar telah membuat satu engagement bersama Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar bagi membincangkan latihan drill yang bakal diadakan di Wisma TNB Kuala Kangsar.Selain itu,beberapa perkara lain turut dibincangkan termasuk kaedah pemadaman api yang melibatkan peralatan elektrik dengan cara yang paling berkesan.Dalam pada itu,Isu-isu semasa berkaitan bomba dan TNB turut dibincangkan.Semoga hubungan baik dan kerjsama erat antara TNB dan SSD bersama pihak bomba dapat diteruskan pada masa akan datang. 13.03.2023 | KUALA KANGSAR : Bertempataras 3 Wisma TNB Kuala Kangsar,KGT Kuala Kangsar Sjn/PB Aminnudin Bersama PUP Kuala Kangsar Kpl/PB Sauffi telah membuat satu mesyuarat bulanan SSD Kuala Kangsar secara bersemuka bagi membincangkan pengoperasian SSD Kuala Kangsar dan Isu berbangkit.Unit Peronda Kuala Kangsar yang terdiri daripada Lans/KPL Rizal,Lans/KPL Azmawi,Konst/PB Hafidz,Konst/PB Aizat,turut hadir manakala Konst/Fikri dan Konst/Aliff tidak dapat terlibat dalam sesi ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Semoga usaha ini dapat mengekalkan asset TNB Kuala Kangsar senantiasa berada dalam keadaan selamat dari pelbagai kes pencerobohan 26.03.2023 | KUALA KANGSAR : KGT Kuala Kangsar turut serta Program CELIK berkaitan dengan perkongsian Kesedaran Keselamatan Elektrik bersama pelajar-pelajar Tahfiz adalah merupakan program Retail Negeri Perak dengan Kerjasama PKPI dan Kelab Kilat untuk tahun 2024 yang melibatkan segmentation mass di peringkat sekolah. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan dengan keselamatan elektrik di sekolah serta pepasangan Tenaga Nasional Berhad. Berita oleh : Kpl/PB Sauffi. Kuala Kangsar - 14 Mei 2024 KGT bersama Penyelia Unit PerondaKuala Kangsar melakukan kunjungan ke atas Sjn Ali, BahagianPencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu PejabatPolis Daerah Kuala Kangsar .Tujuan kunjungan di lakukan adalahbagi membincangkan rondaan PDRM ke aset kritikal Kuala Kangsardan permohonan lawatan kerjasama OCPD Baharu Kuala Kangsar.Selain itu, penyerahan reten kekuatan anggota Polis Bantuan TNBKuala Kangsar dan SJ Chendroh.Diakhir sesi kunjungan, KGT KualaKangsar menzahirkan penghargaan kepada BPJKK atas kerjasamayang diberikan. - Buletin Kpl Sauffi


Teluk Intan 05 MEI 2024-Ketua Gerakan Tempatan Teluk Intan telah memberi taklimat keselamatan kepada anggota kerja TNB dan kontraktor yang akan masuk ke Pencawang Masuk Utama Kg.Gajah bagi melakukan kerja-kerja naik taraf pepasangan tersebut yang akan bermula jun 2024. Taklimat ini menjurus kepada aspek-aspek keselamatan(security) dan juga beberapa pekelilingan keselamatan serta polisi yang perlu dipatuhi.Perkara ini penting memandangkan pepasangan terbabit berstatus tempat larangan dan termaktub dibawah perundangan Akta 298 iaitu akta tempat larangan dan kawasan larangan 1959. SSD Perak telah mempamerkan tatacara kerja yang profesional didalam perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.Ini merupakan salah satu insiatif bagi memastikan keyakinan banyak pihak kepada SSD Perak didalam menjaga aset TNB . SSD TELUK INTAN LAWATAN EHSAN OLEH KETUA GERAKAN TELUK INTAN MEWAKILI SSD PERAK Teluk Intan 17 MEI 2024-Ketua Gerakan Tempatan Teluk Intan telah mewakili Ketua Gerakan Negeri Perak Tuan DSP Arulantu Edwin dan SSD Perak menziarahi anggota kerja yang telah kehilangan ahli keluarga di Taman Eastern Garden disini.Konstabel PB Mohd Rizuan Bin Ibarhim telah kehilangan ibunya dan disemadikan ditanah perkuburan Taman Ros.Pada masa yang sama abang kepada anggota terbabit merupakan anggota kerja di Pejabat TNB Teluk Intan. Ucapan takziah telah disampaikan kepada anggota terbabit bagi menzahirkan sikap perihatin SSD Perak. INISIATIF PEMATUHAN SOP OLEH KETUA GERAKAN TEMPATAN DAERAH TELUK INTAN Teluk Intan 22 MEI 2024-Ketua Gerakan Tempatan Teluk Intan telah mengadakan satu Latihan drill pencerobohan melibatkan aset strategik TNB di Stor RL Teluk Intan.Latihan ini telah melibatkan Syarikat kawalan swasta Warisan Teguh SDN BHD bagi menguji tahap keberkesanan dan mutu kawalan keselamatan di Kawasan tersebut.Latihan dimulakan dengan taklimat ringkas dan Latihan sebenar berlangsung sekitar 0300Hrs ke 0500Hrs pagi.Simulasi pencerobohan telah memberi petugas pengalaman situasi sebenar dan menguji perlaksanaan SOP tugas oleh pengawal.Suasana panik telah tercetus apabila kelibat penceroboh dapat dikesan oleh pengawal dan ia memberi impak dan cabaran semasa menjalankan tugas.Diakhir latihan satu taklimat penutup telah diberikan.Teguran telah diberikan sebagai penambahbaikan dan memastikan pepasangan dikawal sentiasa dilindung dari ancaman pihak tidak bertanggungjawab. LATIHAN DRILL PENCEROBOHAN OLEH KETUA GERAKAN TEMPATAN TELUK INTAN BERSAMA SKS


SSD TAIPING ROLLCALL & TAKLIMAT KGT TAIPING ENGAGEMENT BERSAMA REJIMEN TNB MESYUARAT KOORDINASI AO RETAIL & BSO TAIPING | 14.05.2024 Bertempat di Wisma TNB Taiping Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid KGT Taiping bersama Pembantu KGT Taiping Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus telahmengadakan Roll Call dan perjumpaan anggota Syarikat Warisan Teguh. Roll Call diadakan memberi penerangan telah mengulangkaji SOP sediaada 5T,DER dan PMA. KGT turutmenyampaikan maklumat terkini berkaitan pengoperasian dan mengingatkan kepada semua yang hadir ke siap siagaan menjelang audit dan mengutamakan keselamatan. TAIPING | 17.05.2024 Ketua Gerakan Tempatan Pemangku Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid bersama Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus telahmembuat kunjungan di BPJKK IDP Taiping di sambut mesra oleh Sarjan Musa Bin Ahmad. Hubungan baik ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara PDRM disamping semakan rutin buku PDRM A5 oleh pihak BPJKK IPD Taiping. TAIPING | 30.05.2024 Bertempat di Wisma TNB Taiping Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid KGT Taiping hadir bermesyuarat koordinasi bersama AO Retail & BSO yang telahdipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Wazir Rudin B Mat Ali Customer Care Officer (Customer Care - Taiping)SME & Residential, Retail Division. Turuthadir Puan Sharifah Jan Binti Mirtajab Khan PembantuTadbir Kanan (Business Support)TNB GBS, TNB Global Business Solutions Division. TAIPING | 09.05.2024 Bertempat di Kem Taming Sari Taiping Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid KGT Taiping bersama Pembantu KGT Taiping Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus telahmengadakan Engagement bersama Kapten Zurina Binti Mohd Noor Ajutan70 Rejimen Pakar Janaeletrik Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) Executive (Engagement & General Affairs) TPGSB GEN & EV, TNB Power Generation Sdn. Bhd. Yang telah hadir bagi menyaksikan Latihan Penyesuaian Ketenteraan Siri 1/2024 BPJKK IPD TAIPING


SSD MANJUNG MESYUARAT BPJKK BERSAMA AGENSI POLIS BANTUAN DAERAH MANJUNG KAWALAN KESELAMATAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI SJSAS BERSAMA STAKEHOLDERS Manjung 07 Mei 2024 | Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) telah mengadakan 1 majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Stakeholders khusus untuk semua syarikat, agensi-agensi keselamatan serta agensi badan kerajaan mahupun swasta di sekitar Daerah Manjung, bagi mengeratkanlagiperhubungan dan silaturahim antara semua pihak. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh PengarahUrusan SJSAS, Tuan Haji Ir. Ts. Ahmad AfzainizamBin Mokhtar di Dewan TNBJ, lagi meriahkan majlis dengan kehadiran tetamu terhormat Y.D.H Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato` Shaharudin Bin Haji Nazari OBJ diiringi oleh Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris DO Pejabat Tanah dan Rosli Bin Abd Rahman Adun Pasir Panjang. Security Services Departmen (SSD) SJSAS telah diberikan tugasan dan tanggungjawab untuk membuat kawalan keselamatan dan trafik sepanjang berlangsung majlisjamuan ini. Seramai 8 orang anggota SSD SJSAS yang diketuai oleh SM/PB Fairoz Bin Latip selaku Ketua PenyeliaKeselamatan SSD SJSAS telah menjalankan tugasan dengan baik sehingga selesai majlis jamuan tanpa sebarang masalah. Terbaik SSD SJSAS. #ManjungBangkit Buletin dan gambar disunting oleh : L/Kpl PB Muhammad Khairil Amin (SJSAS) Seri Manjung 30 Mei 2024 | Satu Mesyuarat BPJKK IPD Manjung diadakan bersama agensi Polis Bantuan TNB, Petronas, Sime Darby dan BSN bertempat di Bilik Gerakan IPD Manjung. Mesyuarat yang diketuai oleh Tuan ASP Rajan a/l Munusamy selaku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), IPD Manjung.Dalam mesyuarat itu, Tuan Rajan memperingatkan bahawa kesemua anggota Polis Bantuan (PB) perlu menjauhi dadah, mengelakkan berhutang dari along, mengekalkan displin terutama dari isu pemakaian, menjaga pertuturan semasa bertugas dan berkongsi terus maklumat jenayah kepada BPJKK sekiranya ada. Tuan Rajan juga memaklumkan jika ada masalah dari segi pentadbiran, iaitu perlantikan PB boleh mengajukan perkara ini ke pada beliau, agensi PB TNB Seri Manjung telah diwakili oleh KGT Manjung Tuan Insp/PB Abdul Rahman bin Idris, SM/PB Fairoz bin Latip dan Sjn/PB Amran bin Basir. KGT Manjung mengongsikan maklumat berkaitan kes kecurian arus elektrik dari aktiviti melombong Bitcoin yang banyak berlaku di kawasan Seri Manjung dan Seri Iskandar, SSD Manjung juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah hadir ke pepasangan TNB iaitu di SJSAS dan PMU Ayer Tawar untuk membuat lawatan Keselamatan, mesyuarat tamat jam 2200hrs.


SSD BIDOR KAWALAN KESELAMATAN KEDAI TENAGA TAPAH 20 MEI 2024, TAPAH – Ketua Gerakan Tempatan Bidor Sjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz hadir dalamperjumpaan dengan Ketua BPJKK Tapah ASP Yusuadi Bin Yusuf di Pejabat beliau IPD Tapah. Turut bersama dalam perjumpaan ini Kpl Safarizan Bin Abd Aziz dan Kpl/PB Zulkurnain Bin Jamal Hatun.Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menyerahkan Reten anggota SSD Bidor, Stesen Jor/Woh, status terkini mengenai perlantikan anggota PB, permakluman jumlah pepasangan TNB Daerah Batang Padang serta perancangan rondaan PDRM di pepasangan hotspot dan cadangan operasi barang lusuh bersama PDRM. ASP Yusuadi menyambut baik perjumpaan daripada pihak SSD Bidor dan beliau akan sedia berkerjasama untuk menggengkang kecurian di pepasangan TNB. 24 MEI 2024 @ BIDOR | Anggota Security Services Department (SSD) Bidor diketuai Sjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz Bersama Kpl/PB Zulkurnain telah mengadakan Taklimat Keselamatan kepada (4) anggota Pengawal Keselamatan Swasta(PKS) melibat penempatan iaitu PKS PMU 132Kv Jln Paku Bidor dan Wisma TNB Bidor dan PPU Prah Syarikat Perusahaan Isham Security Sdn Bhd di kawasan letak kenderaan Wisma TNB Bidor, turut bersama Pegawai Ronda (PR) SKS Zon Bidor En.Aidie Shafiq. Sesi Roll Call dimulakan dengan pemeriksaan uniform dan pernampilan PKS. Seterusnya taklimat yang disampaikan oleh Sjn/PB Hairul Azhar kepada anggota PKS adalah Keselamatan Pergi/Balik kerja, Perlaksanaan 5T, Kejanggalan lama di setiap penempatan yang dikawal, Perlaksanaan penutupan Pintu Pagar Utama Wisma TNB Bidor pada waktu malam, Teguran kapada PKS yang gagal membuat rondaan dan isu penulisan padad buku ketika Staff TNB & Kontraktor masuk ke pepasangan TNB. Akhir sekali, Sjn/PB Hairul Azhar mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKS dan PR yang hadir dalam taklimat ini serta berharap semua anggota PKS yang hadir dapat manafaat dan meningkatkan tahap keselamatan semasa bertugas. BIDOR – Pihak Retail TNB Bidor telah merancang membuat Operasi JomGempor (Pemotongan Bekalan Elektrik) seminggu 2 kali bermula 08 Mei2024 sekitar Daerah Batang Padang melibatkan kawasan Tapah, Bidor danSungkai yang telah disertai oleh 10 warga kerja dari unit Retail dan DN, SSDBidorSecurity Services Department (SSD) Bidor yang terlibat diketuai KGTSjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz, Pem.KGT Kpl/PB Zulkurnain Bin JamalHatun dan anggota Stesen Janakuasa Jor yang turut serta bagi memastikanperjalanan Operasi ini berjaya.Sepanjang operasi ini berlangsung, kesemuaarahan pemotongan bekalan juga dapat dilaksankan dengan baik tanpasebarang masalah dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 71,762.05. Customer Care Officer (CCO) Retail TNB Bidor, Puan Siti Sabariah Bt.Baun menzahirkan penghargaan kepada anggota SSD Bidor kerana telahmenjayakan operasi ini serta sepanjang operasi dijalankan tiada sebarangkemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. – sumber dari Kpl/PBZulkurnain PERJUMPAAN KGT BIDOR BERSAMA KETUA BPJKK IPDTAPAH SESI ROLLCALL DAN TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA ANGGOTA PK SKS ZON BIDOR


ZIARAH PRIHATIN ANGGOTA PRIHATIN IPOH | 25 Mei 2024 - Unit PengurusanOperasi Security Services DepartmentPerak Kpl/PB Mohd Imran mewakiliKetua Gerakan Negeri telah membuatlawatan kebajikan kepada anggotaSJSAS Manjung Kpl/PB Izwan di HospitalKPJ Ipoh. Beliau telah menjalani pembedahanjantung pada Isnin lalu dan diletakkan diUnit Rawatan Rapi sehingga Khamissebelum dipindahkan ke wad biasasemalam. Keadaan beliau didapatisemakin baik dan positif. Didoakansemoga beliau dipermudahkan urusandan cepat sembuh. ْنَت ْأَس اْشِف َأ َب ْل ْذِهِب ا ُهَّم َرَّب الَّناِس َأ َّل الْنَت ِشَفاًء اَل ُيَغاِدُر َسْقًما الَّشاِفي اَل َشاِفَي إاَّل َأ "Tuhan segala manusia, hilangkanlahpenyakit. Sembuhkanlah, Engkaulahpenyembuh. Tidak ada penawar selaindari penawar Mu, penawar yangmenghabiskan sakit dan penyakit.” KAMPAR | 24 MEI 2024 - Kepadatan jadual kerja semasa berada di Perak tidak menghalang Pengurus Besar Operasi Wilayah 2, Tuan Norazlan Che Nazran untuk membuat lawatan kebajikan kepada anggota kerja Unit Peronda Kampar Konst/PB Zahirudin Zainal di rumah beliau yang mengalami kemalangan jalan raya pada 22 Mei 2024 yang lalu. Konst/ PB Zahirudin telah mengalami kesakitan pada tangan dan dada kesan daripada kemalangan itu. Turut mengiringi Pengurus Besar Operasi Wilayah 2 ialah Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB Arulanthu Edwin Sandaram, Eksekutif Unit Pengurusan Operasi Ibu Pejabat ASP/PB Mohd Rizal Ishak, Ketua Gerakan Tempatan Manjung INSP/PB Abdul Rahman Idris, Penyelia Unit Peronda Kampar KPL/PB Harizul Abdul Rahman dan anggota Unit Peronda Ipoh & Kampar. SSD PERAK


29/05/1979 04/05/1982 23/05/1977 23/05/1993 12/05/1988 31/05/1968 21/05/1988 14/05/1978 05/05/1996 19/05/1985 HARI LAHIR MEI SSD PERAK 06/05/1990


Diterbitkan oleh : Pejabat Ketua Gerakan Negeri Perak, Security Services, Wisma Ulu Kinta , Jalan Besar 31250 Tanjong Rambutan, Perak Tel : 05 – 5331516 Email : [email protected] Diterbitkan oleh : Pejabat Ketua Gerakan Negeri Perak, Security Services, Wisma Ulu Kinta , Jalan Besar 31250 Tanjong Rambutan, Perak Tel : 05 – 5331516 Email : [email protected] VOL.5 EDISI MEI 2024 SSD TNB PERAK ikuti kami


Click to View FlipBook Version